MATEMATIK
DIRECT LEARNING
PEMBELAJARAN
KOPERATIF
PEMBELAJARAN AKTIF
DISEDIAKAN OLEH:
LAILI – MASTURA - IZYANI
• Menurut Ewell -1997 ‘Direct learning’
merujuk kepada pembinaan peluang
bagi penglibatan aktif dalam
persekitaran pembelajaran yang boleh
membentuk pemahaman individu.
Apabila murid mempunyai sedikit
pengetahuan tentang sesuatu topik,
direct learning amat diperlukan bagi
mendapatkan pemahaman, mencipta,
mengubah atau mencorak semula
pemahaman.
•
• Berasaskan teori pengajaran Zig Engelmann. Direct
Instruction adalah strategi mengajar yang paling popular
untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah
pengajaran guru diikuti struktur dan langkah spesifik
yang digunakan menggalakkan pembelajaran. Terdapat
beberapa prinsip direct instruction. Antaranya ialah:
• 1. Pengenalan/Semakan
Topik atau maklumat yang akan dipelajari disampaikan
kepada muid pada peringkat permulaan
• 2. Perkembangan
Guru memberi penjelasan, memberi contoh dan model
yang tepat apa yang akan dipelajari sambil memantau
pemahaman murid melalui teknik penyoalan.
3. Latihan berpandu
Peluang diberi kepada murid untuk membuat latihan apa
yang sepatutnya dipelajari sementara guru memantau
aktiviti atau tugasan yang diberikan.
4. Penutup
Guru menutup pengajaran dengan isi kandungan
pelajaran yang telah dipelajari.
5. Latihan bebas
Tugasan diberi untuk mengukuh pembelajaran tanpa
bantuan guru.
6. Penilaian
Maklum balas daripada hasil kerja murid (Magliaro,
Lockee, & Burton, 2005).
• PENDEKATAN PENGAJARAN DAN
PEMBALAJARAN MATEMATIK MENGGUNAKAN
‘BAHASA MURID’
• Menurut Zainal Kassan & Suhaila Abdullah -2010(Pendidikan
Disleksia), terdapat empat langkah dalam pendekatan pengajaran
dan pembelajaran matematik menggunakan ‘bahasa murid’ bagi
membantu murid menguasai konsep asas matematik.
1) Bahasa murid ialah bahasa seharian yang biasa digunakan oleh
setipa murid untuk menerangkan sesuatu yang mereka lihat dalam
cerita atau situasi yang kita berikan.Situasi yang dibina dapat
merangsang murid bercakap dalam bahasa mereka sendiri.
Galakkan mereka bercakap dan mereka-reka cerita berdasarkan
situasi.
2) Bahasa bahan ialah bahasa dan istilah yang digunakan adalah
berkisar di sekitar situasi, cerita yang diberikan oleh guru
matematik. Di sinilah sepatutnya konsep matematik dimulakan.
Konsep ‘tolak’ dalam matematik umpamanya dikenalkan
sebagai....kurangkan, asingkan, jatuhkan, hilang, sudah dimakan,
pecah, terbang dan sebagainya.
• 3) Bahasa matematik. Selepas murid
mengambil bahagian dengan aktif dalam perbincangan
menggunakan bahasa murid, guru bolehlah membimbing
murid menggunakan istilah atau bahasa matematik yang
betul. Umpamanya, jumlah katak kelabu dengan katak
hijau itu boleh dikatakan sebagai :
• “Tiga katak hijau tambah dengan empat katak kelabu
bersamaan dengan tujuh”
• Begitu juga jika mencari perbezaan. Jumlah katak ialh
tujuh dan tiga berwarna hijau dikatakan sebagai “ tujuh
tolak tiga berbaki empat”.
4) Simbol (perwakilan). Guru menggunakan perwakilan
berbentuk bahan manipulatif untuk mewakilkan situasi
seperti di atas.
Setelah melalui empat langkah tersebut, diharapkan
murid dapat menguasai sesuatu konsep matematik
berdasarkan kemahiran mereka sendiri. Membina
kefahaman melalui perbincangan yang dibimbing oleh
guru secara terancang dan mengamalkan prinsip
pembelajaran matematik yang bermakna, berguna,
seronok, dan mencabar dapat membantu murid
menguasai konsep matematik yang betul.
DEFINISI DAN KONSEP
• Menurut Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu
strategi pengajaran dimana pelajar-pelajar saling membantu di antara
satu sama lain di dalam kumpulan kecil.
• Pembelajaran koperatif berlaku apabila pelajar bekerja secara
berkumpulan, berkongsi idea, saling membantu untuk menyelesaikan
masalah, dan memastikan semua ahli kumpulan menguasai isi
pelajaran dengan meminta bantuan daripada guru. Guru menguji dan
memberi gred berdasarkan pretasi kumpulan, kadang-kadang
berdasarkan gred individu.
• Kumpulan dalam pembelajaran koperatif ini lazimnya terdiri daripada empat
hingga enam orang ahli. Ahli-ahli dalam kumpulan ini biasanya kekal untuk
tempoh tertentu misalnya dalam beberapa minggu (Sharan dan Sharan,1992).
• Pendekatan koperatif ialah pembelajaran yang melibatkan pelajar
bekerjasama untuk belajar dan bertanggungjawab ke atas setiap ahli
kumpulannya selain daripada pembelajaran mereka sendiri.
• pembelajaran koperatif atau kooperatif merupakan suatu kaedah yang
menggunakan pendekatan pembelajaran berpusatkan murid-murid.
• Kaedah kumpulan merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran yang berpusatkan murid-murid khususnya dalam pembelajaran
matematik.
• Kumpulan murid terbahagi kepada dua iaitu kumpulan sama kebolehan dan
kumpulan pelbagai kebolehan. Kaedah kumpulan sama kebolehan
membolehkan guru membimbing murid-murid mengikut kebolehan di samping
menjalankan aktiviti-aktiviti pengayaan dan pemulihan mengikut keperluan
masing-masing.
• Kaedah kumpulan pelbagai kebolehan memberikan murid-murid peluang
mengamalkan pengajaran sebaya, memupuk semangat kerjasama dan
bertimbang rasa, perkembangan sahsiah dan kemahiran social.
• Murid-murid dalam kumpulan boleh berkongsi kekuatan dan kelemahan
mereka serta membangunkan pelbagai kecergasan mereka melalui aktiviti
kumpulan
• Permainan matematik adalah salah satu kaedah pembelajaran yang
berpusat kepada murid dan ia amat sesuai digunakan dalam
pengajaran dan pembelajaran matematik secara koperatif.
• Terdapat banyak jenis aktiviti-aktiviti dalam kelas yang boleh
menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran koperatif seperti
Jigsaw, Think-Pair-share, Three Step Interview, Round Robin
Brainstorming, Three-minute Review, Numbered Heads Together, Team
Pair Sola, Circle the Saga dan Partners.
• Teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran pula termasuk Three-step
Interview, Roundtable, Focused Listing, Structured Problem-solving,
One Minute Paper,Paired Annotation, Structured Learning Team Group
Role, Send-A-Problem, Value Line, Team Expectation dan Guided
Reciprocal Peer Questioning.
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
• Mengikut Johnson & Johson (1985), tidak semua bentuk pembelajaran dalam
kumpulan itu adalah pembelajaran koperatif.
• Sesuatu pembelajaran koperatif perlu mengandungi eleme-nelemen berikut:
i. Saling Pergantungan Secara Positif
Pelajar seharusnya berubah dari sifat bergantung kepada sifat berdikari dan
seterusnya ke tahap saling pergantungan antara seorang individu kepada seorang
individu yang lain. Saling pergantungan wujud apabila pelajar menganggap
bahawa ia memerlukan usaha orang lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
Walaupun seseorang pelajar berdikari tetapi tahap kecemerlangan yang lebih
tinggi. Cuma boleh dicapai melalui usaha, input dan tenaga orang lain.
ii. Akauntabiliti Individu
Walaupun setiap individu dikehendaki berkerjasama dalam sesuatu tugasan, ia
adalah bertanggungjawab ke atas pencapaiannya sendiri. Penilaian boleh dibuat
secara individu dengan melihat tahap kerjasama dan tanggungjawab yang
diberikan.
• iii. Interaksi Kumpulan
Pelajar-pelajar membantu proses pembelajaran pelajar lain dengan berkongsi
maklumat dan menggalakkan mereka untuk pencapaian yang lebih baik. Interaksi
kumpulan termasuklah tindakan pelajar untuk menerang, berbincang dan
mengajar apa yang diketahui kepada orang lain
iv. Kemahiran Sosial
Untuk memastikan pembelajaran koperatif berkesan, guru mestilah mengajar
kemahiran sosial kepada pelajar. Ianya merangkumi dari aspek kepimpinan,
membuat keputusan, membina kemahiran, berkomunikasi dan pengurusan
konflik.
PRINSIP-PRINSIP PEMBELAJARAN
KOPERATIF
• Positive Interdependence (Saling Kebergantungan Secara Positif)
• Individual Accountability (Akauntabiliti Individu)
• Group Interaction (Interaksi Kumpulan)
• Social Skills (Kemahiran Sosial)
KEBAIKAN
PENDEKATAN PEMBELAJARAN KOPERATIF
• Menurut Kagan (1992), kebaikan pembelajaran koperatif kepada pelajar
adalah seperti berikut:-
• i. Motivasi yang lebih tinggi untuk berjaya kerana seseorang bukan
sahaja mencapai kejayaan untuk diri sendiri, tetapi untuk rakan-rakan
sekumpulan juga. Keadaan ini menyebabkan lebih masa ditumpukan
pada sesuatu tugas dan akan meningkatkan pembelajaran.
• ii. Pelajar dengan strategi pembelajaran yang lemah mendapat lebih
peluang untuk melihat model pelajar lain yang mempunyai strategi yang
lebih berkesan.
• iii. Perhubungan interpersonal bertambah baik, disebabkan oleh
kemahiran bekerjasama dan keperluan untuk saling membantu antara
satu sama lain.
• iv. Suasana sosial pembelajaran kerjasama membuat sekolah itu satu
tempat yang seronok.
• v. Ahli-ahli daripada kumpulan berlainan dalam masyarakat dapat
berkerjasama menuju ke satu matlamat yang sama (saling
pergantungan positif).
• vi. Berinteraksi dengan orang lain menggalakkan seseorang menyusun
semula pemikiran mereka, misalnya meringkas, menjelas dan memberi
contoh. Penyusunan semula kognitif ini menambah pemikiran peringkat
tinggi
• vii. Pelajar mempunyai lebih peluang untuk melihat strategi pemikiran
orang lain, di samping berkongsi strategi sendiri.
• viii. Kerisauan akan berkurangan dan ini menggalakkan seseorang
mengambil risiko, mencuba cara baru serta meningkatkan kreativitinya.
• ix. Mendengar pandangan orang lain terutamanya dalam kumpulan
heterogenous, boleh memberi kesedaran bahawa ada pendapat yang
berlainan daripada pendapat sendiri.
LEARNING BY
DOING….
• Pembelajaran aktif merupakan satu pendekatan
learning by doing.
• iaitu teknik pengajaran yang memberi tumpuan kepada interaksi dan
penglibatan penuh murid dalam melakukan aktiviti yang merangsang dan
membangunkan kemahiran yang ingin diterapkan berdasarkan
objektif pembelajaran (Nielson, 2004; Salman,
2009).
KONSEP
DALAM MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN AKTIF, KONSEP PEMPROSESAN
MAKLUMAT DALAM KEMAHIRAN METAKOGNITIF, KONSEP GAYA BELAJAR DAN
KONSEP BELAJAR DARIPADA SUDUT KOLABORATIF SOSIAL ADALAH ASAS UTAMA
YANG MEMBENTUK KONSEP PEMBELAJARAN AKTIF (MOHD AZMAN, 2005).
TERDAPAT BEBERAPA ASPEK PENTING DALAM PELAKSANAAN PEMBELAJARAN AKTIF
YANG PERLU DIBERIKAN PERHATIAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
ANTARANYA:
PEMPROSESAN MAKLUMAT MENGGUNAKAN KEMAHIRAN METAKOGNITIF
UNTUK MEMPROSES MAKLUMAT DENGAN LEBIH BERKESAN, TINDAK BALAS DARI
LUAR DAN DARI DALAM KAWASAN OTAK PERLU DILAKSANAKAN. APABILA KITA
MEMBINCANGKAN MAKLUMAT DENGAN ORANG LAIN DAN DIPELAWA
BERTANYAKAN SOALAN TENTANG TOPIK YANG DIBINCANGKAN, OTAK KITA DAPAT
MELAKUKAN KERJA PEMBELAJARAN DENGAN LEBIH BAIK. DENGAN MELAKAR,
MENCATAT ATAU SEBAGAINYA, PELAJAR DAPAT MEMPEROLEH MAKLUM BALAS
TENTANG SEJAUHMANA IA MEMAHAMI MAKLUMAT YANG DIPEROLEHI.
PEMBELAJARAN DIPERTINGKATKAN
APABILA PELAJAR DIARAH MELAKUKAN
SESUATU TINDAKAN SEPERTI BERIKUT :
1. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan perkataan mereka
sendiri,
2. Memberi contoh tentang maklumat yang diperolehi,
3. Mengenali bentuk samaran dan keadaan maklumat yang berbeza-beza
tentang maklumat yang diperolehi contoh dalam matematik mencari jalan
kira. Contoh sifir. Ada guna sifir kotak dan sebagainya.
4. Mengaitkan antara maklumat yang diperolehi dengan fakta ataupun idea
lain,
5. Menggunakan maklumat itu dalam cara yang berbeza, Jurnal Pendidikan
Fakulti Pendidikan Bil 3 (2) 2015 37
6. Maramalkan beberapa akibat dari maklumat berbeza yang diperolehi, atau
7. Membanding beza maklumat tesebut.
KENAPA ELEMEN PEMBELAJARAN AKTIF
PERLU DIMASUKKAN DALAM PDP?
Pelajar mampu mencerap pembelajaran dengan lebih baik apabila mereka
terlibat secara langsung dan aktif dalam proses pembelajaran, berbanding
dengan kaedah konvensional seperti mendengar syarahan dan mengambil nota.
Ia juga dapat mengoptimumkan potensi dan motivasi pelajar dan pembelajaran,
di samping memberikan kebebasan kepada pelajar untuk berfikir secara kritikal
dan kreatif.
LAPAN PRINSIP YANG DIADAPTASI
DARIPADA MODEL EWELL ANTARA
SALAH SATUNYA ADALAH :
Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam pengajaran
guru. Pengetahuan tidak disampaikan kepada pelajar secara langsung tetapi
pelajar harus boleh mereka dan membina pengetahuan. Mengikut Ewell(1997,ms.6),
”the learner is not a ’receptacle’ of knowledge, but rather creates his or her learning
activity actively and uniquely” Cara pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model
pengajaran tradisional iaitu kuliah atau pengajaran langsung.
Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan
pembelajaran akan dapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja perlu
bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer, 2004).
Pelajar bukan sahaja menerima maklumat secara AKTIF tetapi mereka perlu diberi
tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat selain
memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini, pelajar dapat
menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan, memberi pengertian baharu
terhadap sesuatu topik dan berkebolehan menghubungkait apa yang telah
dipelajari kepada konteks yang baharu.
PERANAN GURU
PERANAN MURID
INDIVIDU BERKUMPULAN
meneroka ruang
pembelajaran
yang disediakan
oleh guru secara
aktif
APAKAH KAEDAH-KAEDAH UNTUK
PEMBELAJARAN AKTIF? ANTARANYA
IALAH :
Perbincangan
• Kaedah P&P 2 hala antara:
• guru dengan pelajar
• Pelajar dengan pelajar
• Asas kepada pembelajaran sosial dan mengembangkan
kefahaman yang mendalam
• Guru akan mengemukakan soalan/perbincangan
• Pelajar digalakkan memberi pandangan masing- masing
• Guru sebagai pemerhati dan merangsang pelajar
mengeluarkan pendapat
KAEDAH INKUIRI
• Berorientasikan mencari maklumat, menyoal
dan mengkaji.
• Bantu pelajar tentang perkara yang mereka
ingin tahu.
• Galakkan pelajar berfikiran kritis dan kreatif
KAEDAH BERKUMPULAN
• Pelajar saling bantu dalam sebuah kumpulan
kecil
• Terdapat perubahan positif kepada pelajar
• Dapat menggalakkan pelajar yang lemah dan
berfikiran negatif terhadap matematik
Guru akan TPS THINK - Pelajar
mengajukan
pertanyaan atau akan berfikir
mengemukakan secara individu
masalah yang untuk
berkaitan dengan menyelesaikan
pembelajaran. pertanyaan atau
permasalahan
SHARE - pelajar yang diajukan.
akan berkongsi PAIR - Ahli kumpulan
pandangan mereka
sama ada kepada seterusnya diberi
pasangan yang lain pasangan (pair), dan
dalam kumpulan yang pelajar kemudiannya
sama atau kepada akan berbincang
kumpulan lain ataupun mengenai jawapan
kepada semua ahli di atau penyelesaian
dalam kelas kepada masalah yang
diajukan.
(4-5 minit).
SIMULASI
Penggunaan permainan matematik sebagai kaedah PEMBELAJARAN AKTIF dalam dan
luar bilik darjah adalah berlandaskan prinsip bermain sambil belajar. Contohnya
permainan dan simulasi boleh dilakukan ketika menyelesaikan soalan penyelesaian
masalah yang melibatkan kehidupan seharian. Dengan permainan atau rekreasi
matematik, minat murid boleh dipupuk. Secara lazimnya, tumpuan murid akan lebih
jika mereka melibatkan diri dalam permainan. Semasa bermain murid secara sedar
atau tidak akan meneroka dan seterusnya mengetahui serta memperoleh ilmu baru
dalam matematik. Matematik berbentuk rekreasi secara lazimnya akan membantu
guru memberi pendedahan konsep yang mudah diingati oleh murid.
Contohnya : AKTIVITI SIMULASI JUAL BELI
AKTIVITI DAN PERMAINAN
Menurut Jean Piaget (1952) aktiviti dan permainan yang menarik mampu
memberi pemahaman Matematik yang lebih berkesan kepada kanak-kanak
normal. Pendekatan bermain sambil belajar dapat meningkatkan keupayaan
kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu,
kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta
membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Pendekatan ini
mempunyai ciri-ciri seperti aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan
interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan terancang, kelonggaran
masa, percubaan idea sendiri, dan peluang untuk memberikan tumpuan
perhatian
dan seterusnya menjadikan pembelajaran lebih aktif .
BERMAIN
Ramai masih kurang faham bahawa kanak-kanak diawal usia prasekolah juga
boleh belajar melalui aktiviti bermain. Selain bidang akademik, pada usia kanak-
kanak ini mereka juga perlukan perkembangan kemahiran komunikasi/interaksi,
sosioemosi kognitif dan kemahiran motor.
Bermain adalah satu pembelajaran untuk
kanak-kanak. Samada ia dipelajari secara
lansung atau tidak lansung. Menurut
Montessori, aktiviti permaianan adalah nadi
perkembangan kesihatan kanak-kanak mahupun
dewasa. Menurut beliau lagi, 75%
perkembangan otak berlaku ketika selepas
kelahiran. Dalam proses ini, mempengaruhi
perkembangan kemahiran motor halus-kasar,
bahasa, sosial, personal, pengurusan emosi,
kreativiti, penyelesiaan masalah dan juga
keupayaan pembelajaran dalam matematik.
PEMBELAJARAN AKTIF DALAM KAEDAH
BERMAIN. BOLEH DIBUAT SECARA INDIVIDU,
BERPASANGAN DAN BERKUMPULAN.
MANIPULATIF & VISUAL AIDS UNTUK
KEPERLUAN KHAS PELAJAR
• Kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran mungkin akan
memerlukan masa tambahan untuk belajar sebarang nombor dan mungkin
memerlukan alat manipulatif tambahan untuk mencapai kejayaan. Mereka
juga perlu digalakkan menggunakan jari mereka apabila mengira kerana ia
kemudiannya boleh menjadi topang apabila mereka sampai ke gred kedua dan
ketiga dan bergerak ke tahap yang lebih maju penambahan dan penolakan.
TERDAPAT EMPAT ASPEK YANG PERLU GURU-GURU AMBIL PERHATIAN
DALAM PEMBELAJARAN AKTIF.
1. Masa yang mencukupi;
2. Menyediakan ruang yang sesuai;
3. Menyediakan bahan yang sesuai;
4. Menyediakan persekitaran yang
selamat.
Nielsen (2004) percaya bahawa peranan guru adalah untuk mewujudkan
persekitaran yang boleh membantu membina kemahiran sedia ada murid.
Persekitaran yang sesuai akan menggalakkan murid mengambil bahagian secara
aktif dan secara tidak
langsungmembantu perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid ke
tahap yang lebih tinggi.
KEKUATAN
1. Dapat menimbulkan rasa minat murid untuk belajar
kerana murid terlibat dalam kelas.
2. Menimbulkan rasa yakin setiap murid kerana murid
dapat menyampaikan idea secara bebas.
3. Dapat memahami minat murid dengan lebih mendalam
dan dengan ini mudah bagi guru dalam proses
pengajaran.
4. Interaksi guru dengan murid akan lebih lancar oleh itu
guru dapat memberikan fokus sepenuhnya kepada
murid.
5. Banyak masa diperuntukkan untuk aktiviti murid sahaja.
KELEMAHAN
1. Tumpuan tidak boleh diberi kepada keseluruhan murid kerana jumlah
pelajar yang ramai menyebabkan guru sukar untuk memberi perhatian
kepada setiap murid.
2. Penglibatan setiap pelajar tidak menyeluruh.
3. Faktor masa iaitu masa yang terhad yang diperuntukkan kepada guru akan
menyebabkan apa yang ingin disampaikan oleh guru tidak tercapai.
4. Kawalan kelas tidak menyeluruh menjadikan kelas tidak teratur dan bising.
5. Potensi murid yang berbeza-beza dalam kelas menyukarkan guru semasa
dalam proses pembelajaran.
6. Guru perlu berusaha mencari strategi atau cara yang sesuai dan menarik
kerana dalam sesebuah kelas murid-murid adalah berbeza daripada
pelbagai segi mental, fizikal, dan emosi.