ISI KANDUNGAN Isi Kandungan i Kata Aluan Pengarah Kolej Vokasional Gerik ii Visi dan Misi Bahagian Pendidikan Dan Latihan Teknikal Vokasional iii Sejarah Kolej Vokasional Gerik iv Carta Organisasi Pengurusan Kolej Vokasional Gerik 1 Carta Organisasi Jabatan Teknologi Maklumat 2 Carta Organisasi Jabatan Umum Kolej Vokasional Gerik 3 Pengenalan Jabatan Teknologi Maklumat 4 Program Teknologi Maklumat Pengenalan Kursus 5 Tempoh Pengajian 5 Kaedah Latihan 5 Peluang Kerjaya 6 Matlamat Pendidikan Program 6 Objektif Pendidikan Program (PEO) 6 Hasil Pembelajaran Program (PLO) 7 Matriks PEO-LO 8 Matriks PLO-PEO 9 Struktur Program 10 Pelan tapak Makmal 1 & Makmal 2 11 Maklumat Pensyarah Program Teknologi Maklumat 12 Unit Perhubungan dan Latihan Industri 13 Unit Jabatan Penilaian dan Pentaksiran 17 Unit Sokongan Akademik 21 Bahagian Pengurusan Jaminan Kualiti 23 Majlis Perwakilan Pelajar 24 Hala Tuju Pelajar 26
KATA ALUAN PENGARAH KOLEJ VOKASIONAL GERIK Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum w.r.t. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, setiap Jabatan di Kolej Vokasional Gerik telah berjaya menyiapkan Student Handbook. Perkara-perkara yang dimuat di dalam buku ini diharap dapat memberi informasi yang positif kepada pelajar-pelajar selaras dengan matlamat, visi dan misi kolej. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada pihakpihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Student Handbook ini. Informasi yang dimuatkan amat berguna sebagai rujukan pelajar-pelajar sepanjang berada di kolej ini. Selain daripada itu, dalam usaha membangunkan modal insan, kolej memberi tumpuan kepada sistem nilai, aspek disiplin, sahsiah, akhlak dan jati diri pelajar. Teras ini juga berhasrat melahirkan pelajar yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran. Seterusnya, bagi merealisasikan hasrat ini, para pelajar perlu mengamalkan cara hidup dan perancangan masa yang efektif serta mematuhi setiap peraturanyang telah ditetapkan bagi melahirkan pelajar yang berkualiti dan bersahsiah tinggi. Akhir kata, saya mengharapkan agar Student Handbook ini menjadi rujukan berguna pelajar untuk merancang masa dan aktiviti harian dan aktiviti jangka panjang serta mendapatkan maklumat awal bagi membuat pengurusan diri pada masa kini dan akan datang. Sekian, terima kasih. HAJAH NOOR AZIZAH BINTI MUSA Pengarah, Kolej Vokasional Gerik
VISI DAN MISI BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL VISI BPTV “Peneraju pendidikan teknikal dan vokasional yang unggul” MISI BPTV “Memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional melalui pelaksanaan program yang berkualiti”
SEJARAH KOLEJ VOKASIONAL GERIK Sekolah Menengah Teknik Gerik (SEMETRIK) merupakan satu projek dalam Rancangan Malaysia Keenam (1995-1999), dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam program Pendidikan Teknik dan Vokasional. Sekolah ini mula dibina pada 1hb November 1997 dan siap pada 25hb November 1999. SEMETRIK telah dirasmikan oleh Dato' Seri Mohd Najib binTun Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia. SEMETRIK terletak 4 kilometer dari BandarGerik dengan keluasan 20.32 hektar. Terdapat satu blok pentadbiran dan tiga blok akademik. Disamping itu, terdapat juga kemudahan asas yang lain seperti dewan besar, kantin, surau yang boleh memuatkan 800 pelajar, tujuh blok asrama (tiga blok asrama perempuan dan empat blok asrama lelaki) dan dewan makan asrama. Selain itu terdapat juga kemudahan lain seperti padang bola, gelanggang takraw, gelanggang bola jaring dan gelanggang badminton. Sekolah ini menawarkan tiga kursus iaitu Pengajian Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, dan Pengajian Kejuruteraan Mekanikal kepada 229 pelajar sesi ini. Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Mohd Sopian bin Bahauddin manakala Penolong Kanan Pentadbiran Encik Yahya bin Abd Rahman, dibantu oleh dua belas guru dan sembilan orang pekerja sokongan yang merupakan kakitangan perintis sekolah ini. Kini kakitangan sekolah ini telah bertambah dan kesemuanya seramai 136 orang. Kolej Vokasional Gerik beroperasi dengan sistem kolej secara keseluruhannya bermula tahun 2014. Sistem pengajiannya adalah 30 peratus akademik dan 70 peratus menumpukan kepada kemahiran. Waktu pembelajaran juga akan dipanjangkan iaitu daripada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kemasukan bermula daripada peringkat lepasan Penilaian Tingkatan Tiga (PT3). Untuk memasuki kolej ini, pelajar-pelajar lepasan PT3 yang melepasi syarat-syarat kelayakan ditetapkan boleh memohon. Sebanyak lapan semester atau empat tahun perlu ditamatkan bagi memperoleh diploma. Mereka juga tidak perlu lagi menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Keistimewaan pertama yang dapat kita lihat kepada graduan lepasan kolej ini ialah memperoleh diploma di usia muda. Mereka juga bakal menjadi rebutandi pasaran kerjaya kerana memiliki kemahiran yang tinggi iaitu sehingga ke tahap empat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Malah, beruntungnya kerana pengajian dibiayai sepenuhnya. Dengan menyasarkan bahawa graduan kolej ini sebanyak 10 peratus akan menjadi usahawan, 70 peratus terus bekerja manakala 20 peratus lagi melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. Kelebihan pengajian kemahiran di sini juga bagi melahirkan graduan yang tidak hanyamemiliki mentaliti ‘makan gaji’ tetapi mampu mengusahakan perniagaan sendiri. Walaupun fokus utama kepada peningkatan kemahiran, kerajaan juga memperkenalkan modul-modul insaniah bagi meningkatkan lagi kebolehan pasaran. ‘Soft Skills’ juga ditekankan di sini supayapara pelajar bukan hanya cemerlang di dalam kemahiran mereka malah gemilang di dalam faktor ‘persembahan diri dan komunikasi.
Pengurusan Pentadbiran 8 2.1 CARTA ORGANISASI PENGURUSAN KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2024 PENGARAH Pn. Hjh. Noor Azizah Binti Musa TIMB. PENGARAH AKADEMIK Tn. Hj. Mohamad Ramli Bin Salleh KJ TEK. MEKANIKAL & PEMBUATAN (GK Teknikal) En. Mohd Suhardy Bin Zainal KU PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI Pn. Kamasuriati Binti Mohd Nowawi PENYELARAS PUSAT BERTAULIAH Pn. Hamidah Binti Mohd Taha KJ PENILAIAN & PENTAKSIRAN Pn. Hjh. Rosmawati Binti Sharudin UNIT PRASEKOLAH Cik Athirah Binti Haromaini KP TEK. MEKANIKAL Pn. Hazalifah Binti Zainal Abidin KU PENSIJILAN (DVM) Pn. Nurnazuha Binti Mohd Zainuddin KU PENTAKSIRAN (DVM) Pn. Murniza Binti Ismail KU PENTAKSIRAN (SVM) Cik Amira Hanani Binti Mahamad Rabaai KU PENSIJILAN (SVM) Pn. Suhana Binti Abdul Karim PENYELARAS MPAK Pn. Nori @ Nori Hafiza Binti Zakaria PENYELARAS SKM Pn. Hamidah Binti Mohd Taha PENYELARAS MUET En. Muhammad Syahmi Bin Abd Rahman PENYELARAS BM SETARA Pn. Nurul Alina Binti Abd Rahman PENYELARAS INTERVENSI Tn. Hj. Mohd Ashri Bin Othman PENTAKSIRAN PROGRAM KP TEK. PEMBINAAN Cik Afiqah Binti Zakaria KP PENGURUSAN PERNIAGAAN Pn. Suriayanti Binti Mohd Rashid KP PERAKAUNAN Pn. Zunaini Binti Kamrulzaman KP TEK. SISTEM KOMPUTER & RANGKAIAN En. Wan Md Lutfy Bin Md Asri KP TEK. PENG. PANGKALAN DATA & APLIKASI WEB Ts. Muhammad Bin Ismail KP BAKERI & PASTRI Cik Lailatulsyahirah Binti Anuar KP SENI KULINARI Pn. Siti Hamidah Binti Mohd Sabri KU BAHASA Pn. Zuraida Binti Abu Bakar KU SAINS & MATEMATIK Pn. Nor Hayati Binti Abu Bakar KU KEMANUSIAAN Pn. Adilah Binti Abu Hassan KU TERAS UMUM Pn. Ruhul Atikah Binti Mohd Hussain KJ TEK. AWAM (GK Vokasional) En. Mohd Noh Bin Ahamad KJ PERNIAGAAN Pn. Norhasliza Binti Hanipah KJ TEK. MAKLUMAT Pn. Shafina Binti Mohamed Salleh KJ HOSPITALITI Pn. Norhayati Binti Mohamed KJ PENDIDIKAN UMUM En. Mohmad Fadlillah Bin Mamat KU HAL EHWAL PELAJAR Tn. Hj. Mohd Ar Firdaus Bin Mohd Arshad KU PEMBANGUNAN & PENYELENGGARAAN Pn. Nur Azlin Binti Mohd Din KU SUKAN & KO-KURIKULUM En. Shamsudin Bin Che Kasim KU PSIKOLOGI & KERJAYA En. Muhammad Raiyan Bin Muhamad Termizi KU PUSAT SUMBER Pn. Razimah Binti Ahmad Zaidei KU TEKNOLOGI MAKLUMAT Tn. Hj. Mohd Idris Bin Ismail KU PERHUBUNGAN AWAM En. Mohd Zulkiffly Bin Abdul Manaf KU PENGURUSAN KOLEJ KEDIAMAN En. Mohamad Farid Bin PT KEWANGAN Abu Hassan En. Ismail Bin Yusof En. Rosli Bin Abdul Bakar PT PENTADBIRAN Pn. Maslizah Binti Mokhtar TIMB. PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK Tn. Hj. Sirusmini Bin Sidik KETUA JAMINAN KUALITI Pn. Norazfida Hanim Binti Mohamad Arif KETUA PEMBANTU TADBIR MAJLIS PERMUAFAKATAN KOLEJ VOKASIONAL 6
7
ZULAIKAH FARAHHAH BT IDRIS NOREHAN BINTI ALIAS NUR HANIS AMIRA BINTI YOSRI MOHD FAIZ BIN MAT LAZIM TN.HJ.MOHAMAD RAMLI BIN SALLEH TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK NORHAYATI BINTI ABU BAKAR KETUA PROGRAM KETUA JAMINAN KUALITI PENGARAH TIMBALAN PENGARAH SOKONGAN AKADEMIK TENAGA PENGAJAR FARAH NASYIRAH BINTI OTHMAN MUHAMMAD ZULHAIRI BIN AB SATAR WAN MD LUTFY BIN MD ASR HJH. NOOR AZIZAH BIN MUSA MURNIZA BINTI ISMAIL TN.HJ.SIRUSMINI BIN SIDIK NORAZFIDA HANIM BINTI MOHAMAD ARIF SUHANA BINTI ABDUL KARIM MUHAMMAD HELMI BIN YUSOFF HAMIDAH BT MUHD TAHA CARTA ORGANISASI PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT CHAI JIN YING KETUA JABATAN SHAFINA BT MOHAMED SALLEH AFZAIAIZAT BIN ABDULLAH TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR TENAGA PENGAJAR PEN. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT MOHMAD FADLILAH BIN MAMAT WAN MD LUTFY BIN MD ASRI 8
PENGENALAN JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT Jabatan Teknologi Maklumat telah mula ditubuhkan sejak tahun 2014 yang diketuai oleh Puan Shafina binti Mohamed Salleh sebagai Ketua Jabatan dengan dibantu oleh 15 orang tenaga pengajar. Jabatan ini dibahagikan kepada dua program iaitu Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web dan Teknologi Maklumat. Setakat ini, jabatan ini mempunyai 113 orang pelajar yang sedang mengikuti pengajian pada peringkat SIijil Vokasional Malaysia (SVM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM). Terdapat pelbagai fasiliti telah disediakan oleh kerajaan dalam membantu para pelajar untuk menjalankan proses pembelajaran dengan baik. Program Teknologi Maklumat menyediakan dua makmal komputer dan satu bengkel kerja beserta dengan pelbagai peralatan untuk kemudahan sesi pengajaran dan pembelajaran bagi pelajar program ini. 9
PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT Pengenalan Kursus Kursus ini menawarkan latihan teori dan amali yang menumpukan pembentukan pengetahuan serta kemahiran dalam teknologi maklumat. Sepanjang tempoh latihan, pelajar akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya. Di penghujung kursus, pelajar mesti boleh menyediakan keperluan pengguna, keperluan rangkaian, keperluan kemudahan dan keperluan sumber manusia menggunakan peralatan, bahan dan kaedah yang bersesuaian. Pelajar juga boleh melaksanakan kerja-kerja konfigurasi, menguji, memulih, menyelenggara dan menaiktaraf sistem komputer. Selain itu, ia juga menekankan aspek dokumentasi teknikal dalam pengurusan projek berkaitan komputer sistem. Pelajar perlu menjalani latihan di tempat kerja (On Job Training) selama 5 bulan bagi meningkatkan kemahiran yang telah diperolehi semasa di kolej ke tempat kerja yang sebenar Tempoh Pengajian 8 Semester 5 Bulan On-the Job Training Kaedah Latihan PERINGKAT PENILAIAN BERTERUSAN (%) PENILAIAN AKHIR (%) SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA (SVM) 70 30 DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA (DVM) 60 40 10
Peluang Kerjaya Graduan yang telah menamatkan kursus ini dengan jayanya akan mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang sewajarnya serta bersedia untuk memasuki bidang yang berhubung kait dengan bidang sistem komputer. Prospek pekerjaan yang boleh diceburi adalah sebagai pembantu jurutera, pembantu pentadbir sistem, penyelia atau juruteknik sistem komputer. Peluang pekerjaan bidang ini terdapat dalam sektor pengkomputeran seperti penghasilan iklan, perisian multimedia dan laman web. Selari dengan perkembangan Multimedia Super Coridor (MSC), peserta kursus dalam bidang ini dijangka tidak akan mengalami kesulitan untuk mendapatkan pekerjaan dengan pendapatan baik. Matlamat Pendidikan Program Matlamat program Diploma Teknologi Maklumat ialah untuk membentuk Pembantu Jurutera /Juruteknik yang bersedia menyertai pasaran kerja, usahawan yang berdaya saing, dan mampu melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Objektif Pendidikan Program (PEO) 11
Hasil Pembelajaran Program (PLO) BPLTV telah menetapkan sebelas (11) PLO yang perlu bagi sesebuah program yang dilaksanakan di KV berdasarkan sebelas Hasil Pembelajaran KPM, iaitu di mana di akhir setiap program, pelajar KV akan dapat: 1. Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Maklumat. [LO1] 2. Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Maklumat [LO2] 3. Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Maklumat. [LO3] 4. Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens. [LO4] 5. Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat. [LO5] 6. Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya. [LO6] 7. Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan. [LO7] 8. Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial. [LO8] 9. Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan. [LO9] 10. Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data. [LO10] 11. Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. [LO11] 12
Matriks PEO-LO 13
Matriks PLO-PEO PROGRAMME LEARNING OUTCOME (PLO) PROGRAMME EDUCATIONAL OUTCOMES (PEO) PEO 1 PEO 2 PEO 3 PEO 4 PLO 1 Menjelaskan kefahaman secara sistematik berkaitan pengetahuan teori dan teknikal untuk melaksanakan pelbagai tugasan rutin dan bukan rutin dalam bidang Teknologi Maklumat; X PLO 2 Mengaplikasi pelbagai kemahiran praktikal, kaedah dan prosedur untuk melaksanakan tugasan dalam bidang Teknologi Maklumat; X PLO 3 Menggunakan kemahiran mentafsir, mengaplikasi dan menilai serta menyelesaikan masalah spesifik berkaitan bidang Teknologi Maklumat; X PLO 4 Berkomunikasi secara lisan dan bertulis dengan jelas serta berkesan dalam menyampaikan idea, informasi dan menyelesaikan masalah kepada pelbagai audiens; X PLO 5 Berinteraksi dengan berkesan secara individu atau berpasukan dan berkhidmat kepada masyarakat; X PLO 6 Berinisiatif untuk kemajuan diri dalam aspek pembelajaran sepanjang hayat dan perkembangan kerjaya; X PLO 7 Menunjukkan kompetensi keusahawanan dalam bidang berkaitan; X PLO 8 Mematuhi etika profesional dan organisasi dalam persekitaran pekerjaan serta sosial; X PLO 9 Mempunyai kepimpinan, autonomi dan kebertanggungjawaban yang signifikan; X PLO 10 Menggunakan pelbagai aplikasi digital untuk menyokong aktiviti pembelajaran serta mencari dan memproses data; X PLO 11 Menginterpretasi data numerik dan grafik berkaitan bidang. X Adaptasi daripada Jadual 1. Mapping of Program Learning Outcomes (PLO) against the Programme Educational Objective (PEO), Mapping of COPPA 2nd Edition 2017 (ms 38) 14
STRUKTUR PROGRAM KOLEJ VOKASIONAL, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BIDANG : TEKNOLOGI MAKLUMAT PROGRAM : DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT L P T CR-HR L P T CR-HR L P T CR-HR L P T CR-HR L P T CR-HR KOD SI S2 S3 S4 S5 MPU2312 PENGAJIAN ISLAM MPU2322 PENGAJIAN MORAL MPU2232 / ETIKA PROFESIONALISME 2 0 0 2 MPU2172 / PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN 2 0 0 2 MPU2412 / KHIDMAT KOMUNITI 2 0 0 2 MPU2222 / ENGLISH FOR COMMUNICATION 2 0 0 2 4 0 0 4 6 0 0 6 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 10 11 DKB1343 / DATABASE FUNDAMENTALS 1 3 1 3 UMC1112 / MATEMATIK KOMPUTERAN I 1 0 2 2 UFM1112 / PENGURUSAN KEWANGAN 2 0 1 2 DKB2243 / SERVER INSTALLATION AND CONFIGURATION 1 3 1 3 UMD2032 / DISCRETE MATHEMATICS 1 0 2 2 UMC2122 / MATEMATIK KOMPUTERAN II 1 0 2 2 UES3012 / KEUSAHAWANAN 2 0 0 2 DKB3052 / FINAL YEAR PROJECT 1 1 2 0 2 UEB3012 / ENGLISH FOR BUSINESS 2 0 0 2 DKB4044 / FINAL YEAR PROJECT 2 1 6 0 4 4 3 4 7 3 3 5 7 5 2 0 6 1 6 0 4 0 0 0 0 24 27 DKB1113 / INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM AND NETWORK 2 0 1 3 DKB1022 / COMPUTER SYSTEM SETUP AND REPAIR 1 3 0 2 DKB1333 / NETWORK CABLING INSTALLATION AND MANAGEMENT 1 3 1 3 DKB1352 / INTERNETWORKING PROTOCOL 1 2 0 2 DKB2312 / SWITCHING AND ROUTING MANAGEMENT 1 2 0 2 DKB2323 / COMPUTER NETWORK SETUP AND CONNECTIVITY 1 3 1 3 DKB2032 / COMPUTER SYSTEM MAINTENANCE AND MANAGEMENT 1 2 0 2 DKB3313 / SERVER MAINTENANCE ADMINISTRATION 1 3 1 3 DKB3323 / COMPUTER NETWORK SECURITY DEPLOYMENT 1 3 1 3 DKB3333 / COMPUTER NETWORK MAINTENANCE MANAGEMENT 1 3 1 3 DKB3343 / PROGRAMMING LANGUAGE 1 3 1 3 DKB4213 / ADMINISTERING SERVER 1 3 1 3 DKB4323 / COMPUTER SYSTEM AND NETWORK PROCUREMENT 1 2 1 3 DKB4033 / SYSTEM ANALYSIS AND DESIGN 2 2 0 3 5 8 2 10 3 7 1 7 4 12 4 12 4 7 2 9 0 0 0 0 38 42 ELA3312 / BAHASA ARAB I ELM3312 / MANDARIN I ELA4322 / BAHASA ARAB II ELM4322 / MANDARIN II ESD4012 / KEMAHIRAN DINAMIKA 2 0 0 2 ECC4022 / KOKURIKULUM - PERMAINAN 2 0 0 2 0 0 0 0 0 0 0 0 2 0 0 2 6 0 0 6 0 0 0 0 8 9 DJT50110 / ON-THE-JOB TRAINING 10 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 10 13 11 6 21 12 10 6 20 11 14 4 20 11 13 2 19 10 0 0 10 JAM KREDIT PERTEMUAN 10 11% MPU 24 27% TERAS 38 42% PENGKHUSUSAN 8 9% ELEKTIF 10 11% ON-THE JOB TRAINING 90 100% JUMLAH KREDIT JUMLAH JAM PERTEMUAN SEM 1 JUMLAH JAM-KREDIT MPU VERSI MAC 2021 0 JUMLAH JAM-KREDIT 0 10 6 SEM 4 0 4 9 0 0 21 30 JUMLAH JAM-KREDIT ELEKTIF JUMLAH JAM-KREDIT OJT 20 28 0 10 19 26 10 6 12 2 0 20 29 0 0 JUMLAH JAM / KREDIT ON-THE JOB TRAINING JUMLAH KESELURUHAN 0 0 JUMLAH JAM-KREDIT TERAS 7 JUMLAH JAM-KREDIT PENGKHUSUSAN 7 7 10 CUTI SEMESTER MATAPELAJARAN PENGAJIAN UMUM ELEKTIF ON-THE-JOB TRAINING 90 JUMLAH KREDIT SEM 2 SEM 3 4 6 SEM 5 0 0 2 DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT TAHUN 1 PENGKHUSUSAN SEMESTER 1 KOD KURSUS / JUMLAH JAM / KREDIT MPU JUMLAH JAM / KREDIT TERAS TERAS NAMA KURSUS 2 0 JUMLAH JAM / KREDIT ELEKTIF 2 0 0 2 JUMLAH JAM / KREDIT PENGKHUSUSAN SEMESTER 2 TAHIN 2 SEMESTER 4 KESELURUHAN CUTI SEMESTER TAHUN 3 KESELURUHAN 90KESELURUHAN KESELURUHAN 10 11 SEMESTER 5 CUTI SEMESTER SEMESTER 3 CUTI SEMESTER 2 0 0 2 15
Pelan tapak Makmal 1 & Makmal 2 16
MAKLUMAT PENSYARAH PROGRAM TEKNOLOGI MAKLUMAT BIL NAMA PEGAWAI JAWATAN & GRED NO TELEFON KELULUSAN 1 Encik Wan Md Lutfy bin Md Asri PPP DG 41 012-9212072 014-5201487 B.Edu Information Technology Hons, UPSI 2 Cik Chai Jin Ying PPP DG 41 010-3776623 B.Edu Information Technology Hons, UPSI 3 Encik Muhammad Helmi bin Yusoff PPP DG 41 019-5523763 B.Edu Computer Aided Design Technology Hons, UPSI 4 Encik Muhammad Zulhairi bin Ab Satar PPP DG 41 01158377384 B.Edu Information Technology Hons, UPSI 5 Puan Hamidah binti Muhd Taha PPP DG 48 01158201137 B.Edu Electric (Hons) ,OUM 6 Cik Zulaikah Farahhah binti Idris PPP DG 41 01158377383 B.Edu Information Technology Hons, UPSI 7 Puan Norehan binti Alias PPP DG 41 011-32096383 B.Edu Information Technology Hons, UPSI 17
UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI Unit Pehubungan dan Latihan Industri kolej bertanggungjawab menyelaras program latihan industri pelajar dan berhubung dengan firma serta jabatan-jabatan mengenai latihan praktikal pelajar. Penubuhan unit ini adalah bertujuan untuk mengatur dan mengendalikan permohonantempat latihan, mengenal pasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan dan penilaian latihan industri ketika latihan. Unit ini dibantu oleh Penyelaras Latihan Industri di peringkat jabatan masing-masing. Latihan industri merupakan merupakan salah satu syarat yang diwajibkan dalam sistem kolej vokasional, setiap pelajar peringkat diploma mesti menjalani latihan industri. Tempoh latihan adalah 5 bulan, dan pelajar dihantar menjalani latihan di pelbagai jenis firma dan jabatan di seluruh negara. Unit ini akan berusaha untuk menempatkan pelajar - pelajar di tempat latihan yang sesuai dan berdekatan dengan tempat tinggal pelajar dan yang boleh memberi manfaat kepada pelajar. 18
ON-THE-JOB TRAINING Adalah satu syarat wajib bagi pelajar program Diploma Vokasional Malaysia (DVM) disemua Kolej Vokasional, ILKA ILKS dan IPTA yang melaksanakan program tersebut. Bertujuan untuk mendedahkan bakal graduan kepada situasi pekerjaan sebenar serta meningkatkan tahap mampu kerja. OJT diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang sedia ada disamping memberi peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman didunia pekerjaan sebenar supaya dapat mempertingkatkan kebolehpekerjaannya Skop OJT Setiap program harus merangka skop latihan berpandukan kepada kurikulum program akademik dan vokasional untuk memudahkan industri/organisasi luar merangka rancangan latihan pelajar. Objektif OJT Selepas melengkapkan OJT, pelajar harusnya mampu: i. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja ii. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat iii. Mengamalkan kerja berpasukan iv. Profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan kaedahkaedah di dalam organisasi v. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang ditetapkan Syarat Mendaftar OJT Pelajar dibenarkan mendaftar OJT setelah memenuhi syarat berikut; Telah mengambil semua kursus prasyarat, menduduki dan lulus modul Employability Skills. Dilindungi Insurans. Memiliki GREEN CARD bagi bidang yang berkeperluan. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Pengarah Kolej Vokasional dari semasa ke semasa. 19
Persediaan Sebelum OJT Pelajar boleh memohon penempatan OJT dengan menggunakan kaedah berikut: i. Melalui UPLI UPLI menyenaraikan senarai organisasi latihan yang boleh dipohon melalui UPLI. Serahkan resume kepada UPLI untuk urusan permohonan. Membuat persediaan untuk ditemuduga oleh syarikat (sekiranya perlu). Menyemak status permohonan melalui UPLI. ii. Memohon sendiri ke organisasi yang dipilih Pelajar boleh membuat permohonan sendiri dengan menggunakan surat permohonan rasmi dengan menyertakan resume dan borang jawapan setelah berbincang dengan Pensyarah Penyelia OJT (PPO). Semasa OJT Buku log harian perlu dibawa setiap hari dan diisi oleh pelajar berdasarkan kerja yang dilakukan sepanjang OJT. Buku ini juga akan disemak oleh PPO semasa melakukan pemantauan. Surat pengesahan tamat OJT pula perlu disediakan oleh pelajar diakhir tempoh tamat OJT bagi melengkapkan syarat sah tamat OJT ini. PPO akan melakukan pemantauan pelajar semasa OJT dengan mengisi borang maklumbalas penyeliaan pensyarah. Pihak organisasi dan pelajar juga diminta mengisi borangmaklumbalas OJT semasa pemantauan ini dilaksanakan. Tamat OJT Selepas tamat tempoh 5 bulan OJT, pelajar perlu menghantar buku log dan laporan akhir dari tarikh 2 minggu selepas tamat OJT. Pelajar perlu melapor diri di Kolej Vokasional bagi menghadiri sesi temuduga dan pembentangan bersama PPO masing-masing. 20
CARTA ORGANISASI UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI UNIT PERHUBUNGAN & LATIHAN INDUSTRI | 2024 MUHAMMAD SYAHIR BIN MANSOR SITI KHAIRIAH BINTI SIDIK NOREHAN BT ALIAS NURUL WAZNAH BT MD NOR NUR SHAFINAZ BT MOHD FAZIL NUR NATASYA UMIRA BT TUMAN FAZIATUN BT ZAINAL WAN NOR FARHANA BT WAN ZULKIFLY Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri Penyelaras Program Teknologi Kimpalan Setiausaha Penyelaras Program Pengurusan Perniagaan Penyelaras Program Seni Kulinari Penyelaras OJT Kolej Penyelaras Program Bakeri & Pastri Penyelaras Program Teknologi Sistem Pengurusan Pangkalan Data & Aplikasi Web Penyelaras Program Teknologi Pembinaan KAMASURIATI BT MOHAMAD NOWAWI MUHAMMAD SHAHIR BIN MUHAMMAD SHARIF Penyelaras Program Perakaunan MUHAMAD ZULHAIRI BIN AB SATAR Penyelaras Program Teknologi Maklumat 21
JABATAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN Unit Pentaksiran dan Penilaian bertanggungjawab menyediakan jadual penilaian dan pentaksiran untuk setiap semester. Jabatan ini merancang dan menubuhkan JK Pembinaan Item dan skema pemarkahan mengikut program. Selain itu, jabatan ini juga bertanggungjawab memproses keputusan pentaksiran berterusan (PB) dan penilaian akhir (PA) untuk mendapatkan keputusan keseluruhan pelajar. Di samping itu, jabatan ini juga menguruskan kaedah dan bentuk pelaporan keputusan penilaian dan pentaksiran Sistem Mata Penggredan Di kolej vokasional penilaian prestasi pelajar adalah berdasarkan sistem mata penggredan iaitu Purata Nilai Gred (PNG) dan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK). Keputusan pentaksiran pelajar di penghujung setiap semester di sertakan dengan PNG dan PNGK yang memberikan gambaran tentang pencapaian pelajar. Kaedah penilaian pelajar dari segi jangka masa, kepelbagaian, pemberatan, kriteria dan liputannya di dokumen dan disampaikan kepada pelajar melalui: 1. Hebahan secara lisan oleh staf akademik serta mengedarkan course outline kepada pelajar semasa sesi perkuliahan di awal semester. 2. Kaedah penilaian disampaikan kepada pelajar melalui : a. Taklimat Peperiksaan b. Taklimat Program c. Taklimat Projek Tahun Akhir d. Taklimat Latihan Industri 3. Bentuk Penilaian a. Kaedah Pentaksiran berterusan yang boleh dilaksanakan adalah seperti: Kuiz Tugasan Amali Pembentangan Ujian Kertas Kerja b. Penilaian Akhir (setiap kursus yang mempunyai penilaian akhir) 22
4. Pemberatan Pentaksiran Berterusan (PB) dan Penilaian Akhir (PA) Kursus Pentaksiran Berterusan Penilaian Akhir Pemberatan Pelaksanaan Pemberatan Pelaksanaan Pendidikan Umum 30% Sepanjang semester (SVM) 70% Akhir semester (SVM) 60% Sepanjang semester (DVM) 40% Akhir semester (DVM) Vokasional 70% Sepanjang semester (SVM) 30% Akhir semester Amali (SVM) (50%) Teori (30%) Amali (20%) Teori (10%) 60% Sepanjang semester (DVM) 40% Akhir semester (DVM) Amali (40%) Teori (20%) Amali (30%) Teori (10%) 5. Kriteria Gred Markah Gred Tahap Pencapaian Akademik Tahap Kompetensi Vokasional Nilai Gred Nilai Gred 90 – 100 A 4.00 Cemerlang 4.00 Kompeten Cemerlang 80 – 89 A- 3.67 3.67 Kompeten Baik 70 – 79 B+ 3.33 Baik 3.33 65 – 69 B 3.00 3.00 Kompeten 60 – 64 B- 2.67 2.67 55 – 59 C+ 2.33 Lulus 2.33 Belum Kompeten 50 – 54 C 2.00 2.00 45 – 49 D+ 1.67 Gagal 1.67 40 – 44 D 1.33 1.33 35 – 39 D- 1.00 1.00 0 – 34 E 0.00 0.00 23
Pelajar layak untuk tujuan Penganugerahan Diploma setelah : Kompeten semua kursus Vokasional dengan PNGV minima 2.67 (B-) Lulus semua Kursus Pendidikan Umum Menjalani dan lulus OJT Diperakui oleh Jawatankuasa Akademik Kolej Diperakui oleh Jawatankuasa Senat 24
UNIT SOKONGAN AKADEMIK i. Unit Hal Ehwal Pelajar Unit ini merancang, mengurus, memantau dan menilai program pengambilan pelajar, pembangunan pelajar termasuk hal-hal berkaitan peraturan dan disiplin. Unit juga bertanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berfungsi dengan baik, kebajikan, kesihatan dan keselamatan pelajar terjamin semasa berada di kolej. ii. Unit Sukan dan Kokurikulum Unit ini merancang, mengurus, memantau dan menilai program sukan dan kokurikulum yang ditubuhkan di kolej bagi mencapai objektif yang ditetapkan oleh pihak BPTV. Unit ini juga berfungsi untuk memastikan kemudahan dan perkhidmatan sukan dan peralatan memenuhi keperluan program. Di samping itu, unit ini juga memberi khidmat pakar semasa bertugas sebagai jurulatih/pegawai dalam kursus yang dianjurkan oleh KPM. Senarai Kemudahan Untuk Sukan Dan Rekreasi adalah sepeti jadual di bawah: BIL. SENARAI KEMUDAHAN KUANTITI 1. Dewan Terbuka 1 2. Dewan Besar 1 2. Padang Bolasepak 1 3. Padang Bola Jaring 1 4. Gelanggang Bola Tampar 2 5. Gelanggang Tenis 1 6. Gelanggang Badminton 1 7. Gelanggang Petanque 1 8. Gelanggang Sepak Takraw 1 9. Pondok Riadah Dan Isti Rehat 4 iii. Unit Psikologi dan Kerjaya Unit ini bertanggungjawab untuk merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program psikologi dan kerjaya yang berfaedah, menyelia dan menyelaras program dan aktiviti kaunseling dalam aspek pengembangan, pencegahan, pemulihan dan intervensi. Selain itu, unit ini turut memastikan pelajar-pelajar mendapat perkhidmatan yang terbaik sepanjang mereka berada di kolej. 25
iv. Unit Pusat Sumber Unit Pusat Sumber bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau dan menilai program-program dan aktiviti-aktiviti Pusat Sumber bagi menyokong program pendidikan di kolej ini. Unit ini juga memastikan mereka menyediakan rujukan bagi para pelajar untuk mendapatkan bahan rujukan berkaitan program-program diikuti. Di Pusat Sumber juga turut menyediakan kemudahan capaian internet. Antara kemudahan dan fasiliti lain yang disediakan ialah : Satu bilik APD Pusat Akses v. Unit Pengurusan Asrama Unit ini bertanggungjawab merancang, mengurus, memantau pengurusan asrama termasuk aktiviti-aktiviti pembangunan insaniah pelajar .Bagi memastikan kebajikan pelajar terjaga, unit ini juga berperanan untuk merancang,menyelaras dan memantau kemudahan fizikal dan prasarana asrama kolej. vi. Unit Teknologi Maklumat Unit ini bertanggungjawab merancang, menyelaras dan menyelia program-program ict dan teknologi untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan .Unit ini juga membantu kolej dalam proses pembudayaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran vii. Unit Perhubungan Awam Unit ini bertanggungjawab merancang dan menyelaras pengurusan perhubungan awam dan agensi luar. Seterusnya unit ini juga mengenalpasti entiti komuniti yang relevan untuk menjalin hubungan dengan industri. viii. Unit pembangunan dan penyelenggaraan Unit ini merancang mengawal selia dan memantau projek-projek kecil pembangunan dan kerja-kerja penyelenggaraan fizikal di kolej. Unit ini juga memastikan keadaan fizikal bangunan padang dan persekitaran kolej berada dalam keadaan baik untuk menjamin keselamatan pelajar. 26
BAHAGIAN PENGURUSAN JAMINAN KUALITI Sistem Pengurusan Jaminan Kualiti ini diwujudkan bagi memenuhi visi dan misi penubuhan kolej dan memenuhi kehendak negara. Selain itu, bahagian ini juga menjadi sumber rujukan dalam proses penyediaan dokumen akreditasi MQA. Bahagian ini juga merancang dan mengawal selia pelaksanaan proses-proses Penjaminan Kualiti 4P bagi memastikan perjalananpenilaian berterusan dan penilaian akhir kolej mematuhi SOP pentaksiran yang telah ditetapkanoleh BPTV dan Lembaga Peperiksaaan Malaysia dipatuhi. Bahagian Jaminan Kualiti juga bertanggungjawab menyebar luas amalan kepimpinan terbaik di semua peringkat pengurusan kolej bagi meningkatkan profesionalisme melalui maklum balas pelanggan dan aduan pelanggan. Di samping itu, bahagian in turut merancang, mengawal selia, dan memantau pelaksanaan Program Amalan Berkualiti 5S di kolej serta mengurus dan mengawal selia program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( OHSAS - Occupation Health And Safety Assessment Series for Health and Safety Management Systems ). Bahagian ini dipertanggungjawabkan juga untuk menyelaras pembudayaan inovasi dan penyelidikan 27
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) adalah organisasi tertinggi bagi pelajar-pelajar di kolej ini. MPP merupakan medium perantara di antara pelajar dengan Pengurusan Kolej untuk membincangkan isu-isu semasa yang berkaitan dengan pelajar. Pelantikan dan pencalonan MPP berdasarkan undian melalui pilihanraya 28
Carta Organisasi Ahli Majlis Ter�nggi (AMT) PRESIDEN MUHAMMAD FARHAN BIN ADNAN NAIB PRESIDEN MUHAMMAD ALIFF MUHAIMIN BIN MOHD MUHAIZAL BENDAHARI PUTERI MARIA ELYNA BINTI MUHAMAD FAIRUSKHAN SETIAUSAHA 1 WAHEEDA WAFIN BINTI KAHARUDDIN SETIAUSAHA 2 SHAFI SHAMIL BIN NASROL ISWAN 29
CARTA ORGANISASI AHLI MAJLIS MESYUARAT (AMM) MONUSHWARAN A/L RAMALINGAM NORASHIKIN BINTI ABDUL AZIM EXCO SUKAN DAN SENI KEBUDAYAAN NUR AINUN BASHIRAH BINTI MOHD FAIZUL ARIF AL-HAKIM BIN MOHAMAD RIDUAN NUR 'ATIKAH SOFYA BINTI MUHAMAD AMMAR NURFAEZAH BINTI MOHD FAIZAR AZAM KISWA BIN MOHD FAISAL MARSYA ILMI BINTI ZAIRUL EXCO DISIPLIN PELAJAR EXCO RESIDENSI DAN PELAJAR LUAR KOLEJ EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI 30
CARTA ORGANISASI AHLI MAJLIS MESYUARAT(AMM) NOOR ALIA NATASHA BINTI ABDUL RAHMAN ULFATUN ALIAH BINTI SHAHARANI MUHAMMAD ADAM IMAN BIN SHAHARIMAN NUR DAFIEDA BINTI AZNAL HELMI MOHAMAD ZULHARISHAM BIN ROSLI LILY NUR ALESHA SYUHADA BINTI AIDIL FAUZI MUHAMMAD HAIQAL BIN MOHD HIDIR AMINI DHURATUL EIMAN BINTI SHAMSOL EFINDE MUHAMMAD FARIS DARWISY BIN MOHD ARIS MUHAMAD FARHAN ADRUCE BIN MOHAMAD MUZAFFAR NURUL ALEYA MAISARAH BINTI MUHAMAD ROSLAN EXCO ADUAN PELAJAR EXCO KEROHANIAN EXCO PERHUBUNGAN LUAR DAN KHIDMAT KOMUNITI EXCO KEBAJIKAN EXCO KEUSAHAWANAN EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA 31
HALA TUJU PELAJAR 32