The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syammil0903, 2023-01-02 08:38:16

EBOOK NATIONHOOD

EBOOK NATIONHOOD

SUKAN WADAH
PERPADUAN KAUM

ISI KANDUNGAN

01 PENGENALAN
02 LATAR BELAKANG

03 PERANAN SUKAN DALAM MEMBENTUK PERPADUAN KAUM

04 PERANAN KERAJAAN MELALUI SUKAN DALAM MEMBENTUK
PERPADUAN KAUM

05 KESIMPULAN

SUKAN WADAH PERPADUAN KAUM

NAMA : WAN
MUHAMMAD SUFI
DANIAL BIN WAN
MUHD SUFFIAN
NO MATRIK : 294444

NAMA : MUHAMMAD
SYAMMIL IDHAM BIN
AHMAD SHAID
NO MATRIK: 294483

NAMA :
ROSLITAH BINTI
MADUSAH
NO MATRIK:296198

NAMA : NAZIHA BT
KARIM
NO MATRIK : 294520

NAMA : NURUL IZZATI
BINTI SHARIL
NO MATRIK : 294481

NAMA :NURUL
IZZATY BINTI AHMAD
KAMARUL ZAMAN
NO MATRIK : 294473

NAMA : AGILLASIRI
A/P B SUBRAMANIAM
NO MATRIK : 294458

01

PENGENALAN

Perpaduan didefinisikan sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat
dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identitidan nilai
bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air.Pada awal abad ke-19,
perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawakepada kedatangan
orang Cina dan India ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka telahmewujudkan
masyarakat majmuk di Tanah Melayu. Pada ketika ini, British menjalankan dasar “Pecah
dan Perintah”. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka adalah berbeza,
bukan sahaja tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini malah melahirkan
perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus
menjarakkan jurang perpaduan antara kaum. Namun begitu, pada tahun 1957, kejayaan
membentuk perpaduan kaumdi antara masyarakat Melayu, Cinda dan India telah
membawa kepada kemerdekaan negara kita, Malaysia. Pada 13 Mei 1969, berlaku
peristiwa rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku diMalaysia dan telah memaksa
pihak kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di dalam negara.Peristiwa yang
mengorbankan banyak nyawa serta melibatkan banyak kemusnahan harta
bendamemberi peringatan kepada kita betapa pentingnya untuk mengekalkan dan
mengkukuhkan perpaduan kaum di Malaysia.Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah
dilakukan bagi mengeratkan perpaduan kaum diMalaysia bagi menjamin kesejahteraan
dan keamanan negara kita serta memastikan bahawa peristiwa 13 Mei tidak berulang
lagi. Antara usaha-usaha tersebut termasuklah menjadikan sukansebagai medium dalam
membentuk perpaduan kaum di Malaysia. Sukan secara umumnya adalah aktiviti fizikal
yang dilakukan untuk pelbagai jenis tujuan seperti untuk pertandingan, keseronokan,
pembangunan, kemahiran, kecemerlangan dansebagainya. Sukan juga ditakrifkan
sebagai aktiviti yang mengandungi latihan kemahiran berguna secara rekreasi serta
mengandungi peraturan-peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Rakyat
Malaysia, secara keseluruhannya mempraktikkan sukan dalam kehidupan seharian
mereka terutamanya pada waktu petang. Objektif aktiviti fizikal sebegini bukan sahaja
untuk mengekalkan kesihatan diri tetapi juga mampu membina hubungan silaturahim
antara keluarga dan rakan.
Selain itu , Majlis Sukan-Sukan Malaysia (MSSM) yang ditubuhkan pada peringkat
sekolah & Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) adalah contoh badan-badan sukan di
Malaysia. Ia mengeratkan perpaduan kaum & hubungan antara negeri.Jika kita lihat
sekarang ini, Sukan Olimpik Beijing yang berlangsung telah menyemarakkan semangat
patriotik rakyat negara kita. Pelbagai kaum bersatu padu memberi sokongan &
dorongan untuk membolehkan Malaysia mendapat pingat. Terbaru ini, Lee Chong Wei
telah mara ke suku akhir & menjadi harapan rakyat untuk mendapatkan pingat emas
pertama Malaysia .

02

LATAR BELAKANG

Sukan di Malaysia adalah bahagian penting dalam budaya
Malaysia. Sukan di Malaysia sangat popular dari aspek
penyertaan dan pemandangan. Rakyat Malaysia dari pelbagai
lapisan masyarakat dan kaum menyertai pelbagai sukan untuk
rekreasi dan persaingan. Dalam definisi yang paling luas sukan
sukan fizikal semua jenis-empat sukan rekreasi yang paling
popular di kalangan penduduk umum Malaysia adalah senaman
berjalan, latihan aerobik, latihan kekuatan, dan berjalan. Sukan
lain yang paling popular ialah berbasikal, berenang, memanjat,
berkhemah, boling, mendaki, memancing dan selam skuba.
Dalam aspek yang menarik, enam sukan penonton dengan
kebanyakan peminat adalah bola sepak persatuan, hoki
lapangan, kesatuan ragbi, badminton, bola tampar, bola baling,
bola keranjang dan seni mempertahankan diri campuran.
Malaysia telah menganjurkan beberapa acara sukan utama
termasuk Sukan Komanwel 1998.
Di Malaysia, Jenis sukan dibahagi kepada 4 iaitu sukan
tradisional/rakyat, sukan padang, sukan balapan, dan sukan air.

PERANAN SUKAN DALAM MEMBENTUK

PERPADUAN KAUM

N 1. Melalui sukan, masyarakat saling
U
R mempelajari pelbagai bahasa.

Perbezaan etnik ini sememangnya

D memberikan pelbagai kelebihan dan
H
A peluang dalam mempelajari pekara
B baharumereka. Contohnya, dalam

I sebuah temu bual bersama Astro

T Arena, atlet terjun wanita negara, Nur
A Dhabitah Sabri menampilkan
H kebolehannya yang fasih berbahasa

S mandarin. Sebagai rakyat Malaysia,
A kita seharusnya memandang perkara

B sebegini sebagai perkara yang positif
R kerana bukan semua negara mampu
memupuk semangat toleransi yang
I 2. Kegiatan sukan dapat

melahirkan semangat kekitaan tinggi sebagaimana yang ditunjukkan

dalam pasukan apabila sesuatu oleh rakyat di negara kita.

sukan itu terdiri daripada

pelbagai kaum untuk meraih

kemenangan. Hubungan yang

erat dapat melahirkan pasukan

yang kuat dan para penyokong

dapat menyatupadukan

masyarakat berbilang kaum

disamping berkongsi minat

yang sama. Oleh itu, kegiatan

sukan dapat mendidik

masyarakat bekerjasama dan

bersatu padu serta

mengeratkan hubungan.

3. Aktiviti sukan juga mampu

memupuk semangat

perpaduan.Hal ini kerana,

sukan juga dapat membina

negara bangsa, melahirkan

modal insan dan melonjakkan

kecemerlangan institusi

pendidikan selaras dengan

falsafah pendidikan

kebangsaan, dasar satu murid,

satu sukan seperti yang diucap

semasa Majlis Perasmian

Kejohanan Olahraga Kali Ke-

49 Majlis Sukan Sekolah

Rendah di Kompleks Sukan

Limbang.

4. Sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk


perpaduan antara kaum. Walaupun berlainan fahaman politik,

berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan

negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.

Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya

bertanding, semua sempadan terhapus

dengan sendirinya kerana kita

memberi fokus agar kemenangan

dapat dicapai.Sukan dapat

menyatukan rakyat disebabkan

itu aktiviti sukan dapat mengeratkan

hubungan silaturahim dan pada

masa sama menerapkan disiplin

dan integriti dalam kalangan pasukan.

PERANAN KERAJAAN MELALUI SUKAN

DALAM MEMBENTUK PERPADUAN KAUM
1. Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,
keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh
menghalang interaksi antara pemain, penyokong,
pengurusan dan massa. Sukan menjadi alat untuk
mengetepikan perbezaan masing masing dan tempat
penyatuan negara bangsa yang boleh Bersama walaupun
mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir
urus yang berbeza.

Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda

pembangunan sukan, Malaysia juga Berjaya dari penganjuran

sukan di bawah Kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Contohnya, Sukan Malaysia (SUKMA) yang diperkenalkan

olehnya yang kini menjadi temasya sukan terbesar dalam

negara. Melalui bersukan ia dapat menyelami erti perpaduan,

menghormati antara kaum yang mana kesannya dapat

mempertahankan kedaulatan dan keharmonian di dalam

negara.

2. Kerajaan turut melaksanakan Dasar Sukan


Negara iaitu satu dasar sukan untuk semua.

Dasar ini merangkumi sukan prestasi tinggi dan

sukan untuk semua dan digubal berlandaskan

atas rasional yang mana segala kegiatan itu

adalah sebahagian daripada rancangan

pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan

terhadap seluruh rakyat. Matlamat utama

penggubalan adalah untuk mewujudkan budaya

sukan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum

seperti Cina, India dan Melayu.




Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam

aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Hal ini justeru dapat merapatkan jurang
Untuk Semua, Sukan Prestasi Tinggi dan Sukan perhubungan di antara masyarakat berbilang kaum

Sebagai Industri. Dasar ini semestinya di Malaysia ini. Malah, sukan turut memberi
dilaksanakan untuk semua lapisan masyarakat peluang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum
tidak kira bangsa agama ataupun jenis kaum. Hal kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah
ini bertujuan untuk menggalakkan pertandingan pemupukan maruah bangsa dan negara. Oleh itu,
sukan yang sihat antara masyarakat serta sikap kerajaan telah melaksanakan Dasar Sukan Negara
muhibah dan bertoleransi tinggi dalam kalangan
yang bertujuan untuk menyatupadukan
masyarakat. masyarakat setempat

3. Mengadakan aktiviti sukan dalam masyarakat
boleh mewujudkan perpaduan di kalangan
masyarakat berbilang kaum di negara kita. Dalam
usaha memantapkan perpaduan dan integrasi
nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan
Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Program
ini bertujuan menggalakkan penglibatan masyarakat
setempat, seperti guru dan murid serta warga sekolah
dalam aktiviti sukan sekolah.



Secara dasarnya aktiviti-aktiviti yang dijalankan
adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama,
tolong menolong, dan hormat-menghormati, serta
mencipta kesefahaman dan toleransi antara murid
pelbagai kaum di sekolah dengan berkongsi
kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk
menjayakan kerja berkumpulan secara bersama-sama.







Selain itu, semangat patriotisme
akan berterusan dalam kalangan
pelajar dapat dipupuk oleh para guru

melalui aktivitiaktiviti yang
dijalankan sempena bulan
kemerdekaan misalnya. Semua
aktiviti yang dianjurkan bertujuan
menanam rasa cinta kepada Negara,
memupuk semangat perpaduan dan
semangat hormat menghormati
serta peka terhadap sensitiviti
masyarakat pelbagai kaum dalam
kalangan pelajar. Di samping itu,
penerapan sikap dan nilai-nilai yang
murni dapat mencapai perpaduan
negara dan integrasi nasional dalam
kalangan pelajar yang berbilang

bangsa.

SITI
SHAZWANA
AJAK

Nama : Siti Shazwana Bt
Ajak

Tarikh Lahir : 9 Oktober 1992

Asal : Labuan Sabah

Pendidikan: Doktor Falsafah
(PhD) Pengurusan Awam
Universiti Utara Malaysia

PENCAPAIAN

-Pingat Emas Sukan SEA 2017
-Pingat Gangsa Kejohanan Dunia Singapura 2019


-PingatEmas Kejohanan Terbuka Antarabangsa Belgium 2019
-Pingat Emas Kejohanan Terbuka Malaysia 2019
-Pingat Perak Sukan SEA 2021
-PingatPerak 19th World Pencak Silat Championship 2022
-PingatEmas Kejuaraan Silat Kebangsaan 2022

KESIMPULAN

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan
aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara
kaum. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis sukan yang
boleh dimainkan oleh semua kaum. Sukan amat bagus
untuk kesihatan kerana ia dapat menyihatkan mental dan
fizikal, yang dapat menjadi langkah awal untuk
mengelakkan diri daripada penyakit berbahaya selain
menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri
daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai
tujuan, sama ada pertandingan mahupun hobi masa lapang.

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama,
keturunan mahupun kepercayaan. Sukan menyumbang
kepada pembentukan sahsiah yang baik dan daya saing
selain meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal.
Jika dilihat daripada sudut masyarakat, sukan mengeratkan
jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum,
meningkatkan semangat kesukarelaan, penyertaan,
kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia menaikkan
kecemerlangan imej negara kerana sukan merupakan salah
satu faktor lahirnya perpaduan antara kaum di Malaysia.
Oleh itu, setiap pihak tidak kira kerajaan atau swasta
perlulah berganding bahu dalam merealisasikan negara
yang bersatu padu dari aspek sukan.

RUJUKAN

Asyraf, M. M. S. (2020, October 13). LATAR BELAKANG SUKAN DI
MALAYSIA.
https://sukanpemangkinperpaduan.blogspot.com/2020/10/latar-
belakang-sukan-di-malaysia.html

Jalanan, M. (2019, December 4). Sukan mampu pupuk perpaduan
kaum. Sinar Harian.
https://www.sinarharian.com.my/article/60309/suara-
sinar/pojok/sukan-mampu-pupuk-perpaduan-kaum

Professor, T. (2022, August 14). Tindakan spontan Siti Shazwana
Ajak dalam Sukan SEA Vietnam dipuji PM | Suara Merdeka. Suara
Merdeka | Jiwa, Minda Merdeka.
https://suaramerdeka.com.my/tindakan-spontan-siti-shazwana-
ajak-dalam-sukan-sea-vietnam-dipuji-pm/

Sakery, N. ‘. B. (2022, March 15). Sukan medium terbaik bagi
memupuk integrasi Keluarga Malaysia. MalaysiaNow.
https://www.malaysianow.com/my/opinion/2021/12/26/sukan-
medium-terbaik-bagi-memupuk-integrasi-keluarga-malaysia

Sukan. (2019, February 16). Sukan mampu pupuk perpaduan
pelbagai kaum. Sarawakvoice.com.
http12s://sarawakvoice.com/2019/02/16/sukan-mampu-pupuk-
perpaduan-pelbagai-kaum/


Click to View FlipBook Version