The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aidadbs029, 2021-12-05 05:36:04

Tapak integrasi kumpulan14

Tapak integrasi kumpulan14

POLITEKNIK
NILAI

KONSEP, KEPERLUAN
DAN PENGHAYATAN

TAPAK INTEGRASI DAN
WAHANA INTEGRASI

Kumpulan 14

NAMA PENSYARAH:TUAN MOHD ASRI BIN ABD GHANI
MPU21032 : ETIKA DAN PERADABAN

-NUR AZREEN ANEESA BT MOHD AZMAN
-AIDA HADIRAH BT ABD HADI KAMIL

-NUR AINA NATASYA BT MOHAMAD ROHAIZAL

Ahli kumpulan 14

Nur Azreen Aneesa Binti Mohd Azman
(DBS1016)









Nur Aina Natasya Binti Mohamad
Rohaizal (DBS1008)











Aida Hadirah Binti Abd Hadi Kamil
(DBS1029)

isi kandungan m/s

perlembagaan persekutuan sebagai 1-2
tapak integrasi dan wahana etika dan
3
peradaban

4
5-14
Menjelaskan konsep tapak integrasi 15
dalam kehidupan bermasyarakat 16


17-23
menjelaskan latar belakang sejarah
perlembagaan persekutuan sebagai 24
25
tapak integrasi utama negara 26



5 contoh Perlembagaan Perseketuan



Definisi dan konsep perlembagaan
asas etika dan peradaban di Malaysia



Isu semasa mengenai Perlembagaan

Persekutuan



Analisis dan bincang isu semasa
berkaitan Perlembagaan
Persekutuan


kesimpulan


Rujukan


Penutup

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEBAGAI
TAPAK INTEGRASI DAN WAHANA ETIKA

DAN PERADABAN

Tapak integrasi ialah sebuah ruang abstrak dan
ruang nyata di mana pelbagai pihak atau

kelompok masyarakat(termasuk kelompok
etnik,agama parti,politik,badan bukan kerajaan

dan sebagainya)yang berbeza etika dan
peradaban ,bertemu dan berikhtiar mencari
persetujuan atau titik pertemuan secara aman
dan harmoni.Tapak integrasi ini wujud pada

peringkat makro,pertengahan dan mikro



Hampir semua masyarakat dunia menjadikan
PERLEMBAGAAN ,sama ada bertulis ataupun
tidak sebagai wahana untuk mengurus dan
menghayati kemajmukan etika dan peradaban






1

SAMBUNGAN...

Bagi Malaysia,Perlembagaan Persekutuan adalah
dokumen utama yang menjadi panduan dan

sempadan dalam pemerintahan dan pentadbiran
negara.Sifat perlembagaan Persekutuan secara

simboliknya adalah sebagai"kontrak sosial"
kerana terkandung didalamnya pelbagai

peruntukkan yang memenuhi kepentingan semua
pihak dalam masyarakat Malaysia.Walaupun

begitu,Perlembagaan sering ditafsir oleh pelbagai
pihak mengikut kefahaman dan kepentingan
masing-masing sehingga mendatangkan
cabaran,bahkan juga perbezaan dan

percanggahan.Namun begitu,walaupun senantiasa
"bertikam lidah,masyarakat Malaysia tidak
berparangan";dan setelah lebih 60 tahun

Perlembagaan itu wujud,masyarakat Malaysia
kekal dengan aman dan makmur

2

KONSEP TAPAK
INTEGRASI

Tapak integrasi ialah sebuah ruang
abstrak dan ruang nyata dimana

pelbagai pihak yang berbeza etika dan
peradaban bertemu dan berikhtiar

mencari persetujuan secara aman dan
harmoni tanpa keganasan. Ada yang

wujud di peringkat makro ,
pertengahan dan mikro.

3

Pembentukan Perlembagaan Malaysia telah melalui
proses sejarah yang agak penting.
Bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang juga
dikenali sebagai Negeri-negeri Bersekutu (NNMB).
Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun
menakluki Tanah Melayu.
Sebelum kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu,
beberapa negeri di Tanah Melayu telahpun mempunyai
sistem pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Ini
dapat dilihat pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang
mengamalkan Undang-Undang Laut Melaka dan Hukum
Kanun Melaka.
Ini menggambarkan telah wujudnya suatu sistem yang
mengawal dan mengatur tata cara hidup masyarakat
pada masa itu. Perlembagaan moden hanya
diperkenalkan setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957 dan dikemaskinikan
setelah terbentuknya Persekutuan Malaysia pada tahun
1963.

4

5 Contoh
Perlembagaan
Persekutuan

5

AGAMA BAGI
PERSEKUTUAN

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain
boleh diamalkandengan aman dan damai di mana-mana
BahagianPersekutuan.



(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak
mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di
Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan
oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan

itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang
dinikmatiolehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh

dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau
upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut
diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas
sifatnya sebagai Ketuaagama Islam membenarkan Yang di-Pertuan

Agong mewakilinya.



(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing

membuatperuntukan bagi memberiYang di-Pertuan
Agongkedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeriitu.



(4) Tiada apa-apajua dalam ini mengurangkan mana-mana

peruntukan lain dalamPerlembagaan ini.



(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-
Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan
bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat

peruntukan- peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama
Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlisuntuk menasihati Yang di-

Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan
dengan agama Islam.

bahas a kebangsaan

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklahdalam tulisan yang
diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:


Dengan syarat bahawa

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi
maksud rasmi),atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apabahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan
atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan
penggunaan dan pengajian bahasamana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.



(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepasitu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,bahasa

Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan
Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segalamaksud rasmi yang lain.



(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka,dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen,teks sahih
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang

hendakdicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen;dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh

Kerajaan Persekutuan,hendaklah dalam bahasa Inggeris.



(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari
Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala
prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah
Tinggi hendaklah dalam bahasaInggeris: Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan
peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang

digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkanke dalam atau direkodkan
dalambahasa Inggeris.



(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh
Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan

keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.Dalam Perkara ini, "maksud rasmi"
ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan

Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak .

7

Hak Orang Melayu

Perkara 89. Tanah simpananMelayu.



(1) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang merupakan tanah simpanan Melayu
sebaik sebelum Hari Merdeka mengikut undang-undang yang sedia ada boleh terus
menjadi tanah simpanan Melayu mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan
selainnya oleh suatu Enakmen Badan Perundangan Negeri itu, iaitu suatu Enakme



(a) yang diluluskan oleh majoriti jumlahbilangan ahli Dewan Undangan dan dengan
undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan pengundi dan



(b) yang dipersetujui melalui ketetapan setiapMajlis Parlimen yang diluluskan oleh

majoriti jumlah bilangan ahli Majlis Parlimen itu dan dengan undi tidak kurang
daripadadua pertiga daripadaahli-ahli yang mengundi.

(1A) Apa-apaundang-undang yang dibuat di bawahFasal (1) yang membuat peruntukan
bagi pelucuthakan atau pengembalian kepada Pihak Berkuasa Negeri, atau bagi

pelucutan, pemunyaan mana-mana tanah simpanan Melayu, atau apa-apa hak atau
kepentingan mengenainya, disebabkan mana-mana orang, atau mana-mana
perbadanan, syarikat atau badan lain (sama ada diperbadankan atau tidak

diperbadankan) yang memegangnya tidak lagi layak atau berwibawa di bawah undang-
undang yang berkaitan yang berhubungan dengan tanah simpanan Melayu untuk
memegangnya, tidaklah menjadi tidak sah atas alasan ketidakselarasan dengan
Perkara13.


(2) Mana-mana tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini bukan tanah simpanan

Melayu mengikut undang-undang yang sedia ada dan yang belum dibangunkan atau
dicucuk tanamboleh diisytiharkan sebagaitanah simpanan Melayumengikut undang-

undang itu:



Dengan syaratbahawa—



(a) jika mana-mana tanah di sesuatu Negeri diisytiharkan sebagai tanah simpanan
Melayu di bawahFasal ini, suatu keluasan tanahyang sama denganluas tanah itu di
dalam Negeri itu yang belum dibangunkan atau dicucuk tanam hendaklah diadakan

bagi pemberian hakmilikumum; dan



(b) jumlah keluasan tanah di sesuatu Negeri yang pada masa ini diisytiharkan sebagai
tanah simpananMelayu di bawah Fasal ini tidak boleh pada bila-bila masa melebihi
jumlah keluasan tanah di Negeri itu yang telah diadakan bagi pemberian
hakmilikumum menurut perenggan (a).
(3) Tertakluk kepadaFasal (4), Kerajaanmana-mana Negeri boleh,mengikut undang-
undang yang sedia ada, mengisytiharkan sebagaitanah simpanan Melayu—


(a) mana-mana tanah yang diambil oleh Kerajaan itu melalui perjanjian bagi maksud
itu;



(b) mana-mana tanah lain, apabilapermohonan dibuat oleh tuan punya tanah itu, dan
dengan persetujuan tiap-tiap orang yang mempunyai hak atau kepentingan
mengenainya,



8

Sambungan..

dan hendaklah, mengikut undang-undang yang sedia ada, dengan serta-merta
mengisytiharkan sebagai tanah simpanan Melayu, dalam hal jika mana-mana
tanah terhenti menjadi tanah simpanan Melayu, mana-mana tanah lain yang
sama jenisnya dengan tanah itu dan yang luasnyatidak melebihi keluasantanah

itu.



(4) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh membenarkan diisytiharkan sebagai
tanah simpananMelayu mana-mana tanah yang pada masa perisytiharan itu
dipunyai atau diduduki oleh seseorang yang bukan seorang Melayu atau yang

mengenainya atau ke atasnya orang itu ketikaitu mempunyai apa-apahak atau
kepentingan.



(5) Tanpa menjejaskan Fasal (3), Kerajaanmana-mana Negeri boleh,mengikut
undang- undang, mengambil tanah untuk menempatkan orang Melayu atau kaum

lain, danmewujudkan amanah bagi maksud itu.



(6) Dalam Perkara ini "tanah simpanan Melayu" ertinya tanah yang disimpan
untuk diberi hakmilikkepada orang Melayu atau kepada anak negeri bagi

Negeritempat terletaknya tanahitu; dan "orang Melayu" termasuklah mana-mana
orang yang, di bawah undang-undang Negeri tempatdia bermastautin,
dikirasebagai orang Melayubagi maksud perizaban tanah.



(7) Tertakluk kepada Perkara 161A, Perkara ini hendaklah berkuat kuasa walau
apa pun apa- apa peruntukan lain dalam perlembagaan ini; tetapi (tanpa

menjejaskan mana-mana peruntukan lain yang sedemikian) tiada tanah boleh
dikekalkan atau diisytiharkan sebagai



tanah simpanan Melayu kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara ini
dan Perkara90.



(8) Peruntukan Perkara ini hendaklah terpakai bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya mengikut cara yang sama sebagaimana peruntukan

Perkara ini terpakai bagi sesuatu Negeri, kecuali bahawa Fasal (1) dalam
pemakaiannya bagi Wilayah- WilayahPersekutuan Kuala Lumpur dan

Putrajayahendaklah diubahsuaikan supayadibaca bahawa mana-mana tanah di
dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya

yang sebaik sebelum Hari Merdeka ialah tanah simpanan Melayu mengikut
undang-undang yang sedia ada boleh terus menjadi tanah simpanan Melayu
mengikut undang-undang itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Akta
Parlimen yang diluluskan oleh majoriti jumlah bilangan ahli setiap Majlis Parlimen
dan dengan undi tidak kurang daripada dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir

dan mengundi di dalam setiap Majlis Parlimen



9

PERKARA 8 SAMA RATA

1)Semua orang adalah sama rata di sisi undang-
undang dan berhak mendapat perlidungan yang sama

rata di sisi undang-undang

2)Kecuali sebagaimana dibenarkan dengan nyatanya
oleh perlembagaan ini,tidaklah boleh ada perbezaan

terhadap wargenegara semata-mata oleh sebab
ugama,kaum,keturunan,atau tempat lahir dalam
mana-mana undang-undang atau dalam perlantikan

bagi apa -apa jawatan atau pekerjaan di bawah
sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam

pentadbiran mana-mana undang-undang berkenaan
dengan memperolehi,memegang atau melepaskan

harta atau berkenaan dengan menubuh atau
menjalankan apa-apa

tred,perniagaan,profesyen,vokesyen atau pekerjaan.

3)Tidaklah boleh ada pembezaan bagi faedah
seseorang oleh sebab ia seorang rakyat Raja bagi

mana-mana Negeri.

4)Tiada sesuatu pihak berkuasa awam boleh
membezakan seseorang oleh sebab ia bermastautin
atau menjalakan perniagaan di mana-mana bahagian
Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.

10

SAMBUNGAN......

PERKARA INI TIMDAEKLAMREAMNBGA- TALKAN ATAU

A)Apa-apa peruntukan yang membuat peraturan-
peraturan mengenai undang-undang diri.

B)Apa-apa peruntukan atau amalan yang menghadkan
jawatan atau pekerjaan berhubung dengan hal-ehwal

sesuatu sesuatu ugama,atau sesuatu yayasan yang
diurus oleh sesuatu kumpulan yang menganuti apa-

apa ugama,kepada orang-orang yang menganuti
ugama itu.

C)Apa apa peruntukan bagi perlidungan,kesentosaan
atau kemajuan orang-orang asli Semenanjung Tanah

Melayu (termasuk merezabkan tanah) atau
merezabkan bagi orang-orang asli jawatan-jawatan
yang sesuai dalam perkhidmatan awam mengikut

kadar yang berpatutan.

D)Apa apa peruntukan yang menetapkan
kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian

sesuatu Negeri sebagai satu kelayakan untuk
piihanraya atau perlantikan bagi mana-mana pihak

berkuasa yang mempunyai bidangkuasa hanya di
Negeri atau di bahagian itu sahaja,atau untuk
mengundi dalam pilihanraya itu.

11

sambungan.....
E)Apa apa peruntukan
Perlembagaan sesuatu Negeri,
yang berkuatkuasa atau yang
bersamaan dengan peruntukan

yang berkuatkuasa sebelum
sahaj Hari Merdeka.




F)Apa apa peruntukan yang
menghadkan kemasukan
berkhidmat dalampasukan

askar Melayu kepada orang
Melayu.

12

PERLINDUNGAN TAMBAHAN BAGI
NEGERI SABAH DAN SARAWAK

1) PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS DAN
BAHASA IBUNDA DI NEGERI SABAH DAN
SARAWAK.

- Tiada Akta Parlimen yang menamatkan atau menyekat
penggunaan bahasa Inggeris.
a) bagi penggunaan bahasa Inggeris di dalam mana-
mana satu Majlis Parlimen oleh seseorang ahli.
b) bagi penggunaan bahasa Inggeris bagi prosiding di
dalam Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau
di dalam suatu mahkamah rendah, atau bagi apa-
apa prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan atau
Mahkamah Rayuan .
c) bagi penggunaan bahasa Inggeris di Negeri Sabah
atau Sarawak di dalam Dewan Undangan



- Walau apa pun apa-apa jua dalam Perkara 152, di dalam
Negeri Sabah dan Sarawak sesuatu bahasa ibunda yang
pada masa ini digunakan di Negeri itu boleh digunakan
di dalam mahkamah anak negeri atau bagi apa-apa kanun
undang-undang dan adat anak negeri, dan dalam hal
Sarawak, sehingga diperuntukkan selainnya melalui
enakmen Badan Perundangan, bahasa ibunda itu boleh
digunakan oleh ahli apabila berucap di dalam Dewan
Undangan atau mana-mana jawatankuasanya.




13

2) Kedudukan istemewa anak negeri Negeri
Sabah dan Sarawak.

- Dalam Perkara ini "anak negeri" ertinya—
a) berhubung dengan Sarawak, seseorang yang merupakan

warganegara dan sama ada yang tergolong dalam salah satu
daripada ras yang dinyatakan dalam Fasal (7) sebagai ras asli
bagi Negeri itu atau yang berketurunan campuran yang
berasal semata-mata daripada ras-ras itu; dan
b) berhubung dengan Sabah, seseorang yang merupakan
warganegara, ialah anak atau cucu kepada seorang daripada
suatu ras asli bagi Sabah, dan telah lahir (sama ada atau tidak
pada atau selepas Hari Malaysia) sama ada di Sabah atau
dengan bapanya berdomisil di Sabah pada masa kelahiran itu.

- Ras-ras yang dikira sebagai ras asli bagi Sarawak bagi
maksud takrif "anak negeri" ialah Bukitan, Bisayah, Dusun,
Dayak, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan,
Kenyah (termasuk Sabup dan Sipeng), Kajang (termasuk
Sekapan, Kejaman, Lahanan, Punan, Tanjong dan Kanowit),
Lugat, Lisum, Melayu, Melano, Murut, Penan, Sian, Tagal,
Tabun dan Ukit.

14

I.PENEGANALAN
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1.undang -undang penting untuk mengawal
tingkah laku masyarakat,menyediakan garis


panduan kelakuan masyarakat

2.undang-undang asas etika dan tamadun
3.perlembagaan persekutuan adalah undang-
undang tertinggi dan sumber rujukan
4.perlembagaan persekutuan menyediakan ruang
tapak integrasi
5.tapak integrasi ini menjadi wahana etika dan
peradaban bagi malaysia

15

ISU SEMASA MENGENAI
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1.Tawaran lebih baik untuk Sabah, Sarawak selepas mesyuarat JCC
oleh Datuk Seri Maximus Ongkili

Tawaran yang lebih baik untuk Sabah dan Sarawak sedang
dibincang dengan kerajaan melalui Jawatankuasa Perundingan
Bersama (JCC) mengenai Geran Khas di bawah Perkara 112D
Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata semasa
pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), semakan
kewangan dan geran tahunan di bawah Perkara 112D serta
pembayaran balik 40 peratus pendapatan dan hasil yang
diperoleh dari Sabah telah diselesaikan namun kerajaan negeri
menolak tawaran itu kerana formula PH tidak menjelaskan
bagaimana mereka memperoleh jumlah itu.
(22 November 2021)

2.Undi18 tidak dilaksanakan segera berikutan banyak perkara
perlu diselesaikan, COVID-19

Pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan penurunan had
umur mengundi kepada 18 tahun, tidak bermaksud ia akan
dilaksanakan segera selepas pindaan itu dilakukan pada 2019,
demikian persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.Menteri
di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang)
Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ini kerana banyak
perkara perlu diteliti bagi memastikan pelaksanaannya kelak
berjalan lancar termasuk isu daftar pemilih.
(3 November 2021)

3.RUU Pindaan Perlembagaan Persekutuan dibentang

Kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang
Perlembagaan 2021 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
antaranya untuk memasukkan negeri-negeri Tanah Melayu dan
negeri-negeri Borneo. RUU bertujuan meminda Perlembagaan
Persekutuan itu dibentang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
(Parlimen Dan Undang-Undang) .

16

ANALISIS DAN
BINCANG

17

I.CABARAN SEMASA
KEPADA PERLEMBAGAAN

*TIADA PERUNTUKKAN PERUNDANGAN
YANG MEMBERIKAN DEFINISI KEPADA
"ELEMEN TRADISI"ATAU"WARISAN SEPERTI
INSTITUSI RAJA,AGAMA ISLAM,BAHASA
MELAYU DAN HAK ISTIMEWAORANG
MELAYU &BUMIPUTERA
*"KONTRAK SOSIAL"-TAHAP PEMAHAMAN
RAKYAT KHUSUSNYA BUKAN MELAYU
*KEGIATAN SUBVERSIF-AKTA HASUTAN
POCA 1959 &SOSMA 2012
*ISU PENDIDIKAN-ALIRAN KEBANGSAAN
VS VERNAKULAR
*ISU KEWARGENEGARAAN -ISU SEMPADAN
NEGARA VS HAK ASASI KEMANUSIAN

18

I I . D EPFEIRNLI SEIMDBAANG AKAONN S E P

1.PERLEMBAGAAN ADALAH KUMPULAN
PERATURAN BERKAITAN PENTADBIRAN
SESEBUAH NEGARA
2.PERLEMBAGAAN MENCIPTA TIGA
INSTITUSIPENTADBIRAN NEGARA IAITU
BADAN PERUNDANGAN,BADANEKSEKUTIF
DAN BADAN KEHAKIMAN

3.perlembagaan memunyai peruntukkan
berkaitan kuasa dan peranan tiga institusi
tersebut
4.pada masa sama perlembagaan meletakkan
had kepada kuasa ketiga tiga badan tersebut

19

iii.perlembagaan dalam
konteks malaysia




perlembagaan persekutuan adalah sebuah
dokumen bertulis,simbol kemerdekaan dan

kedaulatan negara.Di samping
itu,perlembagaan menyediakan asas
kenegaraan malaysia.Perlembagaan direka
bentuk atas kerangka asal Tanah Melayu
bersandarkan kepada sejarah,budaya dan
amalan negara.Perlembagaan mengambil kira
kepentingan semua komuniti yang membentuk
bangsa bagi negara ini.Perlembagaan
Persekutuan berasaskan"KONTRAK SOSIAL"

20

IV.PERLEMBAGAAN
DALAM KONTEKS

MALAYSIA

Perlembagaan Persekutuan yang diluluskan
melalui pengesahan undang-undang berasaskan

kepada Perjanjian Persukutuan Tanah Melayu
1957.Perjanjian ini ditandatangani pada 5 Ogos
1957 oleh wakil Yang Maha Mulia Baginda Queen

dengan Raja-Raja bagi Negeri-
Negeri.Perlembagaan Persekutuan ini adalah
sebuah manifestasi kesetiakawanan,penerimaan
dan persefahaman sehingga membentuk integrase
dalam komuniti.Persefahaman ini dianggap
sebagai"kontrak sosial"demi kepentingan hak

serta warisan asal negara

21

6.CABARAN

Dalam menjadikan Perlembagaan sebagai tapak integrasi dan wadah
penghayatan etika dan peradaban bagi Malaysia,kita tidak dapat lari
daripadamenghadapi cabaran sama adapada peringkat negara atau dunia
Oleh itu,semua warganegara dan penduduk Malaysia hendaklah berusaha

dalam mengatasi cabaran yang sedang dan akan dilalui

MENGEKALKAN
KELANGSUNGAN SISTEM
NEGARA
BERPERSEKUTUAN

MENGHADAPI GELOMBANG
HAK ASASI DAN ORDE
BARU DUNIA

MENGEKALKAN KEAMANAN
NEGARA DENGAN MENGAWAL
DAN MENGHAPUSKAN
AKTIVITI SUBVERSIF DAN
JENAYAH TERANCANG

22

MENGEKALKAN
KELANGSUNGAN
ELEMEN-ELEMEN
TRADISI DALAM
PERLEMBAGAAN

MENGEKALKAN
KEDUDUKAN AGAMA
SECARA UMUM DAN

ISLAM SEBAGAI
AGAMA NEGARA

MENGEKALKAN KESTABILAN
NEGARA DENGAN MENJAGA
KEPENTINGAN PERPADUAN
DALAM KALANGAN
MASYARAKAT PELBAGAI
ETNIK

23

KESIMPULAN

Integrasi kaum memainkan peranan yang sangat penting dalam
memajukan negara kita. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah
menjadikan sektor pendidikan sebagai medium dalam memupuk nilai
integrasi yang kuat di antara kaum-kaum di Malaysia.

Selain itu,kita perlu mengaplikasikan pelan integriti nasional.
Melalui pelan ini kita dapat mengikuti program yang boleh
menguatkan lagi integrasi yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia.

Dari segi budaya etika dan integriti ini kita dapat membina sebuah
organisasi yang utuh dalam mana-mana organisasi kerana ia
memastikan semua rakyat memperlaksanakan apa jua program yang
disertai. Dengan ini matlamat masyarakat akan lebih mementingkan
untuk memupuk nilai integrasi dalam kelompok-kelompok
masyarakat yang berbilang kaum.

24

RUJUKAN

LAMAN WEB WAWASAN 2020
HTTPS://MS.WIKIPEDIA.ORG/WIKI/
WAWASAN_2020

LAMAN WEB : MAJALAH AKHBAR
BERITA HARIAN ONLINE
HTTPS://WWW.BHARIAN.COM.MY/B
ERITA/NASIONAL/2021/08/858079/
KESEPADUAN-SOSIAL-INTEGRASI-
NASIONAL-PERPADUAN-KAUM-
KUNCI-HADAPI

25

SEKIAN DARI
KAMI BERTIGA

"Kami semua rakyat Malaysia"
Inilah ikatan yang menyatukan kita sentiasa

ingat bahawa perpaduan adalah kekuatan
asas setiap rakyat dan bangsa.

-Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj-



26


Click to View FlipBook Version