Anak Kucing Tersesat Penulis : Haslinda Jamaluddin
Pada suatu hari yang cerah, seekor anak kucing yang comel bernama Fifi sedang bermain-main di halaman rumah. Fifi sangat nakal dan suka meneroka tempattempat baru.
Dia melompat ke sana ke mari, mengejar kupu-kupu dan berguling di atas rumput hijau. Namun, kerana terlalu asyik bermain, Fifi tidak menyedari bahawa dia telah menjauh dari rumahnya.