The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MENULIS KARANGAN PENDAHULUAN TINGKATAN 4 KSSM

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurainr97, 2021-06-13 13:39:34

MENULIS KARANGAN PENDAHULUAN

MENULIS KARANGAN PENDAHULUAN TINGKATAN 4 KSSM

NIA RUN UGKIC

BAHASA MELAYU TINGKATAN 4

CIRI PENDAHULUAN MENARIK? Mengandungi lebih daripada 4 ayat
lengkap dan gramatis.
Ditulis dalam satu perenggan. Terdiri daripada 50-60 patah
Tidak mengandungi isi karangan. perkataan.
Tepat dengan tema dan kehendak
soalan.

Teknik Tikus
dalam

perenggan
pendahuluan

teknik TIKUS

T: Tema/Tajuk
I: Isu (Masalah)
K: Kesan
U: Ungkapan/usaha
S:Soalan/ arahan soalan

Jenis perenggan
pendahuluan

1. Pendahuluan jenis definisi/
maksud

2. Pendahuluan jenis suasana
3. Pendahuluan jenis pendapat
4. Pendahuluan jenis persoalan
5. Pendahuluan Jenis

peribahasa

1. Pendahuluan jenis
definisi

memberikan takrif · makna · definisi
(dengan merujuk kamus)

contoh:
Jenayah ditakrifkan sebagai perbuatan
yang melanggar undang-undang atau
peraturan. Jenayah bukan sahaja
membabitkan orang dewasa malahan
golongan remaja juga. Menurut kajian
polis, jumlah kes jenayah telah bertambah
daripada 40 021 kes pada tahun 1997
kepada 43 210 kes pada tahun 1998 Di
samping itu, kesalahan yang dilakukan
juga semakin serius dari semasa ke
semasa. Usaha-usaha pelbagai pihak
amat diperlukan untuk membendung
jenayah.

2. Pendahuluan jenis
suasana

menggambarkan sesuatu melalui
suasana/situasi yang sesua

contoh:
Bas yang berhawa dingin terus berlalu
menyusur jalan yang bengkang-bengkok
dengan perlahan sekali. Rasa mual dan
mengantuk hilang apabila kami
dihiburkan oleh abang-abang yang
memandu kami . sepanjang perjalanan ke
puncak Bukit Fraser , sepasang anak
mataku sempat mengintai hutan rimba
yang akan kami lalui nanti.

3.. Pendahuluan jenis
pendapat

menyatakan pendapat seseorang tokoh.

contoh:

Menurut Mantan Perdana Menteri,

Y.A.Bhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad,

pencemaran alam sekitar berpunca

daripada kegiatan pembangunan. Walau

bagaimanapun pembangunan tidak boleh

dihentikan sama sekali. Apa yang perlu

adalah dengan mengurangkan

pencemaran tetapi pada masa yang

sama meneruskan pembangunan.

Llangkah-langkah yang drastik harus

diambil untuk memastikan kegiatan

pembangunan dapat diteruskan di

negara kita dan dalam masa yang sama

pencemaran dapat dielakkan

4.. Pendahuluan jenis
persoalan

mengemukakan beberapa ayat tanya
yang berkaitan dengan tajuk.

contoh:

Setiap orang memerlukan

kecemerlangan untuk menjamin

kejayaan bagi diri mereka. Apakah yang

dikatakan kecemerlangan ? Apakah

dengan kecemerlangan boleh

membuatkan seseorang itu berjaya ?

Apakah dengan berdiam diri sahaja tanpa

sebarang usaha seseorang itu boleh

mencapai kecemerlangan ? Soalnya ,

apakah faktor-faktor yang

mempengaruhi kecemerlangan ?

5.. Pendahuluan jenis
peribahasa

menggunakan peribahasa yang sesuai
berkaitan tajuk.

contoh:

Peribahasa Melayu ” ringan sama dijinjing,

berat sama dipikul” dan “seperti aur

dengan tebing” amat sesuai ke arah

mewujudkan masyarakat penyayang

yang anggota-anggotanya mengamalkan

sifat-sifat yang mengambarkan

wujudnya hubungan kasih sayang dalam

sesebuah komuniti. Namun semangat

berkerjasama dalam masyarakat

semakin hari semakin terhakis terutama

di kawasan bandar. Punca-punca

permasalahan ini perlu dibincangkan oleh

pihak-pihak yang bertanggungjawab












Click to View FlipBook Version