The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asneza812, 2021-07-10 22:08:06

MINIT KURIKULUM BIL 2/2021

Minit Kurikulum 2 2021

SEKOLAH KEBANGSAN DATUK KELANA, JALAN PAHANG, TAPAH
MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM BIL 2/2021

Tarikh : 30 Jun 2021
Masa : 3.00 Petang
Tempat : Online

Hadir:

1. Zamri b Abdul Rani Pengerusi
2. Mohd Shah b Md Nor Setiausaha
3. Anita bt Mohamed Idris
4. Roba’ayah binti Mohd Ali
5. Azma binti Harun
6. Aida Hayati bt Osman
7. Anisah bt Abdullah
8. Che Din bin Mohamed
9. Fakaruddin Helmee bin Nomawi
10. Halijah bt Che Ahmad
11. Hanisah bt Muhamed
12. Hasliza bt Mohd Yunus
13. Imran b Hashim
14. Mardiana bt Mohd Salleh
15. Mohd Fadli b Zulkefli
16. Mohd Fariruddin b Othman
17. Mohd Yusrizal bin Abdullah
18. Muhaini bt Ahmad Maulana
19. Nesamalar a/p Easupatham Samuel
20. Nik Ahmad Haziki b Nik Mohd Saleh
21. Nor Azlidah bt Mat Sabilan
22. Nor Harliana Affzan bt Mokhtar
23. Noranita bt Elias
24. Norharliza bt Ahmad Shahar
25. Norhartini bt Saedin
26. Norizan bt Ahmad
27. Nur Atiqah bt Azahar
28. Nurazida bt Mohd Salleh
29. Nurul Aina bt Mohd Sabri
30. Osman b Hawari
31. Rafidah bt Abu Bakar
32. Shahrul Fadly b Jamari
33. Sharifah Nursyafiqah bt Said Md Hassan
34. Shamshul Azri b Mohammed Shaari
35. Siti Fatimah bt Jaikon@Masudi
36. Siti Ghoniah bt Ali
37. Siti Nurulhuda bt Mohd Fauzi
38. Sofiah b Mohd Amir
39. Suhaida bt Shahrom
40. Sujatha A/P Manickam
41. Syazwina bt Sahabuddin
42. Yusri b Kamarudin
43. Zulkiflie b Khusaini
44. Wan Asneza binti Wan Mohamed

1

Tidak Hadir cuti bersalin
1. Aina Syazwani bt Mohamed Sanusi Kelas Online (IPG)
2. Fajrul Nadhirah bt Shahabuddin Sakit
3. Sazimah bt Hamid

Agenda:
1 Ucapan pengerusi
2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum
Bil 1/2021
3 Perkara berbangkit dan rujuk maklum balas
4 Laporan PBD
5 Modul PdPR
6 Pelaporan Panitia
7 PPKI
8 Prasekolah
9 Pemulihan Khas
10 PSS
11 Hal-hal lain
12 Ucapan Penangguhan

Agenda 1-Ucapan pengerusi

1.1 Mengucapkan syukur di atas kehadiran guru-guru di dalam mesyuarat kurikulum dan menyahut
cabaran PdPc semasa pandemik. Saling membahu dalam melaksanakan PdPR sebagaimana
yang terkandung dalam Manual PdPR 2.0.

1.2 Data PBD bulan Jun telah dihantar ke PPD.Terima kasih kepada En Osman b Hawari SU PBD
yang menguruskan data PBD dan memohon kepada semua guru supaya memberikan kerjasama
dalam pengumpulan PBD pada masa akan datang.

1.3 Pelan tindakan perlu dirangka dan dilaksanakan berdasarkan dapatan kutipan data PBD. Segala
tindaksusul perlu diambil untuk mencapai sasaran dan target yang telah ditetapkan pada awal
tahun. Keesahan data perlu dititikberatkan oleh semua guru dengan Penjaminan Kualiti- 4P.
Jawatankuasa 4P perlu memainkan peranan membantu guru-guru mata pelajaran dalam
pelaksanan pentaksiran.

1.4 Panitia mata pelajaran distruktur semula hasil dapatan Jemaah Nazir dan ketua panitia telah
dilantik sebagaimana pekeliling SPI 4 /1986. Semua panitia, JK. Prasekolah, JK PPKI, PSS dan
lain-lain JK perlu melaksanakan fungsi seperti SPI yang sedang berkuatkuasa.

1.5 Semua Panitia, JK. Prasekolah, JK PPKI, PSS dan lain-lain JK perlu menguruskan kewangan
mengikut SPI Kewangan yang sedang berkuatkuasa dan perlu menghabiskan kesemua jumlah
peruntukan pada tahun semasa. Ketua Panitia dan Penyelaras bertanggungjawab dalam
memastikan pematuhan pengurasan kewangan berdasarkan prosedur kewangan yang
berkuatkuasa.

1.6 PPKI dan Prasekolah perlu menguruskan sistem fail dengan lengkap berpandukan pekeliling .

1.7 Hasil dapatan pemeriksaan Jemaah Nazir:-
a) Semua Ketua Panitia dan guru perlu ada Dokumen Pelaksanaan STEM
b) Semua guru perlu ada Buku Sumber Stem atau BSTEM terbitan BPK.
c) Semua panitia perlu menyediakan analisis sebagaimana telah disediakan oleh Panitia Stem
selepas lawatan Jemaah Nazir supaya setiap kelemahan dapat diatasi. PLC boleh dibuat untuk
meningkatkan profesionalisma guru.
d) Semua bilik khas perlu diurus dengan cekap. Kaedah dan solusi perlu difikirkan untuk
memaparkan hasil kerja murid dalam STEM.

2

1.8 Proses Tagging guru perlu difahami oleh semua guru. Pelaksanaan tagging dilaksanakan untuk
mengimbangkan jumlah dan perjawatan kakitangan sekolah. Antara keperluan dan waran
perjawatan.

Tindakan : Makluman dan tindakan semua guru

Agenda 2- Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat Jawantankuasa Kurikulum Bil 1 / 2021

2.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 1 / 2021 telah dibentang dan disahkan.

Pencadang : Mohd Fariruddin b Othman

Sokong : Shahrul Fadly b Jamari

Agenda 3-Perkara berbangkit (rujuk maklum balas minit mesyuarat)
3.1 Pengurusan drive GC sekolah mengikut folder oleh setiap panitia perlu dilaksanakan segera

melalui pautan yang disediakan. Folder akan diubah mengikut jumlah panitia terkini. Semua bahan
disimpan dan dikongsi bersama melalui pautan GC.

Agenda 4- Laporan PBD

4.1 Laporan PBD bagi Jun 2021 telah dibentang oleh En Osman b Hawari.(Rujuk Lampiran).

4.2 PILL perlu dilaksanakan oleh semua guru secara bersasar dan terbeza serta dihantar kepada
Ketua Panitia masing-masing untuk tujuan pemantauan, khidmat bimbingan dan PLC.

Tindakan : KP dan semua guru
Agenda 5- Modul PdPR
5.1 PKP memaklumkan penyediaan modul PdPR perlu ditambahbaik dari segi kandungan

modul.Modul yang dibina perlu bercirikan mengikut ketetapan di dalam Manual PdPR 2.0. Antara
kriteria tersebut:-
a) Nama
b) Tarikh
c) Murid sasaran
d) Bidang
e) StandardKandungan
f) Standardpembelajaran
g) Objektif pembelajaran
h) Pentaksiran
i) Kriteria Kejayaan

5.2 Setiap modul yang disediakan perlu ada PdP dan tutorial . Setiap latihan yang diberikan
menepati DSKP dan peruntukan masa yang pengajaran. Modul yang disediakan perlu dihantar
lebih awal untuk melancarkan proses percetakan.

5.3 Pengerusi memaklumkan murid yang menerima modul secara hardcopy dan softcopy dikira telah
mengikuti pembelajaran. Pembahagian modul mengikut kumpulan untuk memastikan setiap
murid sekurang-kurangnya mendapat paling kurang satu modul bercetak. Purata pendapatan
juga diambil kira untuk melayakkan murid menerima modul bercetak disebabkan kekangan
kewangan menyediakan modul untuk semua murid untuk setiap minggu.
Tindakan : Semua guru MP

Agenda 6- Pelaporan Panitia

6.1 Semua Ketua Panitia melaporkan perkembangan aktiviti panitia masing-masing. (Rujuk Lampiran).

6.2 Jadual waktu akan dirombak berdasarkan waran perjawatan Rombakan akan dilaksanakan pada
cuti bulan Julai .

3

6.3 Pengerusi mengingatkan Ketua Panitia perlu melaksanakan aspek STEM dalam panitia masing-
masing.

6.4 Kewangan panitia perlu diselesaikan sebelum ogos. Tindakan : Semua KP
Agenda 7- PPKI

7.1 Pelaporan PBD PPKl telah disampaikan oleh Pn Rafidah.( Rujuk Lampiran ).

7.2 Dialog Prestasi akan diadakan sekiranya perlu untuk mengatasi masalah murid BMTM.

7.3 RPI telah dilaksanakan secara manual. Pada tahun 2021, 3 sidang akan diadakan. Surat
makluman kepada ibu bapa telah diedarkan. Sidang pertama telah dilaksana.Beberapa orang
murid sahaja telah dilaksanakan kerana kekangan SOP.

7.4 PBI inklusif borang senarai semak telah diedarkan kepada murid. Keseluruhan murid mencapai
tahap kurang bersedia. Hanya seorang murid yang layak namun ibu bapa tidak bersetuju. Pihak
PPKI diminta untuk mendapatkan surat pemakluman daripada ibu bapa murid tersebut.

7.5 Kewangan telah diuruskan dengan merujuk kepada pembantu tadbir kewangan. Bahan-bahan
yang dipesan belum diterima.

7.6 Fail-fail telah disediakan dan akan dikemaskini dengan bantuan PPM PPKI.
Tindakan : Penyelaras PPK l

Agenda 8 – Prasekolah

8.1 Tahap penguasaan murid dibentangkan oleh penyelaras Prasekolah.(Rujuklampiran)

8.2 Program yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2021
8.2.1 Sambutan Hari lahir telah diadakan untuk bulan jan sehingga disember
8.2.2 Pertandingan membina carta ABM (suku kata)
8.2.3 Healty Food Healty Mind (program kesihatan murid sempena bulan ramadhan)
8.2.4 Pemberian hamper Hari Raya kepada semua murid prasekolah sempena sambutan hari
raya
8.2.5 Pertandingan E-Poster Anti Rasuah anjuran JPN( Borang penyertaan telah dinatar pada
16 Jun 2021)
8.2.6 Program bacaan masih berjalan sehingga hujung tahun

8.3 Prasekolah telah menyediakan 9 fail dan akan mengemaskini fail selepas sekolah dibuka.

8.4 Fail yang telah dibeli oleh murid akan digunakan pada fasa ke 2.

8.5 Masalah kehadiran dan kerjasama daripada seorang murid telah membantutkan usaha guru untuk
memastikan murid tersebut untuk mencapai tahap MTM.
Tindakan : Penyelaras Prasekolah, semua guru Prasekolah.

Agenda 9-Pemulihan Khas
9.1 Rekod pencapaian murid telah dibentangkan oleh Penyelaras Pemulihan Khas.

9.2 Terdapat 4 orang murid yang berada pada tahap sangat lemah.
9.2.1 ShaifulHafiy mempunyai masalah pengurusan diri
9.2.1 Mohd al-Fatah mempunyai masalah cepat lupa
9.2.2 Nurhanani disebabkan PKP menyebabkan murid lupa kembali abjad tunggal
9.2.4 Mohammad Aqil Amsyar mempunyai ciri-ciri murid pendidikan Khas.

9.3 Kerjasama daripada semua guru dipohon dalam menyelesaikan penguasaan 3M
4

Tindakan : Penyelaras Pemulihan Khas

Agenda 10 - Pusat Sumber Sekolah
10.1 Pn .Azma bt Haron menyampaikan aktiviti yang telah dijalankan untuk 6 bulan pertama.

10.2 Beberapa program telah berjaya dijalankan:-

10.2.1 Pelancaran Nilam dan Galakan Membaca telah diadakan pada 9 Mac 2021. Borang rekod

bacaan telah disediakan dan diletakkan dalam kelas. Pengisin IQ Nilam, video tatacara

pengisian telah dimasukkan dalam telegram rasmi. Google form juga telah disediakan untuk

pengisian jumlah bacaan murid-murid

10.2.2 Program Jom Membaca, jadual untuk program ini telah disediakan untuk setiap kelas.

10.2.3 Program Cerdas Minda Pagi, satu bakul buku untuk setiap kelas. Aktiviti ini dilaksanakan

sebelum PdPC.

10.2.4 Rak Buku Digital telah dibina, sebanyak 102 bahan bacaan yang boleh dibaca oleh murid.

10.2.5 Pada Mac satu google form untuk melihat rekod bacaan murid telah dibina. Hanya

sebanyak 56 respon dikumpul.

10.2.6 Pada masa cuti, satu google form lagi dibina untuk mendapatkan rekod bacaan murid

samada dari Rak Digital ataupun bahan bacaan sendiri dan sebanyak 26 respon diterima.

10.2.7 Pada 7 Mei 2021 Channel Youtube telah diwujudkan. Sebanyak 4 video telah dimuatnaik.

10.2.8 Proses buku masih berjalan dengan bantuan Pn Halijah.

10.2.9 Kewangan PSS telah diuruskan mengikut jumlah yang telah diperuntukan.

10.2.10 Pengerusi memaklumkan supaya penyelaras untuk mewar-warkan kepada pihak sekolah

Chanel TV PSS

Tindakan : Penyelaras PSS

Agenda 11- Hal-hal lain

11.1 Pengerusi memaklumkan tindakan berkenaan PBD, guru perlu menyediakan analisis data, pelan
intervensi, 4P dan Dialog Prestasi berfokus.

11.2 Modul PdPR yang dibina perlu menepati kandungan manual PdPR 2.0.

11.3 Pengurusan Panitia perlu mengambil tindakan berkenaan:-
 Peneraju 4P
 Rancangan keperluan peningkatan profesional,
 Kemaskini fail
 Analisis Data PBD
 Analisis Data Pencerapan
 Rancang program kemenjadian murid melalui PILL
 Pengurusan kewangan mengikut pekeliling bil 8/2012.

11.4 PPKI perlu laksanakan beberapa tindakan yang telah dibincangkan serta dialog prestasi
bersama ibu bapa perlu dilaksanakan.

11.5 PSS pastikan Nilam berjalan walaupun kita berdepan dengan PKP.

11.6 Guru boleh datang ke sekolah atas 2 perkara iaitu mengambil bahan untuk membina/penyediaan
modual PdPR atau mengedarkan modul PdPR dan kehadiran perlu dimaklumkan kepada guru
besar.

11.7 Pentaksiran dilaksanakan kepada respon murid dalam modul.

11.8 Penyediaan PILL berdasarkan tahap penguasaan murid yang mempunyai masalah dalam sesuatu
kemahiran.

5

11.9 Pelaksanaan KBAT, pihak sekolah perlu menghantar pelaporan pelaksanaan KBAT.Pencerapan
Kendiri akan dilaksanakan kepada semua guru.Keutamaan akan diberikan kepada Ketua Panitia
melibatkan aspek:-

Pelaksanaan KBAT dalam PdP
Murid KBAT
Teknik Penyoalan berasaskan KBAT
Item Pentaksiran berasaskan KBAT

11.10 Guru kelas diminta untuk mengingatkan ibu bapa mlihat senarai penerima modul.

11.11 Pengisian SPdPR perlu dilaksanakan seboleh-bolehnya selepas waktu PdPC.

11.12 Satu sistem telah dibina untuk mengumpul data respon PdPR. Guru-guru diminta untuk mengisi
data bermula minggu 18.
Tindakan : Semua guru MP, guru kelas, ketua panitia

Agenda 12- Ucapan Penangguhan
12.1 Pengerusi memaklumkan tindakan segera perlu diambil oleh guru-guru selepas diputuskan dalam

mesyuarat. Kerjasama daripada semua guru amat dihargai.

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Bil 2/2021 ditangguhkan pada jam 3.58 ptg

Pencatat: Disemak:

.......................................................... ...........................................
WAN ASNEZA BINTI WAN MOHAMED ZAMRI BIN ABDUL RANI
Setiausaha Kurikulum Guru
besar

6


Click to View FlipBook Version