KENYATAAN TAWARAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN BANGUNAN DAN KAWASAN
KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI,
14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG
1. Sebutharga ini adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor bumiputra yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia
di bawah kod bidang Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di bawah Kepala dan Sub-Kepala 200801 (Kawalan Keselamatan)
dan lain-lain yang berkaitan serta masih sah dan berkuatkuasa.
2. Sebut harga yang ditawarkan oleh KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) adalah seperti berikut:
BIL KOD SEBUT NAMA KOLEJ TEMPOH TARIKH, MASA DAN TEMPAT TARIKH TUTUP DAN TEMPAT
HARGA KONTRAK TAKLIMAT DAN LAWATAN HANTAR DOKUMEN
TAPAK
TARIKH : 3 NOVEMBER 2016
TARIKH : 26 OKTOBER 2016 (KHAMIS)
(RABU)
01 JANUARI MASA : MASA : 12.00 TENGAHARI
2017
KVS3P-01/2017 KOLEJ i) PENDAFTARAN : 10.00 PAGI TEMPAT : PEJABAT PENTADBIRAN
HINGGA KOLEJ VOKASIONAL
1. (PKKBK) VOKASIONAL 31 DISEMBER ii) TAKLIMAT : 10.30 PAGI SEBERANG PERAI,
BUKIT MINYAK, 14000
SEBERANG PERAI 2017 & LAWATAN BUKIT MERTAJAM ,
PULAU PINANG
TAPAK
TEMPAT : BILIK MESYUARAT
KOLEJ VOKASIONAL
SEBERANG PERAI
3. Semasa Taklimat , Lawatan Tapak dan Pembelian Dokumen Sebutharga , kontraktor – kontraktor hendaklah mengemukakan
SIJIL ASAL (untuk pengesahan) dan SALINAN FOTOSTAT (tidak dikembalikan) dokumen – dokumen berikut :
i. Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat berserta Lampiran A daripada Kementerian Kewangan yang lengkap menyatakan Kod
Bidang berkaitan yang masih sah dan berkuatkuasa.
ii. Sijil dan Lesen (Borang B) Menjalankan Urusan Agensi Persendirian dari Kementerian Dalam Negeri yang sah dan masih
berkuatkuasa
4. Setiap penyebut harga yang hendak memasuki sebutharga adalah DIWAJIBKAN HADIR KE TAKLIMAT SEBUTHARGA.
Penyebut harga yang menghadiri taklimat mestilah terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah SAHAJA dan TIDAK BOLEH
MEWAKILKAN pegawai selain daripada penama dalam Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor atau Sijil Akaun
Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan Malaysia selaras dengan 1Pekeliling Perbendaharaan : PK2/2013.
Sila bawa bersama Salinan Borang 49, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang DIAKUI SAH oleh SSM bagi Lembaga
Pengarah atau Surat Pengesahan Jawatan bagi kakitangan syarikat yang hadir semasa menhadiri taklimat. Hanya penyebut
harga yang menghadiri taklimat sebutharga sahaja dibenarkan membeli satu Dokumen Sebutharga bagi satu tawaran. Lawatan
Tapak adalah DIWAJIBKAN.
5. Harga bagi satu set Dokumen Sebutharga adalah RM 30.00. Bayaran boleh dibuat secara Tunai, Money Order, Postal Order
atau Draf Bank atas nama Kolej Vokasional Seberang Perai.
6. Tawaran hendaklah disediakan di dalam 2 (Dua) sampul iaitu Cadangan Tawaran Teknikal dan Cadangan Tawaran Harga
dan dilabelkan di sebelah kiri atas sampul. Kemudian tawaran sebut harga tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam satu (1)
sampul surat besar dengan mencatatkan No. Sebut Harga di penjuru atas sebelah kiri sampul surat dan di alamatkan kepada :-
PENGARAH
KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI
Bukit Minyak,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
dan dimasukkan ke dalam peti sebut harga seperti yang dinyatakan pada jadual di atas pada atau sebelum tarikh tutup
sebut harga iaitu sebelum pukul 12.00 tengah hari. TAWARAN SEBUTHARGA YANG LEWAT TIDAK AKAN
DIPERTIMBANGKAN.
7. Tawaran sebutharga tidak akan dipertimbangkan sekiranya
i. Penyebut harga LEWAT mengemukakan tawaran sebutharga
ii. Penyebut harga GAGAL mengemukakan dokumen wajib seperti yang dinyatakan dalam Dokumen Sebutharga
iii. Penyebut harga GAGAL menghadiri taklimat sebutharga dan lawatan tapak
iv. Syarikat yang mempunyai rekod / prestasi buruk (surat amaran terakhir) dari Kementerian Dalam Negeri atau agensi kerajaan
yang lain.
8. Di antara KRITERIA UTAMA yang akan diberi pertimbangan adalah penyebut harga seperti berikut :-
i. Penyebut harga mempunyai keupayaan pembiayaan kewangan dan boleh menampung kos operasi bersamaan dua (2) bulan
tuntutan bulanan kontrak dan
ii. Penyebut harga adalah berdaftar di daerah berkenaan atau daerah bersebelahan.
iii. Penyebut harga mempunyai pengawal keselamatan yang telah mendapat sijil Certified Security Guards (CSG) akan diberi
keutamaan.
9. Iklan dan dokumen sebut harga ini juga boleh dirujuk di laman blogspot dan laman facebook KOLEJ VOKASIONAL
SEBERANG PERAI seperti berikut:
www.kvseberangperai.blogspot.com
https://www.facebook.com/KVSEBERANGPERAI
Untuk Pertanyaan Hubungi :- 04-5022079 / 04-5022080 (Pej Sekolah)
10. KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran terendah atau mana-mana
tawaran atau memberikan apa-apa sebab di atas penolakan sesuatu tawaran sebut harga.
11. Keputusan sebutharga adalah MUKTAMAD dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.