The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI, TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by KARTIGA, 2024-03-03 07:13:12

PENDIDIKAN MORAL # TANGGUNGJAWAB INDIVIDU

TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRI, TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGA DAN TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT.

NAMA NO MATRIK KARTIGA A/P TINAGARAN K03SPP23F009 SUBASHINI A/P SARAVANAN K03SPP23F041 DISHALINI A/P PERGASAN K03SPP23F007 E-FOLIO NAMA KURSUS : PENDIDIKAN MORAL NAMA PENSYARAH : PN SOPHA BINTI MUSTAFA


PENGENALANSetiap orang di atas muka bumi ini tidak terlepas daripada amanah dan tanggungjawab. Baik yang tua mahupun yang masih muda. Tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan yang paling penting sekali, tanggungjawab terhadap agama. Segalatanggungjawab ini, daripada sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya akan dimintabertanggungjawabnya di akhirat kelak. Kita juga haruslah menjadi makhluk yang bermoral. Akan tetapi manusia juga seorangperibadi, dan sebagai makhluk peribadi manusia mempunyai pendapat sendiri. Kita juga hendaklah, mengisi kehidupannya memperoleh makna, maka atas diri manusia perlu diberitanggungjawab. Di samping itu, kita haruslah mengerti dan menyedari posisi kita untuk sentiasa belajar dan mengerjakan segala pekerjaan rumah dengan penuh dedikasi, kerana hal-hal seperti itulahyang akan mempengaruhi kita sendiri pada akhirnya. Hal-hal tersebut tidak ada kaitannyasama sekali dengan orang lain dan juga menentukan jalan hidup kita pada masa depan kitasendiri dan juga keluarga. Kita juga haruslah, sentiasa bersyukur dan juga sentiasa sabardan bertolak ansur.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI SENDIRITanggungjawab terhadap diri sendiri merujuk kepada kesanggupan diri seseorang untukmemikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Tanggungjawab seseorangkepada dirinya sendiri terbahagi kepada dua aspek iaitu aspek lahiriah dan batiniah. Dari segiaspek lahiriah, seseorang itu harus berusaha untuk mempertingkatkan kemampuan dirinyatermasuklah ilmu, kesihatan diri dan maruah diri. Manakala, dari segi aspek batiniah pula, jiwa seseorang itu perlu diisi dengan sesuatu yang dapatmemberikan ketenangan dan kesejahteraan seperti penghayatan kepada agama dan semangatcintakan negara.


HUBUNGAN DENGAN TUHANManusia sebagai ciptaan unik dan hamba Tuhan, haruslah memastikan diri sendiri melakukan segalaperkara yang diperintahkan oleh Tuhan dan meninggalkan segala perkara yang terlarang. Tuhan bukansahaja menciptakan manusia untuk hidup dan memenuhi muka bumi ini, namun Dia menciptakanmanusia supaya manusia menyembah dan beribadah kepada Dia kerana Dia adalah Sang Pencipta. Oleh yang demikian, manusia perlulah sedar akan kedudukan dirinya sebagai hamba Tuhan dan sedarakan tanggungjawabnya untuk menjaga hubungannya dengan Tuhan. Terdapat beberapa cara yang diamalkan oleh manusia untuk menjaga hubungan mereka denganTuhan. Amalan pertama ialah bersyukur iaitu sentiasa bersyukur di atas segala nikmat yang diberikanTuhan kepada manusia. Bersyukur bermaksud rasa terhutang budi dan jasa kepada Tuhan, lantasberterima kasih atas anugerah, rezeki, pemberian serta kurniaan Tuhan. Sebagai contoh, manusiamenjaga dan memanfaatkan alam semesta ini tanpa melakukan kerosakan di atas bumi ini. Rajah di atas merupakan contoh-contoh setiap kaum menunaikan ibadah masing-masing kepadaTuhan. Kita haruslah sentiasa mendekatkan diri dengan tuhan dengan sentiasa beribadah kepadanya.


MARUAH DIRI Setiap individu haruslah menjaga maruah diri dengan tidak melakukan perkara-perkara yang bolehmencemarkan nama baik dan kehormatan diri. Manusia yang memiliki jati diri dan kehormatan dirimerupakan manusia yang bermaruah. Maruah diri adalah sangat penting untuk dijaga kerana dengandemikian, seseorang akan dihormati dan dipandang tinggi oleh masyarakat, imej diri dan keluarga terpeliharadaripada unsur-unsur yang tidak baik. Selain itu, masyarakat yang sejahtera dan bersatu padu dapatdilahirkan. Terdapat beberapa cara untuk menjaga dan memelihara maruah diri seperti pemakaian yang sopan, pergaulandan percakapan yang baik. Pemakaian yang sopan dapat dilakukan dengan memakai pakaian yang sopan, menutup aurat serta tidak ketat dan jarang. Selain itu, pemakaian yang sopan adalah memakai pakaian yang kemas dan bersih supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Amalan pergaulan yang baik dapat dilaksanakan dengan menjaga batas-batas pergaulan dalam kehidupanseharian. Sikap menghormati orang lain amat penting supaya hubungan atau silaturahim dapat dikekalkan. Sebagai contoh, anak-anak muda perlu menghormati ibu bapa, jiran tetangga dan orang lain dalam apa-apajua situasi supaya tidak timbul perselisihan atau salah faham antara satu sama lain. Percakapan yang baik dapat diamalkan dengan bercakap dengan baik dan bersopan santun dalam setiappertuturan. Di samping itu, kita hendaklah berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabilaberinteraksi atau berkomunikasi dengan orang yang disekeliling kita.


KESIHATAN DIRI Menjaga kesihatan diri merupakan tanggungjawab setiap individu kerana kesihatan merupakan faktor utama yang menyumbangkepada pelaksanaan sesuatu aktivti atau tugasan, disamping memperoleh kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, agama menuntutuntuk menjaga kebersihan dan perlu dipratikkan dengan sebaik yang mungkin untuk menjamin kesihatan yang baik. Terdapat beberapa cara untuk menjaga kesihatan diri iaitu dengan menjaga kebersihan diri, menjaga pemakanan dan mendapatkanrehat dan tidur yang cukup. Menjaga kebersihan diri merujuk kepada menjaga kebersihan tubuh badan. Setiap individu perlumendisiplinkan diri untuk menjaga kebersihan demi mendapatkan kesihatan yang baik. Sebagai contoh, seseorang itu perlu mandi sekurang-kurangnya dua kali setiap hari supaya badan sentiasa bersih, segar dan tidak berbau serta mengelak daripada sebarangpenyakit berjangkit. Selain itu, pemakanan yang seimbang juga dapat membantu individu mengekalkan kesihatan tubuh badan. Pengambilan makananyang seimbang dapat memastikan badan mendapat nutrisi yang mencukupi, seterusnya badan akan sihat dan terhindar daripadasebarang penyakit. Akhir sekali, mendapat rehat dan tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan serta memberikan ketenangan kepada tubuh badan dan minda kita. Keprihatinan terhadap masa rehat yang cukup dapat membantu kelancaran proses metabolisme badan. Justeru itu, kita dapat menikmati gaya hidup yang sihat sekali gus melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri dengan sempurna.Rajah di atas menunjukkan cara untuk menyihatkan badan. Kita mestilah bersenam sekurangkurangnya 2 kali sehari untuk mengekalkan kesihatan kita.


ILMU Ilmu merupakan kefahaman dan penguasaan terhadap sesuatu perkara yang boleh dipertuturkan, mempunyainilai kebenaran, sentiasa berkembang dan diperoleh melalui kajian. Ilmu dianggap amat penting kerana iadapat memberikan petunjuk kepada manusia dalam mengembangkan peradaban manusia. Manusiabertanggungjawab untuk berusaha menuntut ilmu supaya dapat memajukan diri sendiri, keluarga, masyarakatdan negara. Apabila seseorang berilmu dia akan dipandang mulia dan dihormati kerana dapat membezakan perkara yang baik dan buruk, bersikap rasional serta melakukan sesuatu kebaikan kepada masyarakat. Maka, ilmu menjadisatu kepentingan dalam hidup manusia dan menjadi tanggungjawab kepada diri sendiri. Kita mestilah rajin menuntut ilmu supaya kita sentiasa menjadi orang yang bermaklumat.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP KELUARGATanggungjawab terhadap keuarga bermaksud kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu untukmewujudkan sebuah keluarga yang bahagia, meningkatkan imej dan menjaga maruah keluarga. Tanggungjawab individu terhadap keluarga mempunyai banyak cabang seperti tanggungjawab kepada ibubapa, adik-beradik dan saudara-mara. Setiap anak bertanggungjawab menjaga, mentaati, menghormati dan membantu ibu bapanya. Tanggungjawab seorang bapa terhadap keluarganya pula ialah memerikan perlindungan, nafkah, kasihsayang dan didikan kepada isteri dan anak-anaknya. Individu berkenaan bertanggungjawab dalammembentuk ahli keluarganya. Keluarga merupakan unit terkecil yang membentuk sebuah masyarakat. Antara ciri keluarga ialah hidupdalam satu rumah tangga di bawah asuhan seseorang ketua keluarga atau rumah tangga seperti ayah atauanak lelaki, berinteraksi antara ahli keluarga dan setiap anggota keluarga mempunyai peranan dan tanggungjawab masing-masing. Menghormati ibu bapa, memupuk hubungan yang baik, menjaga nama baikkeluarga dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada seluruh anggota keluarga adalahtanggungjawab individu terhadap keluarga.


HORMAT KEPADA IBUBAPA Ibu bapa merupakan insan yang paling rapat dan dihormati dalam institusi keluarga. Pengorbanan mereka amat besardemi membesarkan dan mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna. Mereka mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada anak-anak dan sentiasa berusaha untuk memberikan kesempurnaan dalam segalaaspek. Setiap agama menuntut manusia agar menghormati, menyayangi serta menghargai pengorbanan ibu bapa. Sebagaiseorang anak, kita bertanggungjawab untuk sentiasa bertutur dengan lemah lembut serta mengucapkan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati mereka. Di samping itu, kita perlu mentaati dan patuh kepada ibu bapa selagimereka tidak menyuruh untuk melakukan perkara-perkara yang bercanggah dalam agama. Kita juga perlu berusahauntuk memenuhi permintaan ibu bapa mengikut kemampuan diri dan tidak sesekali menyinggung perasaan mereka.Antara cara yang boleh dilakukan untuk menghormati ibu bapa ialah menjaga perasaan ibu bapa, menghormati dan menghargai harta mereka, meraikan hari-hari istimewa, menepati masa, berlemah lembut dan mendoakankesejahteraan mereka. Namun, ramai dalam kalangan anak-anak yang meningkat remaja dan dewasa tidakmenghormati ibu bapa. Sebagai contoh, mereka sering bercakap dengan nada yang kasar dan tinggi, bahkan ada yang berani memukul dan membiarkan ibu bapa hidup dalam keadaan susah. Tindakan mereka itu dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Oleh yang demikian, anak-anak kecil perlu disemai dengan sifat kasih sayang dan dididik supaya menghormati ibu bapa, di samping mewujudkan kehidupan yang harmoni untuk jangka masa yang panjang.


PUPUK HUBUNGAN YANG BAIK DALAM KELUARGASalah satu punca kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan adalah disebabkan kecanggihan teknologi. Hal initerbukti apabila keasyikan anak muda terhadap gajet masing-masing. Oleh yang demikian, tanggungjawabmemupuk hubungan yang baik sesama keluarga perlu diberikan perhatian. Meluangkan masa bersama-sama merupakan salah satu daripada cara untuk memupuk hubungan baik dalamkeluarga. Masyarakat harini ini terutamanya ibu bapa sering sibuk dengan pekerjaan masing-masing, namunmereka perlu bijak menguruskan masa supaya hubungan dengan isteri dan anak-anak sentiasa berada dalamkeadaan baik. Begitu juga dengan anak-anak yang telah dewasa yang sibuk bekerja sehingga mengabaikantanggungjawab kepada ibu bapa. Salah satu aktiviti meluangkan masa dengan keluarga ialah makan bersama-samadengan keluarga. Hal ini semestinya dapat mengeratkan tali silaturahim antara ahli keluarga. Anak-anak digalakkan untukmembantu ibu bapa di dapur semasa penyediaan makanan. Sebagai contoh, anak lelaki mempersiapkan keperluandi meja makan, manakala anak perempuan menolong ibu memasak. Dengan cara ini, perasaan salingbergandingan antara satu sama lain dapat dipupuk. Tambahan pula, aktiviti kekeluargaan secara berkala yang melibatkan semua ahli keluarga dapat dilakukan sepertibersukan, gotong-royong dan melancong ke tempat-tempat menarik. Setiap ahli keluarga perlu bersatu hati dalamsemua perkara sama ada susah atau senang. Hal ini menyebabkan rasa tanggungjawab dalam diri terhadapkeluarga akan lebih dirasai dan dihayati oleh setiap orang yang bergelar anak.


Rajah di atas merupakan antara cara mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga. Sebagai contoh, kita haruslah sentiasa meluangkan masa bersama ahli keluarga dengan aktiviti-aktiviti yang menarikseperti berkelah, bersukan, bergotong-royong dan makan bersama-sama ahli keluarga. Hal ini bukansahaja dapat memahami lagi setiap ahli keluaraga malah merapatkan hubungan silaturahim antaraahli keluarga. PUPUK HUBUNGAN YANG BAIK DALAM KELUARGA


JAGA NAMA BAIK KELUARGATanggungjawab menjaga nama baik keluarga merupakan perkara yang amat penting. Ibu bapa telahmembesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang dan menempuh pelbagai dugaan sepanjang mendidikanak-anak untuk menjadikan anak mereka orang yang berguna. Apabila anak-anak yang berjaya serta berbaktikepada masyarakat dan negara, ibu bapa pasti akan gembira, bangga, dan rasa bertuah kerana mempunyaianak-anak seperti ini. Sebaliknya, mereka kecewa apabila anak-anak yang ditatang bagai minyak yang penuh, terjebak kepadaperkara-perkara yang boleh mencemarkan maruah dan nama baik keluarga. Setiap agama mengingatkan kita untuk menghormati ibu bapa dan menjaga kehormatan mereka. Hal ini dapatdilakukan dengan menjaga setiap tingkah laku, percakapan dan perbuatan kita. Sebagai anak kita perlubersikap menghormati, merendah diri, tidak sombong, dan tidak melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Bukan itu sahaja, kita haruslah membina hubungan yang baik dengan kenalan atau rakan-rakan ibu bapa samaada mereka hidup atau tiada di muka bumi ini.


BERI KASIH SAYANG Kasih sayang merupakan nilai murni dan satu tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh seorang anak. Hal inikerana, ibu bapa terlalu banyak melakukan pengorbanan demi anak-anaknya sehingga tidak mampu dibalas. Pemberian hadiah untuk ulang tahun perkahwinan atau ulang tahun kelahiran ibu bapa merupakan cara anak-anakmenunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa mereka. Hadiah tersebut tidak perlu terlalu mahal kerana ibu bapa hanya mengharapkan ingatan dan penghargaan sertaucapan daripada anak-anak pada hari istimewa dalam hidup mereka sahaja. Selain itu, anak-anak boleh menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa melalui pelukan dan sentuhan tanganseperti berjabat tangan, bersalaman dan mencium tangan ibu bapa apabila kita pulang ke rumah. Cara inimenunjukkan bahawa kita menghormati mereka. Kasih sayang juga boleh ditunjukkan dengan memberikan wang mengikut kemampuan anak-anak kerana hal ini dapat meringankan beban kehidupan ibu bapa mereka. Ibu bapajuga boleh menggunakan duit tersebut untuk membeli keperluan harian dan sebagai simpanan hari tua mereka.Ibu bapa mencurahkan kasih sayang yang sepenuhnya semasa membesarkan anak-anak, sebagai seorang anakyang tanggungjawab kita sepatunya membalas budi yang dicurahkan oleh kedua-dua ibu bapa sebaik mungkin.


TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKATManusia merupakan makhluk yang hidup secara bersosial. Maka, seseorang individu yang tidakdapat berdiri dengan sendiri, malah saling memerlukan antara satu yang lain di tengah-tengahmasyarakat. Dengan mengingati setiap individu dalam kalangan masyarakat mempunyai kepentingan yang pelbagai. Maka, setiap individu yang mempunyai kepentingan yang pelbagai harus melaksanakan peranannyasesuai dengan kepentingan-kepentingan tersebut termasuklah individu-individu seperti jiran, orang kelainan upaya [OKU] dan warga emas.


MENGHULURKAN BANTUAN Masyarakat merupakan kelompok manusia yang selalu berada paling hampir di tempat tinggal kita. Segala perkaratentang diri kita, ahli keluarga kita, mengenai harta benda dan juga mengenai kerjaya selalunya terlebih dahuludiketahui oleh mereka yang selalunya berada dengan hampir dengan kita salah seorangnya adalah jiran. Bukan itusahaja, masyarakat juga merupakan kelompak manusia yang paling sesuai untuk meminta pertolongan kecemasanketika ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan dan kematian. Pertolongan seperti inilah yang kita selalunya perlukan pada masa kecemasan sementara menunggu bantuanpihak-pihak berwajib atau sanak saudara. Kemuncak hubungan masyarakat yang baik dapat mambantu orang lain ketika diperlukan. Pengorbanan seupama ini sememangnya tidak mudah untuk melupakan oleh sesiapapun. Jadi, semakin kerap kita menolong orang lain, semakin kuatlah ikatan hubungan kita dengan ahli komuniti. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang melibatkan diri sendiri seperti bergotong-royong membersihkan kawasanperumahan, masjid, balai raya, membaiki rumah atau jambatan akibat banjir, ribut serta kebakaran sememangnyadapat memupuk dan menyemai semangat kesatuan sesama manusia. Ini juga merupakan salah satu bentuk saluranpertolongan yang boleh dilaksanakan dalam hidup berkomuniti.


MENJAGA KEHARMONIAN Semangat kerjasama, prihatin, dan kesatuan jiran merupakan salah satu cara untuk mencegah segala perkara yang mencemarkankeharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Jika setiap masyarakat bertanggungjawab untuk memainkan peranan dan mengambil inisiatif untuk melaporkan kepada pihak yang berwajib setiap kali mereka menyedari berlakunya perkara-perkaraganjil dan meragukan seperti bersekedudukan, berkhalwat, mendera anak, lari dari rumah, bohsia, bohjan dan sebagainya dapatdibendung dengan senang. Oleh sebab itu, jika masyarakat tabah untuk bersuara tentang gejala-gejala sosial seperti ini kepada pihak berkuasa, kerajaanjuga dapatlah untuk mengurangkan segala perkara-perkara ganjil seperti ini dan masyarakat seperti berikut juga akan berasatakut untuk melakukannya perkara tersebut. Pepatah “jangan jaga tepi kain orang” perlu diubah untuk memastikan isu sosialyang wujud pada hari ini. Selain itu, semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertolenrasi antara masyarakat. Kita hendaklah bertolak ansur, mengawal diri, sabar demi mengelakkkan pertelingkahan serta perselisihan faham untukkesejahteraan hidup. Dengan cara ini masyarakat bolehlah hidup dengan aman dan damai di tempat tinggal kita. Kita haruslah hidup harmoni tanpa mengira warna kulit,bangsa dan agama di negara Malaysia yang mempunyai masyarakatmajmuk. Sebagai contohnya, kita haruslah menerima dan menghormati adat istiadat sesuatu agama atau sukukaum. Selain itu, kita juga boleh kunjung –megunjungi jiran tetangga yang berlainan bangsa dan budaya semasa musim perayaan seperti Tahun Baru Cina,Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali, Hari Krismas dan lain-lain.


MENJAGA KEBAJIKAN Komuniti yang hidup dalam suasana berkerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain sudah tentu dapatmanjana satu aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat. Pelbagai jawatankuasa bolehdiwujudkan seperti Jawatankuasa Pembangunan Insan Remaja yang merancang dan menyusun pelbagai aktivitiseperti kem motivasi dan program jati diri untuk memenuhi keperluan dan kebajikan golongan remaja. Program ini dapat dijayakan jika wujud persefahaman dan persepakatan yang mantap sesama sendiri. Di samping itu, demi menjaga kebajikan bersama kita hendaklah menghindarkan daripada menyakiti sesamasendiri. Setiap individu perlu menjaga dari segi perbuatan mahupun lisan atau percakapan kerana percakapanyang kasar dapat menyakiti hati seseorang dengan dalam sekali dan mereka akan ingat sampai bila-bila.Perbuatan menyakiti hati orang lain yang harus menghindarkan adalah seperti mengumpat, menghina, berdustadan sebagainya. Setiap agama juga melarang pengikutnya untuk menyebarkan keburukan tentang orang lain demi menjaga aib dan maruah individu tersebut.


AMALAN BERTEGUR SAPA DAN KUNJUNG-MENGUNJUNGI Sikap amalan bertegur sapa sesama manusia merupakan salah satu titik permulaan terjalinya hubungan yang eratdan mesra dalam kalangan masyarakat. Kelompak manusia yang suka bertanya khabar dengan masyarakatsekeliling boleh menwujudkan silaturahim yang amat baik. Menerusi amalan bertegur sapa, hubungan bolehmenjadi lebih erat dan apabila mereka saling bertukar-tukar pandangan dan berkongsi pengalaman merekasesama sendiri. Amalan bertegur sapa perlu dilakukan oleh setiap individu dan menjadi syarat utama dalam membentukhubungan akrab serta selesa hidup dalam berkomuniti. Dengan ini, ibubapa juga berperanan untuk mengajaranak-anak mereka dari kecil mengenai betapa pentingnya amalan ini. Aktiviti meluangkan masa untuk berkunjung ke rumah jiran dapat mengeratkan dan menghidupkan lagisemangat kejiranan. Kita akan lebih mengenali jiran apabila berkunjung dan menziarahi mereka. Sebagaicontoh, Majlis Rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali. Melalui perayaan sepertiini, secara langsung dapat mengeratkan lagi silaturahim di samping memupuk perpaduan antara masyarakat. Kebaikan lain ialah kita dapat berkumpul dan berbincang sambal menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah.


KESIMPULAN Secara kesimpulannya, kita dapati bahawa setiap individu yang di atas muka bumi harus melaksanakan segalatanggungjawab yang penting terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara dengan tepat dan teliti untukmenjamin segala kebahagian dalam kehidupan mereka sendiri dan dalam kehidupan orang lain. Seandainya kitamengabaikan dan tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap diri sendiri, keluarga dan masyarakat, maka akantimbul pelbagai masalah social yang boleh menggugat ketenteraman masyarakat seluruhnya di samping wujudpenyesalan dalam diri sendiri. Kita seharusnya melaksanakan tanggungjawab kita dengan berkesan berlandaskan nilai murni dan etika di bawah garis panduan yang ditetapkan oleh agama, budaya masing-masing serta negara. Tanggungjawab juga haruslah selaras dengan aspirasi utuk mewujudkan sebuah keluarga dan masyarakat yang bermoral sepenuhnyasupaya segala matlamat dapat dicapai. Kita mestilah sentiasa berusaha untuk melaksanakan tanggungjawab bagimemastikan hidup dalam keadaan aman dan damai, harmoni dan sejahtera. Melalui melaksanakan segala tanggungjawab, kita juga boleh membaiki diri kita. Contohnya dapat menanamkandisiplin yang tinggi dalam diri kita. Selain itu, kita juga boleh mengahargai waktu kita dan dapat menghabiskanmasa lapang kita dengan perkara-perkara yang sangat berguna selaras dengan peribahasa masa itu emas. Seterusnya orang lain juga akan percaya dengan kita jika kita melaksanakan tanggungjawab kita dengan tepatdan kita akan berpandang tinggi oleh orang ramai. Dengan ini kita boleh simpulkan bahawa melalui melaksanakan segala tanggungjawab dengan tepat dan teliti hanya bukan satu perkara yang dapat menolongorang lain tetapi dapat membantu diri sendiri untuk kearah yang lebih cemerlang.


Click to View FlipBook Version