BUKU LOG KERIS GANGSA
NAMA:
KELAS :
KESETIAAN
Menyanyikan lagu Negaraku- lirik
Negaraku,
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta
Bendera Malaysia
Bendera Negeri Perak
LAMBANG PENGAKAP MALAYSIA
MAKSUD :
1. KELOPAK MENGHALA KE ATAS
Melambangkan setiap ahli pengakap hendaklah taat kepada tuhannya
Setiap ahli pengakap mestilah mempunyai agama dan mempercayai kewujudan
tuhan yang maha esa
2. KELOPAK YANG MENGHALA KE KANAN
Melambangkan setiap ahli pengakap mestilah mematuhi semua undang-undang
pengakap
3. KELOPAK YANG MENGHALA KE KIRI
Melambangkan seorang pengakap seharusnya berusaha untuk menolong orang
pada setiap masa
4. BINTANG PECAH LIMA DIKELOPAK KIRI KANAN LAMBANG
Terdapat 10 undang-undang pengakap yang seharusnya dituruti oleh setiap
ahlinya
5. IKATAN YANG MENYATUKAN KETIGA-TIGA KELOPAK
Melambangkan ikatan persaudaraan pengakap sedunia
6. LINGKARAN TALI SEKELILING LOGO
Melambangkan persaudaraan pengakap dunia
Agama dan Tempat Ibadat di Malaysia
1. Masjid – untuk yang beragama Islam 2. Kuil - untuk yang beragama Hindu
1. Gereja - untuk yang beragama Kristian 4. Tokong – untuk yang beragama Buddha
KESIHATAN DAN KESELAMATAN
1. Kesihatan dan Kebersihan diri
1. Menjaga Kebersihan Gigi
i. Memberus gigi sekurang-kurangnya tiga kali sehari. Dengan memberus gigi,
makanan dan kuman yang melekat di celah-celah gigi dapat dibersihkan.
ii. Berjumpa doktor gigi dengan segera untuk mendapat rawatan apabila gigi sakit
iii. Berjumpa doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali
iv. Mengelakkan memakan makanan yang manis dan bercoklat
2. Menjaga kebersihan Kuku
i. Elakkan tabiat menggigit kuku kerana kuman dan kekotoran di celah kuku akan
masuk secara langsung ke dalam tubuh
ii. Tidak membiarkan kuku menjadi panjang
iii. Memotong kuku dari semasa ke semasa
3. Menjaga kebersihan tangan dan kaki
i. Membasuh tangan pada setiap kali sebelum menjamah makanan dan selepas
makan, tidak kira sama ada menggunakan sudu atau tidak
ii. Memakai kasut yang sesuai dengan kaki dan memberikan keselesaaan
iii. Memelihara kaki supaya dapat bergerak dengan selesa dan bersih daripada
sebarang kekotoran
4. Menjaga kebersihan rambut
i. Pengakap perlu menjaga rambut agar sentiasa kemas dan bersih
ii. Rambut mestilah disikat kemas
iii. Gunakan ubat atau syampu yang sesuai untuk mengatasi masalah rambut berkutu
dan kelemumur
iv. Mencuci rambut sekurang-kurangnya dua hari sekali dan menggunakan minyak
rambut
5. Menjaga pernafasan
i. Sentiasa bernafas melalui hidung
ii. Udara yang memasuki tubuh badan melalui hidung lebih bersih berbanding dengan
melalui mulut
iii. Bulu-bulu hidung dapat memerangkap dan menjaring kekotoran yang berada di
dalam udara sebelum memasuki paru-paru
iv. Lord Baden Powell dalam buku Scouting For boys menyatakan, kaum-kaum asli di
benua Afrika melatih anak-anak mereka untuk bernafas melalui hidung
6. Bahaya Menerima Pil dan Gula-gula Daripada Orang Yang Tidak Dikenali
i. Kita tidak seharusnya menerima sebarang atau menelan apa juga jenis pil atau gula-
gula yang diberi kepada kita terutama daripada orang yang tidak dikenali
ii. Sebenarnya pil atau gula-gula yang mereka berikan adalah sejenis dadah yang
berbahaya kepada kesihatan tubuh badan.
iii. Salah satu sifat najis dadah ialah , apabila kita menggunakan buat pertama kali, kita
ingin merasainya bubat kali kedua
7. Bahaya Bermain Benda Tajam
i. Pisau cukur kepunyaan ayah atau abang adalah sangat tajam dan berbahaya
ii. Ia boleh melukakan tangan atau jari tanpa disedari
iii. Semasa perkhemahan atau perjumpaan pek pengakap tidak dibenarkan membawa
pisau lipat
iv. Ini untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini
8. Bahaya Bermain Bahan Letupan
Bermain bahan letupan sangat bahaya kerana sebab-sebab yang berikut :-
i. Boleh menyebabkan kebakaran rumah, bangunan dan sebagainya
ii. Mendatangkan kecederaan tubuh badan seperti buta mata, putus jari, melecur dan
lain-lain
iii. Mencemarkan alam sekitar melalui asap dan bunyi yang dikeluarkan
9. Cara-cara Mendapatkan Pertolongan
i. Sebagai seorang pengakap, kita tidak boleh berasa panik atau terkejut apabila
berhadapan dengan situasi kemalangan
ii. Apabila melihat kebakaran pada suatu bangunan dan melihat asap atau api dari
bangunan tersebut, kamu boleh memberitahu orang dewasa dengan berteriak, ‘Api,
api,api!’ dan sebagainya
iii. Kita juga boleh memberitahu atau menelefon pihak bomba atau polis apabila
berlaku kemalangan tidak diduga
iv. Seharusnya kita perlu mengetahui nombor telefon kecemasan iaitu 999 dan 994
v. Kita juga perlu menyediakan sebuah buku alamat untuk diisi nombor penting seperti
nombor balai polis, balai bomba, hospital, ibu bapa dan kaum keluarga
10. Peraturan Berjalan dan Melintas Jalan
i. Apabila berjalan kaki, sentiasa ikut sebelah kanan jalan, iaitu menghadap kenderaan
dari hadapan
ii. Pastikan mata sentiasa memandang ke hadapan, bukan menunduk memandang
jalan. Beratur sewaktu menunggu bas dan berdiri di atas bebendul jalan. Apabila
turun dari bas, tunggulah sehingga bas bergerak jauh sebelum menyeberang jalan
raya.
iii. Jangan jalan beriringan atau bersaing, sebaliknya hendaklah berbaris, kecuali jika
berjalan di lorong yang dikhususkan untuk pejalan kaki
iv. Apabila menyeberang jalan, gunakan tempat-tempat yang selamat untuk melintas
seperti di tempat-tempat lampu isyarat, jejantas, lintasan bawah tanah, dan lintasan
zebra
v. Jika menggunakan lampu isyarat untuk melintas, pastikan isyaratnya dipatuhi, iaitu
berhenti apabila lampu merah, melintas semasa lampu hijau. Pastikan semua
kenderaan betul-betul berhenti sebelum melintas.
vi. Jika tiada kemudahan untuk melintas jalan, berhati-hatilah semasa melintas jalan.
Pandang ke kanan, pandang ke kiri dan pandang ke kanan sekali lagi. Setelah
didapati tiada kenderaan atau kenderaan itu jauh barulah menyeberang jalan
vii. Jika menggunakan jejantas untuk melintas jalan, jangan berlari atau tergopoh gapah
semasa menaiki tangga
KECEKAPAN
MASUK BARIS
- Arahan diberikan oleh ketua kumpulan
- hukuman :
i) ‘Masuk baris dalam satu barisan’
ii) ‘Masuk baris dlam tiga barisan’
SEDIA
Kedudukan :-
i) berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan
ii) hujung kaki dibuka sedikit
iii) kedua-dua paha dirapatkan
iv) gengaman tangan hendaklah diraptkan ke penjahit seluar, dada dibuka, dagu
didongak
bahasa hukuman :
- daripada keadaan senang diri :
’Baris, baris.....sedia’.
SENANG DIRI
Kedudukan :-
i) dada dan kepala pada kedudukan ’Senang diri’ sama dengan kedudukan ’sedia’
ii) letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu jari bersilang gunting dan tentukan
jari-jari rapat dan lurus
iii) tangan diletakkan ke aras punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh
iv) apabila hukuman daripada ’sedia’ kepada ’senang diri’ diberikan, pengakap
kanak-kanak hendaklah mengangkat kaki kiri ke hadapan, paha sama aras dengan
lutut dan hujung kaki dijunamkan ke bawah
v) dengan serta merta, kaki kiri dihentak berhampiran kaki kanan
vi) pergerakan tangan hendaklah dilakukan seperti rajah
REHATKAN DIRI
Kedudukan :-
i. kaki, dada dan kepala pengakap sama dengan kedudukan ’senang diri’
ii.
iii. tangan kanan berada di atas tangan kiri dan ibu jari bersilang gunting
kedua-dua tangan berada di bahagian pinggang dan pastikan siku tidak tersentuh
tubuh
hukuman :
hukuman ’rehatkan diri’ daripada ’senang diri’
”Rehatkan...... diri”
KE KANAN LURUS
Tujuan : membetulkan kedudukan supaya semua pengakap yang berada dalam
barisannya Lurus
Hukuman : ’Luruskan barisan’
Kedudukan :
i. ahli pengakap, kecuali penanda, dikehendaki mengangkat kaki kiri ke
ii. hadapan dan menghentakkannya ke tanah
kaki kanan diangkat ke hadapan supaya paha sama aras dengan lutut dan
iii. serta merta hentakkan kaki ke tanah ke sebelah kaki kiri supaya dalam
iv. keadaan sedia
v. pandang muka ke kanan dan pada masa yang sama angkat tangan kanan
sama aras bahu orang yang disebelahnya
gerak-gerakkan kaki jika barisan tidak lurus
apabila barisan telah lurus, diamkan diri
PANDANG DEPAN
Diberikan setelah hukuman ’ke kanan lurus’
Hukuman :- ’Pandang......... depan.’
Kedudukan :-
i. setiap ahli pengakap hendaklah menjatuhkan tangan ke penjahit seluar dengan
serentak
ii. kepala ditoleh ke hadapan seperti dalam keadaan sediakala
KE KANAN PUSING
Hukuman : ’bergerak ke kanan bertiga-tiga ke kanan pusing’
pergerakan :-
i. berpusing arah 90 darjah ke kanan
ii. pusingkan kaki seperti dalam rajah
iii. kemudian angkat kaki kiri (belakang) dan hentakkan kaki kiri di sebelah kaki kanan
supaya dalam kedudukan sedia
iv. gunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri
hukuman menghadap ke hadapan semula : ’baris akan menghadap ke hadapan, ke kiri
pusing.’
Pergerakan : sama dengan pergerakan ke kiri pusing
KE KIRI PUSING
Hukuman : ’Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke kiri pusing.’
Pergerakan :-
i. berpusing 90 darjah arah ke kiri
ii. angkat kaki kanan (belakang) dan hentakkan kaki kanan di sebelah kaki kiri
supaya dalam kedudukan sedia
iii. gunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan
hukuman menghadap ke hadapan semula : ’Baris menghadap ke hadapan, ke kanan pusing’
pergerakan : sama dengan pergerakan ke kanan pusing
KELUAR BARIS
Hukuman : ’Baris, keluar......baris’
Pergerakan :
i. berpusing ke kanan dan terus bergerak ke hadapan
ii. langkah dengan kaki kiri, kemudian langkah tiga langkah dan berpecah untuk
berehat
BERSURAI
Diberikan apabila semua aktiviti pada hari tersebut telah tamat.
Hukuman : ’Baris akan bersurai....... bersurai’
Pergerakan :
berpusing ke kanan
i. beri hormat pengakap dan terus bergerak ke hadapan tiga langkah untuk bersurai
ii. mulakan pergerakan dengan kaki kiri dahulu
iii.
MENGEKALKAN KESEGARAN FIZIKAL
1. Memanjat Tali
a. menggunakan kombinasi tangan dan kaki yang saling bekerjasama
b. pegang tali pada aras muka dan sepitkan tali di antara kedua-dua
belah kaki
c. gunakan kekuatan kedua-dua belah tangan untuk memanjat dan
kedua-dua kaki untuk bertahan
d. semasa kaki bertahan tangan hendaklah menjangkau ke bahagian
atas tali dan sekaligus menarik badan ke atas
e. gunakan pula tangan untuk bertahan sehingga kaki dapat dinaikkan
ke atas menurut tali
PERHUBUNGAN AWAM KAWASAN SENDIRI
Antara perhubungan awam yang dapat diperolehi ialah:-
1. perhentian bas dan teksi
2. hospital
3. balai polis
4. dan sbgnya
*** lukis peta lakar tempat-tempat penting sekitar kawasan tempat tinggal anda
PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP
- Setiap ahli pengakap harus memakai pakaian yang kemas, bersih dan semua lencana
dijahit di tempat yang betul
CARA PEMAKAIAN LENCANA
ISYARAT SULIT PENGAKAP
Antara isyarat-isyarat sulit pengakap adalah :-
Ikut arah ini ikut arah sungai
Jangan ikut arah ini tunggu di sini
Saya sudah pulang ikut ke kiri
IKATAN
1. Simpul Buku Sila (reff Knot)
Kegunaan :-
a. menyambung dua tali halus yang sama besar
b. mengikat pada bucu kain anduh
c. mengikat tali kasut
d. mematikan ikatan bungkusan
cara membuat simpul sila seperti berikut :-
(a) (b)
PENYERTAAN
**** SILA LIHAT SKEMA PENGAKAP KANAK-KANAK
PERKHIDMATAN
1. Membantu ibu bapa di rumah
Antara senarai tugas bantuan yang boleh diberikan dalam tempoh seminggu:-
1. Menyapu sampah di dalam rumah dan di halaman rumah
2. Membersihkan tandas dan bilik air
3. Menghidangkan makanan
4. Menolong ibu memasak makanan tengahari
5. Membasuh pakaian sendiri- baju sekolah
6. Menolong ibu menjaga adik
7. Menyiram pokok bunga
8. Menggosokkan pakaian
9. Membasuh kereta / motosikal
10. Mengemas bilik tidur
Pengakuan ibu/bapa/penjaga
Saya ibu bapa / penjaga kepada _______________________________ mengesahkan bahawa
saya telah berpuas hati terhadap bantuan dan pertolongan yang diberikan kepada kami.
Tandatangan ibu bapa / penjaga
Tarikh : ………………………… ………………………………………
()
2. Laporan ringkas lawatan ke pusat kebajikan
Tarikh : ……………………………………. Bil. Peserta : ……………….. orang
Tempat: ……………………………………………………………………………...
………………………………………………………………………………
Nama Pemimpin yang menyertai :
1. ___________________________
2. ___________________________
3. ___________________________
Laporan / catatan lawatan
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
3. Menceritakan kejayaan seseorang..