1
KANDUNGAN MUKA SURAT
3
PERKARA 5
Biodata Ahli Kumpulan 6
7
Carta Organisasi 8
Pengenalan Kerjaya Pilihan 12
Temubual Personalia Perunding Motivasi 15
Trait Minat Kerjaya Yang Sesuai 17
Trait Inventori Personaliti Yang Sesuai 19
20
Skop Tugas Kerjaya 21
Kelulusan Akademik Yang Diperlukan 22
Risko dan Cabaran Kerjaya
Peluang Pekerjaan Di Malaysia
Rumusan
Rujukan
2
BIODATA AHLI KUMPULAN
Nama : Cikgu Nurfazariah binti Zakaria
Jawatan : Guru Penyelia
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Setia Alam
Nama : Cikgu Norehan binti Hassan
Jawatan : Guru Penyelia
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2
Nama : Muhammad Aqil bin Razif
Jawatan : Ketua Kumpulan
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Setia Alam
Tahap PRS : Bongsu
Skop Tugas :
Mengumpul maklumat biodata ahli kumpulan
Membuat pencarian maklumat mengenai kelulusan akademik yang
diperlukan untuk menjadi Penceramah Motivasi
Mengumpul semua tugasan ahli kumpulan dan membuat ebook
eksplorasi kerjaya Penceramah Motivasi
Nama : Wan Afif Bin Wan Tasnim
Jawatan : Penolong Ketua Kumpulan
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2
Tahap PRS : Bongsu
Skop Tugas:
Menyediakan pengenalan kerjaya pilihan
Menyatakan risiko serta cabaran bagi kerjaya Penceramah Motivasi
Nama : Siti Nur Nadhirah binti Masri
Jawatan : Setiausaha
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2
Tahap PRS : Bongsu
Skop Tugas:
Mengisi borang sinopsis projek setelah pembentangan diluluskan
Mengulas trait minat kerjaya yang sesuai berdasarkan 6 Trait Kerjaya
Menghuraikan peluang pekerjaan sebagai Penceramah Motivasi
Nama : Nur Alya Irdina binti Sharil Nuhairi
Jawatan : Bendahari
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Setia Alam
Tahap PRS : Bongsu
Skop Tugas:
Mengulas trait minat inventori personaliti yang sesuai bagi kerjaya
Penceramah Motivasi berdasarkan Inventori Personaliti Sidek
Membuat rumusan keseluruhan projek
Nama : Tareeq Ahmad bin Talat Mahmood
Jawatan : AJK
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Kampung Jawa 2
Tahap PRS : Bongsu
Skop tugas:
Menyediakan skop tugas kerjaya Penceramah Motivasi
Membuat rujukan bagi semua maklumat yang diperolehi
untuk menyiapkan projek in
4
CARTA ORGANISASI
5
PENGENALAN KERJAYA PILIHAN
Penceramah Motivasi merupakan seseorang yang menyampaikan pidato atau syarahan dengan niat untuk memotivasi atau
memberi inspirasi kepada orang ramai. Penceramah Motivasi adalah kerjaya yang membantu golongan muda berjaya dengan
cara memberi semangat dan keyakinan kepada mereka. Seorang Penceramah Motivasi mempunyai reputasi sebagai pakar
dalam sesuatu subjek khususnya bagi menggalakkan penonton melihat sesuatu masalah atau perkara dari perspektif yang
berbeza terutama ke arah positif.
Keunikan menjadi Penceramah Motivasi ialah dengan menggunakan pengetahuan dan pengalaman diri sebagai produk utama.
Matlamat utama Penceramah Motivasi adalah dengan mendalam mengubah orang ditahap emosi atau mental dan membantu
mereka membuat beberapa perubahan profesional atau peribadi dalam kehidupan mereka dan dalam diri mereka.
Penceramah Motivasi dianggap kerjaya kerana mereka membantu orang yang mempunyai masalah seperti tekanan
perasaan,sukar untuk membuat pilihan atau keputusan serta mereka yang ingin berjaya dalam hidup . Selain itu, Penceramah
Motivasi boleh memberi ceramah tentang motivasi, inspirasi atau mengatasi kesukaran, yang seterusnya membantu orang
untuk mengambil tindakan dan melihat dunia atau keadaan mereka dari perspektif baru. Antara Penceramah Motivasi yang
disegani di Malaysia ialah Ustaz Ebit Lew, Dato‟ Mohd. Fadzilah Kamsah dan Ustaz Kazim Elias. Ustaz Ebit Lew adalah salah
satu contoh Penceramah Motivasi yang bergiat aktif dalam bidang latihan sama ada bagi sektor korporat, institusi Pendidikan
mahupun kemasyarakatan.
Penceramah Motivasi juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai etika profesional bagi meningkatkan
motivasi diri, memberi panduan dan hala tuju kepada murid. Kebanyakan murid tidak bersemangat untuk belajar kerana
masalah mereka terdiri. Mereka memerlukan seseorang untuk membangkitkan semangat dalam menangani masalah yang
sedang mereka hadapi.
6
TEMUDUGA PERSONALIA PENCERAMAH MOTIVASI
Kumpulan kami telah berjaya menemubual seorang personalia Penceramah Motivasi iaitu Haji Awang @ Musran bin Haji Tawil.
Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Pelaburan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Berikut
merupakan butiran temubual yang telah kami jalankan bersama beliau.
1. Apakah topik yang paling menarik untuk
disampaikan sepanjang bertugas sebagai
penceramah motivasi?
Terdapat dua Topik paling menarik sebagi
penceramah motivasi. Iaitu yang pertama
mengeluarkan seseorang daripada kemiskinan
melalui pengurusan kewangan yang betul.
Yang kedua mempercayai diri sendiri. Diri
adalah harta paling berharga yang jika seseorang mempercayai lebih daripada dia mempercayai orang lain, dia akan
menemui sesuatu yang tiada dekat orang lain.
2. Apakah cara terbaik untuk mengekalkan momentum semasa menyampaikan ceramah?
Terdapat 3 cara terbaik mengekalkan momentum iaitu menceritakan diri sendiri, penyampaian tidak berulang dan
menyampaikan menggunakan hati iatu ikhlas dan benar.
3. Adakah audien merupakan faktor utama dalam kejayaan sebagai penceramah motivasi?
Audien hanya pemangkin sahaja dan bukannya faktor utama. Penceramah yng baik boleh menyampaikan dengan
siapa sahaja sama ada secara “live” ataupun atas talian.
4. Adakah kerjaya penceramah motivasi dapat menjadi kerjaya tetap dan menjamin masa depan di Malaysia?
Penceramah motivasi memberi masa depan yang baik. Ini disebabkan peluang yang luas dan banyak organisasi
memerlukan ketua yang mempunyai ilmu tambahan dalam memberi motivasi. Keadaan dunia sekarang juga terlalu
mencabar yang memberi kesan kepada manusia. Penceramah motivasi diperlukan untuk menyerap dan membantu
mereka yang hilang semangat dalam menghadapi cabaran baru ini.
5. Apakah kejayaan yang telah diperolehi sebagai penceramah motivasi?
Kejayaan saya perolehi kepuasan hidup dengan membantu mereka menjadi berjaya . Rezeki semakin murah dengan
pendapatan bertambah. Pangkat semakin tinggi dengan kepercayaan organisasi terhadap penghargaan diperolehi
oleh diri sendiri tetapi dirasai dan dikongsi oleh organisasi.
Peluang menebual personalia ini sangat banyak membantu dalam lebih memahami mengenai kerjaya Penceramah Motivasi.
Penghargaan yang tidak terhingga buat Tuan Haji Awang @ Musran bin Haji Tawil kerana telah sudi ditemubual oleh kumpulan
kami.
7
TRAIT MINAT KERJAYA YANG SESUAI
Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada trait personaliti dan banyak dipengaruhi oleh Teori Trait dan faktor
sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya merupakan teori pendekatan struktur yang lebih menekankan aspek keselarasan
antara personaliti dengan persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan dalam aspek bagaimana personaliti
terbentuk dan berkembang.
Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan kepada andaian bahawa minat vokasional adalah satu daripada aspek
personaliti dan oleh yang demikian diskripsi mengenai minat individu juga menggambarkan minat seseorang. Trait-trait
personaliti ini biasanya dikenalpasti melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan
kerja.
Sementara itu minat vokasional pula boleh digambarkan sebagai ekspresi personaliti. Holland (1985) juga menyatakan bahawa
Teori Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan untuk memberikan penjelasan kepada tiga persoalan asas iaitu:
Apakah trait personaliti dan persekitaran yang mendorong
seseorang membuat keputusan untuk menceburi sesuatu
bidang pekerjaan.
Apakah ciri-ciri personal dan persekitaran yang
menyebabkan kestabilan atau perubahan daripada segi
aras dan kerja yang seseorang itu lakukan di sepanjang
kehidupanya.
Apakah kaedah yang paling berkesan untuk memberi
pertolongan kepada individu yang menghadapi masalah
yang berkaitan dengan kerjaya.
Berdasarkan kepada tiga persoalan di atas, intipati kepada pemilihan kerjaya ialah ekspresi personaliti individu. Kepuasan
kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan adalah berkadar terus dengan keselarasan antara trait personaliti individu
dengan kategori persekitaran di mana individu tersebut bekerja. Semakin tinggi darjah keselarasan antara trait personaliti
dengan kategori persekitaran di mana individu tersebut bekerja maka semakin tinggi kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti
dan juga kestabilan.
Terdapat empat andaian dalam teori ini, iaitu:
Individu dikategorikan kepada enam jenis personaliti iaitu:
Reaslistik (R)
Investigatif (I)
Artistik (A)
Sosial (S)
Enterprising (E)
Convensional (C).
8
Menurut Holland setiap jenis personaliti ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan kebudayaan dan
personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran fizikal.
Hasil daripada interaksi ini iaitu antara individu dengan faktor-faktor tersebut akan menyebabkan individu akan menggemari
sesuatu aktiviti. Justeru individu akan terdorong untuk membina sifat tertentu yang seterusnya akan mendorongnya untuk
berfikir, membuat tanggapan dan seterusnya bertingkah laku dengan cara yang tertentu.
• REALISTIK: Sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran. Kerja yang sesuai dengan mereka adalah
seperti mekanik,jurutera dan tukang kayu. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial, akur, jujur, tulen, keras
kepala, materialistik, keras hati dan tidak menyendiri.
• INVESTIGATIF: Sesuai dengan pekerjaan yang memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia dan doktor.
Ciri-ciri yang dimiliki mereka adalah seperti analitik, berhati-hati, kompleks, ingin tahu, rasional, menyisihkan diri dan
pendiam.
• ARTISTIK: Sesuai dengan bidang tugas dalam bidang seni atau muzik.Individu artistik menyukai aktiviti yang bebas
dan ia menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit,sistematik dan berperaturan. Ciri-ciri individu artistik ini ialah rumit,
emosional, ekspresif, idealistik, imaginatif, bebas dan intuitif.
• SOSIAL: Individu ini akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain seperti
memberitahu, melatih dan mendidik. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah seperti berpengaruh, bekerjasama, sabar,
peramah, pemurah, suka menolong dan baik hati, dan idealistik. Mereka berminat dengan kerjaya seperti pendidik
(guru), ahli psikologi, pegawai kebajikan dan kaunselor.
• ENTERPRISING: Individu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah dan
memimpin untuk mecapai matlamat organisasi. Disamping menghindari aktiviti-aktiviti pemerhatian, simbolik dan
sistematik. Mereka mempunyai cita-cita seperti sukakan pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita
tinggi.
• KONVENSIONAL: Individu konvensional memiliki minat kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti
berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar, dilentur, memendam rasa, tabah hati, praktikal, dan cermat
9
Trait Kerjaya Seorang Penceramah Motivasi
Trait kerjaya seorang Penceramah Motivasi ialah Artistik, Sosial dan Enterprising. Penceramah Motivasi ialah seorang yang
Artistik kerana Penceramah Motivasi merupakan golongan orang yang bekerja dalam seni, suka meluahkan fikiran mereka
menerusi perkataan, tindakan dan aktiviti. Secara umumnya, Penceramah Motivasi seorang yang idealistik dan berfikiran
terbuka.
Selain itu, Penceramah Motivasi juga seorang yang Enterprising yang membabitkan diri dalam keusahawanan, mudah mesra
dan pandai memujuk. Sebagai contoh, penceramah yang berbayar boleh menjual penulis, eksekutif syarikat besar, ahli politik,
pelakon atau atlet. Penceramah Motivasi suka berinteraksi dengan orang lain seperti mengatur dan memimpin.
Penceramah Motivasi juga orang yang bekerja dalam bidang social suka bekerja bersama orang lain dengan membantu
mereka. Beliau merupakan seorang yang pandai berkomunikasi dan suka menyelesaikan masalah melalui perbincangan
secara individua atau berkumpulan. Sebagai Penceramah Motivasi, beliau merupakan seorang yang sedia membantu, baik
hati, penyabar, bijak bersosial dan saling memahami.
CIRI-CIRI SEORANG SOSIAL
10
CIRI-CIRI SEORANG ARTISTIK
CIRI-CIRI SEORANG ENTERPRISING
11
TRAIT INVENTORI PERSONALITI YANG SESUAI
Inventori personaliti adalah inventori atau ujian untuk mengenalpasti ciri-ciri atau trait-trait personaliti individu. Ujian personaliti
ini adalah ujian yang mempunyai format jawapan „Ya‟ atau „Tidak‟. Respon individu kepada item-item yang terkandung dalam
ujian dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu. Inventori Personaliti Sidek atau singkatannya IPS misalnya
mempunyai 15 skala yang mampu mengenalpasti 15 ciri-ciri personaliti individu.
Alat ukuran ini mengandungi skala penipuan untuk menentukan kejujuran responden dalam menjawab item ujian. Inventori
Personaliti Sidek adalah satu alat ukuran yang bertujuan untuk mengukur atau mengenalpasti trait-trait atau ciri-ciri personaliti
berikut:
i. Agresif
ii. Analitikal
iii. Autonomi
iv. Bersandar
v. Ekstrovert
vi. Intelektual
vii. Introvert
viii. Kepelbagaian
ix. Ketahanan
x. Kritik-Diri
xi. Mengawal
xii. Menolong
xiii. Sokongan
xiv. Struktur
xv. Pencapaian
Walaupun jangka masa untuk menyelesaikan ujian ini tidak ditetapkan secara khusus namun sebagai panduan ujian ini perlu
diselesaikan dalam masa 20 hingga 30 minit. Seelok-eloknya ujian ini ditadbir di dalam bilik yang selesa, tidak bising dan
lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas seperti kerusi dan meja. Pentadbir ujian mestilah mengingatkan kepada calon
yang mengambil ujian supaya mematuhi segala arahan yang telah disediakan di dalam borang soalan.
Pengiraan skor dan pembentukan profil ujian boleh dibuat secara manual atau menggunakan program computer yang khusus.
Kesemua skor yang diperolehi seharusnya diteliti dan dibincangkan satu persatu.
12
Ulasan Trait Berpandukan Kerjaya – Penceramah Motivasi
Trait personaliti yang sesuai pagi penceramah motivasi adalah;
i) Analitikal
ii) Autonomi
iii) Ekstrovert
iv) Intelektual
v) Kepelbagaian
vi) Ketahanan
vii) Menolong
viii) Pencapaian
Penceramah motivasi yang mempunyai peratus yang tinggi bagi kelapan-lapan buah trait ini merupakan seorang penceramah
yang sangat sesuai untuk memberi motivasi kepada orang lain. Ini kerana setiap trait tersebut menunjukkan;
i) Analitikal - Trait personaliti yang menunjukkan individu sangat sensitif kepada persekitaran,
suka membuat pemerhatian dan akan menganalisis sesuatu perkara sebelum membuat
keputusan.
ii) Autonomi - Trait personaliti yang menunjukkan individu lebih sukakan kebebasan dalam
tindakannya dan dapat mengawal dan menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.
iii) Ekstrovert - Trait personaliti yang menunjukkan individu suka dikelilingi, berinteraksi dan bekerja
dengan orang ramai.
iv) Intelektual - Trait personaliti yang menunjukkan individu berminat kepada aktiviti-aktiviti yang
memberikan cabaran daripada segi intelektual.
v) Kepelbagaian - Trait personaliti yang menunjukkan individu dapat menghayati berbagai-bagai
situasi bagi mendapatkan pengalaman yang baru ke arah perubahan yang berterusan.
vi) Ketahanan – Trait personaliti yang menunjukkan individu yang cekal dan bermotivasi untuk
menghabiskan atau menyelesaikan semua tugas.
13
vii) Menolong - Trait personaliti yang dikaitkan dengan individu berkeinginan untuk menunjukkan
atau meluahkan simpati, kasih sayang juga memberi bantuan serta membuat kebaikan kepada
orang lain.
viii) Pencapaian - Trait personaliti yang menunjukkan individu bermotivasi, mahukan status yang
tinggi dan suka persaingan.
Setiap trait mempunyai kekuatan dan kelemahan tertentu, namun bagi penceramah motivasi yang mempunyai kelapan-lapan
trait tersebut menunjukkan penceramah tersebut memiliki ciri-ciri yang terbaik untuk berjaya dalam kerjaya ini.
Selain itu juga, trait ini menjelaskan bagaimana seseorang penceramah motivasi bekerja dan faktor kejayaan untuk menjadi
penceramah motivasi juga bergantung pada sifat dan sikap dalaman seseorang penceramah motivasi itu sendiri.
CIRI – CIRI TRAIT PERSONALITI YANG SESUAI BAGI PENCERAMAH MOTIVASI
ANALITIKAL
PENCAPAIAN AUTONOMI
MENOLONG TRAIT INVENTORI EKSTROVERT
PERSONALITI
SIDEK
(PENCERAMAH
MOTIVASI)
KETAHANAN INTELEKTUAL
KEPELBAGAIAN
14
SKOP TUGAS PENCERAMAH MOTIVASI
Membangkit, mengekal dan mengawal minat dalam melakukan sesuatu tindakan.
Melahirkan satu bentuk pendidikan yang lebih bermakna dan bestari.
Mendidik masyarakat untuk menjadi warganegara yang berpengetahuan dan bersahsiah berlandaskan kebenaran,
kejujuran dan keadilan.
Menetapkan objektif motivasi dan memaklumkan kepada pendengar dan memastikan objektif tersebut tercapai.
Berusaha sedaya yang mungkin bagi menjadikan sesi motivasi menarik perhatian dan membangkitkan minat
pendengar
Menggalakkan pendengar untuk berinteraksi secara positif semasa proses motivasi.
Menjadi personel perhubungan/serantau sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan
15
KEPENTINGAN PENCERAMAH MOTIVASI KEPADA SESEBUAH SEKOLAH
Melahirkan insan yang harmoni dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Membantu melahirkan murid-murid yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia
Hubungan yang baik diantara peserta dan tenaga kerja.
KEPENTINGAN PENCERAMAH MOTIVASI KEPADA SESEBUAH KELUARGA
Mempertahankan maruah keluarga yang sudah dibina.
Mengeratkan hubungan sesama keluarga.
Memperteguhkan lagi rukun rumah tangga.
KEPENTINGAN PENCERAMAH MOTIVASI KEPADA PENYALAHGUNAAN BAHAN
Memberi sokongan kepada individu yang berkenaan.
Membantu membanteras masalah penyalahgunaan bahan.
Menunjukkan betapa pentingnya usaha pencegahan penyalahgunaan bahan berterusan sejak usia kanak- kanak.
16
KELULUSAN AKADEMIK YANG DIPERLUKAN
Terdapat pelbagai aspek yang perlu dilihat sebelum menjadi penceramah motivasi selain daripada kelulusan akademik. Ini
kerana tiada kelulusan akademik yang tertentu untuk menentukan tahap akademik penceramah motivasi. Sesungguhnya ada
banyak faktor yang membolehkan seseorang itu menjadi penceramah motivasi.
Tidak ada syarat permit negara untuk penceramah motivasi, tetapi ada beberapa pensijilan sukarela yang boleh anda perolehi.
Persatuan Penceramah Kebangsaan di Amerika Syarikat menawarkan gelaran Profesional Bercakap Profesional kepada
penceramah yang memenuhi piawaian pengalaman dan pendapatan dan boleh membuat cadangan kepada menentukan
pelanggan. Persatuan Penceramah Nasional juga menilai rakaman pembentangan calon CSP untuk sama ada mereka layak
untuk pelantikan tersebut.
Program – program latihan di seluruh dunia juga banyak menganjurkan latihan untuk menjadi penceramah motivasi. Antaranya
ialah, Universiti Graduate Fielding (Santa Barbara, CA), Institut Cleveland Gestalt (Cleveland, OH), Akademi Kepimpinan
Jurulatih & NLP dan lain-lain lagi. Di samping itu, Malaysia juga terdapat pelbagai organisasi yang menjalankan program atau
kursus bagi melatih penceramah motivasi.
Walaubagaimanapun, dari segi pentauliahan, timbul pula soal peraturan dan prosedur yang perlu diikuti oleh seseorang
penceramah sebelum menyampaikan ceramahnya terutama yang berkaitan dengan isu-isu yang boleh mendatangkan impak
kepada masyarakat secara keseluruhannya.
Namun sebenarnya, aspek lain juga perlu ditekankan supaya dapat menjadi penceramah yang memiliki integriti dan kredibiliti
yang baik. Selain daripada pengalaman, soal ketrampilan dan keperibadian juga perlu dijaga untuk memiliki aura ketika
berhadapan dengan orang ramai. Seseorang penceramah itu juga perlu memiliki reputasi yang baik dari segi latar belakang
pendidikan, pengalaman, pengetahuan, pergaulan dan sebagainya tanpa kontroversi.
Jadi, adalah perlu untuk penceramah motivasi itu menjaga reputasi dirinya dengan baik agar apa sahaja maklumat yang
disampaikan disegani oleh pendengar dan masyarakat.
17
Proses Untuk Berjaya Menjadi Penceramah Motivasi
Memandangkan tiada kelayakan khusus untuk menjadi penceramah motivasi, namun untuk menjadi kerjaya pilihan, kepakaran
serta pengalaman yang banyak diperlukan untuk dijadikan perspektif yang unik bagi berkongsi dan bakat untuk komunikasi dan
interaksi dengan penonton.
Malah penceramah motivasi yang mahu berjaya boleh menjalankan penyelidikan bebas atau bercakap dengan pakar lain untuk
membina pangkalan pengetahuan yang lebih kuat dalam bidang tersebut.
Selain itu, sebagai penceramah motivasi, setiap persembahan berceramah itu perlu diisi dengan idea-idea asli, menarik dan
dapat mengekalkan momentum audien untuk sentiasa fokus daripada mula hingga tamat ceramah.
Penceramah motivasi yang berjaya juga dapat meningkatkan kemahiran menulis dengan mengikuti kursus penulisan kreatif
atau dengan menyertai bengkel penulisan kreatif. Kursus seperti ini dapat membantu untuk memperbaiki kemahiran menulis
dan seterusnya dapat menerbitkan buku motivasi sendiri bagi meluaskan lagi kerjaya.
Sesungguhnya kejayaan sebagai penceramah motivasi adalah disebabkan pelbagai faktor. Walaupun tiada kelulusan
akademik yang tertentu, kemahiran dan pengalaman sangat penting dalam memiliki aura yang sesuai untuk mencapai
kejayaan.
18
RISIKO DAN CABARAN
Sebagai manusia biasa seorang Penceramah Motivasi juga mempunyai risiko dan cabaran dalam
mengharungi kerjayanya sebagai Penceramah Motivasi yang terkenal cemerlang gemilang dan
terbilang.
Antara cabaran seorang Penceramah Motivasi ialah beliau mestilah dapat
berkomunikasi dengan baik, jelas dan perlu mengetahui keperluan khalayak
mereka. Mereka sepatutnya dapat menjaga orang awam, akrab dengan teknik
pertuturan untuk tetap fokus dan menjawab soalan penonton dengan baik dan tepat.
Selain itu cabaran seorang Penceramah Motivasi juga ialah mereka mesti
mempunyai kehadiran yang baik di atas pentas dan dapat menggunakan hujah-
hujah yang munasabah dan dapat terus bertenaga semasa pertemuan agar audien
akan kekal fokus kepada ceramah yang disampaikan olehnya.
Penceramah motivasi perlu bekerja dengan lebih keras serta perlu mengumpulkan lebih banyak maklumat dan
pengalaman.agar pendengar berasa puas hati dan teruja mendengar penyampaiannya.
Malahan pula seiring dengan zaman teknologi masa kini, sebagai seorang Penceramah Motivasi juga perlu mempunyai
kemahiran Teknologi Maklumat yang tinggi agar dapat menghasilkan bahan ceramah yang berkualiti dan menarik minat
penonton.
Semasa seluruh dunia mengalami Pandemik Covid-19 antara sektor yang terjejas teruk ialah Syarikat Konsultasi. Penceramah
Motivasi hampir kehilangan punca pendapatan kerana penganjuran program-program motivasi, sama ada di sekolah, di institusi
pengajian tinggi sama ada swasta atau kerajaan, syarikat-syarikat korporat, badan-badan kerajaan dan ngo tidak dapat
diadakan. Ini merupakan satu tamparan hebat kepada kerjaya ini. Walau bagaimanapun mereka perlu bijak mengatasi ujian
dan cabaran ini kerana seorang Penceramah Motivasi yang hebat akan menggunakan masa pandemik ini dengan memberi
khidmat kaunseling kepada mereka yang terjejas dari segi ekonomi maupun mereka yang ditimpa wabak covid 19.
Sesungguh setiap kesulitan itu ada hikmah disebaliknya. Cabaran yang paling getir ini dapat ditangani oleh seorang
Penceramah Motivasi yang hebat seperti Ustaz Ebit Lew yang menggunakan kesempatan ini dengan memberi bantuan kepada
mereka yang memerlukan. Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan beliau telah menjadi sukarelawan dengan menghantar
bantuan makanan, minuman dan memberi bantuan kewangan kepada mereka yang hilang punca pendapatan.
Sesungguhnya Allah telah berfirman Allah tidak akan mengurangkan sedikit pun harta hambanya yang bersedekah malah Allah
akan melipat gandakan harta mereka.
19
PELUANG PEKERJAAN DI MALAYSIA
Penceramah Motivasi cenderung untuk bekerja jam yang tidak teratur bergantung kepada keterlibatannya, keperluan
perjalanan dan berapa banyak masa yang mereka perlukan untuk menulis atau memperbaiki ucapan mereka.Terdapat banyak
permintaan untuk penceramah yang sangat berjaya. Mereka biasanya diminta hadir di persidangan dan acara di seluruh dunia.
Ini bermakna mereka boleh mempunyai jadual perjalanan yang sangat sukar.
Tugas itu tidak selalu berhenti ketika acara ceramah berakhir. Banyak Penceramah Motivasi yang berjaya juga menulis buku,
menghasilkan seminar, video atau podcast dan juga boleh muncul di televisyen. Penceramah Motivasi sering diupah untuk
bercakap di syarikat, persidangan, dan sekolah, jadi jumlah peluang yang ada dan pampasan untuk peluang tersebut
bergantung pada pasaran semasa dan belanjawan penganjur.
Pada zaman ekonomi sedang membaik, prospek untuk Penceramah Motivasi perlu diperbaiki. Pembesar suara baru mungkin
menghadapi kesukaran memecahkan bidang kerana komisen pendapatan sering bergantung pada reputasi dan penonton yang
telah anda bina. Kebangkitan media sosial dapat membantu penceramah baru membina nama kerana setiap platform untuk
media sosial, seperti blogging, Facebook dan Twitter, menawarkan peluang untuk menarik penonton.
20
RUMUSAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya kami berjaya menyiapkan e-book Eksplorasi Kerjaya ini
pada masa yang ditetapkan. Kami telah mendapat banyak manfaat dan sesuatu yang baru untuk dipelajari sepanjang proses
menyiapkan Projek PRS Bongsu E-book Eksplorasi Kerjaya ini.
Terdapat banyak manfaat yang kami dapat semasa proses menyiapkan tugasan ini, antaranya ialah kami mempelajari
bagaimana untuk menghasilkan e-book dengan hanya menggunakan Microsoft Word. Projek ini juga telah mengajar kami
tentang nilai-nilai murni seperti nilai kerjasama dan kesungguhan. Dua nilai ini sangat penting bagi kami memandangkan ahli
kumpulan kami terdiri daripada dua buah sekolah berlainan. Di samping itu, kami juga dapat meningkatkan kemahiran
menggunakan teknologi maklumat. Kami belajar cara untuk mencari maklumat bagi menyiapkan sesuatu tugasan serta dapat
memberi maklumat yang betul dan tepat.
Semasa membuat projek ini, terdapat beberapa masalah yang dihadapi. Kami mempunyai masalah untuk mencari sumber-
sumber lain kecuali untuk sumber internet. Oleh yang demikian itu, kami berusaha untuk menemubual personalia yang
merupakan seorang penceramah motivasi. Alhamdulillah dengan usaha yang gigih akhirnya kami berjaya juga mendapat
maklumat dan kami berjaya juga menyiapkannya.
Selain itu juga, kami juga mempunyai kekangan masa semasa proses menyiapkan tugasan ini. Hal ini adalah apabila mula
persekolahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kami sudah mula sibuk dengan pelajaran dan tugasan
sekolah yang perlu disiapkan pada setiap hari. Langkah alternatif yang telah kami ikhtiarkan adalah sentiasa berhubung di
dalam media sosial (kumpulan Whatsapp) serta mencari masa untuk berjumpa dengan guru penyelia di sekolah bagi
memastikan setiap tugasan siap dalam masa yang ditetapkan.
Kesimpulan yang kami dapat setelah menyiapkan tugasan projek ini ialah kami berupaya untuk menghasilkan satu e-book yang
bertemakan Eksplorasi Kerjaya untuk memberi pendedahan serta pemahaman mengenai kerjaya penceramah motivasi
seterusnya menggalakkan murid-murid untuk meneroka mengenai kerjaya penceramah motivasi pada masa hadapan.
Kerjaya ini sangat sesuai di Malaysia dan berbaloi untuk dijadikan kerjaya impian keraana sama seperti kerjaya lain, bidang ini
ada cabaran tersendiri dan dapat meningkatkan kesedaran masyarakat ke arah kebaikan . Selain itu, penceramah motivasi
juga dapat memberi pengalaman untuk berhadapan dengan pelbagai ragam manusia tanpa mengira masa dan tempat .
Harapan terhadap kerjaya penceramah motivasi pada masa hadapan adalah kerjaya ini akan lebih di iktiraf dari segi
profesionalisme seterusnya menjadi peluang keemasan dalam usaha membantu lebih ramai orang tanpa mengira peringkat
umur.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan projek
ini. Kami berharap agar hasil projek ini dapat memberi manfaat kepada semua.
21
RUJUKAN
1. https://apakataorang.com/perlukah-penceramah-bebas-miliki-sijil-tauliah-khas/
2. https://worldscholarshipforum.com/ms/bagaimana-untuk-menjadi-penceramah-motivasi/
3. http://anjungfarha.blogspot.com/2013/04/7-kriteria-penceramah-hebat.html
4. https://www.mstar.com.my/lain-lain/karier/2014/07/31/pelajar-tercorot
5. http://blogkerjayaimpian.blogspot.com/2016/12/inventori-personaliti-sidek.html
6. http://ekaunseling.koleksiminda.com/Inventori-Personaliti-Sidek--IPS-.php
7. https://prezi.com/qn624y45fcwu/pengenalan-inventori-personaliti-sidek/
8. http://ilhamkerjaya123.blogspot.com/p/inventori-kerjaya.html
9. https://www.slideshare.net/dinw21/riasec-panduan-perancangan-kerjaya
10. https://worldscholarshipforum.com/ms/bagaimana-untuk-menjadi-penceramah-motivasi/
11. Lew, E. 11 Amalan Memiliki Kekayaan.
12. https://sites.google.com/site/lamankerjayakpm/teori-kerjaya
22