SBLM 1023
Si
kambing
dan si
monyet
Afif syafiq
Jauh dari habitat manusia, terdapat sebuah hutan rimba yang besar. Pelbagai
jenis haiwan hidup harmoni antara satu sama lain.
Antara penghuni di situ ialah Si Kambing dan Si Monyet. Mereka bersahabat
baik. Hubungan mereka ibarat isi dengan kuku.
Setiap hari, Si Monyet dan Si Kambing akan berjumpa satu sama lain di satu
kawasan bukit. Mereka akan berkongsi cerita atau berkongsi lawak jenaka
sesama mereka. Ia sudah menjadi satu rutin harian bagi kedua-dua haiwan
tersebut.
SBLM 1023
Pada suatu hari, Si Kambing berjalan bersendirian di hutan. Tiba-tiba, dia
terdengar bunyi ngauman yang kuat. Dia berasa sangat cemas kerana bunyi
ngauman itu seolah-olah datang daripada harimau yang sangat lapar. Tanpa
berfikir panjang, dia melarikan diri jauh dari arah bunyi ngauman itu.
Malang tidak berbau, Si Kambing tersungkur lalu tergolek jatuh ke dalam
parit. Kesan yang kuat telah menyebabkan tanduk kanannya patah.
“Aduh sakit” jerit Si Kambing.
SBLM 1023
Untung sekali, Si Monyet yang sedang bergayut berhampiran ternampak Si
Kambing dalam kesakitan. Si Monyet bergesa ke tempat kejadian lalu
membantu rakannya.
Alangkah terkejutnya apabila Si Monyet melihat bahawa tanduk Si Kambing
sudah patah. Selepas itu, Si Monyet mengutip tanduk Si Kambing yang patah
lalu memberikannya kepada kambing.
“Lain kali hati-hati sikit Kambing” Si Monyet menasihati Si Kambing.
Selepas kejadian itu, mereka dua pulang ke rumah masing-masing.
SBLM 1023
Keesokan harinya, seperti biasa Si Kambing dan Si Monyet ke kawasan bukit
untuk berjumpa. Kali ini Si Kambing memberikan hadiah kepada kawannya.
"Nah, ambil lah rantai tanduk ini." kata Si kambing.
"Ini tanda terima kasih sebab kau tolong aku." Sambung Si Kambing sambil
menghulurkan rantai tanduk itu.
Si Monyet berbesar hati dan mengambil rantai tanduk itu.
"Ah tidak mengapa, aku tolong kau sebab kita kawan"
Si Monyet berasa sangat terharu dengan pemberian Si Kambing.
"Aku janji aku akan jaga rantai ini sampai aku mati" Kata Si Monyet kepada Si
Kambing.
Mereka pun pulang selepas matahari terbenam.
SBLM 1023
Pada suatu hari, hutan dilanda kepanasan yang luar biasa. Si Kambing yang
terkesan dengan kepanasan itu bercadang untuk minum air di sungai yang
berdekatan. Semasa menghilangkan rasa dahaga, Si Kambing ternampak
kawannya Si Monyet dari jarak jauh.
Si Kambing terkejut apabila melihat Si Monyet tidak memakai rantai
pemberiannya. Si Kambing berasa kecil hati kerana rakannya tidak
menghargai rantai yang dihadiahkannya. Si Kambing kecewa dengan Si
Monyet kerana telah memungkiri janjinya. Si Kambing memutuskan untuk
tidak berjumpa dengan Si Monyet lagi.
SBLM 1023
Seperti biasa, Si Monyet pergi ke tempat biasa untuk bertemu dengan Si
Kambing. Dia hairan kerana tidak nampak rakannya di situ.
“Mungkin dia lambat sedikit”, kata Si Monyet memujuk dirinya sendiri.
Sehingga matahari terbenam, jangan nak katakan bayangnya, batang
hidungnya pun tak nampak.
Si Monyet beransur pulang dan bersangka baik bahawa kambing sibuk hari
ini. Keesokan harinya, Si Monyet menunggu ketibaan Si Kambing di tempat
yang sama.
Setiap hari Si Monyet akan ke tempat biasa untuk menunggu rakan baiknya
tetapi kelibat Si Kambing langsung tidak kelihatan.
“Aku ada buat silap dengan Si Kambing ke?” bisik hati Si Monyet.
SBLM 1023
Selang beberapa bulan selepas itu, suatu hari Si Monyet sedang bergayut di dalam
hutan. Sedang dia bergayut, perhatiannya beralih kepada seekor kambing yang
bertanduk satu.
Si Monyet mengenali kawan lamanya kerana dia tidak mempunyai tanduk kanan. Si
Monyet terus turun ke bawah untuk menegur Si Kambing
"Hei Kambing! Lama tak jumpa, apa jadi dengan kau?"
Si Kambing berpura-pura tidak dengar.
"Kau ada masalah ke?" Sambung Si Monyet.
Si Kambing menjawab "Apa lagi yang kau nak dari aku? Aku dah tak nak berkawan
dengan kau sebab kau mungkir janji dengan aku".
Si Monyet bingung selepas mendengar kenyataan Si Kambing.
"Mungkir janji apa?" Tanya Si Monyet
Si Kambing terus menceritakan kepada Si Monyet tentang peristiwa dimana dia
ternampak Si Monyet bergayut tanpa rantai tanduk yang diberinya.
SBLM 1023
Selepas mendengar ceritanya, Si Monyet memberitahu Si Kambing bahawa
dia telah salah faham. Si Monyet mengajak Si Kambing mengikutnya pulang
ke rumah.
Walaupun tengah marah, Si Kambing mengikut Si Monyet. Tiba di hadapan
rumah Si Monyet, Si Monyet naik ke atas rumah pokoknya lalu turun dan
menunjukkan kepada Si Kambing rantai tanduk yang diberinya.
"Ini dia rantai tanduk kau, aku sebenarnya risau untuk pakai rantai ini sebab
aku kan aktif bergayut." Kata Si Monyet.
"Aku takut rantai ini tercicir semasa aku bergayut. Aku simpan sahaja rantai
ini dirumahku".
SBLM 1023
Selepas mendengar penjelasan Si Monyet, Si Kambing berasa sangat malu
kerana dia telah buruk sangka terhadap Si Monyet.
Selama ini Si Kambing tidak mempercayai rakan lamanya hanya kerana ego
dan perasaan syak wasangka terhadapnya. Dia kesal akan perbuatannya dan
memberitahu Si Monyet untuk memaafkannya.
“Aku dah lama maafkan kau” Si Monyet memaafkan Si Kambing tanpa
berdendam kepadanya.
Selepas kejadian itu, persahabatan mereka semakin akrab dengan adanya
kepercayaan yang kuat.
SBLM 1023
Kadang-kadang, kita hanya berkawan dengan orang
tetapi tidak mempunyai kesetiaan kepada mereka.
Kesetiaan terhadap rakan bukannya satu perkara
yang dapat dilihat dengan mata kasar, namun perlu
ada kepercayaan yang tinggi terhadap kawan.
Sahabat sejati bukanlah mereka yang mempunyai
persamaan, tetapi mereka yang saling melengkapi
akan setiap perbezaan masing-masing.