The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kwanchoimee, 2021-10-28 13:12:37

Soalan KBAT Ting 3

Soalan KBAT Ting 3

Keywords: KBAT

CONTOH
SOALAN KBAT

Penilaian Tingkatan 3
PT3

 Tingkatan 1
 Tingkatan 2
 Tingkatan 3

Fakta-Fakta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Mukadimah…………….

Paparan berikutnya akan dipersembahkan fakta-fakta KBAT mengikut bab dan
tingkatan.

Tujuan dipaparkan fakta-fakta ini adalah kerana soalan KBAT telah menjadi satu
soalan wajib dalam pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Bermula dari pembelajaran
di tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 KSSM, soalan KBAT menyumbang markah yang
besar kepada murid untuk lulus dengan cemerlang.

Murid-murid yang berjaya menguasai fakta dan menulis dengan menggunakan
formula F/H/C/I atau fakta-fakta + penanda wacana akan membantu murid
mendapat markah yang tinggi dalam penilaian Sejarah PT3. Soalan KBAT wujud pada
setiap soalan bertulis iaitu soalan struktur dan soalan esei. Maka itu, murid adalah
diharapkan dapat meguasai bahagian ini dengan mantap dan betul (MANTUL).

CM Kwan 2021



Cara menghargai warisan negara
 Melawat bangunan bersejarah bersama keluarga atau rombongan

sekolah
 Kita perlu menyokong usaha murni kerajaan demi kepentingan

warisan dan sejarah negara kita
 Memberikan sumbangan untuk memelihara dan mengekalkan

khazanah negara
 Menjadikan pusat tarikan pelancong
 Menjadikan mata pelajaran sejarah wajib di peringkat sekolah
 Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Fort

Cornwalis di Pulau Pinang, A Famosa di Melaka dan Dutch Square di

Melaka
 Menggalakkan penyelidikan dalam memelihara dan memulihara

khazanah negara dengan mengadakan peruntukan khas seperti

Bangunan Cheong Fatt Tze telah dianugerahi pingat Unesco

Heritage 2000 Award.

Kepentingan sejarah
 Mengenal asal usul
 Mengambil iktibar
 Memupuk patriotisme
 Mengukuhkan perpaduan
 Membangunkan negara dan bangsa
 Mengaplikasikan kemahiran pemikiran sejarah
 Berupaya mendidik generasi akan datang mencintai negara
 Bersifat empati
 Meneruskan kegemilangan tamadun bangsa Malaysia
 Membentuk warganegara yang mempunyai jati diri dan

keperibadian mulia







Bandar Impian

 perlu sistematik dan mengikut susunan teratur
 mempunyai pembinaan bangunan yang cantik dan unik
 terdapat kawasan perumahan /sistem perumahan elektronik
 terdapat kawasan perdagangan dan pelabuhan
 terdapat pusat pentadbiran
 mempunyai sistem perparitan yang baik
 menjaga kebersihan alam sekitar
 bandar siber
 sistem perhubungan moden, pantas dan tanpa kesesakan
 selamat dan aman

Langkah-langkah yang boleh dicontohi daripada
kejayaan tamadun awal dunia

o Mempunyai pemimpin yang berwibawa
o Menguasai ilmu pengetahuan
o Mempunyai pentadbiran yang berkesan
o Mempunyai disiplin yang tinggi
o Tidak mudah putus asa
o Bijaksana memanfaatkan sumber alam
o Membanyakkan kajian dan penyelidikan
o Menguasai bidang teknologi dan sains

Cara menghadapi cabaran

o Sentiasa meningkatkan pengetahuan
o Meningkatkan ketrampilan diri
o Menambah baik kemahiran kendiri seperti komunikasi
o Menjalinkan hubungan sosial dengan pelbagai pihak

peringkat tempatan dan antarabangsa
o Sifat berdaya tahan
o Berdaya saing
o Daya juang yang tinggi
o Perkhemahan seperti Kem Bina Semangat / unit beruniform

Nilai yang dapat dicontohi daripada kemajuan Tamadun
Yunani dan Tamadun Rom

 Mendorong kita supaya berusaha bersungguh-sungguh bagi
mencapai kemajuan

 Nilai-nilai demokrasi yang diasaskan mendidik kita agar
menjunjung tinggi dan sanggup mempertahankan nilai tersebut

 Melahirkan semangat patriotisme untuk membangunkan negara
 Setiap warganegara menjunjung tinggi adat resam
 Menghormati undang-undang negara

Mengapakah kekuatan tentera menjadi ciri penting
untuk meluaskan kuasa?

 Untuk mencapai kemenangan di medan peperangan
 Melambangkan keagungan kerajaan
 Meluaskan empayar
 Asas kekuatan kerajaan
 Setia dan patriotik kepada negara

Kebaikan sistem peperiksaan/pendidikan

 Melahirkan masyarakat yang berilmu dan berkeyakinan
 Melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik bagi

membangunkan negara
 Menguji penguasaan kefahaman pelajar
 Dapat mengenal pasti pelajar yang berpotensi dan

berkemampuan
 Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan mematuhi peraturan
 Melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab
 Dapat mengenal pasti individu yang berkemahiran dalam sesuatu

jurusan/bidang
 Membentuk sahsiah yang mulia
 Melahirkan masyarakat yang kreatif dan inovatif
 Melahirkan masyarakat yang berkelayakan tinggi untuk

menjawat jawatan yang tinggi seperti pemimpin negara
 Melahirkan masyarakat/individu yang berwawasan dan

berpandangan jauh





Perdagangan

Cara/langkah/usaha memajukan bidang perdagangan :

 Melahirkan pedagang yang berilmu pengetahuan tentang bidang
perdagangan

 Menubuhkan Akademi Laut Malaysia untuk melatih angkatan laut
menjaga perairan negara supaya keselamatan pedagang terjamin

 Mendedahkan pelajar kepada bidang perdagangan dengan
menawarkan jurusan perdagangan

 Mengadakan prasarana pelabuhan yang lebih bertaraf dunia untuk
menarik pedagang

 Memartabatkan kerjaya pedagang melalui media massa
 Mengadakan hubungan perdagangan dengan semua negara di dunia
 Mempelbagaikan barang perdagangan
 Menghasilkan barangan perdagangan yang berkualiti

Cara-cara untuk meningkatkan/memajukan sektor pertanian :

 melahirkan petani yang berilmu pengtahuan tentang bidang pertanian
 mendedahkan pelajar terhadap sektor pertanian dengan menawarkan jurusan

pertanian
 mementingkan bidang penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian
 mencipta kaedah pertanian yang moden
 menggalakkan penggunaan tanah secara optimum
 menggunakan baja kimia dan organik/baka yang baik untuk meningkatkan hasil

pertanian yang berkualiti
 menggalakkan inovasi dalam pertanian
 menjalankan pertanian secara besar-besaran
 melakukan aktiviti hiliran untuk setiap hasil pertanian
 memberikan bantuan kewangan/subsidi kepada pengusaha hasil pertanian
 mempelbagaikan hasil tanaman supaya tidak bergantung pada tanaman utama
 meningkatkan pendapatan petani untuk menggalakkan lebih ramai menceburi

bidang pertanian

Nilai/iktibar yang boleh dicontohi daripada kerajaan
Alam Melayu

 kepentingan mengekalkan kestabilan politik
 berusaha meningkatkan kebolehan diri
 bijaksana dalam memanfaatkan kekayaan sumber alam
 bersikap kreatif dan inovatif
 mentaati pemimpin dan pemerintah
 sikap kerjasama
 rajin / tekun / gigih berusaha

Bab 3 Sosiobudaya Masyarakat Kerajaan
Alam Melayu

Bab 4 Agama, Kepercayaan Dan Keunikan
Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu

Bab 6 Kesultanan Johor Riau

Bab 7 Kesultanan Melayu Pahang, Perak,
Terengganu Dan Selangor

Bab 8 Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan
Dan Perlis

Bab 9 Warisan Kerajaan Kedah, Kelantan, Negeri
Sembilan Dan Perlis

Bab 10 Sarawak Dna Sabah

Ciri-ciri/sifat yang perlu ada pada
rakyat/pelajar/warganegara/bagi mengekalkan

perpaduan/kedaulatan :

 bersifat baik sangka & mencintai keamanan
 berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat

 menghormati semua lapisan masyarakat
 berazam menjadi individu yang berkemahiran dalam pelbagai bidang
 mempunyai perancangan dan strategi yang rapi dalam segala perkara

 tidak bersifat perkauman
 meningkatkan jati diri
 berwawasan
 tidak mudah putus asa

 bekerjasama bagi mewujudkan keadaan harmoni
 meningkatkan ilmu pengetahuan
 mahir dalam bidang ICT
 menjadi pekerja yang mahir

 mengikuti perkembangan semasa dunia
 sentiasa berrsedia menerima perubahan

 mengekalkan perpaduan
 berfikiran terbuka

Ciri-ciri pemimpin yang menjaga keamanan /keharmonian dan
kesejahteraan negara :

 Mengelakkan peperangan dengan cara aman/melalui rundingan
 Memupuk semangat setia kawan dengan negara lain

 Bersuara lantang membantah sebarang penganiayaan/perkara yang
menggugat keamanan negara

 Menghapuskan diskriminasi dan penindasan
 Menekankan prinsip keadilan kepada semua negara
 Bekerjasama mengatasi masalah politik, ekonomi dan sosial (PES)
 Menjalinkan hubungan diplomatik dengan semua negara di dunia
 Memupuk semangat setia kawan dengan negara lain

 Sedia membantu negara miskin









Langkah meningkatkan pembangunan
ekonomi Malaysia ke tahap antarabangsa

 mempromosikan kawasan yang berpotensi untuk
pelancongan

 meningkatkan kecekapan dalam pentadbiran
 bersikap kreatif dan inovatif dalam menghasilkan produk

yang cemerlang
 mengamalkan pembangunan bandar dan luar bandar
 menaik taraf infrastruktur dan kemudahan awam

 pertukaran teknologi
 meluaskan pasaran ekonomi
 menjalinkan hubungan luar

Langkah-langkah menangani cabaran untuk
mempertahankan kedaulatan negara

 memiliki kekuatan dan kemampuan tentera
 menghindari sebarang tindakan yang dapat mencetuskan

provokasi kaum
 bersifat produktif untuk meningkatkan prestasi ekonomi
 bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan

maruah dan kemerdekaan negara
 memperoleh pendidikan yang luas
 mengamalkan konsep rukun negara

 menerapkan nilai patriotisme



CONTOH JAWAPAN SOALAN STRUKTUR

Mengapakah kekuatan tentera menjadi ciri penting untuk meluaskan
kuasa? ( 4 markah) Formula : fakta-fakta + penanda wacana

√Kekuatan tentera menjadi ciri penting untuk meluaskan kuasa kerana ia penting untuk

mencapai kemenangan di medan peperangan. Selain itu, kekuatan tentera turut

√melambangkan keagungan kerajaan. Seterusnya, kekuatan tentera akan dapat
√meluaskan empayar pemerintahan sesebuah kerajaan. Akhir sekali, kekuatan tentera
√adalah asas kekuatan kerajaan. Maka itu, kita haruslah setia dan patriotik kepada
√negara.

Ada 5 √maka 5 markah, anda akan mendapat 4 markah penuh (markah maksima)

CADANGAN JAWAPAN : 4 maks
 Untuk mencapai kemenangan di medan peperangan
 Melambangkan keagungan kerajaan
 Meluaskan empayar
 Asas kekuatan kerajaan
 Setia dan patriotik kepada negara

CONTOH JAWAPAN SOALAN ESEI (jawapan cemerlang kerana ada FHCI dan fakta + penanda wacana)

Bagaimanakah caranya menghargai warisan negara ? ( 8 markah)
Formula : FHCI

Cara menghargai warisan negara adalah melawat bangunan bersejarah bersama keluarga atau

√ √rombongan sekolah. Cara kedua, menyokong usaha murni kerajaan menjadikan warisan negara

sebagai pusat tarikan pelancong. Cara ketiga, memberikan sumbangan untuk memelihara dan

√mengekalkan khazanah negara. Contohnya, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah
√A Famosa di Melaka. Cara keempat, melibatkan diri dalam penyelidikan dalam memelihara dan
√memulihara khazanah negara seperti Bangunan Cheong Fatt Tze yang telah dianugerahi pingat
√Unesco Heritage 2000 Award. Cara terakhir, menjadikan mata pelajaran Sejarah wajib di
√ √peringkat sekolah. Tuntasnya, saya akan menyokong usaha murni kerajaan demi kepentingan

warisan dan sejarah negara dalam semua aspek agar warisan negara dapat dikekalkan selamanya.

Ada 8 √ dan jawapan ada FHCI maka dapat markah PENUH (8) markah maksima.

CADANGAN JAWAPAN : Cara menghargai warisan negara

 Melawat bangunan bersejarah bersama keluarga atau rombongan sekolah 8 maks
 Kita perlu menyokong usaha murni kerajaan demi kepentingan warisan dan sejarah negara kita
 Memberikan sumbangan untuk memelihara dan mengekalkan khazanah negara

 Menjadikan pusat tarikan pelancong

 Menjadikan mata pelajaran sejarah wajib di peringkat sekolah

 Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti Fort Cornwalis di Pulau Pinang, A Famosa di Melaka dan

Dutch Square di Melaka

 Menggalakkan penyelidikan dalam memelihara dan memulihara khazanah negara dengan mengadakan peruntukan khas

seperti Bangunan Cheong Fatt Tze telah dianugerahi pingat Unesco Heritage 2000 Award.





Terima Kasih


Click to View FlipBook Version