The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nuraisyahumaira05, 2024-02-03 08:47:13

Modul Bahasa Melayu: Sirah Nabi

BMP3123

MODUL BAHASA MELAYU SIRAH NABI Fazwani Rashid Humaira Rosli Irna Ismail Nordiana Sadek Khalidah Khairunnisa


PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan bagi kursus Aplikasi Multimedia Interaktif dalam Bahasa Melayu (BMP3123) dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih diucapkan kepada Dr. Muhamad Fadzllah bin Haji Zaini selaku pensyarah kursus ini dalam memberi bimbingan dan nasihat sepanjang pelaksanaan e-book ini. Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yang telah banyak memberi sokongan serta kesudian dalam menghulurkan bantuan dari kewangan untuk menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan bersama yang gigih dalam menyempurnakan tugasan masingmasing. Akhir sekali, terima kasih juga kepada pihak-pihak yang dirujuk untuk menyiapkan tugasan ini. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak bagi menyempurnakan tugasan ini. i


PENGHARGAAN ii Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang telah bertungkus lumus berusaha untuk menjayakan dan menyiapkan buku digital ini.


isi kandungan Penghargaan................................................................................ i Pengenalan Hijrah....................................................................... 1 Tujuan Hijrah................................................................................ 2 Singgah di Quba........................................................................... 3 Ketibaan di Kota Madinah.......................................................... 4 Nota Sampingan...........................................................................5-10


AAPPAAKKAAHH HHIIJJRRAAHH?? PPEENNGGEENNAALLAANNHHIIJJRRAAHH 1.0 Mendengar dan bertutur Sila imbas kod Qr di bawah untuk melihat video. IMBAS SAYA Anda diminta untuk mendengar maklumat yang disampaikan dalam video dengan teliti dan nyatakan apa itu hijrah berdasarkan kefahaman anda. 1


TTUUJJUUAANN HIJRAH Jemputan masyarakat Arab Madinah TTUUJJUUAANNHHIIJJRRAAHH Perlindungan dan keamanan Perintah Allah SWT supaya berhijrah ke Madinah Lihat rajah di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang tujuan hijrah Rasulullah S.A.W. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 180 patah perkataan. Meneruskan penyebaran Islam HIJRAH 3.0 Menulis 2


7 SSIINNGGGGAAHHDDIIQQUUBBAA 4.0 Seni Bahasa Murid-murid! Hari ini kita akan belajar pantun! Siapa pandai buat pantun angkat tangan!! Pantun? Apa itu pantun cikgu? SAYA TAHU! Ibu saya selalu berpantun di rumah. Cikgu, boleh ke cikgu tunjuk contoh pantun? Ayuh! Cikgu tunjuk kamu semua apa itu pantun. Duduk termenung di tepi kali, Sambil mengail sepat dan keli, Quba’ disinggah empat hari, Masjid pertama menjadi saksi. Wahh. Cikgu saya nak cuba bina pantun boleh? Kapal berlabuh menunggu ikan, Menunggu ikan bersama teman, ...................... ....................... Wah! Hebatnya Amira. Ada sesiapa yang boleh cuba sambung pantun yang amira buat? 3


Baca petikan di bawah. Kenal pasti kesalahan ejaan dan tuliskan ejaan yang betul. Kedatangan Nabi Muhammad SAW ke kota Madinah pada tahun 622 Masehi menjadi sebuah peristiwa yang penting dalam sejarah islam. Kedatangan baginda turut mentukarkan kota Yathrib menjadi kota Madinah. Nabi Muhammad SAW bersama para sahabat dan kaum muslimin yang lain berhijrah ke kota Madinah setelah mengalami penindassan dari kaum kafir Quraisy. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW bersama salah seorang sahabatnya iaitu Abu Bakar adalah secara senyap bagi mengelakan daripada pengetahuan kaum kafir Quraisy. Ketika Nabi Muhammad SAW berhijrah, kaum kafir Quraisy telah mengintai pegerakan baginda sehingga menawarkan sebanyak 100 ekur unta kepada sesiapa yang dapat menjumpai baginda. Apabila Nabi Muhammad SAW tiba di Madinah, baginda disambut dengan baik oleh penduduk Madinah iaitu kaum Ansar dan kaum Muhajirin. Kaum Ansar ialah penduduk asli di kota Madinah, manakala kaum Muhajirin pula penduduk di kota Madinah yang datang berhijrah dari Makkah. KKEETTIIBBAAAANNDDIIKKOOTTAA MMAADDIINNAAHH 5.0 Tatabahasa 4


NNOOTTAASSAAMMPPIINNGGAANN 5 NOTA MENULIS Penanda wacana ini sangat bagus digunakan ketika kamu menulis karangan. Mari kita lihat jenis dan juga contoh penanda wacana. PERMULAAN Dasawarsa ini, Sejak akhir-akhir ini, Kini, Pada era globalisasi ini, Sejak sedekad lalu, PERMULAAN ISI BAHARU Hal ini berpunca daripada, Hal ini timbul apabila, Hal ini berlaku kerana, Hal ini disebabkan oleh, CONTOH Misalnya, Contohnya, Tamsilnya, Sebagai contoh, Antaranya adalah seperti, PENUTUP Kesannya, Natijahnya, Akibatnya, Akhirnya, Dengan itu,


T EMA HURAIAN T EMA ISU N (HURAIAN / KE SAN NEGATI F ) KEHENDAK SOALAN KE SIMPULAN CADANGAN HARAPAN NNOOTTAASSAAMMPPIINNGGAANN NOTA MENULIS 6 P ENDAHULUAN : T EKNIK THINK P ENUTUP : T EKNIK KE CAHA JOM TULIS KARANGAN


AYAT TOP IK AYAT HURAIAN AYAT CONTOH AYAT KE SAN AYAT P ENEGAS NNOOTTAASSAAMMPPIINNGGAANN NOTA MENULIS 7 ISI KARANGAN : T EKNIK TOHUCOKE P Selepas ini, rakan-rakan boleh menulis karangan yang lengkap menggunakan teknik-teknik ini.


NNOOTTAASSAAMMPPIINNGGAANN NOTA SENI BAHASA 8 Bagaimana Pantun Dibina? Siapa pernah berpantun? Angkat tangan!!! Haaa ini mesti pantun…. Sorong papan tarik papan, Buah keranji dalam perahu, Suruh makan saya makan, Suruh mengaji saya tak tahu. Ataupun pantun yang ini…. Buah cempedak di luar pagar, Ambil galah tolong jolokkan, Saya budak baru belajar, Kalau saya tolong tunjukkan. Kamu semua nak tahu tak sebenarnya kita boleh cipta pantun sendiri tau. APA???!! CIPTA PANTUN SENDIRI?? Betul. Takkan lah kami nak menipu. Ish. Haaa kalau nak tahu macam mana kamu boleh cipta pantun sendiri. Jangan lupa untuk tekan butang anak panah ke muka surat seterusnya tau :) Untuk menghasilkan pantun yang baik, maksud pantun hendaklah dicipta dahulu. Sebagai contohnya bagi pantun 4 rangkap. Semasa pembinaan pantun 4 rangkap, maksud atau dua baris terakhir perlulah dibina dahulu barulah pembayang iaitu dua rangkap awal dibina. Mari kita lihat contoh tersebut: ......................................... ......................................... Sahabat karib tiada ganti, Moga berkekalan hingga syurga. Pembinaan dua rangkap terakhir tersebut dilakukan terlebih dahulu. Kemudian pembayang atau dua rangkap pertama dibina kemudian. Empat sekawan riang berlari, Berlari di taman bunga dahlia, Sahabat karib tiada ganti, Moga berkekalan hingga syurga. Sudah faham kan? Jangan lupa banyakkan latihan nanti tau :)


NNOOTTAASSAAMMPPIINNGGAANN NOTA SENI BAHASA 9 Definisi Ciri-ciri Fungsi Jenis PPAANNTTUUNN Salah satu jenis puisi lama kerana telah digunakan sejak dahulu lagi. Pantun dilahirkan bertujuan untuk mewujudkan sesuatu maksud. Digunakan dalam aktiviti masyarakat (Adat istiadat, Kegiatan Seni, Keagamaan) 1. Sebagai alat komunikasi untuk sampaikan isi hati atau hajat sanjungan. 2. Sebagai alat hiburan dan bahan jenaka. 3. Sebagai alat pendidikan (menyindir, kiasan, berterus-terang) 4. 4 hingga 5 patah perkataan dalam setiap baris 8 hingga 12 suku kata dalam setiap baris Mempunyai hubungan antara pembayang dan juga maksud Setiap bunyi rima akhir seuntai pantun haruslah sama Terdiri daripada 2 hingga 16 rangkap Jenis pantun ialah pantun teka-teki, pantun jenaka, pantun kasih sayang, pantun nasihat, pantun budi, pantun nasib, pantun adat, pantun agama, dan pantun kanak-kanak.


NNOOTTAASSAAMMPPIINNGGAANN NOTA TATABAHASA 10 Tandas Awam ❌ tandas awam✅ pak su amin❌ Pak Su Amin✅ Tumbukan Cedok❌ tumbukan cedok✅ 1.Huruf dan Angka abad ke21❌ abad ke-21✅ 2. Imbuhan Pinjaman proAmerika❌ pro-Amerika✅ 3. Singkatan emel❌ e-mel✅ 4. Kata Ganda adik beradik❌ adik-beradik✅ asoh ❌ asuh✅ aleh❌ alih✅ belom❌ belum✅cocok ❌ cucuk✅a-a a-i a-u e pepet-a e pepet-i e pepet-u e taling-a e taling-i e taling-u e-taling-e e taling-o i-a i-u o-a o-e o-o u-a u-i u-u bandaraya❌ bandar raya✅ acapkali❌ acap kali✅ ambilalih❌ ambil alih✅ 15 Kata Majmuk Mantap setiausaha suruhanjaya jawatankuasa matahari kerjasama pesuruhjaya olahraga antarabangsa beritahu tanggungjawab kakitangan sukarela warganegara bumiputera tandatangan Menjarakkan perkataan yang berimbuhan "di-" dan "ke-" tetapi merapatkan ejaan perkataan yang mengandungi kata sendi nama "di" dan "ke". Contoh: di makan❌ dimakan (PERBUATAN)✅ di pantau❌ dipantau✅ disana❌ di sana (TEMPAT)✅ kesegenap❌ ke segenap✅ kepangkal❌ ke pangkal✅ Melibatkan kedudukan jarak atau rapat sesuatu ungkapan sama ada perkataan ataupun frasa. Contoh: Melibatkan percampuran huruf dan angka, perkataan yang dieja secara singkatan dengan kata yang dieja sepenuhnya, imbuhan pinjaman dan penggunaan kata ganda. Pengetahuan yang mantap dalam penggunaan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas diperlukan. Contoh:


Click to View FlipBook Version