The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENTAULIAHAN BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA TAHUN 2024

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by xx, 2024-04-24 11:17:52

BUKU PROGRAM

MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PENTAULIAHAN BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA TAHUN 2024

Keywords: BUKU PROGRAM

KATA ALUAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI Assalamualaikum dan Salam Malaysia Madani, Syukur ke hadrat Illahi dengan berkat dan kurniaan-Nya, telah dapat dilaksanakan Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia 2024. Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), berterima kasih dan mengucapkan tahniah kepada rakan institusi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang sudi berkerjasama dengan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah bagi menjayakan penganjuran majlis pada kali ini. Syabas juga kepada pegawai-pegawai dan sekretariat Briged Bomba Politeknik Malaysia yang telah banyak menyumbangkan jasa dan tenaga dalam setiap aktiviti di Politeknik. Kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Penyertaan pelajar dalam badan beruniform seperti bomba ini adalah antara strategi Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk mewujudkan pembelajaran di luar dewan kuliah bagi membangun personaliti diri, kemahiran insaniah, kepimpinan, sifat tanggungjawab serta disiplin dalam kalangan anggota. Semoga segala ilmu, kemahiran dan pengalaman yang telah dipelajari melalui unit beruniform Bomba akan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh pelajar dalam usaha menempatkan diri dalam dunia pekerjaan dan seterusnya menyumbang kembali kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Majlis pentauliahan ini akan menjadi titik permulaan buat semua Briged Bomba dalam kesiapsiagaan menjadi ‘pengerak balas pertama’ demi memastikan masyarakat dapat menjalani kehidupan dengan lebih baik. Adalah menjadi kebanggaan buat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti di atas pentauliahan ini. Semoga pengorbanan dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh semua anggota dalam melaksanakan misi kecemasan, menyelamat dan kemanusiaan akan terus disanjungi. Akhir kata, tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah berusaha keras dalam kejayaan penganjuran program ini. Semoga gandingan kolaborasi ini dapat menyumbang kepada usaha institusi dan jabatan dalam melahirkan graduan holistik. Sekian. DR. HAJI MOHD ZAHARI BIN ISMAIL


KATA ALUAN TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN) JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra. Segala puji-pujian dan lafaz kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurniaNya jua, Majlis Tamat Latihan dan Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia Tahun 2024 dapat diadakan dengan jayanya. Ucapan penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada setiap individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan majlis yang penuh bersejarah ini. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelatih Briged Bomba Politeknik Malaysia kerana telah berjaya menamatkan latihan dengan cemerlang. Komitmen serta latihan yang ditempuhi sehingga ke hari pentauliahan ini menjadi ukuran sahsiah dan jati diri untuk membina peribadi unggul kepada pelatih bagi persediaan sebelum menghadapi cabaran yang lebih besar di alam kerjaya nanti. Pelatih Brided Bomba yang ditauliah merupakan pelapis kepimpinan dan harapan negara dalam mencorak masa depan dan hala tuju negara yang lebih gemilang di masa depan. Saya turut mencoretkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) kerana telah memberi kepercayaan penuh kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia untuk menjadi rakan startegik untuk menjayakan majlis ini. Akhir kata, saya mendoakan agar Briged Bomba ini akan terus bergerak maju dari masa ke semasa serta mendapat sokongan padu daripada semua pihak dan terus mencapai kejayaan yang cemerlang Sekian, terima kasih YAS TUAN OTHMAN BIN ABDULLAH


ATURCARA MAJLIS TAMAT LATIHAN DAN PERTAULIAHAN BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA 2024 Tarikh : 25 APRIL 2024 Tempat : Padang Kawad , POLISAS MASA PERKARA 8.30 pagi Ketibaan Dif-Dif Kehormat dan Para Jemputan 8.30 pagi Perbarisan masuk Pasukan Briged Bomba 8.45 pagi Ketibaan YBrs. Dr. Haji Mohd. Zahari bin Ismail Ketua Pengarah Pendidikan Politeknik Dan Kolej Komuniti seterusnya menerima tabik hormat 9.00 pagi Ketibaan YAS Tuan Othman bin Abdullah Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia seterusnya menerima Hormat Panglima Nyanyian Lagu “Negaraku”, Lagu “ALLAH Selamatkan Sultan Kami” dan “Siap Sedia Setiap Masa” Pemeriksaan perbarisan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bacaan Doa Penyampaian Anugerah Pelatih Terbaik Perbarisan keluar Pasukan Briged Bomba


PENERIMA PANGKAT KEHORMAT DI MAJLIS TAMAT LATIHAN LATIHAN DAN PERTAULIAHAN BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA TAHUN 2024 Tarikh : 25 APRIL 2024 Tempat : Padang Kawad , POLISAS BIL PENERIMA PANGKAT 1. Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail Ketua Pengarah, Politeknik dan Kolej Komuniti Penolong Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) 2. Dr. Zamzam bin Mohd Walid Pengarah, Bahagian Kurikulum Politeknik dan Kolej Komuniti Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) 3. Dr.Shamsuri bin Abdullah Pengarah, Politeknik Ungku Omar, Perak Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) 4. En. Hisamudin bin Mohd Tamin Pengarah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah Pahang Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) 5. Tuan Haji Mohd Ruzi bin Hamzah Pengarah, Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah Kedah Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) 6. YBhg. Datuk Goh Ah lek Presiden Persatuan Hokkien Klang dan Penasihat Pasukan Bomba Sukarela Tanjong Sepat Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) 7. En. Yong Eng Kwang Chief Operating Officer, 99 Speed Mart Sdn. Bhd. Penguasa Kanan Bomba I (Kehormat) 8. Ts. Dr. Ahmad Aftas bin Azman Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Selangor Penguasa Kanan Bomba II (Kehormat) 9. Sr. Mohamad Kelana bin Juwit Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Merlimau, Melaka Penguasa Kanan Bomba II (Kehormat)


SEKALUNG PENGHARGAAN Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Majlis Pentauliahan Briged Bomba Politeknik Malaysia 2024 Politeknik Malaysia Peringkat Kebangsaan 2024 khususnya kepada: • JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI (JPPKK) • JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA • JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PAHANG • POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH (POLISAS) • POLITEKNIK SEBERANG PERAI (PSP) • POLITEKNIK SULTANAH BAHIYAH (PTSB) • POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN (PTSS) • POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH (PSA) • POLITEKNIK NILAI (PNS) • SEKRETARIAT BRIGED BOMBA POLITEKNIK MALAYSIA


CATATAN


Click to View FlipBook Version