BULETIN 15 OGOS 2023 EDISI DIGITAL SUKAN BOMBA MALAYSIA
ACARA DIPERTANDINGKAN BOLA TAMPAR Educity Sport Complex Iskandar Puteri, Johor 15 OGOS 2023 Bertempat di Kompleks Sukan Educity dimana acara bola tampar telah dipertandingkan dengan melihat saingan yang begitu sengit dipertonjolkan oleh semua kontinjen. Usai jam 6.00 petang, acara bola tampar telah melabuhkan tirai saingan dengan JBPM Negeri Sabah telah menjuarai kategori terbuka dengan diikuti ditempat kedua pasukan Ibu Pejabat JBPM dan JBPM Negeri Johor meraih tempat ketiga. Bagi kategori pegawai pula, pasukan Ibu Pejabat JBPM telah merangkul kejuaraan manakala pasukan JBPM Kuala Lumpur sekadar menduduki ditempat kedua diikuti pasukan JBPM Pulau Pinang ditempat ketiga. Dengan pencapaian tersebut, pasukan Ibu Pejabat sekaligus telah dinobatkan juara keseluruhan acara bola tampar.
Sekitar Acara Bola Tampar dari Lensa Media JDT
ACARA DIPERTANDINGKAN FUTSAL Saingan sengit yang diberikan oleh setiap kontinjen dalam acara futsal yang berlangsung di Sport City Indahpura. Dalam kategori terbuka, pasukan JBPM Terengganu telah membuktikan mereka sebagai kuasa baru futsal SUKBOM dengan menewaskan pasukan JBPM Kelantan manakala ditempat ketiga diraih oleh pasukan JBPM Pahang. 15 OGOS 2023 Bagi kategori pegawai pula, pasukan JBPM Selangor dinobatkan johan kategori tersebut setelah menewaskan pasukan Ibu Pejabat JBPM di perlawanan akhir. JBPM Pahang hanya menduduki ditempat ketiga kategori tersebut. Ini sekaligus membuktikan JBPM Terengganu berjaya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan acara Futsal yang melabuhkan tirai pada 15 Ogos 2023
Sekitar Acara Futsal dari Lensa Media JDT
H A R I K E D U A H OACLARIADDAIPEYRTANDINGKAN SEPAK TAKRAW Sport Hall I , UTM Johor Bahru 15 OGOS 2023 Bertempat di Kompleks Sukan UTM, Skudai telah dijalankan acara sepak takraw bermula 13 hingga 15 Ogos 2023. Dengan kemunculan atlet yang pernah bermain Sepak Takraw League (STL) sekaligus memberikan saingan yang begitu sengit kepada setiap kontinjen. Bagi kategori terbuka, pasukan JBPM Negeri Pahang telah membuktikan kehebatan mereka dengan menjuarai kategori terbuka diikuti pasukan JBPM Negeri Sabah ditempat kedua dan pasukan JBPM Negeri Sembilan ditempat ketiga. Bagi kategori antara regu pula, pasukan JBPM Negeri Terengganu telah dinobatkan sebagai johan manakala pasukan JBPM Negeri Johor berpuashati ditempat kedua diikuti pasukan JBPM Negeri Kelantan meraih tempat ketiga. Dalam kategori veteran pula, pasukan JBPM Pulau Pinang telah membuktikan otai masih berbisa dengan menjuarai kategori tersebut dengan menewaskan pasukan JBPM Negeri Perlis dan pasukan JBPM Negeri Terengganu sekadar berpuas hati ditempat ketiga. Dengan pencapaian ketiga-tiga kategori tersebut, JBPM Negeri Terengganu telah dinobatkan Juara Keseluruhan bagi acara sepak takraw.
Sekitar Acara Sepak Takraw dari Lensa Media JDT
ACARA DIPERTANDINGKAN BOLA JARING Bertempat di Velodrome Johor telah berlangsungnya acara bola jaring bermula 14 Ogos yang lalu. Saingan yang begitu sengit sentiasa diberikan oleh semua kontinjen namun JBPM Johor membuktikan mereka kuasa baru dalam acara tersebut setelah menewaskan pasukan Ibu Pejabat JBPM dalam perlawanan akhir yang disaksikan oleh YBhg. Datin Sri Nor Latifah Jaafar, Yang Di Pertua PERISMA Kebangsaan. PB Iszhawati Supardi dari JBPM Johor dinobatkan sebagai penjaring terbanyak manakala Puan Nurhabibah Abu juga dari JBPM Johor dinobatkan pemain terbaik kejohanan tersebut. Pasukan JBPM Sabah hanya mampu menduduki ditempat ketiga setelah menewaskan pasukan JBPM Kuala Lumpur pada perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat. Ianya sekaligus JBPM Johor dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan acara tersebut. 15 OGOS 2023
Sekitar Acara Bola Jaring dari Lensa Media JDT
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SUKBOM 2023 15 OGOS 2023 Bertempat di Persada Convention Centre Johor Bahru telah diadakan Majlis Perasmian Penutupan Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2023 JDT yang telah disempurnakan oleh YB Dato' Haji Mohd Jafni Md Shukor, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor. Turut hadir majlis tersebut YAS Dato' Sri Abdul Wahab Hj Mat Yasin, Ketua Pengarah JBPM, YAS Dato' Edwin Galan Teruki, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Pengarah-pengarah bahagian JBPM, Pengarah-pengarah Bomba negeri, Komandan-komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia, Komander-komander Pangkalan Udara serta atlit-atlit dari 16 kontinjen JBPM Negeri. Dalam majlis tersebut, turut diadakan persembahan kebudayaan dari Anak Ta'zim Johor Bahru, Kugiran Wak Jeng, Syafiq Farhain, Kombo JDT, Ramnah Ramli dari Pulau Pinang yang merupakan Bintang RTM '85 serta Siti Zubaidah @ Juebi binti Zainal dari PERISMA Labuan . Selama 5 hari perjuangan JBPM negeri-negeri, maka malam ini telah ternoktah dengan JBPM Negeri Johor dan JBPM Negeri Terengganu telah dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Bersama bagi SUKBOM 2023 JDT. Keputusan Piala Pusingan adalah seperti berikut:- 1. Acara Busker: JBPM Negeri Johor 2. Acara Bola Jaring: JBPM Negeri Johor 3. Acara Sepak Takraw: JBPM Negeri Terengganu 4. Acara Futsal: JBPM Negeri Terengganu 5. Acara Bola Tampar: Ibu Pejabat JBPM 6. Acara Golf: JBPM Negeri Sembilan Tahniah buat semua kontinjen JBPM Negeri atas komitmen dan sokongan terhadap SUKBOM 2023 JDT. JBPM Negeri Pahang telah terpilih sebagai penganjur Sukan Bomba Malaysia (SUKBOM) 2024.
Sekitar Majlis Perasmian Penutup dari Lensa Media JDT
Penyokong yang setia memberi semangat kepada pasukan
Lensa Urusetia Majlis Perasmian Penutup SUKBOM JDT 2023
#BERTINDAK TERUS