The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by insyirahfisol, 2021-05-21 06:12:32

CERPEN HIPERTENSI

NOVEL T5

CERPEN
HIPERTENSI

KARYA ILLIAS ZAIDI

DISEDIAKAN OLEH:
-NUR INSYIRAH BINTI FISOL
-NURUL AIN BINTI MOHD ZAMRY

5 ST 1

SINOPSIS:

Cerpen Hipertensi (Illias Zaidi) memaparkan watak utama, Aiman Aqil yang sering berhalusinasi. Aiman sering
menimbulkan kemarahan gurunya kerana tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas. Dia
sering berangan-angan menjadi tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains. Aiman Aqil mudah bosan dengan cara
pembelajaran di sekolah menyebabkan dia sering ponteng sekolah. Hal ini menimbulkan kemarahan ayahnya sehingga
dia kerap dirotan. Aiman sentiasa mengambil kesempatan untuk mewujudkan halusinasi futuristik penuh cabaran. Dia
pernah membayangkan dirinya telah lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa. Walaupun Aiman Aqil sering
berhalusinasi, namun dia mempunyai prinsipnya yang tersendiri. Dia tidak mahu berangan-angan seperti Mat Jenin dan
Si Luncai. Angan-angan Aiman terus mekar apabila dia terus berhalusinasi menjalani latihan intensif di bawah program
aeroangkasa di bawah Rusia. Kemudian, dia terus berangan-angan hendak memantapkan diri sebagai persediaan untuk
berlepas ke angkasa. Halusinasi Aiman tidak terhenti setakat itu sahaja, malah dia turut membayangkan jutaan khalayak
menyaksikan siaran langsung perlepasan kapal angkasa yang dinaikinya. Aiman akhirnya berjaya mendarat di bulan
dalam halusinasinya itu. Setelah asyik melayan halusinasinya, akhirnya Aiman teringat akan bisikan halus yang
didengarinya ketika di planet bulan melalui pentas halusinasinya. Suara ghaib itu mengajaknya lebih mendekatkan diri
kepada Ilahi. Akhirnya, Aiman sedar daripada khayalannya bahawa dia perlu berusaha untuk mendapatkan sesuatu
bukan sekadar berangan-angan. Jauh di sudut hati Aiman, dia memanjatkan doa dan harapan ke hadrat Ilahi.

TEMA Halusinasi futuristik yang
penuh dengan cabaran.

● Aiman Aqil sering membayangkan dirinya
berada dalam suasana di angkasa lepas.

● Aiman sering berhalusinasi tentang dunia
penerokaan sains angkasa lepas dengan
menjadikan sebatang pokok kelapa dara di
penjuru banglonya sebagai tempat
berlepas ke angkasa dengan sebuah
kapal angkasa.

persoalan:

➔ Persoalan tanggungjawab dan peranan ibu ➔ Persoalan kebijaksanaan semasa
bapa terhadap anak. menyelesaikan sesuatu perkara.

❖ Ibu bapa Aiman bertanggungjawab membawa ❖ Aiman Aqil bijak menyelesaikan masalah
Aiman menjalani latihan intensif dan latihan Matematik murid tingkatan lima walaupun
terapi untuk memulihkan pertuturannya yang ketika itu dia masih bersekolah rendah.
gagap.

➔ Persoalan pengorbanan seorang guru

terhadap anak muridnya.
❖ Cikgu Faridah mengajar Aiman Aqil dan

murid-murid lain subjek Sains dengan

bersungguh-sungguh.

Watak dan perwatakan:

Aiman Aqil: Bapa Aiman:

★ Berumur hampir 20 tahun. ❏ Bapa kepada tiga orang anak iaitu Aiman Aqil,
★ Anak sulung dan mempunyai dua orang adik
Fadilah Fatnin dan Azilah Atiqah.
beradik. ❏ Bertugas sebagai jurutera mekanikal.
★ Pintar dalam pelajaran terutamanya subjek ❏ Digelar “babah” oleh anak-anaknya.
❏ Bertanggungjawab; membesarkan ketiga-tiga
Matematik dan Sains.
★ Bercita -cita tinggi; ingin menjadi seorang anaknya.
❏ Bengis dan garang; pernah menampar Aiman
angkasawan seperti Neil Armstrong.
★ Suka menyakat orang lain; sering merayau dan kerana kedegilan dan kenakalan anaknya itu.
❏ Penyayang; berusaha merawat masalah
menyakat rakan sekelasnya.
★ Suka memberontak dan marah-marah kepada kegagapan anaknya dengan membawa Aiman

suasana persekitarannya; Aiman akan ponteng menjalani latihan intensif dan terapi.
kelas setelah dirotan oleh bapanya.

Ibu Aiman: Cikgu Faridah:

● Bertugas sebagai Saintis dalam bidang geologi. ❖ Guru Sains di sekolah Aiman.
● Seorang yang penyayang; ibu Aiman berasa ❖ Guru yang berdedikasi; menerangkan ilmu teori

kasihan apabila anaknya dirotan oleh suaminya. graviti dengan bersungguh-sungguh kepada
● Isteri yang taat dan patuh akan suami; ibu Aiman dan kawan-kawannya.
❖ Cepat marah; wajahnya segera berubah apabila
Aiman tidak melawan apabila suaminya Aiman mempertikaikan teori graviti yang
merotan Aiman. diajarnya dengan kuasa Tuhan.
● Seorang yang penyabar; dia tetap bersabar ❖ Bijak melihat potensi murid; menggelarkan
dengan sikap garang suaminya semasa Aiman sebagai profesor kerana kepintaran dan
mendidik anak-anak terutamanya Aiman yang kecerdikan muridnya itu.
bersikap kontras dengan suaminya.

plot

Permulaan

★ Aiman merenung lereng bukit dari celah jemarinya.
★ Lereng bukit itu terhakis dan runtuh menimpa sebuah banglo.
★ Dia teringat dan teori graviti dan suasana di kelas ketika Cikgu Faridah mengajarnya.

Perkembangan

★ Suasana di dalam kelas sewaktu Aiman dan rakan sekelasnya belajar.
★ Cikgu Faridah mengelarnya profesor disebabkan kepintarannya, ketinggian daya berfikirnya dan kematangannya berbanding

dengan murid-murid yang lain.
★ Walaupun Aiman bijak, tetapi dia suka memberontak dan bersikap angkuh. Dia menganggu adik-adiknya ketika mereka membuat

kerja sekolah. Dia juga memandang rendah kepada rakannya yang gagal menjawab soalan.
★ Aiman dipanggil oleh pengetua kerana menimbulkan masalah di sekolah.

Perumitan

★ Aiman dirotan oleh ayahnya. Ibunya tidak berani menghalang.
★ Ketika dirotan, Aiman berhalusinasi dengan membayangkan dirinya menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa

di Rusia.
★ Kemudian dia berlepas ke Stesen Angkasa Antarabangsa dan seterusnya ke bulan.
★ Setelah melihat persekitaran bulan yang panas dan gersang, Aiman berasa sangat terasing dan mahu segera pulang.
★ Aiman yang berangan-angan ke angkasa lepas berada di pucuk kelapa dara.

Klimaks

★ Dia berharap ibu dan ayahnya menyambut kepulangannya dengan gembira.
★ Aiman berasa sedih kerana keluarganya tidak harmonis disebabkan sikap garang dan bengis ayahnya.

Peleraian

★ Aiman teringatkan bisikan ghaib yang mengajaknya mendekati Ilahi.
★ Aiman berdoa dengan penuh harapan ke hadrat Ilahi tatkala melihat kemusnahan lereng-lereng bukit.
★ Dia insaf dan bertekad untuk terus berusaha mencapai impiannya.

Teknik plot:

1. PEMERIAN - Penulis memerihalkan keadaan Aiman Aqil sewaktu dia dilahirkan di bilik bersalin.

2. DIALOG - Perbualan antara Aiman Aqil dengan adiknya, Fadilah Fatnin yang sedang menyiapkan kerja rumah Matematik.

3. KEJUTAN - Keberanian Aiman Aqil untuk melontarkan pendapatnya berhubung Teori Graviti yang sedang diajarkan oleh
Cikgu Faridah benar-benar menimbulkan kejutan kepada pembaca dan rakan murid di kelasnya.

latar: 2. LATAR MASA

1. LATAR TEMPAT  i) WAKTU PAGI - Pada waktu pagi, peristiwa Aiman Aqil
i) SEKOLAH - Di sekolah, Aiman dan rakan-rakannya yang dilahirkan di bilik bersalin.
belajar mata pelajaran Sains daripada Cikgu Faridah.
ii) RUANG UDARAKASA BULAN - Di ruang udarakasa ii) ZAMAN SEKOLAH RENDAH - Semasa zaman
bulan, Aiman terapung-apung di ruang udara dengan sekolah rendah, Aiman kerap ponteng kelas kerana
berpakaian sebagai angkasawan. sikapnya yang mudah bosan dan jelak terhadap
iii) POHON KELAPA DARA DI PENJURU BANGLO - Di pengajaran guru.
pohon kelapa dara yang terletak di penjuru banglo,
Aiman mengadaikan pohon itu sebagai Stesen Angkasa iii) ZAMAN REMAJA - Semasa di zaman remaja,
Antarabangsa dan kapal angkasa Soyuz. Aiman sedar akan kesilapannya yang terlalu jauh
berimaginasi dan kembali kepada dunia realiti.

3. LATAR MASYARAKAT 

i) Masyarakat yang bercita-cita tinggi untuk menjadi seseorang yang diidamkannya - Aiman Aqil bercita-cita tinggi dan
menyimpan angan untuk menjadi angkasawan yang berjaya seperti Neil Amstrong.

ii) Masyarakat yang penyayang terhadap anggota keluarganya - Ibu Aiman amat penyayang dan sangat menyayangi
anak-anaknya, iaitu Aiman, Fadilah dan Azilah.

iii) Masyarakat yang mendidik anak dengan bengis dan garang - Bapa Aiman mendidiknya dengan bengis dan garang
apabila dia melakukan kesalahan sama ada dirotan atau ditampar.

GAYA BAHASA

NILAI:

1. Kita mestilah bijaksana semasa menyelesaikan sesuatu PENGAJARAN
masalah agar kesulitan itu dapat diselesaikan dengan lebih
mudah dan teratur kerana kita mempunyai ilmu yang cukup - 
Aiman mempunyai kebijaksanaan yang luar biasa apabila dia
dapat menyelesaikan latihan Matematik murid tingkatan lima
walhal umurnya ketika itu baru lapan tahun.

2. Kita perlulah bertanggungjawab terhadap anggota keluarga
supaya satu keluarga dapat hidup dalam keadaan yang aman
dan harmoni tanpa berpecah belah -  Ayah Aiman sangat
bertanggungjawab dengan berusaha untuk merawat masalah
kegagapan anaknya dengan membawa Aiman menjalani latihan
intensif dan latihan terapi.

3. Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan
masalah agar tiada kejadian yang diingini berlaku dalam hidup
sementelahan menyelesaikan masalah dengan tenang -  Ibu
Aiman bersabar dengan sikap garang dan bengis suaminya
ketikan mendidik anak-anak mereka terutamnya Aiman.


Click to View FlipBook Version