Nama : Lutfi Haqeem Bin Jamain
Kelas : 6 Inspirasi
Emel : [email protected]
Sekolah : Kebangsaan Taman Kota Kulai
Alamat : Persiaran Sri Putri 2,Taman Putri , 81000
Kulai, Johor
ISI KANDUNGAN
Tajuk Muka Surat
Pengenalan 3
Definisi 4
Kepentingan Perpaduan Kaum 5
Jenis Perayaan di Malaysia 6
Elemen Perpaduan 7
Memelihara Nilai Persahabatan 8
Dan Kekeluargaan
Penerapan Nilai Moral & Sivik 9
Menjaga Sensitiviti Kaum 10
Contoh Amalan Perpaduan 11
Sekalung Penghargaan 12
PENGENALAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang
terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan
keturunan. Setiap kaum mempunyai adat resam
serta budaya yang berbeza. Kaum utama di
Malaysia ialah Melayu, Cina dan India. Selain itu,
terdapat juga penduduk peribumi yang
merupakan orang Asli di Malaysia. Menurut
statistik penduduk warganegara Malaysia tahun
2021, jumlah penduduk Bumiputra dicatatkan
sebanyak 20.9 juta, penduduk Cina 6.7 juta ,
India 2.0 juta dan selebihnya adalah 0.3 juta.
Setiap warganegara haruslah mempunyai
perasaan tanggungjawab yang tinggi serta sedia
berkorban mempertahankan kedaulatan
negara. Justeru, demi masa depan dan
kesejahteraan rakyat Malaysia, perpaduan
antara kaum perlu dikukuhkan contohnya
melalui penerapan silang budaya.
DEFINISI
Budaya
Suatu cara hidup yang berkembang dan
dimiliki bersama oleh sebuah kelompok orang
dan diwariskan dari generasi ke generasi.
Perpaduan
Suatu proses yang menyatupadukan anggota
masyarakat dan negara melalui ideologi negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan di kalangan mereka.
KEPENTINGAN
PERPADUAN KAUM
Mengekalkan keharmonian
masyarakat pelbagai kaum .
Negara menjadi aman dan harmoni.
Melahirkan generasi muda yang
bertanggungjawab, hormat
menghormati dan matang.
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan
dapat dilaksanakan .
Memberikan pandangan positif rakyat
antarabangsa terhadap Malaysia.
Ekonomi akan stabil bagi membantu
pembangunan negara.
Mengekalkan kestabilan politik.
JENIS-JENIS PERAYAAN
DI MALAYSIA
Pada setiap perayaan, tradisi
mengadakan rumah terbuka
memberi peluang untuk rakyat
Malaysia mengenali budaya sesuatu
kaum dan merasai makanan
tradisional.
Semangat perpaduan akan terus
kukuh melalui aktiviti ini.
Antara perayaan utama di Malaysia
adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali, Hari Krismas,
Hari Gawai dan Hari Keamatan.
ELEMEN PERPADUAN
Memelihara nilai
persahabatan dan
kekeluargaan
Elemen
Perpaduan
Penerapan nilai Menjaga
moral dan sivik sensitiviti antara
kaum
MEMELIHARA NILAI
PERSAHABATAN DAN
KEKELUARGAAN
Sahabat bermaksud seseorang yang banyak
memberi kita manfaat, dorongan ketika
mana kita memerlukannya.
Keluarga bermaksud satu kumpulan
manusia yang dihubungkan melalui
pertalian darah dan perkahwinan.
Persahabatan antara kaum yang berbeza
dapat meningkatkan pengetahuan tentang
adat resam dan pantang larang budaya
kaum lain.
Budaya yang berlainan membolehkan kita
belajar sesuatu yang baharu di dalam
kehidupan seharian.
Contohnya, mengelakkan diri daripada
makan di hadapan rakan Islam apabila
mereka berpuasa.
Interaksi secara beradab antara kaum juga
dapat membina persahabatan yang kukuh
Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak
bersahabat dengan pelbagai etnik untuk
mengelakkan gejala diskriminasi kaum.
Ibu bapa menjadi teladan kepada anak-anak
dengan sentiasa bergaul mesra terhadap
jiran tetangga yang berbilang kaum.
PENERAPAN NILAI MORAL
DAN SIVIK
Penerapan nilai-nilai moral dan sivik
amatlah dititikberatkan sejak kita di
bangku sekolah lagi.
Selain itu, terdapat juga nilai
patriotisme yang diterapkan sebagai
tanda cinta kepada negara.
Secara tidak langsung, perkara
tersebut dapat mengeratkan hubungan
antara pelbagai kaum.
Pihak sekolah perlulah menggunakan
pendekatan kreatif bagi menarik minat
pelajar yang berbilang kaum untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti
sekolah.
Melalui aktiviti tersebut, nilai-nilai
moral dan sivik dapat diterapkan
seperti toleransi, bertanggungjawab,
kejujuran, hormat-
menghormati,kegigihan dan bantu
membantu.
MENJAGA SENSITIVITI
ANTARA KAUM
Dalam sebuah negara majmuk yang terdiri
daripada pelbagai kaum, semua rakyat haruslah
menghormati antara satu sama lain.
Kita perlu mengelak daripada menyentuh
sensitiviti kaum dan agama demi keharmonian
bersama.
Setiap pertuturan dan perbuatan perlu dilakukan
secara berhati-hati agar tidak berlaku
ketidaksefahaman antara kaum.
Rasullullah SAW bersabda "Sesungguhya Allah
tidak menyukai perbuatan menghina dan
perbuatan keji". (Hadis riwayat Muslim)
CONTOH AMALAN PERPADUAN
DALAM MASYARAKAT
Kunjung Menyambut
mengunjung Hari
tanpa mengira
Kebangsaan
kaum
Mengadakan Menyertai
majlis rumah Hari Sukan
terbuka Negara
Amalan Menghulurkan
gotong- bantuan pada
royong dalam yang memerlukan
komuniti tanpa mengira
kaum
SEKALUNG
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-
tinggi kesyukuran dipanjatkkan ke
hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya
dapat saya menyempurnakan
tugasan menghasilkan Digital Flip
Silang Budaya. Di kesempatan yang
ada ini, saya mengucapkan jutaan
terima kasih kepada ibu saya
Mastura Abdul Latif dan guru
pembimbing Ustazah Ruhaidah yang
banyak membantu dalam memberi
tunjuk ajar untuk saya
menyempurnakan tugasan ini.
Segala bantuan amat dihargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan
mereka, semua tugasan ini mungkin
tidak dapat dilaksanakan dengan
baik.
Sekian, terima kasih.
-Lutfi Haqeem
SEKIAN,
TERIMA
KASIH