The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aliza, 2021-08-11 07:09:31

Pakaian Tradisional di Malaysia.

TEMA: BUDAYA MALAYSIA
TAJUK: PAKAIAN TRADISIONAL DI MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH: ALIZA BINTI SUPIAN.
KELAS: 6SS3-2.
KELAB: PELANCONGAN.
SEKOLAH: SMK TUN ABDUL RAZAK.

PENGENALAN

Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan
damai. Kaum yang utaama di Malaysia ialah Melayu, Cina, dan India. Melayu
merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia.
Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena
politik di Malaysia. cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia beragama
Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau
Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi.Malahan, India pula membentuk
7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragam Hindu, bertutur Tamil, Malayalam,
dan Hindi. Selain itu, terdapat juga Kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum
bumiputra lain. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi Malaysia, tetapi bahasa Inggeris
digunakan secara meluas terutaramanya dalam berkeborasi dengan negara luar.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM MELAYU

-Baju Melayu (Jawi: ‫ )يالب وجاب‬ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu.
Baju Melayu terbahagi kepada dua bahagian iaitu baju (kemeja lengan panjang) dan
seluar panjang serta dilengkapi dengan samping dan songkok. Baju Melayu terdapat
dua jenis garisan leher iaitu teluk belanga dan cekak musang. Baju Melayu biasanya
dipakai sebagai pakaian harian terutama sekali untuk bersembahyang, ke pejabat,
majlis formal, dan sebagai pakaian adat. Baju Melayu juga merupakan pakaian rasmi
Malaysia.

-Baju Melayu berwarna hitam dengan kain songket hitam bersulam dengan benang
emas dianggap satu bentuk pakaian rasmi, dan pakaian rasmi diperlukan semasa
acara-acara rasmi negara, terutama orang-orang yang sangat formal seperti sambutan
hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong rasmi di Malaysia. Duta Malaysia
membentangkan kelayakan mereka kepada ketua negeri asing juga dikehendaki untuk
memakai hitam Baju Melayu. Baju Melayu berwarna putih dipakai oleh kerabat diraja
Malaysia apabila berkabung lulus dari ahli keluarga diraja.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM MELAYU

-Baju kurung (Jawi: ‫ )ڠبروک وجاب‬ialah pakaian tradisional untuk wanita
Melayu. Baju Kurung juga digunakan untuk menghadiri majlis
perkahwinan, majlis agama, dan majlis rasmi. Di Malaysia, secara
amnya seluruh wanita melayu memakai baju kurung sebagai pakaian
tradisi ini termasuk pakaian rasmi pelajar sekolah rendah dan
menengah. Cuma reka bentuk dan potongan baju kurung agak
berbeza-beza mengikut negeri.

-Selaras dengan peredaran zaman, kini pelbagai busana rekaan moden
telah muncul dan diterima oleh masyarakat Melayu. Sungguhpun
pada umumnya kita telah menerima pengaruh moden dalam pakaian
harian, namun baju kurung tetap menjadi pilihan kaum wanita untuk
digayakan. Bezanya, rekaan baju kurung sekarang lebih kontemporari
tetapi masih mengekalkan ciri-ciri keasliannya.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM CINA

-Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam bahasa dialek
Kantonis. Samfoo dipakai oleh lelaki berketurunan Cina. Pakaian
ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan
berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar. Pakaian ini
biasanya diperbuat daripada kain lembut seperti kain sutera.
-Pakaian tradisional ini jarang sekali dipakai oleh lelaki
berketurunan Cina di Malaysia.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM CINA

-Pakaian cheongsam atau ‘baju panjang’ yang selesa dan anggun juga
sering dilihat hingga ke hari ini. Lazimnya, cheongsam mempunyai
leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk yang sendat di
pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini selalunya
diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain- lain jenis kain lembut.

-Cheongsam atau disebut juga Qipao merupakan pakaian wanita
dengan corak bangsa Tiong hwa dan menikmati kesuksesan dalam
dunia busana internasional. Nama “Cheongsam” bererti “pakaian
panjang”, diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris dari dialek Propinsi
Guangdong (Canton) di Tiongkok. Cheongsam merupakan gaun khas
masyarakat Cina yang melekat di tubuh sehingga menonjolkan bentuk
tubuh si pemakainya. Cheongsam tradisional banyak menggunakan
bahan satin atau sutera yang bermotif khas. Beberapa motif yang
umum dipakai untuk cheongsam adalah bunga, burung, naga, dan
sebagainya.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM INDIA

-Dhoti merupakan pakaian untuk kaum lelaki. Pakaian ini
diperbuat daripada kain yang bewarna putih.
Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari
perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak
berminat dengan pakaian tersebut.

-Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang
panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan
diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada
bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-
manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti
yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian
ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM INDIA

-Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia
adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim
perayaan.

-Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter
hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima
hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai.

-Kebanyakan kain sari adalah jarang dan lembut. Sebelum
memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang
ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan
diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga
hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak
terurai.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM BIDAYUH

-Pakaian lelaki Bidayuh iaitu baju dan seluar dari
satin dihiasi pita merah dan putih.

-Bahagian luar memakai jipo Boyuh dari kulit kayu
dan kalung gigi beruang.

-Kaum lelaki masyarakat Bidayuh pula lazimnya
mengenakan sepasang persalinan berbentuk baju
hitam separa lengan atau berlengan pendek dengan
sedikit corak berunsur flora dan seluar hitam atau
cawat yang berwarna asas seperti biru, merah dan
putih. Kain lilit kepala pula adalah pelengkap hiasan
kepala kaum lelaki masyarakat ini.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM BIDAYUH

-Bagi kaum wanita masyarakat Bidayuh, pakaian
lengkap adalah termasuk baju berlengan pendek
atau separuh lengan dan sepasang kain sarung
berwarna hitam paras lutut yang dihiasi dengan
manik manik halus pelbagai warna disulami dengan
kombinasi warna utama iaitu putih, kuning dan
merah.

-Tudung kecil separuh tinggi dengan corak anyaman
yang indah atau penutup kepala daripada kain
berwarna warni dengan sulaman manik halus adalah
pelengkap hiasan kepala wanita masyarakat Bidayuh.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM IBAN

-Pakaian tradisional lelaki Iban terbahagi kepada dua iaitu
Kain Sirat dan Dandong. Kain Sirat dikenali juga sebagai kain
cawat merupakan pakaian asas kaum Iban. Sirat dipakai
dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang.
Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan
belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.

-Dandong pula merupakan kain selendang yang dipakai oleh
lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada bedong.
Panjangdandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai
pembungkus barang-barang persembahan dalam upacara-
upacara tertentu. Dandong diperbuat daripada kain yang
ditenun dengan cara ikat.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM IBAN

-Pakaian tradisonal wanita Iban pula, terbahagi
kepada tiga jenis iaitu Bidang, Kalambi dan
Bedong. Bidang merupakan sejenis kain sarung
yang sempit dan panjangnya cuma separas lutut.

-Baju kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada
dua jenis iaitu kalambi berlengan dan kalambi
tanpa lengan.

-Wanita Iban juga memakai kain selendang yang
panjang dan sempit. Kain selempang ini dikenali
sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak
tenunan yang sangat halus.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM KADAZAN

- Bagi kaum Kadazan, lelaki akan memakai baju
gaung, seluar souva, bengkung toogot dan
pakaian kepala yang disebut siga.
-Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah
Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda
kuning keemasan. Lelaki memakai pakaian
kepala sigal dari kain destar.

PAKAIAN TRADISIONAL: KAUM KADAZAN

-Perempuan akan memakai baju pendek
sinuangga, kain labuh tetapi dan selendang
batik dilengkapi tali pinggang himpogot.

-Baju tradisional suku kaum Kadazan daerah
Papar. Baju fabrik baldu hitam berhias renda
kuning keemasan. Wanita memakai siung dari
anyaman buluh halus bermotifkan geometrik
etnik Sabah. Perhiasan diri gelang tangan dan
tali pinggang syiling perak.

SEKIAN,
TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version