2 Perkara Halaman Tentatif Majlis 3 Ucapan Aluan Guru Besar 4 Ucapan Aluan Yang Dipertua Pibg 6 Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 40 7 Ahli Jawatankuasa PIBG 8 Ahli Jawatankuasa Kump. Sokongan Ibu Bapa (KSIB) 9 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40 2024 10 Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 39 2023 11-18 Laporan Penyata Kewangan PIBG berakhir 31 Disember 2023 19-20 Membentang dan Membahaskan Usul 21 Program PIBG bersama SKSS 2023 22 ISI KANDUNGAN
3 MASA PERKARA 8:30 Pagi 9:00 Pagi - Pendaftaran AJK/Ibu Bapa/Ahli PIBG - Ketibaan Jemputan Dan VIP - Nyanyian Lagu Negaraku - Bacaan Doa - Kata Aluan Pengerusi Majlis - Ucapan Aluan Guru Besar SK Sungai Siput En. Muhamad Karimie b Abd Rashid - Ucapan YDP PIBG SK Sungai Siput En. Mohd. Shafiee b. Hj. Othman - Ucapan Perasmian Oleh Dato’Hj Badrol Hisham bin Hj Hashim Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Getah Malaysia. - Penyampaian Sijil Penghargaan kepada AJK 2023/2024 Penyampaian Sijil Penghargaan dan Cenderahati kepada Dato’Hj Badrol Hisham bin Hj Hashim, Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Getah Malaysia. - Tayangan Video Program Sekolah 2023/2024 - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 40 bermula • Ucapan YDP PIBG. • Ucapan Penasihat PIBG . • Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke 39 Tahun 2023 • Perkara Berbangkit. • Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG berakhir Disember 2023. • Membentang Dan Membahaskan Usul-usul. • Pembubaran Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 • Perlantikan Jawatankuasa PIBG sesi 2024/2025 • Hal-Hal Lain. • Ucapan Penangguhan. TENTATIF MAJLIS
4 Assalamualaikum wbt, Salam Sejahtera Kepada warga PIBG SK Sungai Siput, Memanjatkan rasa kesyukuran kepada Tuhan, kerana memberikan kita ruang untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PIBG ke 40 pada tahun ini. Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua sekolah kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru, yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dan usaha dalam meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. Ia juga untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 anjakan ke 9 juga menyatakan sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah. Mendapatkan maklum balas daripada PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru. Sehubungan dengan itu besarlah harapan kami, agar MAT ini digunakan sepenuhnya untuk: i. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid ii. Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah dan mempertingkatkan kemudahan di sekolah KATA ALU –ALUAN PENASIHAT PIBG SK SUNGAI SIPUT
5 KATA ALU –ALUAN YDP PIBG SK SUNGAI SIPUT iii. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara sekolah dengan masyarakat (sekolah untuk masyarakat dan masyarakat untuk sekolah) iv. Meningkatkan keceriaan premis sekolah supaya dapat mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan Semoga segala perkongsian ilmiah yang dibincangkan akan membawa SK Sungai Siput ke suatu tahap yang membanggakan selari dengan moto sekolah iaitu ‘Hidup Berilmu Memacu Kecemerlangan. Sekian. Terima Kasih. En. Muhamad Karimie b Abd Rashid Guru Besar SK Sungai Siput.
6 Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT dengan izin dan rahmatNya, dapat kita bersama-sama lagi bertemu dan menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-40 bagi Sesi 2024/2025. Terima kasih di atas kehadiran Tuan/Puan dan ibubapa sekalian. Sebagai platform perantara, PIBG SK Sungai Siput sentiasa memikirkan dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada seluruh warga sekolah dalam memantapkan pembangunan pendidikan, prasarana, sahsiah kendiri, imej dan identiti sekolah. Justeru kolaborasi dan sokongan dari semua pihak dalam segenap aspek amatlah perlu bagi memastikan perlaksanaan yang sistematik dan pragmatik untuk hasil yang akan memberikan impak positif yang maksima dan seterusnya menjadi ‘role model’ resepi kejayaan kegemilangan sekolah. Jutaan terima kasih dah tahniah saya ucapkan kepada semua Warga SK Sungai Siput yang telah banyak memberi sumbangan tenaga dan kewangan secara langsung atau tidak dalam membantu pihak sekolah dan PIBG khususnya menjayakan setiap aktiviti dan program. Justeru, ayuh semua kita kekalkan momentum hubungan dan jaringan ‘ibarat isi dan kuku’ ini dalam permuafakatan komuniti kerana kita saling memerlukan untuk melaksanakan dan mencapai visi, misi dan matlamat dalam memacu aspirasi menuju keunggulan pembangunan dan kecemerlangan seluruh Warga SK Sungai Siput. Sekian, terima kasih. Mohd Shafiee b Hj Othman YDP PIBG SK Sungai Siput UCAPAN YDP PIBG SK SUNGAI SIPUT
7 PROTOKOL DAN JEMPUTAN • GURU BESAR • YDP PIBG • NYDP PIBG • GPK PENDAFTARAN • PN ROSEMARIA BT ABDULLAH • PN HABIBAH BT HASSAN JAMUAN VIP • PN ZAM SALINA BT ABD SAID • PN MASTURA BT HARUN • PN ZURAINI BT YUSUF JAMUAN WARIS • PN. ZAM ZALINI BT ABD SAID • PN. NUR FITERI JANNAH BT ABDULLAH • PN PATIMAH BT KAMIS • EN. MOHD RODIE B AHMAD JURUGAMBAR • EN NOR SHARIF AIMAN B NORSHAFRIZAL PENGACARA MAJLIS • EN. ASYRAFFUL SHAFIQ B. MOHD ARIF PENTAS • PN. MUNIRAH BT MOHAMAD REJAB • PN RA TAKNA A/P AI TING • PN ZAWIAH BT ISMAIL DEWAN/KEBERSIHAN • EN. HAZAROL B HALIM • EN RAMLI B IBRAHIM • EN MOHD HASHIM B HANAFI • EN. ZAINAL B SAAD BUKU MINIT MESYUARAT DAN LAPORAN DOKUMENTASI PN NOOR FARILA BT OMAR PENCATAT MINIT • CIK NUR FARZANA BT FAKHRUDDIN • PN. ZAWIAH BT ISMAIL BANNER • EN MOHD RIZUAN B HASSAN TAYANGAN VIDEO/SIJIL • EN. MOHD HAFIZZUDDIN AFIF B ROAN BACAAN DOA • EN. MOHD NASRUDDIN B. ABD HALIM CENDERAHATI/SIJIL • PN. MAIMUNAH BT DIN • PN. NUR HUSNA SYAFINAS BT MD SAAD BUKU PROGRAM/SIARAAYA • EN. MOHD SHUHAIMI B NAZRI JAWATANKUASA KERJA
AJK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT SESI 2023/2024 PENASIHAT : EN.MUHAMAD KARIMIE B. ABD RASHID YANG DIPERTUA PIBG : EN. MOHD. SHAFIEE B. HJ. OTHMAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG : EN. MOHD. NAZRI B. RAHIM SETIAUSAHA : PN. NOOR FARILA BINTI OMAR BENDAHARI : PN. MASTURA BT HARUN AJK GURU : EN.MOHD SYAZWAN ANAS B. MUSA EN. ASYRAFFUL SHAFIQ B. MOHD. ARIF EN.MOHD NASRUDDIN B ABD HALIM PN.ZAWIAH BT ISMAIL AJK WARIS : PN ROSEMARIA BT ABDULLAH PN RAT TAKNA A/P AI TING PN ZAM ZALINI BT ABD SAID EN MOHD RODIE B AHMAD EN RAMLI B IBRAHIM JURU AUDIT : EN. HAZAROL B HALIM EN ZAINAL B SAAD (IBU BAPA)
9 KUMPULAN SOKONGAN IBU BAPA (KSIB) SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT SESI 2023/2024 PENASIHAT : EN. MUHAMAD KARIMIE B ABD RASHID YANG DI PERTUA PIBG : EN. MOHD. SHAFIEE B. HJ. OTHMAN NAIB YANG DIPERTUA PIBG : EN. MOHD. NAZRI B. RAHIM SETIAUSAHA PIBG : PN NOOR FARILA BT OMAR BENDAHARI : PN MASTURA BT HARUN KETUA BIRO * : PN RAT TAKNA A/P AI TING BIRO AKADEMIK : PN ZAM SALINA BT ABD SAID BIRO SUKAN /KECERIAAN : PN HABIBAH BT HASSAN BIRO SAHSIAH DAN DISPLIN : EN MOHD HASHIM B HANAFI
10 Agenda Mesyuarat Agung PIBG kali Ke 40 Tahun 2024 ❖ Ucapan YDP PIBG. ❖ Ucapan Penasihat PIBG . ❖ Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung kali ke 39 2023. ❖ Perkara Berbangkit. ❖ Membentang dan meluluskan Penyata Kewangan PIBG Berakhir 31 Disember 2023. ❖ Membentang Dan Membahaskan Usul-usul. ❖ Pembubaran Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa KSIB sesi 2023/2024 ❖ Perlantikan Jawatankuasa PIBG dan Jawatankuasa KSIB sesi 2024/2025 ❖ Hal-Hal Lain. ❖ Ucapan Penangguhan.
11 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-39 SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SIPUT TARIKH : 24 Jun 2023 (Sabtu) MASA : 9:00 Pagi TEMPAT : Dewan SK Sungai Siput PERASMI : Pn. Siti Nur Binti Ahmad Pengurus Stesyen Minyak Petronas Pendang. Kehadiran : 1. En. Mohamad Karimie b. Abd Rashid ( Penasihat PiBG) 2. En. Mohd Shafiee b. Hj. Othman (YDP PIBG) 3. En. Mohd Ghadafi b. Mohd Ghazali ( PK Pentadbiran) 4. En. Mohd Rizuan b. Hassan ( PK Ko Kurikulum) 5. En. Mohd. Nazri b Rahim (NYDP PIBG) 6. Pn. Noor Farila bt Omar ( Setiausaha PIBG) 7. Pn. Mastura bt Harun ( Bendahari PIBG) 8. En. Hazarol b. Halim ( Juru Audit) 9. En. Nasruddin b Abd Halim (AJK GURU) 10.En. Mohd. Syazwan Anas b. Musa (AJK Guru) 11.Pn. Mohd Asyrafful Shafiq b Mohd Arif (AJK Guru ) 12.Pn. Zawiah bt Ismail (AJK Guru) 13. En. Mohd.Rodie b Ahmad ( AJK Waris) 14.En. Ramli b Ibrahim ( AJK Waris) 15.Pn.Rat Tak Na a/p Ai Ting (AJK Waris) 16.Pn. Zam Zalini bt Said( AJK Waris) 17.Pn. Zam Salina bt Said ( AJK Waris) 18.Pn. Maimunah bt Din ( Juru Audit) 19. Pn. Asmahani bt Md. Saad (Ketua Biro Akademik) 20. ( Ketua Biro Sukan dan Keceriaan) 21.Pn. Nurul Huda bt Mustapa ( Ketua Biro Pembangunan dan Sahsiah) 22.Pn. Munirah bt Mohamad Rejab (Guru) 23.Cik Nur Farzana bt Fakhruddin (Guru) 24.En. Zulkifli b Ahmad (guru) 25.En. Mohd Hafiz b Ahmad ( Guru ) 26.Pn. Zuraini bt Yusuf ( Guru Kafa)
12 27.Pn Patimah bt Kamis (Guru Kafa) 28.Pn. Nur Fiteri Jannah bt Abdullah ( Guru Kafa) 29.Pn. Rosemaria bt Abdullah 30.Pn. Nur Izzati bt Razak 31.Pn. Nor Asiah bt Ayub 32.Pn. Siti Rohana bt Mohammad 33.Pn. Amrah bt Rahim 34.En. Mohd Alif b Rahim 35.En. Mohd Zaidi b Shafie 36.Pn. Asmaliza bt Md.Saad 37.Pn. Rozita bt Shaari 38.Pn. Nurul Nadia bt Mohd Ali 39.Pn. Watna a/p Chean 40.Pn. Amira Nasyrah bt Zolkepli 41.Pn. Norfitrah bt Zahari 42.Pn. B Champa a/p Cherom 43. Pn. Siti Mariam bt Abd Aziz 44.Pn. Zuraidah bt Isa 45.Pn. Nor Ain bt Hussain 46.Pn. Suwali a/p Chai 47.Pn.Norsilawati bt Mustaffa 48.Pn.Nur Fatin Hatikah bt Md Rejab 49.Pn. Cik Norlia Bt Che Lah 50.En.Mohd Hashim Bin Hanafi 51.Pn. Rozaida Bt Mat Isa 52.En. Mohd Saiful b. Md Saad 53.Pn. Siti Juhaini bt Jamuin 54. En. Azelan b Sulaiman 55.Pn. Koriah bt Awang Saad @ cha 56.Pn. Nor Hazirah bt Yusof 57.Pn. Norlaila bt Abd Khadir 58.Pn.Nor Faseha bt Che Omar 59.Pn. Kamariah bt Said 60.Pn. Latipah bt Abdullah 61.Pn. Habibah bt Hassan 62.Pn. Wan Zainab bt Wan Yaakub 63.Pn. Sommin a/p Enang 64.Pn. Nor Aziawati bt Abd Majid 65.Pn. Nur Syuhada br Ramzan AGENDA MESYUARAT : 1. Aluan Yang Dipertua PIBG 1.1.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua waris yang hadir.Menurut beliau lagi, kehadiran para waris dalam mesyuarat PIBG atau program yang berkaitan adalah bukti bahawa semua waris SK Sungai Siput sentiasa memberi sokongan kepada barisan pentadbir dan para guru sekolah ini untuk bersama-sama menjayakan agenda pendidikan ke arah kecemerlangan. 1.2.Menurut beliau lagi, kekuatan sesuatu persatuan adalah didokong sepenuhnya oleh pemuafakatan ahli dan juga jawatankuasa persatuan. AJK yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang dimiliki
13 oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang dirancang. Beliau amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buah fikiran dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini.Beliau juga memaklumkan pemilihan jawatankuasa PIBG dan KSIB bagi sesi 2023/2024 akan di buat setelah pembentangan usul. Makluman : Semua Ahli PIBG 2. Ucapan Penasihat PIBG 2.2 Beliau mengalu-alukan kedatangan semua ibu bapa dan waris dalam MesyuaratAgung PIBG kali ke 39 dan beliau berharap semua waris bersamasama pihak sekolah membina sebuah keluarga SK Sungai Siput selari dengan hasrat kerajaan dalam usaha membina keluarga Malaysia untuk membangunkan kembali SK Sungai Siput supaya dapat berada di tahap yang lebih cemerlang bersama-sama dengan sekolah yang lain di daerah Pendang. 2.3 Menurutnya lagi, Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) merupakan pemuafakatan bagi membina kesefahaman di antara pihak sekolah dan ibu bapa. Di samping itu, PIBG juga mempunyai peranan saling melengkapi terhadap fungsi KPM dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang kondusif terhadap semua guru dan murid di sekolah. 2.4 Berikut adalah maklumat berkaitan dengan pencapaian SK Sungai Siput bidang Kokurikulum dan Kurikulum: 2.4.1 Ping Pong MSSK Suku Akhir Peringkat Negeri Kedah 2.4.2 Tempat ke 3 Cabaran Hutan(TKRS) Peringkat Negeri Kedah 2.4.3 Kejohanan Boling Tenpin Penyertaan Peringkat Negeri Kedah 2.4.4 Kejohanan Ragbi MSSK Seorang Murid Sk Sungai Siput Mewakili Sekolah Ke Peringkat Negeri 2.4.5 Pingat Emas Sintok Internasional Games & Gamification 2022 (Sigg 2022) Universiti Utara Malaysia Sintok. 2.4.6 Tempat Ke 3 Pengurusan Nilam Terbaik Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kedah 2022 2.4.7 Tempat Ke 5 Pusat Sumber Cemerlang (Skm) Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri Kedah. 2.4.8 Pingat Perak,Project Rugby Multyply,Internasional Invention,Innovationand Design Competition 2023 Anjuran Kolej Vokasional Tanah Merah Uitm Kelantan.
14 2.5 Seterusnya, beliau berharap ibu bapa menggunakan pendekatan musyawarah sekiranya timbul sebarang masalah atau salah faham. Masalah disiplin, ponteng dan tingkah laku murid perlu diselesaikan secara bersama dengan merujuk kepada pihak pentadbiran sekolah. Makluman : Semua Ahli PIBG 3.Membentang Dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke 38 3.1 Puan Noor Farila selaku setiausaha PIBG membentangkan minit mesyuarat Agung PIBG kali ke 38. Cadangan Pengesahan : Pn. Che Puteh bt Abdullah Sokongan :Pn. Nur Fiterri Jannah bt Abdullah 4.Perkara Berbangkit Tiada 5. Membentang Dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG 2022 Berakhir 31 Disember 2022 5.1 Pn. Mastura bt Harun membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember tahun 2022 dengan merujuk pada buku program di halaman 20 hingga 21. Cadangan Pengesahan : Pn. Nang Norita bt Nik Ayob Sokongan : Pn. Siti Rohana bt Mohammad 6. Membentang dan membahaskan usul-usul 6.1 Usul 1 : Wang Sumbangan PIBG sebanyak RM50.00 bagi sebuah keluarga untuk setahun. Pembawa Usul : Pn. Zam Salina bt. Abd. Said Cadangan Usul di terima: Pn. Rat Tak Na a/p Ai Ting Sokongan : Semua Ahli PIBG 6.2 Penasihat PIBG menjelaskan bahawa kutipan sebanyak RM50.00 tersebut meliputi keseluruhan bayaran untuk keceriaan dan kertas peperiksaan. 7. Pembubaran Jawatankuasa PIBG SK SUNGAI SIPUT 2022/2023
15 7.1.En. Mohd Shafiee b Othman mengucapkan terima kasih kepada semua AJK PIBG bagi sesi 2022/2023atas sumbangan khidmat bakti yang telah diberikan seterusnya beliau membubarkan Jawatankuasa PIBG dan KSIB SK Sungai Siput 2022/2023. 7.2.Beliau menyerahkan kepada En. Mohd Rizuan b Hassan sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan majlis seterusnya membuka ruang kepada ahli PIBG untuk perlantikan baru Jawatankuasa PIBG 2023/2024. 8. Pemilihan Perlantikan Jawatankuasa PIBG Sesi 2023/2024 8.2 Penasihat PIBG memaklumkan perlantikan ahli jawatnkuasa guru telah dilantik oleh pihak pengurusan pentadbiran sekolah. Setiausaha dan Bendahari PIBG di kekalkan jawatan tersebut pada sesi 2023/2024. 8.3 Jawatan YDP PIBG dikekalkan melalui cadangan Pn. Maimunah bt Din. Cadangan tersebut disokong oleh semua ahli PIBG. 8.4 Pengerusi majlis membuka cadangan jawatan Naib Yang Dipertua PIBG kepada semua ahli PIBG. 8.5 En. Mohd Rodie b Ahmad mencadangkan En.Mohd Nazri b Rahim dilantik sebagai Naib Yang dipertua (NYDP) PIBG. Cadangan tersebut disokong oleh Pn. Nur Syuahadah bt Ramzan. 8.6 Pn. Siti Rohana bt Mohammad mencadangkan cadangan untuk jawatan NYDP PIBG ditutup dan disokong oleh Pn. Nang Norita bt Nik Ayob. 8.7 Pengerusi majlis membuka cadangan untuk perlantikan ahli jawatankuasa PIBG seramai 5 orang ahli dari kalangan ibu bapa. 8.7.1 Pn. Rose Maria bt Abdullah Cadangan : Pn. Nur Syakinah bt Kasa Sokongan : Pn. Che Puteh bt Abdullah 8.7.2 Pn. Rat Takna a/p Ai Ting Cadangan : Pn. Maimunah bt Din Sokongan : Pn. Nor Hazirah bt Yusof 8.7.3 Pn. Zam Zalini bt Abd Said Cadangan : Pn.Nang Norita bt Nik Ayob Sokongan : Pn. Nur Syuhadah bt Ramzan 8.7.4 En. Mohd Rodie b Ahmad Cadangan : Pn. Norsilawati bt Mustaffa Sokongan : Pn. Nor Shamsuria bt Mustaffa 8.7.5 En. Ramli b Ibrahim Cadangan : En. Mohd Rodie b Ahmad
16 Sokongan : Pn. Nor Shamsuria bt Mustaffa 8.8 Juru Audit Dalaman : En Zainal b Saad Cadangan : Pn maimunah bt Din Sokongan : Mohd Hashim b Hanafi. 9. Pemilihan Perlantikan Jawatankuasa Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) 9.1 Ketua Biro :Pn. Rat Takna a/p Ai Ting Cadangan : Pn Zam Zalini bt Abd Said Sokongan : En. Hasim b Hanafi 9.2 Biro Sukan dan Keceriaan : Pn. Habibah bt Hassan Cadangan : En. Ramli b Ibrahim Sokongan : Pn. Nor Sahamsuria bt Mustaffa 9.3 Biro Akademik : Zam salina bt abd Said Cadangan : Nang norita bin Nik Ayob Sokongan : Nur Syakinah bt Kasa 9.4 Biro Pembangunan Sahsiah : En Mohd hashim b Hanafi Cadangan : En zainal b saad Sokongan : En Ishak b Hassan 10. Hal-hal lain 10.1 Pn. Zuraini bt Yusof selaku guru Kafa memohon maaf di atas ketidak hadiran semua guru kafa pada mesyurat jawatankuasa yang lalu. 10.2 Beliau juga memaklumkan telah mendaftar semua murid Islam Tahun 5 untuk peperiksaan UPKK. Beliau juga memberi peringatan kepada waris agar menyerahkan pengesahan supaya murid menduduki peperiksaan UPKK tersebut. Selain itu beliau juga meminta waris sentiasa memberi galakkan kepada anak-anak untuk hadir ke kelas KAFA. 10.3 Pn. Noor Farila bt Omar meminta semua waris supaya sentiasa memastikan buku teks dibalut dengan plastik lut sinar dan memantau penggunaan buku teks tersebut mengikut jadual waktu. Beliau juga berharap ibu bapa sentiasa
17 menasihati anak-anak supaya menjaga buku teks supaya tidak rosak dan hilang. 10.4 Pn. Zawiah bt Ismail memaklumkan hanya 16 permohonan on line prasekolah yang mendaftar. Beliau berharap semua ibu bapa dapat war-warkan kepada penduduk kampung dan sekitarnya untuk mendaftar kemasukan prasekolah yang masih dibuka. Makluman : Semua ibu bapa/ waris/ penjaga murid SK Sungai Siput 11. Ucapan Penangguhan 11.1 En. Muhamad Karimie b Abd Rashid selaku penasihat PIBG mengucap jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa PIBG sesi 2022/2023 dan tahniah kepada Jawatankuasa PIBG serta Jawatankuasa KSIB 2023/2024 yang telah dilantik serta semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke 39 bagi tahun 2023. 11.2 Beliau juga memaklumkan bahawa pada 8hb Julai 2023 akan diadakan Kejohanan Sukan Tahunan sekolah dan berharap semua ibu bapa dan waris dapat hadir bersama-sama memeriahkan kejohan tersebut disamping memberi semangat kepada anak-anak yang terlibat dalam acara sukan. 11.3 Beliau juga meminta ibu bapa dan waris menyediakan kelengkapan solat untuk murid kerana sebelum murid balik mereka akan solat zohor berjemaah di surau sekolah. 11.4 Guru besar juga berharap supaya ibu bapa sentiasa memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah sama ada kelas pagi mahupun ke kelas KAFA supaya anak -anak SK sungai Siput tidak tercicir dalam pelajaran. Beliau juga berharap semua waris dan ibu bapa sentiasa memberi kerjasama dengan pihak sekolah dalam meningkatkan pretasi akademik dan sahsiah anak-anak SK Sungai Siput. 11.5 YDP PIBG, En. Mohd. Shafiee b. Hj. Othman berterima kasih kepada semua guru SKSS kerana sentiasa memberi komitmen dalam menjalankan tugas yang diamanahkan sebagai pendidik. Makluman : Semua Waris dan Guru SK Sungai Siput
18 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12:30 tengahari Setiausaha PIBG YDP PIBG SK SUNGAI SIPUT SK SUNGAI SIPUT 6 Julai 2023
19PENYATA KEWANGAN PIBG SK SUNGAI SIPU(BUKU TTARIKH PENERIMA / PENDAPATAN JUMLAH (RM) TA31.12.2022 BAKI SEMASA DI TANGAN 262.20 08.0212.01.2023 Sumbangan waris PIBG 2022 2 keluarga 80.00 07.02.2023 Pengeluaran dari bank 1500.00 24.0Kutipan Majlis Sambutan Hari Raya 820.00 04.07Sumbangan BKG Majlis Jamuan Hari Raya 286.00 23.06.2023 Sumbangan ibu bapa/ waris (Mesyuarat Agung PIBG 2023) 530.00 20.826.06.2023 Bayaran Sumbangan PIBG 2023 220.00 01.0823 .06.2023 Sumbangan Chalat D Bendang Mak Teh 300.00 07.0903.07.2023 Sumbangan ibu bapa/waris /guru (Temasya Sukan Sekolah) 375.35 28 .001.08.2023 Sumbangan ibu bapa/waris/guru (Program Bubur Assyura) 302.00 24.1005.09.2023 Bayaran sumbangan PIBG 2023 50.00 30.128.09.2023 Pengeluaran dari bank 500.00 23.11.2023 Bayaran sumbangan PIBG 2023 150.00 27/11/2023- 14/12/2023 Bayaran sumbangan PIBG 2023 2760.00 JUMLAN TERIMAAN 8135.55
9 UT MULAI 31.12.2022 HINGGA 31.12.2023 TUNAI) RIKH PERBELANJAAN/PEMBAYARAN/DIBANKKAN JUMLAH (RM) 2.2023 Hari Anugerah Kecemerlangan 2022 1500.00 Majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah 1106.00 6.2023 Mesyuarat Agung PIBG 2023 622.90 7.2023 Temasya sukan sekolah 2023 751.35 Catur 150.00 8.2023 Kejohanan olahraga MSSD Pendang 2023 150.00 8.2023 Program Bubur Asyura (PIBG RM100.00) 402.00 9.2023 Minuman (gotong-royong madani peringkat sekolah) 50.00 09.2023 Program Hari Keputeraan Nabi Muhammad( S.A W) Maulud Nabi 200.00 0.2023 Perkhemahan Unit Beruniform SKSS 2023 200.00 2.2023 *Dibankkan 2500.00 DIBANKKAN 2500.00 JUMLAH PERBELANJAAN 5132.25 BAKI SEMASA DI TANGAN 503.35
20PENYATA KEWANGAN PIBG SK SUNGAI SIPU(BANTARIKH PENERIMA / PENDAPATAN JUMLAH (RM) TA31.12.2022 BAKI SEMASA DI BANK 3,112.94 07.0Sumbangan Petronas Pendang 2000.00 28.030.12.2023 Bayaran Sumbangan PIBG 2023 2500.00 JUMLAN TERIMAAN 7612.94
0 UT MULAI 31.12.2022 HINGGA 31.12.2023 NK) ARIKH PERBELANJAAN/PEMBAYARAN/DIBANKKAN JUMLAH (RM) 02. 2023 Pengeluaran duit 1500.00 09.2023 Pengeluaran duit 500.00 JUMLAH PENGELUARAN 2000.00 BAKI SEMASA DIBANK 5612.94
21 USUL-USUL YANG AKAN DIBAHASKAN DALAM MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE 40 A. Usul Waris Nama Pembawa Usul Usul Pn. Norhazirah bt Yusuf Nama Anak : Nur Adriana husna bt Muhd Asroy Kelas : 3 Bijak • Mengadakan kempen kebersihan tandas di kalangan murid. B. Usul Jawatankuasa PIBG Nama AJK Usul Pn. Zam Salina bt Abd Said • Mesyuarat Jawatankuasa PIBG bertarikh 21 Mei 2024 mencadangkan kutipan Wang Sumbangan PIBG sebanyak RM60.00 untuk sebuah keluarga. Pn. Rosemaria bt Abdullah • Setiap program sekolah yang melibatkan murid, pihak PIBG akan memberikan sumbangan wang mengikut keperluan program tersebut. • Setiap guru yang membawa murid untuk program luar sekolah akan di beri duit minyak menngikut jarak kilometer dari sekolah. C. Usul Guru Nama AJK Usul En. Mohd Rizuan b Hassan • Beliau mencadangkan pihak PIBG menyumbang duit makan murid RM10.00 bagi seorang murid yang terlibat dengan aktiviti atau program luar sekolah. En. Mohd Hafiz b Ahmad • Beliau mencadangkan kutipan dana melalui tiket nasi kawah dengan harga RM10.00 seorang.
22 SENARAI PROGRAM PIBG & SKSS TAHUN 2023 BIL PROGRAM 1 Hari Pendaftaran Tahun 1 2 Hari Anugerah Kecemerlangan 3 Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke 39 Tahun 2023 4 Jamuan Hari Raya 5 Merentas Desa 6 Kejohanan Sukan Sekolah 2023 7 Kacau Bubur Asyura Bersama PIBG Dan Pd Zon 5 8 Jamuan Penutup Hari Kemerdekaan 9 Dialog Pretasi Dan Hari Pelaporan 10 Gotong RoyongMadani 11 Bantuan Keperluan Dapur 12 Maulidur Rasul Bersama PIBG 13 Kem Bestari Solat 14 Lawatan Sambil Belajar ke Alor Setar/Jitra 15 Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu 16 Program Sifar Ponteng 17 Program Ziarah Cakna 18 Pembinaan Pondok Menunggu Murid
23 PENGHARGAAN Yang dipertua PIBG, En. Mohd. Shafiee b. Hj. Othman Guru Besar SK Sungai Siput, En. Muhd Karimie b Abd. Rashid, Guru-guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru-guru dan staff sokongan Ahli Jawatankuasa PIBG /KSIB merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada: semua waris yang telah memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 40 bagi tahun 2024.