Kandungan
Kata Penghantar 1
Mukadimah 3
Takrif dan Kepentingan Doa 5
Doa-1 : Ditetapkan Islam 9
Doa-2 : Penghulu Bagi Doa Mohon Keampunan 10
Doa-3 : Mohon Keampunan 12
Doa-4 : Doa Mohon Taqwa 14
Doa-5 : Doa Pengiktirafan 15
Doa-6 : Kelapangan Hati dan Jiwa 16
Doa-7 : Doa Keluar dari Kediaman 18
Doa-8 : Petunjuk, Ketaqwaan, Iffah dan Kekayaan 19
Doa-9 : Ditunjukkan Kebenaran 20
Doa-10 : Ilmu, Rezeki dan Amalan 22
Doa-11 : Pertolongan untuk Zikir 23
Doa-12 : ‘Afiyat dan Pemeliharaan 24
Doa-13 : Keampunan 26
Doa-14 : Agar Diperbaiki Diri 27
Doa-15 : Minta Kemudahan 28
Doa-16 : Dicukupkan yang Halal 29
Doa-17 : Ditetapkan Hati 30
Doa-18 : Minta Kebaikan dan Menolak Kejahatan 31
Doa-19 : Ditambahkan Kebaikan 33
Doa-20 : Diilhamkan Kecerdasan 34
Doa-21 : Penghujung Umur yang Baik 35
Doa-22 : Elok Dalam Kesudahan Urusan 36
Doa-23 : Mohon Keselamatan 37
Doa-24 : Diselamatkan dari Azab 38
Doa-25 : Berlindung dari Kejahatan 39
Doa-26 : Berlindung dari Empat Perkara 40
Doa-27 : Berlindung dari Penyakit Kronik 41
Doa-28 : Diselamatkan dari Kemungkaran 42
Doa-29 : Menolak Bala 43
Doa-30 : Agar Tidak Dihilangkan Nikmat 44
Doa-31 : Mohon Kurniaan dan Rahmat-Nya 45
Doa-32 : Berlindung dari Dukacita 46
Doa-33 : Kesabaran dan Keteguhan 48
Doa-34 : Mohon Bersyukur 49
Doa-35 : Mohon Hidayah 50
Doa-36 : Mohon Rahmat 51
Doa-37 : Keampunan dan Doa Saudara 52
Doa-38 : Membina Keluarga Bahagia 53
Doa-39 : Pemimpin dan Kepimpinan yang Baik 57
Doa-40: Kebaikan Dunia dan Akhirat 60
Nota Hujung 61
Penutup 112
Kata Pengantar
S aya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada
YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri,
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama) atas komitmen dan dedikasi dalam membudaya-
kan ilmu dalam masyarakat Malaysia. Sesungguhnya
ini adalah satu usaha yang murni dalam memperkaya
khazanah perbukuan di Malaysia.
Doa adalah pengharapan seseorang untuk mendapatkan kebaikan
daripada Allah SWT dengan memohon secara langsung kepada-
Nya. Setiap individu mempunyai keperluan dan keinginan masing-
masing sama ada secara positif atau negatif, kerana mereka terpaksa
menghadapi pelbagai rencam kehidupan berupa cabaran, halangan
dan dugaan. Justeru umat Islam diajar supaya berdoa kepada Allah
SWT bagi memohon limpah perkenan dan rahmat-Nya supaya hajat
terkabul.
1
Buku “Inilah Doaku” ini pada hemat saya, keluar tepat pada masanya
bagi memberikan solusi dan alternatif kepada umat Islam di Malaysia
berhubung segala kecamuk masalah yang melanda. Ia menyedarkan
kita betapa pentingnya kebergantungan kepada Allah SWT dalam
menghadapi apa jua kemelut dalam hidup.
Saya berharap semoga YB Senator Datuk akan terus meng-
hasilkan karya-karya berkualiti demi ummah. Malaysia masih dan
sentiasa memerlukan buah fikiran beliau untuk mengarusperdanakan
kefahaman Islam dalam kalangan masyarakat. Saya percaya, itulah
harapan kita semua kepada beliau.
Sekian, terima kasih.
Penerbit
2
Mukadimah
A lhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi
dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak
terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke
atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak
langkahnya hingga hari kesudahan.
Pada hari ini, 1 Februari 2020, saya terfikir akan betapa pentingnya
untuk kita memulakan kehidupan pada setiap pagi dengan berdoa.
Sementelahan lagi, dalam dua minggu belakangan ini, telah merebak-
nya wabak coronavirus sehingga mengorbankan begitu ramai manusia.
Dari situ, terdetik dalam hati saya, alangkah baiknya jika kita mempunyai
doa khusus yang diamalkan untuk kehidupan kita.
Buku Inilah Doaku pada kali ini adalah cetakan yang ketiga
dengan sedikit penambahan doa dan penambahan bentuk doa secara
berjemaah agar mudah diamalkan oleh semua kelompok masyarakat.
Oleh kerana buku ini telah menarik banyak pihak untuk memilikinya,
maka menjadi tanggungjawab kami untuk melakukan kemaskini pada
setiap kali cetakan baru dilakukan.
3
Dalam buku kecil ini, kami kemukakan sejumlah doa yang sewajarnya
dibaca dan diamalkan. Kami berazam dan bercita-cita untuk beriltizam
membacanya pada waktu pagi meskipun jumlah doa yang dikemukakan
tidaklah sebanyak mana.
Cukuplah untuk kita mengambil masa dalam 10 hingga ke 15 minit
untuk bermunajat dengan doa-doa ini. Ia mungkin boleh dilakukan
selepas solat Subuh atau sebelum pergi ke tempat kerja pada setiap
pagi.
Ini sebagai menzahirkan diri kita sebagai seorang Muslim yang
bergantung kepada Allah SWT. Begitu juga kerana berdoa merupakan
sebahagian daripada sifat tawakkal kepada-Nya. Sementelahan lagi,
amalan berdoa merupakan amalan para nabi, rasul, para sahabat,
salafus soleh dan manusia yang kenal kepada Tuhannya.
Dengan penambahan yang telah kami nyatakan, diharap benar-
benar memberi manfaat dan kesan yang baik kepada pengamal doa-
doa ini, insya Allah. Semoga dimustajabkannya. Amin.
Akhir kalam, marilah sama-sama kita berdoa dan munajat kepada
Allah untuk mentahqiqkan kehambaan kita kepada-Nya dengan
memelihara segala adab-adab semasa berdoa.
Akhukum fillah,
Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Isnin, 14 Jun 2021
bersamaan 4 Zulkaedah 1442 Hijri
4
Takrif dan
Kepentingan Doa
D oa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba
kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya
dan juga bantuan daripada-Nya. (Lihat Sya’n al-Du’a, 1/4)
Allah SWT berfirman:
َو َقا َل َر ُّب ُك ُم ا ْد ُعو ِن َأ ْس َت ِج ْب َل ُك ْم
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu
kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Surah Ghafir (60)
Ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja me-
merintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia
juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada
5
mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah
memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada
mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya. (Lihat
al-Jami’ li Ahkam al-Quran, 15/292)
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
إِ َّن ا َّل ِذي َن َي ْس َت ْك ِ ُبو َن َع ْن ِع َبا َد ِت َس َي ْد ُخ ُلو َن َج َه َّن َم َدا ِخ ِري َن
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur
daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka
Jahannam dalam keadaan hina.”
Surah Ghafir (60)
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil
bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya
berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya
dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam
sendiri. (Lihat Tafsir Ibn ‘Asyur, 24/183)
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar R.A,
Nabi SAW bersabda:
َف َع َل ْي ُك ْم ِع َبا َد اللهِ بِال ُّد َعا ِء، إِ َّن ال ُّد َعا َء َي ْن َف ُع ِ َّما َن َز َل َو ِ َّما َ ْل َي ْن ِز ْل
Maksudnya: “Sesungguhnya doa itu bermanfaat terhadap apa
yang telah diturunkan dan apa yang belum diturunkan. Oleh itu,
hendaklah kamu berdoa wahai hamba Allah.”
Riwayat al-Tirmizi (3548)
6
Dalam menghadapi musibah, doa dan permohonan kepada Allah SWT
mampu menolong seseorang untuk menghadapinya. Ibn Qayyim dalam
al-Jawab al-Kafi menyebut bahawa doa merupakan ubat yang paling
bermanfaat. Ia merupakan musuh bagi musibah. Ia dapat mengubati
dan mengatasinya, mencegah turunnya musibah atau mengangkatnya
atau meringankannya. Ia merupakan senjata orang beriman.
Doa dalam menghadapi musibah terbahagi kepada tiga tingkatan:
u Doa lebih kuat dari musibah, maka ia dapat mengusirnya.
u Doa lebih lemah dari musibah, maka musibah dapat
mengalahkannya sehinggalah seseorang ditimpa musibah.
Akan tetapi boleh jadi doa dapat meringankannya
walaupun doanya lemah.
u Keduanya saling berlawanan antara satu sama lain, saling
mencegah terjadinya pada orang tersebut. (Lihat al-Jawab
al Kafi, hlm. 4)
Justeru, marilah kita sama-sama mengamalkan doa memohon kepada
Allah SWT dalam apa jua urusan dalam kehidupan kita.
Itulah serba ringkas berkenaan dengan doa di samping memenuhi
syarat serta adabnya ketika kita bermunajat untuk berdoa. Semoga
Allah SWT makbulkan doa kita semua.
7
8
بِ ْس ِم اللَّـ ِه ال َّر ْح َم ٰـ ِن ال َّر ِحي ِم
Doa 1
Ditetapkan Islam
، َأ ْص َب ْحنَا َع َل فِ ْط َر ِة ا ْ ِل ْس َل ِم َو َع َل َك ِل َم ِة ا ْ ِل ْخ َل ِص
َو َع َل ِم َّل ِة، َو َع َل ِدي ِن َنبِ ِّينَا ُمَ َّم ٍد َص َّل اللهُ َع َل ْي ِه َو َس َّل َم
َأبِينَا إِ ْب َرا ِهي َم َحنِي ًفا ُم ْس ِل ًم َو َما َكا َن ِم َن ا ُْل ْ ِش ِكي َن
Maksudnya: “Kami hayati pagi ini di atas landasan fitrah dan
perwatakan Islam, berpegang kepada kalimah ikhlas (kalimah
syahadah), dan berpegang kepada agama Nabi kami Muhammad
SAW yang juga agama ayah kami Ibrahim, yang berada di atas
jalan yang lurus, muslim dan tidak tergolong dari kalangan orang-
orang musyrik.” 1
Riwayat Ahmad (15360), (15363); al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (9831) dan al-
Tabarani dalam al-Du’a (293)
Pada waktu petang, hendakah ditukar lafaz “ ” َأ ْص َب ْح َناkepada “ ” َأ ْم َس ْي َنا
9
Doa 2
Penghulu Bagi Doa
Mohon Keampunan
، َخ َل ْق َتنِ ْي َو َأ َنا َع ْب ُد َك،َال َّل ُه َّم َأ ْن َت َر ِّ ْب ل َا إِ َلـ َه إِل َّا َأ ْن َت
َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن،َو َأ َنا َع َل َع ْه ِد َك َو َو ْع ِد َك َما ا ْس َت َط ْع ُت
َو َأ ُب ْو ُء بِ َذ ْنبِ ْي، َأ ُب ْو ُء َل َك بِنِ ْع َمتِ َك َع َ َّل،َ ِّش َما َص َن ْع ُت
َفا ْغ ِف ْر ِ ْل َفإِ َّن ُه ل َا َي ْغ ِف ُر ال ُّذ ُن ْو َب إِل َّا َأ ْن َت
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada
tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah
yang menciptakanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku
akan setia pada perjanjianku pada-Mu (iaitu aku akan
mentauhidkan-Mu) dan aku yakin akan janji-Mu (berupa
syurga untukku) dengan sedaya upayaku. Aku berlindung
kepada-Mu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui
nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, maka
ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni
dosa kecuali Engkau.” 2
Riwayat al-Bukhari (6306), Abu Daud (5070),
al-Tirmizi (3393), Ibn Majah (3872), al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (10417) dan Ahmad
(23013)
10
Bacaan untuk jemaah:
، َخ َل ْق َت َنا َو َن ْح ُن َعبِ ْي ُد َك،َال َّل ُه َّم َأ ْن َت َر ُّب َنا ل َا إِ َلـ َه إِل َّا َأ ْن َت
َن ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن،َو َن ْح ُن َع َل َع ْه ِد َك َو َو ْع ِد َك َما ا ْس َت َط ْع َنا
، َو َن ُب ْو ُء بِ ُذ ُن ْوبِ َنا، َن ُب ْو ُء َل َك بِنِ ْع َمتِ َك َع َل ْي َنا،َ ِّش َما َص َن ْع َنا
َفا ْغ ِف ْر َل َنا َفإِ َّن ُه ل َا َي ْغ ِف ُر ال ُّذ ُن ْو َب إِل َّا َأ ْن َت
Maksudnya: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhan kami. Tidak
ada tuhan yang berhak disembah kecuali
Engkau, Engkaulah yang menciptakan
kami dan kami adalah hamba-Mu. Kami
akan setia pada perjanjian kami pada-
Mu dan janji-Mu dengan sedaya upaya
kami. Kami berlindung kepada-Mu dari
kejahatan yang kami lakukan. Kami
mengakui nikmat-Mu kepada kami
dan kami mengakui dosa kami, maka
ampunilah kami. Sesungguhnya tiada
yang mengampuni dosa kecuali Engkau.”
11
Doa 3
Mohon Keampunan
و َل َي ْغ ِف ُر ال ُّذ ُنو َب إ َّل،ال َّل ُه َّم إ ِّن َظ َل ْم ُت َن ْف ِس ُظ ْل ًم َكثِي ًرا
إِ َّن َك َأ ْن َت، َوا ْر َ ْحنِي، َفا ْغ ِف ْر ِل َم ْغ ِف َر ًة ِم ْن ِع ْن ِد َك،أ ْن َت
ا ْل َغ ُفو ُر ال َّر ِحي ُم
Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh aku telah menzalimi diriku
sendiri dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada
yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka
ampunilah aku dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan
rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.” 3
Riwayat al-Bukhari (7387)
dan Muslim (2705)
12
Bacaan untuk jemaah:
و َل َي ْغ ِف ُر ال ُّذ ُنو َب إ َّل،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َظ َل ْم َنا َأ ْن ُف َس َنا ُظ ْل ًم َكثِي ًرا
إِ َّن َك َأ ْن َت، َوا ْر َ ْح َنا، َفا ْغ ِف ْر َل َنا َم ْغ ِف َر ًة ِم ْن ِع ْن ِد َك،أ ْن َت
ا ْل َغ ُفو ُر ال َّر ِحي ُم
Maksudnya: “Ya Allah! Sungguh kami telah menzalimi diri
kami dengan kezaliman yang banyak, sedangkan tidak ada
yang dapat mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Maka
ampunilah kami dengan suatu pengampunan dari sisi-Mu, dan
rahmatilah kami. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
lagi Maha Penyayang.”
13
Doa 4
Doa Mohon Taqwa
َأ ْن َت، َو َز ِّك َها َأ ْن َت َخ ْ ُي َم ْن َز َّكا َها،ال َّل ُه َّم آ ِت َن ْف ِس َت ْق َوا َها
َولِ ُّي َها َو َم ْول َا َها
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah ketakwaan pada jiwaku,
dan bersihkanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang
dapat membersihkannya. Engkaulah Pelindung dan Tuan
kepadanya.” 4
Riwayat Muslim (2722), al-Nasaie
(5458), Ahmad (25798) dan al-Tabarani
dalam al-Mu’jam al-Kabir (5085)
Bacaan untuk jemaah:
َو َز ِّك َها َأ ْن َت َخ ْ ُي َم ْن،ال َّل ُه َّم آ ِت ُن ُف ْو َس َنا َت ْق َوا َها
َأ ْن َت َولِ ُّي َها َو َم ْول َا َها،َز َّكا َها
Maksudnya: “Ya Allah, berikanlah ke-
takwaan pada jiwa kami, dan bersihkanlah
ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang dapat
membersihkannya. Engkaulah Pelindung
dan Tuan kepadanya.”
14
Doa 5
Doa Pengiktirafan
َل إِ َل ٰـ َه إِ َّل َأن َت ُس ْب َحا َن َك إِ ِّن ُكن ُت ِم َن ال َّظا ِلِي َن
Maksudnya: “Sesungguhnya tiada Tuhan (yang dapat
menolong) melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci
Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang
menganiaya diri sendiri.” 5
Surah al-Anbiya’ (87)
15
Doa 6
Kelapangan Hati dan Jiwa
َنا ِص َيتِي بِ َي ِد َك، َوا ْب ُن َأ َمتِ َك، َوا ْب ُن َع ْب ِد َك، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َع ْب ُد َك
َأ ْس َأ ُل َك بِ ُك ِّل ا ْس ٍم، َع ْد ٌل ِ َّف َق َضا ُؤ َك، َما ٍض ِ َّف ُح ْك ُم َك،
َأ ْو، َأ ْو َع َّل ْم َت ُه َأ َح ًدا ِم ْن َخ ْل ِق َك، ُه َو َل َك َس َّم ْي َت بِ ِه َن ْف َس َك
، َأ ْو ا ْس َت ْأ َث ْر َت بِ ِه ِف ِع ْل ِم ا ْل َغ ْي ِب ِع ْن َد َك، َأ ْن َز ْل َت ُه ِف ِك َتابِ َك
َو ِج َل َء، َو ُنو َر َص ْد ِري، َأ ْن َ ْت َع َل ا ْل ُق ْرآ َن َربِي َع َق ْلبِي
. َو َذ َها َب َ ِّهي، ُح ْز ِن
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-Mu,
anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu,
ubun-ubunku di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-Mu,
Engkau telah berlaku adil ke atas ku dalam keputusan-Mu.
Aku memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang Engkau
berikan pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan kepada
salah satu makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah Engkau
turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau rahsiakan
dalam ilmu ghaib-Mu, untuk menjadikan al-Quran sebagai
penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, penghilang kesedihanku,
penghapus kesusahanku.” 6
Riwayat Ahmad (3712), Ibn Hibban (972), Ibn Abi
Syaibah dalam al-Musannaf (29808), al-Baihaqi dalam
al-Da’awat al-Kabir (155), al-Tabarani dalam al-Du’a
(1035), al-Hakim dalam al-Mustadrak (1/509) dan Ibn
al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (339)
16
Bacaan untuk jemaah:
َن َوا ِصي َنا، َو َب ُن ْو إِ َمائِ َك، َو َب ُن ْو َعبِ ْي ِد َك،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َعبِ ْي ُد َك
َن ْس َأ ُل َك، َع ْد ٌل ِف ْي َنا َق َضا ُؤ َك، َما ٍض ِف ْي َنا ُح ْك ُم َك،بِ َي ِد َك
َأ ْو َع َّل ْم َت ُه َأ َح ًدا ِم ْن،بِ ُك ِّل ا ْس ٍم ُه َو َل َك َس َّم ْي َت بِ ِه َن ْف َس َك
َأ ْو ا ْس َت ْأ َث ْر َت بِ ِه ِف ِع ْل ِم، َأ ْو َأ ْن َز ْل َت ُه ِف ِك َتابِ َك،َخ ْل ِق َك
َو ُنو َر، َأ ْن َ ْت َع َل ا ْل ُق ْرآ َن َربِي َع ُق ُل ْوبِ َنا،ا ْل َغ ْي ِب ِع ْن َد َك
. َو َذ َها َب ُ ُه ْو ِم َنا، َو ِج َل َء َأ ْح َزانِ َنا،ُص ُد ْو ِر َنا
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami adalah hamba-Mu,
anak kepada hamba-Mu, anak kepada hamba perempuan-Mu,
ubun-ubun kami di tangan-Mu, telah berlalunya keputusan-
Mu, Engkau telah berlaku adil ke atas kami dalam keputusan-
Mu. Kami memohon kepada-Mu dengan setiap nama yang
Engkau berikan pada diri-Mu, atau yang telah Engkau ajarkan
kepada salah satu makhluk ciptaan-Mu, atau yang telah
Engkau turunkan dalam kitab-Mu, atau yang telah Engkau
rahsiakan dalam ilmu ghaib-Mu, untuk menjadikan al-Quran
sebagai penyejuk hati kami, cahaya di dada kami, penghilang
kesedihan kami, penghapus kesusahan kami.”
17
Doa 7
Doa Keluar dari Kediaman
بِ ْس ِم اللهِ َت َو َّك ْل ُت َع َل اللهِ َل َح ْو َل َو َل ُق َّو َة إِ َّل بِاللهِ
Maksudnya: “Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada
Allah. Tiada upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan Allah.”7
Riwayat Abu Daud (5095), al-
Tirmizi (3426) dan al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (9917)
Bacaan untuk jemaah:
بِ ْس ِم اللهِ َت َو َّك ْل َنا َع َل اللهِ َل َح ْو َل َو َل ُق َّو َة إِ َّل بِاللهِ
Maksudnya: “Dengan nama Allah, kami bertawakkal kepada
Allah. Tiada upaya dan tiada kekuatan kecuali dengan Allah.”
18
Doa 8
Petunjuk, Ketaqwaan,
Iffah dan Kekayaan
َوا ْل ِغ َنى، َوا ْل َع َفا َف، َوال ُّت َقى، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْ ُل َدى
Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya aku memohon
kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, sifat iffah dan kekayaan.” 8
Riwayat Muslim (2721), al-Tirmizi
(3489), Ibn Majah (3105), Ahmad
(3950) dan Ibn Hibban (900)
Bacaan untuk jemaah:
َوا ْل ِغ َنى، َوا ْل َع َفا َف، َوال ُّت َقى، ال َّل ُه َّم إِ َّنا ن ْس َأ ُل َك ا ْ ُل َدى
Maksudnya: “Wahai Allah! Sesungguhnya kami memohon
kepada-Mu petunjuk, ketakwaan, sifat iffah dan kekayaan.”
19
Doa 9
Ditunjukkan Kebenaran
َفا ِط َر، َوإِ ْ َسا ِفي َل، َو ِمي َكائِي َل،ال َّل ُه َّم َر َّب ِج ْ ِبي َل
َأ ْن َت َ ْت ُك ُم، َعا ِ َل ا ْل َغ ْي ِب َوال َّش َها َد ِة،ال َّس َم َوا ِت َوا ْ َل ْر ِض
ا ْه ِد ِن ِلَا ا ْخ ُت ِل َف ِفي ِه،َب ْ َي ِع َبا ِد َك ِفي َم َكا ُنوا ِفي ِه َ ْي َت ِل ُفو َن
إِ َّن َك َ ْت ِدي َم ْن َت َشا ُء إِ َل ِ َصا ٍط ُم ْس َت ِقي ٍم،ِم َن ا ْ َل ِّق بِإِ ْذنِ َك
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil.
Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui
yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang
Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka
perselisihkan. Tunjukkanlah aku dengan izin-Mu kepada
kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya
Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada
sesiapa yang Engkau Kehendaki.” 9
Riwayat Muslim (770), Abu Daud (676),
al-Tirmizi (3420), Ibn Majah (1357),
al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra
(4854), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-
Kubra (1324) dan Ahmad (25225).
20
Bacaan untuk jemaah:
َفا ِط َر ال َّس َم َوا ِت، َوإِ ْ َسا ِفي َل، َو ِمي َكائِي َل،ال َّل ُه َّم َر َّب ِج ْ ِبي َل
َأ ْن َت َ ْت ُك ُم َب ْ َي ِع َبا ِد َك، َعا ِ َل ا ْل َغ ْي ِب َوال َّش َها َد ِة،َوا ْ َل ْر ِض
ا ْه ِد َنا ِلَا ا ْخ ُت ِل َف ِفي ِه ِم َن ا ْ َل ِّق،ِفي َم َكا ُنوا ِفي ِه َ ْي َت ِل ُفو َن
. إِ َّن َك َ ْت ِدي َم ْن َت َشا ُء إِ َل ِ َصا ٍط ُم ْس َت ِقي ٍم،بِإِ ْذنِ َك
Maksudnya: “Ya Allah, Tuhan Jibril, Mikail, dan Israfil.
Yang Menciptakan langit dan bumi, Yang Maha Mengetahui
yang ghaib mahupun yang kelihatan. Engkaulah yang
Menghakimi hamba-hamba-Mu di dalam apa yang mereka
perselisihkan. Tunjukkanlah kami dengan izin-Mu kepada
kebenaran di dalam apa yang diperselisihkan. Sesungguhnya
Engkau memberi petunjuk ke arah Sirat al-Mustaqim kepada
sesiapa yang Engkau Kehendaki.”
Kebenaran?
21
Doa 10
Ilmu, Rezeki dan Amalan
َو َع َمل ًا ُم َت َق َّبل ًا، َو ِر ْز ًقا َط ِّي ًبا، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِع ْل ًم َنا ِف ًعا
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.” 10
Riwayat Ibn Majah (925), al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (9930) dan
Ahmad (26602)
Bacaan untuk jemaah:
َو َع َمل ًا ُم َت َق َّبل ًا، َو ِر ْز ًقا َط ِّي ًبا،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ْس َأ ُل َك ِع ْل ًم َنا ِف ًعا
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu ilmu yang
bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”
22
Doa 11
Pertolongan untuk Zikir
َو ُح ْس ِن ِع َبا َدتِ َك، َو ُش ْك ِر َك، ال َّل ُه َّم َأ ِع ِّني َع َل ِذ ْك ِر َك
Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah aku untuk zikir kepada-Mu,
bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”11
Riwayat Abu Daud (1522), al-Nasa’ie
(1303), Ahmad (22119), al-Baihaqi
dalam al-Da’awat al-Kabir (1/362)
dan Ibn Hibban (2020)
Bacaan untuk jemaah:
َو ُح ْس ِن ِع َبا َدتِ َك، َو ُش ْك ِر َك، ال َّل ُه َّم َأ ِع َّنا َع َل ِذ ْك ِر َك
Maksudnya: “Ya Allah, tolonglah kami untuk zikir kepada-Mu,
bersyukur kepada-Mu dan elok dalam beribadat kepada-Mu.”
23
Doa 12
‘Afiyat dan Pemeliharaan
ال َّل ُه َ ّم، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْل َعا ِف َي َة ِف ال ُّد ْن َيا َوالآ ِخ َر ِة
إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ا ْل َع ْف َو َوا ْل َعا ِف َي َة ِف ِدينِي َو ُد ْن َيا َي َو َأ ْه ِل
ال َّل ُه َّم، ال َّل ُه َّم ا ْس ُ ْت َع ْو َرا ِت َوآ ِم ْن َر ْو َعا ِت، َو َما ِل
ا ْح َف ْظنِي ِم ْن َب ْ ِي َي َد َّي َو ِم ْن َخ ْل ِفي َو َع ْن َي ِمينِي َو َع ْن ِش َم ِل
َو َأ ُعو ُذ بِ َع َظ َمتِ َك َأ ْن ُأ ْغ َتا َل ِم ْن َ ْتتِي، َو ِم ْن َف ْو ِقي
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu
keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat.
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon pada-Mu keampunan
dan keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan
hartaku. Ya Allah, tutupilah aibku dan berilah ketenteraman di
hatiku. Ya Allah, jagalah aku dari depan, belakang, kanan, kiri,
dan atasku. Aku memohon perlindungan dengan keagungan-
Mu agar tidak disambar dari bawahku.” 12
Riwayat Abu Daud (5074), al-Nasa’ie
(5530), Ibn Majah (3871), Ibn Hibban
(961), Ahmad (4785) dan al-Bukhari
dalam al-Adab al-Mufrad (1200)
24
Bacaan untuk jemaah:
ال َّل ُه َّم إِ َّنا، ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ْس َأ ُل َك ا ْل َعا ِف َي َة ِف ال ُّد ْن َيا َوالآ ِخ َر ِة
،َن ْس َأ ُل َك ا ْل َع ْف َو َوا ْل َعا ِف َي َة ِف ِد ْينِ َنا َو ُد ْن َيا َنا َو َأ ْه ِل َنا َو َمالِ َنا
ال َّل ُه َّم ا ْح َف ْظ َنا ِم ْن، ال َّل ُه َّم ا ْس ُ ْت َع ْو َراتِ َنا َوآ ِم ْن َر ْو َعاتِ َنا
َب ْ ِي َأ ْي ِد ْي َنا َو ِم ْن َخ ْل ِف َنا َو َع ْن َأ ْي َمنِ َنا َو َع ْن َش َمئِ ِل َنا َو ِم ْن
َو َن ُعو ُذ بِ َع َظ َمتِ َك َأ ْن ُن ْغ َتا َل ِم ْن َ ْتتِ َنا، َف ْو ِق َنا
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu
keampunan dan keselamatan (‘afiyat) di dunia dan akhirat. Ya
Allah, sesungguhnya kami memohon pada-Mu keampunan dan
keselamatan (‘afiyat) dalam agama, dunia, keluarga dan harta
kami. Ya Allah, tutupilah aib kami dan berilah ketenteraman di
hati kami. Ya Allah, jagalah kami dari depan, belakang, kanan,
kiri, dan atas kami. Kami memohon perlindungan dengan
keagungan-Mu agar tidak disambar dari bawah kami.”
25
Doa 13
Doa Keampunan
َفا ْع ُف َع ِّني، ُ ِت ُّب ا ْل َع ْف َو،ال َّل ُه َّم إِ َّن َك َع ُف ٌّو
Maksudnya: “YaAllah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
dan suka memberi keampunan, maka ampunilah aku.” 13
Riwayat al-Tirmizi (3513), Ibn Majah
(3850), Ahmad (25384), al-Nasa’ie dalam
al-Sunan al-Kubra (7665) dan al-Baihaqi
dalam Syu’ab al-Iman (3427)
Bacaan untuk jemaah:
َفا ْع ُف َع َّنا، ُ ِت ُّب ا ْل َع ْف َو،ال َّل ُه َّم إِ َّن َك َع ُف ٌّو
Maksudnya: “Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun
dan suka memberi keampunan, maka ampunilah kami.”
26
Doa 14
Agar Diperbaiki Diri
َأ ْص ِل ْح ِل َش ْأ ِن ُك َّل ُه َول َا، َيا َح ُّي َيا َق ُّيو ُم بِ َر ْ َحتِ َك َأ ْس َت ِغي ُث
َت ِك ْلنِي إِ َل َن ْف ِس َط ْر َف َة َع ْ ٍي
Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan
Yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan
rahmat-Mu aku memohon pertolongan, perbaikilah urusanku
semuanya dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku
sendiri walau sekelip mata.” 14
Riwayat al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra
(10405), al-Bazzar (6368), Ibn al-Sunni dalam
‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (48) dan al-
Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat (4/43)
Bacaan untuk jemaah:
، َأ ْص ِل ْح َل َنا َش ْأ َن َنا ُك َّل ُه،َيا َح ُّي َيا َق ُّيو ُم بِ َر ْ َحتِ َك َن ْس َت ِغي ُث
َول َا َت ِك ْل َنا إِ َل َأ ْن ُف ِس َنا َط ْر َف َة َع ْ ٍي
Maksudnya: “Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, wahai Tuhan
Yang Maha Berdiri Sendiri (tidak perlu segala sesuatu), dengan
rahmat-Mu kami memohon pertolongan, perbaikilah urusan
kami semuanya dan janganlah Engkau serahkan kami kepada
diri kami walau sekelip mata.”
27
Doa 15
Minta Kemudahan
وأ ْن َت َ ْت َع ُل ال َح ْز َن إ َذا،ال َّل ُه َّم َل َس ْه َل إِل َّا ما َج َع ْل َت ُه َس ْهل ًا
ِش ْئ َت َس ْهل ًا
Maksudnya: “Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang
Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang
menjadikan perkara yang sukar itu jika Engkau kehendaki
dengan kemudahan.” 15
Riwayat al-Baihaqi dalam al-Da’awat al-
Kabir (265), Ibn Hibban (974) dan Ibn
al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-
Lailah (351)
28
Doa 16
Dicukupkan Yang Halal
َو َأ ْغنِنِى بِ َف ْض ِل َك،ال َّل ُه َّم ا ْك ِفنِى بِ َح َللِ َك َع ْن َح َرا ِم َك
َع َّم ْن ِس َوا َك
Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal,
tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan
kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu.” 16
Riwayat Ahmad (1319), al-Tirmizi
(3563), al-Baihaqi dalam al-Da’awat
al-Kabir (177) dan al-Bazzar (563)
Bacaan untuk jemaah:
،ال َّل ُه َّم ا ْك ِف َنا بِ َح َللِ َك َع ْن َح َرا ِم َك
َو َأ ْغنِ َنا بِ َف ْض ِل َك َع َّم ْن ِس َوا َك
Maksudnya: “Ya Allah, cukupkanlah kami
dengan yang halal, tanpa perlu kepada
yang haram. Kayakanlah kami dengan
kurniaan-Mu, tanpa kami mengharapkan kepada
selain-Mu.”
29
Doa 17
Ditetapkan Hati
َث ِّب ْت َق ْلبِي َع َل ِدينِ َك،َيا ُم َق ِّل َب ا ْل ُق ُلو ِب
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkan-lah hatiku di atas agama-Mu.” 17
Riwayat Imam Ahmad (26618), (12107),
al-Tirmizi (3522), (2140), al-Baihaqi
dalam Syu’ab al-Iman (757) dan al-
Tabarani dalam al-Du’a (1261)
Bacaan untuk jemaah:
َث ِّب ْت ُق ُل ْو َب َنا َع َل ِدينِ َك،َيا ُم َق ِّل َب ا ْل ُق ُلو ِب
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu.”
30
Doa 18
Minta Kebaikan dan
Menolak Kejahatan
َما َع ِل ْم ُت ِم ْن ُه َو َما َ ْل، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِم َن ال َخ ْ ِي ُك ِّل ِه َعا ِج ِل ِه َوآ ِج ِل ِه
َما َع ِل ْم ُت ِم ْن ُه َو َما َ ْل، َو َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم َن ال َِّّش ُك ِّل ِه َعا ِج ِل ِه َوآ ِج ِل ِه، َأ ْع َل ْم
َو َأ ُع ْو ُذ بِ َك، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِم ْن َخ ْ ِي َما َس َأ َل َك َع ْب ُد َك َو َنبِ ُّي َك، َأ ْع َل ْم
ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ال َج َّن َة َو َما ق َّر َب، ِم ْن َ ِّش َما َعا َذ بِ ِه َع ْب ُد َك َو َنبِ ُّي َك
َو َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم َن ال َّنا ِر َو َما َق َّر َب إِ َل ْي َها ِم ْن َق ْو ٍل، إِ َل ْي َها ِم ْن َقو ٍل َأ ْو َع َم ٍل
َو َأ ْس َأ ُل َك َأ ْن َ ْت َع َل ُك َّل َق َضا ٍء َق َض ْي َت ُه ِل َخ ْ ًيا، َأ ْو َع َم ٍل
Maksudnya: “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu semua kebaikan
yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa yang aku
ketahui mahupun tidak aku ketahui. Aku berlindung kepada-Mu
dari semua keburukan, baik yang disegerakan mahupun yang
ditunda, yang aku ketahui mahupun yang tidak aku ketahui. Ya
Allah, sungguh aku memohon kepada-Mu dari kebaikan apa yang
diminta oleh hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu
dan aku berlindung kepada-Mu dari apa yang diminta perlindungan
oleh hamba dan nabi-Mu. Ya Allah, aku memohon kepada-Mu
syurga dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan
mahupun perbuatan. Dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka
dan apa yang mendekatkan kepadanya baik berupa ucapan atau
perbuatan. Dan aku memohon kepada-Mu semua takdir yang
Engkau tentukan baik untukku.” 18
Riwayat Ibn Majah (3846), Ahmad (25180), al-
Tabarani (2/252) dan Ibn Hibban (458)
31
Bacaan untuk jemaah:
َما َع ِل ْم َنا ِم ْن ُه، ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ْس َأ ُل َك ِم َن ال َخ ْ ِي ُك ِّل ِه َعا ِج ِل ِه َوآ ِج ِل ِه
َما َع ِل ْم َنا، َو َن ُع ْو ُذ بِ َك ِم َن ال َِّّش ُك ِّل ِه َعا ِج ِل ِه َوآ ِج ِل ِه، َو َما َ ْل َن ْع َل ْم
ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ْس َأ ُل َك ِم ْن َخ ْ ِي َما َس َأ َل َك َع ْب ُد َك، ِم ْن ُه َو َما َ ْل َن ْع َل ْم
ال َّل ُه َّم إِ َّنا، َو َن ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن َ ِّش َما َعا َذ بِ ِه َع ْب ُد َك َو َنبِ ُّي َك، َو َنبِ ُّي َك
َو َن ُع ْو ُذ بِ َك ِم َن، َن ْس َأ ُل َك ال َج َّن َة َو َما ق َّر َب إِ َل ْي َها ِم ْن َقو ٍل َأ ْو َع َم ٍل
َو َن ْس َأ ُل َك َأ ْن َ ْت َع َل ُك َّل، ال َّنا ِر َو َما َق َّر َب إِ َل ْي َها ِم ْن َق ْو ٍل َأ ْو َع َم ٍل
َق َضا ٍء َق َض ْي َت ُه َل َنا َخ ْ ًيا
Maksudnya: “Ya Allah, kami memohon kepada-Mu semua
kebaikan yang disegerakan mahupun yang ditunda, serta apa
yang kami ketahui mahupun tidak kami ketahui. Kami berlindung
kepada-Mu daripada semua keburukan, baik yang disegerakan
mahupun yang ditunda, serta yang kami ketahui mahupun
yang tidak kami ketahui. Ya Allah, sungguh kami memohon
kepada-Mu dari kebaikan apa yang diminta oleh
hamba dan Nabi-Mu Muhammad SAW kepada-Mu
dan kami berlindung kepada-Mu dari apa yang
diminta perlindungan oleh hamba dan nabi-Mu.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu syurga
dan apa yang mendekatkan kepadanya baik
berupa ucapan mahupun perbuatan. Dan
kami berlindung kepada-Mu dari neraka
dan apa yang mendekatkan kepadanya baik
berupa ucapan atau perbuatan. Dan kami
memohon kepada-Mu semua takdir yang
Engkau tentukan baik untuk kami.”
32
Doa 19
Ditambahkan Kebaikan
، َو َأ ْع ِط َنا َو َل َ ْت ِر ْم َنا، َو َأ ْك ِر ْم َنا َو َل ُتِ َّنا،ال َّل ُه َّم ِز ْد َنا َو َل َت ْن ُق ْص َنا
َوا ْر ِض َنا َوا ْر َض َع َّنا،َوآثِ ْر َنا َو َل ُت ْؤثِ ْر َع َل ْي َنا
Maksudnya: “Wahai Allah! Tambahkanlah buat kami dan jangan
Engkau kurangkan. Muliakanlah kami, jangan hinakan kami.
Berilah buat kami, jangan dicegahnya. Pilihlah kami, jangan
Engkau biarkan dan redhailah kami dan redhailah pula semua
usaha kami.” 19
Riwayat al-Tirmizi (3173), al-
Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra
(1443) dan Ahmad (223)
33
Doa 20
Diilhamkan Kecerdasan
َو َأ ِع ْذ ِن ِم ْن َ ِّش َن ْف ِس،ال َّل ُه َّم َأ ْلِ ْمنِي ُر ْش ِدي
Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepadaku kecerdasan dan
petunjuk serta lindungilah aku daripada kejahatan nafsuku.” 20
Riwayat al-Tirmizi (3483), al-Tabarani
dalam al-Du’a (1393), al-Bazzar (3580)
dan al-Baihaqi dalam al-Asma’ wa al-
Sifat (894)
Bacaan untuk jemaah:
َو َأ ِع ْذ َنا ِم ْن َ ِّش َأ ْن ُف ِس َنا،ال َّل ُه َّم َأ ْلِ ْم َنا ُر ْش َد َنا
Maksudnya: “Wahai Allah! Ilhamkanlah kepada kami
kecerdasan dan petunjuk serta lindungilah kami daripada
kejahatan nafsu kami.”
34
Doa 21
Penghujung Umur Yang Baik
َوا ْج َع ْل، َو َخ ْ َي َع َم ِل َخ َوا ِ َت ُه،ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْ َي ُع ُم ِري آ ِخ َر ُه
َخ ْ َي َأ َّيا ِمي َي ْو َم َأ ْل َقا َك
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik umurku adalah
pada penghujungnya, dan sebaik-baik amalanku sebagai
penutupnya. Dan jadikanlah sebaik-baik hariku, adalah hari
dimana daku berjumpa dengan-Mu kelak.” 21
Riwayat Ibn al-Sunni dalam ‘Amal
al-Yaum wa al-Lailah (121) dan
al-Tabarani dalam al-Ausat (9411)
Bacaan untuk jemaah:
َو َخ ْ َي َأ ْع َملِ َنا،ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْ َي َأ ْع َم ِر َنا َأ َوا ِخ َر َها
َوا ْج َع ْل َخ ْ َي َأ َّيا ِم َنا َي ْو َم َن ْل َقا َك،َخ َوا ِ َت َها
Maksudnya: “Ya Allah! Jadikanlah sebaik-baik
umur kami adalah pada penghujungnya, dan
sebaik-baik amalan kami sebagai penutupnya.
Dan jadikanlah sebaik-baik hari kami, adalah hari
dimana kami berjumpa dengan-Mu kelak.”
35
Doa 22
Elok Dalam Kesudahan Urusan
َو َأ ِج ْر َنا ِم ْن ِخ ْز ِي، ال َّل ُه َّم َأ ْح ِس ْن َعا ِق َب َت َنا ِف ا ْ ُل ُمو ِر ُك ِّل َها
ال ُّد ْن َيا َو َع َذا ِب ا ْل ِخ َر ِة
Maksudnya: “Wahai Allah! Perelokkanlah kesudahan segala
urusan kami, serta lindungilah kami daripada kenistaan hidup
di dunia dan seksaan hidup di akhirat.” 22
Riwayat Ahmad (17628), al-Tabarani
dalam al-Du’a (1436), al-Baihaqi dalam
al-Da’awat al-Kabir (269) dan al-Hakim
dalam al-Mustadrak (6508)
36
Doa 23
Mohon Keselamatan
بِ ْس ِم اللهِ ا َّل ِذي َل َي ُ ُّض َم َع ا ْس ِم ِه َ ْش ٌء ِف ا ْ َل ْر ِض َو َل ِف
َو ُه َو ال َّس ِمي ُع ا ْل َع ِلي ُم،ال َّس َم ِء
Maksudnya: “Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya,
tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudaratan di bumi
mahupun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui.” 23
Riwayat Abu Daud (5088), al-Tirmizi (3388), Ibn
Majah (3869), al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-
Kubra (10178) dan Ahmad (446)
37
Doa 24
Diselamatkan dari Azab
، َو ِم ْن َع َذا ِب ال َّنا ِر، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َع َذا ِب ا ْل َق ْ ِب
َو ِم ْن ِف ْت َن ِة ا ْلَ ِسي ِح ال َّد َّجا ِل،َو ِم ْن ِف ْت َن ِة ا ْلَ ْح َيا َوا ْلَ َم ِت
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-
Mu daripada seksa kubur, daripada azab api neraka, daripada
fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada fitnah al-Masih
al-Dajjal.” 24
Riwayat al-Bukhari (1377)
dan Muslim (1352)
Bacaan untuk jemaah:
َو ِم ْن،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َع َذا ِب ا ْل َق ْ ِب
، َو ِم ْن ِف ْت َن ِة ا ْلَ ْح َيا َوا ْلَ َم ِت،َع َذا ِب ال َّنا ِر
َو ِم ْن ِف ْت َن ِة ا ْلَ ِسي ِح ال َّد َّجا ِل
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami
berlindung kepada-Mu daripada seksa kubur,
daripada azab api neraka, daripada fitnah kehidupan
dan kematian, dan daripada fitnah al-Masih al-Dajjal.”
38
Doa 25
Berlindung dari Kejahatan
َأ ُعو ُذ بِ َك ِل َم ِت اللهِ ال َّتا َّما ِت ِم ْن َ ِّش َما َخ َل َق
Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimah Allah yang
sempurna daripada segala keburukan yang Dia ciptakan.” 25
Riwayat Muslim (2709), Abu Daud
(3899), al-Tirmizi (3604), al-Nasa’ie
dalam al-Sunan al-Kubra (10421),
Ibn Majah (3518) dan Ahmad (7898)
Bacaan untuk jemaah:
َن ُعو ُذ بِ َك ِل َم ِت اللهِ ال َّتا َّما ِت ِم ْن َ ِّش َما َخ َل َق
Maksudnya: “Kami berlindung dengan kalimah Allah yang
sempurna daripada segala keburukan yang Dia ciptakan.”
39
Doa 26
Berlindung dari Empat Perkara
، َو ِم ْن َق ْل ٍب ل َا َ ْي َش ُع، ال َّل ُه َّم إِ ِّنى َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن ِع ْل ٍم ل َا َي ْن َف ُع
َو ِم ْن َد ْع َو ٍة َل ُي ْس َت َجا ُب َ َلا،َو ِم ْن َن ْف ٍس َل َت ْش َب ُع
Maksudnya: “Ya Allah! Aku berlindung dengan-Mu daripada
ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk,
daripada nafsu yang tidak puas, dan daripada doa yang tidak
diterima.” 26
Riwayat Muslim (7081), Abu Daud
(1458), al-Tirmizi (3482), al-Nasa’ie
(5536), Ibn Majah (3837) Ahmad
(19402) dan Ibn Hibban (1015)
Bacaan untuk jemaah:
، َو ِم ْن َق ْل ٍب ل َا َ ْي َش ُع، ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ُعو ُذ بِ َك ِم ْن ِع ْل ٍم ل َا َي ْن َف ُع
َو ِم ْن َد ْع َو ٍة َل ُي ْس َت َجا ُب َ َلا، َو ِم ْن َن ْف ٍس ل َا َت ْش َب ُع
Maksudnya: “Ya Allah! Kami berlindung dengan-Mu daripada
ilmu yang tidak bermanfaat, daripada hati yang tidak khusyuk,
daripada nafsu yang tidak puas, dan daripada doa yang tidak
diterima.”
40
Doa 27
Berlindung dari Penyakit Kronik
، َوا ْ ُل َذا ِم، َوا ْ ُل ُنو ِن،ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن ال َ َب ِص
َو ِم ْن َس ِّي ِئ ا ْ َل ْس َقا ِم
Maksudnya: “Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada
penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang
buruk.”27
Riwayat Abu Daud (1554), Ahmad (13027),
al-Nasa’ie (5493) dan Abu Ya’la (2897)
Bacaan untuk jemaah:
، َوا ْ ُل ُنو ِن،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ُعو ُذ بِ َك ِم َن ال َ َب ِص
َو ِم ْن َس ِّي ِئ ا ْ َل ْس َقا ِم،َوا ْ ُل َذا ِم
Maksudnya: “Ya Allah, kami berlindung
dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila,
kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.”
41
Doa 28
Diselamatkan dari Kemungkaran
َوال َأ ْس َوا ِء، َوال َأ ْه َوا ِء، ال َّل ُه َّم َج ِّن ْبنِي ُم ْن َك َرا ِت ال َأ ْخل َا ِق
َوال َأ ْد َوا ِء
Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah aku daripada akhlak yang
mungkar, hawa nafsu, juga dari segala keburukan serta dari
penyakit-penyakit yang membawa kepada kebinasaan.”28
Riwayat al-Tirmizi (3591), Ibn
Hibban (960), al-Tabarani (19/19)
dan al-Bazzar (9/155)
Bacaan untuk jemaah:
، َوال َأ ْه َوا ِء، ال َّل ُه َّم َج ِّن ْب َنا ُم ْن َك َرا ِت ال َأ ْخل َا ِق
َوال َأ ْس َوا ِء َوال َأ ْد َوا ِء
Maksudnya: “Ya Allah, jauhkanlah kami
daripada akhlak yang mungkar, hawa nafsu,
juga dari segala keburukan serta dari penyakit-
penyakit yang membawa kepada kebinasaan.”
42
Doa 29
Menolak Bala
، َو َد َر ِك ال َّش َقا ِء، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن َج ْه ِد ال َب َل ِء
َو َش َم َت ِة ال َأ ْع َدا ِء، َو ُسو ِء ال َق َضا ِء
Maksudnya: “Wahai Allah! Aku berlindung kepada-Mu
daripada ujian yang berat, hinanya kecelakaan, buruknya
takdir dan celaan para musuh (atas bala, ujian dan kecelakaan
yang menimpa).” 29
Riwayat al-Bukhari (6347)
dan Muslim (2707)
Bacaan untuk jemaah:
، َو َد َر ِك ال َّش َقا ِء،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ُع ْو ُذ بِ َك ِم ْن َج ْه ِد ال َب َل ِء
َو َش َم َت ِة ال َأ ْع َدا ِء، َو ُسو ِء ال َق َضا ِء
Maksudnya: “Wahai Allah! Kami berlindung
kepada-Mu daripada ujian yang berat, hinanya
kecelakaan, buruknya takdir dan celaan para
musuh (atas bala, ujian dan kecelakaan yang
menimpa).”
43
Doa 30
Agar Tidak Dihilangkan Nikmat
، َو َ َت ُّو ِل َعا ِف َيتِ َك،ال َّل ُه َّم إِ ِّنى َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َز َوا ِل نِ ْع َمتِ َك
َو َ ِجي ِع َس َخ ِط َك،َو ُف َجا َء ِة نِ ْق َمتِ َك
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-
Mu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau
berikan, daripada berubahnya kesihatan yang telah Engkau
anugerahkan, daripada seksa-Mu (bencana) yang datang secara
tiba-tiba, dan daripada segala bentuk kemurkaan-Mu.” 30
Riwayat Muslim (2739) dan
Abu Daud (1545)
Bacaan untuk jemaah:
، َو َ َت ُّو ِل َعا ِف َيتِ َك،ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َز َوا ِل نِ ْع َمتِ َك
َو َ ِجي ِع َس َخ ِط َك،َو ُف َجا َء ِة نِ ْق َمتِ َك
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung
kepada-Mu daripada hilangnya kenikmatan yang telah Engkau
berikan, daripada berubahnya kesihatan yang telah Engkau
anugerahkan, daripada seksa-Mu (bencana) yang datang
secara tiba-tiba, dan daripada segala bentuk kemurkaan-Mu.”
44
Doa 31
Mohon Kurniaan & Rahmat-Nya
َفإِ َّن ُه لا، ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ْس َأ ُل َك ِم ْن ف ْض ِل َك َو َر ْ َحتِ َك
َي ْم ِل ُك َها إِلا َأ ْن َت
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada-
Mu agar diberi kurniaan dan rahmat-Mu. Sesungguhnya tiada
yang memilikinya kecuali-Mu.” 31
Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir
(10379) dan Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’
(7/280). Hadith ini dihukumkan sebagai sahih oleh
pengarang kitab al-Silsilah al-Sahihah.
Bacaan untuk jemaah:
َفإِ َّن ُه لا، ال َّل ُه َّم إِ َّنا َن ْس َأ ُل َك ِم ْن ف ْض ِل َك َو َر ْ َحتِ َك
َي ْم ِل ُك َها إِلا َأ ْن َت
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya kami
memohon kepada-Mu agar diberi kurniaan
dan rahmat-Mu. Sesungguhnya tiada yang
memilikinya kecuali-Mu.”
45
Doa 32
Berlindung dari Dukacita
َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن،ال َّل ُه َّم إِ ِّن َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن ا ْ َل ِّم َوا ْ َل َز ِن
، َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم َن ا ْ ُل ْب ِن َوا ْل ُب ْخ ِل،ا ْل َع ْج ِز َوا ْل َك َس ِل
َو َأ ُعو ُذ بِ َك ِم ْن َغ َل َب ِة ال َّد ْي ِن َو َق ْه ِر ال ِّر َجا ِل
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-
Mu daripada kedukaan dan kesedihan. Aku berlindung
kepada-Mu daripada sifat lemah dan malas. Aku berlindung
kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut. Dan
aku berlindung kepada-Mu daripada bebanan hutang dan
penindasan manusia.” 32
Riwayat al-Bukhari (6369), Abu Daud
(1555), al-Tirmizi (3484), al-Nasa’ie
(5449) dan al-Baihaqi dalam al-Da’awat
al-Kabir (305)
46