The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1 BMMB1104 NUR AINAA YASMIN

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BMMB20623 Nur Ainaayasmin Binti Nor Azam, 2023-02-13 08:51:30

PENTAKSIRAN BERTERUSAN BMMB1104

PENTAKSIRAN BERTERUSAN 1 BMMB1104 NUR AINAA YASMIN

JKA/Ogos2022 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH 31150 HULU KINTA, PERAK DARUL RIDZUAN BMMB1104 KESUSASTERAAN DAN KEBUDAYAAN MELAYU Nama : NUR AINAA YASMIN BINTI NOR AZAM No. K/P : 040129-02-0288 Angka Giliran : 2022242310056 Program : PPISMP Ambilan : JUN 2022 Unit : Y2 Nama Pensyarah : PUAN ROS ANITA KARTINI BINTI MOHAMED Tarikh Hantar : 13 FEB 2023 PENGAKUAN PELAJAR Saya mengaku bahawa tugasan pentaksiran berterusan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________ PEMERIKSA MODERATOR Markah Markah Tandatangan Cop Tandatangan Cop Tarikh Tarikh PENGESAHAN PELAJAR Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami. Tandatangan Pelajar:__________________________Tarikh : _____________________


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH TUGASAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN TAHUN AKADEMIK: SEMESTER JANUARI 2023-MEI 2023 Program: PPISMP Nama Pelajar: Kod: BMM1104 Semester / Tahun: Semester 1 / Tahun 1 Ambilan: Jun 2022 Kumpulan: Y1, Y2, Y3 dan Y4 Nama Kursus: Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar 1. Penghasilan Produk 20 JANUARI 2023 13 FEBRUARI 2023 2. Persembahan 16 FEBRUARI 2023 20 MAC 2023 Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam Puisi Melayu Tradisional. (C2, HPP1) 2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2). 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2, HPP5, KKG1, KIK2) Pentaksiran berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3. Objektif Pentaksiran Berterusan Pelajar dapat: 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi tradisional. 2. Memperincikan fungsi kesusasteraan Melayu dalam kehidupan masyarakat Melayu Tradisional. 3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera melalui persembahan simulasi puisi kanak-kanak


“Masyarakat rumpun Melayu tradisional sering dilihat sebagai masyarakat yang memiliki tahap pemikiran dan budi bahasa yang tinggi kerana penyampaian puisi dihasilkan secara imaginatif pada masa yang sama mempunyai bentuk struktur terkawal serta bahasa yang indah bagi mengimbangkan nilai rasa dan nilai erti.” – (Dharmawijaya, 1998) Pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut; TUGASAN 1: Penghasilan Produk (30 markah) Berdasarkan penyataan di atas, Puisi Melayu Tradisi merupakan Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia. i. Terangkan konsep dan fungsi Puisi Melayu Tradisional sebagai Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia dengan menghasilkan sebuah bentuk penulisan flip ebook. ii. Huraian dan penjelasan yang pelajar kemukakan perlu diterjemahkan dalam bentuk penulisan tidak melebihi 1200 patah perkataan. iii. Penulisan perlu menggambarkan kemahiran pelajar mengorganisasikan idea dan kemahiran pemikiran kritis dalam menginterpretasikan huraian di atas. TUGASAN KPPB Tugasan ini berkongsi Big Idea (Puisi Melayu Tradisi Wahana Kesantunan Bahasa dan Budaya Masyarakat Malaysia) dengan kursus BMMB1114 (Pengenalan Sistem Ejaan Jawi dan Rumi), kursus BMMB1124 (Literasi Bahasa), dan kursus BMMB1134 (Keterampilan Berbahasa). Projek KPPB dilaksanakan mengikut kesesuaian Big Idea. TUGASAN 2: Persembahan (30 markah) "Pemerolehan bahasa adalah sebagai satu proses penuranian tatabahasa ibunda bagi seorang kanak-kanak yang melibatkan aktiviti-aktiviti mengamati, memahami dan menerbitkan ujaran.” (Simanjuntak, 1987). a) Aspek Kandungan Secara berkumpulan, anda dikehendaki;


i. Menganalisis beberapa buah puisi kanak-kanak seperti “Lagu Tiga Kupang”, “Tepuk Amai- amai”, “Burung Kakak Tua” dan sebagainya. Perbincangan yang dibuat seharusnya berdasarkan asas kritikan sastera yang dipelajari. b) Aspek komunikasi i. Simulasikan puisi kanak-kanak terpilih sebagai wahana kesantunan bahasa dan budaya secara didik hibur bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan di bilik darjah. ii. Simulasi tersebut perlu dipersembahkan melalui aplikasi youtube berdurasi 30 minit. iii. Persembahan akan dinilai melalui aspek komunikasi dan aspek kandungan. Arahan Pelaksanaan Tugasan: 1. Perbincangan Tugasan 1 perlu dilaksanakan secara individu dalam bentuk flip eBook. 2. Tugasan 2 perlu dilaksanakan secara berkumpulan dua hingga tiga orang menggunakan kemahiran digital. 3. Panjang penulisan dalam penghasilan produk bagi Tugasan 1 ialah 1200 patah perkataan tidak termasuk rajah dan lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Produk dan persembahan yang dihasilkan ini perlu disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 6. Liputan dan isi kandungan kertas kerja perlu kreatif dan kritis, menyeluruh, konsisten dan terperinci berserta dengan bahan-bahan yang digunakan. 7. Pemahaman yang mendalam berkaitan aspek yang dituliskan. 8. Keseluruhan penulisan kertas kerja perlu menunjukkan ketulenannya. 9. Penulisan akademik haruslah menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemahkan isi kandungan secara kreatif, kritikal dan analitikal. 10. Format dan organisasi perlu jelas dan koheren. 11. Rumusan yang ringkas, padat dan komprehensif. 12. Rujukan sumber perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat seperti buku, jurnal, intenet dan bahan bercetak yang lain. 13. Bagi menyeragamkan proses penghasilan kerja kursus agar persembahan hasil kerja kursus menepati standard yang ditetapkan:


13.1. Hasil kerja kursus berbentuk teks perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah. 13.2. Fon: Arial. 13.3. Saiz huruf: 11. 13.4. Langkau: 1.5 13.5. Rujukan: APA 7(American Psychological Association) terkini. 13.6. Rajah perlu dilabelkan. 14. Muka hadapan kerja kursus hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut: 14.1. Nama Pelajar 14.2. Angka Giliran 14.3. Nombor Kad Pengenalan 14.4. Kumpulan / Unit 14.5. Kod dan Nama Kursus 14.6. Nama Pensyarah 14.7. Tarikh Hantar 15. Pentaksiran Berterusan ini akan dinilai berdasarkan panduan pemarkahan yang disediakan. Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh : _______________________________ (Nama : SHAMSUDIN BIN ABU BAKAR) Ketua Jabatan


ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN..........................................................................................2 1.0 PENGENALAN .......................................................................................3 2.0 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL ..............................................3 3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL................................................3 4.0 MENIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL....................................................................................5 5.0 KESIMPULAN.........................................................................................7 6.0 BIBLIOGRAFI .........................................................................................8


PENGHARGAAN Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi dan dengan limpah kurnia-Nya, saya Nur Ainaa Yasmin Binti Nor Azam dengan bangganya dapat menyiapkan pentaksiran berterusan Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (BMMB1104) dengan jayanya. Pentaksiran Berterusan ini telah saya sempurnakan dengan bantuan beberapa pihak. Setinggi-tinggi perhargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada Puan Ros Anita Kartini binti Mohamed, pensyarah yang banyak membimbing saya dalam menjayakan pentaksiran ini. Selain itu, tidak lupa juga kepada ibu bapa saya kerana telah banyak memberi sokongan dan dorongan kepada saya supaya terus kuat dan tidak berputus asa. Seterusnya, ingin juga saya selitkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang banyak membantu dan berhempas pulas dalam menjayakan p e n t a k s i r a n ini bersama-sama. Tanpa sokongan dan bantuan daripada mereka, tidak mungkin saya mampu menjayakan kerja kursus ini dengan sempurna. Akhir sekali, harapan saya terhadap pentaksiran ini adalah untuk menambah lagi ilmu pengetahuan sedia ada di samping menjadi panduan untuk menjadi seorang guru yang berjaya pada masa akan datang dan dapat mendidik generasi muda akan datang.


1.0 PENGENALAN Kesusasteraan didefinisikan sebagai satu pengucapan yang dihasilkan oleh orang Melayu yang indah-indah sama ada secara lisan mahupun tulisan. Sastera diambil daripada perkataan sanskrit iaitu “castra” yang bermaksud indah atau baik. Kesusasteraan meliputi karya-karya tradisional dan moden. Selain itu, sastera juga mempunyai nilai-nilai estetika dan kehalusan bahasa indah yang hanya boleh ditafsirkan oleh pembaca yang mempunyai minat yang mendalam terhadap kesusasteraan. Sastera dikatakan telah wujud sejak sebelum tahun 1800 iaitu sebelum terciptanya alat pencetak. Ini membuktikan bahawa sastera telah wujud sejak lama dahulu dan masih kekal menjadi tradisi bangsa Melayu. Sastera mempunyai dua genre yang berbeza iaitu prosa dan puisi. 2.0 KONSEP PUISI MELAYU TRADISIONAL Puisi dibahagikan kepada dua iaitu puisi melayu tradisional dan puisi melayu Moden. Puisi digambarkan sebagai genre sastera pertama yang telah wujud di dunia. Antara buktinya ialah Masyarakat Hindu yang menggunakan puisi untuk melahirkan Mahabharata dan Ramayana. Puisi melayu tradisional merupakan satu wadah untuk menyampaikan sesuatu perkara atau ilmu kepada pendengar dan pembaca. Puisi melayu tradisional sangat unik dan mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Selain itu, puisi melayu tradisional juga dianggap sebagai satu karya seni yang berkenaan dengan adat resam Masyarakat Melayu seperti gaya hidup, perlakuan, pertuturan dan pemikiran Masyarakat Melayu. Puisi dapat memberi gambaran dan penghayatan kepada pembaca dan pendengar apabila mereka menghayati bait-bait tersebut. Selain daripada itu, ia juga merupakan satu karangan yang berangkap bebas dan berirama indah untuk mengekspresikan sesuatu emosi sama ada kegembiraan, kesedihan, atau menyindir. Antara genre yang terdapat dalam puisi melayu tradisional ialah pantun, syair, gurindam, dan seloka. 3.0 FUNGSI PUISI MELAYU TRADISIONAL Jika ditinjau kembali dalam aspek puisi ini, terdapat pelbagai fungsi puisi melayu tradisional. Antaranya ialah sebagai satu wahana untuk menyampaikan dakwah. Penyampaian dakwah secara dalam puisi ini memberi impak yang kuat kerana ayat


yang disusun sangat puitis di samping mempunyai maksud yang amat mendalam. Seperti yang kita dapat teliti bait-bait rangkap yang terdapat dalam puisi, kita dapat memahami apa yang tersirat dan terkandung di dalam puisi tersebut. Sebagai contoh, petikan rangkap daripada Syair Perahu; Barang siapa bergantung di situ, Teduhlah selebu yang rencam itu, Pedoman betuli perahumu laju, Selamatlah engkau ke pulau itu. Berdasarkan rangkap tersebut, dapat kita tafsirkan bahawa sesiapa yang berpegang teguh dengan ajaran islam iaitu ajaran daripada Nabi Muhammad SAW, maka selamatlah mereka ketika berjalan di atas titian sirat untuk menuju ke syurga Allah SWT. Selain itu, puisi melayu tradisional juga sering digunakan sebagai alat untuk berhibur. Hal ini kerana irama dan melodinya yang mendayu dan isinya yang menarik dapat menarik minat setiap masyarakat yang mendengar. Sebagai contoh, pantun digunakan sebagai wadah untuk berjenaka dan berteka-teki dan akhirnya diselesaikan dengan gelak tawa bergembira. Selain itu puisi dan seloka juga diminati oleh banyak masyarakat kerana didendangkan secara mendayu-dayu. Seterusnya, puisi melayu tradisional juga dijadikan wadah dalam bidang pendidikan kerana sarat dengan ilmu pengajaran dan nilai-nilai moral yang boleh disampaikan kepada generasi-generasi muda. Contoh pantun berkenaan pendidikan ialah; Jika kamu tak pakai baju, Pasti malu dilihat tetangga, Jika kamu tidak punya ilmu, Seumur hidup akan sengsara. Oleh itu kerajaan haruslah mengambil inisiatif untuk mencipta satu mata pelajaran sastera kepada generasi muda seawal usia prasekolah sekolah rendah dan puisi yang diajar haruslah bersesuaian dengan umur mereka seperti pengajaran puisi kanak kanak kepada prasekolah dan sekolah rendah manakala pada peringkat sekolah mengengah haruslah diajar dengan puisi remaja. Hal ini sekaligus dapat menarik minat mereka untuk lebih menghayati dan berminat dengan aset budaya masyarakat melayu dan tidak akan hilang ditelan zaman.


4.0 MENIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM KARYA PUISI TRADISIONAL 4.1 PANTUN Pantun merupakan salah satu puisi melayu tradisional yang cukup dikenali sehingga ke hari ini. Masyarakat melayu dahulu selalu menggunakan pantun sebagai satu tradisi dan adat ketika merisik dan membalas surat. Antara ciri-ciri yang terdapat dalam pantun ialah pantun mempunyai pelbagai rangkap baris dan mempunyai dua unit iaitu pembayang serta maksud. Seterusnya rima akhir bagi pantun juga perlu sejajar. Sebagai contoh, bagi pantun dua kerat perlu berakhir berbentuk ‘a’’a’ manakanla bagi 4 kerat pula ialah ‘a’’b’’a’’b’. seterusnya, Pantun mempunyai pelbagai jenis dan digunakan bersesuaian dengan suasana. Sebagai tamsilnya, apabila lelaki yang ingin meluahkan perasaan kepada kekasihnya, dia akan menggunakan pantun meluahkan perasaan. Contohnya; Kiri jalan, Kanan jalan, Sama tengah pohon mengkudu, Kirim jangan pesan pun jangan, Sama-sama menanggung rindu. 4.2 SYAIR Menurut Dewan Bahasa Dan Pustaka, Syair didefinisikan sebagai satu karangan bersajak yang terdiri daripada empat baris yang berakhir dengan bunyi yang hampir sama. Setiap baris mempunyai mesej yang tersendiri yang dideklamasikan secara puitis berbeza dengan pantun yang mempunyai pembayang. Syair hadir kerana diambil daripada perkataan Arab iaitu “syi’r” yang bermaksud puisi. Selain itu, terdapat pelbagai jenis syair yang wujud iaitu syair romantik, syair sejarah dan syair keagamaan. Antara syair yang terkenal dalam masyarakat melayu termasuklah syair Burung Nuri, Syair Perahu dan Syair Bidasari.


4.3 SELOKA Seloka berasal daripada perkataan sanskrit “shloka” dan diubah menjadi seloka. Seloka selalu digunakan secara halus oleh masyarakat melayu bertujuan untuk menyindir dan mengkritik perkara negatif yang dilakukanoleh seseorang individu tanpa melukakan perasaan individu tersebut. Hal ini bertujuan untuk lebih membuka mata dan memberi pengajaran kepada orang ramai. Antara bentuk seloka ialah seloka tidak mempunyai pembayang seperti pantun dan ia merupakan puisi bebas dan tidak terikat. Selain itu, bilangan rangkap, perkataan, suku kata, dan rima juga tidak terikat dan bebas. Sebagai contoh seloka Si Luncai yang diciptakan untuk mengkritik cara Si Luncai yang tidak bertanggungjawab dalam hal-hal berkenaan kehidupannya. 4.4 GURINDAM Gurindam merupakan satu bentuk puisi yang telah terkenal dalam masyarakat Melayu sejak dari dahulu lagi. Gurindam telah diperkenalkan oleh masyarakat Hindu dan perkataan “kirindam” diambil dan kemudian ditukarkan kepada gurindam. Gurindam mempunyai tiga jenis iaitu gurindam serangkap dua baris, gurindam serangkap empat baris dan gurindam bebas. Bilangan perkataan dan suku kata dalam gurindam tidak tetap dan bebas. Selain itu, gurindam juga mempunyai syarat untuk dipatuhi iaitu pada baris pertama iai menyatakan peristiwa yang ditulis manakala pada baris yang kedua akan menjawab semula persoalan di baris pertama. Sebagai contoh, dalam gurindam dua belas pasal yang pertama; Barang siapa tiada memegang agama, Sekali-kali tidak boleh dibilang nama Barang siapa mengenal yang empat, Maka itulah orang yang ma’rifat Barang siapa mengenal Allah, Suruh dan tegahNya tada ia mengalah. Seterusnya, contoh bagi gurindam serangkap emoat baris pula ialah dari gurindam 12 pasal 4;


Apabila dengki sudah bertanah, datanglah daripadanya beberapa anak panah, Mengumpat dan memuji hendaklah pikir, di situlah banyak oroang yang tergelincir, Pekerjaan marah jangan dibela, nanti hilang akal di kepala, Jika sedikitpun berbuat bohong, boleh diumpamakan mulut itu pekong. 5.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, sastera bukan sahaja salah satu medium untuk berhibur, malah ia merupakan satu wadah untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat serta idea kepada orang ramai. Tetapi pada era yang serba moden ini, penggunakan puisipuisi tradisional hanya digunakan dalam keadaan-keadaan tertentu sahaja dan tidak berkembang secara meluas seperti zaman dahulu. Keadaan ini amat membimbangkan kerana kehadiran puisi-puisi ini akan semakin menghilang dari bumi dan tidak akan pernah digunakan lagi. Oleh itu, sebagai Masyarakat Melayu yang sayang akan keindahan bahasa Melayu, kita patut menaikkan semula puisipuisi tradisional sehingga dapat membuka mata masyarakat dan dunia kembali tentang kepentingan bahasa kesusasteraan Melayu. Bak kata mutiara, “tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas’ yang membawa maksud tentang warisan Bangsa Melayu yang patut dijaga dan dipertahankan supaya tidak ketinggalan dek zaman.


6.0 BIBLIOGRAFI Dinsenu. (n.d.). BAHASA MELAYU OUM: PUISI MELAYU TRADISIONAL. BAHASA MELAYU OUM. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/12/puisimelayu-tradisional.html Harun, M. P., Ismail, H., Siti Hawa, S., Abu Hassan, S., Abdul Rahman, K., & Jamilah, H. A. (2000). Kesusasteraan Melayu Tradisional (Vol. 2). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kesusasteraan. (2021, December 6). Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kesusasteraan Konsep Puisi Tradisional. (n.d.). Konsep Puisi Tradisional. Retrieved February 10, 2023, from https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/konsep-puisitradisional.html#:~:text=Puisi%20tradisional%20merujuk%20kepada%20hasil Mohd. Rosli Saludin. (2007). Puisi Melayu tradisional. Goal Intelligent Pub. Puisi Melayu Tradisional. (2008, September 21). Qaryafikir. https://qaryafikir.wordpress.com/2008/09/21/puisi-melayu-tradisional/ Ramadhanti. (2021, August 23). 7+ Puisi Pendidikan Menyentuh Hati, Pendek & Singkat. Pinhome. https://www.pinhome.id/blog/puisipendidikan/#3_Puisi_Pendidikan_Moral Razak, Z. A., & Salleh, C. I. (2015). Pemikiran Melayu tentang ilmu dan adab dalam puisi Melayu tradisional. Jurnal Antarabangsa Alam dan Tamadun Melayu (Iman), 3(2), 121-129. Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13. Sastera Melayu – TahuTuai. (n.d.). Retrieved February 10, 2023, from https://tahutuai.com/sasteramelayu/#:~:text=Sastera%20Melayu%20telah%20dikaitkan%20dengan


Syed, & Abdul, A. (1963). Bahasa dan kesusasteraan Melayu dari segi kebudayaan. Dbp.


Click to View FlipBook Version