The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfazariah, 2020-12-17 20:11:51

PEREKA GRAFIK

EKSPLORASI KERJAYA

EKSPLORASI KERJAYA

PEREKA GRAFIK

KUMPULAN BGS105
S.G.I

(SKUAD GENERASI INTELEKTUAL)

ISI KANDUNGAN

1 Biodata Ahli Kumpulan
2 Pengenalan Kerjaya
3 Trait Minat Kerjaya
4 Trait Inventori Personaliti
5 Skop Tugas
6 Kelulusan Akademik yang diperlukan
7 Risiko dan Cabaran
8 Peluang Pekerjaan
9 Rumusan
10 Rujukan

2

BIODATA AHLI KETUA KUMPULAN
Kendra Gan
Guru Penasihat SK Bukit Kemuning 2
Cikgu Hafeez (Bongsu)
SK Bukit Kemuning 2

Guru Penasihat PENOLONG PROJEK
Cikgu Norehan Amal Ayuni
SK Kampung Jawa 2
SK Kampung Jawa 2 (Bongsu)

SETIAUSAHA
Nurul Syifa
SK Bukit Kemuning 2
(Bongsu)

BENDAHARI
Azran Ghazi
SK Kampung Jawa 2
(Bongsu)

AjK
Zafriel Rasel
SK Kampung Jawa 2
(Bongsu)

3

S. KOP TUGAS

Kendra Membuat carta organisasi kumpulan.
Mengumpul maklumat biodata ahli kumpulan.
• Membuat pencarian maklumat mengenai kelulusan akdemik yang diperlukan
• untuk menjadi Pereka Grafik.
• Mengumpul semua tugasan ahli kumpulan dan membuat e-book eksplorasi
kerjaya Pereka Grafik


Amal

• Membuat pengenalan kerjaya Pereka Grafik.
• Menyatakan risiko dan cabaran bagi kerjaya Pereka Grafik.

Syifa

• Menghuraikan peluang pekerjaan sebagai Pereka Grafik di Malaysia dan pada
masa hadapan.

• Menyatakan trait minat kerjaya Pereka Grafik.

Azran

• Menyediakan trait inventori personaliti Pereka Grafik.
• Menyediakan rumusan bagi kerjaya Pereka Grafik.
• Mereka dan merancang susur atur e-book.

Zafriel

• Menyediakan skop tugas kerjaya Pereka Grafik.
• Membuat rujukan bagi semua maklumat yang diperolehi untuk menyiapkan

projek ini.

4

PENGENALAN KERJAYA

Rekaan grafik yang Perkara pertama yang mencetuskan minat kami untuk
menggabungkan unsur kesenian menjadi Pereka Grafik kerana kerjaya ini memberi
peluang kepada kami untuk mempelajari benda baru, dan
dan juga teknologi dalam ia sentiasa berubah dari masa ke semasa mengikut
menghasilkan visual yang peredaran zaman serta teknologi. Seni reka bentuk grafik
mampu berkomunikasi dalam mempunyai pelbagai cabang dan setiap cabang ini adalah
menyampaian sesuatu mesej. cabang sumber pendapatan.

Antara definisi Pereka Grafik itu ialah, seseorang yang
terlibat secara langsung dalam kerja-kerja menghasilkan
visual sebagai medium penyampaian maklumat kepada
pengguna melalui bahan-bahan percetakkan atau
elektronik dengan mengaplikasikan elemen-elemen dan
prinsip-prinsip dalam rekaan. Kami percaya jika seseorang
individu itu mempunyai kreativiti yang tinggi, kita boleh
olahkan kreativiti tersebut menjadi sumber pendapatan.

Keunikan kerjaya ini ialah kita dapat berfikir di luar kotak.
Ini kerana Pereka Grafik memerlukan idea dan
memandang sesuatu subjek dari pelbagai sudut untuk
mendapat ilham. Ianya unik kerana tidak semua orang
mempunyai kebolehan ini. Pereka Grafik dianggap
kerjaya kerana ia memberikan sumber pendapatan yang
tinggi kepada seseorang itu. Walaupun rekaan grafik
mempunyai pelbagai pengkhususan, seorang Pereka
Grafik boleh juga menjalankan perniagaan mereka sendiri
dengan menjadi seorang freelancer atau menubuhkan
syarikat rekaan sepenuh masa dalam bidang pilihan
mereka.

Seorang Pereka Grafik bermula dengan adanya minat
yang mendalam dalam bidang seni visual sebelum
melanjutkan pengajian dalam bidang senireka grafik pada
peringkat diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana
dan seterusnya PHD.

Setiap syarikat yang menjalankan perniagaan akan
memerlukan seseorang yang berkebolehan menghias
imej syarikat agar ia kelihatan profesional, unik dan
istimewa. Jika kita berdaya saing, potensi pelanggan baru
akan meningkat.

5

TRaAIT MINAT KERJAYA

Trait kerjaya seorang Pereka Grafik ialah Artistik, Sosial dan Menurut Holland (1985), teori ini dibentuk berasaskan
Enterprising. Pereka Grafik ialah seorang yang Artistik kepada andaian bahawa minat vokasional adalah satu
kerana Pereka Grafik merupakan golongan orang yang daripada aspek personaliti dan oleh yang demikian diskripsi
bekerja dalam seni, suka meluahkan fikiran mereka mengenai minat individu juga menggambarkan minat
menerusi perkataan, tindakan dan aktiviti. Secara seseorang. Trait-trait personaliti ini biasanya dikenalpasti
umumnya, Pereka Grafik seorang yang idealistik dan melalui kecenderungan terhadap mata pelajaran sekolah,
berfikiran terbuka. Persekitaran pekerjaan yang aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja.
memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original,
bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam Trait Pereka Grafik
situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak ialah Artistik, Sosial
berulang-ulang. Mempunyai appresiasi yang tinggi dalam
dan menghargai hasil seni kreatif. Selain itu, Pereka Grafik dan Enterprising
juga seorang yang Enterprising yang membabitkan diri
dalam keusahawanan, mudah mesra dan pandai menarik
minat pelanggan dengan hasil kerja yang menarik. Sebagai
contoh, Pereka Grafik boleh menjual hasil rekaan mereka
dalam bentuk digital dengan harga yang lumayan kepada
syarikat-syarikat besar seperti Petronas, Maxis dan
Celcom.

Pereka Grafik juga orang yang bekerja dalam bidang Social.
Tugas Pereka Grafik adalah untuk menyampaikan mesej,
cerita, jenama atau idea pelanggan. Jadi, anda juga harus
mempunyai kemahiran berkomunikasi yang sangat baik
bagi menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan
anda. Ia adalah penting bagi mengekalkan tahap
komunikasi profesional dalam situasi rumit atau
penerangan yang ringkas tapi jelas dengan apa yang ingin
kita sampaikan dalam rekaan kepada pelanggan.

Teori Pemilihan Kerjaya Holland memberi fokus kepada
trait personaliti dan banyak dipengaruhi oleh Teori Trait
dan faktor sebelum ini. Teori ini juga pada dasarnya
merupakan teori pendekatan struktur yang lebih
menekankan aspek keselarasan antara personaliti dengan
persekitaran, namun teori ini juga telah diperkembangan
dalam aspek bagaimana personaliti terbentuk dan
berkembang.

6

TRAIT MINAT KERJAYA

Sementara itu minat vokasional pula boleh Individu dikategorikan kepada enam jenis
digambarkan sebagai ekspresi personaliti. personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I),
Holland (1985) juga menyatakan bahawa Teori Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan
Pemilihan Kerjaya Holland boleh digunakan Convensional (C).
untuk memberikan penjelasan kepada tiga
persoalan asas iaitu: Menurut Holland setiap jenis personaliti ini
adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara
1. Apakah trait personaliti dan persekitaran pelbagai desakan kebudayaan dan personal
yang mendorong seseorang termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi,
membuat keputusan untuk menceburi keluarga, kelas social, budaya dan persekitaran
sesuatu bidang pekerjaan. fizikal.
Hasil daripada interaksi ini iaitu antara individu
2. Apakah ciri-ciri personal dan dengan faktor-faktor tersebut akan
persekitaran yang menyebabkan menyebabkan individu akan menggemari sesuatu
kestabilan atau perubahan daripada segi aktiviti. Justeru individu akan terdorong untuk
aras dan kerja yang seseorang itu lakukan membina sifat tertentu yang seterusnya akan
di sepanjang kehidupanya. mendorongnya untuk berfikir, membuat
tanggapan dan seterusnya bertingkah laku
3. Apakah kaedah yang paling berkesan dengan cara yang tertentu.
untuk memberi pertolongan kepada
individu yang menghadapi masalah yang
berkaitan dengan kerjaya.

Berdasarkan kepada tiga persoalan di atas,
intipati kepada pemilihan kerjaya ialah ekspresi
personaliti individu. Kepuasan kerja, pencapaian,
produktiviti dan kestabilan adalah berkadar terus
dengan keselarasan antara trait personaliti
individu dengan kategori persekitaran di mana
individu tersebut bekerja. Semakin tinggi darjah
keselarasan antara trait personaliti dengan
kategori persekitaran di mana individu tersebut
bekerja maka semakin tinggi kepuasan kerja,
pencapaian, produktiviti dan juga kestabilan.

Terdapat empat andaian dalam teori ini, iaitu:

7

6 TRAIT KERJAYA (RIASEC)

Realistik

Sesuai dengan kerja-kerja berat yang memerlukan kemahiran. Kerja yang sesuai dengan mereka
adalah seperti mekanik,jurutera dan tukang kayu. Ciri-ciri yang dimiliki mereka ialah tidak sosial,
akur, jujur, tulen, keras kepala, materialistik, keras hati dan tidak menyendiri.

Investigatif

Sesuai dengan pekerjaan yang memerlukan pemikiran dari perbuatan seperti ahli kimia dan
doktor. Ciri-ciri yang dimiliki mereka adalah seperti analitik, berhati-hati, kompleks, ingin
tahu, rasional, menyisihkan diri dan pendiam.

Artistik

Sesuai dengan bidang tugas dalam bidang seni atau muzik.Individu artistik menyukai aktiviti
yang bebas dan ia menghindari aktiviti-aktiviti yang eksplisit, sistematik dan berperaturan.
Ciri-ciri individu artistik ini ialah rumit, emosional, ekspresif, idealistik, imaginatif, bebas dan
intuitif.

Sosial

Individu ini akan memilih aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan memanipulasi orang lain
seperti memberitahu, melatih dan mendidik. Ciri-ciri yang mereka miliki ialah seperti
berpengaruh, bekerjasama, sabar, peramah, pemurah, suka menolong dan baik hati, dan
idealistik. Mereka berminat dengan kerjaya seperti pendidik (guru), ahli psikologi, pegawai
kebajikan dan kaunselor.

Enterprising
gIndividu enterprising menyukai aktiviti-aktiviti memanipulasi orang lain seperti mengarah dan

memimpin untuk mecapai matlamat organisasi. Disamping menghindari aktiviti-aktiviti
pemerhatian, simbolik dan sistematik. Mereka mempunyai cita-cita seperti sukakan
pencapaian, suka mengembara, mudah bersetuju, bercita-cita tinggi.

Conventional

Individu konvensional memiliki minat kecekapan, persepsi diri dan mempunyai ciri-ciri seperti
berhati-hati, akur, teliti, defensif, cekap, sukar, dilentur, memendam rasa, tabah hati,
praktikal, dan cermat.

8

TRAIT INVENTORI

PERSONALITI

Dalam kerjaya Pereka Grafik, personaliti yang
terlibat dalam kerjaya tersebut ialah kreatif.
Personaliti ini boleh mencipta, menghasilkan dan
mengembangkan idea baru.Personaliti yang lain
ialah pencapaian yang elok. Personaliti yang
seterusnya ialah Resilien iaitu individu yang cekal
dan mempunyai daya tahanan ikhtiaryang tinggi
untuk menyempurnakan sesuatu tugas dan
personaliti yang terakhir untuk Pereka Grafik ialah
wawasan. Ia individu yang mempunyai daya
imaginasi yang tinggi dan memikirkan idea-idea
yang tidak terjangkau oleh orang lain.

Sebagai contoh, Pereka Grafik yang terkenal di
Malaysia ialah Muid Latif.

Beliau merupakan anak kelahiran Georgetown,
Pulau Pinang. Muid Latif ialah seorang pereka
laman web dan artis digital Malaysia yang secara
aktif mempromosikan seni kebudayaan Asia
Tenggara dari pengaruh Batik, songket dan unsur
lain dalam karya digitalnya. Setelah mendapat
gelaran Sarjana Seni Halus dari Universiti Teknologi
MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor, Malaysia pada
tahun 2001, Muid bekerja di beberapa agensi dan
syarikat dengan menyediakan rekaan kreatif untuk
kempen pembinaan dalam talian dan
mengemaskini laman web seperti Maxis Hotlink,
Petronas, Petrosains, Toyota, Microsoft Singapura
dan banyak lagi sebelum menjinakkan diri
menggunakan aplikasi Adobe Photoshop pada
tahun 1997. Sebagai duta seni digital karya-karya
seni digital beliau turut berada di dalam koleksi
tetap Muzium dan Galeri Seni Pulau Pinang 2012,
Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, dan
beberapa buah galeri tempatan.

9

TRAIT INVENTORI
PERSONALITI

7 8 Ketelusan 1

Wawasan Individu yang telus dalam memberi
maklum balas terhadap ujian.

Individu yang berpandangan Kreatif
jauh, memiliki daya imaginasi
yang tinggi, memikirkan idea- Individu berkebolehan mencipta,
idea yang tidak terjangkau oleh menghasil dan mengembangkan idea

orang lain dan berkarisma. baru dan asli.

6 Menolong 2 Ekstrovert

Individu berkecenderungan Individu suka berada,
untuk menunjukkan rasa empati, berinteraksi dan bekerja dengan
kasih sayang dan suka memberi
orang ramai.
bantuan kepada orang lain.
Kepelbagaian 3Pencapaian
5Resilien
Individu ini seorang yang bersemangat dan
Individu yang cekal, mempunyai bermotivasi untuk menyelesaikan tugas.
daya tahan dan ikhtiar yang tinggi Mahukan kejayaan dan suka persaingan
untuk menyempurnakan sesuatu walaupun banyak halangan.

tugasan. 4Individu yang dapat menerima dan
mudah menyesuaikan diri dalam
pelbagai situasi. Sukakan
pengalaman yang pelbagai ke arah

perubahan berterusan.

10

SKOP TUGAS PEREKA

Antara skop 1 Reka bentuk dan menyediakan pameran untuk tujuan
tugasan 2 pengiklanan atau pendidikan. Terlibat secara langsung dalam
menghasilkan visual (illustrasi, photo, logo, icon, vector) yang
Pereka Grafik sesuai untuk menyampaikan mesej dalam pengiklanan, identiti
adalah: korporat, website, pembungkusan, multimedia dan sebagainya.

Menyediakan susun atur menyeluruh reka bentuk
menggunakan teknik seperti fotografi, ilustrasi dan imej janaan
komputer. Pereka Grafik bertanggungjawab dalam susun atur
(layout) serta format dalam setiap rekaan yang dihasilkan agar
menepati citarasa pelanggan dan mempunyai nilai estetik, nilai
dekoratif dan nilai komersial.

Proses rekaan atau design 3 Memberi reka bentuk untuk pelanggan untuk kelulusan dan
menyediakan reka bentuk untuk mencetak.
proces biasanya bermula

dari peringkat kajian atau

pengumpulan data,

lakaran perkembangan

idea, proses rekaan digital 4 Menyelia semua peringkat pengeluaran reka bentuk termasuk
mengatur dan menyelia percetakan.
dan juga percetakkan atau

penerbitan. Setiap

peringkat proses rekaan

memerlukan sentuhan

kreativiti dan nilai artistik

dari seorang pereka. 5 Menghasilkan konsep rekaan yang terdiri daripada gabungan
unsur-unsur dan prinsip-prinsip rekaan mengikut kehendak
pelanggan.

6 Sebagai penasihat rekaan, menasihati serta memberi cadangan
kepada pelanggan dalam pemilihan warna, text, visual, stail dan
sebagainya, mengikut kesesuaian rekaan yang ingin dihasilkan.

7 Memastikan setiap rekaan dicetak dengan baik mengikut
spesifikasi yang telah dipersetujui bersama pelanggan agar
kualiti dapat dijaga.

11

SKOP TUGAS PEREKA

Perkara yang terlibat dalam kerjaya serta pihak yang
sentiasa berhubung :

Komunikasi 1 Tugas pereka grafik adalah untuk menyampaikan mesej, cerita, jenama atau idea
pelanggan. Jadi, anda juga harus mempunyai kemahiran berkomunikasi yang
sangat baik bagi menarik pelanggan menggunakan perkhidmatan anda. Ia adalah
penting bagi tahap komunikasi profesional dalam situasi rumit atau penerangan
yang ringkas tapi jelas dengan apa yang ingin kita sampaikan dalam rekaan kepada
pelanggan.

Kesabaran 2 Bekerja sebagai Pereka Grafik anda harus mempunyai kesabaran yang tinggi
kerana sesuatu idea itu bukan datang dalam sekelip mata. Anda harus berkerja
mengikut aturan supaya idea dapat dikembangkan. Jadi tengoklah youtube, layari
laman sesawang yang berkaitan supaya kita dapat idea dan bukan meniru ‘bulat-
bulat’ atau mengambil hasil seni orang lain.

Keterbukaan 3 Anda harus berfikiran terbuka, sentiasa mencuba perkara baru dan mudah
menerima nasihat sebagai sumber yang tidak dijangka bagi meningkatkan lagi
Bersemangat hasil kerja.

Rasa Ingin 4 Anda haruslah sentiasa bersemangat walaupun beban kerja yang banyak. Anda
Tahu harus menggunakan semangat atas minat dan kecintaan anda pada hasil seni.
Selain itu, anda harus mampu bekerja sendiri bagi menyiapkan tugasan tanpa
Pihak yang menagih bantuan orang melainkan anda telah buntu atau ketandusan idea. Anda
Terlibat harus tahu mengimbangi beban tugas dan mempunyai jadual pengurusan masa
bagi menyiapkan sesuatu tugasan.

5 Anda tidak boleh lari dari perasaan ingin tahu kerana kerja yang berkaitan dengan
seni harus mempunyai perasaan tersebut. Pereka Grafik hendaklah meneroka
imaginasi bagi memahami kehendak pelanggan supaya kita dapat
menghubungkan kedua-dua maklumat dan idea kita menjadi satu lakaran yang
berjaya.

6 Pihak-Pihak Yang Terlibat Dalam Kerjaya Pereka Grafik :-
Butik, Pengiklanan, Perabot, Fotografi, Multimedia, Pembuatan Website,
Pembuatan Logo, Pameran, Muzium 3D , Muzium seni, Pembuatan
Layout, Pembuatan Kulit Buku , Pembuatan Rumah Dan Pembangunan,,
Pembuatan Landskap, Animasi.

12

KELULUSAN AKADEMIK

Jenis Kelulusan Akademik

Subjek di peringkat Subjek di peringkat
Sekolah Menengah Sekolah Menengah Tinggi
Rendah termasuk di termasuk di MRSM:
MRSM:
• Subjek Elektif Rekacipta
• Pendidikan Seni • Subjek Khas Seni Reka

Program di Politeknik: Program di Kolej Komuniti:

• Diploma Rekabentuk • Sijil Animasi
• Sijil Multimedia Kreatif
Grafik (Politenik • Sijil Seni Visual Kreatif
• Diploma in Games Art
Sultan Ibrahim, Johor

& Politeknik Muadzam

Shah, Pahang.)

13

KELULUSAN AKADEMIK

Apakah Keperluan Pendidikan Menjadi Apakah Keperluan Professional Menjadi
Pereka Grafik? Pereka Grafik?

Walaupun anda mungkin tidak memerlukan ijazah kolej Gred: B19, B21, B25, B29, B31, B37, B41, B47, B51,
untuk menjadi Pereka Grafik, ijazah sarjana muda akan B53.
membawa anda pergi jauh untuk mencipta kerjaya yang Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan & Profesional,
menguntungkan untuk anda dalam reka bentuk grafik. Pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
Sebenarnya, Pereka Grafik biasanya memegang ijazah Jawatan Pereka ini dikategorikan di dalam kelayakkan
sarjana muda dalam reka bentuk grafik atau bidang bakat sama seperti jawatan Ahli Muzik, Artis budaya,
yang berkait rapat. Tetapi Pereka Grafik yang berjaya jurufotografi, jurusolek dan sebagainya. Biasanya bagi
juga mempunyai bakat untuk kreativiti dan pemahaman mereka yang lepasan sijil, gred penjawatan bermula
yang mantap dalam perisian komputer. dengan gred B19, lepasan diploma Gred B29, lepasan
Ijazah Sarjana Muda pula ber-Gred B41 dan
Walaupun anda terlalu sibuk untuk menghadiri kolej peningkatan gred seterusnya ditentukan melalui
dan mendapat ijazah sarjana muda, terdapat beberapa pengalaman, prestasi dan juga kekosongan jawatan.
kolej yang menawarkan reka bentuk grafik dalam talian.
Kebanyakkan kekosongan jawatan pereka ini adalah
pada gred B19. Secara rasionalnya, jawatan ini lebih
kepada kaedah lantikkan terus iaitu, anda perlu
bermula dengan gred B19 dahulu dan kemudian
memohon lantikkan terus mengikut kelayakkan
semasa anda.
Terdapat beberapa syarat tambahan untuk lantikkan
terus ini seperti tempoh pengalaman bekerja, tahap
kriteria kecemerlangan yang ditetapkan oleh ketua
jabatan, had umur, serta kekosongan. Dalam bidang
rekaan terutamanya rekaan grafik ini, ia senonim
dengan persoalan sejauh mana kemahiran seseorang
individu tersebut dapat dibuktikan.
Kelayakkan akademik bukan ukuran kepada cerminan
kemahiran seseorang pereka, ia bergantung kepada
bakat, pengalaman serta latihan berterusan untuk
menghasilkan rekaan yang berkualiti dan berkesan.
Maka, untuk ke gred penjawatan yang lebih tinggi,
melihat pada kelayakkan akedemik semata-mata
adalah tidak praktikal sebab itu kaedah lantikan terus
lebih menjamin kualiti seseorang pereka itu.

14

KELULUSAN AKADEMIK

Untuk menjadi profesional reka bentuk grafik memerlukan banyak komitmen dan

latihan, beberapa langkah yang boleh di ambil untuk menjadi pereka

grafik dan mendapat bayaran dengan baik untuknya.

1 Mula Membina Kemahiran Anda Di Sekolah Menengah

Pertama, anda mesti tahu bahawa untuk mengembangkan kemahiran, anda memerlukan masa. Oleh itu,
disarankan agar anda membina kemampuan anda lebih awal, walaupun ketika di sekolah menengah. Seawal
yang anda boleh, ambil kursus dalam reka bentuk dan seni. Pereka Grafik perlu mempunyai mata yang tajam
dan otak kreatif, tetapi mereka juga perlu mengembangkan kemahiran dan kelancaran perisian. Oleh itu,
penyediaan adalah segalanya.

2 Dapatkan Ijazah dalam Reka Bentuk Grafik

Suatu sijil di lapangan, atau ijazah sekutu, mungkin cukup dalam beberapa kes, tetapi Jabatan Tenaga Kerja
Amerika Syarikat melaporkan bahawa Pereka Grafik atas lebih cenderung menduduki pekerjaan yang
berkualiti hanya selepas mendapat ijazah sarjana muda. Oleh itu, kini terdapat institusi-institusi pasca
menengah 300 di Amerika Syarikat yang menawarkan program ijazah yang diiktiraf oleh Persatuan Kebangsaan
Sekolah Seni dan Reka Bentuk.Kerja kursus meliputi pelbagai subjek, seperti seni studio, prinsip reka bentuk,
grafik komersial, reka bentuk web, pengiklanan serta teknologi komputer yang berkaitan dengan grafik. Kelas-
kelas dalam pemasaran dan perniagaan mungkin menjadi sebahagian daripada kurikulum juga sejak pereka
harus mampu menjual diri mereka sendiri kepada klien yang berpotensi.

3 Sukarelawan untuk Praktikal 4Membina Portfolio Kerja Besar
Sebelum meneroka ke dalam dunia reka bentuk
grafik, anda harus menjadi sukarelawan untuk Membina portfolio yang mengagumkan sebenarnya
pekerjaan yang memberikan anda pengalaman menjual anda lebih daripada resume, jika anda
pengalaman tentang kerja yang baik dengan memohon kerja reka bentuk grafik. Jadi, kelayakan
pelanggan dan juga membantu anda membina yang paling berkesan untuk Pereka Grafik adalah
hubungan profesional. Tetapi, tidak semua program portfolio profesional mereka, menunjukkan
kolej dalam reka bentuk grafik memerlukan latihan. kepakaran dan pelbagai kerja mereka. Semasa
membentangkan portfolio kerja yang besar mungkin
sukar kerana anda memulakan, anda boleh memberi
tumpuan kepada penyampaian kandungan berkualiti
daripada kuantiti. Hanya mempamerkan sampel
terbaik anda, dan portfolio sejajar dengan minat
pelanggan anda.

5 Sentiasa Dikemas Kini

Bagi menjadi Pereka Grafik yang lebih baik, anda perlu mengikuti perkembangan teknologi perisian dan
komputer untuk terus berdaya saing. Menyediakan program persijilan dalam perisian reka bentuk khusus
vendor juga boleh membantu membina kelayakan anda dan menetapkan anda di hadapan pesaing anda.

15

RISIKO & CABARAN

Kerjaya sebagai Pereka Grafik terpaksa berhadapan Sebelum hendak memulakan kerjaya, mereka perlu
dengan pelbagai cabaran dan saingan dari pelbagai kuat dari segi mental mahupun fizikal untuk
pihak. Ini kerana ada yang beranggapan, kerjaya ini menghadapi apa jua rintangan yang bakal dihadapi
boleh diganti dengan perisian online seperti ‘Canva’ tidak kira semasa, selepas dan akan datang.
dan sebagainya. Fungsi Pereka Grafik dilihat terlalu Menghadapi kritikan daripada pelanggan seperti
kecil dan tidak mendatangkan keuntungan kepada dikritik tidak dapat menghasilkan rekabentuk grafik
syarikat. yang bagus sekaligus menjatuhkan nama diri dan
syarikat.
Selain itu juga, cabaran dari ibu bapa yang
menganggap kerjaya Pereka Grafik in tiada masa Kebanyakan pekerjaan bakal pupus membabitkan
depan, mengeruhkan lagi keadaan. Namun, ini kerja rutin seperti perkeranian, pentadbiran serta
semua merupakan cabaran yang perlu digalas oleh pekerja pemasangan dan kilang merangkumi kerani
penggiat industri rekaan grafik supaya indusrti ini memasukkan data, setiausaha ekslusif, akauntan
terus relevan dan tak lapuk dek hujan, tak lekang dan juruaudit.
dek panas. Sama ada produk yang dihasilkan akan
berjaya atau gagal. Pelanggan atau orang yang tidak Pekerjaan yang bakal mengambil alih pasaran pula
mengetahui mengenai prinsip asas rekabentuk adalah jenis kerja berasaskan teknologi, kecerdasan
grafik pasti mahu memasukkan setiap imej, teks dan buatan (AI), digital dan teknologi baharu. Kesan dan
elemen grafik yang lain kepada rekaan mereka. trend ini akan dilalui oleh semua rantaian pasaran
kerja dunia bukan hanya di Malaysia sahaja.
Sebaliknya ia hanya akan menjadikan rekaan anda
gagal untuk menyampaikan maklumat secara
efektif.

16

PELUANG PEKERJAAN

Peluang memegang jawatan Pereka Grafik

Kelayakan akedemik bukan ukuran kepada cerminan kemahiran seseorang pekerja, ia bergantung kepada
bakat, pengalaman serta latihan berterusan untuk menghasilkan rekaan yang berkualiti dan berkesan. Maka,
untuk ke gred penjawatan yang lebih tinggi, melihat kepada kelayakan akedemik semata-mata adalah tidak
praktikal sebab itu kaedah lantikan terus lebih menjamin kualiti seseorang pereka itu. Terdapat banyak jawatan
yang boleh direbut oleh graduan lepasan rekaan grafik tetapi ia tidak semudah yang anda jangka. Walau
bagaimanapun, kebanyakan syarikat swasta dari masa ke masa akan memberi latihan kepada pra Pereka Grafik
mereka untuk sentiasa up-to-date dari segi kemahiran dan ilmu mereka. Kerjaya ini boleh berkembang dan
sesuai lagi untuk masa hadapan.
Selain menghasilkan illustrasi gambar, logo, iklan dan laman web, Pereka Grafik boleh menghasilkan filem
animasi seperti Boboiboy, Upin dan Ipin dan sebagainya. Kerjaya ini boleh berkembang dan sesuai lagi untuk
masa hadapan. Selain menghasilkan illustrasi gambar, logo, iklan dan laman web, Pereka Grafik boleh
menghasilkan filem animasi seperti Boboiboy, Upin dan Ipin dan sebagainya.

Jawatan sebagai Perkhidmatan Pendidikan / Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi

Jawatan ini merupakan jawatan rebutan utama bagi bidang ini. Oleh kerana ini menggunakan perkataan
‘pendidikan’ maka akan wujud persaingan oleh calon-calon dari institusi atau maktab perguruan dan program-
program ijazah pendidikan di peringkat universiti. Namun, semuanya akan bergantung kepada rezeki dan
prestasi anda semasa sesi temuduga. Sedikit kesilapan pastinya bakal mengakibatkan anda terlepas jawatan ini.

17

PELUANG PEKERJAAN

Manfaat menjadi Pereka Grafik

1Perniagaan Ulang berpotensi 2Peluang dalam Reka Bentuk

Pelanggan yang sama mungkin akan Terdapat begitu banyak jenis
menjadi pelanggan berharga untuk pekerjaan reka bentuk grafik . Reka
lebih sekadar satu pekerjaan. bentuk web, reka bentuk pakaian,
Sesetengah laman web memerlukan reka bentuk logo dan iklan hanya
akses klien ke kerajang belanja; beberapa peluang yang tersedia.
bergantung kepada jualan, produk Terdapat laman web dalam talian
untuk kini dengan sewajarnya. yang membolehkan Pereka Grafik
mempamerkan kerja mereka, dan
pekerjaan bebas untuk syarikat
seperti 99designs.com, elance.com
dan guru.com

3Kestabilan Kerja Pekerjaan yang menarik dan

Dengan begitu banyak peluang, 4tidak akan membosankan
kemungkinan besar perancang
Pereka Grafik akan selalu mempunyai Seiring dengan banyak peluang yang
pekerjaan. Masalah ekonomi boleh tersedia untuk Pereka Grafik,
menyebabkan kenaikan pengiklanan terdapat juga banyak peluang untuk
dan meningkatkan keperluan syarikat perubahan. Bagi orang yang
untuk menyewa artis grafik. memerlukan perubahan dan tidak
suka berada dalam satu kedudukan
terlalu lama, menyembuhkan
kekecewaan adalah semudah
mempelajari program perisian yang
berbeza atau beralih dari reka bentuk
web untuk mencetak.

18

. Harapan terhadap kerjaya Pereka Grafik

RUMUSAN Kerjaya sebagai pereka grafik pada zaman ini
adakalanya dipandang rendah oleh segelintir
Reka bentuk grafik adalah proses komunikasi visual masyarakat di Malaysia dan menganggap kerjaya ini
dan penyelesaian masalah melalui penggunaan tidak memberi sebarang manfaat mahupun tidak
tipografi, fotografi, dan ilustrasi. Pereka grafik menjamin masa depan mereka. Namun, pereka
merupakan kerjaya yang paling popular untuk cabang grafik ini adalah berbakat kerana mempunyai
ini. kelebihan bakat seni lukis dan reka lebih daripada
orang lain.
Pereka grafik membuat konsep visual dengan
menggunakan perisian komputer atau secara manual Kelebihan yang ada ini sepatutnya dihargai dan
untuk menyampaikan idea yang memberi inspirasi diberi peluang untuk mereka menjadikan ia sebagai
dan memikat pengguna. kerjaya sambil mengekspresi dalam menghasilkan
karya.
Mereka akan bertemu dengan pelanggan atau
pengarah seni untuk menentukan skop sesuatu Dengan mempunyai diploma dan ijazah dalam seni
projek, menentukan mesej reka bentuk yang patut reka grafik, skop pekerjaan pereka grafik
digambarkan dan seterusnya, mereka bentuk grafik sememangnya luas di mana mereka bekerja dalam
yang sesuai. bidang kreatif seperti industri pengiklanan,
percetakan, penjenamaan dan sebagainya. Ada juga
Pereka Grafik di Malaysia pereka grafik berkecimpung dengan keusahawanan
dengan menubuhkan syarikat atau studio rekaan
Dengan perkembangan industri ini yang begitu pesat, sepenuh masa, seorang freelancer yang mampu
permintaan tenaga mahir dalam bidang ini juga bekerja di mana-mana lokasi, mahupun menjadi
meningkat. Syarikat pengiklanan dan cetakan swasta seorang pendidik demi masa depan generasi muda
dan juga jabatan kerajaan berlumba-lumba untuk yang ingin melibatkan dalam industri seni reka pada
mendapatkan kakitangan yang mahir di dalam bidang masa akan datang.
aplikasi multimedia. Akan tetapi, kejayaan tidak akan
datang dengan mudah tanpa kemahiran dan 19
kepakaran yang ada berserta kesungguhan yang jitu
untuk terus berjaya.

Pereka grafik
menghasilkan konsep,
seni dan visual bahan

grafik untuk
menyampaikan

maklumat.

RUJUKAN

1. http://syahrulasriomar.blogspot.com/2016/11/kerjaya-sebagai-pereka-grafik.html
("Kerjaya Sebagai Pereka Grafik.", 2020)

2. ("Pengujian Model Hubungan Antara Kecerdasan Emosi, Trait Personaliti dan
Tingkah Laku Kepimpinan Terhadap Prestasi Kerja", 2015)

3. Muid Latif | Wikiwand. (2020). Retrieved 4 November 2020, from
https://www.wikiwand.com/ms/Muid_Latif

4. Memahami Kerjaya Pereka Grafik dan Peranannya | Jobstore Careers Blog. (2020).
Retrieved 4 November 2020, from https://www.jobstore.com/careers-
blog/2019/10/30/memahami-kerjaya-pereka-grafik-dan-peranannya/

5. Greatman, A. (2020). Bagaimanakah Saya Menjadi Pereka Grafik di 2020?
Kemahiran, Alat, Gaji, Kos. Retrieved 4 November 2020, from
https://worldscholarshipforum.com/ms/menjadi-pereka-grafik/

6. Apakah Peluang Kerjaya Graduan Senireka?. (2020). Retrieved 4 November 2020,
from https://www.derekacreative.com/37-apakah-peluang-kerjaya-graduan-
senireka

20

S Gkuad enerasi Intelektual

21


Click to View FlipBook Version