The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Biodata, sejarah pendidikan, kerjaya, sumbangan, dan nilai kepimpinan yang dapat dicontohi

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ayuni Zaidi, 2021-04-17 11:36:22

Tokoh Negeri Johor; YB Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

Biodata, sejarah pendidikan, kerjaya, sumbangan, dan nilai kepimpinan yang dapat dicontohi

Tokoh Pemimpin
Johor

YB Dato' Seri
Mohamed Khaled

Bin Nordin

Disediakan Oleh:
Ayuni Binti Zaidi

MAKLUMAT PENULIS

Nama: Ayuni Binti Zaidi
Kelas: 5 Andalas

Alamat Email: [email protected]
Nama Sekolah: SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman
Alamat Sekolah: SMK Dato' Mohd Yunos Sulaiman, Jalan Sawah, 81500

Pekan Nanas, Johor

1.0 PENGENALAN

Dato' Seri Mohamed Khaled Bin Nordin merupakan seorang ahli politik yang
berasal dari Muar, Johor. Beliau dilantik menjadi Menteri Besar Johor pada tahun

2013 hingga 2018. Sebelum ini, beliau adalah bekas Menteri Pengajian Tinggi
(2008-2013). Beliau juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri
Johor dan bekas ahli Dewan Undangan Negeri Permas (N.43). Pada peringkat parti,

beliau ialah Naib Presiden UMNO.

YB Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin semasa majlis angkat sumpah jawatan di
hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Undangan

Negeri, Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan pada 14 Mei 2013.

2.0 BIODATA TOKOH

Nama:
YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin

Dilahirkan pada:
30 November 1958

Berasal dari:
Muar, Johor

Nama Ibu:
Hajah Marina Shukri

Nama Bapa:
Haji Nordin Johari

Isteri:
Datin Seri Rosni Omar

Anak:
Akmal Saufi Mohamed Khaled

Hobi:
Membaca

Minat:
Sukan renang

3.0 PENDIDIKAN TOKOH

Sekolah Rendah Ledang, Muar

Sekolah Tinggi Muar English College Johor Bahru

Universiti Malaya

4.0 KERJAYA TOKOH

1982 hingga 1983
- Pegawai Undang-undang Pertonas

1984 hingga 1986
- Setiausaha Politik kepada Datuk Shahrir Abd Samad, Menteri Wilayah Persekutuan

1986 hingga 1987
- Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat

1978
- Mohamed Khaled, sebagai peguam bertauliah mula bergiat dalam arena politik setelah menjadi

Ahli UMNO Cawangan Wahadina, Johor Bahru
1988

- Dilantik sebagai Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru hingga 2003.
2004

- Dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Bahagian Tebrau pada Januari 2004.
2008 hingga 2013
- 8 Mac 2008;

Menjadi Anggota Parlimen Malaysia untuk P159 Pasir Gudang, Johor.
- 18 Mac 2008;

Memegang jawatan Menteri Pengajian Tinggi menggantikan Mustapa Mohamed.
2013 hingga 2018
- 6 Mei;

Menjadi Ahli Dewan Negeri Johor untuk N43 Permas
- 14 Mei;

Mengambil alih jawatan Menteri Besar Johor daripada Datuk Abdul Ghani Othman pada pilihan
raya umum Mac tahun tersebut.
2018

- Berkhidmat sebagai Naib Presiden UMNO pada 30 Jun 2018
2020 hingga kini

- Memegang jawatan Pengerusi Boustead Holdings Berhad

5.0 SUMBANGAN TOKOH

1. Meningkatkan peekembangan ekonomi di negeri Johor.
- Buktinya, nilai KDNK negeri Johor meningkat daripada RM 87.9 billion kepada

RM 104.48 billion pada tahun 2016.
- Purata peningkatan KDNK tersebut mencatatkan peratusan sebanyak 5.9%
sekaligus lebih tinggi daripada purata peningkatan negara Malaysia iaitu hanya 5.1%

ketika itu.
2. Menjadikan Johor sebagai destinasi perlabuhan terbesar dalam sektor pembuatan.
- RM 114.9 billion merupakan nilai yang dikumpul dalam sektor tersebut pada tahun

2013 hingga 2017.
- Jumlah pelaburan tertinggi juga pernah dicatatkan pada 2015 iaitu sebanyak 31.3

billion.
- Kesannya, dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Johor

dalam sektor ini.
3. Melaksanakan Program Rumah Mampu Milik Johor
- Memandangkan Johor merupakan salah satu negeri yang menerima pelaburan
dalam sektor hartanah terutama di kawasan Iskandar Puteri, kebanyakan harga
rumah di sana bersifat “mampu tengok”. Oleh itu, beliau menyediakan pakej RMMJ
kepada rakyat yang menawarkan jarga rumah serendah RM 42000 hingga RM
150000. Dijangka sebanyak 100000 buah unit rumah bakal siap sepenuhnya
menjelang tahun 2023. Kini, kira-kira 16000 buah rumah RMMJ telah siap dibina.

4. Meningkatkan tanah rizab Melayu di Johor
- Pada tahun 2012, jumlah keluasan tanah rizab di Johor hanya seluas 16% atau

294000 hektar daripada keluasan negeri tersebut.
- Namun, tanah rizab Melayu telah meningkat pada tahun 2017 sebanyak 555918

hektar atau 30% daripada keluasan negeri Johor.

5. Mengumumkan Pelan Strategik Muafakat Johor
- Pelan tersebut bertujuan memberi pendekatan kepada Bangsa Johor untuk memastikan

persefahaman dan muafakat pelbagai kaum di negeri Johor sentiasa berkekalan.
- Menyediakan perkhidmatan bas percuma iaitu perkhidmatan Bas Muafakat Johor untuk

mengurangkan kos sara hidup dan memberi kemudahan kepada rakyat di negeri ini.

Logo Bas Muafakat Johor Logo Muafakat Johor

6.0 NILAI KEPIMPINAN YANG BOLEH
DICONTOHI

Menjadi seorang ketua yang bertanggungjawab.
Berusaha membuat pendekatan apabila membuat keputusan sebagai seorang ketua.
Mendapatkan dan mendengar pendapat daripada perspektif yang berbeza-beza dan menilai

impak sesebuah keputusan yang bakal dibuat.
Menerima dan menghormati pandangan pihak lain.
Sentiasa mempunyai strategi dan perancangan yang terperinci.
Bijak mengambil hati orang lain dan sentiasa merendah diri.

7.0 KESIMPULAN

Berdasarkan huraian tentang YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Bin Nordin, jelaslah bahawa beliau
merupakan seorang role model yang baik kepada generasi pemimpin muda di Johor. Kumpulan
pemimpin muda perlulah bijak memilih tokoh untuk dijadikan contoh agar dapat meningkatkan
kualiti sebagai seorang ketua. Rakyat Johor sentiasa berharap agar sebuah legasi pemimpin yang
dinamik, inovatif dan kreatif serta bertaraf antarabangsa dapat dibentuk pada masa akan datang
kelak. Kesimpulannya, Johor memiliki contoh pemimpin yang terbaik untuk diteladani oleh
generasi muda.

8.0 SUMBER RUJUKAN

1. https://mytwocents.asia/4-sumbangan-kerajaan-negeri-johor-sebelum-ini/
2. http://gerakanmuafakat.blogspot.com/2016/04/apa-itu-muafakat-johor.html?m=1
3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Mohamed_Khaled_Nordin
4. https://www.google.com/url?

sa=t&source=web&rct=j&url=http://biodatatokoh.blogspot.com/2008/03/mohd-khaled-
nordin-
datuk.html%3Fm%3D1&ved=2ahUKEwiDw7_Yv4TwAhX9yjgGHa7wCj04HhAWMAl6BA
gDEAI&usg=AOvVaw3jMLolTYQx3et-8Av4YIWo


Click to View FlipBook Version