MESYUARAT AGUNG PEMBUBARAN PIBG SESI 2021 - 2023 PEMILIHAN PIBG SESI 2024 - 2026 &
ATURCARA MESYUARAT AGUNG PEMBUBARAN PIBG SESI 2021-2023 DAN PEMILIHAN SESI 2024-2026 SK MATANG JAYA, PADAWAN 27 APRIL 2024 (SABTU) 0730 – Pendaftaran kehadiran ibu bapa dan guru 0830 – Nyanyian Lagu Negaraku - Bacaan doa - Mesyuarat Pembubaran PIBG Sesi 2021-2023 dan Pemilihan PIBG Sesi 2024-2026 - Agenda mesyuarat 1. Ucapan Guru Besar 2. Ucapan alu-aluan Yang Dipertua PIBG 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG BIL. 1 2023/2024 4. Perkara Berbangkit 5. Membentang dan meluluskan Laporan Setiausaha Kehormat 6. Membentang dan meluluskan Laporan Bendahari kehormat 7. Membentangkan usul 8. Pembubaran AJK Sesi 2021-2023 9. Pemilihan Pengerusi sementara 10.Pemilihan AJK Kehormat Sesi 2024-2026 11. Hal-hal lain 12.Penangguhan Mesyuarat - Nyanyian Lagu Ibu Pertiwiku - Bersurai
CARTA ORGANISASI PIBG SK MATANG JAYA SESI 2021-2023 Encik Ensnat bin Mosa ( Ex- Offiicio ) Encik Unlong bin Nudin ( Yang Dipertua ) Encik Soria bin Ahmat ( Timbalan Yang Dipertua ) Encik Norazhar bin Mohamad ( Setiausaha Kehormat ) Puan Aniza binti Abdul Wahab ( Timbalan Setiausaha Kehormat ) Puan Nor Haizean binti Sahari ( Bendahari Kehormat ) Puan Nor Haizean binti Sahari ( Timbalan Bendahari Kehormat ) AJK ( Guru ) Encik Mohd Yunus bin Sapuan Encik Abdul Aziz bin Ibrahim Encik Mohamad Arshad bin Affindi Puan Norfaeah binti Haroni Puan Salmi Herdawati binti Aini AJK ( Ibu Bapa) Encik Wan Ahmad Rafiq bin Wan Julihi Encik Ahmad Jumry bin Kassim Encik Bukharry bin Sulaiman Puan Nurazura binti Rali Puan Firdausiah binti Rahim
AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PEMBUBARAN DAN PEMILIHAN PIBG 2021-2023 SK MATANG JAYA 27 APRIL 2024 (SABTU) JAWATANKUASA INDUK Ex – Officio: Encik Ensnat bin Mosa (Guru Besar) Encik Meli bin Mostapha (PK Pentadbiran) Encik Khairul Anuar bin Abdul Rahman (PK Hal Ehwal Murid) Encik Johaimi bin Johar (PK Kokurikulum) Pengerusi : Encik Unlong bin Nudin Naib Pengerusi : Encik Soria bin Ahmat Setiausaha : Encik Norazhar bin Mohamad Naib Setiausaha : Puan Nor Aniza binti Abdul Wahab Bendahari : Puan Nor Haizean binti Sahari Naib Bendahari : Puan Monica Tan Yen Yen Audit Dalaman: Encik Abg Zahiden bin Abg Othman Ahli Jawatankuasa : Encik Mohd Yunus bin Sapuan Encik Abdul Aziz bin Ibrahim Encik Mohamad Arshad bin Affindi Puan Norfaezah binti Haroni Puan Salmi Herdawati binti Aini Encik Wan Ahmad Rafiq bin Wan Julihi Encik Ahmad Jumry bin Kassim Encik Bukharry bin Sulaiman Puan Nurazura binti Rali Puan Firdausiah binti Rahim
JAWATANKUASA KECIL MESYUARAT AGUNG PEMBUBARAN DAN PEMILIHAN SESI 2021/2023 SK MATANG JAYA 27 APRIL 2024 (SABTU) JAWATANKUASA PROTOKOL DAN SAMBUTAN JAWATANKUASA PENDAFTARAN Encik Unlong bin Nudin (YDP) Encik Ensnat bin Mosa Encik Meli bin Mostapha Encik Khairul Anuar bin Abdul Rahman Puan Johaimi bin Johar Encik Soria bin Ahmat Puan Zuriyana binti Mohd Nawi (Ketua ) Puan Hamnah binti Nawi Jamaain Puan Puan Hajijah binti Minan Puan Hanita binti Riduan Puan Rokiah binti Mahdar Puan Siti Ruhaila binti Abu Bakar Puan Sabariah binti Haji Omar Puan Siena Kimmai JAWATANKUASA BUKU FLIP PROGRAM JAWATANKUASA MENCETAK BUKU PROGRAM DAN SURAT JEMPUTAN Puan Dayang Adlizawati b inti Abang Josmani (Ketua) Puan Amni Syamimi binti Jiki@Zaki Puan Aminah binti Entol Puan Siti Zubaidah Abu Bakar JAWATANKUASA MENGEDAR BUKU PROGRAM JAWATANKUASA MERUMUS USUL / CADANGAN IBU BAPA Puan Jong Kaar Ngee (Ketua) Puan Norhasirah binti Alyas@Alias Puan Nor Saadah binti Salahuddin Puan Nurhidayah Abdullah Puan Sajidah binti Mut Puan Wida Wati binti Sulaiaman (Ketua) Puan Alizea binti Bayan Puan Zainon binti Tahir Puan Jama’ayah binti Bolhassan Puan Milus ak Ambun Cik Rosemary Dunstan Martin Gu JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN SEBELUM MAJLIS JAWATANKUASA PERSIAPAN DEWAN SELEPAS MAJLIS Encik Ideris bin Ahmat (Ketua) Encik Nazri bin Adong Puan Juita binti Pawi Puan Lee Siew Tien Puan Refidah binti Seman Puan Suziana binti Arshad Puan Aida binti Alek Pekerja-pekerja Swasta (Lelaki) Encik Abas bin Seminan (Ketua) Encik Abg Zahiden bin Abg Othman Puan Dorothy Candida Tohem Puan Mazni binti Seman Puan Diana binti Sarbini Puan Jessy ak Nyotik Puan Haslinda binti Busro Pekerja-pekerja Swasta (Perempuan)
JAWATANKUASA JAMUAN JAWATANKUASA PERHIASAN MEJA / PENTAS Puan Sharifah Hajijah binti Wan Redzuan (Ketua) Puan Maria ak Kayan Puan Norlia binti Abdul Karim Puan Salmi Herdawati binti Aini Puan Suhaila bt Sarbini Puan Siti Hamidah binti Mohd Ali Encik Tuah bin Orgimin(Ketua) Encik Shuhairizan bin Mohd Yusof Puan Norfaezah binti Haroni Puan Theresa Amboi Bagos Puan Monica Tan Yin Yin JAWATANKUASA PUBLISITI & “BACK DROP” JAWATANKUASA SIARAYA Encik Sepri bin Ismail Encik Zamsuri bin Mohamad Suhaili Encik Norazhar bin Mohamad (Ketua) Encik Encik Abdul Aziz bin Ibrahim Encik Mohamad Arshad bin Affindi JAWATANKUASA BACAAN DOA JAWATANKUASA JURU ACARA Encik Mohd Alieff bin Mamat Encik Soria bin Ahmat Puan Latifatul Sa’adiah binti Derim@Pawi JAWATANKUASA PENCATAT MINIT JAWATANKUASA KEBERSIHAN Cik Ummirul Farah binti Kamarul (Ketua ) Cik Voon Mun Sze Cik Husna Iffati binti Hafizuddin Puan Intan Nurmarini binti Mohamed Noriman Cik Nurshahidah binti Azmi Puan Doristy binti Ahmad Kassim (Ketua) Puan Zurinawati binti Sekawi Puan Suriyana Supono Puan Zahriah binti Kamarudin Pekerja-pekerja swasta (Perempuan) JAWATANKUASA FOTOGRAFI & DOKUMENTASI JAWATANKUASA TRAFIK & KESELAMATAN Puan Jennifer ak Manjan Puan Mling ak Sonjen Pengawal Keselamatan Sekolah
JAWATANKUASA INTERIM PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2024-2026 Pengerusi Encik Khairul Anuar bin Abdul Rahman Pencatat Minit Cik Ummirul Farah binti Kamarul(Ketua ) Cik Voon Mun Sze Cik Husna Iffati binti Hafizuddin Puan Intan Nurmarini binti Mohamed Noriman Cik Nurshahidah binti Azmi Pencatat Pencalonan Puan Bungai Andar Puan Rozina binti Ujang Pengiraan Pengundian dan Kiraan Undian Encik Suhaidi bin Reli (Ketua) Encik Mahly bin Merzuki Encik Mohd Alieff bin Mamat Puan Noriani binti Rosli Puan Safiah binti Abu Bakar
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA KM 6, JALAN MATANG 93050 KUCHING. MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG BIL. 1 2023/2024 Tarikh: : 15 April 2023 Hari : Sabtu Masa : 9:00 pagi Tempat : Dataran PIBG SK Matang Jaya Kehadiran : ( Rujuk Lampiran ) Agenda : 1. Ucapan YDP PIBG SK Matang Jaya 2. Ucapan Penasihat PIBG SK Matang Jaya 3. Pengesahan Minit Mesyuarat yang lepas 4. Perkara Berbangkit 5. Pembentangan Kewangan oleh Bendahari PIBG SK Matang Jaya 6. Pembentangan usul 7. Hal-hal lain. 8. Ucapan Penangguhan YDP dan GB 9.Penangguhan Mesyuarat 1. Ucapan YDP PIBG SK Matang Jaya 1.1 YDP mengalu-alukan kehadiran GB, penolong kanan, AJK, guruguru, semua ibu bapa dan penjaga. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan pada pagi ini walaupun yang beragama Islam menjalani kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan. Beliau berharap semoga kita semua diberi kekuatan dan keredhaan Allah s.w.t untuk menjayakan mesyuarat kali ini. 1.2 Beliau juga menyatakan sangat berbesar hati kepada semua ibubapa dan penjaga kerana sanggup mengorbankan masa untuk menghadirkan diri d dewan PIBG Square ini secara bersemuka dan
ada yang hadir secara GM di alam maya. Beliau berharap pautan internet tiada mengalami masalah. 1.3 Beliau berharap agar semua pihak mendoakan kesihatan rakanrakan yang mengalami masalah kesihatan. Pertama ialah mantan YDP sesi 2019/2021, Encik Guntor sedang mengalami masalah kesihatan yang agak berat. Beliau dikhabarkan telah beberapa bulan terlantar di HUS kerana disahkan menghidapi kanser. Yang kedua ialah Setiausaha PIBG, Cikgu Norazhar juga menghadapi masalah kesihatan bermula awal bulan puasa yang lalu. Beliau baru selesai menjalani pembedahan selama 9 jam kerana mengalami ketumbuhan ulser di dalam usus. Jadi YDP berharap agar semua di dalam dewan dapat berdoa kepada kedua-dua mereka supaya dapat sembuh dengan segera. 1.4 Beliau juga berterima kasih atas kerjasama jitu dan utuh daripada pihak sekolah dalam memberi kerjasama kepada AJK PIBG dalam memandu arah PIBG untuk setiap aktiviti. Ini kerana aktiviti PIBG adalah sebahagian besarnya bersangkut paut dengan kehendak atau kemahuan pihak sekolah untuk setiap aktiviti. 1.5 Beliau juga turut berterima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama dan kepercayaan kepada PIBG melakukan tugas-tugas membantu pihak sekolah dalam menjayakan misi dan visi sekolah untuk kejayaan SKMJ dan kecemerlangan pelajar sekalian. 1.6 Selain itu beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ibubapa kerana dengan kerjasama dan sokongan ini juga menjadi pegangan pihak PIBG untuk berjalan seiringan bersama pihak sekolah dalam menjayakan misi dan visi sekolah yang sama dalam membangun pendidikan, pembangunan fizikal, kejayaan akademik, pemampatan sahsiah dan sosial pelajar dan sebagainya.
1.7 Beliau mengharapkan kerjasama dan sokongan ini akan berterusan dan berpanjangan untuk kita sama-sama menjalankan amanah walaupun berlainan bidang yang berbeza tetapi tujuan tetap sama demi kejayaan dan kecemerlangan anak-anak SKMJ. 1.8 Beliau juga mengharapkan hubungan semua guru dan ibubapa adalah pada tahap yang terbaik demi kemenjadiaan anak-anak murid SKMJ. Kalau ada silap dan salah boleh dibawa berbincang bersama demi kebaikan semua pihak dengan slogan “Muafakat membawa Berkat”. Jadikanlah diri kita sebagai contoh yang terbaik untuk generasi masa hadapan. 1.9 Beliau juga memaklumkan bahawa sebaik tamat mesyuarat, kita akan meneruskan Program Penyerahan Infaq Ramadhan yang dianjurkan oleh PAI (Panitia Agama Islam) dan Pengagihan Bubur Lambuk sebagai buah tangan untuk dibawa balik pada hari ini. Program tersebut akan diurus oleh KRT Taman Matang Jaya dalam kolaborasi antara PIBG SKMJ dan KRT Taman Matang Jaya. 2. Ucapan Penasihat PIBG SK Matang Jaya 2.1 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih kepada YDP, barisan exco PIBG, barisan penolong kanan, ibubapa, guru-guru. Beliau mengucapkan terima kasih atas kehadiran secara bersemuka dan dalam talian (GM). 2.2 Beliau bersyukur kita semua dapat berkumpul di PIBG Square bagi menyempurnakan mesyuarat Agung Tahunan PIBG yang pertama pada tahun 2023/2024. Kehadiran semua sangat bermakna kepada sekolah kerana ianya dapat mengeratkan silaturahim antara kita semua. Kehadiran semua dapat menguatkan semangat dan keazaman kita dalam menyemarakkan lagi kejayaan dan pencapaian sekolah. Sokongan kuat dari ibubapa dan PIBG sangat berguna kepada sekolah supaya dapat melaksanakan tugas dengan terbaik.
2.3 GB juga meyatakan fokus utama ada 3 aspek iaitu aspek akademik, aspek sahsiah dan adab dan aspek kokurikulum dan kurikulum. Aspek ini adalah asas utama dalam sistem pengurusan pendidikan yang perlu diterapkan kepada murid-murid. Harapan sekolah pada hujung sesi persekolahan agar murid-murid menguasai asas utama tersebut. 2.4. GB juga menyatakan sepanjang tahun lepas dan awal tahun ini, sekolah mendapat banyak bantuan daripada agensi luar dan ibubapa. Banyak infrastruktur telah dipertingkatkan. Keadaan PIBG Square seperti lantai, pentas telah ditambah baik serta longkang ditutup untuk keselamatan pelajar-pelajar. 2.5 Selain itu GB juga menyatakan kawasan persekitaran sekolah kurang kondusif. Dengan bantuan ibubapa dan PIBG, pihak sekolah dapat mempertingkatkan dan memperkasa sekolah supaya menggalakkan minat murid-murid ke sekolah. Selain itu muridmurid dapat menguasai 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Untuk itu ia memerlukan kerjasama daripada pihak sekolah dan ibubapa. 2.6 GB juga mengatakan pada Jumaat yang lepas sekolah telah mengadakan Hari Permuafakatan dan Program Transisi. Jadi ibubapa telah mendapat maklumat tentang pencapaian dan pembelajaran anak masing-masing. 2.7 Selain itu, GB juga mengajak semua fokus terhadap isu tandas. Sekolah mendapat peruntukan sebanyak RM 50 000.00 dari jabatan pendidikan untuk penyelenggaraan tandas. Beliau mengajak ibubapa hadir ke gotong royong untuk memastikan kebersihan tandas. Beliau berharap tiada lagi isu tandas akan dibangkitkan lagi pada tahun ini. Selain itu gotong royong itu juga nanti beliau bercadang nak buat taman dan tugu I LOVE SK MATANG JAYA. Ia bertujuan supaya taman itu indah dan cantik dan sesuai untuk tempat bergambar.
2.8 GB sangat bersyukur ramai yang hadir dalam GM dan di dewan. Beliau berharap pada masa hadapan sekolah akan menjemput YB untuk bersama-sama dalam mesyuarat. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK PIBG, semua ibubapa, semua guru dan jawatankuasa yang telah membuat persediaan dan berharap semoga semua berjalan dengan baik. Beliau mengakhiri dengan ucapan terima kasih kerana meluangkan masa dan memohon maaf dalam kesibukan menyambut perayaan hari raya. 3. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas. 3.1 (Lampiran Minit Mesyuarat Agung Tahunan) YDP membentangkan minit mesyuarat yang lepas. 3.2 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Nurazura Binti Rali dan disokong oleh Cikgu Soria Bin Ahmat. 4. Perkara Berbangkit. 4.1 (a) Encik Mohd Firdaus bin Abdullah mengemukakan berkenaan bas percuma sekolah. Anak beliau terpaksa berlari untuk menahan bas. Beliau juga menyatakan bahawa tiada tempat khas untuk bas. Cikgu Khairul menjawab bahawa bas percuma adalah di luar bidang kuasa sekolah. Bas percuma adalah di bawah Yayasan Sarawak dan mereka mempunyai jadual pergi dan balik mereka sendiri. Pihak sekolah akan berusaha untuk menghubungi pemandu bas untuk mengetahui jadual bas sekolah dan meminta pemandu bas untuk menunggu murid dan murid-murid bersedia di satu kawasan khas untuk bas sekolah menunggu. Tindakan : Pihak Sekolah 4.1(b) Selain itu Encik Mohd Firdaus juga mengemukakan isu tandas di blok tahun 6. GB mengatakan pihak sekolah memang telah bercadang untuk membuat tandas di antara bangunan Tahun
6 dan kantin. Pihak sekolah telah membuat permohonan dan kini sedang menunggu untuk diluluskan oleh jabatan. Tindakan : Pihak Jabatan 4.2 Encik Mohd Iskandar telah mencadangkan untuk mengaktifkan website sekolah. GB mengulas isu tersebut dengan mencadangkan guru IT untuk mengaktifkan website tersebut. Pihak sekolah akan memaklumkan jika website tersebut sudah aktif. Tindakan : Guru IT Sekolah 4.3 Puan Fazlina dari GM menyatakan terdapat beberapa blok bangunan tidak diselenggarakan seperti lantai dan tangga licin dan tidak selamat. Pihak sekolah menjawab ianya akan diusahakan semasa gotong royong jika ada peruntukan dari PIBG. Tindakan : Pihak PIBG 4.4 Encik Nur Syahmi memberi cadangan supaya mengemaskini info di Facebook sekiranya tiada website sekolah. GB menyatakan bahawa sekolah mempunyai TV PSS melalui Youtube TV. Pelbagai program telah dimuatnaik ke dalam Youtube tersebut dan beliau berharap supaya semua ibubapa “Like dan Subscribe” saluran Youtube sekolah kita. Sebagai YDP, beliau berharap media sosial seperti FB bukan sebagai tempat melepaskan geram. Beliau juga berharap ibubapa banyak memberi cadangan dan jika ada yang tidak puas hati, boleh datang ke sekolah. Tindakan : Pihak Ibubapa
5. Pembentangan Kewangan oleh Bendahari PIBG SK Matang Jaya. 5.1 (Lampiran Laporan Bendahari) Puan Norhaizean binti Sahari selaku Bendahari membentangkan laporan kewangan PIBG sesi 2021-2023. 5.2 Laporan Bendahari disahkan oleh Encik Freddy dan disokong oleh Cikgu Aluwi. 6. Pembentangan Usul. 6.1(a) GB menjawab pihak sekolah akan cuba melihat jika PIBG akan membantu. YDP menjawab PIBG boleh membantu memasang spotlight. Satu akan dipasang di koridor dan satu lagi dipasang di kawasan parking sekolah supaya memancar ke bangunan Tahun 6. Tindakan ; Pihak PIBG 6.1(b) YDP menjawab yuran tahun lepas RM10 tidak mencukupi untuk menampung banyak aktiviti yang dilakukan oleh pihak sekolah. Tahun ini yuran dinaikkan RM20, pihak sekolah telah mengumpul yuran sebanyak RM 14 000.00. Duit yuran akan digunakan untuk menjalankan program dari pihak sekolah. Selain itu, duit yuran juga digunakan untuk menambaik prasarana sekolah. YDP menjelaskan usul ini perlu persetujuan semua ibubapa. Seramai 25 orang ahli bersetuju dan 3 orang tidak bersetuju. Jadi pihak sekolah telah bersetuju untuk menaikkan yuran PIBG sebanyak RM35 satu keluarga bermula pada tahun 2024. Puan Norsahayu dari GM membuat pertanyaan adakah yuran akan dikecualikan kepada ibubapa yang kurang berkemampuan. YDP menjawab pihak sekolah akan mempertimbangkan keluarga yang betul-betul tidak mampu. Tindakan : Pihak PIBG
6.2(a-c) GB menerangkan sekolah tidak dapat membuat semua penutup longkang kerana tiada peruntukan. Jadi pihak sekolah akan membuat di kawasan yang strategik sahaja terutama di kawasan PIBG Square. YDP menyatakan penutup longkang yang telah dipasang adalah sumbangan dari Majlis Perbandaran Padawan (MPP). GB menyatakan berkenaan lourves bahawa pihak sekolah akan memasang mengikut kemampuan. Menjawab isu berkenaan keselamatan lalulintas, GB menjawab agar ibubapa menasihatkan anakanak menunggu dengan baik. Selain itu usul yang juga diutarakan oleh Encik Nur Shahlan Bin Sahak berkaitan dengan water ponding(air bertakung), GB menjawab bahawa pihak sekolah tidak ada kuasa untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah dan PIBG akan menulis surat kepada MPP untuk mengurus masalah ini. Tindakan : Pihak Ibubapa dan Pihak Sekolah 6.2 (d) GB mencadangkan agar Encik Mohd Iskandar berjumpa dan berbincang dengan beliau pada bila-bila masa untuk menjelaskan pandangan beliau. Tindakan : Encik Mohamad Iskandar 6.3 GB menerangkan pihak sekolah telah mendapat peruntukan sebanyak RM50 000.00 untuk tandas. Sekolah akan mengadakan gotong royong untuk menaiktaraf tandas dan memastikan kebersihan di kawasan tandas. Tindakan : Pihak Sekolah dan Ibubapa 6.4 GB memohon maaf kerana pihak sekolah tiada kuasa di luar kawasan sekolah untuk memantau kelancaran trafik. Had kuasa pengawal keselamatan hanya di dalam kawasan sekolah sahaja. Kalau ditugaskan di luar, syarikat pengawal
keselamatan tidak akan bertanggungjawab jika berlaku apaapa kemalangan. GB juga mengatakan ibubapa boleh membantu secara sukarela. Tindakan : Pihak Ibubapa 6.5 Cikgu Johaimi menerangkan pihak sekolah memahami dan sedaya upaya membantu ibubapa yang mengalami masalah kenderaan pada waktu kokurikulum dan waktu berlatih sukan. Pihak ibubapa harus mencari inisiatif untuk hadir aktiviti KK. KK sangat penting dan anak-anak harus terlibat secara wajib. Beliau juga menerangkan kepentingan KK kepada ibubapa. Tindakan : Pihak Ibubapa 6.6 GB menyatakan beliau akan berbincang dengan guru penyelaras KAFA berkenaan masa KAFA. Beliau turut risau dengan kehadiran hanya 35% di kelas KAFA. Jika dibenarkan balik, kehadiran akan menurun. Guru-guru KAFA dibayar untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak. Tindakan : Pihak KAFA 6.7 GB menerangkan pihak sekolah tidak dapat membenarkan ibubapa untuk masuk ke kawasan sekolah kerana bimbang orang yang tidak dikenali. Hal ini akan mendatangkan masalah. Pihak sekolah berharap ibubapa akur dengan undang-undang sekolah. Tindakan : Pihak Ibubapa 6.8 Cikgu Meli menerangkan pihak kementerian memang mengambil berat isu beg sekolah. Banyak cadangan seperti menyediakan lokar telah dikemukakan. Cadangan ini adalah
sesuai untuk sekolah yang mempunyai 2 sesi. Setakat ini Tahap 1 hanya membawa 4 buah buku teks manakala Tahap 2 membawa 6 buah buku teks. Dengan jadual waktu yang sentiasa bertukar jika ada cikgu yang berpindah, pihak sekolah akan menambahbaik jadual waktu sekolah. Ibubapa juga diminta untuk menyemak jadual waktu untuk mengelak anak-anak salah membawa buku dan membawa benda lain ke sekolah. Cikgu Khairul mencadangkan Program Lan Nolong iaitu murid tahun 6 membantu murid-murid tahun 1 membawa beg ke kelas. Tindakan : Pihak Ibubapa dan Pihak HEM 6.9 GB menerangkan akan meneruskan ibubapa hadir semasa hari permuafakatan. Ibubapa boleh berbincang dengan guru kelas berkenaan masalah anak-anak. Selain itu ibubapa boleh berbincang dengan guru matapelajaran melalui whatsapp. Untuk Majlis Penyampaian Hadiah, ibubapa yang dijemput sahaja hadir kerana pihak sekolah tidak dapat menjemput semua ibubapa yang tidak berkaitan kerana ruang yang terhad. Berkaitan mengadakan aktiviti gotong royong di kalangan murid-murid, pihak sekolah akan melihat keperluan sahaja. GB menyatakan pihak sekolah tidak dapat melibatkan murid-murid di kawasan yang berbahaya kerana memikirkan keselamatan murid. Berkenaan membuka tarikh tempahan baju, GB mengatakan pihak sekolah akan memaklumkan guru kelas untuk membuka tempahan baju pada akhir tahun. Tindakan : Pihak Sekolah 6.10 GB merancang untuk mengadakan kutipan untuk menyediakan hadiah untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan KAFA. Pihak sekolah akan berbincang lagi dengan penyelaras KAFA. Ustaz Shuhairizan sebagai penyelaras KAFA menerangkan hadiah tersebut adalah untuk galakan dan
pembelajaran. Kutipan tersebut adalah 100% untuk muridmurid. GB bersetuju dengan usul tersebut. Tindakan : Pihak KAFA 7. Hal-hal lain. 7.1 YDP mengatakan berkenaan isu kesesakan, PIBG bercadang untuk menggunakan khidmat RELA. Pihak PIBG akan berbincang dengan Cikgu Khairul untuk memastikan hari yang betul-betul sesak untuk menggunakan khidmat RELA. 7.2 YDP mencadangkan denda RM20 sekiranya tidak hadir gotong royong. Ia adalah bertujuan menggalakkan kehadiran ibubapa supaya sama-sama membantu semasa gotong royong. Makanan yang disediakan semasa gotong royong akan membazir jika ramai tidak hadir. 7.3 YDP juga menyatakan pada bulan Julai nanti pihak sekolah akan mengadakan Program Jogathon dan Gotong Royong Perdana. Pihak sekolah akan menjemput Timbalan Perdana Menteri, YB Fadillah untuk turut serta merasmikan Program Jogathon. 8. Ucapan Penangguhan YDP dan GB 8.1 YDP menangguhkan Mesyuarat Agung Tahunan dengan menyerahkan tugas kepada KRT Taman Matang Jaya untuk Program Infaq Ramadhan dan Program Bubur Lambuk. 8.2 Beliau turut menyatakan sekolah telah menerima kutipan wang sumbangan sebanyak RM 5 000.00 dari ibubapa. Seramai 70 orang yang layak akan menerima Infaq Ramadhan. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan. 8.3 GB mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir secara bersemuka dan dalam talian. Jika ada apa-apa masalah, beliau berharap ibubapa menghubungi pihak sekolah. Beliau juga
berharap ibubapa menggunakan media elektronik dengan sebaikbaiknya. Jika disalahguna, perkara yang serius boleh dibawa ke mahkamah. Beliau berharap kita bersama-sama selesaikan masalah. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau berharap kita cari titik pertemuan, bukan cari titik perbezaan. Beliau bersyukur majlis selesai dengan baik. 9. Penangguhan Mesyuarat. 9.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12:00 tengahari. 9.2 Penangguhan mesyuarat disahkan oleh Cikgu Intan dan disokong oleh Puan Dayang Rosnah. Disediakan oleh; Disemak oleh; ………………………………………. ……………………………… (ANIZA BT ABDUL WAHAB) (SORIA BIN AHMAT) Naib Setiausaha PIBG Naib Yang Dipertua PIBG SK Matang Jaya SK Matang Jaya Sesi 2021/2023 Sesi 2021/2023 Disahkan oleh; ………………………………. (UNLONG BIN NUDIN) Yang Dipertua PIBG SK Matang Jaya Sesi 2021/2023
LAPORAN SETIAUSAHA KEHORMAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KEBANGSAAN MATANG JAYA SESI 2021/2023 PENDAHULUAN Hasil kerjasama ahli jawatankuasa PIBG yang dilantik dalam Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-11, Alhamdulillah aktiviti-aktiviti telah dapat dijalankan dengan aktif dan lancar sepanjang tempoh perkhidmatan 2021-2023. Antaranya: 1. Bekerja berkumpulan dengan semangat setiakawan, terbuka dan ikhlas. 2. Aktiviti berdasarkan idea yang praktik mesti mampu menarik minat ibu bapa mendekati sekolah dan dapat menghubungkan ibu bapa,murid dan guru, yang mana murid menjadi penghubung dan sekolah menjadi lapang interaksi. 3. Setiap aktiviti yang dirancang oleh PIBG seboleh-bolehnya mencari sumber kewangan sendiri. 4. Menambah ahli PIBG yang aktif supaya dapat menjalankan aktiviti dengan lebih berkesan. 5. Dasar aktiviti hendaklah dengan tujuan sebagai pelengkap, tambahan dan tidak bertindih dengan aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. AKTIVITI TAHUNAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA 1. MESYUARAT AJK DAN MESYUARAT AGUNG PIBG 2021-2024 Bagi merancang dan melaksanakan dan menjayakan program sepanjang tahun PIBG dan sekolah, Mesyuarat AJK PIBG telah diadakan sebanyak 3 kali sepanjang tahun 2022 iaitu pada 22 Januari 2022, 25 Mac 2022, 15 September 2022 dan 22 September 2018. Manakala mesyuarat khas diadakan pada 23 Mac 2024 bagi membincangkan persiapan Mesyuarat Agung Pembubaran AJK 2021-2023 dan Pemilihan AJK 2024-2026 Kali Ke-14. Mesyuarat Agung pula telah diadakan sebanyak dua kali iaitu 16 Julai 2022 dan 15 April 2023.
2. SUKAN TAHUNAN PERINGKAT SEKOLAH Sukan Tahunan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 8 November 2023. PIBG telah meluluskan peruntukan kewangan melalui Tabung PIBG bagi membantu pihak sekolah menjayakan sukan tahunan tersebut. Ajk PIBG dan ibu bapa turut menyumbangkan tenaga bertugas dalam sukan tahunan tersebut. 3. GOTONG–ROYONG MADANI BERSAMA PIBG Gotong-royong Madani telah diadakan pada 16 November 2023. Antara skop kerja yang telah berjaya dilaksanakan ialah menceriakan kelas, menebang dan mengemas persekitaran sekolah, membaik pulih laluan dan tandas. 4. MAJLIS KHATAM AL-QURAN Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Januari 2024. Seramai 141 orang murid yang terlibat dalam Majlis Khatam tersebut. Majlis diadakan di Dewan Utama PIBG Square SK Matang Jaya yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam SK Matang Jaya. Tabung PIBG turut menyumbang sebanyak RM 3000 bagi membantu melicinkan lagi perjalanan majlis tersebut. 5.PEMBIAYAAN KEBAJIKAN AKTIVITI PERTANDINGAN KOKURIKULUM SEKOLAH PIBG sentiasa prihatin dan bekerjasama dalam menjayakan aktiviti-aktiviti kokurikulum yang melibatkan para pelajar. Tabung kebajikan PIBG telah membiayai sebahagian perbelanjaan pelajar yang mewakili sekolah ke peringkat daerah, bahagian dan peringkat kebangsaan. Sumbangan tersebut hanya diberikan kepada pertandingan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia atau Jabatan Pelajaran Negeri / Daerah melalui sekolah. 6. HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN Majlis tersebut diadakan sebanyak dua peringkat.Peringkat pertama diadakan 3 Februari 2023 iaitu Majlis Graduasi Tamat Tahun 6 Sesi 2023/2024 bertempat di Hotel Imperial.Pihak PIBG telah memberikan sumbangan RM 2500.00 untuk menjayakan majlis tersebut.Manakala peringkat kedua diadakan pada 7 Februari 2024 bertempat di Dewan SK Matang Jaya.Majlis tersebut merupakan gabungan untuk Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 1 hingga Tahun 5 bersama Anugerah Cemerlang Kokurikulum.Dalam majlis tersebut murid-murid yang cemerlang dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan sahsiah menerima hadiah sebagai tanda penghargaan kepada mereka. PIBG telah membiayai kos majlis tersebut melalui Tabung Khas Hari Anugerah Kecemerlangan bernlai RM 2000.00
7. JOGERTHON BERSAMA HARI TERBUKA SK MATANG JAYA 2023 Pihak sekolah telah berjaya melaksanakan Jogerthon dengan anjuran bersama dengan PIBG SK Matang Jaya.Jogerthon tersebut telah diadakan pada 30 September 2023.Pada masa yang sama PIBG turut mengadakan Hari Terbuka dengan menyediakan beberapa booth untuk jualan dan pameran.Pihak PIBG SK Matang Jaya berjaya mendapat perolehan daripada kutipan Kad Jogerthon dan hasil jualan kupon untuk Hari Terbuka berjumlah RM 76,436.35. 8. PERKHEMAHAN PENGAWAS PERINGKAT SEKOLAH DAN JAMUAN AKHIR TAHUN PENGAWAS 2023 Perkhemahan tersebut diadakan sebanyak 3 Siri bertempat di Sumiran Eko. Peserta yang terlibat terdiri daripada murid-murid tahap 2. Antara tujuan perkhemahan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta mengaplikasikan ilmu perkhemahan di samping menyemai sikap berdikari serta memantapkan jati diri para pengawas untuk menjalankan amanah yang diberikan untuk membantu pihak sekolah. 9. SUMBANGAN KERUSI WAKAF IBU BAPA DAN PIBG Penghargaan dan setinggi-tinggi terima kasih kepada para ibu bapa yang berkenaan bermurah hati menyumbangkan kerusi plastik sebagai wakaf kepada pihak sekolah bernilai RM 7702.00 iaitu dapat membeli sebanyak 480 buah kerusi plastik demi ingin melihat keselesaan anak-anak.Bekalan kerusi-kerusi berkenaan mula diberikan pada 5 Februari 2024.Pihak PIBG turut menyumbangkan wang bernilai RM 4099.00 untuk membeli sebanyak 200 buah kerusi lagi untuk tambahan.Namun kerusi-kerusi berkenaan masih dalam proses pembekalan oleh pihak syarikat penjual iaitu Syarikat Ozora Sdn.Bhd kerana masalah kekurangan stok. Disediakan oleh, 25 April 2024 ( NORAZHAR BIN MOHAMAD ) Setiausaha PIBG, SK Matang Jaya
LAPORAN BENDAHARI KEHORMAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN KEBANGSAAN MATANG JAYA SESI 2021/2023
USUL DAN CADANGAN UNTUK MESYUARAT PEMBUBARAN AJK SESI 2021-2023 DAN PEMILIHAN AJK SESI 2024-2026 PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN MATANG JAYA 2024 Bil Usul / Cadangan 1 Usul berkaitan dengan Tool Box untuk buku teks kanak-kanak di kelas. Menyediakan rak / locker simpanan untuk menyimpan buku yang tidak perlu dibawa balik bagi mengelakkan masalah beg yang terlalu berat. Hazlinah Binti Samsir Nur Fitri BT Apandi Farah Khalid 2 1.Prosedur semasa anak demam atau sebagainya..Dan tindakan guru sementara menunggu ibubapa datang mengambil anak- anak. 2. Keselamatan anak2 semasa selesai sekolah.. Sharifah hasmawati 3 1.Lalu lintas di kawasan sekolah. 2.Lalu lintas di jalan raya. LATIFAH BINTI YAYUSUF NURAZIMAN BIN JAMALUDIN 4 MOHON PERUNTUKAN BUKU CERITA UNTUK PUSAT SUMBER SETIAP TAHUN ZAINON BINTI TAHIR 5 1. Cadangan untuk menutup longkang atas faktor bahaya kepada murid. 2. Memberi kesedaran kepada pelajar agar mereka lebih menghormati hal milik org lain. Contoh : alat tulis, buku & sebagainya. Hasniza bt Wahid 6 1. Pembinaan atap sepanjang jalan menuju ke pra pertiwi untuk keselesaan anak- anak 2. Membina/mewujudkan sebuah lagi tandas di bahagian hadapan sekolah untuk memudahkan anak-anak yang berada di blok hadapan sekolah ke tandas. MELATI BINTI MOHD MONSIN 7 Arahan melalui minit perlu awal seminggu untuk diedarkan.Kedua adalah arahan mesti jelas dan perlu diperjelaskan lebih lanjut lagi untuk ibu bapa faham tindakan selanjutnya sebab tidak semua ibu bapa faham apa yang diperjelaskan dalam minit. Gabreel Steward anak Joshua 8 Memperbaiki Perparitan sebab apabila hujan jalan di penuhi air Tinariah binti Tegak 9 Permohonan untuk memberi sedikit sumbangan untuk murid2 yg melibatkan diri untuk pertandingan peringkat negeri ke atas. Dayangku Aminah 10 Pengawal keselamatan yang boleh menjaga lalu lintas dan murid-murid yang hendak melintas jalan ke sekolah kerana kereta dan motor selalu menghalang lalu lintas dan menurunkan anak-anak di tengah jalan dan motor menyelit secara berbahaya.
Mirul Ashidy bin Junit 11 1.Waktu balik kafa anjak kan seperti sebelum 4.30 ptg hari Isnin dan Selasa 2.Jadual waktu hari isnin,Selasa dan Rabu pendekkan sebab ada kelas Kafa Isnin dan Selasa,rabu ada kk..waktu untuk anak-anak bersedia sangat singkat. 3. Harap kerjasama Ibu bapa yang hantar anak-anak ke sekolah waktu pagi tolong jangan parking terus di depan pagar/ laluan drop..kalau nak lama parking kawasan yang sesuai tanpa ganggu laluan trafik di hadapan sekolah.tempatkan security atau penjaga di tempat drop off utk elak kesesakan. ROKIAH BINTI ULAI 12 1. KETATKAN DISIPLIN MURID DARI SEGI PERGERAKAN MURID KELUAR DAN MASUK KELAS. 2. ANAK SAYA SERING MENGADU GURU BAHASA TERDAPAT GURU SELALU MENGELUARKAN KATA - KATA KESAT YANG TIDAK SEPATUTNYA DIDENGAR OLEH MURID-MURID. HAL INI BEGITU MEMBIMBANGKAN KAMI IBU BAPA KERANA GURU MERUPAKAN CONTOH TELADAN KEPADA ANAK - ANAK MURID. SAYA AMATLAH BERBESAR HATI SEKIRANYA PIHAK SEKOLAH DAPAT MENANGANI MASALAH INI DENGAN SEGERA. ADLI BIN MAHAMAD ISHAK 13 1. Kebersihan tandas pelajar 2. Masalah bag pelajar terlalu berat kerana buku subjek banyak 3. Parking kereta ibu bapa yang tidak tersusun dan tidak selamat yang menyebabkan jalan sesak 4. Pengawal keselamatan sepatutnya lebih mengawal trafik dan kereta ibu bapa semasa murid balik sekolah " Jony anak Abas @ Ahmad Zahin Abdullah/Siti Jazaniah Aljas binti Mohd Japar 14 1.IBU BAPA MENYEDIAKAN KAD NAMA DAN KELAS ANAK (PRINT DALAM KERTAS A4)SEMASA MENGAMBIL ANAK WAKTU BALIK. INI MEMUDAHKAN GURU DAN PELAJAR MENGENALPASTI KEHADIRAN IBUBAPA MEREKA. 2. MEMOHON SUPAYA TIADA IBUBAPA MASUK KE DALAM KAWASAN SEKOLAH SEWAKTU MENGHANTAR ATAU MENGAMBIL ANAK . MILUS ANAK AMBUN 15 Ibu bapa tidak dibenarkan parking tepi jalan sekolah terlalu lama hingga menyebabkan kesesakan menyukarkan guru untuk keluar dan masuk SALMI HERDAWATI BINTI AINI 16 1)Masalah double parking di luar pagar sekolah semasa ibu bapa menunggu anakanak 2) Maklumat tentang aktiviti dan keperluan sekolah agak lewat 3) lain-lain isu berbangkit Mohd Halim bin Siji 17 MOHON MASA KAFA DIPENDEKKAN SEHINGGA PUKUL 4 PETANG . DEWI LAILA JERANI
18 Pembayaran mengenai sumbangan semasa Majlis Perpisahan atau Guru Bersara. ada guru memaklumkan dalam group Kelas bahawa Murid Yang memberi Sumbangan akan di rekod nama dalam Nilai Amalan Baik. Ini secara tak langsung membawa maksud bahawa murid yang tidak memberi Sumbangan tidak layak diberi Nilai Baik. RASHIDAH BINTI ABU BAKAR 19 Menempatkan lokasi yang sesuai untuk peniaga berniaga agar tidak menghalang lalu lintas trafik Nurazura Rali 20 Tempat menunggu ibu bapa di luar seharusnya di pasang kanopi untuk kemudahan Ibu bapa menunggu anak-anak balik sekolah supaya IbuBapa tidak kena ujan panas. Fiadzal Lim Bin Zakaria Lim 21 Sokongan ibubapa kepada PIBG harus diberi keutamaan ini kerana ada yg tidak prihatin dan tidak mahu terlibat . Siti Hazar binti Junaidi 22 Pembaikkan keadaan sekolah Mohamad Azmi bin Bentanie 23 1. Pasang kipas dinding untuk kelas ROZINA BINTI UJANG 24 Untuk makluman jadual latihan choral speaking setiap minggu Isnin hingga Rabu pukul 2.30 - 4.30 petang iaitu sama waktu dgn kelas Kafa Isnin & Selasa.Kami ibubapa risau untuk anak tahun 5 yg akan menduduki UPKK KAFA pada tahun ini takut mereka ketinggalan pelajaran KAFA sebab tidak masuk kelas.. Di harap boleh atur jadual baru untuk latihan choral speaking atau pun mohon guru KAFA memberi kan nota pelajaran KAFA kepada murid yg tidak dpt masuk kelas supaya mereka tidak ketinggalan kalau nota itu perlu di photostate kami sedia utk membayar nota tersebut. Norhaizean binti Sahari 25 Tambahan kipas dlm kelas Rosemary Dunstan 26 Waktu operasi kantin masa ada kelas Kafa tidak di buka sampai ke petang Fadzlee bin majalan 27 Jadual waktu berkenaan buku teks agak banyak dan berat. Khadthijah binti Brahim