TUGASAN MINGGU 8
PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Untuk menjalani kehidupan yang sihat, adalah penting untuk menjaga tubuh. Sentiasa
pantau berat badan adalah salah satu cara untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Perlu
mengamalkan pola pemakanan seimbang di samping tidak meninggalkan aktiviti bersenam
meskipun perlu mengehadkan pergerakan dan hanya berada di rumah.
Obesiti pada hari ini telah menjadi isu semasa dan ini adalah penting untuk memberi perhatian
khusus kepada diet dan aktiviti fizikal. Tidak perlu untuk merosakkan kehidupan dengan
masalah yang berkaitan dengan kesihatan.
Memastikan makanan tertentu diambil pada kadar yang sesuai bagi memastikan diet yang
seimbang serta mencegah risiko penyakit. Jangka hayat organ-organ penting seperti hati,
paru-paru, perut, dan lain-lain meningkat dengan makan sihat.
Mengutamakan makanan dari sumber kabohidrat khususnya bijirin penuh dan sumber protein
seperti telur, ikan, ayam dan daging yang kurang bahagian berlemak dan kulit. Pengambilan
pelbagai jenis dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan memberikan sumber
vitamin, mineral dan serat kepada tubuh badan.
Bekerja dari rumah dan berada dalam kawasan yang terhad juga memerlukan seseorang
menjadi lebih kreatif melakukan aktiviti riadah atau senaman. Perbanyakkan aktiviti untuk
melawan kebosanan duduk di rumah tanpa bergantung hanya kepada makanan atau
menonton televisyen.
Justeru itu, Program KBS Fit and Active#2 yang dilaksanakan untuk melahirkan masyarakat
dalam keadaan yang sihat sejahtera untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan.
Antara objektif bagi program KBS Fit & Active ini adalah sepertin berikut:
• Melatih masyarakat dan pendidikan tentang pemakanan yang sihat
• Meningkatkan pengetahuan pelbagaiu aktiviti kecergasan dan gaya hidup aktif
• Menggalakkan masyarakat untuk mengetahui mengenai cara-cara
menyediakan pelan diet
• Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan memberi lebih
keseronokan.
RUJUKAN
Portal Rasmi Kementerian Belia dan Sukan. (n.d.). Program KBS fit & active #2. Portal
Rasmi KBS. https://www.kbs.gov.my/program-kbs-fit-active-2.html