The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Rekabentuk pembungkusan produk merupakan salah satu daripada tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran RBT tahun 4.
SK : 4.1 REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN PRODUK

SP : 4.1.1 Menghubung kait pembungkusan sedia ada dengan reka bentuk
pembungkusan.
4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by reddzalskkbti, 2020-11-17 10:23:59

REKABENTUK PEMBUNGKUSAN RBT TAHUN 4

Rekabentuk pembungkusan produk merupakan salah satu daripada tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran RBT tahun 4.
SK : 4.1 REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN PRODUK

SP : 4.1.1 Menghubung kait pembungkusan sedia ada dengan reka bentuk
pembungkusan.
4.1.2 Menyenaraikan ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori produk.

Keywords: pembungkusan produk

4.1 REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN PRODUK
Pembungkusan ialah satu kaedah penyimpanan dan melindungi
sesuatu barangan daripada rosak dan tercemar. Pembungkusan
ini bergantung kepada jenis barangan yang ingin dibungkus
sama ada barang lembut atau serbuk, barangan keras,
barangan cecair, barangan bentuk krim atau pelekat.

Pembungkusan yang baik adalah mengikut kategori produk iaitu
produk makanan dan produk bukan makanan. Kategori produk
ini akan menentukan bahan yang akan digunakan untuk
membuat pembungkusan yang bersesuaian.

Reka bentuk pembungkusan mestilah mempunyai ciri-ciri
pembungkusan yang baik mengikut kategori produk.

Reka bentuk pembungkusan adalah proses menghasilkan
pembungkusan produk perdagangan seperti produk
pembungkusan makanan, minuman, barangan elektrik,
elektronik dan sebagainya.

Reka bentuk pembungkusan juga melibatkan label, tanda harga,
tarikh luput, kandungan bahan dan sebagainya. Pembungkusan
dibahagikan kepada pembungkusan konvensional dan
pembungkusan moden.

Setiap jenis pembungkusan ini menggunakan bahan yang
berbeza-beza.

PENGGUNAAN
BAHAN

BERASASKAN
TUMBUHAN

KERTAS SURAT PENGGUNAAN
KHABAR BAHAN

PEMBUNGKUSAN BERASASKAN
KONVENSIONAL HAIWAN

KERTAS SURAT PENGGUNAAN
KHABAR DAN BEKAS
DAUN PISANG
BERASASKAN
TANAH LIAT

Rajah 1 : Bahan Pembungkusan Konvensional

Setiap jenis pembungkusan ini menggunakan bahan yang
berbeza-beza.

PENGGUNAAN
KERTAS DAN

KADBOD

PENGGUNAAN PENGGUNAAN
BAHAN BAHAN LOGAM

POLISTERIN

PEMBUNGKUSAN
MODEN

PENGGUNAAN PENGGUNAAN
BAHAN BAHAN KACA
PLASTIK

Rajah 2 : Bahan Pembungkusan Moden

Contoh-contoh reka bentuk pembungkusan
Pembungkusan konvensional

Nasi lemak Ketupat palas

Minuman Alat tulis

Pembungkusan moden

pencuci Buah buahan

Burger Ubat

4.1.1 HUBUNGKAIT PEMBUNGKUSAN SEDIA ADA DENGAN
REKA BENTUK PEMBUNGKUSAN.

Perubahan reka bentuk pembungkusan bergantung kepada
faktor-faktor seperti :

Contoh-contoh perubahan reka bentuk pembungkusan

4.1.2 CIRI- CIRI PEMBUNGKUSAN YANG BAIK

1. Pembungkusan yang baik mempunyai ciri-ciri tertentu.
2. Ia bergantung kepada kategori produk yang ingin dijual sama

ada produk makanan atau bukan makanan.
3. Antara ciri-ciri pembungkusan yang baik mengikut kategori

produk ialah:


Click to View FlipBook Version