The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by , 2022-04-04 11:51:38

BM A NUR AFRINA IWANIE BINTI ROSLAN

BMMB 1104 - TUGASAN 1

BMMB1104 - KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU
TUGASAN 1 (PENGHASILAN PRODUK)



NAMAPELAJAR:NURAFRINAIWANIEBINTIROSLAN
KELAS:PPISMPBMA

NAMAPENSYARAH:PUANNOORAINIBINTIABLATIF



PENGHARGAAN



Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim
Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan limpah rahmat yang
dikurniakan oleh-Nya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.



Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada pensyarah saya bagi subjek Kesusasteraan dan
Kebudayaan Melayu, Puan Nooraini Binti Abdul Latif kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya

membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya.



Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan
moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini.



Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang turut memberi peringatan dan
sebagai pemudahcara. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap kemusykilan umum yang saya
utarakan.



Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
sepanjang pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih setinggi langit. Saya amat menghargainya.

TUGASAN 1 : PENGHASILAN PRODUK (INDIVIDU) ( 30 % )
Soalan:

Puisi Melayu Tradisional seperti pantun, syair, gurindam dan seloka merupakan ciptaan asli
orang-orang Melayu. Pada peringkat awalnya puisi-puisi ini disampaikan secara lisan.

Namun perubahan masa menyebabkan puisi-puisi ini semakin dipinggirkan.
1. Berdasarkan pernyataan di atas huraikan pemahaman anda tentang definisi, jenis,
bentuk, ciri dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai wahana pendidikan.

2. Anda dikehendaki menyediakan bahan infografik dengan menggunakan aplikasi
anyflip.

3. Tugasan perlu dihantar dalam bentuk salinan lembut.

PUISI MELAYU TRADISIONAL

Puisi Melayu Tradisional adalah sebenarnya merupakan panduan kepada
masyarakat Melayu lama. Puisi-puisi ini telah menampakkan
perkembangan dan liku-liku sejarah peradaban kehidupan masyarakat
yang melahirkannya, lingkaran pengaruh di sekeliling 'world view'
masyarakat yang mengucapkannya dan kekreaktifan masyarakatnya.

Puisi-puisi ini digunakan dalam semua aspek kehidupan
seperti gurauan, hiburan dan di dalam adat istiadat dan
sebagainya. Ia juga merupakan ciptaan seni yang
menakjubkan kerana mengandungi unsur-unsur emosi,
imaginasi dan budi.

ISI KANDUNGAN

PANTUN SELOKA
GURINDAM SYAIR

PANTUN

Sejenis puisi tradisional masyarakat Melayu yang wujud sejak zaman berzaman lagi.

Sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya didalam
masyarakat melayu untuk menyampaikan fikiran dan perasaan terhadap seseorang
ataupun mengenai sesuatu perkara di samping bertujuan untuk menyindir, berjenaka dan
memberi nasihat serta untuk bersuka-suka.

BENTUK PANTUN

Satu rangkap mempunyai Setiap rangkap terbahagi kepada dua iaitu
empat baris. rangkap pembayang dan rangkap maksud.

Satu baris mempunyai Rima a,b,a,b dengan beberapa variasi dan
empat perkataan. pengecualian.

JENIS PANTUN




Pantun Pantun
adat agama

Pantun Pantun Pantun
nasihat budi jenaka

teka-teki

ALAT FUNGSI PANTUN
KOMUNIKASI
Digunakan sebagai alat komunikasi untuk menyampaikan isi
ALAT hati dan hajat, seperti :
HIBURAN - sanjungan
- pemujaan
- ucapan selamat

kepada seseorang dalam sesuatu upacara atau majlis rasmi.

Digunakan sebagai alat hiburan dan bahan jenaka serta
gurau senda, terutamanya pantun jeneka dan pantun usik-

mengusik serta pantun dalam permainan.

FUNGSI PANTUN SEBAGAI WAHANA PENDIDIKAN

Digunakan sebagai alat pendidikan sama ada secara
menyindir,kiasan atau berterus-terang.





Mengajar masyarakat untuk mengenang budi seseorang,
menjaga tingkah laku dan sebagainya.







Contohnya,bagi menguji ketajaman akal dan kehalusan
perasaam seperti pantun teka-teki, pantun peribahasa dan pantun

yang terdapat dalam puisi adat.

CONTOH PANTUN




Orang Jawa mencari benang,
Mencari benang di atas bukit;
Orang jauh jangan dikenang,

Lama-lama jadi penyakit.



Orang berkain corak berbelang,
Mengayuh rakit mencari duku,
Jangan bermain kekasih orang,
Nyawa tersangkut di hujung kuku.



Patah jarum dalam peti,
Buat menjahit kain bertimbun;
Nasihat sepatah kurang dimengerti,
Rupanya penawar beribu tahun.

SYAIR jenis SYAIR

Merupakan sejenis puisi Syair cerita. Syair ilmu.
berlagu.
Syair nasihat. Syair
Sejenis puisi melayu lama yang Keagamaan.
berangkap. Syair semangat
patriotik Syair panji.
Berasal dari parsi dan telah Syair
dibawa masuk ke Nusantara Syair alam
bersama-sama dengan sekitar. romantis.
kedatangan Islam. Syair
Syair Kiasan. sejarah.
Syair saduran.

BENTUK Satu pernyataan yang berlarutan bagi
SYAIR mengemukakan cerita, kisah, buah
fikiran, nasihat dan puji-pujian.

Tiap satu rangkap syair memerlukan
beberapa rangkap syair yang berurutan

untuk memberi idea yang lengkap.

Setiap rangkap terdiri daripada empat baris.
Ini bermakna setiap satu rangkap syair
mengandungi jumlah baris yang tetap.

Dalam satu baris syair,
terdapat suatu hentian

(pause).

Tidak BENTUK Puisi
mempunyai SYAIR terikat.
pembayang.

Bilangan perkataan
sebaris adalah tetap

iaitu 4 hingga 5
perkataan.

BENTUK Rima akhir
dalam satu
Bilangan suku SYAIR
kata satu baris rangkap
adalah tetap
adalah tetap iaitu a/a/a/a.

antara 8 hingga

12 suku kata.

FUNGSI SYAIR

Alat nyanyian.



Dinyanyikan atau dilagukan sebagai mengiringi tarian-

tarian tertentu seperti dalam dabud dan baria.

Alat hiburan.



Sebagai hiburan yang bersesuaian dengan sifatnya yang demikian,

maka syair sering dilagukan dalam majlis-majlis tertentu seperti
dalam pesta, sambutan maulud, kegiatan kesenian dan keramaian,

dipertandingan atau dalam upacara-upacara adat.

fungsi syair sebagai wahana pendidikan




Masyarakat Melayu terutamanya golongan tua
Sebagai alat menyampaikan kaya dengan pelbagai nasihat. Sebagai
pengjaran melalui cerita dan lagu
terutama dalam hal-hal yang golongan yang makan garam terlebih dahulu
menyentuh aspek pengajaran agama pastinya mereka mempunyai pelbagai
islam dari rukun iman, rukun
sembahyang, zakat, puasa dan pengalaman hidup dan amat peka terhadap
perubahan sesuatu perkara. Justeru, jika mereka
sebagainya. mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena


atau bertujuan untuk memberikan peringatan
kepada golongan muda atau kanak-kanak,

mereka akan menggunakan pantun sebagai alat
untuk menyampaikan nasihat dan didikan.

CONTOH SYAIR

Sekarang dunia sangatlah maju.
janganlah hingga kita tertipu,
kualitas rendah dibanding lalu,
tak dulu bergerak dititik itu.


Pendidikan udah dibuat pilar,
agar jadi bangsa nan besar,

tapi masalahnya tak kelar-kelar,
bak benang kusut berpusar-pusar.



Dahulu kita bangsa yang hebat,
guru dikirim ke negeri hang jebat,

kini faktanya udah terjulat,
anak negeriku kesana meloncat

GURINDAM BENTUK GURINDAM

Sebuah wacana yang Terdiri daripada anak kalimat,
mengandungi kalimat- kalimat utama atau kalimat induk
kalimat yang berirama. Mengandungi dua baris serangkap
dan merupakan isi
Isinya berunsur nasihat Jumlah kata dan suku kata setiap
dan bentuknya baris tidak terhad
semacam bidalan. Rima akhir berbentuk a-a iaitu
bunyi di hujungnya seragam
Bahasa yang digunakan bernada
riang
Diksi yang digunakan bernas dan
disusun dalam ayat yang kemas
Membawa motif pengajaran,
nasihat atau sindiran.

JENIS GURINDAM

GURINDAM

HOOKED gurindam

Gurindam jenis pertama ini bersiri
mempunyai teks yang Gurind
am ini

berkaitan antara baris satu mempunyai perkataan
dan dua.

yang sama pada setiap

Begitu juga dengan yang dua baris
baru kemudian terus
berhubung. .

Jadi selain bunyi

konsonan yang sama,

kata awalnya juga

mempunyai persamaan.

Media FUNGSI GURINDAM
komunikasi


wahana Media komunikasi antara ahli masyarakat, terutama
pendidikan
dalam majlis-majlis yang formal

Kandungan gurindam yang banyak menekankan
penghayatan yang mendalam terhadap kehidupan

akan secara automatik mendidik jiwa pembaca
serta penulis itu sendiri.



Antara unsur-unsur yang diketengahkan ialah
iman dan moral yang baik.

CONTOH GURINDAM

Baca buku setiap hari
Agar ilmu bisa digali



Rajin belajar di masa muda
Supaya tidak menyesal di hari tua



Buku adalah jendela dunia
Yang mengantarmu melihat cakrawala



Apalah arti orang berpendidikan

Jika hidup tanpa kesopanan



Sekolah jauh hingga rantauan
Demi indah di masa depan

SELOKA BENTUK SELOKA

Puisi Melayu bebas yang tidak Jumlah sukukata Merupakan puisi
mempunyai bentuk tertentu dari dalam sebaris juga bebas atau tidak
segi rangkap, jumlah baris, samaada tidak tetap. terikat.

mempunyai irama atau tidak. Rima akhirnya Bilangan baris
dalam serangkap dalam serangkap
Digubah sama ada mengikut juga tidak tetap. tidak tetap
bentuk pantun ,syair atau
perumpamaan. Tidak mempunyai
pembayang.
Jumlah perkataan dalam
sebaris juga tidak tetap.

ALAT kritikan FUNGSI SELOKA






Bersesuaian dengan sifat halus orang Melayu, puisi seloka digunakan untuk mengkritik

sebarang perlakuan negatif anggota masyarakat tanpa menyinggung perasaan individu

sasaran.

ALAT PENDIDIKAn

Seloka mengandungi isi kandungan yang berkaitan dengan tingkah laku yang baik, serta
buruk yang mana ianya boleh dijadikan sebagai pengajaran kepada masyarakat.



Sebagai contoh, seloka yang terkenal iaitu seloka Pak Pandir yang mengisahkan tentang
perilaku Pak Pandir yang berlagak dan mudah terpengaruh boleh dijadikan sebagai iktibar

kepada masyarakat.

CONTOH SELOKA (SELOKA PAK PANDIR)

Pandai-pandai wahai Pak Pandir,
Anak dipijak dagang dijinjing,
Kucing dibunuh tikus dibela.
Harta habis badan tergadai.

Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang,
Mendengar guruh di langit,
Air tempayan dicurahkan.

Mulut kena suap pisang,
Buntut kena cangkut otak,
Gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga menanggung.

PENUTUP

Kesimpulannya, warisan Puisi Melayu Tradisional
yang diwakili oleh pantun, gurindam, seloka dan

syair ini menyentuh hampir seluruh aspek
kehidupan orang Melayu.



Melalui Puisi Melayu Tradisional ini juga dapat
dilihat masyarakat Melayu amat mementingkan
ilmu pengetahuan dan dalam masa yang sama

perihal adab atau budi pekerti tidak dilupakan
sama sekali.

SEKIAN,
TERIMA
KASIH.


Click to View FlipBook Version