PERUTUSAN IHYA' RAMADAN 1441H/2020M SAMUSKD
Perasmi oleh :
Pn.Hjh Mariam bt Adnan ( Pengetua SAMUSKD)
24 April 2020 {Jumaat)
1 Ramadhan 1441H
10.00 pagi
Live
Link google meet
https://meet.google.com/whm-bfas-rxe
ANJURAN :
1. PANITIA USUL 'AL DIN SAMUSKD
2. SURAU DARUS SAADAH KANCHONG DARAT
PROGRAM TADABBUR DAN TAHSIN AL-QURAN RAMADHAN 1441H SAM UNWANUS SAADAH 2020
( Pusingan ke 1 )
Bermulalah dgn Au'zubillah dan Basmalah
Mudah-mudahan dimurahkn rezeki dan dipelihara agar terhindar daripada segala ancaman dan
penyakit...
Juzuk / Nama Pembaca oleh:
1 Fiza ofis/ Eja
2 Nasuha/ Harith
3 Farah Q / Jati
4 Intan/Rapimah
5 Ima / Fizah Elias
6 S. Hapipah/Kak Ap
7 Shafiq / Hazmi
8 Hartini
9 Nurul
10 Abidah/Rohaini
11 Hidayah / Dalila
12 Arbaniah/ Mariam
13 Noor Hafizah Che Man
14 Where/Kak Zie
15 Fauziah Anim/Rosinah
16 Hasikin/ Dewiyana
17 Nasiwah / Aryati
18 Misslizah/Nabilah
19 Uji/Pia
20 Asma
21 Ika/Ayu
22 zaman / Ashraf Q
23 Abu / Eli
24 Zunainah/Nadrah
25 Rafi/Hafiz
26 Ilman/Nazri
27 Norhayati/Khairini
28 Farahah/ Falizaleni
29 Siti Zakiah / Raja Fatimah
30 Azmi/ Shahril/Ahmad
Kaedah perlaksaan:
1.Pusingan pertama, kita akan baca juz yg telah kita taipkan nama ,dan pusingan seterusnya adalah
kita baca juz yg seterusnya ,kalau pusingan pertama juz 1 ,maka pusingan ke dua juz 2 dan
seterusnya.
2.Setiap group / kelas lantik seorang ketua untuk update juz manakala nama tetap kekal ,yg berubah
juznya.
3.Jarak masa antara pusingan pertama dan kedua serta seterusnya ialah 3@4 hari utk kita habiskan
satu juzuk.
4.Cara bacaan teroulang kpd individu masing2 dan boleh bertadarrus bersama keluarga masing2.
Semoga sentiasa Istiqamah dalam meneruskan pembacaan dan tadabbur kalamullah
#Hidupkan generasi Al Quran
#Bacalah dgn Tajwid yg Terbaik
#Moga2 kita dirahmati Allah
[ TAWADHU' GRAVITI HATI] ۞
۞
akhlak yang baik, cerminan bagi hati yang baik. Dan perkara ini termasuk dalam ciri- ciri sifat
tawadhu'.
Apa itu tawadhu'?
: tawadhu' ialah rendah hati atau tidak sombong. Begitu juga dengan tawadhu' adalah bertundukan
kepada kebenaran dan menerimanya dari siapa pun yang datang, baik dalam keadaan suka
mahupun tidak.
Allah ada berfirman dalam surah luqman ayat 18-19;
Maksudnya:
dan janganlah kau memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan berjalan di bumi
dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri
(18)
Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan rendahkan suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara
adalah suara keldai (19)
INGATLAH!
mereka yang bertawadhu' akan dapat dilihat dari sikap dan perbuatannya dalam seharian.
Meninjau skop yang lebih luas, tawadhu' terbahagi kepada dua:
1)TAWADHU' TERPUJI
Ketawadhuan seseorang kepada allah dan tidak mengangkat diri dihadapan hamba Allah swt.
Seperti:
-tidak berlebihan
-sopan santun dalam bertindak
-merendahkan suara
-sentiasa ringan tulang membantu mereka yang memerlukan
2) TAWADHU' TERCELA
Ketawadhuan seseorang kepada Allah swt demi menginginkan dunia berada disisinya. Seperti:
-bersikap sopan santun kerana memiliki maksud yang tidak baik
-tidak berlebihan memakai harta kerana takut dicuri atau diminta zakat kerana mampu
-menolong orang dengan harapan mendapat semula balasan tersebut
Oleh itu, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, kerana matlamat kita semua sama yakni
"mencari redha Allah" semoga dengan penghijrahan ini mampu mendidik kita dalam menggapai
syurga ilahi.
Akhir kata, marilah kita memegang kata imam hasan al-basri, kata beliau:
"tawadhu' itu apabila kita melihat orang lain, dalam hati kita berkata dia lebih baik dariku"
Wallahualam✨
[ Pen. Ketua Lajnah penerbitan]
•BADAR SAMUS 20'•