KAJIAN EKSPERIMENTAL BENAR
THE TRUE EXPERIMENTAL DESIGN
SENARAI AHLI KUMPULAN :
NURFARAHAIN BINTI MOHAMAD FAUZI (P106269)
MOHD SHAIFULAZHAR BIN AWANG (P105558)
RIDZA HAFIZUDDIN BIN HJ. ABDUL MAJID (P105576)
SOALAN TUGASAN
1. Kajian Eksperimental Benar
2. Kajian Kuasi Eksperimen
3. Kajian Tinjauan
4. Kajian Korelasi
5. Kajian Expos-Facto / Causal Comparative
6. Kajian Kes
7. Kajian Etnografi
8. Kajian Campuran
9. Kajian Tindakan
KANDUNGAN
1. Carta jenis-jenis reka bentuk kajian 6. Contoh kajian
a) Kaedah Penulisan Objektif
2. Pengenalan Kajian Eksperimental Benar b) Kaedah Persampelan
c) Instrumen Kajian
3. Gambaran Kajian Eksperimental Benar d) Analisis Data
4. Tujuan Kajian Eksperimental Benar
5. Jenis-jenis Reka Bentuk Eksperimental
a. Reka Bentuk Ujian Pasca
b. Reka Bentuk Ujian Pra – Pasca
c. Reka Bentuk Solomon Empat Kumpulan
d. Reka Bentuk Penukar Gantian
e. Reka Bentuk Faktorial
JENIS-JENIS REKABENTUK
Rekabentuk Penyelidikan
Penyelidikan Kuantitatif Penyelidikan Kualitatif
Etnografi
Kuasi Bersejarah
Eksperimental Kajian Kes
Naratif
Tinjauan
Korelasi
Eksperimental
Benar
1. Reka Bentuk Ujian Pasca
2. Reka Bentuk Pra-Pasca
3. Reka Bentuk Empat Kumpulan Solomon
4. Reka Bentuk Penukar-Gantian
5. Reka Bentuk Faktorial
APAKAH KAJIAN EKSPERIMENTAL BENAR?
Kajian Eksperimen Benar boleh dianggap seperti “kajian eksperimen dalam makmal sains” dari
segi prinsip asasnya. Kajian ini membandingkan kesan rawatan ke atas pembolehubah
bersandar (DV) bagi kumpulan eksperimen dan dibandingkan kesan ini dengan kumpulan
kawalan yang mendapat treatment yang standard.
Reka bentuk kajian eksperimental merupakan reka bentuk kajian perbandingan antara
kumpulan-kumpulan yang paling baik iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
Dalam reka bentuk ini kumpulan-kumpulan diagihkan secara rawak dan responden mempunyai
ciri-ciri yang sama.
PEMILIHAN KUMPULAN SECARA RAWAK
Matching process based on gender Reka bentuk Eksperimental Benar
mesti memenuhi syarat berikut :
Kumpulan Pengagihan subjek secara rawak
Rawatan
kepada kumpulan kawalan dan
Kumpulan kumpulan rawatan
Kawalan Kedua-dua kumpulan dikatakan
seimbang dan mempunyai ciri
yang sama
Dengan ini, pengkaji yakin bahawa
kesan kepada kumpulan rawatan
hanya disebabkan oleh rawatan
yang telah dirawat.
GAMBARAN KAJIAN
Contohnya anda membandingkan antara dua kumpulan
Skor pencapaian sains Skor pencapaian
kumpulan eksperimen kumpulan kawalan yang
menggunakan kaedah
yang diberikan mengajar yang standard /
pengajaran peta minda konvensional
Skor kumpulan kawalan bertindak sebagai skor baseline. Jika kumpulan eksperimen mendapat skor yang lebih
tinggi dari skor baseline, maka treatment peta konsep memberikan kesan berbanding skor baseline kumpulan
kawalan.
Dalam contoh di atas, DV adalah skor pencapaian dan IV adalah kaedah pengajaran (peta konsep vs
konvensional).
GAMBARAN KAJIAN
Bagi memastikan kedua-dua kumpulan adalah setara dari segi skor pencapaian sebelum
dijalankan rawatan / treatment, sekumpulan subjek dipilih secara rawak (random selection).
Kemudian subjek dibahagikan kepada dua kumpulan secara rawak juga (random assignment)
bagi mendapatkan dua kumpualn yang setara.
Paling baik jika dilakukan secara single-blind iaitu subjek tidak tahu sama ada mereka terlibat
dalam kajian, atau menjadi mana-mana kumpulan eksperimen mahupun kawalan. Ini
mengelakan kesan bias.
Double-blind pula bermaksud kedua-dua pihak iaitu pengkaji dan subjek tidak tahu perkara yang
boleh membawa kepada bias.
TUJUAN KAJIAN EKSPERIMENTAL BENAR
Kajian ini bertujuan untuk mengukur sama ada elemen berikut memberi kesan kepada pembolehubah
bersandar (DV) dan pembolehubah tidak bersandar (IV).
Prosedur Olahan Intervensi Amalan
baru
Bilakah penyelidik akan / perlu menggunakan reka bentuk eksperimen? Apakah situasinya?
Mengukuhkan sebab dan akibat di antara pembolehubah bersandar (DV) dan pembolehubah tidak
bersandar (IV)
Pembolehubah dapat dikawal
IV mempengaruhi DV – maka kita boleh menyatakan bahawa IV menyebabkan DV
JENIS-JENIS REKA BENTUK EKSPERIMENTAL BENAR
REKA BENTUK REKA BENTUK UJIAN PASCA
EKSPERIMENTAL REKA BENTUK PRA-PASCA
BENAR REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
REKA BENTUK PENUKAR-GANTIAN
REKA BENTUK FAKTORIAL
REKA BENTUK UJIAN PASCA
(Tujuan)
Reka bentuk ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental yang paling ringkas tetapi ia
mempunyai kesahan dalaman yang tinggi.
Dalam reka bentuk ini responden-responden diagihkan ke dalam dua kumpulan secara rawak,
dan pembolehubah bersandar hanya diukur sekali sahaja, iaitu melalui ujian pasca.
Ujian pra tidak diperlukan kerana kedua-dua kumpulan responden dianggap mempunyai ciri-ciri
yang sama di bawah pengagihan rawak.
Terdapat dua reka bentuk penyelidikan eksperimental ini iaitu:
1. Reka bentuk perbandingan antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan
2. Reka bentuk perbandingan relatif antara kumpulan rawatan dan kawalan.
REKA BENTUK UJIAN PASCA
(Contoh)
Dua kumpulan sahaja yang terlibat (Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan).
Subjek diagih secara rawak kepada dua kumpulan (olahan / rawatan dan kawalan).
Pasca ujian dijalankan kepada kedua-dua kumpulan bagi membandingkan keberkesanan kesan
olahan/rawatan.
Subjek Olahan Pasca Ujian
Kumpulan Rawatan X1 0
Kumpulan Kawalan X2 0
JENIS-JENIS REKA BENTUK EKSPERIMENTAL BENAR
REKA BENTUK REKA BENTUK UJIAN PASCA
EKSPERIMENTAL REKA BENTUK PRA-PASCA
BENAR REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
REKA BENTUK PENUKAR-GANTIAN
REKA BENTUK FAKTORIAL
REKA BENTUK PRA-PASCA
(Tujuan)
Reka bentuk ujian pra pasca menggunakan dua kali pengukuran (pengukuran yang sama) ke atas pembolehubah
bersandar, iaitu sebelum dan selepas pembolehubah bebas dimanipulasi.
Tujuannya ialah untuk mengetahui berapa banyak kesan pembolehubah bebas menyebabkan perubahan pada
pembolehubah bersandar.
Reka bentuk kajian ini juga boleh dijalankan ke atas pembolehubah bebas yang mempunyai lebih daripada dua
peringkat.
Kebaikan reka bentuk ini berbanding ujian pasca ialah melalui pengukuran pada ujian pra, pengkaji dapat
memperoleh maklumat tentang keadaan asal responden, dan seterusnya membandingkannya dengan keputusan
ujian pasca setelah responden diberi rawatan.
Walau bagaimanapun, kelemahan reka bentuk kajian ini ialah dengan melakukan dua kali pengukuran, repsonden
mungkin akan meneka tujuan kajian dan merasa segala tindakan mereka adalah dibawah pengawasan pengkaji.
Ia akan meningkatkan kesan bias penyertaan dan kesan pengujian. Untuk mengatasi masalah-masalah ini, Reka
Bentuk Empat Kumpulan Solomon dan Reka Bentuk Penukar-Gantian boleh digunakan.
REKA BENTUK PRA-PASCA
(Contoh)
Melibatkan dua kumpulan yang diagihkan secara rawak
Pra ujian (O1) diberikan kepada kedua-dua kumpulan
X1 adalah kaedah baharu (olahan) ke atas kumpulan rawatan
X2 adalah kaedah tradisional atau sedia ada
O2 adalah pasca ujian bagi kedua-dua kumpulan
Reka bentuk ini sangat disyorkan kepada penyelidik
Kumpulan Ujian Pra Ujian Olahan Pasca Ujian
Kumpulan Rawatan O1 X1 O2
O2
Kumpulan Kawalan O1 X2
JENIS-JENIS REKA BENTUK EKSPERIMENTAL BENAR
REKA BENTUK REKA BENTUK UJIAN PASCA
EKSPERIMENTAL REKA BENTUK PRA-PASCA
BENAR REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
REKA BENTUK PENUKAR-GANTIAN
REKA BENTUK FAKTORIAL
REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
(Tujuan)
Reka Bentuk Empat kumpulan Solomon (1949) direka untuk mengenal pasti kewujudan kesan
pengujian.
Kesan pengujian biasanya timbul akibat daripada reponden kajian diberi ujian sebanyak lebih
daripada sekali.
Kesan pengujian timbul apabila respon yang diberi oleh responden dalam ujian kali yang kedua (ujian
pasca) dipengaruhi oleh ujian kali pertama (ujian pra).
Dalam Reka Bentuk Empat Kumpulan Solomon, terdapat dua reka bentuk kaedah penyelidikan
eksperimental yang asas iaitu:
1. 2 kumpulan repsonden yang diberi rawatan dan dua kumpulan responden yang tidak diberi
rawatan.
2. 2 kumpulan responden yang diberi ujian pra dan 2 kumpulan responden yang tidak diberi ujian
pra.
REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
(Contoh)
Diagihkan kepada empat kumpulan secara rawak
Kumpulan rawatan – satu kumpulan diberi pra ujian dan satu lagi tidak
Kumpulan kawalan – satu kumpulan diberi pra ujian dan lagi kumpulan tidak
Semua kumpulan melalui pasca ujian
Rekabentuk ini mengawal pembolehubah luaran (ancaman dengan baik dan mempunyai kesahan dalaman yang tinggi
Gabungan antara reka bentuk pertama dan kedua (reka bentuk kumpulan pasca ujian dan pra pasca)
Kelemahan – memerlukan sampel yang ramai untuk diagihkan kepada empat kumpulan
Kumpulan Pra Ujian Olahan Pasca Ujian
Pasca Ujian
O X1 O
Kumpulan Rawatan O X2 O
- X1 O
Kumpulan Kawalan - - O
Kumpulan Rawatan
Kumpulan Kawalan
JENIS-JENIS REKA BENTUK EKSPERIMENTAL BENAR
REKA BENTUK REKA BENTUK UJIAN PASCA
EKSPERIMENTAL REKA BENTUK PRA-PASCA
BENAR REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
REKA BENTUK PENUKAR-GANTIAN
REKA BENTUK FAKTORIAL
REKA BENTUK PENUKAR-GANTIAN
(Tujuan & Contoh)
Reka bentuk ini sesuai digunakan untuk mengesan kesan ujian dalam penyelidikan ke atas
keberkesanan sesuatu program kepada sesebuah institusi.
Dalam reka bentuk ini, sebanyak tiga kali pengukuran dalam dua fasa yang berlainan
dilaksanakan ke atas kedua-dua kumpulan responden.
Rawatan diberikan kepada kumpulan pertama dan kumpulan kedua secara bergilir-gilir
Fasa 1 Fasa 2
Kumpulan 1 R U1 X U3 U5
Kumpulan 2 R U2 U4 X U6
JENIS-JENIS REKA BENTUK EKSPERIMENTAL BENAR
REKA BENTUK REKA BENTUK UJIAN PASCA
EKSPERIMENTAL REKA BENTUK PRA-PASCA
BENAR REKA BENTUK EMPAT KUMPULAN SOLOMON
REKA BENTUK PENUKAR-GANTIAN
REKA BENTUK FAKTORIAL
REKA BENTUK FAKTORIAL
(Tujuan)
Reka Bentuk Faktorial ialah satu reka bentuk penyelidikan eksperimental yang mempunyai lebih
daripada 2 pemboleh ubah bebas.
Reka bentuk faktorial diwakili oleh formula-formula seperti 2 x 2, 2 x 3 x 3 dan sebagainya.
Dalam reka bentuk faktorial, faktor-faktor (2 faktor dan ke atas) yang menyebabkan perubahan
pembolehubah bersandar merupakan pembolehubah bebas utama yang dimanipulasi.
Kekuatan Reka Bentuk Faktorial berbanding dengan reka bentuk eksperimental yang lain ialah
untuk membantu pengkaji mengesan faktor-faktor yang menyebabkan perubahan
pembolehubah bersandar.
Reka bentuk ini juga membenarkan pengkaji mengenal pasti interaksi antara faktor-faktor utama.
REKA BENTUK FAKTORIAL
(Contoh)
Contoh Formula : 2 x 2
Pengaruh bentuk ( 2 : tulisan & gambar) dan warna ( 2 : hitam – putih & warna) kulit buku ke atas
minat untuk membaca & membeli buku
Kumpulan 1 PR X1 1 U
Kumpulan 2 PR X1 2 U
Kumpulan 3 PR X2 1 U
Kumpulan 4 PR X2 2 U
KESIMPULAN
Reka bentuk penyelidikan ini dilakukan apabila penyelidik ingin menentukan kewujudan
hubungan antara pembolehubah bebas (IV) dengan pembolehubah bersandar (DV).
Penyelidik perlu berusaha mengawal semua pembolehubah luaran atau ancaman yang
berpotensi memberi kesan terhadap pemboleh ubah bersandar. Kawalan ini adalah penting bagi
penyelidik membuat kesimpulan bahawa hanya pembolehubah bebas sahaja yang
menyebabkan kesan tersebut.
Kumpulan ini telah memilih reka bentuk ujian pasca untuk membuat huraian terperinci kerana
reka bentuk ini ringkas untuk dilaksanakan.
CONTOH KAJIAN
(Reka Bentuk Ujian Pasca)
KAJIAN YANG DIPILIH
PERKARA BUTIRAN
Jurnal Laporan Penyelidikan. Darul Quran JAKIM. 2015.
Penyelidik/ Abdul Jalal Abdul Manaf, ShamsulBahari Dahalan, Mohamad Marzuqo Abdul Rahman,
Tahun Muhammad Toriq Yaacob, Zamzarina Md Sood, Sukhairu Sulaiman, Mohd Abdul Raub
Sidek dan Syazrin Nazee Mudeen. 2015.
Tajuk
Keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran Berbantukan al-Quran
Terjemahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Hifz al-Quran.
Kaedah Menggunakan Reka bentuk Kajian Eksperimental Benar. Melibatkan kaedah berbentuk
Kajian deskriptif dan inferensi ujian ujian pasca dan ujian pra-pasca.
PERKARA KAEDAH PENULISAN OBJEKTIF
Objektif ULASAN
kajian
1. Menilai keberkesanan Kaedah Kefahaman Makna Ayat al-Quran berbantukan al-Quran
Ulasan terjemahan terhadap pemahaman makna ayat al-Quran kumpulan rawatan.
2. Mengenalpasti perbezaan tahap kefahaman makna ayat al-Quran di antara Kumpulan Rawatan
dan Kumpulan Kawalan.
3. Mengenal pasti perbezaan tahap pengekalan hafazan antara Kumpulan Rawatan dan Kumpulan
kawalan.
4. Mengenal pasti hubungan antara kefahaman makna ayat al-Quran dengan tahap pengekalan
hafazan bagi kumpulan Kumpulan Rawatan.
1. Kajian berbentuk eksperimental benar bertujuan membuat perbandingan dua kumpulan yang
berlainan kaedah pengajarannya iaitu Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan.
2. Kajian yang dijalankan menggunakan Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca Kefahaman terhadap
Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan bagi membandingkan / membuat perbandingan
antara kedua-dua kumpulan.
3. Ujian-T digunakan bagi menentukan perbezaan / atau membuat perbandingan antara kedua-
dua kumpulan. Dan Ujian Korelasi untuk melihan hubungan antara pembolehubah.
PERKARA KAEDAH PERSAMPELAN
Sampel ULASAN
kajian
1. Jumlah responden (N) = 79 orang responden semester 1 sesi 2015/2018 Diploma Tahfiz
2. Kumpulan A (Kumpulan Rawatan) seramai 32 responden
3. Kumpulan B (Kumpulan Kawalan) seramai 47 responden
4. Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan kaedah kefahaman makna ayat al-Quran
berbantukan al-Quran terjemahan terhadap pemahaman makna ayat al-Quran dan mengenal
pasti hubungan antara kefahaman makna ayat dengan tahap pengekalan hafazan pelajar
Ulasan 1. Kaedah persampelan memenuhi kriteria Reka bentuk Ujian Eksperimental Benar iaitu mempunyai
Kumpulan Rawatan dan Kumpulan Kawalan.
2. Kaedah Eksperimental Benar dipilih bertujuan untuk menilai keberkesanan sesuatu kaedah
pengajaran yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran (merujuk
kepada kajian yang dipilih).
3. Bertujuan untuk membuktikan sama ada kaedah yang digunakan adalah berkesan atau tidak
dalam meningkatkan tahap kefahaman responden terhadap makna ayat al-Quran yang
berbantukan al-Quran terjemahan.
KAEDAH PERSAMPELAN
Subjek Olahan Pasca Ujian
Kumpulan Rawatan 32 responden 0
Kumpulan Kawalan 47 responden 0
Kumpulan A (Rawatan) Kumpulan B (Kawalan)
INSTRUMENKAJIAN
PERKARA ULASAN
Instrumen Kualitatif
kajian 1. Data dikumpul berdasarkan dua kaedah yang digunakan iaitu Pemerhatian Berstruktur
(pemerhatian terhadap pengendalian pengajaran, aktiviti Talaqqi, dokumentasi PdPc, aktiviti Tasmi,
antara guru dan pelajar) dan melalui Temu bual Separa Berstruktur (temu bual hanya dijalankan
kepada pelajar / responden sahaja).
Kuantitatif
1. Data dikumpul berdasarkan penilaian pengekalan hafazan dan kefahaman. Ujian Pasca
Pengekalan melibatkan Ujian Syafawi al-Quran dan Ujian Tahriri al-Quran. Manakala bagi aspek
kefahaman pula, dua ujian yang dijalankan iaitu Ujian Pra Kefahaman dan Ujian Pasca Kefahaman.
Ulasan 1. Kaedah yang digunakan bagi menguji keberkesanan kaedah pengajaran terhadap tahap
kefahaman responden melibatkan Ujian Pra dan Ujian Pasca. Ini merupakan ciri penting dalam
menjalankan sesuatu kajian dengan menggunakan Reka bentuk Ujian Eksperimental Benar.
Kumpulan A (Rawatan) INSTRUMEN KAJIAN
Kumpulan B (Kawalan)
Kaedah PdPc Kaedah PdPc
Berbantukan Tidak berbantukan
al-Quran terjemahan al-Quran terjemahan
PERKARA ANALISIS DATA
Analisis ULASAN
data
1. Statistic Package for the Social Sciences (SPSS) versi 17.0 merupakan perisian statistik yang telah
digunakan dalam menganalisis data yang diperoleh daripada soal selidik.
2. SPSS ini digunakan kerana perisian ini dapat menganalisa data kuantitatif.
3. Ujian-T digunakan untuk mencari perbandingan / perbezaan antara kedua-dua pemboleh ubah
berdasarkan kaedah PdPc yang digunakan (berbantukan al-Quran terjemahan dan tidak
berbantukan al-Quran terjemahan).
4. Ujian Korelasi digunakan untuk mencari hubungan antara kaedah PdPc dengan tahap pengekalan
dan tahap kefahaman makna al-Quran dalam kalangan responden.
Ulasan Kajian ini merupakan kajian eksperimen menggunakan reka bentuk Eksperimental Benar (True
Experimental Design) yang melibatkan kaedah berbentuk deskriptif dan inferensi menggunakan dua
reka bentuk iaitu Ujian Pasca dan Ujian Pra-pasca. Reka bentuk Eksperimental Benar ini terdapat dua
pemboleh ubah yang dikaji, iaitu Pemboleh Ubah Bersandar dan Pemboleh Tidak Bersandar. Pemboleh
Ubah Bersandar ialah Pengajaran Dan Pembelajaran Hifz al-Quran. Manakala Pemboleh Ubah Bebas
pula Ialah Kaedah Kefahaman Makna Ayat Al-Quran Berbantukan Al-Quran Terjemahan.