SEJARAH TINGKATAN 4
BAB 2 KEBANGKITAN NASIONALISME
2.1 Maksud Nasionalisme
2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat
2.3 Perkembangan Nasionalisme di Asia
BAB 2
Kebangkitan Nasionalisme
Perkembangan
idea nasionalisme
di Barat mempengaruhi
kebangkitan
nasionalisme di Asia
dan Asia Tenggara
termasuklah negara kita.
Perkembangan
nasionalisme di negara
kita tercetus daripada
pelbagai faktor yang
seterusnya memberikan
kesan kepada usaha
membina tamadun
bangsa dan negara.
2.1
Maksud Nasionalisme
Apakah yang Maksud Semangat kebangsaan yang
dimaksudkan Nasionalisme : menjelaskan sikap dan pendekatan
Perasaan cinta yang
dengan mendalam terhadap berkaitan dengan perjuangan
nasionalisme? bangsa dan negara menentang penjajah
Pembelaan terhadap bangsa dan
negara
Gerakan untuk mencapai kebebasan
politik, ekonomi dan sosial daripada
penguasaan orang asing
Idea nasionalisme berkait rapat dengan
pengalaman sejarah dan pengaruh sekeliling
seperti keturunan, agama, bahasa dan adat resam
Pendapat Tokoh
Berkaitan Nasionalisme
Hans Profesor Dato’ Onn Dr.
Kohn William R. Roff Jaafar Burhanuddin
al-Helmi
Profesor Datuk Dr. R. Profesor Emeritus
Zainal Abidin Suntharalingam Tan Sri Dr. Khoo
Abdul Wahid
Kay Kim
Hans Kohn
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang
meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara
atau bangsanya.
Profesor William R. Roff
Kebangkitan nasionalisme Melayu lebih kepada kesedaran
dan ketegasan diri pada dekad terakhir sebelum Perang Dunia
Kedua.
Ini disebabkan oleh ancaman terhadap hak kepentingan orang
Melayu serta faktor ekonomi.
Nasionalisme juga timbul akibat kebimbangan masyarakat
terhadap sekularisme dan imperialisme B7arat yang melanda
Tanah Melayu.
Dato’ Onn Jaafar
Kita hendaklah menzahirkan suatu bangsa yang lebih tegap
dan kuat, berdiri di atas tapak kaki kita sendiri dan
mengambil tempat kita yang sebenar di sisi bangsa-bangsa
lain yang tegap dan bersatu.
Dr. Burhanuddin al-Helmi
Perjuangan menentang penjajahan hendaklah ada persatuan dan
perpaduan yang kuat iaitu National Fronts.
Segala tenaga yang menentang penjajahan hendaklah digunakan
untuk mencapai kemerdekaan dengan tetap berpegang pada tatatertib
dan adab sopan bangsa Melayu dan agama Islam untuk menebus,
merebut dan merampas kembali hak mutlak bangsa kita yang telah
ditenggelamkan itu. 8
Dr. R. Suntharalingam
Nasionalisme merupakan fenomena sejagat yang mengiktiraf hak setiap
bangsa di dunia ini untuk menubuhkan negaranya sendiri dan
memindahkan kedaulatan kepada rakyat.
Nasionalisme juga menuntut kesetiaan ulung individu disalurkan kepada
negara bangsa itu.
Profesor Datuk Zainal Abidin Abdul Wahid
Nasionalisme Melayu bukanlah gejala baharu
hasil penggabungan Tanah Melayu oleh British,
tetapi nasionalisme Melayu telah wujud sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Kesimpulan Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim
Tafsiran
Dalam konteks Melayu sebelum merdeka, nasionalisme
Nasionalisme digunakan untuk merujuk perjuangan orang Melayu
bagi mendapatkan kembali kedudukan unggul dalam
negara sendiri.
Nasionalisme mempunyai pelbagai tafsiran berdasarkan
sejarah, corak perjuangan dan karisma pemimpin.
Nasionalisme berkait rapat dengan perasaan cinta akan
negara yang mencetus keinginan membina negara
bangsa dan melahirkan identiti sendiri.
Juga, gerakan untuk melahirkan perasaan kekitaan
dengan menggunakan persamaan kebudayaan dan
pengalaman sejarah yang bertujuan membebaskan
negara daripada1p0enjajah.
2.2
Perkembangan
Idea Nasionalisme
di Barat
Nasionalisme di Barat England Perancis
berkembang hasil daripada
penentangan terhadap Amerika
pemerintahan beraja yang
menjadi simbol penindasan
yang menggugat hak dan
kebebasan rakyat.
Seperti Revolusi Keagungan di
England dan Revolusi
Perancis.
Nasionalisme dikaitkan dengan
perjuangan untuk
memperoleh kemerdekaan
daripada penjajahan kuasa asing
seperti Revolusi Amerika.
Revolusi Keagungan (Glorious Revolution) di England berlaku Revolusi
Keagungan
disebabkan oleh keinginan menegakkan kedaulatan parlimen
(1688)
dan hak asasi rakyat.
Tercetus berikutan pemerintahan Raja James II membelakangkan
parlimen semasa menggubal undang-undang,
Ahli parlimen menentang raja berkuasa mutlak dengan sokongan
Mary II dan suaminya, Raja William of Orange dari Belanda.
Raja James II melarikan diri ke Perancis apabila menyedari
sokongan semakin berkurangan.
Diberi nama Revolusi Keagungan kerana peralihan kuasa berlaku secara
aman tanpa pertumpahan darah.
Semasa pemerintahan Mary II dan William of Orange, konsep kedaulatan
parlimen dan sistem raja berperlembagaan dimantapkan.
Bill of Right digubal untuk memberikan keutamaan kepada parlimen
menggubal undang-undang dan hak mengutip cukai.
13
Revolusi Amerika merupakan reaksi orang Amerika menentang
penjajahan British kerana British tidak melindungi hak
penduduk Amerika yang merupakan sebahagian daripada
empayar British.
Penduduk Amerika menentang akta memungut cukai di jajahan
seperti Akta Pelayaran, Akta Gula, Akta Setem dan Akta Teh. Revolusi
Slogan “tiada cukai tanpa perwakilan” kerana tiada wakil
Amerika dalam Parlimen British. Amerika
Pemimpin tanah jajahan menubuhkan kongres yang diketuai oleh (1776)
George Washington dan mengisytiharkan perang terhadap British
memperjuangkan kemerdekaan untuk Amerika.
Kongres meluluskan Perisytiharan Kemerdekaan Amerika yang ditulis oleh Thomas
Jefferson pada Julai 1776.
Penegasan jika kerajaan tidak dapat menjamin hak kehidupan. Kebebasan dan
kebahagiaan, maka menjadi hak penduduk untuk membentuk kerajaan baharu.
Revolusi Amerika berakhir pada tahun 1783, apabila British mengakui kemerdekaan
Amerika. 13 buah bekas tanah jajahan digabungkan dan diberikan nama baharu
sebagai Amerika Syarikat yang memp1e4rkenalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Revolusi Revolusi Perancis tercetus daripada idea nasionalisme yang
Perancis
(1789) memperjuangkan kebebasan, persamaan dan persaudaraan
oleh golongan pemikir Perancis seperti Jean Jacques
Rousseau dan Voltaire.
Rousseau telah menulis The Social Contract yang
mengemukakan keunggulan suara rakyat bagi menjamin
kesejahteraan masyarakat.
Suara rakyat digelar “hasrat umum” yang merupakan kata
sepakat golongan yang mempunyai kesedaran.
Kedaulatan suara rakyat lebih tinggi dan penting
daripada institusi raja dan birokrasi.
Sasaran ini ditujukan kepada pemerintahan autokratik Raja
Louis XVI (1774-1792) dan golongan bangsawan.
2.3
Perkembangan
Nasionalisme
di Asia
Perkembangan Nasionalisme di Asia
Bagaimanakah nasionalisme di Asia merupakan
perkembangan kesinambungan idea nasionalisme di Barat
nasionalisme di Asia ? dan kesan daripada pertembungan yang
berlaku dengan bangsa Eropah.
Kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah
di Asia mencetuskan kebangkitan
nasionalisme seperti di India, China, Mesir,
empayar Uthmaniyah dan Jepun.
17
Nasionalisme
Di Asia
Nasionalisme Nasionalisme Nasionalisme Nasionalisme
di India di China Empayar di Jepun
Uthmaniyah
dan
Mesir
18
Nasionalisme di India
Nasionalisme di India merupakan reaksi penduduk tempatan terhadap dasar imperialisme Britain.
Kebangkitan rakyat dalam Dahagi India 1857 tanda bermulanya nasionalisme di India.
Pergerakan awal berkaitan isu sosioagama Brahmo Samaj dan Arya Samaj - mengutamakan rasa
kecintaan kepada budaya tempatan kesan pengaruh budaya barat.
Penghujung abad ke-20, perkembangan pendidikan Barat membawa kemunculan golongan
intelektual.
Penubuhan Kongres Kebangsaan India (1885) dan Liga Muslim (1906).
Gerakan radikal oleh Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal - serangan militan terhadap British.
Selepas Perang Dunia Pertama, Gerakan Mahatma Gandhi menjadikan satyagraha (berpegang
teguh kepada kebenaran - perjuangan tanpa keganasan) sebagai pegangan untuk
menggerakkan nasionalisme di India.
Selepas Perang Dunia Kedua, Kongres Kebangsaan India dan Liga Muslim membentuk jawatankuasa
untuk membahagikan India dan Pakistan.
14 Ogos 1947, Pakistan sebagai negara merdeka dengan Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor
Jeneral Pakistan.
India merdeka pada 15 Ogos 1947 dan Jawaharlal Nehru dilantik sebagai Perdana Menteri pertama
India.
Nasionalisme di China
Nasionalisme di China bertujuan mengukuhkan peradaban China dalam
kalangan orang Cina daripada ancaman penguasaan politik dan ekonomi
oleh kuasa asing.
Penentangan terhadap kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu
(kerajaan Manchuria) yang dianggap orang luar dan kehilangan mandat.
Dinasti Manchu gagal menghalang kemasukan pengaruh Barat.
Gerakan nasionalime bersorak anti-Barat kerana menentang campur tangan
kuasa Barat di China.
Dr. Sun Yat Sen mengemukakan Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i)
sebagai idealogi perjuangan.
Tiga prinsip tersebut ialah nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
Berlaku Revolusi China pada tahun 1911 dan berjaya menumbangkan
pemerintahan Dinasti Manchu dan kemu2n0culan republik di China.
Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir
Lahir dari kesedaran untuk mempertahankan sistem pemerintahan Islam dan
agama Islam yang diancam oleh imperialisme Barat pada abad ke-19.
Kesedaran ini mencetuskan Pan-Islamisme dan gerakan Islah.
Gerakan Gerakan Islah merujuk gerakan pemulihan Islam. Dipelopori
Islah
oleh Sayyid Jamal al-Din al-Afghani dan Sheikh
Muhammad Abduh.
Imperialisme Barat di Mesir menyebabkan berlakunya
pertembungan kebudayaan antara Eropah - Amerika
dengan kebudayaan tempatan yang mengubah budaya dan
tradisi kepercayaan masyarakat tempatan.
Gerakan Islah menyeru umat Islam yang sebenar berpandukan
al-Quran dan Hadis serta memperbaik kehidupan masyarakat
21
untuk melepaskan diri daripada penjajahan.
Gerakan Pan-Islamisme 1883
Sayyid Jamal al-Din al-Afghani menubuhkan kumpulan iaitu al-Urwah
al-Wuthqa (Ikatan yang kuat).
Bertujuan untuk memperkuat rasa persaudaraan dan membawa
umat Islam kepada kemajuan.
Menerbitkan akhbar al-Urwah al-Wuthqa untuk menyebarkan idea
Pan-Islamisme ( seruan penyatuan persaudaraan umat Islam di
seluruh dunia, untuk bangkit menghalang peluasan kuasa Barat).
1914, empayar Uthmaniyah mengeluarkan fatwa menyeru umat Islam
yang ditindas penjajah Barat bangkit berjuang bersama-sama dengan
empayar Uthmaniyah.
Khalifah Abdul Hamid II menggerakkan idea Pan-Islamisme.
Mendapat sokongan rakyat Tanah Melayu contoh Tok Janggut
menentang British di Kelantan pada2t2ahun 1915.
Nasionalisme di Jepun
Digerakkan oleh pemerintah Jepun disebabkan oleh kesedaran untuk
mencapai kemajuan bagi mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
Maharaja Mikado Meiji (1868) melancarkan gerakan pemulihan Jepun
dengan menekankan pemodenan mengikut model Barat supaya Jepun
dihormati oleh kuasa Barat.
Prinsip dan semangat bushido (sanggup menanggung risiko, bersungguh-
sungguh mencapai cita-cita dan sedia berkorban demi melaksanakan
tanggungjawab terhadap ketua dan negara) dijadikan asas membina
nasionalisme dalam kalangan rakyat dan pemerintah semasa Pemulihan Meiji.
Gerakan pembaharuan semua aspek kehidupan.
Jepun muncul sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat di Asia
pada abad ke-20.
Desakan ekonomi dan nasionalisme melampau oleh golongan tentera
menjadikan Jepun sebagai kuasa imperi2a3lisme di Asia.
RUMUSAN PEMBELAJARAN
Nasionalisme di Asia merupakan gerakan untuk menamatkan
penjajahan kuasa asing dan menuntut perubahan politik seiring dengan
pembinaan negara bangsa. Contohnya, di India, Mesir dan China.
Nasionalisme juga berlaku dalam bentuk gerakan pembaharuan dalam
negara untuk mengekalkan kedaulatan seperti yang telah berlaku di
empayar Uthmaniyah dan Jepun.
Kita sewajarnya mengambil iktibar untuk sentiasa berwaspada terhadap
anasir asing yang boleh menjejaskan kedaulatan bangsa dan negara.
** KATA PENUTUP **
Nilai, Patriotisme dan Iktibar
mempengaruhi gerakan nasionalisme di Asia dan Asia Tenggara
wajar diteladani untuk menanam rasa cinta akan negara
perjuangan rakyat yang membawa keutuhan dan permaufakatan
kesedaran tentang pentingnya menentang penjajah bagi mewujudkan negara yang berdaulat
membentuk jati diri dan mengukuhkan identiti bagi sebuah negara dan bangsa yang merdeka
Diri Dan Keluarga
pupuk sikap cinta akan negara dari masa kecil
mengukuhkan institusi keluarga
menyumbang keharmonian dalam masyarakat dan negara
Negara
Permuafakatan tonggak utama
Kesejahteraan masyarakat
Mengukuhkan peradaban bangsa dan negara