The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by syasyanabilah3308, 2021-08-14 12:49:40

Kuih Bakul Limau Mandarin

SINOPSIS DAN NILAI "KUIH
BAKUL LIMAU MANDARIN "

AHLI KUMPULAN : 1.HAZIQ 2.AZWA 3.SYAYSA 4.EMIL 5.SOFEA
6.TIARA 7.AZIM

SINOPSIS KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

Mengisahkan Sim Pau,seorang ibu yang gembira apabila
menerima panggilan daripada anaknya perempuannya,
iaitu Lim Meng yang hendak pulang beraya pada Tahun
Baharu ini.Namun si ayahnya Lim Pooi tidak senang
mendengari berita gembira tersebut.Si ayah masih
menyimpan kemarahan terhadap anak perempuannya
itu.Anaknya yang bongsu itu dipersalahkan atas segala
musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah
kematian anak sulungnya,Lim Foong.Sim Pau yang
selama ini bersabar ,akhirnya bersuara menentang
suaminya.Lim Pooi terkejut akan keberaniannya.Sim Pau
menceritakan segala-galanya termasuklah punca
kematian Lim Foong yang lemas dikejar oleh pemungut
hutang judi.Lim Pooi menginsafi kesalahannya.Sehari
sebelum Tahun Baharu Cina,kepulangan Lim Meng
disambut dengan perasaan yang amat terharu.Akhirnya,
mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga bahagia.

NILAI KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

✶ a) Keberanian.
✶ (b) Keinsafan.
✶ (c) Berkasih sayang.
✶ (d) Kemaafan.
✶ (e) Kejujuran.



LATAR MASA DAN TEMPAT

LATAR MASA DAN TEMPAT

ɓ LATAR MASA
ɓ 1.AMBANG TAHUN BARU CINA
ɓ 2. WAKTU PETANG
ɓ ----------------------------
ɓ LATAR TEMPAT
ɓ 1.DI SUNGAI
ɓ 2.DI STOR
ɓ 3.DI DAPUR
ɓ 4.DI BAHAGIAN HADAPAN RUMAH

BAHASA MELAYU

LATAR
MASYARAKAT

KUIH BAKUL LIMAU MANDARIN

1) Masyarakat yang berdendam.

Contoh:
Lim Pooi berdendam terhadap Lim Meng yang menurutya ialah

pembunuh Lim Foong.

2) Masyarakat yang menginsafi kesalahan.

Contoh:
Lim Pooi menginsafi kesalahannya yang bersangka buruk

terhadap Lim Meng.

3) Masyarakat yang sabar menghadapi masalah.

Contoh:
Sim Pau sabar menghadapi masalah keluarga apabila suamianya

menghalau anak perempuannya keluar dari rumah.

TEAM GROUP

AZIM HAZIQ EMIL
SOFEA TIARA AQILA

SYASYA

WATAK DAN PERWATAKAN

''KUIH DAN BAKUL LIMAU''

WATAK-WATAK
DAN PERWATAKAN

Sim Pau

i. Isteri kepada Lim Pooi
ii. Ibu kepada Lim Foong dan Lim Meng
iii. Memiliki keberanian menyatakan kebenaran iv. Memiliki kesabaran
Contoh : Selama ini, Sim Pau bersabar atas keegoan Lim Pooi yang tidak mahu

menerima kehadiran Lim Meng.
v. Mudah terasa / sensitif

Contoh : Sim Pau mengalirkan air mata apabila mendengar kata-kata Lim Pooi yang
tidak mahu mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

Lim Pooi

i. Suami kepada Sim Pau.
ii. Ayah kepada Lim Foong dan Lim Meng.
iii. Berbadan kurus, bermata kuyu dan mukanya cengkung.

iv. Memiliki sikap suka berdendam
Contoh: Lim Pooi mendendami Lim Meng yang dianggap sebagai pembawa malang dan pembunuh

Lim Foong.
v. Ego

Contoh: Lim Pooi bersikap ego dan tidak mengakui Lim Meng sebagai anaknya.

vi. Peniaga yang tamak
Contoh: Mengaut keuntungan dengan menyorokkan gula yang kemudiannya dijual pada harga yang

mahal.
vii. Pemarah
Contoh: Lim Pooi merotan Lim Meng yang mengadu tentang Lim Foong yang mencuri wang di kedai.
viii.Menginsafi kesalahannya
Contoh: Selepas bertengkar dengan Sim Pau, Lim Pooi menyedari kesalahannya lalu insaf.

Lim Meng

i. Anak bongsu daripada dua beradik.
ii. Bertanggungjawab

Contoh: Lim Meng mencuba menyelamatkan Lim Foong daripada
lemas sebaliknya dia pula yang hampir lemas.
iii. Suka mengalah

Contoh: Lim Meng mengalah dengan keluar dari rumah apabila Lim
Pooi mengugut hendak melaporkan bahawa Lim Meng ialah
pembunuh Lim Foong.
iv. Pemaaf

Contoh: Lim Meng memaafkan bapanya yang pernah berlaku kejam
kepadanya.

Sudin

i. Penduduk kampung
ii. Ikhlas

Contoh: Sudin membantu menyelamatkan Lim Meng
daripada lemas dengan ikhlas tanpa memandang

bangsa.

tema dan persoalan ‘kuih bakul limau
mandarin’.

AHLI KUMPULAN : HAZIQ , AZWA ,
SYASYA , AZIM , EMIL , TIARA , SOFEA

TEMA ‘KUIH BAKUL LIMAU
MANDARIN’.

KASIH SAYING SEBUAH KELUARGA YANG KEMBALI TERBENTUK
BUKTI : LIM POOI , SIM PAU DAN LIM MENG BERKUMPUL SEMULA SEBAGAI
SEBUAH KELUARGA SETELAH MEREKA MENYELESAIKAN KONFLIK YANG MEREKA HADAPI.

Persoalan ‘kuih bakul limau
mandarin’.

1. KEPERCAYAAN PADA PERKARA KHURAFAT
CONTOH: LIM POOI MEMPERCAYAI BAHAWA KELAHIRAN LIM MENG MEMBAWA MALANG KEPADA
KELUARGA DAN PERNIAGAANNYA.
2. KEEGOAN SEORANG BAPA
CONTOH: LIM POOI TIDAK MAHU MENERIMA KEPULANGAN LIM MENG KERANA DIA BERPENDAPAT
BAHAWA LIM MENG IALAH PUNCA SEGALA KESEDIHANNYA.

3. KEBERANIAN MENYUARAKAN PENDAPAT
CONTOH: SIM PAU BERANI MENYUARAKAN PENDAPATNYA TENTANG PERKARA
SEBENAR YANG BERLAKU YANG BERKAITAN DENGAN LIM FOONG.
4. KEINSAFAN SEORANG BAPA
CONTOH: LIM POOI MENGINSAFI KESALAHANNYA TERHADAP LIM MENG SETELAH
MENDENGAR PERKARA SEBENAR DARIPADA SIM PAU.

HABIS

GAYA BAHASA KUIH BAKUL LIMAU
MANDARIN

✿ 1) Simpulan Bahasa

✿ contoh:baginya hutang darah,

✿ perlu dibayar dengan darah contoh:air matanya sudah tiada nilai lagi

✿ bagi Lim Pooi

✿ 2) Peribahasa

✿ contoh:dia bukannya mahu menegakkan benang yang basah tapi dia mahu menyedarkan Lim Pooi yang terlalu
mengikut perasaan

✿ 3) Sinkof/Sinkope

✿ contoh:"aku tak benarkan dia jejak

✿ kaki lagi di rumah ini"

✿ contoh:"anak aku dah mati"

✿ 4) Personifikas

✿ i Contoh : Segala kekusutan dan kerinduan yang membelit hatinya perlahan-lahan terungkai setelah menjawab
telefon yang baru sahaja diletakkan ganggangannya

✿ 5) Simile

✿ contoh:sebaliknya kata-katanya itu ibarat racun yang disembur pada ladang bunga-bunga

✿ gembira yang baru berputik di hati Sim Pooi

PENGAJARAN KUIH BAKUL LIMAU
MANDARIN

PENGAJARAN

ɓ i. Kita tidak boleh berprasangka buruk terhadap seseorang tanpa usul periksa.
ɓ Contoh : Lim Pooi berprasangka buruk terhadap Lim Meng yang menurutnya menjadi

penyebab kematian Lim Foong.
ɓ ii. Kita mestilah bersikap jujur.
ɓ Lim Meng bersikap jujur apabila memberitahu Lim Pooi tentang kecurian wang di kedai

yang dilakukan oleh Lim Foong.
ɓ iii. Kita mestilah mengelakkan sikap yang tidak bermoral.
ɓ Contoh : Lim Foong berjudi yang menyebabkan dia dikejar oleh orang yang menagih

hutang.

SEKIAN ,TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version