The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dickyhewitt95, 2022-05-17 10:46:02

E-folio Rukun Negara

E-folio Rukun Negara

Rukun
Negara

Abdullah Badawi
Haris Ilham
Aaron Morgan
Dicky Hewitt

Apakah Itu Rukun Negara ?

Rukun negara adalah salah satu wadah dalam mengekalkan perpaduan
negara Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa agama dan
kaum. Kepelbagaian dan perbezaan adalah salah satu perkara yang
mudah dalam mencetuskan pergaduhan dan percanggahan sesama
sendiri dalam kalangan rakyat. Hal in berikutan sejarah hitam yang
pernah melanda Malaysia iaitu peristiwa 13 Mei 1969 dimana timbul
perbalahan antara kaum,Jadi, adanya inisiatif penubuhan rukun negara
dalam mengekalkan rakyat boleh hidup dalam keadaan aman dan
harmoni dan saksama.

Sejarah pembentukan rukun
negara

Kedatangan inggeris dan dasar imigrasi liberal yang diperkenalkan telah
menukar bentuk masyarakat negara ini. Kerajaan Inggeris telah
menggalakkan kemasukan tenaga buruh dari China dan India untuk
bekerja di lombong dan estet serta berniaga di bandar.

Sejarah pembentukan rukun
negara

Di bawah dasar pecoh dan perintah Kerajaan Kolonial Inggeris, ketiga-
tiga kumpulan etnik in telah dipisahkan dari segi tempat tinggal dan
pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja
disektor pertanian, sementara orang Cina tinggal di bandar dan
melibatkan diri dalam perniagaan Orang India pula tinggal dan bekerja
di estet-estet, hanya sebilangan kecil sahaja yang tinggal di bandar,
Ketiga- tiga kumpulan etnik ini pula dipisahkan dari segi aliran
pendidikan dengan mempunyai sekolah aliran masing- masing tapa
sukatan pelajaran atau kurikulum yang sama, Keadaan ini berterusan
sehinggalah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos

Sejarah pembentukan rukun
negara

Mesyuarat pertamanya telah diadakan pada 27 Januari 1970 yang
dipengerusikan oleh Pengarah MAGERAN, Allahyarham Tun Abdul
Razak Bin Dato' Hussein Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-
dalamnya selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah
merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengata si garis
pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Berasaskan
keputusan tersebut, maka lahirlah Rukun Negara yang telah
diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970
sempena lang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

Definisi Rukun Negara

Kesimpulan

Ikatan persefahaman antara pelbagai kaum yang menjadi penggerakan
negara yang terpenting. Ikatan ini bukan terbina hanya sekelip mata
sahaja ianya memakan masa yang begitu lama. Bagi mewujudkan
perpaduan, generasi kita kin seharusnya peka dengan Rukun Negara
dan menghayati erti yang sebenarnya kewujudan Rukun Negara. ini
kerana Rukun Negara bukan hanya untuk dihafal atau diikrarkan dan
diterapkan dalam kehidupan seharian warganegara Malaysia. Semangat
Rukun Negara ini perlu diteruskan kerana ia sangat relevan dalam
menangani krisis negara tidak kira ancaman daripada dalam dan luar
negara, Dengan berpegang teguh kepada prinsip Rukun Negara mampu
menjadi rakyat Malaysia yang bersatu padu kukuh berwibawa.


Click to View FlipBook Version