The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Tatabahasa Pedagogi (Kata Tunggal)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Farhanna Al-Zafra, 2020-06-16 00:13:40

Modul Tatabahasa Pedagogi (Kata Tunggal)

Modul Tatabahasa Pedagogi (Kata Tunggal)

MODUL
TATABAHASA

PEDAGOGI

KATA TUNGGAL

YAP * MARIA * FARHANNA * SALEEM * SYAMIM

BML3053 MORFOLOGI BAHASA MELAYU

TUGASAN KUMPULAN

MODUL TATABAHASA PEDAGOGI : KATA TUNGGAL

NAMA NO MATRIK
ABU SALEEM RAIHAN BIN ABU KASSIM D20181084013
MARIA BINTI OSMAN D20181084018
FATIN FARHANNA FARIEHA BINTI RAJALI D20181083966
YAPKINDDY BIN YAPIT D20181082365
MOHAMMAD SYAMIM AKMAL BIN MOHD D20181083959
SHAIFUL ANUAR

KUMPULAN : C
PENSYARAH : ENCIK MOHD RA’IN BIN SHAARI

KANDUNGAN

ITEM MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1–3
4–6
1.1 Tatabahasa Pedagogi
1.2 Definisi Kata Tunggal 7 – 11
1.0 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA
12 – 15
Definisi
Contoh Formula Kata Tunggal Satu Suku Kata 16 - 21
Aktiviti
Latihan
Lampiran
2.0 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA
Definisi
Formula Kata Tunggal Dua Suku Kata
Contoh Perkataan Bagi Setiap Formula Kata Tunggal
Dua Suku Kata
Aktiviti
Latihan
Lampiran
3.0 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA
Definisi
Formula Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Contoh
Aktiviti
Latihan
Lampiran
4.0 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA
Definisi
Formula Kata Tunggal Tiga Suku Kata
Contoh Perkataan Bagi Setiap Formula Kata Tunggal
Empat Suku Kata
Aktiviti

Page | ii

Latihan 22 – 27
Lampiran
5.0 KATA AKRONIM 28
Definisi 29
5.1 Jenis/Bentuk Akronim

5.1.1 Gabungan Huruf Awal Perkataan
5.1.2 Gabungan Huruf dan Suku Kata Setiap

Perkataan Sesedap Sebutan
5.1.3 Gabungan Suku Kata Awal Perkataan
5.1.4 Gabungan Bahagian Awal Perkataan Pertama

Dengan Bahagian Lain Dalam Perkataan
Yang Mengikutinya
Contoh
Aktiviti
Latihan
Lampiran
KESIMPULAN
RUJUKAN

Page | iii

1.0 PENGENALAN

Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur kata, bentuk kata dan
penggolongan kata. Struktur kata merujuk kepada susunan bentuk bunyi bahasa atau lambang
(dalam tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bahasa mempunyai tiga sistem yang
utama, iaitu fonologi, tatabahasa, dan semantik. Tatabahasa terdiri daripada dua komponen
utama, iaitu morfologi dan sintaksis. Bidang morfologi mengkaji morfem dan kata. Kedudukan
morfologi adalah pada tingkat paling akhir dan kedua akhir dalam hierarki tatabahasa.

Menurut Nik Safiah Karim at.el. (1997) dalam bukunya Tatabahasa Dewan mendefinisikan
morfologi sebagai satu bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan
struktur kata dimaksudkan sebagai susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang
menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada
berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau
fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

Di samping itu, Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1993) pula mendefinisikan
morfologi sebagai satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-
cara pembentukannya. Selain itu, Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993) turut
mendefinisikan morfologi sebagai kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-
bentuk kata. Bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok belok struktur
kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.

1.1 TATABAHASA PEDAGOGI

Tatabahasa adalah bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan
ayat sesuatu bahasa (Nik Safiah Karim & Norlidza Shamsudin, 2008). Menurut Siti Hajar Hj.
Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk

Page | 1

dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil
ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan
serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Berbanding dengan tatabahasa
pedagogi.

Abdullah Hassan (2008) menjelaskan tatabahasa pedagogi adalah tatabahasa yang
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran bahasa. Ia berbeza daripada tatabahasa
pegangan. Perbezaan paling ketara dapat kelihatan apabila ia dibandingkan dengan tatabahasa
pegangan. Tatabahasa pedagogi bukan sahaja mempunyai huraian rumus-rumus tatatabahasa
dan contoh tetapi juga latihan-latihan bagi mengajarkan dan mempelajari bahasa. Tatabahasa
pedagogi adalah untuk pengajaran dan pembelajaran yang mesti dipunyai oleh semua murid,
pelajar, guru dan pensyarah berbanding tatabahasa pegangan yang mesti dipunyai oleh semua
guru dan pensyarah.

1.2 DEFINISI KATA TUNGGAL

Kata tunggal ialah bentuk kata yang boleh berdiri sendiri tanpa menerima sebarang imbuhan
atau tidak mengalami proses penggandaan dan pemajmukan. Menurut Tatabahasa Dewan,
terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi
hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jika dilihat
dari segi penyukuan kata, perkataan boleh mengandungi satu suku kata atau beberapa suku
kata.

Sesuatu suku kata boleh terdiri daripada satu vokal (V) sahaja, satu vokal disertai oleh
satu konsonan (K), atau satu vokal dengan beberapa konsonan. Konsonan-konsonan itu hadir
di hadapan atau di belakang vokal atau serentak dihadapan dan di belakang. Ada konsonan
yang boleh hadir secara bergugus (KK). Dalam bahasa Melayu, proses pembentukan kata
tunggal boleh dilihat melalui pola vokal dan konsonan dalam sesuatu kata.

Page | 2

Selain itu, terdapat juga kata lain yang tergolong di dalam kata tunggal. Antaranya ialah
akronim dan singkatan. Dalam buku Pedoman Umum Ejaaan Bahasa Indonesia yang
disempurnakan (1997: 18), akronim adalah singkatan yang berupa gabungan huruf awal,
gabungan suku kata, ataupun gabungan huruf dan suku kata dari deret kata yang diperlakukan
sebagai kata. Manakala, singakatan pula ialah bentuk yang dipendekkan yang terdiri dari satu
huruf atau lebih.

Oleh itu, kita dapat melihat bahawa dalam kata akronim dan singkatan tergolong dalam
kata tunggal. Hal ini dikatakan demikian kerana, ianya dapat berdiri sendiri dan tidak menerima
sebarang imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan juga apitan. Namun, kita kena tahu bahawa
akronim dan singkatan mempunyai fungsinya yang tersendiri.

Page | 3

1.0 KATA TUNGGAL SATU SUKU KATA
Definisi :

Kata tunggal satu suku kata dalam bahasa Melayu amat terhad dan ada antaranya
merupakan kata pinjaman dari bahasa asing. Namun, kependekan dari dua suku kata
menjadi satu suku kata seperti engkau menjadi kau dan aku menjadi ku tidak boleh
dianggap kata tunggal satu suku kata. Berdasarkan penelitian terhadap Kamus Dewan
Edisi Ketiga (1996), jumlah keseluruhan kata tunggal dengan satu suku kata dalam
bahasa Melayu sangat terhad, iaitu antara 500-1000 kata sahaja. Kebanyakan perkataan
tersebut merupakan kata pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya bahasa
Arab, bahasa Inggeris, dan bahasa Jawa.
Contoh Formula Kata Tunggal Satu Suku Kata:
1. KV (ya, yu, ru)
2. VK (am)
3. KVK (tin, sen, lap, cap)
4. KKVK (gred, graf, draf, stor)
5. KVKK (golf, bank, zink)
6. KKKV (skru)
7. KKKVK (skrip, straw)

Aktiviti:
1. Guru meminta setiap pelajar menyebut nombor bagi membentuk kumpulan.
2. Guru menyediakan beberapa soalan agar pelajar dapat berbincang di dalam kumpulan.
3. Guru hanya memantau aktiviti pelajar.

Page | 4

4. Seterusnya, guru meminta setiap pelajar menghantar wakil bagi membentang hasil
kerja mereka.

5. Berdasarkan aktiviti ini, pelajar dapat mengenal kata tunggal satu suku kata dan dapat
membezakannya dengan akronim dan singkatan.

Latihan
yu sen akaun
bom giat apa

1. Senaraikan kata tunggal satu suku kata berdasarkan kata yang ada di atas,
i) _________________________________________
ii) _________________________________________
iii) _________________________________________

Kata tunggal Satu Suku
Kata

i) roh
ii) skru
iii) skrip

2. Berdasarkan kata di atas, berikan formula kata tunggal satu suku kata tersebut.
i) ………………….
ii) ………………….
iii) ………………….

Page | 5

Lampiran
Kata tunggal tiga suku kata
Link Youtube Contoh:

1. https://www.youtube.com/watch?v=RxzP82r3vrI - Kata Tunggal
Minit digunakan : 0.45-1.16

Link Akhbar Contoh:
1. https://www.beritaharian.sg/setempat/covid-19-942-kes-baru-majoriti-libatkan-
pemegang-permit-kerja-di-asrama-pekerja (Berita Harian Online bertarikh 18 April
2020)
Digunakan dalam perenggan 1

Page | 6

2.0 KATA TUNGGAL DUA SUKU KATA
Definisi:

Kata tungga dua suku kata bermaksud kehadiran dua suku kata dalam satu kata. Kata
tunggal dua suku kata terdapat di dalam bahasa melayu.

Formula Kata Tunggal Dua Suku Kata:

a) V + KV
b) V + VK
c) V + KVK
d) VK + KV
e) VK + KVK
f) KV + V
g) KV + VK
h) KV + KV
i) KV + KVK
j) KVK + KV
k) KVK + KVK

Contoh perkataan bagi setiap formula kata tunggal dua suku kata:

SUKU KATA CONTOH
V + KV Ibu
V + VK Aur
V + KVK Ubat

Page | 7

VK + KV Undi
VK + KVK Uncang

KV + V Dua
KV + VK Biar
KV + KV Laga
KV + KVK Pulut
KVK + KV Tangki
KVK + KVK Lantai

Aktiviti:

Menyenaraikan kata tunggal dua suku kata dan mengenal pasti formula kata tunggal dua suku
kata:

1. Pelajar diminta untuk membentuk kumpulan.
2. Murid di minta mengeluarkan keratan akhbar yang telah di bawa bersama

warna ataupun ‘highlighter’.
3. Melalui keratan akhbar tersebut, pelajar diminta untuk mewarnakan kata

tunggal dua suku kata mengikut formula.
4. Kemudian pelajar diminta untuk membuat jadual formula dan menyenaraikan

setiap kata tunggal dua suku kata yang terdapat pada keratan akhbar tersebut.
5. Pelajar diminta untuk berkongsi jawapan dalam perbincangan bersama guru di

dala kelas.
Latihan:

Formula:

a. V + KVK

Page | 8

b. VK + KVK
c. KV + KVK
d. KVK + KV
1. Berdasarkan keratan akhbar, nyatakan dua contoh kata tunggal dua suku kata

mengikut formula yang diberikan:
a. _________________

_________________
b. _________________

_________________
c. _________________

_________________
d. _________________

_________________

Page | 9

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia dengan sebarang kemungkinan peningkatan
kes COVID-19 dan mempunyai rancangan mengenainya.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu ada
dibincangkan dan jika tercetus kembali kes positif yang naik mendadak kerajaan akan buat
keputusan waktu itu.
"Kita akan putuskan apa yang patut kita lakukan. Langkah yang diambil kerajaan adalah
terancang dan semua dilaksanakan dalam keadaan bersedia.

"Kita juga membuat pemantauan bagi kita melihat sebarang kemungkinan," katanya dalam
wawancara ekslusif bersama BH baru-baru ini.
Sementara itu, mengulas pelaksanaan PKPB, katanya keseluruhannya kerajaan berpuas hati.

"Saya ucapkan terima kasih kepada rakyat kerana buat kawalan kendiri.
"Polis melaporkan banyak kereta yang keluar, lebih banyak berbanding hari sebelumnya, tetapi
keadaan terkawal, malah di luar jangkaan.

"Saya jangkakan untuk hari pertama, orang akan keluar beramai-ramai macam hari raya, 'yahoo'
kerana sudah lama tidak keluar, tetapi itu tidak berlaku," katanya.
Beliau berkata, rakyat kita sudah faham dengan mendisiplinkan diri dan kawalan kendiri.

"Saya juga lihat orang ramai mengamalkan penjarakan sosial sehingga sanggup beratur panjang
untuk masuk ke pasar raya. Rakyat patuh.

Page | 10

"Ramai yang mengkritik PKPB dengan alasan bimbang rakyat tidak patuh sehingga berlaku
keadaan tidak terkawal. Namun tidak berlaku seperti itu, walaupun mungkin ada kes tertentu
yang tidak patuh," katanya.

(Sumber: Berita Harian, 5 Mei 2020)

2. Warnakan kata tungga dua suku kata yang terdapat pada keratan akhbar di atas dan
nyatakan formula kata tungga dua suku kata tersebut.

Lampiran
Kata tunggal dua suku kata
Link Akhbar Online Contoh:

1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671164/covid-19-inisiatif-
prihatin-amat-menyeluruh-berpaksikan-rakyat-felda (Berita Harian Online bertarikh 30
march 2020)

2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/686189/pkpb-rakyat-sudah-
faham-amal-kawalan-kendiri-disiplin-diri-ismail (Berita Harian Online bertarikh 5
Mei 2020)

3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/05/686155/kerajaan-tidak-terburu-
buru-laksanakan-pkpb-buka-sektor-ekonomi- ( Berita Harian Online bertarikh 5 Mei
2020)

Page | 11

3.0 KATA TUNGGAL TIGA SUKU KATA

Definisi:

Jika dibandingkan dengan kata tunggal dua suku kata, jumlah kata tunggal dengan tiga
suku kata agak kecil. Namun demikian, pola-pola susunan konsonan-vokalnya agak
banyak. Menurut Nik Safiah Karim et al. (2009), perkataan-perkataan tiga suku kata ini
banyak daripadanya ialah kata-kata pinjaman.

Formula Kata Tunggal Tiga Suku Kata:

1. KV + V + KV (suara, tiada)
2. KV + V + KVK (kaedah, ziarah)
3. V + KV + V (idea, asia)
4. KV + KV + V (peria, petai)
5. KVK + KV + V (pantai, santai)
6. KV + KV + VK (keluar, seluar)
7. KVK + KV + VK (berlian, tempias)
8. V + KV + KV (usaha, azali)
9. V + KV + KVK (alamat, akibat)
10. VK + KV + KV (asmara, antara)
11. KV + KV + KV (budaya, sutera)
12. KVK + KV + KV (kembara, misteri)
13. VK + KV + VK (ilmiah, ikhtiar)
14. V + KV + VK (akaun, amaun)
15. KV + KV + KVK (selaput, kelawar)

Page | 12

16. KVK + KV + KVK (mahkamah, sembilan)
17. KV + KVK + KV (terumbu, kelambu)
18. KVK + KVK + KV (sempurna)
19. KV + KVK + KVK (kelompok, pelantar)

Contoh:
i) (insentif)
ii) (pandemik)
iii) (daerah)
iv) (perintah)
v) (utara)
vi) (domestik)

Aktiviti:
6. Pelajar diminta untuk membentuk sebuah kumpulan dengan lima orang ahli bagi
setiap kumpulan.
7. Guru menyediakan beberapa keratan akhbar yang berbeza dan diedarkan kepada
kumpulan tersebut.
8. Setiap kumpulan akan diberikan 1 keratan akhbar dan kertas kosong.
9. Berdasarkan akhbar tersebut, setiap pelajar perlu berbincang dengan ahli kumpulan
dan perlu mengenalpasti kata tunggal tiga suku kata.
10. Pelajar perlu senaraikan kembali perkataan yang telah dikenalpasti pada kertas kosong
tersebut dan berkongsi jawapan semasa perbincangan bersama guru di dalam kelas.

Page | 13

Latihan:

Formula
iv) KV + KVK + KV
v) V + KV + V
vi) KVK + KV + VK

1. Berdasarkan formula di atas, nyatakan kata tunggal tiga suku kata tersebut.
iv) ………………….
v) ………………….
vi) ………………….

2. Gariskan kata tunggal tiga suku kata yang terdapat di dalam ayat-ayat di bawah.
i) Ahmad telah membeli seutas rantai berlian kepada isterinya.
ii) Seorang warga emas didenda RM3,000 oleh Mahkamah Ayer Keroh atas
kesalahan menyebarkan berita palsu.
iii) Suraya telah dijangkiti virus Covid-19 akibat tidak mencuci tangan dengan
betul.

pantai pekerja akaun
tambahan ziarah bersalah

3. Berdasarkan jadual di atas, senaraikan perkataan yang merupakan kata tunggal tiga
suku kata.
i) ……………….
ii) ……………….
Page | 14

iii) ……………….

Lampiran
Kata tunggal tiga suku kata
Link Akhbar Contoh:

1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/671164/covid-19-inisiatif-
prihatin-amat-menyeluruh-berpaksikan-rakyat-felda (Berita Harian Online bertarikh 30
Mac 2020)
Perenggan digunakan: perenggan 2 dan 4

2. https://www.bharian.com.my/node/221336 (Berita Harian Online bertarikh 7 Disember
2016)
Perenggan digunakan: perenggan 1

3. https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/03/670869/nak-pergi-rumah-kawan-
bagi-resepi (Berita Harian Online bertarikh 30 Mac 2020)
Perenggan digunakan: perenggan 1 dan 2

Page | 15

4.0 KATA TUNGGAL EMPAT SUKU KATA
Definisi:

Terdapat sebilangan kecil kata tunggal yang terdiri daripada empat suku kata.
Kebanyakan perkataan empat suku kata ini ialah kata pinjaman.

Formula Kata Tunggal Tiga Suku Kata:

a) KV+KV+VK+KV
b) KV+KVK+KV+KV
c) KVK+KV+KV+KV
d) KVK+KV+V+KV
e) KV+KV+KV+KV
f) KV+KV+KV+KVK
g) KVK+KV+KV+KVK
h) KVK+KVK+KV+KV
i) KV+KV+V+KVK
j) V+KV+KV+KVK

Contoh perkataan bagi setiap formula kata tunggal empat suku kata

SUKU KATA CONTOH

KV+KV+VK+KV keluarga

KV+KVK+KV+KV sejahtera

Page | 16

KVK+KV+KV+KV bendahara
KVK+KV+V+KV sentiasa
KV+KV+KV+KV selesema
KV+KV+KV+KVK muzakarah
KVK+KV+KV+KVK sentimeter
KVK+KVK+KV+KV singgahsana
KV+KV+V+KVK nasional
V+KV+KV+KVK anugerah

Contoh:

a) insitusi
b) kuarantin
c) kriteria
d) sementara
e) manakala

Aktiviti
1. Guru menyediakan sebuah kotak beracun yang mengandungi keratan kertas-kertas
kecil yang tertulis beberapa perkataan kata tunggal empat suku kata dan beberapa
formula untuk membentuk kata tunggal empat suku kata.
Page | 17

2. Kemudian kotak beracun tersebut digerakkan kepada setiap pelajar di dalam bulatan
sambil memasang muzik.

3. Pelajar yang terakhir memegang kotak beracun tersebut apabila muzik diberhentikan
perlu mencabut keratin kertas di dalam kotak tersebut.

4. Sekirannya pelajar mencabut keratin kertas yang mengandungi kata tunggal pelajar
tersebut perlu membina ayat daripada perkataan tersebut.

5. Tetapi sekiranya pelajar tersebut mencabut keratin kertas mengandungi formula pelajar
tersebut perlu membina satu kata tunggal empat suku kata daripada formula tersebut.

6. Pelajar yang dapat membina ayat dan kata tunggal dengan betul akan diberikan
ganjaran.

Latihan

i. singgahsana
ii. kriteria
iii. anugerah
iv. sejahtera

1. Berdasarkan kata tunggal empat suku kata di atas, nyatakan formula bagi kata tunggal
tersebut.

i. ……………………….
ii. ……………………….
iii. ……………………….
iv. ……………………….

Page | 18

2. Bina satu ayat daripada setiap kata tunggal di atas.

i. …………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

ii. …………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

iii. …………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………....

iv. …………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………

Cenderawasih ubat parang kosmopolitan
Lasamana siasat kapitalis amaran

3. Berdasarkan jadual di atas, senaraikan perkataan yang merupakan kata tunggal tiga
suku kata.
i. ……………………………………..
ii. ……………………………………

Page | 19

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga tidak perlu bimbang dengan kebajikan penuntut
yang masih menetap di institusi pengajian tinggi (IPT) di seluruh negara, sepanjang tempoh
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika memberikan jaminan
itu berkata kerajaan sebelum ini bersetuju menanggung semua kos hidup, termasuk makan
dan minum penuntut di IPT.
Katanya, keputusan itu bagi memastikan mereka semua kekal berada di IPT masing-masing
dan terhindar daripada risiko penularan COVID-19.
“Saya tahu sudah lama mereka berada di sana dan ibu bapa mula resah mengenai nasib anak
masing-masing yang masih berada di kampus kolej.
“Kerajaan beri jaminan kita akan pastikan kebajikan anak mereka terjaga, justeru tiada isu
besar berkaitan anak masing-masing kerana semuanya ditanggung.
“Oleh itu, ibu bapa usah gundah gulana, sebaliknya serahkan kepada Kementerian Pengajian
Tinggi untuk menjaga anak mereka dengan baik,” katanya pada sidang media selepas
Mesyuarat Khas Menteri Mengenai PKP, di Putrajaya, hari ini.
Dalam perkembangan lain,Ismail berkata, syarikat telekomunikasi, Celcom bersetuju untuk
menyediakan perkhidmatan internet menerusi edaran kad sim prabayar kepada mereka yang
menjalani proses kuarantin.
Katanya, tawaran itu antara lain merangkumi kemudahan data internet sebanyak 1 gigabait
(GB), selain tambahan 10GB untuk berhubung dengan ahli keluarga menggunakan Skype,
WhatsApp dan Facebook.

Page | 20

4. Petikan di atas merupakan keratan akhbar, dalam keratan tersebut terdapat beberapa
perkataan yang merupakan kata tunggal empat suku kata. Nyatakan perkataan tersebut
berserta formula.

Lampiran
Kata tunggal empat suku kata
Link akhbar contoh:

1. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/672885/covid-19-ibu-bapa-
usah-risau-anak-di-kolej (Berita Harian Online bertarikh 4 April 2020)
Perenggan yang digunakan: perenggan 1 dan 7

2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/671768/penerima-bsh-sedia-
ada-m40-yang-ada-data-cukai-tak-perlu-memohon (Berita Harian Online bertarikh 1
April 2020)
Perenggan yang digunakan: perenggan 2

3. https://www.sinarharian.com.my/article/77401/KHAS/Koronavirus/Jumlah-kes-
Covid-19-Sepanyol-kini-atasi-Itali (Berita Sinar Harian bertarikh 5 April 2020)
Perenggan yang digunakan: perenggan 6

4. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/673063/covid-19-3-rakyat-
malaysia-disahkan-positif-di-singapura-semalam (Berita Harian Online bertarikh 5
April 2020).
Perenggan yang digunakan: perenggan 2

Page | 21

5.0 KATA AKRONIM

Definisi:

Kata akronim tergolong di dalam kata tunggal walaupun ia terbentuk daripada
percantuman bunyi-bunyi pertama dalam sejumlah perkataan atau percantuman
bahagian-bahagian daripada beberapa patah perkataan. Umumnya, kata akronim ini
berasal daripada beberapa perkataan tetapi telah digabungkan menjadi satu suku kata
yang mantap sekaligus memberi makna sendiri dan mampu berdiri sendiri dengan utuh.
Menurut Asmah Haji Omar, akronim merupakan singkatan yang terhasil daripada
penggabungan daripada huruf-huruf atau suku-suku kata dalam urutan dua atau lebih
suku kata. Selain itu, menurut Tatabahasa Dewan Edisi, akronim ditakrifkan sebagai
perkataan yang diterbitkan melalui proses penggabungan singkatan beberapa perkataan
dan membentuk satu perkataan yang utuh.

5.1 Jenis / Bentuk Akronim

Menurut Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, akronim terbahagi kepada empat jenis iaitu
gabungan huruf awal perkataan, gabungan huruf dan suku kata setiap perkataan sesedap
sebutan, gabungan suku kata awal perkataan dan gabungan bahagian awal perkataan pertama
dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikutinya.

5.1.1 Gabungan Huruf Awal Perkataan

Kata akronim ini dibentuk melalui percantuman huruf awal beberapa perkataan yang
kebanyakkannya terdiri daripada kata nama khas tertentu.

Akronim Perkataan Asal
ABIM Angkatan Belia Islam Malaysia
LUTH Lembaga Urusan Tabung Haji

Page | 22

IKIM Institut Kefahaman Islam Malaysia
ADUN Ahli Dewan Undangan Negeri
BAKAT
UPSI Badan Kebajikan Angkatan Tentera
IPTAA Universiti Pendidikan Sultan Idris
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

5.1.2 Gabungan Huruf dan Suku Kata Setiap Perkataan Sesedap Sebutan

Kata akronim jenis ini terhasi daripada cantuman huruf dan suku kata jumlah perkataan
berdasarkan sebutan sedap tanpa urutan tertentu.

Akronim Perkataan Asal
Intan Institut Tadbir Awam
Berita Nasional Malaysia
Bernama Majlis Amanah Rakyat
Mara Perusahaan Automobil Nasional
Proton Perlindungan Liar Taman Negara
Pertubuhan Keselamatan Sosial
Perhilitan Majlis Bahasa Brunei Darulssalam Indonesia, Malaysia
Perkeso
Mabbim

5.1.3 Gabungan Suku Kata Awal Perkataan

Kata akronim jenis ini dibentuk melalui percantuman suku kata awal sejumlah perkataan.

Akronim Perkataan Asal
cerpen cerita pendek
kugiran kumpulan gitar rancak

Page | 23

pawagam panggung wayang gambar
purata pukul rata
tadika
tabika taman didikan kanak-kanak
halaju taman bimbingan kanak-kanak

had laju

5.1.4 Gabungan Bahagian Awal Perkataan Pertama Dengan Bahagian Lain Dalam
Perkataan Yang Mengikutinya.

Kata akronim jenis ini dibentuk melalui huruf atau suku kata perkataan pertama dengan
bahagian bukan awal perkataan yang lain.

Akronim Perkataan Asal
angkubah angka ubah

asbut asap dan kabut
debunga debu bunga
habis kikis
hakis jalan lurah
jaluran jenis nama
jenama

Contoh:

1. Petronas
2. PERHILITAN
3. Tadika

Page | 24

Aktiviti :

1. Guru mengarahkan murid membaca cerpen Hadiah di dalam buku Antologi Ku Ingin
Berterima Kasih.

2. Murid diminta untuk membaca dan meneliti teks tersebut dan menyenaraikan kata
akronim di dalam teks tersebut

3. Murid diberikan masa selama 10 minit
4. Setelah 10 minit tamat, murid diminta untuk duduk secara berpasangan untuk berkongsi

kata akronim yang Berjaya di senaraikan dan kemudian murid diminta untuk
mengkelaskan akronim yang Berjaya di senarikan mengikut jenis nya tersendiri.
5. Pasangan murid diberikan masa 5 minit untuk berbincang.
6. Setelah masa tamat, para murid di minta untuk berkongsi dengan keseluruhan kelas
berkenaan kata akronim yang telah di jumpai.
7. Pasangan yang memperoleh kata akronim yang paling banyak dan betul akan menerima
ganjaran.

Latihan

Teliti ayat di bawah secara terperinci. Kemudian, gariskan kata akronim yang terkandung di
dalam ayat di bawah.

1. Anak-anak yang berumur empat hingga enam tahun perlu dihantar belajar di tabika atau
tadika supaya mereka mendapat pendidikan prasekolah.

2. Puan Ani menghantar anaknya yang berumur tiga tahun ke taska
3. Cerpen itu ditulis oleh penulis yang terkenal, iaitu Khadijah Hashim
4. A. Halim pernah menyukai kugiran The Wanderer pada suatu masa dahulu
5. Selain menikmati nyanyian, para penonton di auditorium itu daoat menyaksikan taridra

yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar UPSI

Page | 25

Lengkapkan ayat-ayat yang berikut dengan memilih kata akronim yang paling sesuai.

1. Para pengunjung terhibur selepas menyaksikan persembahan ______________ di pusat
beli-belah itu.
a. Ukiran
b. Kugiran
c. Cerpen
d. Pawagam

2. _____________ jam tangan yang baru dibeli oleh Encik Aziz untuk dihadiahkan
kepada isterinya ialah Rolex.
a. Jenama
b. Bernama
c. Gapena
d. Ternama

3. Campur tangan kerajaan dalam sektor ____________ telah memberi peluang kepada
masyarakat berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.
a. Kugiran
b. Debunga
c. Hartanah
d. PERHILITAN

4. Tunku Abdul Rahman merupakan _____________ yang telah Berjaya menuntut
kemerdekaan negara daripada British.
a. Sejarawan
b. Negarawan
c. Pustakawan
d. Cendekiawan

Page | 26

5. Pembentangan kertas kerja tentang kemajuan ekonomi negara telah disampaikan oleh
seorang __________ dari Universiti Sains Malaysia
a. Karyawan
b. Wartawan
c. Negarawan
d. cendekiawan

Lampiran
Kata Akronim
Link akhbar contoh:

1. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/tiada-pengurangan-bayaran-sst-2019-
kepada-petronas-menteri-muda-sarawak-242330 (Astro Awani Online bertarikh 10
Mei 2020)
Perenggan yang digunakan: perenggan 1

2. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/603555/perhilitan-pdrm-mula-
rondaan-banteras-pemburu-haram ( Berita Harian Online bertarikh 4 September 2019)
Perenggan yang digunakan: perenggan 1 dan perenggan 6

3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/04/683249/pertimbang-kebenaran-
operasi-taska-tadika-kerajaan ( Berita Harian Online bertarikh 29 April 2020)
Perenggan yang digunakan: perenggan 1 hingga 10

Page | 27

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kata tunggal merupakan kata yang boleh berdiri kata yang boleh berdiri sendiri
tanpa menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan
pemajmukan. Selain itu, kata tunggal terdiri daripada pelbagai jenis berdasarkan suku kata. Ini
dapat dilihat dalam contoh yang telah diberikan. Antaranya ialah, kata tunggal satu suku kata,
kata tunggal dua suka kata, kata tunggal tiga suku kata dan kata kata tunggal empat suku kata
dan lebih.Tambahan lagi, terdapat beberapa kata juga yang tergolong dalam kata tunggal.
Antaranya ialah akronim dan singkatan. Hal ini dikatakan demikian kerana akronim dan
singkatan dapat berdiri sendiri dan tidak menerima imbuhan dan penggandaan ataupun
pemajmukan. Oleh itu, bidang kata tunggal sangat luas kerana terdapat pelbagai pecahan
seperti yang telah dijelaskan

Page | 28

RUJUKAN
Abdullah Hassan. (2008). Tatabahasa Pedagogi untuk Sekolah Menengah. Kuala Lumpur:

PTS Professional.
Ahmad Khair Mohd Nor, Rahimah Hj. Sabran, Nawi Ismail & Ton Ibrahim. (2016).

Tatabahasa Asas Edisi Kedua. Selangor: Pustaka Salam Sendirian Berhad dan
Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia.
Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dawama Sdn.
Bhd.
Nik Safiah Karim et al. (2010). Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Page | 29


Click to View FlipBook Version