The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KEHIDUPAN ASAS UNTUK HIDUP BERDIKARI _MBK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norlaililan5344, 2021-01-19 11:04:38

PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN

KEHIDUPAN ASAS UNTUK HIDUP BERDIKARI _MBK

HAIWAN KESAYANGAN

Kemahiran memelihara haiwan memberi fokus kepada perkembangan motor kasar,
motor halus dan pengamatan murid.

Kemahiran pemeliharaan haiwan ini akan menyediakan murid pendidikan khas dengan
kemahiran asas yang diperlukan dalam kehidupan harian.

Sebagai guru pendidikan khas perlu meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
dalam kemahiran pemeliharaan haiwan bagi memenuhi keperluan individu dengan
pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

Memiliki binatang peliharaan adalah sesuatu yang sangat menyenangkan. Seolah-olah
seperti menerima anggota keluarga baru yang lucu dan mampu menghibur kita dikala kita
tertekan dan stress dengan aktiviti seharian.

DEFINISI

Haiwan kesayangan bermaksud:
- haiwan yang dipelihara di rumah
kediaman dengan penuh kasih sayang

dan suka akan binatang
-contoh: pelihara anak kucing

-Mengapa?
-Lebih digemari kerana lucu dan sangat

menarik dan manja

TUJUAN

Zaman dahulu :- Mendapat daging, susu, bulu dan bahagian lain yang boleh digunakan.
Pemeliharaan haiwan masih dijalankan masakini oleh manusia tetapi ia lebih intensif dan

bersifat komersial.

Hobi - dijadikan hobi seperti memelihara ikan hiasan atau hamster.

Teman- Haiwan yang dipelihara dapat dijadikan teman seperti kucing dan anjing
Pertandingan dan pertunjukkan- seperti burung, kucing ikan hiasan dan ayam serama

Melakukan pekerjaan khusus- sepertiberuk yang membantu memetik kelapa

Mendapatkan perlindungan- dapat membantu pemiliknya seperti anjing yang mengawal
rumah

JENIS-JENIS HAIWAN

MAMALIA- Terdapat dua kategori:
Ternakan – bertujuan untuk mendapatkan daging, susu, bulu dan kulitnya.
Contohnya; kambing, kuda,unta, lembu dan rusa
Haiwan kesayangan – haiwan yang dipelihara sebagai haiwan kesayanganatau
hobi saperti kucing, arnab, ikan dan haiwan kesayanganlain.

BURUNG - yang dipelihara oleh manusia ialah ayam, itik, angsa,
puyuh, burung unta, dan lain-lain

IKAN - Terdapat dua lkategori:
Ternakan – bertujuan untuk komersial. Contoh: ikan keli, ikan talapia, ikan patin, ikan
jelawat, ikan kelah dan lain lain
Haiwan kesayangan – Contoh: ikan emas, ikan kelisa dan ikan-ikan hiasan yang lain.

REPTILIA - kura-kura,iguana, ular

AMFIBIA - katak/ salamander

ALATAN YANG DIPERLUKAN DAN FUNGSINYA

 Sebuah bekas untuk makanan dan satu lagi untuk air. Bekas seramik atau keluli
tahan karat adalah lebih bagus supaya tahan lebih lama.

KANDANG, SANGKAR, AKUARIUM YANG SESUAI DENGAN BILANGAN
PELIHARAAN SUPAYA BOLEH BERGERAK BEBAS. PENGUDARAAN YANG

BAIK , MUDAH DIBERSIHKAN DAN DIMASUKI CAHAYA.

.

Tempat tinggal perlu
dibersihkan untuk menjaga

tahap kebersihan dan
kesihatan mereka

Bekas najis: Pasir, besen atau kotak untuk meletakkan pasir.
Pastikan saiz bekas tersebut sesuai untuk kucing.

Alat permainan khas untuk kucing, anjing atau arnab supaya
binatang kesayangan bergerak aktif.

Tali untuk bersiar-siar. Perlu diikat supaya tidak berkeliaran sesuka hati
atau mengganggu.

Alat perapian/dandanan supaya binatang dijaga dengan rapi dan sentiasa
nampak kemas, bersih supaya tidak dijangkiti kutu atau kuman.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Pastikan semua tong sampah di tutup Pastikan akuarium dan sangkar yang
dan disimpan di tempat tersembunyi mempunyai haiwan haiwan kecil seperti
hamster, ikan selamat daripada kucing
Pastikan mangkuk tandas tertutup anda

Alihkan semua ubat, losyen dan alat
solek daripada dicapai kucing
anda.

Simpan semua makanan daripada meja Alihkan dan pastikan wayar elektrik
dan tempat yang boleh dicapai kucing selamat daripada dikunyah atau terjerut
kucing anda.

Alihkan tanaman yang berada di dalam Simpan pakaian yang mempunyai
rumah. Kebanyakan tumbuhan adalah butang atau tali yang akan
beracun untuk kucing. membahayakan kucing jika termakan.



PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN

TEMPAT TINGGAL

Menyediakan tempat tinggal yang selesa dan sesuai untuk haiwan peliharaan. Lebih
elok tempat tinggal yang jauh dari kebisingan. Sebagai contoh, hamster merupakan
haiwan yang sensitif dan mudah terganggu dengan kebisingan, oleh itu binalah
sangkar yang sesuai dan tidak terdedah dengan haiwan-haiwan lain seperti kucing
dan anjing yang boleh mengancam keselamatan haiwan peliharaan.
.

PEMAKANAN

Jaga pola pemakanan dengan baik agar nutrien yang diperlukan mencukupi.
Banyak produk makanan yang berada dipasaran, anda hanya perlu memilih mana yang
menepati citarasa binatang peliharaan anda dan mengandungi zat-zat yangterbaik.
Sediakan di dalam bekas makanan yang sesuai.

PENJAGAAN HAIWAN PELIHARAAN

MENGAMBIL
BERAT

Bawalah haiwan peliharaan ke klinik veterinar dan berikan mereka suntikan vaksin
agar mereka tercegah daripada penyakit yang sering menyerang binatang dan agar
tidak terjangkit kepada virus yang dibawa. Mandikan haiwan peliharaan sekurang-
kurangnya 3 kali seminggu dan menggunakan syampu sabun yang sesuai pada
mereka. Mata, telinga, hidung, mulut dan anus juga perlu diperhatikan agar sentiasa
bersih dan sihat.

BERMAIN
BERSAMA

Riadah bersama haiwan peliharaan dengan bermain bersama. Ini dapat mengeratkan
hubungan.Luangkan sedikit masa untuk membawa mereka berjalan-jalan ke taman,
bermain ataupun membersihkan mereka. Hal ini dapat mempengaruhi kelangsungan
hidup mereka dan jangan sesekali menggunakan kekerasan. Haiwan juga makhluk yang
berkongsi kehidupan dengan kita

TANGGUNGJAWAB
PEMILIK





HAIWAN
KESAYANGAN

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version