The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afiq fikri znw, 2024-05-20 22:39:40

E-Bulletin RMC-3rd Edition 2023

Bulettin 3

MenarikEdisiini 04-9284771 www.rmc.uum.edu.my RMC Relevent.Idea.Motivate.Creativity Bil. 03 Edisi Nov-Dis 2023 eISSN : 3009-0148 Chairman’s Mind: Future & Chal enges


04-9284771 www.rmc.uum.edu.my Sintok, Kedah Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023 RMC


04-9284771 www.rmc.uum.edu.my Sintok, Kedah Cetakan Pertama, Edisi Nov-Dis 2023 Diterbitkan oleh: PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC) Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 04-9284771 Faks: 04-9284756 © 2023 Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Hak cipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa cara sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Universiti Utara Malaysia, 06010 Sintok, Kedah Darul Aman, Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan e-book Buletin RMC eISSN : 3009-0148


Unit Pemantauan, RMC Perutusan Pengarah RIMC Help Desk Pemantauan Membantu Penyelidik Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat RICES 2.0 Prof. Madya Dr. Masnita Misiran (CETMA) Sustainalytics: Analisis Prestasi Pusat Kitar Semula Muscling The Mussels Farming Community Maulidur Rasul Pupuk Rasa Cinta Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) Prof. Dr. Siti Hadijah binti Che Mat Projek Kambing untuk Rakyat (PROKar) Unit Kebajikan RMC Plogging for Nature K A N D U N G A N 1 2 3 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 Prof. Dr. Siti Hadijah Binti Che Mat Basmi Miskin Tegar Perutusan TNCPI Prof. Dr. Russayani Ismail Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023 Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Sumber, RMC Bengkel Strategic Excellent Management and Leadership in Research Unit Latihan, UUM dan Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Chairman’s Mind: Future and Challenges Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) MOU UUM-MyIPO Prof. Madya Dr. Mohamad Khadafi Bin Hj. Rofie Unit Tugas Khas dan Paiwaian (UTKP) Pencapaian R&D 2023


Sidang Redaksi PENASIHAT Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat EDITOR UTAMA Muhammad Hafiz Mohd Ghazali Nor Zamza Zuraidah Mohd Najib PENAUNG Prof. Dr. Russayani Ismail Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) Universiti Utara Malaysia 06010 UUM Sintok Kedah Darul Aman Tel: 04-9284771 Faks: 04-9284756 Laman web: www.rmc.uum.edu.my Emel: [email protected] PENYELARAS BULETIN RMC DAN DITERBITKAN OLEH: PENYUMBANG BERITA Prof. Madya Dr. Nor Idayu Mahat (RICES 2.0) Prof. Dr. Siti Hadijah Che Mat (PROKar & BMT) Prof. Madya Dr. Khadafi (Maulidur Rasul) Unit Latihan Pendaftar, UUM Prof. Madya Dr. Masnita Misiran (CETMA) Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) Pusat Kerjasama Universiti -Industri (CUIC) Unit Tugas Khas dan Piawaian (UTKP) Unit Pemantauan, RMC Unit Pengurusan Bakat dan Penjanaan Sumber, RMC Kelab Kebajikan RMC EDITOR / REKABENTUK TEKS DAN GRAFIK


PERUTUSAN TNCPI 2023 Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera, Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua, sidang redaksi Buletin RMC berjaya menerbitkan edisi bulan November dan Disember 2023. Prestasi cemerlang dalam penyelidikan dan inovasi di UUM pada tahun 2023 adalah sesuatu yang patut dibanggakan. Usaha gigih daripada semua penyelidik tidak hanya memberikan manfaat kepada bidang masing-masing, tetapi juga memberi impak yang besar kepada masyarakat. Hasil kejayaan yang dikecapi pada tahun 2023 ini diharapkan dapat menjadi inspirasi untuk warga penyelidik untuk membawa lebih banyak kejayaan dan kemajuan dalam ekosistem penyelidikan di UUM. Selamat maju jaya dalam usaha yang akan dilakukan pada tahun 2024. Sekian. PROFESOR DR. RUSSAYANI ISMAIL TIMBALAN NAIB CANSELOR (PENYELIDIKAN DAN INOVASI), UUM 1


PERUTUSAN PENGARAH RIMC 2023 Tahun 2023 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Sebagaimana menjadi amalan di hampir semua organisasi, bulan Disember merupakan bulan yang paling padat dengan aktiviti merumuskan KPI tahunan organisasi dan perancangan strategik untuk tahun mendatang 2024. RMC tidak ketinggalan melakukan perkara yang sama. Refleksi terhadap semua pencapaian berkaitan Research, Development, Commercialisation and Innovation (RDCI) Universiti bagi tahun 2023 diteliti, seterusnya membawa kepada pembentukan strategi khusus untuk tahun 2024. Bagi tahun 2023, sumbangan 27 Pusat Kecemerlangan Universiti (UcoE atau SCoE) kepada RDCI adalah memberangsangkan. Hampir 60% geran penyelidikan yang didaftarkan dan sekitar 50% penerbitan berimpak datangnya daripada inisiatif Pusat Kecemerlangan. Statistik ini memberi gambaran tentang keupayaan Pusat Kecemerlangan Universiti untuk menjadi nadi utama kepada kemeriahan aktiviti-aktiviti RDCI. Sumbangan Pusat-Pusat Pengajian juga menunjukkan prestasi yang membanggakan teruatamanya dalam aktiviti Perundingan dan Latihan. Disebalik lakaran prestasi yang dilakarkan bagi tahun 2023, masih banyak agenda berkaitan RDCI yang perlu diperkemas bagi meningkatkan kualiti RDCI Universiti ke tahap yang lebih baik. Pendanaan geran-geran penyelidikan wajar distrukturkan sebaiknya agar para penyelidik Universiti mempunyai peluang merasai proses perkembangan from idea to impact. Manakala, latihan berteraskan RDCI wajar diperkukuh untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidik dalam bidang kepakaran masing-masing. Usaha berterusan semua pihak dalam menjayakan RDCI Universiti adalah amat dihargai dan diucapkan syabas. Teruskan berusaha dan proaktif dalam merealisasikan idea penyelidikan anda. Warga RMC sentiasa bersedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk semua. Akhir kalam, semoga kita semua kekal cemerlang pada tahun-tahun mendatang. Selamat Tahun Baharu. PROFESOR MADYA DR. NOR IDAYU BINTI MAHAT PENGARAH PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN (RMC), UUM 2


BERITA OLEH: PROF. MADYA DR. NOR IDAYU BINTI MAHAT Sejak diperkenal ekosistem penyelidikan dan inovasi melalui R.I.C.E.S 2.0 Blueprint pada tahun 2018, pengurusan penyelidikan yang bermula daripada cetusan idea sehinggalah kepada penghasilan hasil dan impak telah menunjukkan pelbagai kejayaan buat Universiti. R.I.C.E.S 2.0 merujuk kepada suatu ekosistem penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi (RDCI) yang menghubungkaitkan proses daripada cetusan idea yang duji secara sistematik melalui penyelidikan (research) kepada penghasilan hasil inovasi (innovation) dan seterusnya memberi impak yang bernilai dalam bentuk pengkomersialan (commercialisation), keusahawanan (entrepreneurship) dan pembangunan masyarakat (societal). Dalam ekosistem ini, dua kunci utama diketengahkan iaitu (i) kerjasama pakar dalam bidang yang pelbagai dan (ii) perkongsian amalan dengan masyarakat atau industri. Ekosistem RDCI bermula dengan fungsi menyediakan tenaga dan kepakaran penyelidik di peringkat Pusat Pengajian dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan (Centre of Excellence - CoE). Setiap penyelidik wajar diberi pentas untuk mengembangkan idea berpotensi mereka melalui projek penyelidikan menggunakan danadana yang disediakan oleh universiti atau melalui pendanaan luar. R.I.C.E.S 2.0: MEMACU USAHA KECEMERLANGAN PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN, PENGKOMERSIALAN DAN INOVASI UNIVERSITI Bagi mengurangkan beban penyelidik, RIMC bertanggungjawab mengurus tadbir geran penyelidikan serta memantau perkembangan pelaksanaan penyelidikan bagi pihak penyelidik. Sebahagian daripada projek penyelidik mungkin menghasilkan inovasi baharu yang berpotensi dipasarkan. Melalui ICC, penyelidik berpeluang melindungi inovasi yang dihasilkan serta meninjau keupayaan untuk memasarkan inovasi tersebut ke skala yang lebih luas. Bagi memantapkan keupayaan penyelidik untuk terus memasarkan inovasi mereka, maka CeDI dan anak syarikat Universiti diletakkan sebagai komponen hiliran utama dalam ekosistem RDCI. Ekosistem RDCI turut memberi nilai kepada limpahan positif penyelidikan kepada pemegang taruh yang lain seperti industri, masyarakat dan juga alam sekitar. Justeru, CUIC dan Living Campus tampil dalam ekosistem ini untuk menyediakan pentas bagi penyelidik membawa idea atau inovasi mereka kepada pemegang taruh yang bersesuaian. R.I.C.E.S 2.0 menuntut ketersambungan lancar antara pusat tanggungjawab (PTJ) atau unit dalam Universiti. Setiap entiti ini dihubungkan oleh satu titik persetujuan bersama agar setiap setiap projek penyelidikan yang telah diaktifkan oleh RIMC mempunyai laluan sehingga ianya mampu tiba ke hiliran ekosistem. 3


Keberkesanan R.I.C.E.S 2.0 dilakar menerusi beberapa projek penyelidikan yang berjaya melangkau fasa-fasa tertentu dalam ekosistem ini. Projek penyelidikan flagship seperti Hydrophonic oleh Prof. Dr. Shri Dewi Applanaidu dan projek Smart Water oleh Ts. Dr. Nur Hani Zulkifli Abai telah berjaya dikomersilkan, sekaligus membuktikan bahawa penyelidikan dalam bidang sains sosial juga mempunyai potensinya tersendiri. Kini, Universiti juga dikenali dengan flagship penyelidikan berteraskan pembangunan komuniti melalui Cyntok Bhatik yang berjaya memberi nilai tambah produk batik bermotifkan flora Hutan Sintok kepada komuniti setempat di Pendang, Kedah. Selain itu, projek komuniti seperti Kupang, cili fertigasi dan PROKar sedang dalam fasa pelaksanaan di sekitar Negeri Kedah, dan kita mengimpikan kejayaan projek-projek ini pada tahun mendatang. Perjalanan R.I.C.E.S 2.0 masih melalui fasa suai kenal (familiarization) dan perlu sentiasa dikemaskini agar menjadi budaya kepada penyelidik di UUM. Pemerkasaan tunjang kepada R.I.C.E.S 2.0 terutamanya penyelidik perlu konsisten agar Universiti tidak ketandusan bakat pada masa hadapan. Setiap PTJ / unit dalam R.I.C.E.S 2.0 perlu peka dengan perubahan dalam lanskap penyelidikan global agar tadbir urus pelaksanaan, peraturan dan kawalan terhadap projek penyelidikan tidak terjejas. Usaha mempelbagaikan sumber pendanaan projek penyelidikan melalui geran yang kompetetif akan terus diperkasa oleh RMC bagi menjadikan RDCI sentiasa subur di UUM. 4


B E R I T A O L E H : U N I T L A T I H A N P E N D A F T A R U U M D A N U N I T P E N G U R U S A N P E N Y E L I D I K A N ( R M C ) CHAIRMAN’S MIND: FUTURE AND CHALLENGES Prof. Dr. Mohd. Fo’ad Sakdan, Naib Canselor UUM dalam ucapan aluan beliau telah menzahirkan harapan agar pensyarah muda Universiti akan sentiasa bersemangat dan sentiasa seiring dengan hasrat Universiti untuk mencapai matlamat sebagai ‘The Eminent Management University’. Kedua-dua orang panel berkongsi pengalaman dan tips-tips berguna berkaitan persepsi industri semasa terhadap pengurusan pekerja, pengurusan organisasi dan proses transformasi strategik khususnya dalam inovasi dan penyelidikan. Oleh itu, program ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada komuniti kampus terhadap inspirasi Universiti dan pihak industri bagi memastikan universiti boleh bergerak maju seiring dengan matlamat industri memandangkan UUM merupakan pusat latihan dan ‘feeder human capital’ kepada industri. Unit Latihan, Jabatan Pendaftar dengan kerjasama RMC telah menganjurkan Program Chairman’s Mind : Future and Challenges bertempat di EDC-UUM pada 18 Disember 2023 yang lalu melibatkan 160 orang peserta di kalangan pensyarah muda Universiti Utara Malaysia (UUM). Program yang julung kali diadakan ini bertujuan sebagai salah satu bentuk libat urus antara pihak pengurusan tertinggi bersama-sama kakitangan Universiti. Program yang julung kali diadakan ini bertujuan sebagai salah satu bentuk libat urus antara pihak pengurusan tertinggi bersama-sama kakitangan Universiti. Program kali ini yang melibatkan pensyarah muda yang merupakan bakal peneraju UUM pada masa hadapan dengan memberikan pendedahan awal dengan kemahiran dalam kepimpinan strategik kontemporari bagi menyesuaikan diri untuk menghadapi cabaran dan membina kapasiti sebagai tindak balas dan memenuhi permintaan 'stakeholders' yang sentiasa berubah dan dinamik. Program berbentuk forum kali ini menampilkan dua (2) orang panel iaitu, Pengerusi LPU, UUM, Tan Sri Datuk Wira Dr. Hj. Mohd Shukor bin Hj. Mahfar dan Pengerusi UniUtama Holding Sdn. Bhd., Tn. Hj. Mohd Zuhri bin Abdullah manakala Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Prof. Madya Dr. Nor Idayu bertindak sebagai moderator. Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023 5


PERMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) ANTARA UUM DAN PERBADANAN HARTAINTELEK MALAYSIA Sebagai sebuah pusat tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan untuk menyelia dan menyelaras hal ehwal berkaitan harta intelek milik universiti. Permeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara UUM dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dibuat pada 4 Disember 2023. Bagi mengukuhkan lagi hasrat universiti untuk membantu para penyelidik di samping mencapai sasaran yang telah ditetapkan untuk mengekalkan dan meningkatkan pematuhan terhadap perundangan berkaitan harta intelek. Majlis berkenaan yang berlangsung secara maya disempurnakan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan dan Ketua Pengarah MyIPO, Encik Kamal Kormin. Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC) UUM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail atas sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap segala usaha yang dilaksanakan sehingga MoU ini berjaya dimeterai. BERITA OLEH: PUSAT INOVASI DAN PENGKOMERSIALAN (ICC) 6 Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023 (MyIPO)


Interior Plants Sustainalytics merupakan papan pemuka analitik yang direka untuk idaman Xchange Drive Thru Recycle Centre (DTRC) di kampus. Pembangunan DTRC merupakan satu-satunya Pusat Kitar Semula pandu lalu di dalam universiti di Malaysia, merupakan kerjasama Universiti Utara Malaysia dengan E-Idaman Sdn. Bhd. DTRC ini bertujuan untuk mendidik masyarakat dan warga kampus tentang kelestarian, sekaligus menyokong kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals-SDG). Pusat Kitar Semula ini memberikan kemudahan kepada warga kampus dan masyarakat setempat sekitar Sintok untuk mengamalkan aktiviti kitar semula dengan turut memberikan nilai gantian wang kepada barang-barang kitar semula tersebut. Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) telah mewujudkan papan pemuka khas untuk memantau keberkesanan Pusat Kitar Semula bagi memastikan projek ini berterusan dan berimpak tinggi. Sustainalytics dapat memaparkan data sebenar yang telah dikumpul melalui aplikasi Eidaman, sekaligus mampu mempamerkan secara ‘real-time’ kemajuan projek dari semasa ke semasa. Sehingga Oktober 2023, DTRC di UUM berjaya menyelamatkan 15,478 kg barang kitar semula daripada tapak pelupusan sampah (anggaran tahunan 93 pokok, 9,117 jam elektrik, 867 gelen minyak, 8.19 juta gelen air). Komuniti sekitar juga telah berjaya mendapat sebanyak RM7,446 daripada aktiviti kitar semula di DTRC ini. Projek seumpama ini diharap dapat membantu warga kampus dan masyarakat lebih cakna tentang amalan hijau dan kesedaran penjagaan alam sekitar. Manakala pembangunan papan pemuka Sustainalytics ini memperlihatkan dedikasi CeTMA kepada penghasilan inovasi yang mendokong ketelusan, kecekapan, dan kelestarian kepada perubahan progresif dan positif masyarakat dan negara. Papan pemuka ini juga mempamerkan bilangan sumber yang telah berjaya diselamatkan secara anggaran tahunan, sepanjang projek ini dijalankan. Sumber yang diperhatikan adalah bilangan pokok, penggunaan minyak, tenaga elektrik dan air. Rekaan papan pemuka ini dibuat dengan bersifat ‘cost-effective’, supaya ianya dapat dicontohi dan boleh dibangunkan dengan mudah dan murah oleh agensi atau pihak NGO yang tidak mempunyai bajet yang tinggi untuk proses pemantauan inisiatif hijau. SUSTAINALYTICS: ANALISIS PRESTASI PUSAT KITAR SEMULA 7 B E R I T A O L E H : P R O F . M A D Y A D R . M A S N I T A M I S I R A N ( C E T M A ) 4 Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023


Projek ini melibatkan 15 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia bumiputera B40 yang mempunyai minat yang mendalam terhadap penternakan Siput Sudu. Projek ini dijalankan di dua lokasi iaitu Pantai Teluk Bayu, Pantai Merdeka dan Pengkalan Tiram, Sungai Dedap di mana setiap lokasi masing-masing ditempatkan seramai tujuh dan lapan orang peserta. MUSCLING THE MUSSELS FARMING COMMUNITY DI KUALA SUNGAI MUDA, KEDAH Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima peruntukan dari Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sebanyak RM1.75 juta bagi projek “Muscling the Mussels Farming Community di Kuala Sungai Muda, Kedah di bawah Dana Pembangunan Usahawan Bumiputera (DPUB) 2020. Tempoh pelaksanaan projek adalah selama 5 tahun bermula Januari 2021 hingga Januari 2026. Terdapat lima (5) Inisiatif Projek (IP) bagi projek ini. IP1 bertanggungjawab terhadap penglibatan komuniti Bumiputera dalam sektor akuakultur; IP2 memfokuskan kepada pembinaan infrastruktur asas (rakit penternakan terapung) serta penternakan siput sudu; IP3 bertanggungjawab bagi sistem IoT bagi kawalan persekitaran ternakan siput sudu; manakala rantaian logistik dingin bagi hasil ternakan siput sudu dibawah IP4 dan IP5 berperanan dalam penjenamaan dan pemasaran hasil ternakan siput sudu. Secara keseluruhan, projek ini melibatkan 16 orang penyelidik dari UUM. Projek Muscling the Mussels Farming Community ini bakal memberi impak kepada komuniti dari aspek peningkatan pendapatan dan ekonomi luar bandar, meningkatkan keselamatan tahap makanan, membuka peluang pekerjaan dan menggalakkan aktiviti keusahawanan. Menerusi program yang dimulakan di lokasi pertama, Pantai Teluk Bayu, sangkar penternakan siput sudu, rumah proses, fabrikasi bot dan 400 tali benih siput sudu telah disediakan dan selesai pembinaan sepenuhnya pada Julai 2023 lalu. Pembinaan infrastruktur bagi lokasi kedua di Pengkalan Tiram, Sungai Dedap pula akan dimulakan setelah mendapat dana kedua daripada TERAJU. BERITA OLEH: PUSAT KERJASAMA UNIVERSITI-INDUSTRI (CUIC) 8 Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023


MAULIDUR RASUL PUPUK RASA CINTA BERITA OLEH: PROF. MADYA DR. MOHAMAD KHADAFI BIN HJ. ROFIE Syaikh Dr. Hisyam Al-Kamil Hamid Al-Azhari dalam bukunya Al-Mukhtasar fi Sirah Sayyid AlBasyar menyatakan terdapat 3 faktor cinta kepada manusia. Pertama, cinta kerana kecantikan zahir. Kedua, cinta kerana kecantikan batin (sikap yang baik). Ketiga, cinta kerana kecantikan budi. Cinta seseorang manusia kepada manusia yang lain umumnya jatuh kepada salah satu atau sebahagian daripada 3 faktor tersebut. Walaubagaimanapun, menurut karya tersebut, penulis menyatakan bahawa ketiga-tiga faktor tersebut ada terhimpun semuanya pada diri Rasulullah S.A.W. atas dasar kecintaan itulah, warga Universiti Utara Malaysia mengadakan majlis penghayatan bersempena keputeraan baginda ArRasul. Ia tidak hanya untuk diperingati semata-mata, tetapi lebih penting adalah untuk dihayati dan diamati sebaiknya. Aktiviti seperti perarakan berselawat, ceramah, pertandingan dan penulisan turut diadakan bagi menyemarakkan kecintaan kepada baginda dengan penekanan kepada menyubur kefahaman kepada warga kampus. Hal ini termasuklah pengisian mengenai kupasan ayat 128 Surah At-Taubah, iaitu berkenaan sifat kepimpinan, keprihatinan dan penyayang baginda. Setinggi harapan dipanjatkan agar kecintaan kita kepada baginda kekal subur dan memberi motivasi buat seluruh umat manusia. Kajian Abidin dan Suradi, 2012 bertajuk Analisis Kepimpinan dalam Islam daripada Perspektif Kualiti dan Produktiviti. Ini membuktikan hubungkait di antara aspek kepimpinan, kualiti dan produktiviti bagi menjamin kesejahteraan manusia serta persekitarannya. 9 Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023


BASMI MISKIN TEGAR Sebelum ini ianya dikenali sebagai Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) namun kini nama program telah ditukar kepada Basmi Miskin Tegar (BMT). Walaupun kepimpinan negara berubah dan nama program berubah, namun tujuan dan matlamatnya adalah sama iaitu memberi tumpuan kepada pembasmian kemiskinan tegar dalam kalangan ketua isi rumah (KIR) dan ahli isi rumah (AIR). Hasrat Kerajaan adalah untuk menoktahkan kemiskinan tegar pada tahun 2025 mungkin akan tercapai dengan kerjasama semua pihak. UUM terpilih sebagai salah satu Universiti Awam untuk melakukan kerja-kerja profiling (survei) dan pemantauan bagi tiga buah negeri iaitu Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Di Perlis, seramai tujuh orang penyelidik dengan dibantu oleh dua orang pembantu penyelidik terlibat secara langsung. Dalam memastikan kelancaran projek ini, UUM telah mendapat kerjasama yang baik daripada Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Perlis, penghulu, wakil masyarakat serta pegawai lapangan yang dilantik. BERITA OLEH: PROF. DR. SITI HADIJAH CHE MAT 10 Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023


PROKar merupakan salah satu projek yang berbentuk khidmat komuniti di bawah satu program ‘Program Perusahaan Sosial Kementerian Kewangan (SE-MoF) di bawah inisiatif belanjawan 2022. Projek selama 18 bulan yang berjumlah RM499,000 ini dijangka berakhir pada April 2024. Antara objektif projek adalah untuk membantu meningkatkan tahap sosioekonomi komuniti luar bandar yang tinggal berhampiran dengan UUM dengan meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti luar bandar melalui ternakan kambing seterusnya membina rangkaian usahawan secara berterusan. Selain membimbing lima orang peserta ternakan kambing dan biri-biri, penyelidik UUM juga membimbing dua orang penanam napier. Bermula daripada bulan Jun 2023 sehingga Oktober 2023, kesemua penternak telah mendapat 30 ekor kambing secara berperingkat. Sehingga kini, ada di antara peserta yang telah mendapat lapan ekor anak kambing yang lahir di kandang beliau. Selain dari kandang dan kambing, penternak juga dibekalkan dengan bantuan makanan kambing iaitu dedak dan ubat-ubatan. Pengusaha napier juga telah memulakan penanaman napiernya pada bulan Ogos baru-baru ini. Menanam napier agak mencabar bagi mereka kerana masalah serangan kera yang merosakkan anak-anak pokok napier di awal pertumbuhannya. PROJEK KAMBING UNTUK RAKYAT BERITA OLEH: PROF. DR. SITI HADIJAH CHE MAT (PROKar) 11 Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023


'PLOGGING FOR NATURE' GALAKKAN KELESTARIAN DAN KECERGASAN STAF RIMC BERITA OLEH: KELAB KEBAJIKAN RMC Company Expansion: Opening of New Branch in Major City to Serve Growing Demands Kelab Kebajikan RMC telah menganjurkan aktiviti Plogging for Nature pada 31 Oktober 2023 yang lalu sebagai salah satu aktiviti kelab bagi tahun 2023. Aktiviti ini telah diadakan sepanjang laluan RMC ke Puncak Vista. Aktiviti ini memakan masa lebih kurang dua jam iaitu bermula pada jam 8.30 pagi dengan pengagihan peralatan plogging seperti sarung tangan dan beg sampah hitam kepada staf yang terlibat. Ia diikuti dengan sesi taklimat ringkas oleh En. Mohammad Taufiq bin Haji Othman selaku AJK Sukan dan Rekreasi, Kelab Kebajikan RMC, serta sesi memanaskan badan sebelum aktiviti ini dimulakan. Menariknya, semasa menikmati keindahan UUM di Puncak Vista, aktiviti ini diisi dengan sesi perkongsian pengalaman staf sepanjang berada di UUM terutamanya Encik Bistomi bin Ismail yang telah 39 tahun berkhidmat diikuti oleh staf RMC yang lain. Staf yang terlibat juga mengambil peluang bergambar di situ sebagai tanda kenangan. Hasil kutipan sampah yang dikumpul sepanjang laluan ke Puncak Vista telah dijual menerusi UUM idaman Xchange Drive Thru Recycle Centre (DTRC). Program ini bertujuan meningkatkan amalan awam dalam aktiviti kitar semula. Secara keseluruhannya, aktiviti plogging ini berjaya mencapai objektifnya iaitu penjagaan kebersihan setempat disamping dapat meningkatkan kecergasan dan seterusnya mengeratkan silaturahim sesama staf RMC. Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023 12


HELP DESK PEMANTAUAN DALAMAN SEBAGAI INISIATIF MEMBANTU PENYELIDIK Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pihak pusat pengajian yang turut melakukan hebahan berkaitan pengemaskinian laporan kemajuan dan hebahan berkaitan pelaksanaan helpdesk kepada penyelidik di pusat pengajian masing-masing. Hasilnya dapat dilihat menerusi peningkatan peratusan penghantaran laporan kemajuan penyelidikan tersebut berbanding pada fasa sebelum ini. Bagi memastikan penyelidikan dijalankan dengan lancar, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) menerusi Unit Pemantauan telah mengambil satu platform dengan menjalankan Pemantauan Dalaman Laporan Kemajuan Projek Penyelidikan Fasa 2023 menerusi sistem portal penyelidikan penyelidik yang telah dibuka pada 1 November hingga 15 Disember 2023. Oleh hal demikian, RIMC telah mengambil satu inisiatif dengan melaksanakan helpdesk yang telah diadakan pada 11 hingga 14 Disember 2023 di Aras 1, Unit Tugas-tugas Khas, RMC. Tujuan helpdesk ini dilakukan adalah untuk membantu penyelidik mengisi laporan kemajuan tersebut. Helpdesk ini telah mendapat sambutan menggalakkan daripada penyelidik yang terlibat. 13 B E R I T A O L E H : U N I T P E M A N T A U A N , R M C Bil. 03 Edisi Nov-Dis 2023


Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) bekerjasama dengan Pendidikan dan Pembangunan Eksekutif Korporat (CEED), Othman Yeop Abdullah Graduate School of Bussiness (OYAGSB) telah mengadakan Bengkel Excellence in Strategic Management and Leadership in Research, selama tiga hari di Future Learning Lab (FLL), Pusat Pengajaran Pembelanjaran Universiti (UTLC). Seramai 30 orang Pensyarah muda daripada kohot C di bawah umur 40 tahun telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini. Antara beberapa slot yang diketengahkan adalah Leading Strategically in Research (Academic Research and Industry Research), Research Impact to Communinities, The Power of First Impression-Research Proposal (KPT Grant and Industry Grant), Innovative in Research and Empowering the 21st Century Workforce- Working with Research Team and Research Assistant. Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan kepada pensyarah muda memahami dalam menerajui institusi pengajian tinggi untuk mendapatkan pandangan dalam pengurusan pekerja, organisasi dan proses untuk transformasi strategik dalam penyelidikan. Selain itu, bengkel ini dapat menjadi pembakar semangat dan perkongsian untuk meningkatkan keyakinan penyarah muda bagi menyesuaikan diri dengan cabaran, memanfaatkan hubungan dan memupuk akauntabiliti kumpulan serta memberikan pemahaman dan kepentingan mengambil risiko dan menerapkan cara baru dalam melaksanakan penyelidikan ke arah hasil penyelidikan yang berimpak tinggi. Timbalan Pendaftar RMC, En. Mohd Zulkifli bin Mohd Noor @ Muhammmad, semasa berucap telah menekankan pentingnya semangat kebersamaan di kalangan warga akademik khususnya kohot C bagi mencapai kecemerlangan berterusan. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua peserta bengkel di atas komitmen dan menyatakan hasrat untuk mengadakan bengkel seumpamanya bagi memastikan kesinambungan dan momentum penulisan dalam kalangan staf akademik, pembudayaan wacana ilmiah akan diteruskan dari semasa ke semasa. Ini juga menjamin pendidikan menyeluruh dan ekuiti serta menggalakkan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada semua selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 4: Pendidikan Berkualiti yang berkisar mengenai pendidikan berkualiti dan merupakan antara 17 Matlamat Pembangunan Mampan. BENGKEL EXCELLENCE IN STRATEGIC MANAGEMENT AND LEADERSHIP IN RESEARCH B E R I T A O L E H : U N I T P E N G U R U S A N B A K A T D A N P E N J A N A A N S U M B E R , R M C Bil. 03 Edisi Nov - Dis 2023 14


15 L A P O R A N O L E H : U N I T T U G A S K H A S D A N P I A W A I A N , R M C


Click to View FlipBook Version