juriah adris
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN IMPIAN
SEKOLAH TRANSFORMASI KPM 4.0
BUKU PANDUAN
PERATURAN -
PERATURAN SEKOLAH
NAMA :
1|Page
SKTI/EDISI KE 2 / 2022
GAMBAR MURID
MAKLUMAT PERIBADI MURID
1) Nama : ………………………………………………………………...
2) No. Sijil Lahir : …………………………………………………………
3) Tarikh Lahir : …………………………………………………………
4) Kelas : …………………………………………………………………
5) Bil. Pendaftaran Sekolah : ………………………………………..
6) Alamat Tetap :………………………………………………………..
…………………………………………………………………………….
7) No. Telefon : ………………………………………………………….
8) Nama bapa/penjaga : …………………………………………….
9) Pekerjaan : …………………………………………………………….
3|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan Mukasurat
1. Punca Kuasa - Buku Peraturan Sekolah Dilaksanakan 6
2. Lagu NegaraKu, Lagu Sekolah Falsafah 7
Pendidikan Kebangsaan Visi, Misi dan Moto 8
Sekolah
3. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Definisi 9
Disiplin, Matlamat Disiplin
4. Peraturan Sekolah 10
Garis Panduan Peraturan Disiplin Sekolah Untuk Murid Perkara 1 : 10
5. Peraturan Am 11
1.1 Waktu Persekolahan 11
1.2 Ketidakhadiran 12
1.3 Kehadiran Aktiviti Kokurikulum 12
13
6. Perkara 2 : Perhimpunan Sekolah 13
7. Perkara 3 : Waktu Rehat 13
8. Perkara 4 : Kebenaran keluar masuk kelas 13
9. Perkara 5 : Buku Kawalan Kelas 13
10. Perkara 6 : Pakaian dan Rambut 14
15
6.1 Pakaian Seragam Murid Lelaki 15
6.2 Pakaian Seragam Murid Perempuan 16
6.3 Pakaian Seragam Pengawas 16
6.4 Pakaian Pendidikan Jasmani 17
11. Perkara 7 : Lencana dan Tanda Nama
12. Perkara 8 : Rambut 17
13. Perkara 9 : Kebersihan Diri Dan Perhiasan 17
14. Perkara 10 : Keselamatan 18
10.1 Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah
15. Perkara 11 : Kenderaan
16. Perkara 12 : Perjalanan Lalu lintas
17. Perkara 13 : Barang-barang Larangan dan Kehilangan Barang
18. Perkara 14 : Keselamatan Dalam Kawasan Sekolah 19
19. Perkara 15 : Tingkahlaku Musnah Dan Jenayah 19
20. Perkara 16 : Lawatan Sambil Belajar 19
21. Perkara 17 : Tatatertib 20
17.1 Kawasan Sekolah 20
17.2 Kelas 21
17.3 Pusat Sumber/Makmal Komputer/Ruang Solat 22
17.4 Tandas 22
4|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
17.5 Kantin 22
22. Perkara 18 : Kawasan-kawasan Larangan 22
23. Perkara 19 : Latihan Kebakaran Dan Kecemasan 23
24. Perkara 20 : Lantikan Pemimpin Kecil Sekolah 24
25. Perkara 21 : Lembaga Pengawas 25
26. Perkara 22 : Lawatan/Pelawat/Ibubapa 25
27. Perkara 23 : Kemalangan 25
23.1 Dalam Kawasan Sekolah 26
23.2 Di Luar Kawasan Sekolah 26
28. Perkara 24 : Kegiatan Luar 27
29. Perkara 25 : Peperiksaan 27
30. Perkara 26 : Bayaran Tambahan 27
31. Perkara 27 : Sakit Dan Penyakit Berjangkit 28
32. Perkara 28 : Rawatan Atau Cuti Sakit 28
33. Perkara 29 : Alatan Sukan 28
34. Perkara 30 : Harta Benda Sekolah 29
35. Perkara 31 : Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) 29
36. Perkara 32 : Peraturan Khas
37. Perkara 33 : Budi Pekerti/Tingkahlaku/Kelakuan yang 30
30
Patut diamalkan. 30
38. Perkara 34 : Khidmat Nasihat 31
39. Perkara 35 : Makluman Umum 32
40. Perkara 36 : Jenis-jenis Kesalahan Disiplin
41. Perkara 37 : Hukuman 37
42. Perkara38 : Jenis Kesalahan, Hukuman dan Punca Kuasa
43. Borang Pengakuan
5|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PUNCA KUASA
BUKU PERATURAN SEKOLAH DILAKSANAKAN
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975
Para 4.
Peraturan-Peraturan Sekolah, (Sekolah Rules) Yang Bertulis Untuk Murid- Murid
Tindakan Oleh Tiap-Tiap Sekolah -Lampiran C
Tiap-tiap sekolah hendaklah mempunyai peraturan-peraturan sekolah masing-masing
secara bertulis. Peraturan-peraturan itu hendaklah mengandungi maksud yang jelas dan
tiap-tiap murid mestilah mengetahuinya.Satu salinan peraturan sekolah hendaklah
dipamerkan di tiap-tiap bilik darjah, di bilik guru dan juga di papan kenyataan sekolah.
Guru-guru Besar dan pengetua hendaklah selalu menarik perhatian murid-murid kepada
peraturan-peraturan sekolah yang telah digubal itu. Pengawas-pengawas
sekolah/Ketua-ketua murid (School Prefect) mestilah faham benar-benar akan tugas dan
tanggungjawab mereka. Tindakan pengawas ini mestilah mendapat sokongan dari guru-
guru dan Guru Besar. Mereka juga hendaklah memahami bahawa perlantikan mereka
itu bertujuan membantu pihak yang berkuasa sekolah dalam memelihara tatertib.
4.1. Adalah didapati iaitu tidak semua sekolah mempunyai peraturan sekolah yang
bertulis. Peraturan sekolah yang bertulis yang ada di beberapa buah sekolah sekarang
tidaklah begitu lengkap dan teratur, misalnya tidak mempunyai tajuk untuk tiap-tiap
perkara. Guru-guru besar dan Pengetua-pengetua hendaklah meneliti semula dan
membaharui peraturan-peraturan sekolah mereka dan untuk panduan mereka itu satu
senarai perkara-perkara yang patut ditimbangkan mengikut keadaan sekolah adalah
disertakan dalam Lampiran C. Guru Besar juga boleh menimbangkan perkara-perkara
lain yang tidak ada dalam senarai itu mengikut sekolah masing-masing.
Para 6
Adalah menjadi tanggungjawab semua guru memberi tauladan budi pekerti dan
perangai yang baik kepada murid-murid mereka. Seterusnya adalah menjadi tugas
mereka untuk membantu murid-murid supaya mengetahui perbezaan antara tingkah
laku yang baik dan buruk. Guru- guru hendaklah sentiasa ingat bahawa tiap-tiap murid
itu adalah individu yang masih belum matang untuk membuat sesuatu keputusan yang
baik.
6|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
LAGU NEGARAKU LAGU PULAU PINANG
Negaraku Selamat Tuhan kurniakan,
Tanah Tumpahnya Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Darahku, Ku taat dan setia,
Rakyat Hidup Aman dan bahagia,
Bersatu Dan Maju, Majulah, Jayalah,
Rahmat Bahagia Negeriku yang ku cinta,
Tuhan Kurniakan, Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita
Raja Kita
Selamat Bertakhta,
Rahmat Bahagia
Tuhan Kurniakan.
Raja Kita
Selamat Bertakhta
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI, MISI DAN HALA TUJU
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera.
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan
Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara.
HALA TUJU SEKOLAH
Melahirkan modal insan cemerlang yang berketerampilan dan berdaya
saing serta bersahsiah tinggi berteraskan guru berkualiti dan kompeten
dalam semua bidang pada tahun 2022
7|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PENGENALAN DISIPLIN SEKOLAH
DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai :
“…… kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang
sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermaksud kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup
tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah
laku yang baik dan tidak menggangu kepentingan orang lain, kesanggupan hormat
menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong menolong, dan
kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta
sanggup berkhidmat kepada masyarakat .”
MATLAMAT
1. Memperbaiki serta mempertingkatkan mutu prestasi pelajaran
murid dari masa ke semasa.
2. Menambah dan memupuk minat dan semangat untuk belajar serta menambah
ilmu pengetahuan di kalangan murid.
3. Melahirkan generasi yang terpelajar dan bertanggungjawab serta berdisiplin,
bersatu padu dan setia kepada negara.
4. Melahirkan masyarakat berakhlak mulia dan taat kepada perintah agama.
5. Melahirkan insan yang kamil.
6. Mempertingkatkan serta mengekalkan keyakinan masyarakat
terhadap sekolah.
PRINSIP-PRINSIP DISIPLIN
Disiplin di sekolah hendaklah berasaskan kepada prinsip-prinsip atau dasar berikut :
• Keadilan dan layanan samarata
• Pertimbangan minat dan keperluan pelajar
• Kebebasan-tertakluk kepada undang-undang
• Perhubungan sihat sesama manusia untuk kehidupan yang harmoni
• Perpaduan masyarakat dan negara
8|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERATURAN SEKOLAH
1. Dasar Pendidikan bertujuan untuk mewujudkan insan yang seimbang intelek,
emosi, jasmani dan rohani. Seterusnya dapat melahirkan masyarakat Malaysia
yang berilmu dan berpengetahuan serta akhlak mulia berketerampilan serta
bertanggungjawab.
2. Bagi menjamin tercapainya matlamat tersebut para pelajar perlu mendapat
didikan dan bimbingan yang sempurna bagi melahirkan pelajar yang berdisiplin
tinggi dengan sahsiah yang baik.
3. Undang- undang dan peraturan sekolah digubal bagi membantu mewujudkan
ketenteraman dan keselesaan pelajar semasa waktu pengajaran dan
pembelajaran dan sepanjang murid berada di sekolah.
4. Semasa belajar di sekolah ini, semua murid hendaklah mematuhi semua
peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah selaras dengan peraturan dan
disiplin murid sekolah-sekolah rendah di Malaysia.
5. Semua murid hendaklah bekerjasama dengan Guru Besar, Guru Penolong Kanan,
guru-guru, ibubapa atau penjaga dan kakitangan sekolah untuk menjaga nama
baik sekolah untuk meningkatkan disiplin diri.
6. Buku Peraturan Sekolah ini mengandungi peraturan-peraturan asas sebagai
panduan dan makluman kepada murid-murid, guru-guru, ibubapa atau penjaga
serta kakitangan sekolah.
7. Buku Peraturan Sekolah ini, hendahlah dibawa oleh murid setiap hari ke sekolah.
9|Page
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
GARIS PANDUAN
PERATURAN DISIPLIN SEKOLAH UNTUK MURID
PERKARA 1 : PERATURAN AM
1.1 WAKTU PERSEKOLAHAN
1.1.1 Kehadiran ke sekolah adalah wajib pada hari-hari persekolahan.
1.1.2 Waktu persekolahan adalah seperti berikut:
HARI WAKTU Waktu Pulang
PERSEKOLAHAN
Isnin TAHAP 1 TAHAP 2
Selasa 7.40 pagi
Rabu 7.40 pagi 1.30 petang 1.00 petang
Khamis 7.40 pagi
7.40 pagi 1.30 petang 1.30 petang
Jumaat
7.40 pagi 1.00 petang 2.00 petang
12.30 Tengah hari 1.30 petang
12.00 tengahari 12.00 tengahari
1.1.3 Murid yang lewat hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah
boleh dikenakan tindakan disiplin.
1.1.4 Setiap murid adalah diwajibkan mematuhi arahan untuk hadir dan
menyertai apa jua kegiatan yang djalankan oleh pihak sekolah.
1.1.5 Kelas tambahan atau sekolah gantian adalah dianggap sebagai waktu
persekolahan biasa dan wajib dihadiri oleh murid.
1.1.6 Dalam masa persekolahan murid-murid tidak dibenarkan keluar dari
kawasan sekolah tanpa kebenaran Guru Besar atau Guru Penolong Kanan.
1.1.7 Semua murid mesti tiba sekurang-kurangnya 10 minit sebelum loceng
berbunyi kerana perhimpunan harian diadakan pada
7.30 pagi di dataran perhimpunan / dewan . Guru waktu pertama akan
mengiringi murid masuk bersama ke dalam kelas.
1.1.8 Waktu persekolahan boleh bertambah mengikut keperluan atau arahan
Kementerian Pendidikan Malaysia dan akan diberitahu jika ada
perubahan.
1.2 KETIDAKHADIRAN
1.2.1 Murid yang tidak hadir kerana sakit kerana atau sesuatu sebab
tertentu hendaklah :
• memberitahu sekolah melalui guru kelas dengan
segera dan
10 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
1.2.2 • membawa bersama-sama surat akuan doktor atau makluman
daripada ibubapa apabila hadir semula ke sekolah dengan
1.2.3 menyatakan sebab-sebab yang munasabah.
1.2.4 Murid yang tidak hadir ke sekolah 3 hari berturut turut atau lebih
1.2.5 hendaklah menyatakan sebab dengan mengemukakan surat daripada
doktor/ibu bapa/penjaga.
Murid yang tidak hadir ke sekolah tanpa sebarang sebab atau akuan
doktor/ibu bapa/penjaga akan dianggap sebagai ponteng sekolah dan
boleh diambil tindakan.
Murid dianggap hadir jika mewakili sekolah untuk aktiviti kokurikulum.
Murid yang sampai lewat daripada jadual waktu sekolah akan diambil
tindakan yang sewajarkan.
HARI TIDAK HADIR HARI TIDAK HADIR (TIDAK
TINDAKAN (BERTURUT- BERTERUSAN/BERKALA)
TURUT/BERTERUSAN)
1. Surat Pada hari ke 3 Pada hari ke 10
Amaran Pertama (tidak hadir hari ke 3) (tidak hadir hari ke 10)
2. Surat 7 hari selepas surat 10 hari selepas amaran
pertama
Amaran Kedua Amaran Pertama (tidak hadir hari ke 20)
20 hari selepas amaran kedua
( Tidak hadir hari ke 10) (tidak hadir hari ke 40)
3. Surat 7 hari selepas surat 20 hari selepas surat
amaran terakhir
Amaran Terakhir Amaran Kedua ( (tidak hadir hari ke 60)
Tidak hadir hari ke 17) 60 HARI BERKALA
4. Buang 14 hari selepas Surat
Sekolah Amaran Terakhir
(tidak hadir hari ke 31)
JUMLAH HARI 30 HARI BERTERUSAN
TIDAK HADIR
1.3 KEHADIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM
1.3.1 Kehadiran aktiviti kokurikulum adalah wajib untuk semua murid tahun 4,5
dan 6 mengikut jadual yang disediakan setiap Hari Rabu.
1.3.2 Semua murid Tahap 2 diwajibkan menyertai ketiga-tiga unit kokurikulum
berikut :
• Unit Beruniform
• Persatuan / Kelab Akademik
• Permainan / Sukan
11 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
1.3.3 Murid mestilah memakai pakaian unit beruniform atau baju pendidikan
jasmani sekolah setiap kali mengikuti aktiviti kokurikulum.
1.3.4 Selipar atau baju yang pelbagai tidak dibenarkan.
1.3.5 Sekiranya murid tidak hadir ke aktiviti kokurikulum tiga kali berturut-turut
tanpa sebab tindakan akan dikenakan.
PERKARA 2 : PERHIMPUNAN SEKOLAH
2.1 Hari perhimpunan sekolah adalah acara rasmi sekolah. Kehadiran semua guru
dan murid adalah diwajibkan.
2.2 Apabila mendengar loceng isyarat perhimpunan, murid- murid hendaklah
segera ke tapak perhimpunan.
2.3 Berjalan ke tapak perhimpunan dengan tenang dan tidak bising dengan diiringi
oleh Pengawas bertugas.
2.4 Murid tidak dibenarkan membuat bising serta mendengarsegala pesanan dan
mematuhi arahan di perhimpunan.
2.5 Peraturan berbaris : murid yang rendah dihadapan dan murid yang tinggi
dibelakang.
2.6 Murid-murid yang sampai sesudah loceng berbunyi (lewat), dikehendaki terus
ke tempat perhimpunan dan beratur di barisan paling belakang di dataran
perhimpunan / dewan.
2.7 Murid mesti berdiri tegak (sedia) bila lagu Kebangsaan, Negeri dan sekolah
dinyanyikan.
2.8 Semasa berjalan masuk ke kelas, murid kekal dalam barisan kelas masing-
masing dan berjalan dalam suasana yang tenang dan tidak hingar-bingar.
PERKARA 3 : WAKTU REHAT
3.1 Murid hanya boleh keluar ke kantin untuk rehat sejurus sahaja loceng rehat
dibunyikan.
3.2 Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat
kecuali diarah oleh guru.
3.3 Waktu rehat murid ialah:
TAHAP WAKTU MULA WAKTU AKHIR
Tahap 1 9.40 pagi 10.00 pagi
Tahap 2 10.00 pagi 10.20 pagi
Kelas PPKI 9.00 pagi 9.30 pagi
12 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 4 : KEBENARAN KELUAR-MASUK KELAS
4.1 Keluar kelas perlu ada PAS KELUAR / VEST KE TANDAS, tanpa pas dianggap tanpa
kebenaran.
4.2 Keluar kelas ke tandas atau sebarang urusan, murid mesti mendapat kebenaran
guru (sedang mengajar).
4.3 Murid perempuan digalakkan bergerak berdua untuk keselamatan.
PERKARA 5 : BUKU KAWALAN KELAS
5.1 Untuk merekod kehadiran murid dan guru yang masuk setiap waktu PdPc dan
ditulis setiap hari persekolahan.
5.2 Ketua Kelas akan membawa naik buku ini, dan guru waktu terakhir hendaklah
memastikan buku ini dihantar semula ke pejabat.
5.3 Guru yang masuk ke kelas pada waktu pertama pula akan merekod kehadiran
murid pada hari tersebut.
5.4 Guru Mata Pelajaran boleh merekod salah laku murid yang selalu
menimbulkan ‘masalah’.di dalam kelas.
PERKARA 6 : PAKAIAN DAN RAMBUT
6.1 PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
6.1.1 Seluar panjang berwarna biru gelap.
6.1.2 Ukuran seluar hendaklah berfesyen sederhana. tidak dibenarkan memakai
seluar yang sempit, terlalu kecil kakinya atau jenis bell bottom/baggy,
terlalu singkat (melepasi buku lali) atau terlalu labuh.
6.1.3 Baju kemeja sekolah berwarna putih, berlengan pendek atau panjang,
berpoket satu sahaja di sebelah kiri, tidak berfesyen besar dan tidak terlalu
ketat. Sekiranya memakai baju kemeja lengan panjang tidak dibenarkan
melipat lengan baju tersebut. Baju dimasukkan ke dalam seluar.
6.1.4 Kasut kanvas hitam bertapak rata dan rendah tidak melebihi setengah inci
dipakai dengan stoking hitam berukuran sejengkal daripada buku lali.
6.1.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan
kehilangan kasut.
6.1.6 Tali pinggang hendaklah berwarna gelap yang kepalanya tidak besar dan
tidak berhias.
13 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
6.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN
6.2.1 Baju kurung sekolah berwarna putih, berlengan panjang. Tidak berfesyen,
tidak terlalu besar dan tidak terlalu ketat. Tidak dari jenis kain yang jarang.
6.2.2 Kain sarung warna biru gelap, tidak terlalu singkat (melepasi buku lali) dan
tidak terlalu labuh sehingga menyapu lantai.
6.2.3 Bertudung putih dan anak tudung berwarna putih sahaja.
6.2.4 Kasut kanvas hitam penuh bertapak rata dan rendah tidak melebihi
setengah inci dipakai dengan stokin hitam berukuran sejengkal daripada
buku lali.
6.2.5 Murid dinasihatkan agar menanda kasut masing-masing bagi mengelakkan
kehilangan kasut.
6.2.6 Dilarang memakai alat-alat solek dan barang-barang kemas ke sekolah.
BALQIS NAMA
6.3 PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH
6.3.1 Lelaki
Baju p u t i h l e n g a n p a n j a n g d a n seluar panjang berwarna
biru gelap dan tali leher berlambang sekolah serta vest. Kasut kanvas
hitam dan sarung kaki hitam.
6.3.2 Perempuan
Baju kurung dan tudung putih, vest serta Kasut kanvas hitam dan sarung
kaki hitam.
14 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
6.4 PAKAIAN PENDIDIKAN JASMANI
6.4.1 Murid dikehendaki memakai baju t-shirt dan seluar trek Pendidikan
Jasmani yang mempunyai logo dan nama sekolah sahaja yang dibeli di
kedai buku sekolah.
6.4.2 T-shirt putih lengan pendek atau panjang sementara sahaja dibenarkan
sebelum memdapat t-shirt berlogo sekolah.
6.4.3 Murid dilarang memakai uniform semasa pelajaran Pendidikan Jasmani.
6.4.4 Murid digalakkan menampal tanda nama di baju t-shirt sekolah.
PERKARA 7 : LENCANA DAN TANDA NAMA
7.1 Murid-murid dimestikan memakai lencana sekolah dan tanda nama (name tag)
samada pada hari-hari persekolahan biasaatau semasa menyertai aktiviti lawatan
kokurikulum.
15 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 8 : RAMBUT
8.1 Murid lelaki ditegah berambut panjang, rambut pelajar lelaki mestilah sentiasa
pendek iaitu :
8.2 Murid tidak dibenarkan mewarna rambut dan mengenakan fesyen-fesyen
tertentu.
8.3 Murid lelaki disyorkan berambut pendek corak kelasi (crew cut) seperti yang
diarah dalam Surat Pekeliling Ikhtisas bil 2/1976 .
8.4 Rambut murid perempuan yang melebihi paras bahu hendaklah didandan atau
diikat dengan kemas menggunakan riben warna putih atau biru tua.
8.5 Rambut hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
PERKARA 9 : KEBERSIHAN DIRI DAN PERHIASAN
9.1 Kuku hendaklah sentiasa pendek dan bersih. Cat kuku dan inai dilarang sama
sekali.
9.2 Sebarang alat solek termasuk celak adalah dilarang.
9.3 Murid dilarang memakai barang-barang kemas seperti cincin, gelang, rantai
leher dan rantai kaki.
9.4 Murid tidak dibenarkan “berkaca mata gelap” (sun glass).
9.5 Murid dilarang memakai contact lens, selipar, terompah, seluar corak bewarna-
warni,pakaian jeans dan pakaian tidak menutup aurat semasa ke sekolah.
9.6 Setiap murid dikehendaki berpakaian lengkap, bersih dan kemas, mematuhi
peraturan-peraturan, dan cara memakai yang ditetapkan semasa berada
dikawasan sekolah.
16 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 10 : KESELAMATAN
10.1 KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
10.1.1 Murid tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah tanpa
kebenaran.
10.1.2 Murid yang perlu pulang semasa pembelajaran dijalankan atas sebab
yang mustahak mesti mendapat kebenaran bertulis Guru
Besar/Penolong Kanan dan mencatat nama dalam BUKU KELUAR
KAWASAN SEKOLAH serta diiringi penjaga.
10.1.3 Murid yang memerlukan rawatan doktor hendaklah mendapat
BORANG RAWATAN dan ditandatangani oleh Guru Besar/Penolong
Kanan.
10.1.4 Murid tidak dibenarkan bercakap dengan orang luar atau pelawat
termasuk ibubapa semasa waktu belajar kecuali dengan kebenaran
Guru Besar / Penolong Kanan.
10.1.5 Jika terdapat orang luar yang mencurigakan di dalam Kawasan sekolah,
hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Guru Besar / Penolong
Kanan/Guru Bertugas.
10.1.6 Sebarang kemalangan yang berlaku di dalam Kawasan sekolah
mestilah diberitahu kepada Guru Bertugas/Guru Pengawas.
10.1.7 Murid perempuan tidak dibenarkan berada di tempat sunyi
berseorangan.
PERKARA 11 : KENDERAAN
11.1 Basikal yang digunakan mesti dalam keadaan lengkap dengan loceng, lampu,
tongkat, brek dan kunci.
11.2 Ketika di sekolah semua basikal mestilah diletakkan dengan teratur di tempat
yang disediakan dan hendaklah berkunci.
10.2 Murid di larang berkumpul di tempat basikal pada sebarang masa.
10.3 Semua basikal dilarang diletakkan/disimpan di luar Kawasan sekolah. Sekolah
tidak bertanggungjawab jika berlaku sesuatu kehilangan dan sebagainya.
10.4 Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah.
17 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 12 : PERJALANAN LALU LINTAS
12.1 Semua murid dikehendaki mematuhi undang-undang keselamatan jalanraya
dan peraturan-peraturan perjalanan dalam kawasan sekolah.
12.2 Murid mesti berjalan dalam barisan di tempat khas untuk pejalan kaki.
12.3 Murid yang menggunakan bas hendaklah berbaris dan tidak berebut-rebut
semasa menaiki dan menuruni bas serta menjaga kelakuan semasa di dalam bas.
12.4 Murid yang datang dengan kereta/motor/bas dilarang berhenti depan pagar
sekolah atau menghalang jalan masuk/keluar ke kawasan sekolah. Murid perlu
ikut laluan berhentikan kederaan yang telah ditetapkan.
12.5 Murid yang melintas jalanraya hendaklah ditemani ibu bapa / penjaga bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan.
PERKARA 13 : BARANG-BARANG LARANGAN DAN KEHILANGAN
BARANG
13.1 Barang-barang larangan adalah DILARANG dibawa ke kawasan sekolah iaitu :
1) Membawa,mengedar atau menghisap ROKOK (SPI 4/1997), VAPE atau
sebarang jenis inhalan di sekolah (Rujuk SPI 8/1986)
2) Radio walkman, MP4, discman dan sebarang jenis mainan.
3) Telefon bimbit termasuk charger, SIM card, kamera dan lain- lain alat
aksesori berkaitan. (Rujuk SPI 2/2009)
4) Rokok/ mancis/pemetik api.
5) Gula-gula getah (chewing gum )
6) Minuman keras.
7) Barang kemas dan sebarang bentuk perhiasan termasuk pin baju.
8) Buku/majalah/risalah/gambar/CD/VCD berunsur lucah.
9) Benda-benda tajam dan berbahaya.
10) Makanan ‘junk food’
11) Barang-barang lain yang disifatkan oleh Guru Besar tidak perlu dan
membahayakan keselamatan pelajar.
13.2 Barang-barang larangan yang dirampas oleh pihak sekolah TIDAK dipulangkan
kepada pelajar.
13.4 Murid-murid yang membawa telefon bimbit di kawasan sekolah akan diambil
tindakan disiplin. Guru akan mengambil dan
18 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
menyimpan telefon tersebut serta memaklumkan tindakan tersebut kepada
ibubapa /penjaga. (Rujuk SPI 2/2009)
13.5 Murid yang kehilangan barang hendaklah melaporkan kepada Guru
Kelas/Guru Bertugas/Penolong Kanan HEM.
13.6 Murid yang menjumpai barang-barang dimana sahaja di dalam Kawasan
sekolah, hendaklah menyerahkannya kepada mana- mana guru/Guru Bertugas
/ Pengawas/Penolong Kanan HEM. Adalah menjadi kesalahan kepada murid
yang menyimpan barang yang dijumpai tanpa kebenaran.
13.7 Murid tidak digalakkan membawa wang yang banyak ke sekolah serta
menggunakan alat-alat yang mahal harganya.
PERKARA 14 : KESELAMATAN DALAM KAWASAN SEKOLAH
14.1 Tingkahlaku sopan dan berbudi bahasa.
14.2 Menghormati guru, pengawas dan murid/kawan.
14.3 Tidak menganggu pengajaran dan pembelajaran.
14.4 Tidak berkelakuan membahayakan diri dan kawan.
14.5 Tidak ponteng kelas, sekolah, perhimpunan,kelas tambahan, kegiatan
kokurikulum atau lain-lain aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
14.6 Di larang datang terlalu awal pagi ke sekolah dan tidak berkeliaran di kawasan
sekolah.
14.7 Tidak makan di luar waktu rehat yang ditetapkan dan sentiasa menghargai
kepentingan masa.
PERKARA 15 : TINGKAHLAKU MUSNAH DAN JENAYAH
15.1 Tidak merosakkan harta benda sekolah, guru-guru, kantin dan kawan-
kawan.
15.2 Dilarang mencederakan guru/pengawas atau murid lain.
15.3 Dilarang menganggotai kumpulan haram,memeras ugut,
mencabul kehormatan.
15.4 Dilarang menunjuk perasan/menganggu ketenteraman
sekolah.
15.5 Dilarang membawa benda berunsur lucah dan tidak bermoral.
15.6 Tidak menjudi/bertaruh,mencuri,melawan/mengancam/memukul.
19 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 16 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
16.1 Murid tidak dibenarkan menganjurkan lawatan sendiri atau kumpulan atas
nama sekolah.
16.2 Hendahlah mendapat surat izin waris dan memakai pakaian seragam sekolah
ketika lawatan.
16.3 Hendaklah menjaga tingkahlaku dan peraturan lawatan yang ditetapkan oleh
guru pengiring.
PERKARA 17 : TATATERTIB
17.1 KAWASAN SEKOLAH
17.1.1 Murid adalah diwajibkan berada di dalam kawasan sekolah pada
waktu persekolahan.
17.1.2 Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelaspada sebarang
waktu kecuali waktu kecemasan dan mendapat kebenaran guru.
Murid yang dibenarkan keluar mestilah memakai “PAS KELUAR”/
VEST KELUAR KELAS.
17.1.3 Sewaktu pembelajaran sedang berjalan murid-murid tidak
dibenarkan meninggalkan kelas kecuali mendapat kebenaran guru.
17.1.4 Tiada seorang pun dibenarkan berada di luar kelas pada waktu
belajar dengan tugas-tugas yang lain selain dari belajar. Dalam masa
belajar, murid-murid tidak dibenarkan mengadakan mesyuarat,
menjalankan kegiatan persatuan, membawa surat-surat
pengumuman atau tugas-tugas lain yang tidakpenting.
17.1.5 Murid-murid yang hendak meninggalkan kelas dengan sebab-sebab
tertentu hendaklah mendapatkebenaran dari guru kelas.
17.1.6 Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kelas semasa pertukaran
waktu umpamanya ke tandas atau lainnya. Setiap ketua kelas
bertanggungjawab mengawal kelas sehingga guru tiba untuk
mengajar.
17.1.7 Sekiranya murid sakit dan hendak berehat di bilik rawatan, murid
berkenaan hendaklah mendapatkan kebenaran dari guru kelas
dengan mengisi borang daftar sakit. Maklumat tersebut mesti
diserahkan kepada guru bertugas mingguan.
17.1.8 Sekiranya murid hendak meninggalkan sekolah atas sebab-sebab
tertentu, murid hendaklah mendapatkan kebenaran bertulis dari
Guru Besar, Penolong Kanan atau Guru kelas dengan mengisi
borang Daftar Keluar Murid.
20 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
17.2 KELAS Murid di dalam sesebuah kelas bertanggungjawab akan keselamatan
17.2.1 harta benda sekolah di dalam bilik darjah masing-masing. Sebarang
kerosakan yang disebabkan oleh murid samada disengajakan atau
17.2.2 tidak, murid kelas berkenaan wajib bertanggungjawab.
Semua murid di dalam kelas bertanggungjawab tentang
17.2.3 kesempurnaan bilik darjah dari segi lantai, dinding, tingkap, lampu,
kerusi, meja dan sebagainya. Bilik darjah hendaklah sentiasa dalam
17.2.4 keadaan bersih, kemas dan ceria.
Semasa ketiadaan guru dalam bilik darjah, ketua kelas, penolong
17.2.5 dan pengawas kelas berkenaan bertanggungjawab menjaga
17.2.6 ketenteraman bilik darjah dan hendaklah mencari guru yang
sepatutnya mengajar pada waktu tersebut.
Keluar kelas mesti dengan kebenaran guru atau ketua kelas atau
penolong ketua kelas. Hanya dua orang pelajar (seorang lelaki dan
seorang perempuan) dibenarkan keluar untuk satu-satu masa dan
diwajibkan memakai Pas / VEST Kebenaran Keluar Kelas. Murid
perempuan digalakan bergerak berdua untuk keselamatan.
Setiap murid hendaklah meminta izin guru sebelum masuk atau
keluar jika guru berada di dalam kelas.
Murid tidak dibenarkan berada di dalam bilik darjah pada masa
rehat.
17.3 PUSAT SUMBER/ MAKMAL KOMPUTER/ SURAU/ BENGKEL RBT / BILIK SAINS /
BILIK-BILIK KHAS
17.3.1 Semua murid hendaklah beratur dan berjalan dalam keadaan
tenang ketika ke pusat sumber, makmal komputer, bengkel dan
bilik-bilik khas yang lain. Tidak dibenarkan singgah dimana-mana
ketika dalam perjalanan itu. Murid tidak dibenarkan masuk ke bilik
tersebut selagi guru tiada di dalamnya.
17.3.2 Murid adalah bertanggungjawab akan keselamatan harta benda
sekolah di dalam pusat sumber/makmal komputer/ruang
solat/bengkel. Sebarang kerosakan yang disebabkan oleh murid
samada disengajakan atau tidak, murid kelas berkenaan wajib
bertanggungjawab.
21 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
17.4 TANDAS
17.4.1 Murid wajib memastikan tandas dalam keadaan bersih sebelum
dan selepas digunakan.
17.4.2 Murid yang memakai “PAS / VEST KELUAR” sahaja dibenarkan
berada di tandas kecuali pada waktu rehat.
17.4.3 Murid tidak dibenarkan bermain-main di tandas.
17.4.4 Murid yang ingkar dalam menjaga kebersihan tandas dan tidak
mengikut tatacara penggunaan tandas yang betul akan dikenakan
tindakan disiplin.
17.5 KANTIN
17.5.1 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman di
luar kawasan sekolah semasa sesi persekolahan walaupun waktu
rehat.
17.5.2 Murid-murid hendaklah beratur dengan senyap dan tidak berebut -
rebut semasa membeli makanan dan minuman di kantin sekolah.
17.5.3 Murid dibenarkan berada di kawasan kantin hanya pada waktu
rehat sahaja.
17.5.4 Murid wajib memastikan kantin sentiasa berada dalam keadaan
bersih sebelum dan selepas digunakan.
17.5.5 Murid diwajibkan mengikuti segala peraturan kantin.
17.5.6 Peraturan kantin :
• Beratur semasa membeli makanan.
• Jangan berebut ketika membeli makanan.
• Amalkan sikap bersopan-santun dan beradab
ketika membeli makanan.
• Selepas membeli makanan, duduk ditempat yang disediakan.
• Basuh tangan sebelum dan selepas makan.
• Membaca doa sebelum dan selepas makan.
• Makanlah dengan sopan dan elakkan pembaziran.
• Letakkan bekas makanan dan minuman yang telah digunakan
ke dalam besen yang disediakan.
• Pastikan semua sampah dibuang ke dalam tong sampah. Air
minuman dan ais yang tidak habis dibuan ke dalam sinki
dahulu.
• Lap meja dengan bersih selepas makan.
• Sila guna dengan cermat segala kemudahan yang ada di
kantin.
• Jimatkan penggunaan air.
• Dilarang membeli makanan kecuali pada waktu pagi, rehat
dan balik sahaja.
22 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 18 : KAWASAN-KAWASAN LARANGAN
18.1 Semua murid DILARANG berada di tempat-tempat berikut kecuali
dengan dengan kebenaran guru/pihak berkuasa sekolah.
• Bilik-bilik darjah, stor sukan, bilik khas, makmal dan pondok
keselamatan sebelum waktu persekolahan, semasa rehat dan selepas
waktu balik.
• Pejabat sekolah, bilik guru serta kawasan sekitarnya.
• Tandas guru dan sekitarnya.
• Tandas murid lelaki bagi pelajar perempuan dan tandas pelajar
perempuan bagi murid lelaki.
• Kawasan letak kereta guru.
• Kantin sekolah jika bukan waktu rehat.
• Dewan sekolah
• Lain-lain tempat yang diumumkan dari masa ke semasa.
PERKARA 19 : LATIHAN KEBAKARAN DAN KECEMASAN
19.1 Sesiapa setelah ternampak kebakaran hendaklah tanpa ragu- ragu
membunyikan loceng isyarat (Penggera kebakaran) atau fire alarm yang
berhampiran.
19.2 Sekiranya loceng penggera kebakaran dibunyikan hal ini bermaksud amaran
bahawa / kejadian kecemasan / kebakaran berlaku dalam bangunan itu.
19.3 Apabila loceng isyarat dibunyikan (masa berdering adalah lama), murid-
murid hendaklah segera beratur dalam satu barisan dengan serta merta,
kemudian meninggalkan bilik darjah mengikut laluan atau tangga yang telah
ditetapkan bersama-sama dengan guru mengajar pada masa itu.
19.4 Murid-murid mestilah berjalan dengan senyap dan pantas tanpa terburu-
buru berlari dan tanpa potong-memotong sehingga sampai ke tapak
perhimpunan atau padang / kawasan lapang yang telah ditetapkan.
19.5 Murid-murid yang berada ditempat lain (bilik-bilik khas) juga hendaklah
segera meninggalkan tempat itu dan menuju ke laluan yang paling hampir.
19.6 Berkumpul (barisan duduk) mengikut kelas yang telah ditetapkan. Ketua
kelas hendaklan memastikan bilangan murid dan memaklumkan kepada
guru kelas dengan segera jika jumlah murid tidak mencukupi.
19.7 Guru kelas hendaklah membawa buku kedatangan kelas masing-masing dan
membuat bancian serta melaporkan
23 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
19.8 dengan segera kepada guru bertugas atau pihak pentadbiran jika ada
19.9 kehilangan pelajar.
Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Rendah (atau guru yang berada dalam
19.10 pejabat) hendaklah mengambil semua buku kedatangan pelajar (jika ada)
19.11 Patuhi segala arahan semasa berada di tempat berkumpul atau sentiasa
berada dalam tertib/duduk berbaris. Jangan bergerak sehingga
dimaklumkan.
Guru-guru hendaklah mengawal segala pergerakan pelajar untuk
menghindarkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Tidak dibenarkan sesiapa pun meninggalkan perhimpunan tanpa kebenaran
Guru Bertugas.
PERKARA 20 : LANTIKAN PEMIMPIN KECIL SEKOLAH
20.1 Perlantikan dan pemilihan pemimpin kecil sekolah akan dibuat oleh satu
Jawatankuasa Pemilih yang diketuai oleh Guru Besar.
20.2 Jawatankuasa Pemilih ini boleh menyingkirkan seseorang itu dari sebarang
jawatan pemimpin kecil sekolah yang dipegangnya sekiranya perlu dengan
sebab-sebab yang munasabah.
20.3 Jawatan yang diwatikahkan kepada Permimpin Kecil ini tidak bersifat hakiki.
Lantikan ini akan diperbaharui setiap tahun bergantung kepada kelayakkan
murid dan perlantikan akan dilakukan setelah dipersetujui oleh
Jawatankuasa Pemilih.
20.4 Kriteria-kriteria kelayakan:
• Prestasi akademik yang baik
• Akhlak dan sahsiah yang terpuji
• Sifat kepimpinan
• Penampilan diri yang kemas
• Aktif dalam kegiatan sekolah dan aktiviti kokurikulum
• Kehadiran ke sekolah yang memuaskan
20.5 Lain-lain kelayakan :
• Bertanggungjawab dengan sepenuhnya
• Berwibawa dan bekerjasama
• Rajin dan berusaha, sedia memberi perkhidmatan
• Jujur
• Menepati masa
20.6 Semasa menjalankan tugas, pemimpin-pemimpin kecil sekolah perlu
bersikap tegas dalam masa yang sama bersopan santun dengan semua
murid.
20.7 Pemimpin-pemimpin kecil sekolah tidak boleh bertindak sesuka hati diluar
batas undang-undang sekolah.
24 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
20.8 Sekiranya terdapat murid yang enggan mengikut arahan pemimpin kecil
sekolah atau melanggar peraturan, segera laporkan kepada guru.
20.9 Berikut adalah jawatan-jawatan bagi pemimpin kecil sekolah :
• Pengawas Sekolah
• Pengawas Pusat Sumber (PSS)
• Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
• Ketua Kelas
• Penolong Ketua Kelas
20.10 Peraturan-Peraturan Pelajaran(Disiplin Sekolah)1959.Peraturan 6.
Guru Besar sesebuah sekolah boleh dari masa ke semasa, tertakluk kepada
apa-apa syarat dan hal yang ditakrifkannya patut, mewakilkan kuasa disiplin
sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu
atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu, tetapi
kecuali yang disebut di atas, tiada seorang pun guru atau murid boleh
menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan nyata dari Guru Besar dalam
sesuatu hal yang tertentu.
20.11 Pemimpin Kecil Sekolah yang terlibat dengan salahlaku disiplin yang serius
akan digugurkan dan hilang kelayakkan memegang jawatan yang disandang.
21.1 PERKARA 21 : LEMBAGA PENGAWAS
21.2 Lembaga Pengawas adalah di bawah jagaan Guru Pengawas dan Guru
21.3 Disiplin. Lembaga Pengawas bertanggungjawab dan berfungsi sebagai mata
21.4 dan telinga pihak pentadbiran sekolah untuk mengekalkan disiplin yang
21.5 baik.
21.6 Lembaga Pengawas berfungsi bagi melaksanakan peraturan- peraturan
disiplin dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid lain
dalam segala bidang.
Pengawas sebagai pemimpin kecil di kalangan murid dan menjadi
penghubung diantara murid dengan pihak pentadbir sekolah serta
membantu guru-guru atau pihak sekolah dalam hal yang tertentu.
Bertanggungjawab memastikan pelajar mematuhi peraturan sekolah dan
hendaklah melaporkan kepada Guru Pengawas atau Guru Disiplin sebarang
kejadian yang melanggar peraturan sekolah.
Pengawas berhak menegur, melapor dan mencatat kesalahan pelajar tetapi
tidak boleh mengenakan sebarang hukuman kepada pelajar.
Pengawas-pengawas yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan
tindakan tatatertib.
25 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 22 : LAWATAN /PELAWAT/IBUBAPA
22.1 Murid-murid dikehendaki menghormati dan memberi salam kepada mana-
mana pelawat yang hadir ke sekolah ini.
22.2 Semua pelawat termasuk ibu bapa/penjaga perlu berjumpa dengan Guru
Besar terlebih dahulu untuk mendapatkan kebenaran. Pelawat tidak
dibenarkan pergi sendiri ke kelas atau ke bilik guru untuk berjumpa dengan
murid atau guru.
22.3 Perjumpaan pelawat dengan murid dan guru hanya dilakukan di tempat yang
dikhaskan oleh pihak sekolah sahaja.
22.4 Segera membuat laporan kepada guru-guru jika disyaki atau melihat individu-
individu yang mencurigakan masuk ke kawasan sekolah.
PERKARA 23 : KEMALANGAN
23.1 DALAM KAWASAN SEKOLAH
23.1 Pelajar hendaklah melaporkan segera pada Guru Bertugas.
23.2 Pelajar yang cedera mesti dapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalan.
23.3 Sekiranya kemalangan serius, guru bertugas akan melaporkan
kepada ibubapa/penjaga pelajar untuk dibawa ke Klinik.
23.2 DI LUAR KAWASAN SEKOLAH
23.2.1 Pelajar hendaklah mendapatkan rawatan kecemasan mengikut
keadaan kemalangan.
23.2.2 Ibubapa/penjaga segera laporkan kepada pihak sekolah dengan
dokumen yang lengkap untuk urusan tuntutan insuran.
PERKARA 24 : KEGIATAN LUAR
24.1 Murid-murid dilarang menyertai atau melibatkan diri dalam kegiatan luar yang
tiada kaitan dengan aktiviti sekolah kecuali dengan kebenaran bertulis daripada
guru/ibubapa/penjaga.
24.2 Murid-murid adalah dilarang keras melibatkan diri secara langsung atau tidak
langsung dalam sebarang pertubuhan haram atau kongsi gelap.
26 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 25 : PEPERIKSAAN
25.1 Murid hendaklah hadir ke sekolah untuk menduduki sebarang peperiksaan
mengikut jadual waktu peperiksaan yang telah ditetapkan.
25.2 Murid yang tidak hadir pada hari peperiksaan tanpa alasan yang munasabah
dikira TIDAK HADIR dan tidak dibenarkan untuk mengulang semula kertas
peperiksaan tersebut.
25.3 Murid dilarang meniru waktu peperiksaan/ujian dan ketidakhadiran tanpa
sebab boleh dianggap gagal dalam matapelajaran yang tidak diambilnya.
PERKARA 26: BAYARAN TAMBAHAN
26.1 Semua murid dikehendaki menjelaskan bayaran tambahan sekolah yang
diluluskan Jabatan Pelajaran Perak kepada guru kelas.
26.2 Derma untuk PIBG bagi satu keluarga ditetapkan pada jumlah RM50.00 dan
sebarang perubahan akan diberitahu dari masa ke semasa.
26.3 Resit bayaran rasmi atau sementara bagi menandakan bayaran telah dibuat
hendaklah disimpan sebagai bukti semasa membuat bantahan atau bila-bila
masa dikehendaki.
PERKARA 27 : SAKIT DAN PENYAKIT BERJANGKIT
27.1 Murid-murid yang sakit/cedera hendaklah segera memberitahu Guru Kelas atau
Guru Bertugas.
27.2 Murid-murid yang menghidap penyakit berjangkit mesti berada di rumah
sehingga sembuh.
27.3 Murid yang sakit di kawasan sekolah mestilah berada di bilik rawatan dan
mestilah mendapat kebenaran dari pihak sekolah.
27.4 Murid-murid yang uzur ( kurang sihat ) dan tidak boleh mengikuti Pelajaran
Pendidikan Jasmani dikehendaki berada di lapangan Pendidikan Jasmani juga.
Tidak dibenarkan berada di dalam kelas.
27.5 Murid-murid yang kurang sihat tidak sepatutnya hadir ke sekolah kerana
mereka tidak berupaya mengikuti pembelajaran seperti biasa.Ibubapa/Penjaga
seharusnya membawa anak-anak mendapatkan rawatan terlebih dahulu.
27 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 28 : RAWATAN ATAU CUTI SAKIT
28.1 Pelajar yang hendak ke hospital/klinik hendaklah mendapat kebenaran Guru
Besar atau Guru Penolong Kanan atau Guru Bertugas dengan mengisi borang
rawatan. Murid-murid yang hendak ke rumah sakit mesti dengan ibubapa /
penjaga
28.2 Pelajar yang mendapat cuti dibenarkan pulang ke rumah..
28.3 Sekiranya pelajar tidak memerlukan rawatan dan hanya perlu berehat, pelajar
dibenarkan berehat di bilik yang sesuai dengan kebenaran guru bertugas dan
dicatatkan dalam buku kawalan kelas.
28.4 Pelajar yang sakit hanya dibenarkan pulang dengan dijemput oleh
ibubapa/penjaga.
PERKARA 29 : ALATAN SUKAN
29.1 Mengambil atau menggunakan peralatan Pendidikan
Jasmani/Permainan/Sukan mestilah mendapat kebenaran guru dan tidak
dibenarkan murid mengambilnya sendiri.
29.2 Semua peralatan sekolah yang digunakan hendaklah dijaga dengan baik
29.3 Murid-murid dilarang keras mencuri peralatan sukan dan pendidikan jasmani.
29.4 Alatan yang rosak atau hilang semasa digunakan adalah menjadi tanggungjawab
kepada murid yang berkenaan.
29.5 Murid perlu menyimpan semula peralatan sukan yang telah digunakan ke dalam
stor sukan dalam keadaan baik dan teratur.
PERKARA 30 : HARTA BENDA SEKOLAH
30.1 Usaha menjaga harta sekolah adalah tanggungjawab bersama. Semua pihak
hendaklah menggunakan dan menjaga setiap kemudahan yang disediakan di
sekolah dengan sebaik-baiknya, dalam masa yang sama bekerjasama
membenteras perbuatan memusnahkan harta benda sekolah.
30.2 Jika sesuatu harta benda sekolah dirosakkan sama ada sengaja/tidak sengaja,
murid/kumpulan murid terlibat dikehendaki mengganti/membayar harga barang
tersebut.
28 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 31 : SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
Peraturan Penggunaan Buku Teks perlu diberi perhatian serius dan dipatuhi oleh
pelajar yang meminjam buku teks.
31.1 Semua Buku teks yang dipinjam oleh pelajar adalah hak kerajaan.
31.2 Pihak sekolah akan mengeluarkan dan membahagikan buku teks kepada pelajar
yang layak menerimanya berdasarkan syarat- syarat yang ditetapkan oleh SPBT
31.3 KPM.
Pihak sekolah berhak menarik balik buku-buku Teks SPBT dari pelajar jika :
31.4
31.5 a) Berhenti atau tamat sekolah
31.6 b) Pihak sekolah mendapati pelajar tersebut tidak layak
c) Pelajar didapati cuai menjaga buku teks SPBT.
31.7 Menjadi tanggungjawab murid menjaga kebersihan dan keselamatan buku
31.8 tersebut.
31.9 Murid diwajibkan menulis nama di bahagian belakang buku teks dan
31.10 menyampul/membalutnya dengan plastik pembalut buku jernih.
31.11 Murid dilarang menulis sebarang catatan atau melukis
/menconteng/mengotorkan buku teks kecuali menulis nama dan kelas di
31.12 ruangan yang disediakan.
Pindaan hakmilik yang telah ditetapkan dilarang kecuali mendapat kebenaran
guru SPBT.
Murid dilarang meninggalkan buku teks di dalam kelas atau dimana-mana
tempat lain.
Buku Teks yang hilang hendaklah dilaporkan dengan segera guru kelas atau guru
SPBT untuk tindakan selanjutnya.
Pelajar yang terjumpa buku teks SPBT hendaklah mengembalikan kepada
pelajar berkenaan atau Guru SPBT.
Pelajar yang tidak memulangkan dan telah merosakkan buku teks mestilah
membayar gantirugi mengikut nilai buku dalam tempoh yang ditetapkan. Pihak
sekolah berhak menuntut daripada ibubapa/penjaga. Dan pelajar tersebut tidak
akan dipertimbangkan untuk pinjaman tahun berikutnya.
Murid yang berpindah masuk atau keluar hendaklah membawa bersama buku
Teks tersebut.
PERKARA 32 : PERATURAN KHAS
32.1 Ibu bapa/penjaga yang bercadang untuk menukar persekolahan murid-murid,
perlu memaklumkan pihak sekolah sebelum mengambil sebarang tindakan.
32.2 Murid-murid hendaklah menyerahkan sebarang dokumen rasmi sekolah seperti
surat, resit, kad ujian, dan seumpamanya kepada
29 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
ibubapa/penjaga apabila diarahkan berbuat demikian oleh pihak sekolah.
32.3 Ibu bapa/penjaga yang menghantar anaknya ke sekolah dengan menggunakan
kenderaan tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Mereka boleh
menurunkan anak-anak di hadapan pondok pengawal keselamatan sahaja.
PERKARA 33 : BUDI PEKERTI / TINGKAHLAKU / KELAKUAN
YANG PATUT DIAMALKAN
33.1 Murid-murid hendaklah sentiasa mematuhi segala arahan
/pesanan/nasihat dan amanah yang diberikan oleh guru.
33.2 Murid-murid hendaklah sentiasa menunjukkan perilaku yang baik di sekolah dan
di luar sekolah.
33.3 Bersopan santun semasa bercakap/berbicara dengan guru, kakitangan sekolah,
pekerja-pekerja sekolah, pelawat-pelawat yang datang ke sekolah dan kawan-
kawan iaitu memulakan perbualan dengan ucapan salam hormat.
33.4 Sentiasa berhasrat ingin menjaga nama baik sekolah.
33.5 Murid-murid hendaklah mengelakkan diri dari merahsiakan/bersubahat
sebarang kegiatan jahat yang mereka lihat/ketahui di kawasan sekolah.
PERKARA 34 : KHIDMAT NASIHAT
34.1 Mana-mana murid yang mempunyai masalah boleh pada bila-bila masa berjumpa
dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling/Kaunselor untuk mendapatkan bantuan
khidmat nasihat.
34.2 Murid-murid boleh membuat janji temu dengan kaunselor sama ada pada waktu
persekolahan ataupun semasa luar waktu persekolahan. Jika murid perlu
berjumpa kaunselor semasa waktu persekolahan murid perlu meminta izin dari
guru yang mengajar pada waktu tersebut.
PERKARA 35 : MAKLUMAN UMUM
35.1 Segala peraturan di atas adalah tertakluk kepada penyesuaian masa/keadaan
yang diputuskan oleh Lembaga Tatatertib sekolah atau atas nasihat Guru Besar.
35.2 Selain wajib mematuhi peraturan-peraturan di dalam buku peraturan ini murid-
murid wajib akur kepada peraturan lain yang digubal oleh pihak sekolah yang
tidak tercatat di dalam buku ini.
30 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
35.3 Murid-murid juga dikehendaki mematuhi arahan- arahan/peraturan-peraturan
dari masa ke semasa yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.
35.4 Murid-murid sebagai manusia yang Allah kurniakan akal fikiran hendaklah
memahami bahawa hidup ini penuh dengan peraturan walau di mana jua kita
berada.
35.5 Justeru itu semua murid mestilah mematuhi dan menghormati peraturan sekolah
yang telah ditetapkan pada bila-bila masa selagi menjadi murid di SK Taman
Impian.
PERKARA 36 : JENIS-JENIS KESALAHAN DISIPLIN
36.1 Terdapat tiga kategori kesalahan iaitu kesalahan ringan, kesalahan sederhana
dan kesalahan berat :
i) Kesalahan ringan menggunakan kod R
ii) Kesalahan sederhana menggunakan kod S
iii)Kesalahan berat menggunakan kod B
36.2 Ianya dapat dibahagikan kepada LIMA bahagian yang utama iaitu:
i. Tingkahlaku Jenayah
ii. Tingkahlaku Lucah
iii. Tingkahlaku Anti-Sosial
iv. Tingkahlaku Tidak Jujur dan
v. Tingkahlaku Tidak sopan
PERKARA 37 : HUKUMAN
37.1 Hukuman yang dikenakan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan utama,
berdasarkan kepada jenis dan beratnya salahlaku tersebut :
i. Tindakan menghukum
ii. Tindakan pencegahan
iii. Tindakan polis
37.2 Jenis hukuman yang akan dilaksanakan adalah :
• Amaran
• Denda
• Penahanan dalam kelas
• Hukuman Rotan
• Gantung Persekolahan
• Buang daripada sekolah
31 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
37.3 Tujuan utama menghukum murid adalah untuk mencegah berlakunya salahlaku
dari perbuatan melanggar disiplin.
37.4 Dalam memutuskan hukuman yang paling sesuai atau patut dikenakan,Guru
Besar/Guru Disiplin akan menimbangkan keperluan mengenakan satu hukuman
yang boleh memberi kesan mencegah bukan sahaja kepada mereka yang
berkemungkinan melakukan kesalahan yang serupa, bahkan juga kepada yang
melakukan salahlaku itu sendiri supaya mereka tidak mengulangi salahlaku itu.
Satu sistem hukuman bersifat mencegah bergantung kepada beratnya hukuman
itu.
32 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
PERKARA 38 : JENIS KESALAHAN, HUKUMAN DAN PUNCA KUASA
38. 1 Kesalahan Berat
33 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
34 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
38.2 Kesalahan Sederhana
35 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
38.3 Kesalahan Ringan
36 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
BORANG PENGAKUAN
GURU BESAR,
SK. TAMAN IMPIAN,
14000 BUKIT MERTAJAM,
PULAU PINANG.
BUKU PANDUAN PERATURAN SEKOLAH
1. Saya telah memiliki sebuah buku tersebut untuk menjadi rujukan dan panduan saya
sendiri.
2. Saya faham segala isi kandungannya dan berjanji akan mematuhi sepenuhnya
segala yang disuruh dan menjauhi sepenuhnya segala yang dilarang.
3. Saya sedar, bahawa saya akan dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak sekolah
jika saya melanggar disiplin sekolah ini dan saya rela menerima hukuman yang
setimpal dan tidak akan membuat rayuan.
Tanda tangan Pelajar :
__________________________
Nama :
( _____________________________________ )
Saya sebagai Ibubapa/Penjaga maklum akan perkara yang tersebut di atas.
Tanda tangan Ibu bapa/Penjaga : Nama
_________________________________
( ___________________________
37 | P a g e
SKTI/ EDISI KE 2 / 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN
TAMAN IMPIAN
TEL : 04 5871620
FAKS : 04 587 1659
E-MEL : [email protected]
40 | P a g e
SKTI/EDISI 2/ 2022