Tersebutlah kisah pada zaman dahulu, tinggal seorang tukang kayu yang
miskin. Tukang kayu ini bernama Samad. Kemampuan Samad hanyalah
mencari rezeki dengan menebang pokok yang sederhana besar untuk dijual
sebagai kayu api. Kadangkala, Samad jugak mengambil tempahan membuat
perabot seperti kerusi, meja dan sebagainya. Samad mempunyai sebuah
kapak ajaib yang membantunya sepanjang melakukan pekerjaan sebagai
tukang kayu. Kapak ajaib ini merupakan tuah baginya dalam mencari rezeki.
1
Samad hidup sebatang kara dengan hanya
bertemankan Atan yang merupakan seekor
monyet peliharaannya. Tatkala Samad berasa
kesunyian atau kesedihan, hanya Atan sahajalah
tempat untuk dia mencurahkan kasih sayang dan
bercerita. Hal ini kerana, Atan bukanlah hanya
sekadar monyet biasa, tetapi Atan sangat bijak
dan suka menolong Samad. Pada suatu pagi
yang hening, terlintas di fikiran Samad tentang
peristiwa ketika dia pertama kali menemui Atan
semasa sedang mencari kayu di dalam hutan.
2
“Praakkk”, kedengaran bunyi dahan
pokok yang jatuh berhampiran tempat
Samad menebang pokok. Samad segera
menoleh, “Siapakah itu ?” soal Samad.
Tidak lama kemudian, dia melihat seekor
monyet yang terbaring dengan
berlumuran darah pada bahagian
kakinya. Samad segera mengangkat
monyet itu dan dibawa pulang ke
rumahnya untuk dirawat. Selepas
beberapa hari, monyet itu beransur pulih
dengan jagaan Samad. Sejak dari itu,
Samad amat menyayangi Atan seperti
anaknya.
3
Namun, nasib Samad tidak selalu beruntung. Hal ini kerana, orang kampung sering
mengambil kesempatan ke atas kebaikan Samad. Hanya sesetengah penduduk kampung
sahaja yang ikhlas terhadap dirinya. Dijadikan cerita, pada suatu hari, pergilah Samad ke
rumah seorang lelaki kaya di hujung kampung. Pak Jali dikenali dengan sikapnya yang
kedekut dan suka mengambil kesempatan terhadap orang lain.
“Samad, bolehkah kau membuat sebuah meja serta dua buah kerusi untukku? Aku ingin
meletakkannya di hadapan laman rumahku,” ujar Pak Jali.
“Sudah tentu Pak Jali. Saya akan berusaha menyiapkannya secepat yang mungkin” jawab
Samad.
Samad bertungkus-lumus menyiapkan tempahan daripada Pak Jali selama tiga hari berturut-
turut. Usai daripada itu, Pak Jali berjanji akan membayar upah kepada Samad tetapi dia tidak
menjelaskan hutangnya itu. Samad agak terkilan terhadap perkara itu tetapi dia menganggap
bahawa itu mungkin ujian buat dirinya.
4
Pada suatu hari, Samad berjalan menuju ke hutan dengan membawa kapak
ajaibnya. Saat dia ingin melintasi titi di sebatang sungai, tiba-tiba kapak ajaibnya
jatuh ke dalam sungai. Samad bertungkus-lumus mengambil kapaknya kembali,
tetapi kapak itu sudah dibawa arus sungai. Samad pulang ke rumah dalam keadaan
yang sedih dan gelisah. “Hm, sudahlah kapak ajaib itu merupakan keberuntunganku.
Bagaimana aku ingin mendapatkan kayu api yang banyak dalam satu hari jika tidak
menggunakan kapak ajaib itu,” bisik Samad di dalam hati.
5
6
Keesokan harinya, Samad pergi ke titi itu lagi untuk mencari kapaknya yang jatuh ke dalam
sungai. Tiba-tiba, dia didatangi oleh seorang wanita cantik. “Apakah kamu mencari ini?” Soal
wanita tersebut kepada Samad sambil memegang kapak tersebut. Maka apabila melihat
akan kapak itu, giranglah hati Samad kerana itulah kapak yang amat disayanginya. “Ya benar,
bagaimanakah kamu tahu tentang kehilangan kapak ini?” Soal samad. “Aku telah melihat
kejadian yang berlaku sewaktu itu, bahkan aku juga ingin memanggilmu tetapi kamu
menoleh pergi begitu sahaja,” jawab wanita itu. Samad amat berterima kasih kepada wanita
itu lantas dia pulang ke rumah untuk menemui Atan dan menceritakan peristiwa tersebut
kepada Atan.
7
8
Selang beberapa hari, Samad pergi ke hutan untuk
mencari kayu api. Tatkala dia sedang menebang
sebuah pohon, tiba-tiba Samad melihat berkeping-
keping wang kertas gugur dari pohon tersebut. “Dari
manakah datangnya wang sebanyak ini?” Soal Samad
di dalam hati. Justeru itu, Samad menebang lagi
sebuah pohon untuk melihat sekiranya perkara aneh
itu terjadi lagi. Setelah itu, pohon tersebut juga telah
menukarkan semua daun menjadi wang kertas dan
ianya bertaburan di atas tanah. Samad sangat hairan
akan kejadian yang telah berlaku itu.
9
Tiba-tiba, terlintas di fikiran Samad tentang hal yang telah diceritakan oleh bapanya sewaktu
dahulu. Ternyata kapak itu boleh membuat sebuah pohon menukarkan setiap daunnya
menjadi wang kertas setelah pohon itu ditebang menggunakan kapak ajaib. Hal ini kerana,
kapak itu mempunyai sumpahan sekiranya kapak tersebut terkena air sungai, maka ia akan
bertukar menjadi seperti mana yang telah berlaku. Meskipun begitu, Samad tidak tamak, dia
hanya menggunakan kapak tersebut sewaktu kejadian dia menyedari tentang sumpahan itu
sahaja.
10
11
Setelah beberapa bulan berlalu, Samad didatangi oleh wanita yang menemui kapaknya
tempoh hari. “Bukankah kamu yang menemui kapakku pada tempoh hari?” Soal Samad
kepada wanita itu. “Ya, akulah yang menemui kapakmu tempoh hari dan namaku adalah Teja.
Sebenarnya hajatku menemuimu adalah untuk menyatakan hasrat bahawa aku ingin bernikah
dengan kamu.” Kata Teja kepada Samad. Samad tergamam lalu berkata “Kita tidak saling
mengenali tetapi apakah alasanmu untuk menjadikan aku sebagai suamimu.”
12
13
Teja menjelaskan bahawa sebenarnya dia sering melihat Samad masuk ke hutan untuk
menebang pokok. Katanya, dia menyukai Samad setelah mengetahui sikap Samad yang baik
hati dan jujur itu. Pada malam itu, Samad amat gembira kerana selama ini dia tidak pernah
bertemu dengan wanita yang ikhlas ingin mengenalinya. “Benarlah kapak ajaib ini membawa
tuah, ia menjadikan aku seorang yang kaya dan telah menemukanku dengan jodoh yang
selama ini aku cari. Tidak lama selepas itu, mereka pun berkahwin.
14
15
Namun, pada suatu hari, Samad didatangi Teja dari dapur. Teja memberitahu Samad tentang
suatu perkara bahawa sebenarnya dia adalah seorang puteri raja. Samad terkejut mendengar
perihal tersebut, dia lantas bangun dari duduknya. “Maafkan saya abang, saya terpaksa
merahsiakan perkara ini kepada abang terlebih dahulu kerana takut abang tidak mahu
mengahwini saya setelah mengetahui bahawa saya adalah seorang puteri raja,” kata Teja
kepada suaminya dengan nada yang perlahan. Pada awalnya, Samad agak terkilan akan
sikap isterinya itu tetapi dia telah memaafkan Teja.
16
17
Akhirnya, Samad hidup bahagia bersama Teja dan
Atan di dalam istana. Tidak lama kemudian,
Samad dan Teja mendapat seorang cahaya mata
yang dinamakan Puteri Orkid. Meskipun sudah
mengahwini anak raja, Samad tidak pernah
sombong sama sekali terhadap orang kampung.
Samad sentiasa menyimpan kapak ajaib
pemberian bapanya kerana dia beranggapan
bahawa kapak ajaib itulah yang telah mengubah
kehidupannya menjadi lebih baik.
18
SINOPSIS
Samad seorang tukang kayu yang miskin.
Samad hidup sebatang kara dengan hanya
bertemankan Atan yang merupakan seekor
monyet. Pada suatu hari, Samad berjalan
menuju ke hutan dengan membawa kapak
ajaibnya. Saat dia ingin melintasi titi di sebatang
sungai, tiba-tiba kapak ajaibnya jatuh ke dalam
sungai. Tidak lama selepas itu, terdapat
kejadian aneh yang berlaku terhadap Samad.
Akhirnya, Samad mengahwini Teja dan mereka
hidup bahagia.