The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nasrollrahman, 2019-10-23 23:56:50

wuduk

wuduk

WUDUK

Wuduk adalah penting dan ada kaitannya dengan ibadah
yang lain.

Wajib berwuduk ketika hendak mendirikan solat, me-
nyentuh Al-Quran, tawaf, sujud tilawah dan sujud syukur.

Firman Allah yang bermaksud:
“ Wahai orang yang beriman ! Apabila kamu hendak
mengerjakan solat basuhlah muka kamu dan tangan
kamu sehingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan
basuhlah kaki kamu sehingga buku lali.”

RUKUN WUDUK

Rukun wuduk ada 6 perkara:

1. Niat ak‫ل‬uَ ‫ا‬m‫ت َع‬eَ n‫ِِل‬g‫ هل‬aِّ n‫ ِر‬g‫َغ‬k‫ص‬aْt ‫أ‬hَ ‫ل‬a‫ا‬d‫ث‬aِ s‫َد‬k‫ح‬eَ c‫ل‬i‫ا‬l ‫َن َوْي ُت َرْف َع‬ Ta’ala
Sahaja
kerana Allah

2. Membasuh muka

3. Membasuh kedua tangan hingga ke siku.

4. Menyapu sebahagian kepala

5. Membasuh kedua kaki hingga ke buku lali

6. Tertib

SUNAT-SUNAT WUDUK
 Siwak atau gososk gigi
 Membaca bismillah ketika membasuh tangan.
 Membasuh kedua tangan
 Berkumur-kumur
 Memasukkan air ke dalam hidung
 Setiap perbuatan dilakukan sebanyak3 kali
 Menyapu seluruh kepala
 Mencelahi di antara jari-jari tangan dan kaki
 Berturutan di antara anggota wuduk
 Mendahulukan yang kanan daripada yang kiri ketika

membasuh anggota wuduk.
 Dan banyak lagi…………..

PERKARA YANG MEMBATALKAN WUDUK

Terdapat 5 perkara yang membatalkan wuduk iaitu:

1. Apabila terkeluar sesuatu sama ada melalui qubul atau
dubur.

2. Tidur dalam keadaan tidak tetap papan punggungnya.

3. Hilang akal dengan sebab gila, mabuk atau sakit sep-
erti pitam.

4. Bersentuhan kulit di antara lelaki dan perempuan yang
bukan mahram tanpa alas/lapik.

5. Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain sama ada
lelaki atau perempuan tanpa alas atau pelapik walau
pun tanpa sengaja. Tetapi jika tersentuh dengan
belakang tapak tangan maka hukumnya tidak batal.

PRAKTIKAL WUDUK
PERTAMA : Membasuh kedua belah tangan disertai
dengan bacaan basmalah :

KEDUA : Berkumur-kumur dan memasukkan air ke da-
lam hidung sebanyak 3 kali.

KETIGA : Membasuh muka sebanyak 3 kali dengan diir-
ingi niat wuduk di dalam hati. Niatnya adalah seperti beri-
kut :

KEEMPAT : Membasuh tangan kanan dari hujung jari
hingga ke atas siku sebanyak 3 kali.

KELIMA : Membasuh tangan kiri dari hujung jari hingga
ke atas siku sebanyak 3 kali.

KEENAM : Menyapu sebahagian daripada kepala
dengan air sebanyak 3 kali.

KETUJUH : Menyapu kedua belah telinga dengan air
sebanyak 3 kali.

KELAPAN : Membasuh kaki kanan dari hujung jari hingga
ke buku lali termasuk di celah-celah jari sebanyak 3 kali.

KESEMBILAN : Membasuh kaki kiri dari hujung jari hing-
ga ke buku lali termasuk di celah-celah jari sebanyak 3
kali.

KESEPULUH : Membaca doa wuduk setelah selesai ber-
wuduk.

MANDI WAJIB

Rukun Mandi Wajib

3 perkara yang wajib dilakukan semasa mandi wajib :

1. Niat

2. membersihkan tubuh badan daripada najis sekiranya
ada.

3. meratakan air ke seluruh tubuh

Sunat-sunat Mandi Wajib

1. membaca basmalah
2. Berwuduk sebelum mandi
3. Mengosokkan tangan ke seluruh tubuh
4. Berturutan
5. Mendahulukan yang kanan daripada kiri

PERKARA-PERKARA YANG MEWAJIBKAN MANDI
Perkara-perkara yang mewajibkan mandi 6 perkara :
1. Jimak
2. Keluar air mani
3. Mati
4. keluar darah haid
5. Keluar darah nifas
6. Melahirkan anak


Click to View FlipBook Version