Pertandingan Buku
Skrap Digital
Tokoh-tokoh
Kemerdekaan Malaysia
TUNKU
ABDUL
RAHMAN
Oleh:Faiq Haqim bin Salim
PENDAHULUAN
TOKOH-TOKOH YANG MENABUR
BAKTI DALAM KEJAYAAN MENUJU
PERPADUAN KAUM SETERUSNYA
MENCAPAI KEMERDEKAAN NEGARA
HARUS DIINGATI SELAMANYA
KEATAS JASA MEREKA YANG
SANGGUP MEMERAH FIKIRAN
UNTUK MENJANA IDEA SERTA
BERKORBAN NYAWA UNTUK
MENENTANG PENJAJAH
BERKECIMPUNG DALAM NEGARA
KITA.
BIODATA MURID
Nama saya ialah Faiq Haqim bin Salim yang berusia 17 tahun dan
merupakan pelajar tingkatan 5 Baiduri di SMK Dato' Penggawa
Timur,Masai,Johor.Saya dilahirkan pada 25 Jun 2004 di Pasir Gudang
dan sekarang masih menetap di sini.Sejak kecil lagi,saya lebih
cenderung dalam mempelajari serta mendalami asal usul sejarah yang
melibatkan pelbagai negara di dunia seterusnya menjadi minat utama
saya sehingga kini.Minat ini sekaligus dapat mendidik saya untuk
menjadi seorang yang berfikiran terbuka dalam menerima segala kata
pihak lain.
BIODATA TOKOH
Nama sebenar beliau ialah Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim
Shah.Beliau dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana
Pelamin Palace Alor Setar, Kedah.Beliau telah
mendapatkan pendidikan rendah di Sekolah Melayu di
Alor Star dan Sekolah Inggeris sebelum di hantar ke
Bangkok dan dimasukkan ke Sekolah Debsurin. Tidak
lama kemudian beliau pulang ke Kedah dan
menyambung pelajaran di sekolah Melayu sebelum
memasuki Penang Free School. Akhirnya beliau dihantar
untuk melanjutakan pelajaran ke St. Catherine’s College,
Universiti Cambridge, England.Tunku Abdul Rahman
merupakan anak melayu pertama yang memasuki
universiti inggeris dan mendapat Ijazah Sarjana Muda
Undang-undang dan Sejarah dari Universiti Cambridge.
Pada tahun 1933, beliau berkahwin dengan Meriam,
seorang gadis cina yang memeluk agama islam. Mereka
dikurniakan dua orang anak iaitu Tunku Khadijah dan
Tunku Nerang.
Rasionalisasi Pemilihan Tokoh
Beliau telah digelar 'Bapa Kemerdekaan' serta 'Bapa Malaysia' dan Perdana Menteri
Malaysia pertama
Beliau mendapat panggilan 'Man of Peace'
Beliau merupakan tokoh berkaliber yang melaungkan kata-kata keramat "Merdeka"
sebanyak 7 kali di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957
Jasanya yang cukup besar dalam usaha memerdekakan negara daripada pegangan
anasir Barat sangat kita sanjungi dan perlu dikenang sepanjang zaman
Kelebihan Tokoh
Meskipun berasal dari keluarga DiRaja,Tunku Abdul Rahman lebih selesa
merendah diri dan mesra dengan panggilan Awang di kalangan rakan-rakan dan
kenalan terdekat beliau.
Kepimpinan dan ketokohan Tunku terserlah apabila beliau tegas memprotes isu
warna kulit sebagai syarat pengambilan pelajar di St. Catherine
College,Universiti Cambridge sehingga beliau diterima masuk dalam kolej
berkenaan sekaligus menghapuskan dasar berunsur rasisme yang selama ini
menjadi penghalang kepada pelajar berkulit hitam dari Afrika dan Asia.Hal ini
menunjukkan kewibawaan Tunku dalam lantang menyuarakan pendapat
tentang sesuatu isu seawal 16 tahun.
BUKTI KREDIBILITI
TOKOH
Tunku tidak berpuas hati tentang peperangan yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika itu dan
beliau memilih untuk berunding dengan aman bagi mngatasi segala
perbalahan.Contohnya,Tunku telah berjaya menganjurkan Rundingan Baling antara Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dengan Parti Komunis Malaya(PKM) pada 28 dan 29 Disember 1955
bertujuan untuk melumpuhkan kuasa komunis di Tanah Melayu dan menuntut mereka menyerah
diri tanpa syarat, malah membuka mata British bahawa sudah tiba masanya anak Melayu
mentadbir tanah air sendiri.
Selain itu,Malaysia pada era 1960an mengalami isu kemiskinan dan corak pembangunan negara
yang perlahan sehingga tergolong dalam senarai negara ketiga dunia.Walau
bagaimanapun,Tunku gigih membangunkan hasil bahan mentah negara seperti penanaman
getah dan perlombongan bijih timah yang berkembang mengikut peredaran zaman sehingga
berjaya mendorong Malaysia menjadi pengeluar kelapa sawit no. 1 di dunia.
Seterusnya,negara menghadapi ancaman kofrontasi politik 'Ganyang Malaysia' yang dilancarkan
oleh Indonesia yang menyebabkan Sabah dan Sarawak diserang hendap Tentera Nasional
Indonesia(TNI).Kesanya,Tunku Abdul Rahman membawa isu ini kepada Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu(PBB) untuk berunding dengan Indonesia bagi menghentikan serangan ini yang
membawa keamanan kepada negara.
JASA DAN SUMBANGAN
Tunku mengilhamkan banyak pembaharuan dan memperkenalkan pelbagai aktiviti
yang menjulang nama Malaysia di persada antarabangsa khususnya negara-negara
Islam. Beliau memperkenalkan Musabaqah Membaca Al-Quran peringkat Kebangsaan
dan antarabangsa, menjadi tuan rumah Persidangan Negara-Negara Islam (OIC)
pertama yang diadakan pada tahun 1969.
Selain itu,Tunku menubuhkan PERKIM pada tahun 1970 untuk membantu orang-orang
Cina yang baru menganut agama Islam dan menjadi Presiden yang pertama. Dibawah
pentadbirannya, Tunku telah melaksanakan beberapa projek besar di Kuala Lumpur
seperti Masjid Negara, Stadium Negara, Tugu Kebangsaan dan Bangunan Parlimen.
Seterusnya,Bidang sukan pula, Tunku telah memperkenalkan pertandingan bola sepak
Piala Merdeka 1957 dan menjadi Presiden FAM yang pertama. Tunku turut mengasaskan
Kementerian Belia dan Sukan yang bertanggungjawab terhadap pembangunan golongan
belia melalui pelbagai aktiviti sukan di negara ini. Sumbangan Tunku ini mendapat
pengiktirafan Akademi Sukan Amerika Syarikat pada tahun 1987.
JASA DAN SUMBANGAN
Dalam bidang ekonomi,Tunku Abdul Rahman mengetuai kabinet telah membentuk strategi
jangka panjang dengan melaksanakan rancangan pembangunan negara bagi setiap tempoh
lima tahun bermula dengan Rancangan Malaya Pertama pada tahun 1956-1960.Rancangan
ini mempunyai objektif utama iaitu meningkatan pertumbuhan ekonomi negara dengan
memberi tumpuan kepada sektor luar bandar. Objektif yang kedua ialah untuk
mempelbagaikan keluaran pertanian dan menambahkan peluang pekerjaan. Rancangan ini
bermatlamat untuk membangunkan sektor ekonomi luar bandar bagi merapatkan jurang
perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar dan
mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Tunku merupakan seorang penulis yang berbakat. Karya beliau mampu menarik perhatian
orang.Sepanjang 16 September 1974 sehingga 16 Ogos 1975,Tunku telah menghasilkan
sebanyak 53 artikel dalam ruangan Looking Back. Pada tahun 1969,Tunku telah menghasilkan
buku beliau yang pertama iaitu May 13, Before and After . Selepas itu, beliau meneruskan
penulisannya dalam akhbar The Star melalui ruangan baru iaitu As I See It. Artikel-artikel
yang beliau hasilkan dalam akhbar adalah berkenaan masyarakat dan insiden-insiden
politik yang berlaku pada zaman beliau.
BUKTI JASA DAN SUMBANGAN
Surat khabar yang diterbitkan untuk Setem yang dikeluarkan semasa penubuhan
meraikan Hari Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu.
Malaysia pada 31 Ogos 1957
PENUTUP
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah
berusaha menyumbang kepakaran dan
pengetahuan kritis beliau dalam usaha
memerdekakan negara,membangunkan sektor
penting negara serta menyelesaikan pelbagai
isu yang boleh menggugat keamanan dan
kestabilan negara.Harapan saya ialah rakyat
Malaysia yang berbilang kaum kini
terutamanya generasi muda perlu bersatu
padu mendalami kisah sejarah negara yang
semestinya unik supaya mereka akan lebih
bersyukur dengan kebebasan pada alaf baharu
ini serta meningkatkan semangat patriotisme
iaitu sanggup berkorban tenaga,masa dan
pemikiran untuk menyumbang kepada
kemajuan negara sehingga masa akan datang.