The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by zaidinabadi5523, 2023-12-07 23:17:55

BULETIN BLB_SINGLE PAGE FORMAT

BULETIN BLB_SINGLE PAGE FORMAT

BIL. 35/ 2023 P E R S AT UA N S E JA R A H M A L AYS I A C AWA N G A N K E D A H Barisan Jawatankuasa Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) Penaung Jawatankuasa bagi Sesi 2023/2025 Pengerusi: Dr. Ibrahim bin Bakar, SDK., BKM. Timbalan Pengerusi: Ts SUPT/KS Syamsul Anuar bin Ismail, AMK., BKM. Setiausaha Kehormat: Lt. Kol. Bersekutu (PA) Dr. Mohd Faisal bin Mustaffa, BCK. Penolong Setiausaha Kehormat: Encik Mohd Firdaus bin Haji Abu Bakar Bendahari Kehormat: Encik Mohamad Zaidi bin Azizan Penolong Bendahari Kehormat: Puan Wan Juniza binti Wan Ismail Pengarang Kehormat: Encik Mohamad Puzi bin A Hadi, BKM., PCK. Ahli-Ahli Jawatankuasa 1. YBhg. Dato’ Seraja Wangsa Dato’ Syed Azizan bin Syed Mohamad Al-Idrus, DGMK., DSDK., JMN., KMN., BCK., AMP., JP. 2. YBhg. Dato’ Haji Shaarani bin Haji Hassan, DSDK., AMK., BKM., JP. 3. YBhg. Dato’ Mohd Rawi bin Abdul Hamid, DSDK., AMK., PJK. 4. Haji Mansor bin Haji Din, PJPN., PPP., KMN., AMK., AMN., BCK. 5. Puan Nur Susila binti Md Saaid, PJK. 6. Dr Haslinda binti Haji Hasan 7. Dr Hafizah binti Zainal 8. Encik Marwan Bin Mad Salleh 9. Datin Aniza binti Saadudin 10. Encik Mohd Herman bin Roslan 11. Encik Muhamad Ihsan Bin Ahmad 12. Encik Zambri bin Abdul Wahab 13. Encik Muhammad Tanzilul Furqon Bin Marzuki 14. Cik Nur Atikah Binti Rofiee 15. Prof Madya Ts. Dr. Asmadi Mohd Ghazali Pemeriksa Kira-Kira 1. Dr Muhamad Dzahir Kasa 2. Haji Abu Hassan bin Morad SEJARAH RINGKAS NEGERI BATU BAHARA (PETIKAN DELI GIDS: DE BATOE BAHRASCHE LANDSHAPPEN) Catatan oleh Dr Ibrahim Bakar Sumber: Nota ini adalah petikan dari Deli Gids, terbitan tahun 1938, halaman 68. Deli Gids banyak mencatatkan salasilah keluarga raja-raja di pesisir Sumatera Utara hingga zaman pengaruh Belanda. Deli Gids (Bahasa Belanda) bermaksud The Deli Guide atau Buku Panduan Negeri Deli. Salinan buku ini diserahkan kepada penulis dalam tahun 1985 oleh Tengku Zainal Rashid bin Tengku Haidir ibni Sultan Muhammad Husain Shah, Sultan Asahan ke-10. Tengku Zainal Rashid pindah menetap di Kedah sejak masa remajanya, ketika dalam zaman revolusi di tempatnya, dengan membawa buku yang mencatatkan salasilah kerabatnya. Terjemahan Petikan Dalam abad kelima belas hingga bahagian pertama abad keenam belas, daerah Batu Bahara sekarang adalah sebahagian daripada empayar Batak yang kuat, yang disebut Kerajaan Nagur (atau Nagore = Nagara = Negara). Secara beransur-ansur, beberapa tanah jajahan itu telah dapat memerdekakan diri daripada kekuasaan kerajaan Nagur (Nagara). Pada masa awalnya ada tiga wilayah di Batu Bahara yang dinaungi oleh Kerajaan Batak Simalungun, iaitu Tanah Jawa, Siantar dan Panei, yang meluas hingga ke pantai. Wilayah Tanah Jawa bersempadan dengan Silau Laut dan Gambus; Siantar terletak di antara Sungai Gambus dan Pagurawan, dan Panei terletak antara sungai Pagurawan dan Sungai Padang. Pada separuh kedua abad keenam belas pengaruh kekuasaan Acheh telah sampai ke kawasan ini. Akibatnya, kerajaan Nagoer yang sedang makmur, kerajaan Gasip bersebelahannya dan juga kerajaan Siak lama, tiba-tiba telah menjadi runtuh. Gerombolan - gerombolan tentera Acheh yang datang menyerang telah menghancurkan daerah pesisir dan mendirikan penempatan di sini, antaranya di sekitar Kampung Deras dan di Lima Puluh, di mana keturunan Acheh masih ditemui hingga kini. Berikutnya, terjadi peralihan yang penting, apabila suku Bersambung ke halaman 4


Halaman 2 Biro PSMCK Sesi Tahun 2023/2025 Biro Sekretariat Pentadbiran Setiausaha Kehormat Penolong Setiausaha Kehormat Bendahari Kehormat Penolong Bendahari Kehormat Biro Penyelidikan (Jejak Sejarah / Jejak Warisan / Sejarah Lisan) Ts Supt/KS Syamsul Anuar bin Ismail Muhammad Tanzilul Furqon bin Marzuki Zamri bin Abdul Wahab Biro Kebajikan dan Rekreasi Mohd Herman bin Roslan Datin Aniza binti Saadudin Nur Susila binti Md. Saaid Biro Penerbitan Mohamad Puzi Bin A Hadi Dr. Haslinda binti Haji Hassan Mohd Herman bin Roslan Saadin bin Abdullah Biro Komunikasi dan Media Prof. Madya Dr. Asmadi Mohd Ghazali Biro Pendidikan Dr. Haslinda binti Haji Hassan Ts Syamsul Anuar bin Ismail Mohamad Puzi Bin A Hadi Marwan bin Mad Salleh Biro Seranta dan Tugas-Tugas Khas Dato’ Haji Mohd Rawi bin Abd Hamid Dato’ Seraja Wangsa Dato’ Haji Syed Azizan bin Syed Mohamad Al-Idrus Dato’ Haji Shaarani bin Haji Hassan ============================= SIDANG PENGARANG BULETIN LINDUNGAN BULAN Penasihat Dr. Ibrahim Bakar, Pengerusi PSMCK Ketua Pengarang Mohamad Puzi bin A Hadi, Pengarang Kehormat PSMCK Penolong Pengarang Dr. Haslinda binti Haji Hassan Mohd Herman bin Roslan Urusan Pracetak Saadin Abdullah Penerbit PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN KEDAH (PSMCK) Pencetak Asa Mesra Printer Bandar Darulaman, Jitra, Kedah. Assalamualaikum w.b.t. Kedah Tua sebagai negeri terulung di Malaysia sedia diketahui dengan kehadiran Candi Batu Pahat, Lembah Bujang, Merbok (Kurun 6 Masihi) dan penemuan cari gali Sungai Batu, Merbok (seawal Kurun 2 Sebelum Masihi). Terkini usaha cari gali arkeologi Bukit Choras, Pendang sedang giat dilaksana oleh Pusat Pengajian Arkeologi Global USM Pulau Pinang. Keajaiban sejarah Kedah Tua sewajarnya menjadi kebanggaan Negeri Kedah Darul Aman era milinea ketiga dan jati diri rakyatnya serta tarikan pelancong luar dan domestik. Usaha cari gali artifak arkeologi dan promosi perlu dimantapkan oleh pihak berkaitan, sama ada peringkat pusat dan negeri. Kini Kedah dengan daerah-daerah Kota Setar, Pokok Sena, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Pendang, Yan, Kuala Muda, Kulim, Bandar Bharu dan Langkawi. Setiap daerah mempunyai kisah sejarah zaman tradisi dan era moden. Segala cerita baik secara lisan, artifak dan bahan bertulis perlu dicari dan ditelaah sebagai khazanah negeri. Buletin Lindungan Bulan (BLB) wadah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) kepada ahlinya (lazimnya bersempena Mesyuarat Agung Tahunan PSMCK) selain dua penerbitan lain iaitu Kedah dari Segi Sejarah (Kedah in History) dan jurnal Cetera. Melalui BLB ini diharap menjadi wadah mengumpul bahan berkaitan sejarah dan kebudayaan tempatan Kedah, baik kisah dahulu kala mahupun peristiwa semasa (pastinya dianggap sebagai Sejarah pada masa depan). Banyak kisah belum dicatat apatah diketahui khalayak massa. Ada peristiwa silam perlu diberi pentafsiran baru dari kaca mata lokal -- namun bersandar pada bahan bukti yang sahih atau penemuan artifak dan rujukan terbaru sama ada bersifat primar atau sekunder. Ketika ini banyak kajian berpegang kepada ilmu bantu yang pelbagai, antaranya bidang geografi, kimia dan perubatan dan lain-lain bekerjasama kepada penemuan artifak oleh ahli arkeologi di lapangan. Penerbitan Buletin Lindungan Bulan Bil. 35/ 2023 ini adalah sempena dengan Lawatan Kaji Selidik PSMCK ke Batu Bahara dan Kota Cina Purba di Medan, Indonesia pada 2 hingga 6 Disember 2023. Akhir kata, selamat membaca Buletin Lindungan Bulan dengan harapan rakyat Kedah akan jatuh cinta kepada sejarah Negeri Kedah Darul Aman dan tidak hanya menekuni sejarah negara Malaysia. Mohamad Puzi bin A Hadi, BKM., PCK. Pengarang Kehormat PSMCK. 9 November 2023 MESYUARAT PSMCK Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Kali Ke-67 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Kali Ke-67 berlangsung pada 16 Mac 2023 di Dewan Malinja 2, Hotel Seri Malaysia, Alor Setar, Kedah. Mesyuarat agung kali ini memilih Ahli Jawatankuasa baharu bagi penggal 2023/2025. Logo Baharu Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) pada awal April 2023 mengguna pakai logo baharu PSMCK berdasar ubah suai menepati penyelarasan logo Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kuala Lumpur. Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kali Ke-68 Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Kali Ke-68 di Pejabat PSM Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2023. Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah, Dr. Ibrahim Bakar dan Penolong Setiausaha Kehormat, Encik Mohd Firdaus bin Abu Bakar hadir ke mesyuarat berkennaan. Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PSMCK Mesyuarat Khas Ahli Jawatankuasa PSMCK di Pejabat PSMCK pada 31 Oktober 2023 jam 2.00 petang berkaitan Kajian Pelan Tindakan Khas Jejak Warisan Alor Setar. Kunjung Hormat PSMCK bersama EXCO NGO Kerajaan Negeri Kedah Kunjung hormat Ahli Jawatankuasa PSMCK bersama YB Tuan Wong Chia Zhen, EXCO Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO Kerajaan Negeri Kedah di Aras 5, Blok E, Wisma Darul Aman pada 31 Oktober 2023 jam 4.00 petang. Pihak PSMCK disertai oleh Dr. Ibrahim Bakar, Dato’ Hj. Shaarani bin Hj. Hasan, Ts. Supt. K/S Syamsul Anuar bin Ismail, Mohd Firdaus bin Abu Bakar dan Mohamad Puzi bin A Hadi. Turut serta Mohd Fuaz bin Mohd Yusof, Pegawai Khas kepada YB Tuan Wong Chia Zhen.


Halaman 3 SEJARAH BUBUR KANJI KEDAH Oleh Ibrahim Bakar Langkawi Kedah telah rasmi menjadi sebuah negeri Islam dalam tahun 1136 Masihi. Sejak itu mula berkembang pusat-pusat dakwah dan pondokpondok pengajian. Pusat-pusat pengajian bukanlah baru bagi masyarakat Kedah, sejak nenek moyang mengamalkan ajaran Hindu dan Buddha, yang terkenal dengan kehidupan kumpulan pelajar dalam biara dan asrama. Maksudnya, konsep penyediaan makanan berkelompok bukanlah baru bagi masyarakat Kedah, sejak zaman pra -Islam lagi. Apabila Islam mula dianuti, konsep pengajian berkelompok seperti lama itu cuma diubah kepada silabus baru yang bersifat Islam. Amalan penyediaan makanan berupa bubur yang boleh dimakan oleh ramai orang dijangka bermula daripada masyarakat Kedah lama itu. Masyarakat Kedah yang telah lama mengusahakan sawah padi, terutamanya setelah mula dibina sungai-sungai korok yang panjang sejak zaman pemerintahan Sultan Athaillah Muhammad Syah (1423- 1473) untuk membolehkan masyarakat membuka sawah padi yang luas. Sejak itu Kedah telah mula menghasilkan banyak beras sehingga negeri ini boleh digelar sebagai ‘Negeri Jelapang Padi’. Dengan itu masyarakat Kedah telah lama memiliki pelbagai resipi berasaskan beras tempatan, antaranya resipi bubur kanji, atau disebut juga kanji sahaja. Dalam masyarakat Kedah, ada sejenis nasi daripada beras tempatan juga, yang ditanak dengan air yang lebih sehingga beras itu menjadi muai, yakni terlebih kembang dan lembut, disebut nasi muai. Jika dilebihkan lagi airnya maka disebut bubur muai. Dalam bahasa harian, dimudahkan sebutan menjadi ‘moi’ sahaja, yang menjadi juadah kegemaran ramai digeraigerai makanan kini, seperti moi sup ayam, moi sup daging dan sebagainya. Seperti yang disalah sangka oleh ramai orang, juadah ‘moi’ bukanlah berasal daripada makanan orang Cina. Walaupun sebutannya seolah-olah daripada bahasa Cina, sebenarnya ialah juadah orang Melayu kampung yang disebut ‘muai’ (lihat Kamus Dewan, h. 771). Dalam zaman 1960-an, bubur muai ini menjadi kegemaran juga sebagai makanan sarapan pagi, yakni menyorok, disediakan dengan ikan masin atau telur masin. Sesetengah orang memakannya dengan tambahan sedikit susu kerbau, susu pekat manis, santan atau gula. Bubur itu dimakan juga di waktu pagi sebelum anak-anak ke sekolah. Bubur muai disediakan dengan hanya mencampur sedikit garam, maka rasanya agak ‘plain’. Ini berbeza dengan bubur kanji, yang disediakan dengan pelbagai bahan rempah terpilih. Tumisan rempahrempah dengan minyak kelapa menimbulkan bau yang menyelerakan. Rasanya bertambah enak apabila ditambah protin terpilih seperti ayam, daging lembu atau udang. Ditambah lagi dengan daun saderi dan bawang merah goreng. Bubur kanji lazim menjadi juadah berbuka puasa, sebab rasanya boleh diterima oleh semua golongan masyarakat, baik kanak-kanak atau orang tua-tua. Sifatnya lembut dan mudah dihadam serta mengenyangkan. Sifatnya yang banyak air dan suam cepat menghilangkan dahaga setelah sepanjang hari berpuasa. Sebab itu sejak zaman dahulu bubur kanji menjadi juadah tidak pernah ditinggalkan. Dalam masyarakat Melayu, bubur kanji lazimnya disediakan dalam dua keadaan, sama ada di rumah untuk jumlah yang sedikit bagi satu keluarga, atau di masjid bagi jumlah yang banyak, kerana di masjidlah menjadi tumpuan masyarakat kampung. Dalam sekitar tahun 1950 -1960-an tidak banyak hiburan, maka masjidlah menjadi tempat tumpuan kanak-kanak untuk berkumpul. Di situ juga mereka berbuka puasa dan sembahyang bersama-sama orang dewasa. Lazimnya mereka membawa balik bubur kanji dan juadah lain sebagai ‘moreh’, selepas penat bermain di dataran masjid. Sebahagian mereka ikut bersembahyang taraweh dan bertadarus al-Qur’an di masjid. Sebahagian kanak-kanak yang lain hanya pergi bermain toi, sembunyisembunyi atau permainan lain. Namun tempat mereka bermain hanyalah ber… Sumber: Facebook Ibrahim Bakar Langkawi, 9 April 2023 Pada 13 Januari 1957, Baginda Sultan Kedah, Sultan Sir Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meminda Perlembagaan Negeri Kedah tahun 1848, antara lain menghapuskan jawatan Penasihat British yang diwujudkan di Negeri Kedah melalui Perjanjian Bangkok tahun 1909, yang meletakkan Kedah di bawah pengaruh British. Upacara bersejarah itu berlangsung di Istana Chegar, Anak Bukit, Alor Setar, dihadiri oleh Raja Muda, Menteri Besar dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Sumber: Internet - Arkib Negara Malaysia


Halaman 4 Minangkabau telah datang berimigrasi ke sini. Akibatnya, dengan cepat mereka telah menyebabkan sebahagian besar suku Acheh itu keluar dari sini. Pengaruh kerajaan Acheh dirasakan oleh masyarakat di Batu Bahra hingga akhir abad ke-17. Berikutnya, sejak awal abad ke-18 daerah Batu Bahara telah menjadi naungan kerajaan Siak pula. Orang Melayu suku Minangkabau yang berasal dari Siak secara beransuransur berpindah menetap di muara sungai Batu Bahara dan Gambus. Selama bertahuntahun, penempatan mereka ini terus berkembang, terutama di sekitar hulu, di sepanjang tebing sungai. Akhirnya mereka cepat dapat menubuhkan kerajaan di negeri Batu Bahara. Orang Acheh dan Batak akhirnya tertinggal di belakang dan sebahagiannya berpindah keluar. Oleh kerana rakyat pekebun ini berasal dari empat suku Siak, maka keempat-empat suku tersebut juga menubuhkan negeri-negeri kecil di Batu Bahara. Empat negeri kecil yang dimaksudkan adalah Tanah Datar, Lima Puluh, Pesisir dan Lima Laras, yang bersama-sama sepakat membentuk sebuah kerajaan persekutuan. Di samping itu, kira-kira satu setengah abad yang lalu, dibukalah Kampung Boga (Bogak = nama pokok), berdekatan muara Sungai Batu Bahara. Pengasasnya berasal dari suku Tanah Datar dan oleh sebab itu penduduk di Boga dan Tanah Datar selalu berhubungan rapat. Perkembangan berikutnya, daerah Boga telah diperakukan sebagai sebuah daerah bebas oleh pemerintah Belanda dan dimasukkan ke dalam kerajaan persekutuan Batu Bahara. Dengan itu, sejak tahun 1884 telah terbentuklah persekutuan lima negeri yang diletak di bawah naungan kerajaan Siak. Beberapa kali ketua-ketua negeri di Batu Bahara yang disebutkan di atas, telah memberikan sokongan kepada Sultan Siak dalam peperangan dengan kerajaan Johor (dipengaruhi orang Bugis), dalam masa yang sama kerajaan Siak telah disokong oleh orang Minangkabau (termasuk Siak dan Batu Bahara). Namun, dengan sebab anggota Persekutuan Batu Bahara (lima negeri) itu kerap pula berselisih antara mereka, maka akibatnya kerajaan Siak secara beransur-ansur kehilangan banyak kuasa dan pengaruhnya di Batu Bahara. Berikutnya datang pula Raja Asahan, juga atas nama Sultan Siak, memanfaatkan keadaan ini untuk memperluas pengaruhnya di Persekutuan. Akhirnya, seluruh Negeri Batu Bahra berada di bawah kekuasaan Asahan. Berikutnya, perselisihan sesama pemimpin di Batu Bahara dapat dihentikan buat sementara waktu, dan kemudian diikuti dengan pembina suatu kesatuan yang lebih kuat. Pada suatu ketika, pemimpin daerah Boga cuba memerdekakan diri kekuasaan Asahan. Akibatnya, ketuanya ketika itu iaitu Datu Raja Indra Muda, ditangkap oleh Raja Asahan dan dibawa bersama seluruh keluarganya ke Asahan dan ditahan di sana. Namun, setelah pemimpin Boga itu membayar denda sebanyak 5000 riyal Sepanyol, maka ketua tersebut diizinkan untuk kembali ke daerahnya bersama keluarganya, tetapi ia telah berterusan menjadi musuh Asahan, seperti yang dibuktikannya pada tahun 1865. Dalam perjalanan pulang, ketika sudah hampir tiba di Boga, dia diserang pula oleh tentera negeri Pasisir dan Lima Laras. Walaupun dibantu oleh masyarakat Tanah Datar dan keluarga, dan juga bantuan oleh Dato dari negeri Lima Puloeh, dia masih amat kecewa, sehingga akhirnya beliau memutuskan untuk pergi ke negeri Riau, untuk meminta bantuan Pemerintah (Belanda) di sana. Untuk menyelesaikan masalah di Batu Bahara, Sultan Siak juga menghubungi Pemerintah (Belanda) di Riau, meminta bantuan tentang masalah tersebut, sebab Pemerintah (Belanda) di Riau pernah mengikat perjanjian dengannya, Sambungan dari halaman 1 - Sejarah Ringkas Negeri Batu Bara Bersambung ke halaman 5


Halaman 5 iaitu Perjanjian 1858. Permintaan itu dilaksanakan Pemerintah Belanda, maka sebuah kapal Frigat tiga tiang telah dihantar ke Batu Bahara, yang disertai dengan kapal pengiring. Hasilnya, atas usaha Residen Riau, E. Netscher, yang ditugaskan menangani masalah politik itu, maka berakhirlah perselisihan antara mereka. Berikutnya, pihak Dato-Dato yang memerintah hendaklah mematuhi dengan bersungguhsungguh, akan arahan kuasa tertinggi di Siak. Pada kesempatan itulah Residen Belanda telah menyerahkan dokumen perjanjian kepada Dato’ Raja Indra Muda, di atas kapal Z. M. Haarlem-mermeer pada 12 September 1862. Residen itu juga menyeru supaya semua orang untuk coba menahan diri daripada melakukan tindakan kekerasan terhadap Dato’ Raja Indra Muda. Namun, penglibatan Residen Belanda secara langsung dengan kerajaan Batu Bahara itu tidak dikekalkan oleh Kerajaan (Belanda) pada masa itu. Berikutnya, tidak sampai tiga tahun kemudian, dengan sikap provokatif, kerajaan Asahan telah memutuskan untuk menghantar suatu pasukan ekspedisi ke sana. Pada masa yang sama seperti di Asahan, pada tahun 1865, seorang Kontroler ditempatkan di Batu Bahara. Beliau adalah orang Belanda yang pertama meninggal dunia, selepas tidak berapa lama duduk di Boga, akibat serangan malaria. Berkaitan itu, di bawah Perjanjian Siak tahun 1858, Pemerintah Belanda berulang kali didesak supaya Batu Bahara tetap mengakui pertuanan kerajaan Siak. Sedangkan, bagi masyarakat negeri Batu Bahara, mereka mencadangkan supaya kerajaan mengakui pertuanan Belanda, bukan pertuanan Siak. Meskipun Sultan Siak ingin melihat kekuasaannya atas daerah-daerah naungan utama dikukuhkan, kerana pendapatan yang ia harapkan dapat diperoleh dari daerah-daerah tersebut. Namun hal ini dilihat merugikan Pemerintah (Belanda), yang juga berakhir atas desakan dari daerahdaerah naungan itu sendiri, terutama Deli, Serdang dan Langkat, yang ingin membuat hubungan yang berat sebelah. Sedikit usaha yang telah dibuat memutuskan, iaitu melalui kontrak tanggal 23 Juni 1884, bagi melepaskan semua hak (Siak) atas daerah naungan, dengan imbalan kompensasi tahunan sebanyak 40.000 gulden dan pengampunan hutang lebih dari 50.000 gulden. Dinyatakan juga bahawa kedudukannya (Sultan Siak) mestilah tetap lebih tinggi daripada para pemimpin di berbagai daerah. Namun ketika itu kawasan Batu Bahara belum seluas sekarang (1938). Baru kemudian kawasan Tanjung, Si Pare-Pare dan Pagurawan dimasukkan ke dalam subdivision Batu. Daerah Tanjung diambil dari Tanah Datar, daerah Pagurawan dari Pesisir, daerah Si Pare-Pare awalnya diambil dari Sunggal (Deli), iaitu dari pemukiman Orang Kaya Mahrum. Daerah Tanjung Kasau baru mengakui kedaulatan Belanda pada tahun 1888. Ini adalah sisa dari kerajaan Batak Tanjung Bolon, yang sebelumnya memperoleh tanah Panei dan Siantar melalui pernikahan dengan para kepala suku. Pada tahun 1920, kawasan tersebut digabungkan sehingga daerah-daerah Batu Bahara kini berjumlah lima, iaitu: Tanah Datar, Lima Puluh, Pesisir, Suku Dua (dari gabungan Boga dan Lima Laras) dan Indrapura (dari gabungan Tanjung, Pare-Pare, Tanjung Kasau dan Pagurawan). Sambungan dari halaman 4 - Sejarah Ringkas Negeri Batu Bahara Warisan Beraja Tertua Kedua di Dunia: Kesultanan Kedah merupakan warisan beraja kedua tertua di dunia yang masih kekal sehingga kini. Kerajaan beraja tertua pertama di dunia ialah keluarga Diraja Jepun.


Halaman 6 DONGENG ASAL USUL GUNUNG KERIANG Oleh Dr Ibrahim Bakar Langkawi (Dongeng ini adalah petikan daripada kertas-kerja yang dibentangkan dalam Sesi Libat-urus Cadangan Pembangunan Geotapak dan Geotrail Gunung Keriang, anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Kedah Perlis Pulau Pinang pada 14 Mei 2023). Sebermula, kononnya ada seekor anak gajah berwarna putih, dilahirkan di tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Gajah Putih, dalam mukim Jeneri. Namanya Gemala Johari. Bersama ibunya, ia dipelihara oleh seorang gembala yang baik. Anak gajah putih yang semakin membesar itu, semakin hari semakin nakal, serta jemu hidup di dalam kawasan hutan. Suatu hari anak gajah itu berasa lapar kerana tidak cukup meminum susu ibunya, lalu bertindak meninggalkan ibu dan penjaganya, keluar dari hutan Jeneri menuju tanah lapang, yang lebih banyak makanan. Maka anak gajah putih itu singgah bermain-main, leka menikmati makanan yang banyak dan leka berkubang, di suatu tempat yang kini dikenali sebagai Kampung Kubang Anak Gajah. Ibunya yang risau anaknya tidak pulang ke kandang, keluar mencari, hingga melilau atau berpusingpusing di suatu tempat yang kini dipanggil Kampung Padang Pusing, tetapi tidak juga ditemui. Akhirnya ibu gajah itu sampai di suatu lorong denai yang sempit, di tempat yang sekarang disebut Kampung Gelung Gajah. Rupanya, dalam perjalanan setelah itu ia telah terkena jerat perangkap, dalam tanah yang terkurung, disebut pendiat. Tempat tersebut, orang tua-tua dahulu menyebut Kampung Pendiat, tetapi kemudian berubah sebutan menjadi Pendang. Maka terhentilah usaha ibu gajah yang malang itu mencari anaknya. Ia kemudian dipindahkan dan dikurung pula dalam suatu pagar disebut celung untuk dilatih supaya jinak, di suatu tempat yang kini disebut orang Kampung Celung. Setelah agak jinak, ibu gajah itu dibawa ke seberang sungai, yakni Seberang Pendiat, untuk dilatih bekerja. Kemudian, di situlah dipotong gadingnya, di kawasan yang kini dinamakan Tanjung Gading (sebutan kini berubah menjadi Tanjung Radin). Setelah itu, ibu gajah itu setiap hari disuruh bekerja mengisar dan memerah tebu serta memenjan tanah sawah. Syahdan, tersebut pula anak gajah putih tadi, yang leka dengan keseronokan, terus merantau hingga sampai ke suatu sungai yang besar. Maka diusahakan mencari suatu tempat hendak melintas, ditemuinya suatu kawasan berbatu di tengah sungai, maka dilintasnya. Kononnya tempat itulah yang dikenali sekarang sebagai Kampung Titi Gajah. Anak gajah itu terus leka merantau hingga sampai di suatu tanah lapang. Di situ ia boleh menikmati makanan yang lebih banyak; jagung, padi dan tebu, maka semakin lekalah ia, sehingga akhirnya ia lupa ibunya yang sedang rindu di hutan Jeneri. Rupa-rupanya, tempat banyak makanan tersebut ialah ladang milik seorang petani. Sang petani yang kerugian tanamannya, menyiasat maka diketahuilah kedatangan anak gajah putih itu. Lalu dijeratlah anak gajah itu, dibawa pulang ke rumah. Maka anak gajah putih itu dipelihara dengan baik, cita-citanya hendak dijualkan kepada Raja. Tetapi sejak itu ia tidak lagi bebas ke sana ke mari. Akhirnya ia membesar menjadi seekor gajah yang sangat baik rupa paras dan gagah. Ia pun suka menolong tuannya bekerja. Namun, tuannya sedang menanti masa yang sesuai untuk dijual dengan harga yang melambung tinggi. Mengetahui yang anak gajah itu dirancang hendak dijual, maka anak petani tuannya itu amat bersedih atas rancangan bapanya itu. Maka pada suatu hari anak petani itu melepaskan Gemala Johari ke Padang Luas. Namun, Gemala Johari sudah tidak biasa dengan keadaan mencari makan sendiri, kerana terlalu lama dijamu sahaja oleh tuannya. Maka ketika lapar ia teringatlah ibunya, lalu bergeraklah ia cuba mencari ibunya itu. Tetapi masa sudah sangat lama berlalu, jalan pulang ke Jeneri pun sangat susah dicari, kerana keadaan telah banyak berubah. Maka tinggallah Gajah Putih itu melilau di padang sawah, dalam keadaan rindukan ibunya. Kononnya, ketika itulah datang Sang Kelembai, menegur hendak bertanya halnya. Kononnya, ketika itulah gajah yang sudah besar itu serta merta berubah menjadi sebuah batu, yang kini dikenali sebagai ‘Gunung Keriang’. Hanya nelayan yang pergi ke tengah laut sahaja yang dapat mengenali rupa gajah itu dari jauh. Sebab itu, pelayar-pelayar dari negeri asing yang datang ke Kedah, memanggilnya ‘Batu Gajah’ (atau ‘Elephant Rock’ oleh orang Inggeris). Menurut cerita setengah orang tua-tua, akhirnya ibu gajah itu pula mati dalam keadaan rindukan anaknya, di suatu tempat yang dikenali sekarang sebagai Kampung Gajah Mati, dalam Mukim Padang Pusing, Daerah Pendang. Sumber: Facebook Ibrahim Bakar Langkawi, 16 Mei 2023 FAKTA TENTANG KEDAH Kerajaan Terawal di Malaysia Negeri Kedah mempunyai kerajaan terawal di Malaysia yang dikenali sebagai Kerajaan Kedah Tua dipercayai Kerajaan ini bermula pada zaman 2 Sebelum Masihi.


Halaman 7 PERTANDINGAN KUIZ SEJARAH DAN PATRIOTISME 2023 PERINGKAT NEGERI KEDAH Catatan oleh Puzi Hadi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menjayakan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 13 Julai 2023 (jam 9.00 pagi). Pada majlis ini disantuni oleh Puan Nur Asyikin Binti Yusoff, Pengetua SMK Sultanah Bahiyah selaku tuan rumah serta tiga tetamu iaitu Dr Ibrahim Bakar Langkawi (Pengerusi), Encik Fadzil Long Bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK) Sektor Perancangan dan Pengurusan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah mewakili Pengarah JPN Kedah dan Ustaz Ismail Bin Yahya, wakil Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kota Setar. Encik Fadil Long Bin Muhammad menyempurnakan perasmian penutup dan penyampaian hadiah. II Pada peringkat saringan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Negeri Kedah dibuat melalui on-line di kalangan 87 penyertaan peringkat pasukan (sekolah menengah) seluruh Negeri Kedah Darul Aman. Kaedah on-line anjuran Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) julung kali diadakan di negara ini. Saringan 87 buah sekolah menengah ini membawa empat sekolah menengah terpilih bersaing pada peringkat akhir secara bersemuka, iaitu: SMK Jitra, Kubang Pasu; SMK Sungai Karangan, Kulim; SBPI Kubang Pasu; dan SMK Taman Jelutong, Kulim. Masing-masing dua sekolah menengah daripada daerah Kubang Pasu dan Kulim/Bandar Bharu melangkah kaki ke peringkat akhir ini. Keputusan pemenang pasukan (sekolah) Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Negeri Kedah ialah: Johan -- SMK Jitra, Kubang Pasu. Naib Johan -- SMK Taman Jelutong, Kulim. Ketiga -- SBPI Kubang Pasu, Bukit Kayu Hitam. Keempat -- SMK Sungai Karangan, Kulim. Keputusan pemenang individu ialah: Markah tertinggi peringkat akhir -- Tan Chee Keat (SMK Jitra, Kubang Pasu). Markah tertinggi peringkat saringan -- Nur Wafi Batrisya Binti Mohd Fairuz (SBPI Kubang Pasu). Moga pelajar SMK Jitra, Kubang Pasu mewakili Kedah bawa kejayaan cemerlang pada pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Kebangsaan. III Kehadiran Jawatankuasa PSMCK: Dr Ibrahim Bakar (Pengerusi), Ts K/S Syamsyul Anuar (Timbalan Pengerusi Merangkap Ketua Biro Penyelidikan dan Dokumentasi), Dr Faisal Mustaffa (Setiausaha Kehormat) dan Puzi Hadi (Pengarang Kehormat). Barisan Ahli Jawatankuasa ialah: Dato' Seraja Wangsa Dato' Wira Syed Azizan bin Syed Mohamad Al-Idrus; Dato' Haji Shaarani Bin Haji Hasan; Dr Haslynda Hasan (Ketua Biro Pendidikan, Seminar dan Kuiz); Haji Mansor Bin Din; Nur Atiqah Binti Rofiee; Ihsan Ahmad; Ustaz Marwan Bin Mohd Salleh; dan Dr Hafizah Zainal. Turut hadir Ahli PSMCK iaitu: Hajah Rahinun Mohd Noor, Zaidin Abadi; Mohd Nazim Bin Hassan; Wan Iskandar Wan Shamsuddin; dan Mohd Jamil Bin Haji Ramli. Sumber: Facebook Puzi Puzihadi, 13/7/2023 Pengerusi, Jawatankuasa dan seluruh ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) dengan rasa kesedihan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dua orang ali PSMCK yang telah meninggal dunia dalam tahun 2023, iaitu:- Ahli PSMCK, Allahyarham Rusidi bin Omar (Shidi Omar Filfilan) kembali ke Rahmatullah pada 1 Mei 2023 dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bagan Jermal, Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. Mantan Penolong Bendahari PSMCK, Allahyarham Dr. Haji Zikri bin Abd. Ghani kembali ke Rahmatullah pada 29 Mei 2023 di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Uda, Alor Setar, Kedah. Sama-sama kita hadiahkah pahala bacaan surah Al-Fatihah kepada kedua-dua Allahyarham. Semoga roh mereka ditempatkan bersama-sama orang beriman di sisi Allah. AL-FATIHAH


Halaman 8 DIMANAKAH 'PAGURAWAN'??? Oleh Ibrahim Bakar Langkawi Tahun 1620 M: BERAS & LADA: PERANG KEDAH-ACEH: Selain beras, Kedah juga terkenal dengan penghasilan lada hitam. Kononnya, pihak Aceh pun cemburu dengan kekayaan lada Kedah, sehingga mereka datang menyerang Kedah. Menurut rekod -rekod luar, Aceh menyerang Kedah dalam tahun 1619 dan 1620. Ketika itu Kedah dalam zaman pemerintahan Sultan Sulaiman Syah, Sultan Kedah ke12 (1602-1626), yang masih bersemayam di Kota Seputih. Tahun 1625 M: Menurut sumber tempatan, iaitu At-Tarikh Salasilah, tentera Aceh sekali lagi datang hendak menyerang Kedah dalam tahun 1625 M. Namun dengan kebijaksanaan Dato’ Seraja Imam Syarif Aznan, peperangan dapat dielakkan. Sebaliknya kedatangan Sultan Iskandar Muda (1603-1636) telah diberi sambutan meriah di Kuala Sanglang. Baginda dan rombongan kemudian diarak dengan gajah, secara meriah dan besar-besaran, berjalan dari Kuala Sanglang hingga ke Kota Seputih (Kedudukan 15 Km dari Gunung Keriang). Baginda tinggal selama 3 bulan di Kedah. Setelah itu Sultan Iskandar mengajak Sultan Sulaiman melawat Aceh, dan dipersetujui. Tetapi malangnya setelah berada di Aceh Sultan Sulaiman mangkat dalam tahun 1626, dikenali kemudian sebagai Marhum Mangkat Di Aceh, dimakamkan disuatu tempat bernama Pagurawan. Di manakah Pagurawan? Di manakah Makam Sultan Sulaiman Syah? Sumber: Facebook Ibrahim Bakar Langkawi, 6 Mei 2023 GOTONG-ROYONG MEMBUAT BUBUR KANJI DI RUMAH TOK NGAH Catatan Nur Susila binti Md. Saaid, AJK Biro Kebajikan PSMCK. Pada pagi jumaat yang mulia itu, seperti tarikh yang telah dijanjikan iaitu 14 April 2023, seramai 68 orang telah berkumpul seawal jam 8.00 pagi di perkarangan Rumah Tok Ngah. Perkarangan Rumah Tok Ngah yang masih utuh dipulihara oleh pihak Muzium Negeri Kedah sebelum ini agak sunyi ngan keletah awam di pagi hari. Tujuan mereka hanya satu iaitu untuk menyiapkan lima periuk besar bubur kanji Kedah yang merupakan makanan tradisional berasaskan makanan ruji penduduk Asia iaitu beras. Kanji adalah beras yang dimasak menjadi nasi lembik dengan campuran pelbagai herba yang digemari ramai di negeri Kedah. Kehadiran Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah seramai 28 orang bersama lapan orang kakitangan ADABI, lapan orang kakitangan Lembaga Muzium Negeri Kedah, telah dibantu oleh ahli RESPA dan Yayasan Pencegah Jenayah seramai 20 orang serta empat orang pelajar AFS yang mengikuti program pertukaran antara benua ke Malaysia. Walaupun hari itu merupakan puasa ke-22 Ramadan, semua yang hadir kelihatan ceria dan sihat serta bersemangat untuk bersama-sama berbuat kebajikan. Sasaran edaran bubur kanji adalah untuk 1,500 bekas sahaja kepada masyarakat awam. Peralatan dan perkakasan telah di sewa daripada Persatuan Peniaga Pekan Rabu Kedah seawal beberapa hari sebelum acara berlangsung telah diangkut dengan bantuan kenderaan serta kakitangan Muzium Negeri Kedah. Semua gerak kerja ini telah diuruskan oleh Biro Kebajikan PSMCK yang diketuai oleh Saudara Marwan dan Datin Aniza Saadudin. Pembuatan bubur kanji jika dilihat agak mudah tetapi memerlukan persiapan yang terperinci dan tenaga kudrat orang ramai kerana memerlukan barangan ramuan yang banyak dan mahal, serta masa pembuatan yang panjang terutama masa penyediaan iaitu memasak. Ramuan utama melibatkan daging dan tulang lembu, beras, daun pandan, serai, halia, bawang, garam, perencah sup, serbuk penyedap rasa, lada, santan, daun sup, daun bawang dan minyak untuk menumis. Anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM2.50 bagi setiap bekas adalah berbaloi dengan usaha dan sumbangan tenaga semua yang telah terlibat menjayakan acara ini. Acara keseluruhan selesai pada jam 6.45 petang selepas proses edaran bubur kanji di perkarangan Muzium Negeri Kedah oleh semua yang masih setia sehingga akhir. Keseluruhan ahli PSMCK yang terlibat bersama NGO lain turut mendapat kepuasan merasai sendiri penyediaan makanan tradisi serta dengan niat sedekah jariah untuk kebajikan buat masyarakat. Semoga acara ini dapat menjadi program tahunan dengan sedikit penambahbaikan dan dimasukkan ke dalam takwim sebagai acara yang perlu dilakukan untuk tujuan mengeratkan hubungan antara ahli, sesi sual kenal dan bertukar pandangan berkaitan pelbagai sudut sejarah antara ahli PSMCK. FAKTA TENTANG KEDAH Pada 9 Jun 1960, Menteri Kerjaraya Pos dan Talikom, YB. Dato' V.T. Sambanthan merasmikan sebuah pejabat pos baharu di Sik, Kedah. Pembukaan Pejabat Pos Sik, Kedah ini merupakan antara usaha-usaha Kerajaan Persekutuan untuk memajukan kawasan luar bandar dan memperbanyakkan kemudahan kepada masyarakat setempat. Sumber: Internet - Arkib Negara Malaysia


Halaman 9 Setinggi-tinggi tahniah kepada Prof. Madya Ts. Dr. Asmadi Mohammed Ghazali (AJK PSMCK) dari UiTM Merbok, Kedah atas pelantikan sebagai Panel Penilai Antarabangsa AQAS (German Accreditation Agency) untuk bidang Perpustakaan & Sains Maklumat. KOTA KILAH DI HEBRON, PALESTIN Dr. Ibrahim Bakar Langkawi Sumber : Facebook Ibrahim Bakar Langkawi 1. Dalam sumber-sumber Timur Tengah, seperti Arab dan Parsi, ada tersebut nama negeri Kalah atau Kilah yang terletak di Semenanjung Melayu. Berkaitan ini, ramai ahli sejarah telah membuat kesimpulan bahawa negeri tersebut adalah negeri Kedah, iaitu negeri yang disebut dalam sumbersumber India sebagai Kataha dan Kadaram. 2. Dalam sumber-sumber Israiliah / Israiliat, yang bertarikh Sebelum Masihi, antaranya Kitab Perjanjian Lama, ada juga disebut tentang wujudnya kelompok masyarakat bernama Kilah atau Keilah. Sumber Israiliat digunakan oleh ramai pakar sejarah Islam sebagai sumber penting dalam pengkisahan dan hujah-hujah, selagi maklumat yang diperoleh itu tidak bercanggah dengan Al-Quran dan Hadith Nabi. 3. Menurut sumber itu, Keilah ialah nama sebuah tempat yang terletak kira-kira 10 miles (=16 kilometer) dari bandar Hebron. Kesan-kesan arkeologi menunjukkan terdapat sebuah kota lama yang dikenali sebagai ‘Kilah’ di atas tebing kanan suatu lembah atau wadi yang dikenali sebagai Wadi al-Firanj. (‘Firanj’ adalah sebutan orang tempatan bagi bangsa Eropah, kini disebut ‘Peranchis’, suatu tempat memproses besi juga, serta ditemui serombong angin yakni tuyere). 4. Menurut sumber itu lagi, suku Keilah yang berkembang di situ bukan dari bangsa Hebrew (Jew / Yahudi). Mereka adalah keturunan Caleb, dari suku yang tinggal di tempat bernama Gerem, maka mereka dikenali sebagai Garmite / Geremiah. Ada sumber yang mengatakan Caleb itu dari keturunan suku Kanaziyah, yang tinggal dalam negeri Edom (Edom atau Esau ialah abang kembar nabi Yaakob, yang berkahwin dengan Mahalath binti Nabi Ismail, menghasilkan ramai keturunan). 5. Berkaitan kisah ini, perlu diketahui bahawa Bandar Hebron adalah suatu bandar tua, yang dibina sejak zaman sebelum Nabi Ibrahim. Apabila Nabi Ibrahim (lahir circa 1996 SM) pindah keluar dari negeri Khaldea (Lembah Furat) baginda tinggal lama di kawasan Hebron. Nabi Ibrahim serta anak cucunya Nabi Ishak (lahir circa 1836 SM) dan Nabi Yaakob menetap di situ hingga zaman Nabi Daud (lahir circa 1084 SM) dan Sulaiman. Semua mereka wafat dan dimakamkan di sekitar Hebron. 6. Pada masa Nabi Yaakob / Israil (lahir circa 1836 SM) dan keluarganya pindah ke Mesir (atas pelawaan anaknya, Nabi Yusuf), penjagaan bandar ini diserahkan kepada keluarga keturunan Caleb. Akhirnya, kuatnya pengaruh keturunan Caleb ini menyebabkan suku Anakim dari keturunan Arba (Hebron) terpaksa keluar dari tempat asal mereka. Suku ini kemudian berkembang menjadi suku-suku Badwi yang ramai dan berkuasa dari tanah Arabia hingga Sungai Furat). Keluarga Nabi Yaakob (Bani Israil) berkembang di Mesir. 7. Dipendekkan cerita, dalam zaman Nabi Musa masyarakat bani Israil telah dihalau keluar dari Mesir menuju tanah Palestin. Menurut sumbersumber Israiliah, peristiwa tersebut berlaku antara tahun 1652-1320 SM. Sejak itu suku Israil berpecah -pecah. Menurut sumber ini, ketika itu orang Palestin tidak menyembah Allah yang Maha Esa, melainkan Tuhan yang dinamakan Ba’al. 8. Keluarga Bani Israil duduk di situ dalam kesusahan hingga zaman Nabi Daud (lahir circa 1084 SM) dan anaknya Nabi Sulaiman. Menurut keterangan, semasa Nabi Daud sedang memperkukuh kuasanya sebagai seorang Raja, baginda telah membebaskan orang suku Keilah daripada pengaruh orang Palestin penyembah berhala ketika itu. Nabi Daud telah menjaga mereka dan membina kota untuk menambah keselamatan mereka. Kemudian Nabi Daud berjaya menjadi raja di Hebron, kemudian menjadi Raja seluruh tanah Palestin, menjadikan Jerusalem sebagai pusat pemerintahan. 9. Dalam zaman pemerintahan Nabi Daud, diikuti anaknya Nabi Sulaiman, dipercayai kuasa pemerintahan masyarakat telah kembali kepada yang percayakan Tuhan Yang Esa. Dalam zaman Nabi Daud, manusia dikatakan telah mencapai tamadun yang semakin tinggi. Mereka telah mencapai ‘Zaman Besi’, pandai melebur besi Dan menggunakan peralatan darinya. Apa kaitannya dengan masyarakat Kilah? 10. Dalam sekitar abad ke-5 Sebelum Masihi (SM) kerajaan bani Israil telah diserang oleh tentera Babilon / Assyria, dalam zaman pemerintahan Raja Nebuchad-nezar. Ramai orang Israil menjadi tawanan (captive), dibawa ke Babilon. Namun akhirnya kerajaan Babilon pula dikalahkan oleh tentera Parsi. Dikatakan dalam tahun 536 SM, Maharaja Cyrus dari Parsi telah membebaskan orang Israil yang menjadi tawanan Babilon itu. Mereka dibenarkan pulang ke Jerusalem dan Hebron. Namun, hanya 1/7 sahaja daripada mereka yang pulang ke Jerusalem, manakala 6/7 lagi mahu tetap tinggal di Assyria. Bersambung ke halaman 10


Halaman 10 KENDURI KANJI KEDAH ANJURAN PERSATUAN SEJARAH MALAYSIA CAWANGAN KEDAH Oleh Puzi Hadi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. menjayakan program Kenduri Kanji Kedah. Masakannya berlangsung di perkarangan Muzium Negeri Kedah pada 14 April 2023 (23 Ramadan 1444H, Jumaat) mulai jam 9.00 pagi bawa ke petang. PSMCK mendapat sokongan padu staf Lembaga Muzium Negeri Kedah serta ahli badan-badan bukan kerajaan (NGO) iaitu: Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC), Yayasan Pencegahan Malaysia (MCPF) dan Persatuan Bekas Pegawai Kanan PDRM (RESPA). Seramai lebih 50 peserta lelaki dan wanita bergotong royong kenduri ini. Ramai yang baru menimba pengalaman kali pertama memasak kanji -- empat periuk besar dengan jumlah 50 kilogram beras dengan dua jenis lauk iaitu daging dan ayam. Ini menghasilkan lebih 1,000 mangkuk kanji untuk edaran kepada orang ramai berlalu lalang di laluan Lebuh Raya Darul Aman berhadapan Muzium Negeri Kedah. Kanji (dikenali juga sebagai 'moi') menjadi hidangan tradisi Kedah di waktu bulan puasa sejak turun temurun; di negeri lain disebut bubur lambuk. Pengerusi PSMCK, Dr. Ibrahim Bakar Langkawi serta Timbalan Pengerusi, Ts Syamsyul Anuar berada sepanjang hari di majlis tersebut. Tahniah kepada Mohd Herman Roslan selaku Ketua Biro Kebajikan melaksanakan program Kenduri Kanji Kedah julung kali diadakan. Penghargaan kepada Datin Aniza Saadudin dan suaminya Dato' Jaafar bin Abdul Ghani peneraju Adabi Consumer Industries Cawangan Utara dengan kepakaran memasak kanji skala besar. Kenduri ini berjaya mengantarabangsa dengan kehadiran lima remaja luar negara dalam program American Field Service (AFS) atau AFS Antarabudaya Malaysia. Sumber: Facebook Puzi Puzihadi, 15 April 2023 Jangan pernah menyesali tentang apa yang terjadi pada masa lalu, tetapi belajarlah daripada sejarah tersebut. 11. Setibanya mereka di Jerusalem, didapati kota itu musnah dengan teruk. Ketika itulah, suku Keilah telah banyak membantu bani Israil, untuk membina semula tembok-tembok kota Jerusalem yang telah runtuh. 12. Persoalan sekarang ialah: siapakah sebenarnya suku bangsa Kilah / Kielah yang sangat dijaga oleh Nabi Daud itu, suku bangsa yang dikatakan bukan dari kalangan orang Hebrew? Mengapakah nama negeri Kilah terdapat di pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu, dan adakah hanya secara kebetulan?. Adakah orang Kilah dari Semenanjung itu telah dibawa oleh utusan-utusan Nabi Daud ke Timur Tengah untuk membantu rakyat Nabi Daud memperkemas perusahaan besi mereka? Atau sebaliknya, adakah orang Kilah dari Timur Tengah itulah yang datang ke Semenanjung membuka kerajaan berdekatan Gunung Jerai, yang juga membawa bersama syariat lama Nabi-Nabi, yang menyeru kepada kepercayaan Tuhan Yang Esa? 13. Banyak hipotesis dan persoalan lagi yang boleh timbul. Namun, sebahagian dalam kalangan kita akan melihat persoalan ini dengan kaca mata yang berlainan, sehingga ada yang senyum, ketawa, kerut dahi, malah ada yang sinikal. Barangkali sebahagian kita masih merasa rendah diri. Kononnya, sejarah kita hendaklah diiktiraf dulu oleh masyarakat antarabangsa, barulah sejarah kita boleh dianggap benar. 14. Yang kita cari adalah kebenaran sejarah bangsa kita. Dan kita tidak bermaksud mencari kemegahan. Tetapi kita tidak mahu sejarah yang palsu. Kalaulah kebenaran sejarah itu muncul, sehingga menimbulkan rasa kebanggaan, itu hanyalah secara kebetulan. 15. Ketahuilah, Kedah yang mempunyai sejarah teknologi besi yang panjang di masa belakang, patut dilihat oleh semua pihak dengan lebih serius. Sambungan dari halaman 9 - Kota Kilah di Hebron, Palestin


Halaman 11 SUATU CADANGAN MENAMBAHBAIK ‘KESEDARAN WARISAN’ MENGENAI TEMPAT KELAHIRAN ‘BANDARAYA ALOR SETAR’ Oleh Wan Iskandar Zulkarnain bin Wan Shamsuddin ‘Alor’ dan ‘Setar’ adalah dua patah perkataan keramat bagi Bandaraya Alor Setar ini. Alor Setar merupakan Bandar Diraja Tradisional sebelum status ini berubah ke Anak Bukit. Sesungguhnya tema yang diberikan iaitu, ‘Bandaraya Warisan Dalam Taman’ oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) untuk Bandaraya Alor Setar memang amat tepat dan bersesuaian sekali. Saya terpanggil untuk memberi cadangan ini kerana tertarik dengan penceritaan seorang tokoh sejarahwan Kedah suatu masa dahulu iaitu semasa sesi temubual bersama Allahyarham Dato’ Wira Wan Shamsuddin Mohd Yusof, mantan pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Allahyarham semasa hayatnya, pernah menceritakan tentang sejarah Alor Setar @ Kota Setar. Allahyarham senantiasa menyokong usaha untuk memulihara, melindungi dan menghidupkan nilai budaya dan warisan bandaraya Alor Setar. Menurut Allahyarham, dahulunya anak sungai kecil yang di panggil Alor Setar (atau ‘Aloq Setaq’ dalam loghat Kedah) itu mengalir dari suatu kawasan di bahagian belakang Balai Seni Lukis Kedah (kini menjadi letak kereta) ke muaranya di Sungai Anak Bukit yang terletak berhampiran dengan sempadan tapak rumah kedai dan Masjid Zahir. Inisiatif pihak MBAS membina tugu sebagai mercutanda khas bermotifkan regalia Kesultanan Melayu, berserta papantanda penceritaan ‘Bermulanya Bandar Alor Setar’ perlu dipuji. Walaubagaimanapun adalah didapati masih ramai orang yang tidak menyedari keistimewaan lokasi ‘Bermulanya Bandar Alor Setar’ ini. Ini berkemungkinan disebabkan oleh lokasi momumen tersebut yang berdekatan dengan lampu isyarat di Lebuhraya Darul Aman yang agak sibuk dengan kenderaan lalu-lalang dan persekitarannya yang kurang memuaskan. Bagi menambahbaik kesedaran orang ramai, baik pelawat mahupun penduduk tempatan, adalah dicadangkan kaedah pentafsiran atau interpretasi, dan persembahan warisan (heritage interpretation & presentation), sejarah dan jajaran asal alor kecil ini perlu dilihat semula: 1. Salah satu objektif utama bagi tafsiran atau interpretasi warisan adalah untuk memberi ‘pengetahuan’ kepada orang ramai samada penduduk tempatan atau pelawat datang dengan tujuan untuk meneroka sesuatu tapak warisan atau budaya tempatan. 2. Tafsiran atau interpretasi tapak warisan perlu menyampaikan nilai warisan dengan pelbagai kaedah, bukan sahaja melalui penceritaan yang ditulis pada papantanda penerangan (interpretive panel), risalah, dsbnya. 3. Bagi menzahirkan interpretasi warisan yang berimpak tinggi untuk memberi kesedaran warisan, alangkah baik sekiranya jajaran asal ‘Aloq Setaq’ dizahirkan secara simbolik. Jajaran simbolik ini akan bermula dari mercutanda ‘Bermulanya Bandar Alor Setar’ sehingga ke kawasan tempat letak kereta di belakang Balai Seni Lukis Kedah. Ianya boleh dipersembahkan dan diterjemahkan melalui penggunaan komponen karya seni landskap, supaya orang ramai sedar bahawa mereka sedang melintasi atau berjalan di atas permukaan yang suatu masa dahulu merupakan sebuah anak sungai kecil bernama ‘Aloq Setaq’. 4. Dicadangkan penggunaan ‘stud jalan reflektif’ sebagai petunjuk simbolik bagi tebing jajaran ‘Aloq Staq’ yang asal. (The former riverbank alignment marked by ‘Blue’-LED illuminated solar road light-markers or reflectors @ road stud-markers). Contoh pemandangan lampu pada waktu malam seperti rajah (i), (ii) dan (iii) di bawah: Bersambung ke halaman 12


Halaman 12 (i) (ii) (iii) 5. Adalah menjadi harapan juga sekiranya pertimbangan sewajarnya diberikan oleh pihak kerajaan negeri untuk memulakan program pokok warisan dan menetapkan ‘Pokok Setar’ sebagai pokok warisan Kedah kerana kepentingannya kepada sejarah bandaraya ini 6. Interpretasi warisan amat berkesan sekali sekiranya pengalaman menyusuri Sungai Anak Bukit dan berlabuh di tebing sungai, melihat ‘Pokok Setar’ sebenar, memetik dan menikmati buah ‘Setar’, yang dapat mengimbau kembali keadaan dan pemandangan sepertimana masa dahulu. 7. Cadangan di atas adalah bertujuan demi meningkatkan tahap kesedaran tentang sejarah dan warisan tempat kelahiran Bandaraya Alor Setar iaitu pusat pemerintahan ke lapan (8) negeri Kedah, yang pernah menjadi Bandar Diraja Tradisional suatu masa dahulu dan sehingga kini pesat membangun sebagai ibu negeri Kedah Darul Aman. iv) Pandangan Atas Tapak Cadangan v) Pelan Tapak (bukan skala sebenar) vi) Pandangan Ke Arah Tugu/Mercutanda ‘Bermulanya Bandar Alor Setar’ vii) Pandangan Ke Arah Kawasan Letak Kereta Di Belakang Balai Seni Lukis Kedah FAKTA TENTANG KEDAH Menara Tertinggi: Menara Alor Setar merupakan bangunan tertinggi di Kedah dan merupakan menara telekomunikasi ke-21 tertinggi di dunia berketinggian 165.5 meter. Sambungan dari halaman 11 - Suatu Cadangan Menambaik ‘Kesedaran Warisan’ Mengenai Tempat Kelahiran ‘Bandaraya Alor Setar’


Halaman 13 SEJARAH MASJID ZAHIR Oleh Ibrahim Bakar Langkawi Masjid Zahir tersergam indah dalam kompleks Medan Bandar Alor Setar, disebut-sebut sebagai antara masjid tercantik di rantau ini. Masjid Zahir ini dahulu pernah dinamakan Masjid Zaharah, seperti yang tercatat dalam kitab asal At-Tarikh Salasilah. Namun, bilakah, bagaimana, siapakah yang menukar nama daripada Masjid Zaharah kepada Masjid Zahir belum diperoleh maklumat. Pada masa itu yang menjadi Sheikhul Islam (seperti tugasan Mufti sekarang) ialah Sheikh Muhammad Khayath, manakala yang menjawat Kadhi Besar (Chief Kadhi) Kota Setar ialah Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidik. Tapaknya teretak di tebing sebelah kanan Sungai Besar ke Anak Bukit, berdekatan pertemuan muaranya dengan Sungai Kedah, yang merupakan jalan utama dalam zamannya. Masjid ini didirikan di atas tapak lama masjid yang telah rosak, yang dibina dalam zaman Sultan Zainal Rashid Al-Muadzam Shah I dulu (memerintah 1845- 1854). Masjid lama yang rosak itu berkaitan dengan peperangan antara Kedah dengan tentera upahan Bugis dalam tahun 1772, diikuti dengan peperangan Kedah menentang tentera Siam Buddha antara tahun 1821 hingga 1842. Ramai yang terkorban syahid dalam peperanganpeperangan itu dimakamkan di kubur dalam perkarangan masjid lama itu. Hingga awal tahun 1900- an, sebahagian perkuburan itu masih wujud. Namun, berdasarkan fakta bahawa Masjid adalah suatu komponen penting dalam pembinaan sesebuah kota-istana, maka dipercayai tapak masjid ini telah wujud sejak zaman awal pembinaan Kota Setar oleh Sultan Muhammad Jiwa II (1710-1778), yang memindahkan pusat pemerintahan dari Kota Bukit Pinang ke Kota Setar dalam tahun 1735. Diketahui umum, dalam fatwafatwa agama Islam, antaranya ialah Tapak sesebuah masjid tidak boleh dimansuhkan. Kesimpulannya, tapak masjid ini telah wujud sejak zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa, pembina Kota Setar. Dalam tahun 1912, iaitu dalam zaman pemerintahan DYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943), telah dimulakan perancangan pembinaan Masjid Zahir. Perancangan diketuai oleh YTM Tunku Mahmud President State Council ketika itu. Baginda berkenan dengan rekabentuk Masjid Aziziyah di pekan Tanjung Pura, negeri Langkat, tidak jauh dari Kota Medan, Sumatera Utara. Nama Masjid Aziziyah itu bersempena dengan nama Sultan negeri Langkat iaitu Sultan Abdul Aziz, yang Permaisurinya ialah Tunku Aishah binti Sultan Zainal Rashid Muadzam Shah II Kedah, yang bersemayam di istana yang namanya ‘Istana Darul Aman’. Berdasarkan rekabentuk Masjid Aziziyah itu, YTM Tunku Mahmud meminta pasukan pelukis pelan yang diketuai oleh G. Guman (James Gorman), Kedah State Engineer ketika itu. Setelah siap pelannya, cadangan dibawa ke Mesyuarat State Council, yang dipersetujui oleh Penasihat Kewangan iaitu W.J. Maxwell Advisor. Setelah dipersetujui Council, pembinaan masjid dimulakan pada 22 Rabiul-awal 1330 bersamaan 11 Mac 1912. Pembinaan siap selepas 3 tahun, maka diadakan majlis perasmian pada 6 Zulhijjah 1333 bersamaan 15 Oktober 1915, hari Jumaat. Dalam majlis perasmian itu, KDYMM Sultan Abdul Hamid Halim Shah berkenan turun mencemar duli, bersama-sama YTM Tunku Mahmud, serta ramai Pembesar-Pembesar Kedah, turut bersembahyang Jumaat bersama-sama. Pada hari Jumaat itu, kira-kira pukul 12.00 Tok Bilal majid melaungkan azan. Berikutnya pada jam 12.15 Chief Kadhi ketika itu, iaitu Sheikh Wan Ismail telah melaungkan azan di hadapan mimbar masjid. Ketika itu jawatan Syeikhul Islam disandang oleh Sheikh Wan Sulaiman Wan Sidik, yang turut hadir dalam majlis perasmian itu. Selesai azan, YTM Tunku Mahmud yang menjadi khatib hari itu, naik ke atas mimbar membaca khutbah Jumaat. Selesai berkhutbah, solat Jumaat diimamkan oleh KDYMM Sultan Abdul Hamid, dengan bacaan yang sangat fasih. Sejak itu, Masjid Zahir terus digunakan hingga pada hari ini sebagai ‘Masjid Negeri’ yang rasmi. Pada 11 Rejab 1342, bersamaan 17 Februari 1924 YTM Tunku Mahmud mengadakan khenduri kesyukuran di ‘Masjid Zaharah’ kerana dikurniakan bintang C.M.G. oleh King George Raja Kerajaan Great Britain. Bersambung ke halaman 14


Halaman 14 Pada 2 Syawal 1342 bersamaa 7 Mei 1924 DYMM Regent Kedah iaitu Tunku Ibrahim ibni Sultan Abdul Hamid telah mengadakan Majlis ‘mengaji khatam’ serta khenduri Doa Selamat di ‘Masjid Zaharah’ kerana hendak berangkat ke England pada 5 Syawal 1342, bersama YM Tunku Mansor Aid de Camp, YM Tunku Muhammad Jiwa Private Secretary dan Cik Mat Syon Kedundong (Sumber Manuskrip ASNK: 413-414). Hingga hari ini Masjid Zahir terus berfungsi sebagai masjid Jami’ dan tempat solat KDYMM Sultan Kedah, serta digunakan untuk sebarang majlis rasmi berkaitan agama Islam di Kedah. Masjid yang memiliki pelbagai nilai tersendiri, seperti rekabentuk yang berseni Moorish, dengan nilai sejarahnya, telah menjadi ikon di Bandar Alor Setar, serta menjadi suatu aset pelancongan yang mampu menggamit pengunjung pelbagai bangsa. Sumber: Facebook Ibrahim Bakar Langkawi, 17 Julai 2023 PERSATUAN Sejarah Malaysia Cawangan Kedah dengan kerjasama Muzium Negeri Kedah telah berjaya melaksanakan majlis Wacana Terong Pipit Siri 3 pada hari Ahad 28 Mei 2023 bermula jam 9.00 pagi bertempat di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar. Pemakalah jemputan ialah Dr. Nasha Rozaidi Khaw dari Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Dr. Nasha Rozaidi Khaw yang membentangkan kertas kerjanya bertajuk ‘Kedah Tua dalam Pembinaan Naratif dan Identiti Kebangsaan’ telah menarik minat ramai peserta yang terdiri daripada pelbagai pihak termasuk penjawat awam, pengkaji dan peminat sejarah serta pelajar IPT dan sekolah di sekitar Alor Setar. Ramai ahli PSMCK termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi telah turut hadir ke majlis tersebut. Pengarah Muzium Negeri Kedah En. Suhaidi bin Shukri telah menyempurnakan acara perasmian. Setelah selesai pembentangan para peserta mengambil kesempatan bertanya berbagai-bagai soalan berkaitan tajuk yang dibentangkan itu. Dr. Nasha Rozaidi memberi penjelasan yang menarik dan memuaskan berdasarkan kepada kajian-kajian yang dijalankan. Sambungan dari halaman 13 - Sejarah Masjid Zahir Logo lama PSMCK yang digunakan sejak penubuhan tahun 1956 Logo PSMCK yang baharu, mula digunakan tahun 2023 selaras dengan perubahan logo Psersatuan Sejarah Malaysia.


Halaman 15


Halaman 16 Letak periok elok-elok jangan senget na... Basuh!....Basuh!...Basuh sampai bersih! Mana aci….bawa handbag. Nak basuh periuk macam mana? Apa kata, tahun depan kita masak banyak kawah lagi daripada tahun ni... Apa pendapat Tuan Timbalan Pengerusi? Sebenaqnya...nak masak kanji ni bukannya susah…. Barisan ‘pengacau’ kanji sudah bersiap sedia untuk bertugas.


Halaman 17 PSMCK mengucapkan tahniah kepada pelajar dan guru Kolej Tingkatan Enam Sultan Sallehuddin, Alor Setar, Kedah dan SMK Dato’ Syed Omar, Alor Setar, Kedah atas kemenangan Pertandingan Menulis Esei Sejarah Malaysia. Para pemenang telah menerima hadiah daripada Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia, Dato’ Hj. Jumaat Dato’ Hj Mohd Noor pada 28 Oktober 2023. Syabas diucapkan. Pengerusi PSMCK bersama-sama tetamu kehormat dari Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, guruguru dan para pemenang Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 13 Julai 2023. Poster program Selamat Pagi Malaysia di TV1 yang menjemput Pengerusi PSMCK membiacarakan Sejarah Negeri Kedah, pada 20 Mei 2023 bertempat di Pantai Merdeka, Sungai Petani, Kedah. Pengerusi PSMCK bersama-sama Penolong Setiausaha, En. Mohd Firdaus Hj Abu Bakar semasa hadir di Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Sejarah Malaysia pada 28 Oktober 2023 di Kuala Lumpur. En. Mohd. Herman Roslan (AJK PSMCK) ketika dijemput sebagai penceramah majlis Ceramah Kemerdekaan - Merdekakah Kita? di Dewan Seminar Pusat Islam Universiti Utara Malaysia, Sintok pada 28 Ogos 2023 jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Timbalan Pengerusi PSMCK, SUPT/KS Ts Syamsul Anuar bin Ismail dan En. Zamri Abd Wahab (AJK) semasa menziarahi kematian ahli PSMCK Allahyarham En. Rusidi bin Omar pada 1 Mei 2023 di Kepala Batas, Seberang Prai, Pulau Pinang.


Halaman 18 Sesi mesyuarat sedang berjalan dengan dipengerusikan oleh Dr. Ibrahim Bakar (Pengerusi) dan diapit oleh Timbalan Pengerusi dan Setiausaha Kehormat. Sebahagian daripada ahli PSMCK yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-67 Barisan AJK PSMCK penggal 2023/2025 yang dilantik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-67 pada 16 Mac 2023. Berdiri dari kiri: (1) Mohd Herman bin Roslan (AJK), (2) Mohd Ihsan bin Ahmad (AJK) (3) Mohamad Zaidi bin Azizan (Bendahari Kehormat), (4) Mohd Firdaus bin Abu Bakar (Pen. S/U Kehormat), (5) Mohamad Puzi bin A Hadi (Pengarang Kehormat), (6) Dato' Haji Shaarani bin Haji Hasan (AJK), (7) Dr.Mohd Faisal bin Mustaffa (S/U Kehormat), (8) Ts Syamsyul Anuar bin Che' Mey @ Ismail (Timbalan Pengerusi), (9) Dr Ibrahim bin Bakar (Pengerusi), (10) Haji Mansor bin Haji Din (AJK), (11) Ts Dr Asmadi bin Mohd Ghazali (AJK), (12) Muhammad Tanzilul Furqan bin Marzuki (AJK), (13) Dr Haslinda binti Hassan (AJK), (14) Nur Atikah binti Rofiee (AJK), (15) Dr Hafizah binti Zainal (AJK), (16) Datin Aniza binti Saaduddin (AJK), (17) Nor Susila binti Mohd Saaid (AJK), (18) Wan Juniza binti Wan Ismail (Pen. Bendahari Kehormat) Tiada dalam gambar: (19) Dato' Seraja Wangsa Dato Wira Syed Azizan bin Syed Mohamad Al-Idrus (AJK), (20) Dato' Haji Mohd Rawi bin Abdul Hamid (AJK), (21) Marwan bin Mad Salleh (AJK), (22) Zambri bin Abdul Wahab (AJK), (23) Dr Muhamad Zahir bin Kasa (Juru Audit I), (24) Haji Abu Hassan bin Morad (Juru Audit II).


Halaman 19 MULA MELANCONG Oleh : Mansor Hj. Din Dalam kesibukan bekerja kampung di Changloon, berulangalik ke sekolah dan dihimpit dengan masalah kewangan, aku masih dapat melancong seawal tahun 1963, ketika aku belajar di tingkatan dua di Sekolah St. Michael, Alor Setar. Aku sudah lupa bagaimana aku, Ahmad Rashid dan Sallehuddin Ahmad, yang kami gelar sebagai Pak Long, tibatiba membuat rancangan untuk berbasikal mengelilingi Kedah dan Pulau Pinang. Pada malam sebelum memulakan kembara, kami bermalam di rumah Ahmad Rashid di Jitra. Ayahnya seorang tukang gunting rambut di Jitra dan ibunya, Mak Siah seorang suri rumah. Awal-awal pagi, keluarganya menyiapkan sarapan dan memastikan basikal kami dalam keadaan yang baik. Sebelum jam lapan pagi, kami bertiga mula mengayuh basikal menuju ke Pantai Merdeka jaraknya lebih kurang 100 kilometer dari Jitra. Alhamdulillah, tidak ada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Kami makan tengah hari agak lewat kerana hujan dan sukar untuk memasak nasi. Nasi berlauk ikan tamban masin. Lepas puas mandi laut hingga ke petang, kami terus mengayuh basikal ke Butterworth dan bermalam di Masjid Kampung Tawar. Makan malam bermenukan baki nasi dan ikan tamban bakar yang dibawa dari Pantai Merdeka. Keesokan pagi, kami bersarapan di kedai dan seterusnya mengayuh basikal ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Pinang. Selepas merayau-rayau di Georgetown, kami pun mengambil Jalan Batu Feringgi dan singgah di Kebun Bunga sebelum terus menghala ke Teluk Bahang dan Balik Pulau. Dalam perjalanan itu kami ternampak satu tempat perkelahan yang mempunyai sumber air mengalir yang sangat jernih. Kami terus berhenti untuk rehat dan mandi di situ. Aku ambil tugas untuk menanak nasi. Kemudian kami mandi hingga perut terasa lapar. Sewaktu menyedok nasi masing-masing, aku memeriksa beg makanan mencari baki ikan tamban bakar yang kami sediakan di Pantai Merdeka kelmarin. Cari punya cari, ikan bakar itu tidak ada dalam beg. Nasi dimasukkan kembali ke dalam periuk walaupun perut sudah berkeroncong dan terpaksa meneruskan kayuhan menghala ke Balik Pulau. Sebaik sahaja kami ternampak sebuah kedai makan di tepi jalan kami serta-merta menghentikan basikal dan membawa periuk nasi masuk ke dalam kedai tersebut. Tidak seorang pun dari kami mampu membeli lauk ikan atau daging. Lainlain lauk tiada. Kesudahannya, setelah tawar-menawar kami makan nasi dengan kuah sahaja, dengan harga 10 sen seorang termasuk segelas air batu kosong. Sedihnya rasa apabila mamak kedai itu hanya berikan kuah kari sematamata tanpa apa-apa walaupun secebis sayur atau isi ikan. Tetapi itu pun sudah cukup bagi orang lapar seperti kami. Kami makan menjilat jari. Habis nasi yang aku masak. Tiada lagi baki untuk malam nanti. Kami terus berkayuh mengelilingi pulau hingga sampai kembali di Georgetown ketika senja. Terus cari masjid dan selepas jemaah beredar pulang setelah selesai menunaikan solat lsya, kami terus bersiap untuk tidur. Terkejut besar bila kami dibangunkan oleh beberapa orang di tengah malam. Tujuh atau lapan orang dewasa telah menghampiri kami. Mereka hendak merampas basikal dan barang-barang. Yang tertua di kalangan mereka masuk campur dan menasihati yang lain supaya tidak mengganggu kami. Selepas mereka beredar, kami terus tidur hingga keesokan pagi. Pada hari ketiga, kami berbasikal di sekitar Georgetown kemudiannya menaiki feri ke Butterworth. Dari situ terus ke Bukit Mertajam, Kulim dan seterusnya ke Kampung Pecah Sawa, Jalan Weng, di Baling. Aku mencari rumah ibu saudaraku, Mak Ngah Kiah, yang berkahwin dengan Haji Idris. Sampai di sana hari hampir senja. Untuk tiga hari berikutnya, kami diberi layanan yang sungguh baik. Pada masa itu adalah musim buah. Pagi petang, siang malam kami makan buah-buahan segar dari dusun mereka. Syukur, Alhamdulillah. Semoga kedua-dua roh mereka dirahmati Allah S.W.T. Pada hari kami hendak bertolak balik ke Alor Setar, Mak Ngah Kiah meminta aku membawa balik satu guni buah langsat, lebih kurang 20 kilogram, sebagai tanda ingatannya kepada saudara mara di kampung kami. Bayangkanlah, aku terpaksa mengayuh basikal tua dari Baling ke Changloon dengan muatan seguni buah langsat yang beratnya seumpama seorang murid darjah satu! Mak Ngah Kiah memberi kepadaku wang lima ringgit untuk menyambung perjalanan kami bertiga seterusnya. Awal-awal pagi, kami bangun dan memulakan perjalanan sejauh hampir 165 kilometer melalui jalan yang berbukit dan curam. Di masa dahulu, penjajah melakar pembinaan jalan secara paling ringkas. Bukit tidak diratakan. Tidak memotong aras sana sini. Kadang kala terpaksa menyorong basikal kerana tidak mampu menaiki bukit secara mengayuh. Aku dan Pak Long berjaya sampai balik dengan basikal tua bersama seguni langsat ke kampumgku pada hari itu juga walaupun pada waktu tengah malam. Ahmad Rashid pula singgah bermalam di rumah saudaranya di Sik. Selang beberapa hari selepas itu, aku demam panas selama seminggu yang hampir meragut nyawa. Rasanya mungkin aku menggunakan tenaga berlebihan selama beberapa hari berkayu mengelilingi Kedah dan Pulau Pinang. Tetapi aku bersyukur kerana selepas sembuh daripada demam itu, aku tidak pernah demam atau sakit sebegitu lama sejak setengah abad yang lalu. Aku tidak serik. Selepas peperiksaan L.C.E. pada tahun 1964, kami berlima melancong ke Langkawi pula. Pak long Bersambung ke halaman 20


Halaman 20 yang mencetuskan rancangan itu kerana dia mempunyai saudara di Langkawi. Aku, Ahmad Rashid, Md Zain Othman dan Badruddin Othman turut bersamanya ke sana. Kami semua membawa basikal masing-masing ke Langkawi melalui Kuala Kedah dengan bot tambang yang memakan masa lebih daripada empat jam. Tambang cuma lima ringgit. Di Langkawi, kami berbasikal ke seluruh pulau dan berkhemah di tepi pantai. Sempat pergi ke Telaga Tujuh, Tanjung Rhu, Makam Mahsuri, Beras Terbakar, Pantai Pasir Hitam, Kuala Teriang, Pantai Tengah, Pantai Cenang dan lainlain tempat yang menarik. Tiga perkara yang tidak akan aku lupai telah berlaku sepanjang lawatan pertamaku ke Langkawi. Pertamanya adalah kejadian yang hampir mencetus pembunuhan di Pantai Teriang. Hari itu kami bermalam di rumah Tok Bulat, saudara kepada Pak Long. Pada waktu malam, aku dan Pak Long telah mengikut Tok Bulat menjala ikan di Pantai Teriang. Setiap kali aku menjala, aku memperolehi ikan Kemasai. Pak long, dengan suara yang tinggi, memberitahu aku supaya jangan ambil ikan itu. Di Langkawi, ikan itu hanya dijadikan baja sahaja. Dia mengulangi kata-katanya itu beberapa kali tanpa menyedari seorang pemuda lain yang menjala ikan di situ merasa sangat terhina dengan kata­kata Pak Long tersebut sebab dia memang mengambil ikan Kemasai untuk dijadikan lauk. Pemuda itu telah datang ke arah kami sambil mengeluarkan kata­ kata yang kesat dan menakutkan dengan niat untuk mencederakan kami berdua kerana menghinanya. Tok Bulat yang sudah berumur lebih dari 60 tahun serta-merta menerpa ke arah kami lalu dipegang leher baju pemuda itu dan terus meletak golok perak ke atas halkumnya sambil memberi amaran keras. "Hang bergerak saja, malam ni hang mati di sini! depa bukan tau apa?! depa mai dengan aku untuk berseronok saja!". Pemuda itu menjadi kaku. Selepas beberapa minit dia meminta maaf dan beredar dari Pantai Kuala Teriang. Sepanjang seminggu di sana, orang tua-tua beberapa kali menyebut bahawa Pak Long yang berumur 16 tahun ketika itu sedang "'sakit dalam". Aku tidak faham apa yang dimaksudkan sehinggalah aku dengar berita Pak Long Sallehuddin berkahwin ketika umurnya baru mencecah 17 tahun. Ruparupanya dia sedang bercinta. Dia beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan L.C.E tetapi berhenti persekolahan sebab mahu kahwin. Terpaksa tunggu setahun sebelum ditawar kerja sebagai anggota TUDM dalam bidang memperbaiki kapal terbang. Dia berhenti dari TUDM ketika berumur 34 tahun dengan pangkat Pegawai Waran 1. Pada malam akhir kami di Langkawi., kami berkhemah di Pantai Kuah bertentangan dengan Rumah Rehat Kerajaan untuk “VVIP'' yang diberi nama "Sanatorium”. Pada waktu malam, di dewan besar terbuka, di bawah lampu neon ramai VIP berjoget. Dari jauh, kami nampak puteri joget yang cantik rupawan. Mereka menari joget, tarian inang dan rambong dengan diiringi lagu-lagu asli dan joget. Sungguh seronok dan mengasyikkan. Aku pun terpukau melihat gelagat mereka bersama-sama puteri-puteri joget yang nampak cantik cantik belaka. Keesokan hari, kami berkemas dan menaiki bot balik ke Kuala Kedah. Semasa cuti akhir tahun di tingkatan empat, aku menoreh getah secara pawah dengan datukku dan berjaya mengumpul dua puluh lima ringgit. Dengan berbekalkan wang tersebut, aku mengajak seorang rakan tingkatan 4, Arshad Ishak, berjalan kaki “hitch hike" mengelilingi Malaya. Mula-mula kami singgah bermalam di rumah lnspektor Kawasan yang aku panggil Tok Long, di Balai Polis Petani Road, Pulau Pinang. Layanan yang diberi oleh Tok Long sekeluarga sangat baik. Aku kenal mereka kerana selalu ke kampung jiran sewaktu musim buah. Dia memberi wang saku sebelum kami keluar dari rumahnya keesokan hari. Dari situ, kami meneruskan perjalanan dan singgah di kampung Si Mee, lpoh, di rumah anak saudaraku, seorang anggota tentera bernama Harun Yaakub dan isterinya, Che Yah dan tidur di sana selama dua malam. Sempatlah berjalan­jalan melihat suasana pekan lpoh. Ketika kami bersiap-siap hendak berangkat ke Kuala Lumpur, kami dibekalkan dengan nasi goreng dan wang belanja. Kami seterusnya singgah di Sungkai dan bermalam di berek polis Pak Zainol dan isterinya, Mak Yam. Pak Zainol adalah jiran sekampungku manakala Mak Yam adalah kakak kepada sahabatku, Ramli Ahmad yang sama-sama belajar dengan aku di Sekolah St. Micheal, Alor Setar. Semasa di sekolah itu Ramli digelar Setiausaha Agong Persatuan Ponteng Sekolah dan aku pula digelar Presiden. Aku masih ingat lori panjang milik "Fraser and Neave" membawa kami seterusnya ke Masjid Negara di Kuala Lumpur. Kami bermalam di situ. Keesokannya, Arshad memulakan rancangannya untuk mencari saudaranya di kawasan Brickfields. Malangnya, dia tidak pasti alamatnya. Berjam-jam kami berjalan pusing-memusing. Tidak juga jumpa. Aku mula protes tetapi dia tetap hendak mencari sampai jumpa hingga tercetuslah perselisihan antara kami. Niat untuk menjelajah seluruh Malaya gagal. Berjalan kaki atau “hitch hike" memerlukan tenaga dan semangat. Tidak boleh harap semata-mata atas belas ikhsan pemandu kereta. Pakaian, makanan dan kelengkapan asas perlu disumbat ke dalam sejenis beg yang dinamakan "haversack" dan digalas sepanjang perjalanan. Setiap hari perlulah bersedia untuk berjalan berbelas atau berpuluh kilometer, terpulang pada nasib. Kalau ada kereta yang sudi berhenti untuk menumpangkan kita, perjalanan akan menjadi kurang penat. Semasa itu, tidak banyak kereta yang menuju ke destinasi yang jauh. Ada kereta yang sudi memberi perkhidmatan tetapi jarak perjalanannya tidak sampai belasan kilometer. Terpaksa turun dan berjalan keluar dari zon sesebuah pekan Sambungan dari halaman 19 - Catatan Pengalaman Silam Bersambung ke halaman 22


Halaman 21 BINAAN PURBA DI BUKIT CHORAS BUKAN PENEMUAN BAHARU oleh NURUL HIDAYAH HAMID 01 Oktober 2023 - 08:45am Sumber : https://www.sinarharian.com.my/article/281780/edisi/utara/binaanpurba-di-bukit-choras-bukan-penemuan-baharu? fbclid=IwAR1N6nWwtHhRePnfJRGxAs60fNRDh9TwR76kCr7LTNlql8SaNA4 riRsb79I ALOR SETAR - Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menyambut baik kajian semula situs (tapak) arkeologi abad ke 7 hingga 8 di puncak Bukit Choras, Yan, baru-baru ini. Pengerusi PSMCK, Dr Ibrahim Bakar berkata, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan kajian binaan purba di puncak Bukit Choras ini diketuai Dr Nasha Roziadi Khaw. Bagaimanapun, beliau menjelaskan, penemuan struktur bangunan purba di puncak Bukit Choras,Yan pada baru-baru ini bukanlah satu penemuan baharu. "Situs bangunan purba itu sebenarnya telah diketahui oleh masyarakat tempatan sejak lama. Tapak itu pernah didatangi pengkaji Dr QuaritchWales sekitar tahun 1939, malah ditandai beliau sebagai Situs 1 daripada lebih 30 situs purba dikajinya dalam kawasan sekitar Lembah Bujang. "Bagaimanapun, setelah Dr Quaritch-Wales meninggalkan situs-situs kajiannya, sesetengah situs yang dilakukan ekskavasi meluas telah mengalami kerosakan teruk disebabkan terdedah kepada hujan dan panas sepanjang musim serta tumbuh-tumbuhan liar," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu. Dr Ibrahim menambah, kebanyakan situs-situs didedahkan Dr Quaritch-Wales melalui ekskavasinya telah hancur dan hilang akibat luluhawa. "Nasib baik Situs 1 di puncak Bukit Choras hanya ‘disentuh’ sedikit sahaja oleh Dr QuaritchWales, sekali gus sebahagian besarnya masih berada ‘terpelihara’ di bawah tanah," katanya. Disebabkan itu beliau berkata, masyarakat dan kerajaan Kedah patut berbangga dan berterima kasih sekali gus menghulurkan bantuan sewajarnya atas langkah penting diambil pasukan pakar arkeologi dari USM itu. Menurut beliau, tapak zaman gabungan kerajaan Kedah dengan empayar Sriwijaya itu boleh menggamit pelawat-pelawat ke kawasan ini, sekaligus menggalakkan kemajuan ekonomi pelancongan masyarakat setempat. "Antara isu lain, apakah sebenarnya bangunan purba yang terletak atas tapak di puncak Bukit Choras ini? Laporan-laporan sebelum ini menyebut ia sebagai ‘candi’. "Setakat ini, masyarakat tempatan memahami bahawa ‘candi’ adalah suatu tempat ibadat bagi penganut-penganut agama bukan Islam namun beberapa arca Buddha dan prasasti bertulisan Pallawa telah ditemui di Bukit Choras," katanya. Disebabkan itu, beliau berpandangan, arca-arca Buddha yang ditemui itu belum cukup dijadikan bukti bagi membolehkan bangunan purba ini dianggap sebagai suatu tempat ibadat lama. "Paling dekat, ia hanya boleh dianggap sebagai milik masyarakat tempatan yang mengamalkan agama Buddha ketika itu," katanya. Pandangan itu disuarakan Dr Ibrahim memandangkan penamaan binaan purba di Bukit Choras sebagai ‘candi’ sebenarnya boleh mengundang beberapa masalah. Bersambung ke halaman 22


Halaman 22 "Perkara pertama perlu diketahui, Jabatan Mufti Negeri Kedah pernah mengeluarkan fatwa supaya sebarang bangunan bertujuan sembahan dalam agama selain Islam tidak dibenarkan dibangunkan semula,sebaliknya ia hendaklah dibiarkan seperti seadanya, tetapi ia tidak perlu dimusnahkan. "Perkara kedua, apabila ia disebut sebagai ‘candi’ yakni tempat sembahan agama seperti Hindu atau Buddha, maka sebahagian kaum tertentu di Malaysia akan mendakwa bahawa tapak itu telah dibina oleh moyang mereka, walhal sebenarnya jelas ia dibina oleh masyarakat tempatan Kedah yang belum mengamalkan Islam ketika itu," katanya. Dr Ibrahim berkata, isu ini boleh menimbulkan perbincangan-perbincangan kasar, malah pertelingkahan, antara kaum kalau kita tidak hatihati. "Maka sebaiknya, bangunan lama ini elok diisytiharkan sebagai ‘bangunan purba’ sahaja dan bukan ‘candi’ kerana ia pun memang tidak terbukti sebagai suatu tempat sembahan masyarakat apa-apa agama tertentu. "Mungkin ia pun hanya suatu bangunan pentadbiran dan pengawalan untuk menjaga kawasan utara kerajaan Sriwijaya, atau istana singgahan raja tertentu," katanya. Dalam perkembangan sama, Dr Ibrahim berkata, selain terdedah kepada cuaca, tapak itu dikhuatiri akan terdedah pula pada kesan gangguan manusia apabila binaan purba didedahkan kepada umum. "Ada orang awam yang dikhuatiri pergi di kawasan tapak untuk mencuri ketul batu untuk membuat tangkal azimat. Sekiranya, ramai melawat mungkin ada memegang binaan purba itu atau ada kawasan dipijak," katanya. Beliau menambah, semakin ramai orang luar melawat kawasan terbabit, maka semakin banyak kerosakan atau gangguan di kawasan itu. berkenaan sebelum mencuba nasib mendapat perkhidmatan kereta lain pula untuk perjalanan seterusnya. Selagi tidak ada kereta yang sudi untuk menumpangkan kami, kami terus berjalan kaki. Di waktu malam, rasa keletihan dan terus tidur macam batu walaupun atas simen. Lebih dari orang mengantuk yang disorongkan bantal jadinya. Selain daripada dapat melihat tempat-tempat yang baru, kita juga dapat melawat dan singgah di rumah kawan atau saudara mara. ltu sajalah caranya bagi aku melancong, meluaskan perjalanan dan pengalaman. Untuk menjimatkan belanja, masjid menjadi hotel. Di mana saja, selain dari rumah saudara mara dan sahabat handai, kami akan bermalam di masjid. Di Masjid Negara, kami tidur di ruang luar masjid yang menghadap landasan keretapi. Sebelum tidur, aku telah mengeluarkan wang yang berbelas ringgit dan memasukannya ke dalam sarung kaki dan memakainya sebelum tidur. Selepas itu, aku menyelimutkan kakiku yang aku tekan rapat ke dinding masjid. Aku terlena. Hingga ke hari ini, aku masih tertanya-tanya bagaimana wang berbelas ringgit yang aku sarungkan bersama ke kakiku boleh berada di atas kepalaku ketika aku terjaga di tengah malam. Tentu aku lakukan dalam mimpi masa aku tertidur beberapa jam sebelum itu. Masih menjadi teka-teki di otakku hingga kini. Perjalanan kami lebih dari 20 hari. Walaupun kadang kala letih lesu, aku sangat seronok dapat pertama kali lihat Kuala Lumpur dan Singapura, lpoh, Seremban, Melaka, dan lain-lain pekan. Dengan berbekal wang yang begitu terhad, dapatlah aku melihat tempat orang. Setiap tahap perjalanan menuntut kesabaran dan tenaga tiada perkara yang kurang baik berlaku sepanjang perjalanan itu. Yang ralat hanya niat untuk melengkapkan perjalanan tidak sampai disebabkan ketidakserasian di antara kami. Kurang mantap. Boleh jadi sebab banyak dugaan yang memerah keringat terpaksa kami lalui. Tentu ada perbezaan pendapat yang menghakis kesabaran. Aku masih bertekad untuk membuat rancangan lain untuk berjalan kaki ke seluruh Malaysia Barat. Negeri-negeri di Pantai Timur menggamit aku sepanjang aku berada di tingkatan 5. Persediaan lengkap dan pemilihan regu untuk sama-sama mengembara perlu diberi tumpuan yang lebih rapi takut-takut gagal lagi. Dalam masa aku berbincang perjalanan kedua aku, adikku Kadir, turut berminat dengan rancangan tersebut. Secara diam-diam, dia telah bermuafakat dengan kawan dan saudara kami, Abdul Ghani Salim, penunutut tingkatan enam MSAH. Mereka berdua keluar berjalan kaki pada tahun yang sama dan berjaya mengembara ke seluruh tanah air Malaysia Barat. Tentu banyak kenangan manis yang mereka sama-sama lalui. Syabas! Sambungan dari halaman 21 - Binaan Purba di Bukit Choras Sambungan dari halaman 20—Catatan Pengalaman Silam Bersambung ke halaman 24


Halaman 23 CERITA TOKWAN: PENGKISAHAN KEMERDEKAAN DI SEKOLAH KEBANGSAAN PAYA KEMUNTING, JITRA Catatan kecil oleh Puzi Hadi Aura kemerdekaan 1957 terus bertiup kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Paya Kemunting, Jitra, Kedah (SKPK) terdiri daripada pelajar-pelajar tahun empat, lima dan enam yang memenuhi ruang Surau SKPK bersama para guru meraikan sambutan Hari Kemerdekaan yang diadakan pada 11 September 2023 (Isnin) mulai jam 11.00 pagi hingga ke 2.00 petang. Guru Besar SKPK, Encik Mohamad Anuar bin Othman turut berada bersama pelajarnya. Program ini diselia oleh Cikgu Adi Muzaffar. Dua oramg Tokwan yang dijemput menjayakan pengkisahan kemerdekaan itu ialah Puzi Hadi (Pengarang Kehormat PSMCK) dan Zaidin Abadi (ahli PSMCK). Mereka menjadi tetamu dua pengacara dan moderator merupakan pelajar SKPK sendiri iaitu adik Nur Sofea Marissa binti Norhazlan (darjah 5 Exclusive) dan Wazif Effendy bin Ahmad al-Fahmi (5 Exclusive). Nur Sofea Marissa sedia berbakat bidang pengacaraan dan Wazif Effendy minat deklamasi puisi. Kedua-dua Tokwan, Puzi Hadi dan Zaidin Abadi diajukan aneka pertanyaan berkaitan kemerdekaan Malaysia sejauh 66 tahun (serta Sabah dan Sarawak, 60 tahun). Tokwan Zaidin membahasakan dirinya Toklong (panggilan lazim dalam kalangan cucucucu saudaranya) berbicara makna kemerdekaan yang tersurat dan tersirat, kisah pengalaman sanak saudaranya di Kulim, Kedah ketika pendudukan Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan kezaliman tentera Bintang Tiga (fahaman komunis) selepas kekalahan tentera Jepun selama dua minggu. Tokwan Puzi Hadi pula berbicara dari aspek sejarah. Kedah berbangga sebagai negeri tertua (Kedah Tua) sejak zaman Merong Mahawangsa. Memperincikan penjajahan tanah air sejauh kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka ke tangan Portugis (1511) dan bertukar penjajah atas angin iaitu Belanda (1641) dan Inggeris (1824) serta Jepun (1942) dan akhirnya negara menikmati merdeka daripada Inggeris (1957). Kedah berbangga peneraju kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ialah Allahyarham YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj iaitu kerabat DiRaja Kedah, putera kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Sultan Ahmad Tajuddin, Sultan Kedah ke-26. Sesi akhir pengkisahan dua moderator meminta kedua-dua Tokwan untuk memberi nasihat kepada para pelajar SK Paya Kemunting. Sambutan interaktif pelajar sepanjang majlis sangat luar biasa. Mereka beri respons pantas bila ditanya beberapa soalan am berkaitan hal-hal sejarah tanah air. Kami, Tokwan Puzi dan Toklong Zaidin rasa kagum dan teruja dengan gelagat pelajar muda yang bakal menjadi generasi pewaris pada masa depan penuh cemerlang. Tokwan Puzi dijemput untuk membacakan sebuah puisi sebagai penutup majlis.


Halaman 24 TAHNIAH diucapkan kepada ahliahli PSMCK yang telah menerima anugerah darjah dan bintang kebesaran daripada KDYMM Tuanku Sultan Kedah bagi tahun 2022. Menunjung Kasih Tuanku. 1) YBhg. Dato’ Seraja Wangsa Dato’ Wira Syed Azizan bin Syed Mohamad Al-Idrus menerima anugerah Pingat Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K.) 2) Dr. Haji Ibrahim bin Haji Bakar menerima anugerah Pingat Darjah Setia Diraja Kedah (S.D.K.). 3) Dr. Mohd. Faisal bin Mustaffa menerima anugerah Pingat Bintang Perkhidmatan Cemerlang Kedah (B.CK.). 4) Tuan Ts. Supt. K/S Syamsul Anuar bin Ismail menerima anugerah Pingat Darjah Ahli Mahkota Kedah (A.M.K.). 5) Prof. Madya Dr. Haji Mohd. Kasri bin Saidon menerima anugerah Pingat Bintang Kebaktian Masyarakat Kedah (B.K.M.). 6) Puan Nur Azhani binti Zulkefli menerima anugerah Pingat Perkhidmatan Cemerlang Kedah (P.C.K.). 7) Nur Susila binti Md. Saaid menerima anugerah Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.) daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Dewan Seri Pinang pada 18 Oktober 2023. Semoga para penerima anugerah akan terus bersemangat menabur bakti dan sumbangan kepada masyarakat khususnya kepada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). Selepas peperiksaan S.C. pada tahun 1966, aku mempelawa Abdullah Abd. Aziz yang kami panggil "Lah Hitam". Dia berasal dari Langkawi dan belajar di Maktab Mahmud, Alor Setar. Aku cadang untuk menjelajah Semenanjung Malaysia hingga ke Singapura dan balik ke Kedah melalui Selatan Thailand. Pada hari permulaan perjalanan, Lah datang tidur di rumah aku. Pada keesokan pagi, kami samasama berjalan kaki ke jalan raya Changloon-Jitra untuk perjalanan seterusnya menghala ke Selatan. Kami berjalan kaki hampir 8 kilometer baru dapat menumpang sebuah kereta ke Alor Setar. Dari situ terus berjalan kaki keluar dari kawasan Pekan Alor Setar. Selepas Pekan Simpang Empat dapat menumpang kereta ke Sungai Petani. Habis makan dan berehat, kami terus berjalan keluar dari Pekan Sungai Petani menuju Tikam Batu di mana kami dapat menumpang kenderaan ke Butterworth. Nasib kami baik, selepas berjalan beberapa kilometer, sebuah kereta sudi membawa kami ke lpoh. Sungguh menyeronokkan kerana jarak perjalanan Butterworth ke lpoh mencecah lebih 165 kilometer. Destinasi kami pada hari pertama ialah Kampung Pulai, lpoh, ke rumah kakak Lah. Sampai di sana, hari sudah gelap. Rehat di sana dua hari. Kami dibawa oleh abang ipar Lah. Abang lsmail, berjalan di sekitar Kampung Pulai dan lpoh. Sempat juga melawat tempat dia bekerja iaitu sebuah lombong bijih timah di kawasan Kampung Pulai. Pada hari ketiga, awalawal lagi kami berjalan keluar dari Kampung Pulai menuju ke Tapah. Kami singgah di Balai Polis Tapah untuk menziarah seorang polis yang berasal dari kampungku, bernama Kaseh Yob Bin Mohd Noor. Anak perempuannya bernama Nen belajar bersamaku di sekolah rendah. Makan tengahari di situ dan meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Hampir senja, kami pun sampai di ibu negara. Kami terus ke Bukit Aman mencari Pak Ork, kawan lama di kampung. Dia bertugas sebagai pengawal. Seronok bukan kepalang apabila berjumpa dia. Buat tiga hari berikutnya kami menumpang berteduh di berek polis tempat dia tinggal. Setiap hari kami akan keluar melawat tempattempat menarik di Kuala Lumpur. Dari Kuala Lumpur, kami teruskan perjalanan ke Seremban. Kena jalan kaki beberapa kilometer keluar dari Kuala Lumpur sebelum dapat kereta ke Seremban. Kami naik teksi ke Rasah Kem dan tinggal di rumah anak saudaraku bernama Hashim Yaakob dan isterinya, Latifah. Dia abang kepada Harun Yaakob yang juga anggota tentera bertugas di lpoh. Mereka mempunyai dua anak bernama Hashimah dan Latif mengambil sempena nama mereka sendiri. Kami tinggal di sana selama tiga hari di mana Hashim sempat membawa kami ke Port Dickson. Bagi perjalanan ke Pekan Seremban kami guna perkhidmatan bas. Rasah hampir dengan Sekolah Tunku Kursiah. Sempat juga kami melihat sekolah lambang kejayaan banyak gadis Melayu yang bernasib baik dipilih ke institusi pengajian yang namanya gah di seluruh tanah air itu. Dari Seremban kami teruskan perjalanan ke selatan. Semasa bertolak Hashim dan Latipah memberi setiap seorang nasi bekal dan wang. Di Melaka, kami tidak tinggal lama kerana bulan puasa hampir tiba. Setelah satu malam berada di sana, kami ke Johor Bharu dan Singapura. Banyak kesan sejarah yang dapat kami lawati. Di Singapura kami dapat melihat pusat pemerintahan British khususnya pelabuhan yang begitu sibuk. Kami tidak sempat ke Studio Jalan Ampas kerana tiada pemandu jalan. Kami cuma merayau-rayau sahaja di kotaraya Singapura. Apabila hari hampir gelap, kami balik dan tidur di masjid di Johor Bharu. Di Johor Bharu maka bermulalah puasa Ramadhan. Bersambung ke halaman 28 Sambungan dari halaman 22—Catatan Pengalaman Silam


Halaman 25 Langkawi UNESCO Global Geopark Sang Helang, gunung-ganang, bukit-bukau, sungai enggang, hutan paya, gua, pepohon bakau, pantai melambai insan agar merungkai menggapai puncak ilmu bumi meneliti perihal unsur buana hidupan purba tersimpan rapi ‘Gondwana’, ‘Sibumasu’, benua fana berubah-ganti terlahirnya ‘Tanah Melayu’ berpangkal di sini sedari lima-ratus-lima-puluh juta tahun usia terpelihara tanda sejarah kala dan ketika pesona keindahan saujana dan cerita budaya secantik gugusan sembilan-puluh-sembilan mutiara selami rahsia khazanah kurnian nobatkan yang di langit dan bumi demi kelestarian lingkungan buat kemanusiaan dan seisi alam ‘di lautan mencari gamat dan bronok’ ‘Raja Maha Besar naik anor, hambat pelandok’ ‘sumpah mahsuri pun lenyap tak lagi bertempat’ alkisah ceritanya memukau insan jauh dan dekat Si Lang berani lambang Semangat Kawi gah melebar sayap nun di awan tinggi mengepak tenang lalu singgah hinggap meniti di puncak batu pualam pasak bumi jadi lenturlah buluh di masa rebungnya lagi ketahuilah gagasan hukum kanun tersedia perkasakan syarat angka-angka keramat rang enam-empat-lima, rang satu-tujuh-dua biar anak-anak mula ada rasa peduli bila ‘rasa-cinta-warisan’ hadir dalam hati bila ‘upaya’ setara ‘tahu’juga ‘mahu’, terzahir di sanubari lalu keterpeliharaan-bumi-LANGKAWI kan terbukti, bukan lagi mimpi. Wan Iskandar Zulkarnain Bin Dato’ Wira (Dr) Haji Wan Shamsuddin 6 Februari 2023 GUGUSAN HARAPAN (Prolog) Yang berlaku jauh dan dalam dari lohong sejarah panjang ruang ini bermandikan keringat darah percinta para syuhada kesatria terbilang dengan Wan Muhammad Ali jaguh di lautan dadanya terbakar dengan cita-cita pertiwi menongkah laut derita dengan upaya harimau harus menerkam gagah. (Epilog) Yang berlaku kekinian cerita mereka hanyut terendam dalam gelap kesamaran ketidaktahuan masih bisu terdampar di ujana bersawang doaku, kiranya kudus para perwira terbuang moga bangun sejuta kesatria bangsa berjuang! Izzat Isa Langkawi, Kedah 22 September 2023


Halaman 26 Judul : Pelayaran Augustine De Beaulieu ke Negeri Kedah (1619-1622) Penulis : Mohd Herman Roslan Tahun : 2022 Penerbit : Geroda Merah Press Pengulas : Muhammad Izzat Md Isa Apabila memperkatakan sumber sejarah (bertulis) dari pihak orientalis Barat, diakui British merupakan rujukan utama yang digunakan bagi memerihalkan ketamadunan kita, tidak terlepas juga untuk negeri Kedah. Mohd Herman Roslan cuba mendedahkan pengalaman satu lagi kuasa orientalis Barat, iaitu Perancis dalam menjalankan misi ekspedisi dan perdagangan di dunia sebelah Timur. Buku ini merupakan terjemahan dari sebahagian daripada catatan pedagang Augustine De Beaulieu berjudul Sa Navigation Aux Indes Orientales, 1619-1622 hasil selenggaraan Eugene Guenin yang telah diterbitkan dalam Bahasa Perancis. Di bahagian awal, penulis telah menyentuh hubungan antara negeri Kedah dengan kuasa Barat yang lain, seterusnya penulis turut memerihalkan peri pentingnya catatan De Beaulieu ini kepada pensejarahan negeri Kedah dan kecelaruan fakta sejarah berdasarkan perbandingan dengan teks-teks yang lain. Penulis menyatakan buku ini pertama telah disebut dalam Burney Papers Vol 2 Part IV (1824-1827) pada tahun 1911. Seterusnya tafsiran dibuat pula oleh R.O. Windstedt pada tahun 1936 dan oleh James F. Augustin pada tahun 1992. De Beaulieu telah berlayar ke Alam Melayu mewakili Syarikat de flotte de Montmorency dan telah tiba di Sumatera Barat pada tahun 1621, seterusnya ke Acheh, Pulau Lada (salah satu gugusan Pulau Langkawi) dan Kedah untuk urusan perdagangan lada hitam. Kedah pada waktu tersebut telah diperintah oleh Sultan Sulaiman Shah II yang berpusat di Kota Seputih. Buku ini mengandungi penulisan asal dalam Bahasa Perancis dan terjemahan Bahasa Melayu bagi membolehkan pembaca membuat perbandingan dan penelitian terhadap kedua-dua teks. Terjemahan buku ini di harap dapat ‘memperkayakan’ sumber sejarah negeri Kedah sedia ada terutamanya berkaitan gambaran dan keadaan negeri tersebut pada abad ke-17. Judul : CETERA Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Bil. 4-2023 Penerbit : PSMCK Tahun : 2023 CETERA Jurnal Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah Bil. 4-2023 telah berjaya diterbitkan. Mengandungi 12 artikel sejarah yang amat menarik untuk dibaca oleh semua pihak yang meminati sejarah. Jurnal ini juga telah disampaikan sebagai cenderamata kepada Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) oleh Pengerusi PSMCK semasa menghadiri mesyuarat agung tahunan PSM pada 28 Oktober 2023 yang lalu. - ZA


Halaman 27 KISAH CEROPONG (Tuyere) DAN KETOHOQ (Furnace) Oleh : Dr Ibrahim Bakar Langkawi Sumber : Facebook Ibrahim Bakar Langkawi 1. Dalam tahun 1960-an dahulu, ketika tinggal di kampung, kami memakai dapur untuk memasak dengan menggunakan kayu api kering sebagai bahan bakar. Untuk cepat menyemarakkan nyalaan api, kami meniupkan angin ke arah bara api, menggunakan suatu alat yang kami sebut ‘CEROPONG’ (Tuyere) yang berupa sepotong buluh yang sederhana besar, sepanjang kira-kira 1 hasta. 2. Semasa kecil, saya tidak mengerti apa fungsi angin itu untuk menyemarakkan bara api. Setelah bersekolah barulah saya faham bahawa bara api itu memerlukan oksigen yang lebih bagi mempercepat pembakaran kayu api. 3. Setelah mencapai umur tua, barulah saya ketahui bahawa nenek moyang kami di Kedah, telah menggunakan kaedah meniup angin ke arah bara api, bagi mendapatkan nyalaan api yang besar dan besar serta menghasilkan suhu yang lebih panas di dalam ‘dapur besar’ mereka, sejak abad ke-8 Sebelum Masihi lagi, seperti yang pernah ditemui di tapak kajian arkeologi Sungai Batu, Merbuk. 4. Api yang kami gunakan untuk memasak makanan di rumah dinyalakan di atas dapur kayu atau dapur arang. Tetapi untuk masakan yang lebih banyak jumlahnya, seperti menggunakan kawah atau periuk besar di rumah khenduri, makanan dimasak di atas ‘KETOHOQ’ (Furnace). Ramai juga masyarakat Kedah yang menyebutnya dengan beberapa variasi sebutan, seperti ‘KEDOHOQ’ atau ‘GEDOHOQ’. 5. Katanama ‘Ketohoq’ ini adalah perkataan loghat Kedah, kalau dibakukan menjadi ‘KETOHOR’ atau ‘KETUHOR’, iaitu suatu katanama yang terbit daripada kata sifat ‘TOHOR’. 6. Menurut Kamus Dewan, ‘tohor’ ialah perkataan Melayu asal Minangkabau, yang membawa makna sesuatu yang kering (KD: 1272). Maka perkataan yang semakin jarang digunakan ini dijangka telah lama, sejak zaman Sriwijaya atau sebelumnya lagi. Sungai yang hampir kering dikatakan ‘sungai yang tohor’, orang yang sentiasa sibuk bekerja dikatakan ‘tidak tohor kaki’ yakni kaki yang tidak kering, sentiasa basah kerana kerja, orang yang banyak beri nasihat diibarat seperti kering air liurnya maka disebut ‘tohor air liur’. (rujuk Kamus Dewan) 7. Sejenis batu semula jadi berwarna putih, iaitu batu kapur (CaCO3, Calcium carbonate) apabila dibakar sehingga kering, hasilnya dinamakan ‘kapur tohor’ (CaO2, Calcium oxide), disebut juga ‘kapur hidup’ (KD: 1272). Kapur hidup atau kapur kering atau kapur tohor itu jika dituangkan air maka ia akan bertindak balas dengan air, mengeluarkan haba panas dan buih. Sebab itu ia digelar kapur hidup. Setelah selesai tindakbalas itu, tiada lagi buih-buih atau gasnya, maka hasilnya ialah kapur mati (CaOH, Calcium hydroxide). 8. Maka sesuai dengan fungsinya untuk memasak atau mengeringkan (mentohorkan) sesuatu dengan jumlah banyak, maka alat itu dinamakan KETOHOR. 9. Namun, setelah masa berlalu lama, sebutan Melayu pun boleh berubah. Dengan fungsi yang sama, berubah menjadi ‘KETUHAR’. Dalam zaman modern ini, kita menggunakan ‘Ketuhar Gelombang Mikro’ misalnya. 10. Apa beza KETOHOR (Furnace) dengan RELAU (Kiln)? Relau ukurannya lebih besar. Orang boleh masuk ke dalam relau itu untuk menyusun bahan yang hendak dibakar. Contohnya bahan tanah liat yang dijadikan pinggan mangkuk, akan dibakar dengan api yang besar. Atau jumlah bijih logam yang banyak seperti perusahaan memasak timah atau besi, maka digunakan ‘Relau’ atau ‘kiln’ dalam bahasa Inggeris. 11. Kesimpulannya, dapur-dapur untuk memasak bijih besi daripada tanah liat, dalam skala kecil yang boleh dianggap sebagai ‘perusahaan domestik’ oleh masyarakat Kedah purba, dapur yang digunakan namanya ialah KETOHOR, atau KETOHOQ atau GEDOHOQ. Daripada 3 sebutan itu, yang lebih sesuai ialah sebutan bakunya, KETOHOR. 12. Masyarakat Kedah purba telah memasuki ‘Zaman Besi’ sejak abad ke-8 Sebelum Masihi. Mereka telah memiliki pengetahuan untuk melebur besi, dengan mengetahui caracara menggunakan alat tiupan udara ke dalam KETOHOR tanah liat mereka. Alat tiupan udara itu dikenali di persada antarabangsa sebagai ‘TUYERE’ (asal bahasa Peranchis), tetapi kita orang Melayu mempunyai sebutan asal kita sejak lama, iaitu CEROPONG. 13. CEROPONG untuk meniup udara ke dalam KETOHOR tanah liat untuk memasak besi itu dibuat menggunakan tanah liat juga. Jutaan jumlahnya ditemui di kompleks arkeologi Sungai Batu, Merbuk, menandakan kegiatan memasak besi amat besar bagi masyarakat Kedah ketika itu. 14. CEROPONG dikenali juga sebagai CEROMPONG (rujuk Kamus Dewan: 202). Perkataan Ceropong atau Cerompong digunakan juga untuk menyatakan mulut meriam atau senapang, kerana bentuknya pun bulat berlubang seperti alau tiupan angin juga. 15. Dalam meneliti bahasa, kita boleh lihat juga pada perkataan-perkataan yang sama ‘makhraj’ atau tempat keluar huruf. Misalnya daripada perkataan CEROPONG, ada pula perkataan CEROBONG (KD: 202) yang bererti suatu paip atau pembuluh iaitu binaan bulat dan panjang yang digunakan sebagai jalan keluar asap dari dapur atau tempat pembakaran di kilang. Daripada perkataan CEROPONG terbit pula perkataan TEROPONG (KD: 1248) yang bermaksud suatu tabung kecil daripada buluh, atau torak. Maka sepotong buluh yang digunakan untuk meniup api di dapur dinamakan juga TEROPONG API (KD: 1248). Selain itu, TEROPONG juga membawa makna alat yang panjang untuk melihat benda jauh, iaitu teleskop. Perkataan yang diringkaskan daripada CEROPONG ialah CORONG, yang mempunyai makna yang hampir sama. Daripada perkataan CEROMPONG terbit pula perkataan SEROMBONG (KD: 1094). Kelainannya, kita fahami Serombong itu ialah suatu alat berbentuk Corong yang bentuknya kembang di sebelah hujungnya, seperti serunai atau pembesar suara. Namun, kalau dilihat dari sudut makna dan asal usul bahasa, maka kata Serombong itu pun tiada lainya, hanya sedikit perbezaan yang terhasil akibat varieti masa dan tempat sahaja. 16. Kesimpulannya, kita telah mempunyai kosa kata bahasa Melayu yang telah lengkap, bagi menceritakan kegiatan masyarakat kita sejak zaman purba lagi. Maka peralatan melebur besi seperti yang kita temui di kompleks arkeologi Sungai Batu, boleh juga digunakan istilah-istilah tempatan asal nenek moyang kita. Perkataan ‘tuyere’ boleh saja digantikan dengan perkataan asal bahasa nenek moyang kita iaitu CEROPONG, manakala dapur atau alat memasak bijih besi yang telah ditemui itu boleh dikembangkan semula dengan nama KETOHOR, atau loghat Kedah KEDOHOQ. Wallahu a’lamu bissawab, wa ilaihil marj’u wal maab.


Halaman 28 Dari situ kami terus ke Mersing untuk ke Kelantan. Betapa sukarnya untuk mendapatkan kenderaan. Terlalu sedikit kenderaan yang melalui jalan tersebut. Di Endau kami menahan sebuah lori JKR. Lori tersebut berhenti dan bertanyakan kepada kami hendak ke mana. Apabila mereka tahu kami hendak ke Kelantan disuruhnya kami naik dan duduk di bahagian belakang lori. Tidak ada tempat duduk, cuma ada dua biji "kok air" bulat berukuran enam kali enam kaki. Terus kami duduk dalam "kok air" tersebut selama tujuh jam untuk perjalanan ke Pekan, Pahang. Sampai di sana kami terus di bawa ke rumah Tuan Kadi daerah Pekan. Aku masih teringat hidangan udang galah yang dihidangkan kepada kami. Sungguh menyelerakan. Secara kebetulan pemandu lori JKR tersebut adalah saudara kepada Tok Kadi berkenaan. Keesokan harinya kami menjalani ibadah puasa di Pekan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuantan. Disebabkan berpuasa kami tidak dapat berjalan jauh. Lebih kepada menunggu kenderaan daripada berjalan. Walaupun kenderaan kurang pada bulan puasa, tetapi senang pula untuk mendapatkan kenderaan. Boleh jadi ramai yang ingin mendapat pahala lebih dengan menolong orang yang bermusafir seperti kami. Kami hanya tidur satu malam sahaja di Kuantan dan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Dua hari kemudian kami berada di Pasir Tumbuh, Kelantan. Semasa di sana kami tinggal di rumah Cikgu Muhamad bin Daud seorang guru yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiang, Kedah, sejak dari mula-mula sekolah itu dibangunkan. Di situ dia bertemu jodoh dengan Cikgu Kama bte Mad Zain. Hingga sekarang aku kenal dia sudah 47 tahun lamanya. Walaupun kena belacan Kedah sudah begitu lama tapi, pelat loghat Kelantannya masih tebal. Kami tinggal di Kelantan selama dua hari sebelum bertolak balik ke Kedah dengan keretapi melalui Selatan Thailand. Kami terpaksa bermalam di Balai Polis Sadao kerana kesuntukan masa untuk meneruskan perjalanan ke Kedah. Sedang kami tidur tiba-tiba datang seorang "orang putih" di dalam keadaan gopoh-gapah bertanyakan di mana ada tandas. Polis Thai yang bertugas kurang faham maksud soalan itu. Aku beri khidmat jurubahasa kepada kedua-dua mereka menggunakan Bahasa Thai dan Bahasa lnggeris. Masalah selesai. Rupanya orang putih itu pun tumpang tidur di Balai Polis Sadao. Selepas bangun pagi kami melawat Pekan Sadao dan kemudian berjalan kaki ke sempadan Malaysia - Thailand sehingga ke Changloon. Dari Changloon aku dan Lah menaiki bas ke kampungku dan sampai di sana pada waktu petang selepas mengembara hampir 30 hari. Seronok, walaupun memenatkan. BANYAK mercu tanda yang telah tiada, sama ada hilang atau dihilangkan. Lebih kurang 30 - 40 tahun yang lalu di sekitar bandar Alor Setar terdapat beberapa mercu tanda yang kini sudah hilang dan diganti dengan mercu tanda yang baharu, antaranya: Pastinya banyak lagi mercutanda lama di Alor Setar yang kini sudah tiada dan berganti dengan mercu tanda yang baharu. Yang tersenarai di atas itu hanya yang sempat saya ingat. Sila sambung senarai ini jika ada lagi mercu tanda yang anda ingat tetapi kini sudah hilang. Supaya pada satu masa nanti, catatan ini akan menjadi catatan sejarah yang boleh diceritakan kepada generasi akan datang.—ZA Sambungan dari halaman 24 - Catatan Pengalaman Silam JAUH PERJALANAN, LUAS PEMANDANGAN BERTAMBAH PENGALAMAN Bil Yang lama Yang baharu 1 Pasar Jalan Tun Abd Razak Souq Al-Bukhary 2 Kampung Dato’ Murad, Jalan Langgar. Souq Al-Bukhary 3 Masjid Alor Malai, Jalan Langgar Dikekalkan tapak asalnya dalam kawasan tanah perkuburan Alor Malai 4 Tapak Pesta Teluk Wanjah Kompleks Star Parade, Wisma TNB 5 Tapak Pesta Kancut, Jalan Kancut. Kompleks Kanchut, Wisma Bina Darulaman, Amansuri Residence. 6 Stesen Bas Baharu, Jalan Sultan Badlishah Kopitiam Ukir Mall, Restoran Aminres Ukir Mall 7 Bangunan Serbaneka, Jalan Sultan Badlishah Bangunan Ukir Mall 8 Dewan Dato’ Syed Omar, Jalan Tunku Ibrahim Kompleks Plaza Bandaraya Alor Setar 9 Sek Ren Jenis Kebangsaan Cina Pumpong. Tapak parkir (hadapan Wisma Darul Aman) 10 Rumah Rehat Kerajaan, Pumpong Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah (JKKN) 11 Kompleks Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), Anak Bukit. Kompleks Jabatan Kerajaan Persekutuan, Anak Bukit. 12 Bangunan TNB, Jalan Sultan Badlishah. Wisma SADA


Halaman 29 AKTIVITI DALAMAN PSMCK Kenduri Kanji Kedah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) dengan kerjasama Adabi Consumer Industries Sdn. Bhd. menjayakan program Kenduri Kanji Kedah. Masakannya berlangsung di perkarangan Muzium Negeri Kedah pada 14 April 2023 (23 Ramadan 1444H, Jumaat) mulai jam 9.00 pagi bawa ke petang. Sejarah Negeri Kedah Dr. Ibrahim Bakar, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) sebagai tetamu program Selamat Pagi Malaysia (SPM) terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertempat di Pantai Merdeka, Sungai Petani Kedah pada 20 Mei 2023 jam 8.40 pagi. Wacana Terong Pipit Siri 3 Muzium Negeri Kedah dan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) menganjurkan Wacana Terong Pipit Siri 3 – Kedau Tua dalam Pembinaan Naratif dan Identiti Kebangsaan di Muzium Negeri Kedah, Alor Setar pada 28 Mei 2023 jam 9.00 pagi. Pemakalah jemputan ialah Dr. Nasha Rodzaidi Khaw, Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM Pulau Pinang. Sembah Mengadap Kehadapan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah Kebawah DYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman perkenan menerima mengadap Yang Berhormat Dato’ Wira Haji Isahak bin Murat, Pegawai Kewangan Negeri Kedah; Yang Berbahagia Encik Suhaidi bin Shukri, Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah; Encik Zulkhiberi bin Mat, Penolong Kurator Kanan dan Encik Mohamad Faizal bin Abdul Hamid, Penolong Pengarah Lembaga Muzium Negeri Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah pada 27 Jun 2023. Pengerusi PSMCK Dr. Ibrahim Bakar ikut hadir atas jemputan Pegawai Kewangan Negeri dalam rangka menubuhkan Muzium Kesultanan Negeri. Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Negeri Kedah Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah menjayakan Pertandingan Kuiz Sejarah dan Patriotisme 2023 Peringkat Negeri Kedah di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 13 Julai 2023 (jam 9.00 pagi). AKTIVITI JEMPUTAN LUAR KEPADA PSMCK Sesi Libat-urus Cadangan Pembangunan Geotapak dan Geotrail Gunung Keriang Sesi Libat-urus Cadangan Pembangunan Geotapak dan Geotrail Gunung Keriang, anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Kedah, Perlis, Pulau Pinang pada 14 Mei 2023. Pengerusi PSMCK, Dr Ibrahim Bakar membentang kisah “Dongeng asal usul Gunung Keriang”. Seminar Cabaran & Masa Depan Arkeo Pelancongan Seminar Cabaran & Masa Depan Arkeo Pelancongan anjuran Jabatan Muzium Malaysia dan Muzium Arkeologi Lembah Bujang di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah pada 8 Julai 2023 jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang. Antara perwakilan PSMCK ialah Dato’ Seraja Wangsa Dato’ Wira Syed Azizan bin Syed Mohamad Al-Idrus, Dr. Ibrahim Bakar, Ts. Syamsul Anuar Ismail, Datin Aniza binti Saadudin, Rahinun binti Haji Mohd Noor, Muhammad Tanzilul Furqon Bin Marzuki dan Nur Susila binti Md Saaid. Majlis Libat Urus Kajian Separuh Penggal, RMKe-12 Negeri Kedah Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal, Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) di Kedah Royal Club, Alor Setar pada 9 Julai 2023 (Ahad) jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari. Tetamu khas ialah YAB Menteri Besar Kedah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Menteri Ekonomi Malaysia dan Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Malaysia. Puzi Hadi mewakili Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). Bersambung ke halaman 30


Halaman 30 Air Mata Kedah Kuliah Maghrib Perdana – Air Mata Kedah Bersama Saudara Herman bin Roslan (Exco PSMCK) di Masjid Qariah Matang Gedong, Sungai Petani pada 10 Jun 2023. Pengkisahan Sejarah (Sejarah Perjuangan Ulama Kedah) Pengkisahan Sejarah (Sejarah Perjuangan Ulama Kedah Bersama Saudara Mohd Herman bin Roslan (Exco PSMCK) sempena Sambutan 40 Tahun & Sambutan Maal Hijrah 1445H Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 28 Julai 2023 jam 9.00 pagi. Majlis Syarahan Sheikh Abdullah Fahim Majlis Syarahan Sheikh Abdullah Fahim serta Pelancaran Buku Sheikh Abdullah Fahim Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik di Bertam Resort Penang, Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang pada 20 Ogos 2023 jam 10.00 pagi. Program Sambutan di Ambang Merdeka di SMK Seberang Perak, Alor Setar Pada menjelang Hari Kemerdekaan Ke-66, Sekolah Menengah Kebangsaan Seberang Perak, Alor Setar, Kedah meraikan Program Sambutan di Ambang Merdeka pada 23 Ogos 2023, jam 1.30 petang. Saudara Puzi Hadi mewakili PSMCK menyampaikan ceramah. Sekitar 350 khalayak memenuhi dewan terbuka terdiri.daripada guru dan pelajar. Program Bicara Merdeka di SMK Muadzam Shah, Kubang Pasu Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah, Kubang Pasu, Kedah menjayakanProgram Bicara Merdeka pada 12 September 2023. Prof. Madya Dr. Kasri Saidon mewakili PSMCK menyampaikan cermah. Program Forum Kemerdekaan 2023: Darah Merah di Ulu Legong Program Forum Kemerdekaan 2023: Darah Merah di Ulu Legong pada 4 September 2023 jam 9.30 pagi di Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah (PPAK), Alor Setar. Dua ahli panel iaitu Brig. Jen. Dato’ Dr. Mohd Radzi bin Hj. Abdul Hamid dan Prof. Madya Dr. Mohd. Kasri bin Saidon serta moderator, Tuan Mukhtar bin Mansor. Program Bicara Sejarah @ Muzium Kota Kuala Kedah Program Bicara Sejarah @ Muzium Kota Kuala Kedah sempena Program Semarak @ Muzium pada 29 September 2023 jam 9.00 pagi. Program Bicara Sejarah @ Muzium Kota Kuala Kedah Program Bicara Sejarah @ Muzium Kota Kuala Kedah sempena Program Semarak @ Muzium pada 15 Oktober 2023 jam 9.00 pagi. Turut hadir Ketua Muzium Kota Kuala Kedah, Encik Suhaimi Osman. Program Bicara Sejarah oleh dua pembentang, iaitu Dr. Mohd. Jaki bin Mamat, Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang berkaitan “Rumah Tradisional Melayu di Malaysia” dan Ar. IDr. Ts. Noraslinda binti Abdul Rahman, Pengarah Pusat Kajian Alam Bina Dunia Melayu (KALAM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkaitan “Nilai Seni Bina Warisan”. Moderator ialah Hakimi bin Ahmad, Pensyarah Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, USM Pulau Pinang. Puzi Hadi dan Saadin Abdullah hadir mewakili Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). Majlis Perasmian Festival Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup (WAKOH) 2023 Jabatan Warisan Negara mengadakan Majlis Perasmian Festival Warisan Kebangsaan Tokoh Orang Hidup (WAKOH) 2023 di Jalan Padang Kota Lama, Pulau Pinang pada 22 Oktober 2023 jam 7.45 malam. Majlis dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. PSMCK diwakili oleh Datin Aniza binti Saadudin bersama suaminya Dato' Jaafar bin Abdul Ghani. Sambungan dari halaman 29 AKTIVITI JEMPUTAN LUAR KEPADA PSMCK "Berterima kasihlah pada sejarah kerana dengannya kita lebih memahami apa yang harus kita hindari pada masa hadapan."


Halaman 31 BUDAYA DAHULU BILA DIUBAH JADI KELIRU Oleh Dato’ Hj. Shaarani Hj. Hasan Kredit foto : Petikan daripada internet Kereta api zaman dahulu dan sekarang Pada zaman dahulu di mana ada stesen kereta api di Tanah Melayu, ada seorang pegawai dinamakan ‘Station Master’ yang menjaga naik turunnya penumpang kereta api. Saya perhati bila kereta api hampir sampai dan berhenti di stesen, station master menggoyang bendera kecil (ukurannya satu setengah kaki panjang dan satu kaki lebar yang berwarna merah); maknanya minta berhenti di stesen itu, menurun dan mengambil penumpang yang baharu. Apabila station master beri pas untuk jalan dan tiup wisel, lalu digoyang bendera yang saiznya sama tapi warna bendera ini hijau, ertinya suruh jalan (mengikut masa lampu trafik, merah berhenti, hijau jalan), itu yang saya masih ingat. Tetapi bila zaman sekarang semuanya mahu cepat dan pantas, kitapun jadi keliru. Sebab bila ada sekatan di jalan raya oleh polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau kontraktor baiki jalan raya atau apa-apa sahaja sekatan, mereka guna satu bendera sahaja iaitu bendera merah. Mereka gawang suruh berhenti, lepas itu gawang suruh jalan dengan bendera merah juga. Bukankah lebih baik guna bendera merah atau lampu merah pada waktu malam suruh berhenti dan guna bendera hijau atau lampu hijau bila suruh jalan bukankah lebih bermakna. Jangan kita ambil senang untuk diri sendiri, tetapi orang lain jadi keliru. Kopiah/songkok yang salah pemakaian Pada zaman dahulu setakat yang saya ingat, kebiasaan orang Melayu memakai kopiah atau songkok warna hitam yang dibuat daripada baldu warna hitam atau biru tua ikut saiz ukuran kepala masing-masing. Orang yang digelar haji atau lebai biasanya memakai kopiah ketayap putih semasa keluar rumah atau ke mana-mana sahaja. Ada antaranya dililit serban di kopiahnya atau berserban dari kain berbagai warna. Tetapi hari ini saya lihat orang Melayu tua atau muda atau kanak-kanak, bila ke surau atau masjid semunya memakai ketayap yang terdiri dari berbagai warna. Terbanyak ialah ketayap warna merah, serban yang dililit warna putih dan nampak sangat cantik. Pada suatu hari ada seseorang hadiah kepada saya sebuah tarbus merah dan sehelai serban putih yang sudah dililit di tarbus merah. Saya tidak berani pakai tarbus dan serban itu, apabila mengetahui bahawa tarbus merah dan dililit serban putih adalah pakaian rasmi seseorang Melayu atau lain-lain bangsa yang lulus dari Universiti Al-Azhar di Mesir. Oleh sebab di Malaysia ini ramai yang berkelulusan Azhar, Mesir dan memakai tarbus merah berlilit serban putih. Saya malu jika ditanya, “Encik lulus Universiti Azhar pada tahun berapa dan dalam bidang apa?” Kini di Malaysia banyak yang saya lihat tarbus merah berlilit serban putih di merata tempat termasuk murid-murid yang sedang belajar tahfiz. Ini tidak betul cara meniru pakaian rasmi pusat pengajian tinggi negara lain. Kita kena ada perasaan malu dalam hidup ini. Kenduri zaman ini Kenduri kahwin, berkhatan dan lain-lain jenis kenduri zaman sekarang sangat berlainan daripada zaman 40 - 50 tahun dahulu. Kenduri zaman sekarang: Hantar kad jemputan kenduri pada sekian hari dan hari bulan dan makan jam berapa dan tempat kenduri. Apabila jemputan sampai di rumah atau di dewan kenduri, kita sendiri ambil makanan yang telah disediakan (layan diri). Kita juga mencari tempat duduk makan dan makanan itu pula ada disediakan berbagai jenis – ada bihun sup, laksa, apum balik, bubur kacang dan makanan ringan lain. Bila selesai makan, jemputan berjumpa dengan tuan kenduri dan hulur sampul surat berisi wang. Kemudian kitapun pulang. Cara ini tidak ubah seperti makan di kedai layan diri. Perkara beri sampul surat berisi wang itu sudah jadi tradisi kenduri zaman sekarang. Ada orang yang tak ada wang untuk beri kepada tuan kenduri, mereka langsung tak pergi kenduri tetapi ada yang nakal ia pergi kenduri, lepas makan diapun hulur sampul surat juga tetapi di dalamnya diisi dengan kertas kosong sahaja. Di sini saya tertanya, “Apa makna kenduri?”


Halaman 32 Kunjung hormat Ahli Jawatankuasa PSMCK ke pejabat YB Tuan Wong Chia Zhen, EXCO Jawatankuasa Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India & Siam dan NGO Kerajaan Negeri Kedah di Aras 5, Blok E, Wisma Darul Aman pada 31 Oktober 2023 jam 4.00 petang. “Mereka yang melupai sejarah pasti akan mengulanginya” Tempoh hari saya menerima kunjungan daripada Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) yang diketuai oleh pengerusinya, Dr Ibrahim Bakar. Saya menyambut baik perjumpaan ini. Pelbagai perkara telah dibincang yang berkenaan persatuan tersebut, termasuklah penemuan arca di Bukit Choras, Yan. Saya juga memuji ke atas usaha-usaha mereka antaranya meningkatkan kesedaran sejarah dalam kalangan anak muda. Sejarah merupakan asas kewujudan kita, sama ada dari segi identiti, pembangunan masyarakat dan tamadun manusia. Antara tokoh sejarahwan yang saya junjungi ialah Tan Sri Prof Khoo Kay Kim. Penyelidikan dan kerja-kerja beliau banyak memberi fokus kepada asal usul tanah air. Saya belajar banyak daripada penulisan beliau dan menyedari betapa pentingnya sejarah untuk kita sebagai pelajarnya yang datang kemudian. Dalam pertemuan dengan Persatuan Sejarah, saya juga menyampaikan sokongan terhadap usaha mereka pada masa akan datang, dan saya akan bantu semana yang boleh dengan kapasiti dan jawatan saya dalam kerajaan negeri.” Sumber : Petikan tulisan YB Wong Chia Zhen di dalam laman Facebook Wong Chia Zhen


Click to View FlipBook Version