The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNIK P4C - PHILOSOPHY FOR CHILDREN DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KALANGAN MURID/PELAJAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MOHD SHAIFULAZHAR AWANG, 2021-01-02 14:10:49

PSIKOLOGI KEMAHIRAN BERFIKIR - PHILOSOPHY FOR CHILDREN (P4C)

TEKNIK P4C - PHILOSOPHY FOR CHILDREN DALAM MENJANA KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM KALANGAN MURID/PELAJAR

Keywords: PHILOSOPHY FOR CHILDREN,P4C

GB6413
PSIKOLOGI
KEMAHIRAN BERFIKIR

AHLI KUMPULAN

PHILOSOPHY FOR
CHILDREN (P4C)

MATTHEW LIPMAN

PENDAHULUAN

Philosophy for Children atau lebih dikenali sebagai P4C adalah
merupakan satu program yang diperkenalkan oleh Matthew Lipman
dan rakan – rakan sebagai satu program coherent dalam mengajar
kemahiran berfikir di Universiti Monclair State di Amerika Syarikat
pada tahun 1960an dan 70an.

APA ITU P4C?

Penekanan yang diberikan adalah ke atas pemikiran secara kritis serta
kesejatheraan secara keseluruhan, memupuk dimensi kognitif dan afektif dalam
pembelajaran kanak – kanak tersebut. Objektif utama pendekatan Philosophy for
Children ialah pemupukan kefahaman kritikal dalam kalangan kanak – kanak
melalui dialog falsafah.

MENGAPA P4C DIWUJUDKAN?

Antara objektif P4C adalah untuk:

1. Memupuk kebolehan kognitif dan kecerdasan emosi (emotional intelligence)
2. Membantu kanak – kanak untuk menjadi pemikir yang rasional dan mampu

untuk menyelesaikan masalah
3. Menggalakkan pembentukan perwatakan dan ciri – ciri seperti sifat ingin

tahu, kreativiti dan kebijaksanaan.
4. Memupuk konsep falsafah dalam kalangan kanak - kanak

BILA DAN DIMANA P4C DIGUNAKAN?

1.P4C paling kerap digunakan di sekolah rendah kerana lebih mudah menyerapkannya
di dalam silibus pembelajaran sekolah rendah berbanding sekolah menengah.

2.Kini, semakin banyak sekolah menengah menggunakan P4C bagi menyokong
program 'belajar untuk belajar’.

3.P4C telah dan terus berjaya digunakan di taman asuhan kanak-kanak. P4C ini juga
boleh digunakan dengan kanak-kanak yang berumur bawah tujuh tahun. Tujuan
digunakan pada tahap ini adalah untuk mengembangkan kemahiran P4C.

BAGAIMANA P4C DIGUNAKAN?- QUESTION QUADRANT

BAGAIMANA P4C DIGUNAKAN?- PROSES PELAKSANAAN

BAGAIMANA P4C DIGUNAKAN?- PROSES PELAKSANAAN

CONTOH PENGGUNAAN QUESTION QUADRANT

ELEMEN-ELEMEN ASAS DALAM P4C

ELEMEN-ELEMEN ASAS DALAM P4C

DEFINISI PEMIKIRAN KREATIF

● Kamus Dewan (2000) memberi maksud berfikiran sebagai
mempunyai kebolehan untuk mencipta,menghasilkan dan
seterusnya mengembangkan sesuatu idea yang baru dan asli.

● Kreatif juga merupakan keupayaan seseorang untuk mencipta
sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah
idea.

PEMIKIRAN KREATIF

TEORI BAKAT
KREATIVITI
PELBAGAI

TEORI LOWENFELD -
TAHAP

PERKEMBANGAN
ARTISTIK

TEORI
PERKEMBANGAN
KREATIVITI FISHER

PEMIKIRAN KREATIF DALAM P4C

Ciri-ciri pemikiran kreatif

● Pengurusan Imaginasi -idea yang sedia ada digabungkan dan
diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke
dalam bidang yang baru.

● Mempunyai Tujuan -gabungan dua elemen iaitu perbuatan dan tujuan.
● Bersifat Asli -suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu

atau pun berkumpulan.
● Bernilai -menyumbang kepada tujuan atau objektif asal.

PEMIKIRAN KREATIF DALAM P4C

Contoh aktiviti pemikiran kreatif

● Permainan “JIKA”
● Berpakaian mengikut imaginasi

anda
● Sponge paint
● Kreativiti dalam main peranan

(role playing)
● Sketch and Create

PEMIKIRAN KRITIS

- Lipman (2002) menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara
kemahiran berfikir secara normal (ordinary) dan kemahiran berfikir secara
kritis.

- Pemikiran yang normal adalah satu proses yang ringkas tanpa kriteria
atau elemen tambahan manakala kemahiran untuk berfikir secara kritis
adalah satu proses yang lebih kompleks dan mempunyai dimensi yang
lebih objektif.

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS

Terdapat beberapa definisi mengenai pemikiran kritis yang dikemukakan oleh
ahli pengkaji dan ahli fikir. Antaranya adalah:
1. Beyer (1985) berpendapat, pemikiran kritis adalah kebolehan manusia
untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS

2. Pascarella dan Terenzini (1991, 2005) pula mendefinisikan pemikiran
kritis sebagai kebolehan individu untuk mengenalpasti isu-isu dan membuat
andaian untuk dibahaskan serta mengenal pasti hubungan penting untuk
mendapatkan rumusan yang tepat daripada maklumat yang sedia ada.

3. Menurut Dewey (1993), pemikiran kritis adalah berfikir secara serius dan
mendalam serta membuat pertimbangan daripadanya,

DEFINISI PEMIKIRAN KRITIS

4. Manakala Marlina dan Shaharom (2007) mendefinisikan kemahiran
berfikir kritis sebagai kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk
menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan,
kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang
wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah

ELEMEN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

1. Analisis: mengenal pasti tujuan / punca sesuatu isu dan hubungan
antara isu tersebut

2. Penilaian: meneroka kesahihan isu dan menilai hubungan antara
mereka

3. Inferens: kebolehan untuk membuat kesimpulan berdasarkan isu
4. Penaakulan Induktif: Kebolehan untuk menhubungkait setiap

elemen dan kemudian membuat kesimpulan
5. Penaakulan Deduktif: Kebolehan untuk membuat suatu kesimpulan

mengenai suatu isu berdasarkan asas kefahaman

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

Antara kepentingan Pemikiran Kritis ialah:

● Membolehkan individu untuk menganalisa hujah yang
diterimanya tidak kira sama ada hujah yang kuat atau hujah yang
lemah

● Menjadikan individu lebih kritis dan peka dalam mengkaji
sesuatu

● Mampu membuka minda individu agar lebih menerima
berbanding terus menolaknya tanpa berfikir terlebih dahulu

KEPENTINGAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

● Individu akan lebih berkeyakinan dalam menangani permasalahan serta jelas
dalam melihat keadaan sesuatu fenomena yang berlaku di sekeliling kita

● Individu dapat membantu dan membaiki idea-idea orang
● Individu boleh mengelak daripada membuat kesilapan cara berfikir, meneliti

dan menyoal perkara – perkara yang tidak munasabah serta membuat
keputusan dan perancangan berdasarkan maklumat yang ada.

JENIS JENIS KEMAHIRAN PEMIKRAN KRITIS

. Pemikiran kritis terbahagi kepada dua kategori iaitu:
a) Pemikiran kritis rendah
Kategori ini melibatkan proses kognitif yang sederhana. Antara
kemahiran-kemahiran kritis tahap ini ialah membanding dan
membezakan, membuat kategori, membuat urutan, meneliti
bahagian-bahagian kecil serta keseluruhan dan menerangkan sebabnya.

JENIS JENIS KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

. b) Pemikiran kritis tinggi

Ia melibatkan proses kognitif dan metakognitif. Pemikiran tahap ini juga
menggunakan kemahiran metakognitif menerusi daya taakulan. Di antara
kemahiran pada tahap ini ialah membuat ramalan, usul periksa andaian,
membuat inferensi, mengesahkan sumber maklumat, membuat
generalisasi dan mencari sebab serta membuat kesimpulan.

JENIS GAYA KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

1. Gaya Pragmatik - Stail ini mementingkan keadaan sebenar dan
mengutamakan apa yang praktikal

2. Gaya Analitikal - menghurai dan meneliti sesuatu perkara dengan teliti
3. Gaya Negatif - memberi fokus kepada kesan-kesan aspek negatif dan

membolehkan seseorang itu melihat kesan dan risiko diatas apa yang
berlaku
4. Gaya Objektif - Ia amat mementingkan fakta dan maklumat dan tidak
mengandungi unsur-unsur emosi atau sensasi
5.

JENIS GAYA KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS

5. Gaya Saintifik - mencari kebenaran sains melalui pengutipan data dan
menganalisanya

6. Gaya Imbas Masa Lalu / History - Bertujuan untuk mencari sebab-sebab dan
akibat sesuatu peristiwa dan kejadian.

7. Gaya Reaktif - bertindak atau berfikir setelah terdedah dengan sesuatu
ransangan

8. Gaya Sistematik - Bermula daripada tahap yang mudah kepada tahap yang
sukar dari awal hingga akhiR.

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

Lipman (2003) menyatakan bahawa pemikiran peduli ini adalah tunjang
utama terhadap peranan emosi dalam pemikiran seseorang. Menurut
Lipman (2003), kita cenderung untuk mengenal pasti pemikiran kritikal
adalah melalui alasan dan penentangan, melalui deduksi dan induksi,
melalui bentuk, struktur dan komposit. Tetapi kita gagal untuk melihat
bagaimana emosi kita terbentuk dan mempengaruhi cara pemikiran kita,
serta memberikan pelbagai perspektif kepada seseorang individu. Justeru,
tanpa emosi, sesuatu pemikiran akan menjadi mendatar dan tidak
menarik.

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

Lipman (2003) menjelaskan konsep pemikiran ini melalui inventori kepelbagaian pemikiran
peduli seperti pemikiran penghayatan, pemikiran afektif, pemikiran aktif, pemikiran normatif
dan pemikiran empati.

Appreciative Thinking

· Satu cara untuk menilai sesuatu (memberi penghargaan, untuk meraikan sesuatu)
· Memberi penghargaan terhadap sesuatu untuk mencari / memberikan keseronokan
· Memberi perhatian terhadap sesuatu isu/masalah atau terhadap sesuatu perkara yang penting

Affective Thinking

· Satu konsep yang memisahkan antara emosi dan alasan
· Berfikir secara afektif adalah proses pemikiran yang melibatkan kedua-dua elemen iaitu emosi dan

alasan

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

Active Thinking

· Apabila sesuatu tindakan menerangkan sebagai proses kognitif
· Pemikiran aktif merujuk kepada tindakan yang bertindak balas dengan pemikiran
· Melibatkan hubungan antara pemikiran, bahasa dan tindakan

Normative Thinking

· Pemikiran adalah tindakan refleks terhadap sesuatu isu

Emphatic Thinking

· Meletakkan diri sendiri dalam situasi orang lain

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

CARING THINKING - PEMIKIRAN PEDULI

DEFINISI PEMIKIRAN KOLABORATIF

● Pemikiran kolaboratif merupakan satu pendekatan yang perlu diikuti dalam
proses pengajaran, iaitu konsep di mana guru menggunakan kaedah kurang
mengajar tetapi murid murid lebih banyak belajar (teachers teach less but
learners learn more). Ideanya adalah untuk melibatkan murid-murid lebih
aktif dalam proses pembelajaran mereka sendiri.

● Pada hari ini dan abad ke 21 ini, gagasan pemikiran Comenius berkaitan
dengan pembelajaran murid semakin diamalkan secara meluas dalam
pendekatan pembelajaran yang dinamakan sebagai pembelajaran kolaboratif.

● Smith and McGergor (1992), menjelaskan pembelajaran kolaboratif adalah satu
istilah digabungkan pelbagai pendekatan pengajaran yang melibatkan usaha
intelek sesama murid atau murid-murid dengan guru.

PEMIKIRAN KOLABORATIF

Objektif Pemikiran Kolaboratif

● Bermatlamat untuk membantu murid
● Penglibatan sosial dan intelektual
● Kerjasama dan kerja berpasukan
● Tanggungjawab komuniti dan masyarakat

Andaian tentang pembelajaran

● Proses Konstruktif Aktif
● Pengayaan Konteks
● Kepelbagaian / Diversiti
● Inherent Socialbility

CONTOH KAJIAN - KAJIAN DALAM NEGARA

Satu kajian telah dibuat oleh Hafizhah Zulkifli dari Universiti Kebangsaan Malaysia
dan Rosnani Hashim dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkenaan dengan
falsafah untuk kanak-kanak (P4C) dalam meningkatkan pemikiran kritis di dalam
kelas Pendidikan Moral. Menurut kajian ini, mengajar pemikiran kritis di kalangan
pelajar akan menguatkan kemahiran dan kemampuan logik mereka. Menurut kajian
ini juga, pengajaran yang berkesan terdiri daripada tiga strategi, iaitu strategi dialog,
merangsang pemikiran kritis, dan perbincangan yang menggalakkan di dalam
kelas. Kecemerlangan akhlak dan akademik sangat dipengaruhi oleh pengajaran
yang berkesan dan guru yang mempunyai sikap positif terhadap pelajarnya dapat
meningkatkan pencapaian dan tingkah laku etika pelajar. Beberapa program
pemikiran kritis disediakan untuk mengajar pelajar berfikir secara kritikal. Menurut
kajian ini lagi bahawa pendekatan mengajar untuk berfikir dikembangkan oleh guru
di seluruh dunia dengan cara yang berbeza. Mereka mengintegrasikan pendekatan ke
dalam pengajaran setiap hari untuk mewujudkan ‘kelas berfikir' dan
mengembangkan polisi seluruh sekolah untuk mewujudkan ‘school of thought’.

CONTOH KAJIAN - KAJIAN LUAR NEGARA

Kajian ini mempertimbangkan sama ada Falsafah untuk Kanak-kanak (P4C) dapat
menyumbang dalam perkembangan kecekapan berfikir di dalam kurikulum sekolah
di New Zealand. Kementerian Pendidikan di New Zealand menekankan
pembangunan inovasi, penyelidikan dan rasa ingin tahu, dengan berfikir secara
kritis, kreatif dan reflektif. Ini adalah kerana pengalaman belajar akan
membolehkan pelajar menganalisis nilai secara kritis. Refleksi ini membawa
penyelidik untuk meneliti P4C, terutamanya untuk mengesahkan tuntutan yang
dibuat atas namanya bahawa ia mengembangkan pemikiran kritis dan penyoalan
falsafah pada kanak-kanak.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, P4C merupakan satu strategi pengajaran ataupun
teknik yang sangat bermanfaat bagi memupuk kemahiran berfikir dalam
kalangan kanak – kanak dan ianya telah terbukti melalui kajian – kajian yang
telah dijalankan. Walaubagaimanapun, status dan relevansinya di Malaysia
masih dipertimbangkan memandangkan Malaysia merupakan satu negara
yang mengamalkan pelbagai agama, ia menjadikan proses penerapan strategi
ini sedikit rumit. Namun, ia masih dipertimbangkan memandangkan P4C
merupakan satu program yang mempunyai banyak kebaikan dalam
meningkatkan kualiti pemikiran seseorang individu.

REFLEKSI

1. Adakah P4c ini boleh klasifikasikan sebagai salah satu proses kognitif?
Mengapa?
2. Adakah P4C ini boleh diaplikasi kan dalam pembelajaran dewasa?
Jelaskan.

SENARAI RUJUKAN

Burnes, B. (1981). Philosophy for children. A report on achievement. IAPC, Montclair State University. Retrieved
from http://cehs.montclair.edu/academic/iapc/research.shtml#cog.

Hafizhah & Rosnani. (2020). Philosophy for Children (P4C) in Improving Critical Thinking in a Secondary Moral
Education Class. International Journal of Learning, Teaching and Educational Research Vol. 19, No. 2, pp.
29-45, February 2020

Lipman, M. (1993). Thinking children and education. Dubuque, Iowa: Kendall/Hunt Publishing Company.

Lipman, M. (2017). The Institute for the Advancement of Philosophy for Children (IAPC) program. In Naji, S., &
Hashim, R., (Eds.), History, theory and practice of philosophy for children: international perspectives
(pp. 3-11). London: Routledge

Leon Benade. (2011). Philosophy for Children (P4C): A New Zealand School-basedAction Research Case Study. New
Zealand Journal of Teachers’ Work, Volume 8, Issue 2, 141-155, 2011


Click to View FlipBook Version