The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

IDEOLOGI LIBERALISME DAN CABARAN TERHADAP FAHAMAN DAN AMALAN ISLAM DI MALAYSIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Muhammad Ridzuan, 2023-12-29 10:00:10

IDEOLOGI LIBERALISME

IDEOLOGI LIBERALISME DAN CABARAN TERHADAP FAHAMAN DAN AMALAN ISLAM DI MALAYSIA

MPU 3332 ISU-ISU KONTEMPORARI ISLAM DI MALAYSIA IDEOLOGI LIBERALISME DAN CABARAN TERHADAP KEFAHAMAN DAN AMALAN ISLAM DI MALAYSIA


SENARAI AHLI KUMPULAN MUHAMMAD BIN RIDZUAN 54220123052 BEME MUHAMMAD AIMAN BIN ABD HALIM 54215123214 BET AE MUHAMMAD AMMAR BIN ROSLAN 54215123186 BET AE MUHAMMAD NAUFAL BIN JEFFRI ZAIN 54220123224 BEME


ISI KANDUNGAN Bil Perkara Halaman 1 Pendahuluan 1 2 Definisi ideologi liberalisme 2-3 3 Sejarah dan asal usul liberalisme islam di Malaysia 4-6 3.1 Liberalisme sebelum merdeka 6-8 3.2 Liberalisme pasca merdeka 8-9 3.3 Liberalisme dan Pembentukan Gerakan Sosial 9-10 3.4 Gerakan sosial liberal islam semasa 10-11 3.5 Sisters in Islam (SIS) 11-12 3.6 G25 Malaysia (G25 12-13 3.7 Islamic Renaissance Front (IRF) 13-14 4 Faktor penyebaran liberalisme 15-20 5 Ciri-ciri ideologi liberalisme 21 6 Kesan kepada umat islam 22-23 7 Kesimpulan 24


1 1.0 PENDAHULUAN Percangahan pendapat dalam Islam mendatangkan kesan yang positif dan juga negatif. Dari sudut positif, perbezaan pendapat dianggap merupakan salah satu rahmat di dalam Islam hal ini disebabkan setiap lapisan masyarakat tidak mungkin akan mempunyai cara pemikiran yang sama. Namun begitu, dari sudut negative pula,terdapat individu atau kumpulan yang berpegang kuat kepada pemikiran yang dipercayai dan ini akan menimbulkan polemik antara satu sama lain. Malah, kesan yang lebih besar adalah percanggahan pendapat ini boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam. Pertembungan pemikiran telah lama berlaku di dalam Islam terutamanya selepas era kewafatan Nabi Muhammad SAW. Perkembangan liberalisme di Malaysia dibawa oleh penjajah barat dan berkembang lalu membentuk sebuah gerakan sosial di Malaysia. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng oleh Masyarakat Malaysia kerana gaya pemikiran liberalisme ini ialah satu ideologi yang bebas dan akan mempengaruhi nilai pemikiran orang islam yang asal. Gaya pemikiran ini juga akan mempengaruhi asas akidah yang dipegang oleh rakyat islam di Malaysia. Sekiranya gaya pemikiran sebegini tidak di bendung, islam akan di pandang rendah dan tidak lagi dihormati kerana islam akan dilihat sebagai sebuah agama yang tidak berprinsip dan segala tohmahan bahawasanya islam adalah agama keganasan akan dilontarkan oleh orang bukan islam sekiranya pemikiran ini dibiarkan menularkan dalam islam.


2 2.0 DEFINISI IDEOLOGI Liberal dan Liberalisme Liberal dan liberalisme merupakan dua istilah yang berbeza. Dari sudut bahasa, meskipun keduaannya cenderung kepada kebebasan, tetapi istilah liberal lebih merujuk kepada jenis tindakan berbanding istilah liberalisme yang merujuk kepada falsafah, fahaman atau pun pendirian. Merujuk kepada Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), perkataan liberal merujuk kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik, ataupun ruang kebebasan dalam pasaran di dalam bidang ekonomi, atau kebebasan atau keterbukaan dalam bidang sains dan teknologi dan sebagainya. Manakala bagi maksud liberalisme pula merujuk kepada satu bentuk fahaman, ataupun fahaman atau pendirian yang berkehendakkan demokrasi serta kebebasan dalam kegiatan ekonomi. Tuntasnya, istilah ‘liberal’ merujuk kepada tindakan yang mesti dilakukan oleh aktor. Manakala ‘liberalisme’ adalah satu falsafah yang berbentuk fahaman, ideologi, prinsip atau pun kepercayaan yang boleh mempengaruhi individu atau kelompok masyarakat. Sehubungan itu, dalam usaha memahami terma ‘liberalisme’ lebih rinci; artikel ini merencamnya dengan merujuk kepada ideologi dan pemikiran yang di bawa oleh falsafah liberalisme. Dari sudut istilah pula, perkataan ‘liberalisme’ merupakan hasil gabungan perkataan ‘liberal’ yang membawa maksud kebebasan dan ‘isme’ yang membawa maksud kepercayaan. Ini bererti, secara umumnya liberalisme merupakan suatu falsafah atau kepercayaan yang meletakkan kebebasan individu sebagai nilai politik yang paling tinggi. Liberalisme lahir dari era renaissance iaitu kelompok masyarakat yang memperjuangkan kebebasan diri dari cengkaman kuasa tradisi iaitu kuasa gereja dan mencetuskan falsafah liberalisme yang telah melahirkan tokoh falsafah liberalisme seperti John Locke (1634-1704), Immanual Kant (1724-1804) dan Adam Smith (1723-1790).


3 Sehubungan itu, istilah yang lahir daripada sarjana Barat ini sering digandingkan dengan elemen sekularisme, kebebasan mutlak, individualisme, demokrasi liberal, rasionalisme, feminisme, humanisme, pragmatisme, dan pluralisme. Justeru, mana-mana bentuk pemikiran yang bercirikan liberalisme sudah pastinya mempunyai kecenderungan yang tinggi kepada pemikiran liberalisme. Sebahagian daripada unsur ini wujud di dalam konteks masyakat Muslim di Malaysia terutamanya melalui gerakan Islam liberal. Menurut pandangan sarjana Melayu Malaysia antaranya Abdul Rahman Abdullah menyatakan bahawa liberalisme merupakan satu bentuk aliran pemikiran baru selepas pemikiran tradisionalis, modenis, dan reformis. Manakala Shamsul Amri Baharuddin pula menyatakan bahawa liberalisme adalah proses dari pihak barat untuk melawan masyarakat Malaysia sama ada secara fizikal mahupun epistemologi. Tambahan lagi, kumpulan aliran liberalisme ini memahami wahyu berdasarkan paradigma liberalisme. Ini antara sikap keterlaluan pendukung pemikiran liberalisme sehingga berlaku salah faham dan salah tafsir terhadap mesej wahyu secara khusus dan kehendak agama secara am. Tidak menghairankan, liberalisme sering dikaitkan dengan sesuatu yang lebih banyak keburukan daripada kebaikannya terutama dalam konteks masyarakat Melayu dan Muslim di Malaysia. Liberalisme turut sering menggunakan slogan yang dilihat dapat menarik minat masyarakat semasa. Gerakan liberalisme sering mendakwa bahawa gerakannya adalah penting dalam mendepani cabaran daripada barat, modenisasi, globalisasi, teknologi maklumat dan cabaran luaran. Pendukung gerakan ini mendakwa bahawa ianya adalah respons kepada kolonial barat dan mendepani cabaran modenisasi barat. Realitinya, gerakan liberalisme hanya menyebabkan kemusnahan umat Islam9. Ini kerana gerakan liberalisme termasuk di Malaysia terpengaruh dengan modenisasi, realisme, pragmatisme, dan sekularisme10. Untuk menelusuri perihal ini, perbincangan tertumpu kepada gerakan liberalisme di Malaysia yang merangkumi aspek sekularisme, pluralisme dan feminisme.


4 3.0 SEJARAH DAN ASAL USUL LIBERALISME ISLAM DI MALAYSIA Islam liberal pada mulanya diperkenalkan oleh buku “Liberal Islam: A Source Book” yang ditulis oleh Charles Kuzman (London, Oxford University Press, 1988) dan buku “Islamic Liberalism: A Critique of Development Ideologies” yang ditulis oleh Leonard Binder (Chicago, University of Chicago Press, 1998). Walaupun buku ini terbit tahun 1998, tetapi idea yang mendokong liberalisasi telah muncul terlebih dahulu seperti gerakan modernisasi Islam, gerakan sekularisasi dan sebagainya. Oleh sebab itu walaupun Jaringan Islam Liberal di Indonesia bermula tahun 2001, tetapi idea-idea Islam Liberal di Indonesia sudah ada ejak tahun 1970 dengan munculnya idea sekularisasi dan modernisasi Islamyang dibawa oleh Nurkholis Majid, Harun Nasution, Mukti Ali, dan kawan- kawannya (lebih lanjut rujuk buku 50 Tokoh Islam Liberal di Indonesia, Budi Handrianto, Jakarta ,2007). Gerakan liberalisme ini sebenarnya adalah pengaruh daripada falsafah liberalisme yang berkembang di negara Barat yang telah masuk ke dalam seluruh bidang kehidupan seperti liberalisme ekonomi, liberalism budaya, liberalisme politik, dan liberalisme agama. Gerakan Liberalisme di Barat bermula dengan gerakan reformasi yang bertujuan menentang kekuasaan Gereja, menghadkan kekuasaan politik, mempertahankan pemilikan serta menetapkan hak asasi manusia (Harorld Laski dan John L. Stanley, The Rise of European Liberalisme, London, 1997, m.s. 15). Gerakan liberalisme tersebut masuk ke dalam bidang agama, sebagai contoh gerakan reformasi Inggeris bertujuan untuk menghapuskan ketuanan dan kekuasaan golongan agama (papal jurisdiction) dan menghapuskan cukai terhadap gereja (clerical taxation). Oleh sebab itu gerakan liberalisme berkait rapat dengan penentangan terhadap agama dan


5 sistem pemerintahan yang dilakukan oleh golongan agama (gereja) atau7 raja-raja yang memerintah atas nama Tuhan. (Khalif Muammar, Atas nama kebenaran , m.s. 75). Gerakan liberalisasi agama ini telah lama meresap ke dalam agama Yahudi dan Kristian. Contohnya, Gerakan Yahudi Liberal (Liberal Judaism) telah muncul pada abad ke-19 sebagai usaha menyesuaikan dasar-dasar agama yahudi dengan nilai-nilai zaman pencerahan (Enlightenment) tentang pemikiran rasional dan bukti-bukti sains. Organisasi Yahudi Liberal diasaskan pada tahun 1902 oleh orang yahudi yang memiliki komitmen terhadap falsafah liberal dengan tujuan mempercayai kepercayaan dan tradisi Yahudi dalam dunia kontemporer. Akibatnya daripada pemahaman liberal tersebut maka daripada 31 pemimpin agama yang tergabung dalam persatuan Rabbi Yahudi Liberal (Liberal Judaism’s Rabbinic Conference) terdapat empat orang rabbi lesbian dan dua orang rabbi gay. (Adian Husaini, dalam pengantar buku 50 Tokoh Islam Liberal, Budi Handrianto). Dalam agama Kristian juga terdapat golongan Kristian Liberal, di mana mereka melakukan rekonstruksi keimanan dan hukum dengan menggunakan metode sosio-historis dalam agama (mengubah prinsip iman dan hukum agama sesuai dengan perkembangan masyarakat), sehingga Charles A. Briggs, seorang Kristian Liberal menyatakan : “It is sufficient that Bibel gives us the material for all ages, and leaves to an the noble task of shaping the material so as to suit the wants of his own time” (Alister E. McGrath, The Balckwell Encyclopedia of Modern Christian Thought, Oxford, 1993). Akhir-akhir ini pengaruh liberalisme yang telah terjadi dalam agama Yahudi dan Kristian mulai diikuti oleh sekumpulan sarjana dan pemikir muslim seperti yang dilakukan oleh Nasr Hamid Abu Zayd (Mesir), Muhammad Arkoun (Al Jazair), Abdulah Ahmed Naim (Sudan), Asghar Ali Enginer (India), Aminah Wadud (Amerika), Noorkholis Madjid, Syafii Maarif, Abdurrahman Wahid, Ulil Absar Abdalla (Indonesia), Muhamad Shahrour (Syria), Fetima


6 Mernisi (Marocco) Abdul Karim Soroush (Iran), Khaled Abou Fadl (Kuwait) dan lain-lain. Di samping itu terdapat banyak kelompok diskusi, dan institusi seperti Jaringan Islam Liberal (JIL – Indonesia), Sister in Islam (Malaysia) hampir di seluruh negara Islam. Golongan Islam Liberal tidak menzahirkan diri mereka sebagai orang yang menolak agama, tetapi berselindung di sebalik gagasan mengkaji semula agama, mentafsir semula alQuran, menilai semula syariat dan hukumhukum fikah. Mereka menolak segala tafsiran yang dianggap lama dan kolot mengenai agama termasuk hal yang telah menjadi ijmak ulama, termasuk tafsiran daripada Rasulullah dan sahabat serta ulama mujtahid. Bagi mereka agama hendaklah disesuaikan kepada realiti semasa , sekalipun terpaksa menafikan hukum-hakam dan peraturan agama yang telah sabit dengan nasnas Syarak secara putus (qat’ie). Jika terdapat hukum yang tidak menepati zaman, kemodenan, hakhak manusia, dan tamadun global, maka hukum itu hendaklah ditakwilkan atau sebolehnya digugurkan. Gerakan Islam Liberal sebenarnya adalah lanjutan daripada Gerakan modernisme Islam yang muncul pada awal abad ke-19 di dunia Islam sebagai suatu konsekuensi interaksi dunia Islam dengan tamadun barat. Modernisme Islam tersebut dipengaruhi oleh cara berfikir barat yang berasaskan kepada rasionalisme,humanisme, sekularisme dan liberalism. 3.1 LIBERALISME SEBELUM MERDEKA Dalam perbincangan awal pengenalan artikel ini, pengkaji telah memberi hubung kait di antara perkembangan Renaisance dan pengaruh liberalisme dalam masyarakat Eropah. Dalam konteks Malaysia, fahaman liberalisme merujuk kepada masyarakat Muslim di Malaysia yang menyebabkan timbulnya terma Islam liberal. Pemikiran liberalisme ini bukanlah suatu pemikiran yang baharu. Pemikiran ini telah wujud sejak lebih awal sama ada secara sedar ataupun tidak


7 sedar. Malah, perkembangan pemikiran liberalisme bukanlah sesuatu yang terputus tetapi berkait dengan liberalisme yang tersebar di Eropah. Bibit liberalisme telah muncul lebih awal dalam kalangan masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Bezanya, pada era pra merdeka unsur liberalisme ini bukannya dibawa oleh Kumpulan atau individu yang mendukung gerakan liberalisme seperti kini, tetapi dibawa oleh para penjajah dari Eropah. Apabila pemikiran liberalisme berjaya menguasai pemerintahan dan mempengaruhi majoriti negara-negara Barat, pendukung pemikiran liberalisme di barat turut cuba mengaplikasikan pemikiran dan pemahaman yang serupa ke negara-negara yang dijajah sama ada di Asia, Afrika mahupun Amerika Selatan. Bagi memahami hubung kaitnya, pengkaji berpendapat perlunya ada sedikit perbincangan berkenaan liberalisme yang berkembang di barat. Menelusuri zaman Renaisance di Eropah telah mendorong kepada kuasa Eropah untuk belayar mencari kekuasaan. Malah, zaman renaisance juga telah dikaitkan dengan penguasaan pengaruh fahaman liberalisme di Eropah yang menyebabkan kejatuhan peranan gereja dalam masyarakat barat. Ini kerana renaisance di Eropah adalah perjuangan bagi membebaskan diri dari cengkaman kuasa tradisi11 iaitu kuasa gereja. Sejarah pemikiran liberalisme di Eropah bermula dengan zaman reformasi oleh Martin Luther (1483-1546) dan gerakan yang memberi tentangan kepada gereja, hak kuasa politik, dan hak asasi manusia.12Gerakan liberalisme ini kemudiannya berkembang ke serata dunia barat seperti revolusi Amerika Syarikat dan revolusiPerancis. Ini bermakna, kuasa besar barat seperti Amerika Syarikat, Britian, dan Perancis kesemuanya kini dikuasai dengan pengaruh liberalisme yang menghakis kuasa agama dalam masyarakat. Perkembangan kepada revolusi Amerika Syarikat dan Perancis ini telah merebak ke hampir kesemua negara Eropah yang lain. Pengaruh ini juga termasuk pelayaran dan penjajahan Portugis di Melaka. Kemasukan pihak penjajah di Tanah Melayu adalah permulaan bagi kewujudan unsur


8 liberalisme di Tanah Melayu terutamanya melalui sistem sekularisme di dalam pentadbiran. Menyorot kembali pemerintahan kegemilangan kerajaan Melayu, agama dan pentadbiran tidak dipisahkan. Sultan atau Raja akan menjadi ketua pentadbiran dan ketua agama Islam. Sebaliknya telah diganti dengan sistem pentadbiran ‘ala barat’ yang mencetuskan sistem sekularisme di Tanah Melayu. Semasa awal abad ke 20 ketika berlaku konflik antara Kaum Tua dan Kaum Muda diTanah Melayu, kumpulan liberal juga telah wujud dalam kalangan masyarakat Melayu tetapitidak secara gerakan yang besar dan hanya beberapa individu terlibat dan berselindung disebalik kumpulan Kaum Muda. Malah, telah ada usaha oleh Sultan Perak pada waktu itu untukmembezakan kumpulan Kaum Muda iaitu mereka yang banyak menggunakan pemikiran Islah dengan kumpulan liberalisme. Walaubagaimanapun, pada awal perkembangan pemikiran liberalisme, kelompok ini kurang menonjolkan identiti mereka kerana pendukung pemikiran liberalisme tahu bahawa masyarakat di Malaysia tidak mudah untuk menerima fahaman liberalisme berbanding masyarakat beberapa negara Islam lain seperti negara-negara barat, Mesir dan Indonesia. Malah, gerakan liberalisme di Malaysia mempunyai jaringan dengan gerakan liberal Indonesia. Liberalisme di Malaysia merujuk kepada perbincangan kelompok intelektual yang membawa idea dan interpretasi yang bercanggah dengan fahaman yang sedia ada. 3.2 LIBERALISME PASCA MERDEKA Tanah Melayu akhirnya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pun begitu, Tanah Melayu telah ditinggalkan dengan pengaruh pentadbiran yang berbentuk sekular oleh penjajah British. Ini jelas apabila perlembagaan persekutuan Malaysia mempunyai unsur-unsur falsafah liberalisme seperti yang terdapat dalam perlembagaan British. Pengkaji mengambil contoh satu akta berkenaan dengan hak kebebasan asasi yang


9 telah digubal sejak pembentukan perlembagaan persekutuan Malaysia yang pertama. Di dalam perkara lima hingga tiga belas Persekutuan Malaysia, ditekankan mengenai hak kebebasan asasi iaitu hak yang boleh diguna pakai oleh manamana warganegara15. Hak kebebasan asasi dilihat selari dengan falsafah liberalisme, iaitu rakyat boleh melakukan apaapa sahaja tetapi atas tanggungjawab sendiri kerana manusia mempunyai rasional16. Di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, sejak digubal buat pertama kali pada tahun 1948, telah terdapat unsur-unsur liberalisme di dalam perlembagaan. Unsur ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia kesan daripada penjajahan. Walaubagaimanapun, hasil dari perjuangan masyarakat Melayu ketika itu Berjaya mengelakkan unsur sekularisme dalam keseluruhan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan agama Islam dapat dimartabatkan sebagai agama rasmi Persekutuan.17Menurut Abd Aziz A’zmi, dalam konteks Malaysia, liberalisme bukan keseluruhannya aspek negatif, tetapi ada juga aspek yang positif terutamanya dalam konteks masyarakat multi agama dan multi etnik di Malaysia. Liberalisme yang dimaksudkan positif ini dilihat daripada sudut tindakan liberal iaitu lebih terbuka pada konteks masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia dan bukanya liberal yang merujuk kepada fahaman atau kepercayaan liberalisme. 3.3 LIBERALISME DAN PEMBENTUKAN GERAKAN SOSIAL Meskipun begitu, banyak kajian yang mendakwa bahawa fahaman liberalisme mula masukdalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia pada awal era tahun 1970an terutamanyamelalui gerakan yang dibawa oleh Chandra Muzaffar melalui pertubuhan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN).19Kemudian, pada tahun 1980an perkembangan gerakan liberalisme ini lebih rancak dengan pembawaan pemikiran dan gerakan anti Hadis serta Jemaah Malaysia melalui Kassim Ahmad.20 Individu seperti Chandra Muzaffar


10 dan Kassim Ahmad begitu berani membawa pemikiran liberalisme ini telah berjaya mempengaruhi sekelompok masyarakat Melayu di Malaysia. Meskipun gerakan liberalisme pada awalnya hanya mendapat sekelompok kecil sokongan, tetapi ia menjadi permulaan kepada perkembangan pemikiran liberalisme khusus di Malaysia. Malah, perkembangan pemikiran liberalisme semakin berkembang sehingga kini. Pada tahun 1993 pula, pemikiran liberalisme dikembangkan dalam bentuk gerakan Islam liberal dengan membawa konsep feminisme oleh pertubuhan Sisters in Islam (SIS). Pertubuhan ini diketuai oleh Zainah Anwar dan dianggotai oleh wanitawanita profesional.21 Pertubuhan SIS mendakwa bahawa mereka membawa suara wanita supaya wanita tidak ditindas dan memperjuangkan unsur feminisme yang telah popular di barat. Selain dari tiga pertubuhan yang popular ini, terdapat juga beberapa pertubuhan lain yang memperjuangkan aliran pemikiran yang sama. Antaranya adalah seperti Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism (MCCBCHS) pada tahun 1983, Christian Federation of Malaysia (CFM) pada tahun 1985 dan Institut Kajian Dasar (IKD) pada tahun 1985.22Selain daripada disebarkan melalui pertubuhan atau gerakan, unsur-unsur liberalisme juga tersebar melalui individu. 3.4 GERAKAN SOSIAL LIBERAL ISLAM SEMASA Gerakan Islam Liberal telah berada di tengah masyarakat Melayu terutamanya pada masa kini. Gerakan Islam liberal dilihat semakin berkembang di akhir 1990an dan di awal 2000. Pendekatan dan metode gerakan Islam liberal di Malaysia dilihat cuba menggunakan pemikiran rasional dalam mentafsir nas-nas al-Quran dan Hadis dalam membincangkan isu kontemporari. Antara contoh gerakan Islam liberal kontemporari terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Sisters in Islam (SIS), G25, dan Islamic Renaissance


11 Front (IRF). Kumpulan ini mula mendepani isu kontemporari dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia pada masa kini. 3.5 SISTERS IN ISLAM (SIS) Gerakan SIS diketahui umum adalah sebuah gerakan feminis iaitu gerakan yang memperjuangkan hak asasi terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak. Meskipun begitu, apa yang menjadikan SIS sebagai sebuah gerakan Islam liberal adalah apabila gerakan SIS mempersoalkan dan mentafsir nas-nas dalil al-Quran dan Hadith mengikut kefahaman mereka. Ini jelas dalam laman sesawang SIS apabila mereka mendakwa bahawa undang-undang Islam di Malaysia telah menafikan hak wanita Muslim di Malaysia dan sifat berat sebelah kerana dakwaan mereka hukum Islam di Malaysia cenderung melebihkan lelaki. Malah, banyak kajian yang telah dibuat mengenai SIS sebagai sebuah gerakan Islam liberal di Malaysia sama ada daripada sudut pertubuhan, ahli, pengaruh dan dari sudut pemikiran. SIS adalah sebuah persatuan yang membawa nama Islam feminis. Mereka yang di belakang persatuan SIS terdiri daripada bekas pegawai besar kerajaan, peguam, aktivis sosial, wartawan, dan ahli akademik. Selain itu, aktiviti yang sering dilakukan oleh SIS menggambarkan sikap dan pemikiran liberalisme mereka. Antaranya SIS mengkritik autoriti agama seperti fatwa dan jabatan agama sama ada persekutuan ataupun negeri. Tambahan lagi, penulisan SIS banayak cenderung ke arah pemikiran liberalisme. Manakala dalam metodologi gerakan SIS, mereka cuba untuk menginterpretasikan dan mentafsir nas dan dalil al-Quran mengikut perspektif feminis terutamanya dalam hal undangundang keluarga Islam. SIS turut melakukan ijtihad tersendiri mengikut akal dan akibatnya berlaku kesilapan dalam pentafsiran nas dalil. Pendekatan SIS untuk memperjuangkan hak wanita adalah sesuatu yang baik. Malah, Islam juga memberi pengiktirafan yang besar kepada wanita.


12 Walaubagaimanapun, ia bukanlah suatu lesen untuk melakukan ijtihad tanpa autoriti sehingga mengkritik autoriti agama yang lain. Metode ini juga turut berlaku di dalam gerakan G25. 3.6 G25 MALAYSIA (G25) Kumpulan G25 adalah sebuah gerakan yang pada asalnya dianggotai oleh 25 orang yang berpengaruh dan berpengalaman dalam pelbagai bidang sama ada daripada sektor kerajaan ataupun swasta. G25 adalah sekumpulan Melayu yang berdaya saing memainkan peranan sebagai sebuah pertubuhan masyarakat yang nekad untuk menyuarakan perspektif wasatiyyah dalam hal keagamaan. G25 menekankan pentadbiran sepatutnya dikendalikan selaras dengan apa yang termaktub dalam perlembagaan yang menjamin hak asasi rakyatnya terhadap kebebasan beragama dan menyuarakan pendapat masing-masing. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa keraguan di dalam tindakan yang diambil oleh gerakan G25 dalam beberapa isu. Antaranya tentangan G25 terhadap autoriti agama di Malaysia sehingga menuntut supaya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dimansuhkan dan akaunnya diaudit semula. G25 juga mencetuskan kontroversi apabila mendakwa bahawa khalwat adalah urusan peribadi dan hukuman khalwat perlu dimansuhkan. Selain itu, surat terbuka oleh G25 bertajuk “Debate and discourse on Islamic Law” telah mempersoalkan undang-undang Islam yang bagi mereka terlalu ekstrem dan melanggar hak kebebasan asasi.Tambahan lagi, beberapa isu lain yang dilihat cuba mencabar autoriti agama dengan isu “dosa peribadi”, isu tudung, mendakwa mahkamah syariah menjadikan pertindihan mahkamah, isu serbuan jabatan agama dan lain-lain lagi. Mereka mempersoalkan bahawa tindakan yang diambil oleh autoriti agama itu bercanggah dengan perkara 11 hak kebebasan asasi di dalam perlembagaan Malaysia iaitu kebebasan beragama. Mereka memperjuangkan


13 hak asasi ini atas nama kesederhanaan di dalam beragama. Walhal, apa yang diperjuangkan oleh gerakan G25 telah memberi justifikasi mereka sebagai sebuah gerakan Islam liberal atas perjuangannya yang bercanggah dengan Islam. 3.7 ISLAMIC RENAISSANCE FRONT (IRF) IRF adalah sebuah pertubuhan sosial yang ditubuhkan oleh Dr Ahmad Farouk Musa iaitu seorang doktor perubatan dan ahli akademik di sebuah universiti swasta tempatan. Pertubuhan gerakan sosial ini telah dilancarkan oleh Tariq Ramadhan yang merupakan seorang ahli akademik dalam bidang teologi Islam yang terkenal di Eropah pada 12 Disember 2019.36 Jika dilihat pada visi gerakan IRF, fokus utama gerakan ini adalah untuk menyeru kepada kebangkitan semula Islam daripada pemikiran ortodok dan konservatif supaya masyarakat Muslim dapat mendepani masalah masa kini. Tambahan lagi, gerakan ini mendakwa mereka membawa islah dan tajdid untuk masyarakat pluraliti yang moden terutamanya melalui wacana ilmu.37 Sehingga kini IRF aktif dalam menganjurkan seminar dan wacana serta menerbitkan buku berkaitan dengan Islam. Walaubagaimanapun, IRF dilihat sebagai sebuah gerakan yang liberal apabila mereka sering menjemput tokoh yang diketahui membawa pemikiran liberal sama ada dari dalam atau luar negara seperti Chandra Muzaffar, Mustafa Akyol, Dr Mun’im Sirry, Dr Farid Al-Attas, Zailah Anwar, Farish Noor dan beberapa nama lagi. Meskipun wacana yang dibawakan oleh IRF dilihat membawa tajuk yang membuka minda, tetapi dilihat unsur liberal wujud dalam wacana sehinggakan dilihat sangat kontroversi dan membawa polemik kepada masyarakat. Sebagai contoh, kenyataan Dr Mun’im Sirry ketika menjadi panel program anjuran IRF membawa tafsiran baharu mengenai al-Quran yang bertentangan dengan jumhur ‘ulama. Antaranya dengan mendakwa bahawa al-Quran tidak relevan dan turun di Mesopotamia.38 Polemik ini telah mencetuskan fenomena bantahan dalam kalangan pelbagai pihak dan NGO


14 Islam seperti Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin yang seketika itu di atas pentas yang sama bersama Dr Mun’im, mufti, Jabatan Agama Negeri dan Persekutuan termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui surat terbuka oleh Ketua Pengarah Jakim ketika itu, Tan Sri Dato Othman Haji Mustafa dan bantahan daripada badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan.39 IRF membawa suatu pembaharuan yang mungkin tidak bersesuaian dengan ajaran Islam. Ini kerana, Islam di Malaysia berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah wal Jamaah. Kebanyakan gerakan- Islam liberal cuba membawa pemahaman lain yang dilihat bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal Jamaah. Malah, fahaman Islam liberal ini juga diambil daripada tokoh yang diketahui membawa fahaman Islam liberal sama ada dari dalam atau luar negara. Gerakangerakan ini menjadi penyokong kuat kepada tokoh dan pendukung pemikiran liberalisme di Malaysia.


15 4.0 FAKTOR PENYEBARAN LIBERALISME. Adian Husaini (2005) dalam kajiannya mendapati ada tiga faktor yang mendorong kemunculan liberalisme di Barat. Pertama, trauma sejarah Kristian, kedua isu teks Bible dan ketiga isu teologi Kristian. Ketiga-tiga isu ini berkait antara satu sama lain, sehingga melahirkan perasaan phobia terhadap agama. Tiga faktor ini menjadi faktor utama pegangan masyarakat Barat terhadap ideologi liberal sebagai cara hidup. Ideologi liberal ini bukan sahaja menjadi pegangan dalam menentukan kehidupan dan gaya hidup, malah ideologi ini juga berjaya disebarluaskan ke seluruh dunia termasuk dunia Islam. i . Trauma Sejarah Kristian. Pertembungan yang berlaku antara Gereja Konstantinopel dan Antioch di Turki serta Alexandria di Mesir menimbulkan pertumpahan darah dan peperangan yang berterusan. Implikasi daripada pertempuran ini menghasilkan perasaan inginkan kebebasan daripada ikatan gereja. Golongan rakyat berpandangan mereka boleh mencapai kehidupan yang lebih toleran dan damai sekiranya berjaya menghapuskan kuasa gereja dari campur tangan dalam urusan politik dan dasar negara (Adian Husaini 2005; Bernard Lewis 2002). Dakwaan gereja sebagai institusi rasmi mewakili Tuhan memberi ruang kepada tindakan di luar batas kemanusiaan kepada penganut ajaran kristian dan juga bukan beragama kristian yang dilihat mencabar kuasa gereja. Bentuk penyiksaan yang pernah berlaku ialah pembakaran hidup- hidup, pencukilan mata, menggergaji tubuh, pemotongan lidah, menghancur kepala, menyula kemaluan dan berbagai bentuk siksaan lain yang kejam. Catatan juga menunjukkan sekitar 85% korban penyeksaan dan pembunuhan adalah wanita di mana sekitar tahun 1450- 1800 dianggarkan dua sehingga empat juta wanita


16 dibakar hidup-hidup di daratan Katolik dan Protestan Eropah (Karen Amstrong 1991). Suasana ini menimbulkan kesan trauma agama dalam diri masyarakat Eropah sama ada yang beragama Kristian atau tidak. Pada 31 Oktober 1517 Marthin Luther (1483-1546) telah melakukan pemberontakan menolak kuasa gereja terutamanya dokrin pengampunan dosa yang menjadi kunci kuasa gereja kepada rakyat (Philip J. Adler 2000). Pemberontakan demi pemberontakan terus berlangsung, sehingga dunia Kristian Eropah kemudian terbelah menjadi dua bagian besar iaitu Katolik dan Protestan. Suasana peperangan dan pertempuran antara kuasa- kuasa gereja menjadikan rakyat sebagai mangsa dan penindasan berlaku tanpa peri kemanusiaan. Salah satu kisah yang paling mengerikan adalah pembantaian kaum Protestan di Paris oleh kaum Katolik tahun 1572 yang dikenal sebagai The St. Bartholomew’s Day Massacre. Lebih kurang 10.000 orang mati dalam kejadian ini. Selama berminggu-minggu jalanraya di Paris dipenuhi dengan mayat yang membusuk (Philip J. Adler 2000). Seorang yang selamat dari pembantaian itu menggambarkan hari yang mengerikan itu; Tidak seorang pun dapat mengukur berbagai kekejaman yang terjadi dalam pembunuhan-pembunuhan ini. Sebagian besar mereka dimusnahkan dengan belati. Tubuh mereka ditikam, anggota tubuhnya dirusak, mereka dihina dengan cemoohan yang lebih tajam dari pedang. Mereka memukul sejumlah orang tua tanpa perasaan, membenturkan kepala mereka ke batu di dermaga dan kemudian melemparkan sosok setengah mati itu ke sungai. Seorang anak yang terbungkus pakaiannya diseret di jalan dengan tali yang dililitkan di lehernya oleh anak-anak berumur sekitar 9 atau 10 tahun


17 Kemudian melemparkannya ke sungai, yang menjadi merah karena darah dan tidak dapat kembali ke warna asalnya untuk waktu yang panjang (Philip J. Adler 2000). Dalam waktu yang sama golongan bangsawan di Perancis mendapat hak yang istimewa, termasuk pembebasan pajak. Ini menimbulkan dendam bagi masyarakat Barat dan mempengaruhi sikap Barat terhadap agama. Pada abad ke-18 muncul sikap anti- pemuka agama, yang dikenal dengan istilah anti- clericalism. Implikasi kepada kekejaman yang panjang ini membangkitkan revolusi Perancis pada tahun 1789 dengan laungan slogan Liberty, Equality, Fraternity yang membawa maksud kebebasan, persamaan dan persaudaraan. Menurut Adian Husaini (2005), trauma 4 inilah melahirkan kefahaman sekularisme yang memisahkan agama daripada politik. Agama dianggap sebagai wilayah peribadi dan politik (negara) adalah wilayah publik. Agama adalah hal yang suci sedangkan politik adalah hal yang kotor dan penuh tipu daya. Ini adalah trauma Barat pada sejarah keagamaan mereka yang sangat berbeza dengan pengalaman sejarah Islam atau peradaban lainnya. Mendepani serangan yang sangat kuat ini, pihak Kristian akhirnya menyerah dan menerima proses sekularisasi sebagai sebahagian dari kenyataan.


18 ii. Problem Teks Bible. Problem teks bible merujuk kepada makna teks yang terkandung di dalamnya. Menurut Adian Husaini (2005) sebahagian sarjana Barat cuba menyamakan Bible dengan al-Quran dengan dakwaan kitab suci dan mukjizat. Walau bagaimanapun, sebahagian daripada mereka juga mengakui perbezaan ketara antara al-Quran dan Bible. Norman Daniel (1997) menegaskan al-Quran adalah Kitab yang tiada kesalahan dan perbandingan dengan apa jua kitab yang lain. Berbeza dengan kitab bible yang sehingga kini masih merupakan misteri tentang siapa penulisnya yang sebenar. Menurut Richard Elliot Friedman (1989) dan Bruce M. Metzger (1972), selain daripada kegagalan menentukan siapa penulis sebenar, kitab bible juga mempunyai banyak versi yang saling bercanggah faktanya antara satu sama lain. Kepelbagaian maksud dan percanggahan antara Bible menggambarkan ketidakstabilan informasi yang sepatutnya sampai kepada penganut ajaran Kristian. Situasi ini sangat berbeza dengan ajaran Islam yang terkandung dalam alQuran. Ia tidak berubah semenjak awal penurunannya kepada Rasulullah SAW sehinggalah pada hari ini. Walaupun alQuran di terjemahkan dalam berbagai bahasa, namun nas dan ayat al-Quran yang menggunakan bahasa Arab kekal sebagai nas yang diterima dan tidak berubah.


19 iii. Masalah Teologi Kristian. Tiga perkara utama yang menjadi kontroversi dalam teologi Kristian iaitu status Nabi Isa, penyaliban dan hari kebangkitan. Sayid Sabiq (2003) mendedahkan tentang wujudnya komplot dalam kalangan Kaisar Konstantin dan paderi-paderi berkaitan status Nabi Isa AS. Menurut Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln (1986), doktrin teologi Kristian diputuskan dalam Persidangan Nicea yang dipelopori oleh Kaisar Konstantin. Persidangan ini menjadikan Rome sebagai pusat rasmi Christian ortodoxy. Dalam persidangan ini, status ketuhanan Isa diputuskan melalui pemungutan suara. Mana-mana suara yang membantah dan menolak status Isa sebagai anak tuhan akan dihapuskan, termasuk juga kitab bible yang tertulis di dalamnya Isa sebagai Pesuruh dan Hamba Allah. Walau bagaimanapun, status agama Kaisar Konstantin ini sendiri dipertikaikan oleh pengkaji sejarah. Menurut Michael Baigent, Richard Leigh dan Henry Lincoln (1986), Kaisar Konstantin sebenarnya penganut paganisme yang menyembah dewa matahari dan paganisme telah menjadi agama rasmi kerajaan Rome sebelum itu. Malah pewartaan hari Ahad sebagai hari istirahat dan 25 Disember sebagai hari Natal sebenarnya merujuk kepada Dewa Matahari yang disembah oleh Kaisar Konstantin yang bernama Dewa Sol Invictus. Berdasarkan catatan, penganut Kristian sebelum ini merayakan hari kelahiran Nabi Isa pada 6 Januari dan menjadikan hari Sabtu sebagai hari istirahat. Menurut C. Groenen Ofm (1988), seluruh permasalahan kristologi di dunia Barat berasal daripada kenyataan dunia Barat sendiri yang meletakkan Tuhan menjadi satu problem. Perbahasan tentang isu ketuhanan ini menunjukkan kepada simpang siurnya pemikiran dan budaya Barat. Isu yang berlaku dalam sejarah 5 peradaban Barat ialah apabila sarjana yang muncul ketika


20 itu seperti Saint Anselm, Abelard, dan Thomas Aquinas diminta untuk mensejajarkan pemikiran dan pandangan mereka dengan doktrin gereja dan teks bible. Sedangkan sesetengah teks bible itu dikatakan bertentangan dengan akal dan perkembangan ilmu pengetahuan. Para sarjana seperti Galileo Galilei (1546-1642), Nicolaus Copernicus (1473-1543) dan Giordano Bruno (1548-1600) antara sarjana yang dihukum kerana mempunyai teori yang bertentangan dengan ajaran gereja (E.A. Livingstone 1996). Siri pembantaian dan penghapusan mereka yang mempertikaikan status ketuhanan Nabi Isa berterusan dengan berbagai-bagai cara termasuk bunuh dan bakar hidup-hidup (Marvin Perry 1926). Ketiga-tiga faktor yang berkaitan dengan trauma sejarah Kristian, problrm teks Bible dan problem teologi Kristian membentuk cara berfikir dan sikap Barat terhadap agama (Adian Husaini (2005). Pemikiran yang mahu membebaskan diri dari sebarang ikatan dan peraturan agama yang dilihat membelenggu kemajuan manusia dan menyekat manusia daripada berinovasi. Idea memisahkan agama daripada kehidupan adalah refleksi sebenar Barat yang mencetus gerakan besar-besaran menolak agama sebagai pengawal dan penentu dasar dan polisi negara dan kehidupan. Melalui dominasi dan hegemoninya, Barat berusaha mengglobalkan konsep-konsep keilmuan dalam berbagai bidang, termasuk dalam bidang pemikiran Islam. Proses liberalisasi dan sekularisasi di berbagai bidang yang terjadi di dunia Islam tidak lain adalah sebahagian dari globalisasi yang bermula dari pengalaman dan realiti Barat (Adian Husaini 2005).


21 5.0 CIRI-CIRI IDEOLOGI LIBERALISME. i. Kebebasan Individu - Liberalisme menekankan pentingnya hak kebebasan individu, baik dalam hal pemikiran, ekspresi, agama, dan kegiatan peribadi, selama tidak merugikan orang lain. ii. Hak Asasi Manusia - Liberalisme menganggap bahwa setiap individu memiliki hak-hak asasi yang inheren, seperti hak untuk hidup, kebebasan berpendapat, hak atas privasi, dan perlakuan yang adil di hadapan hukum. iii. Pemerintahan Terbatas - Liberalisme mendukung adanya pembatasan kekuasaan pemerintah. iv. Ekonomi Pasar - Liberalisme mendukung sistem ekonominpasar yang bebas dan kompetitif. v. Perlindungan Hukum - Liberalisme menganggap perlindugan sebagai sarana untuk menegakkan hak-hak individu. Sistem hukum harus adil, setara, dan melindungi setiap individu tanpa memandang latar belakang atau status sosialnya.


22 6.0 KESAN KEPADA UMAT ISLAM Fahaman liberalisme ialah fahaman yang bercanggah dan tidak terikat dengan syariat Islam. Fahaman ini menjauhkan seseorang individu umat Islam dengan agamanya iaitu Islam. Ia juga merupakan pengaruh budaya asing yang menekankan hak kebebasan individu,hak asasi manusia,pluralism dan penyertaan masyarakat dalam membuat keputusan. Sedangkan agama Islam sendiri merupakan agama yang menitikberatkan dalam aspek akidah,syariat dan akhlak bagi setiap individu umat Islam. Hal ini demikian kerana,umat Islam mengikut panduan al-Quran dan Sunnah kerana Islam bermaksud ketaatan, kepatuhan dan berserah kepada Allah SWT. Berikut merupakan beberapa kesan negatif fahaman liberalisme terhadap umat Islam: Golongan liberalisme menafikan wujudnya bukti islam itu benar dan menyatakan semua agama adalah sama dalam pelbagai aspek. Mereka juga mempersoal jika orang bukan islam diberikan kebebasan dalam menukar kepada agama lain maka orang islam harus memiliki kebebasan untuk memilih agama mereka sendiri. Dalam erti kata lain, mereka juga harusnya diberikan kebebasan seperti orang bukan islam. Sejujurnya, kefahaman yang sebegini memberi impak yang besar kepada agama islam kerana sudah dijelaskan di dalam Al-quran bahawa islam adalah agama yang diredhai Allah SWT. Dalam pada itu, Allah SWT menegaskan bahawa agama yang selain dari agama islam tidak akan diterima di akhirat kelak dan mereka yang memilih selain agama islam maka mereka dalam kalangan orang yang rugi. Seperti firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 85 (bermaksud): “Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak adalah orang-orang yang rugi”.


23 Pemahaman liberalisme akan memberi kesan yang negatif terhadap akidah seseorang seperti agama itu adalah sesuatu yang tidak penting dan boleh jika tidak mengikuti sepenuhnya. Oleh yang demikian, mereka percaya bahawa manusia tidak perlu akur kepada agama. Dalam pada itu, mereka juga menyatakan bahawa riba itu halal seterusnya dapat menyumbang kepada sesebuah negara walhal sudah diterangkan di dalam alquran bahawa riba itu adalah perkara yang dikutuk oleh Allah. Mereka juga menyutujui bahawa arak itu adalah hak individu untuk meminumnya manakala khalwat adalah hak peribadi yang tidak boleh disentuh. Tegasnya fahaman sebegini akan memudaratkan dan merosakkan akidah serta amalan seorang muslim kerana islam itu adalah agama yang sempurna. Jika kita hanya mengikut logik akal semata tanpa ada sumber yang sahih seperti al-quran dan al-sunnah maka ia akan memberi kesan yang negatif terhadap seseorang individu dan boleh menyebabkan kepada kekufuran. Ini kerana kemampuan akal yang diberikan kepada kita terbatas berbanding wahyu dari Allah SWT yang tiada batas dan siapalah kita hendak mempertikaikan apa yang sudah tertulis olehnya. Seharusnya orang yang beragama islam hendaklah mendahulukan al-quran dan al- sunnah dalam sesuatu hal meski ia bercanggah dengan akal dan nafsu individu itu sendiri kerana islam adalah agama yang indah dan mudah difahami. Tuntasnya, hendaklah individu tidak memperkatakan sesuatu perkara yang tidak sahih dan bercanggah dari al-quran dan al-sunnah kerana ia akan membawa kepada lebih banyak kesesatan.


24 7.0 KESIMPULAN Tegasnya, sistem perundangan islam yang berpaksikan alquran dan al-sunnah perlu ditekankan bagi menangani gerakan liberalisme. Ini dapat dilihat melalui pelbagai pendekatan seperti strategik dakwah yang boleh dilaksanakan oleh agensi-agensi agama serta pendakwah dalam menangkis ancaman aliran pemikiran tersebut dari segi kawasan dan peringkat. Manakala pihak kerajaan pula perlu memainkan peranan yang penting secara proaktif dalam menangani isu-isu yang akan timbul. Begitu juga sistem pendidikan perlu mengkhususkan para guru tidak mengira subjek yang diajar agar dapat pengetahuan berkaitan sains dan ilmu lain serta dapat mengukuhkan lagi perpaduan diantara mereka supanya ianya dapat dilaksanakan secara bersepadu. Seterusnya, bagi pihak masyarakat mereka haruslah menimba ilmu agama dengan lebih mendalam daripada orang yang bertauliah seperti guru agama supaya tidak cenderung untuk mudah terpedaya dengan pemikiran islam yang liberal. Akhir kata, masyarakat adalah kunci dalam memainkan peranan yang penting kerana dengan adanya masyarakat yang memiliki sikap yang efektif pada agama juga dapat memudahkan individu lain untuk belajar ambik tahu bukan sekadar hanya untuk diri sendiri tetapi untuk saling mengingati sesama individu tentang betapa bahayanya gerakan liberalisme dan betapa indahnya memahami dan menggunakan cara ajaran islam yang sebenar dalam kehidupan seharian.


Click to View FlipBook Version