PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DET2B
TAJUK: SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
MUHAMMAD IRFAN RAHIMI BIN GHAZALI (16DET20F2027)
UMMI RUMAN BINTI IBRAHIM (16DET20F2038)
NAMA PENSYARAH: EN. ABDUL SAMAD BIN MAT ISA
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN.........................................................................................................................................1-2
PENGASAS DAN PENGASASAN MELAKA................................................................................................ 3
PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL .................................................................... 4
SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKAN .............................................................. 5
SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN....................................................................................................5-6
SISTEM PERUNDANGAN .......................................................................................................................7
PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM PENTADBIRAN...........................................................................8-9
PUSAT DAGANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA ......................................................................10-11
KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA................................................................................ 12-13
PENUTUP.................................................................................................................................................14
SUMBER RUJUKAN....................................................................................................................15
PENGENALAN
Empayar Melaka telah diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400 M. Beliau seorang putera raja dari Palembang yang telah tiba ke Temasik
dan seterusnya menubuhkan sebuah kerajaan di Melaka. Pada peringkat permulaan, Melaka menghadapi saingan daripada kerajaan samudera-
Pasai ( Samudera Pase ) dan Aru di bahagian utara Sumatera yang menjadi pelabuhan penting menarik ramai pedagang asing. Faktor ini
menyebabkan kemajuann serta perkembangan Melaka ialah kedudukannya yang strategik iaitu terletak di tengah – tengah jalan perdagangan
antara India dan China. Melaka juga mengadakan hubugan diplomatic dengan negeri China pada zaman pemerintahan Parameswara. Hubugan
ini penting sebagai menghalang Melaka daripada diancam oleh Siam.
Perkembangan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menyebabkan beberapa peraturan pentadbiran diperkenalkan. Untuk melicinkan
urusan perdagangan , empat orang Syahbandar dilantik mewakili masyarakat pedagang asing. Seorang Syahbandar dilantik mewakili bangsa
Gujerat, seorang mewakili pendagang India, Benggala, Pegu(Burma) dan Pasai, yang ketiga menwakili pedagang Jawa, Maluku, Banda,
Palembang, Borneo dan Filipina, yang keempat mewakili pedagang Champa, China dan Kepulauan Ryuku(Jepun).
Semasa pemerintahan Parameswara, Melaka hanya sebuah penempatan yang kecil. Proses pemilihan wilayah bermula semasa pemerintahan
Sultan Mahmud Syah. Sempadan Melaka diperluaskan sehingga meliputi kawasan-kawasan diantara Beruas di barat dan Kuala Terengganu di
timur. Sejak pengasasannya, Melaka memang memain peranan yang menonjol dalam aktiviti perdagangan baik di peringkat antarabangsa
mahupun di peringkat tempatan. Pada pertengahan abad tersebut,Melaka muncul sebagai pusat perdagangan utama dikalangan Negeri
Nusantara. Ia mengantikan Majapahit sebagai pusat perdagangan Indonesia yang amat strategic kepada perdagangan antarabangsa. Melaka
merupakan sebuah perlabuhan entreport yang dapat mencantumkan hamper semua aktiviti perdagangan serantau terutamanya dikawasan
kedua-dua belah selat Melaka lebih kurang pada pertengahan abad ke 15 M.
1
Pada zaman pemerintahan Sultan Mudzaffar shah(1445-1458 M), Melaka menjadi pusatpengaruh agama Islam yang penting di asia Tenggara.
Dengan Kewibawaan Tun Perak, Melaka mampu menangkis serangan siam dalam usaha mereka untuk menguasai Melaka. Zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah (1458-1477 M) iaitu Sultan Melaka yang kenam merupakan zaman kegemilangan kerajaan Melayu kerajaan
Melayu Melaka. Bandar Melaka didatangi oleh saudagar- saudagar dan peniaga-peniaga dari pelbagai negeri. Melaka juga merupakan pusat
pengembangan ajaran islam diseluruh rantau Nusantara ini, Kerajaan melayu Melaka juga telah berjaya menakluk Pahang, Sungai Ujung, Jeram,
Langat, Inderagiri, Palembang, Jambi, Lingga, Tungkal, Siantan,
Bentan, Kampar, dan Siak.
Pada awal abad ke 16 M, terdapat sekurang- kurangnya 100 buah kapal yang besar dan kira-kira 30 hingga 40 buah kapal kecil datang ke
pelabuhan sehingga menampung hampir 2000 buah kapal yang pelbagai saiz untuk satu- satu masa. Kepesatan perdagagann di Melaka
menyebabkan ia mempunyai system pengurusan yang teratur. Empayar Melaka mula merosot saemasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.
Setelah kemangkatan Bendahara Tun Perak yang banyak berjasa kepada Melaka, Sultan Mahmud Shah melantik Tun Puteh, adik Tun Perak
sebagai Bendahara Melaka, beliau dapat membawa masuk manjung di Selangor dan Beruas di Perak.
ISTANA SULTAN MANSUR SHAH 2
PENGASAS DAN PENGASASAN MELAKA
Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Parameswara memeluk Islam pada tahun 1409 dan telah menggelar diri
Lanang pada tahun 1565, angkatan Parameswara baginda sebagai Raja Iskandar Syah. Baginda telah berkahwin dengan seorang
melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang
tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang puteri Pasai, Indonesia. Pada tahun 1409 juga, Laksamana Cheng Ho telah
kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan singgah di Melaka dalam rangka lawatan beliau untuk meneroka dunia. Pada
yang cuba didirikan mereka runtuh dengan serta merta. 1411, Parameswara telah membuat pelayaran melawat negara China dengan
Kemudian, Parameswara berpindah ke Sening Ujong rombongan pengiring sebanyak 540 orang untuk pertemuan dengan Maharaja
(nama lama bagi Sungai Ujong). Setelah berada di sana, Ming, Yung Lo. Maharaja Yung Lo jugamengiktiraf Parameswara sebagai raja
beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya
dan kemudiannya beliau tiba di muara Sungai Bertam Melaka.
(nama lama bagi Sungai Melaka).
Semasa Parameswara sedang berehat di bawah pohon Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan
Melaka, Parameswara telah melihat peristiwa anjing yang terpenting di Kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan
pemburuannya ditendang oleh seekor pelanduk.
Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana seekor pelanduk pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai
kecil dapat mengalahkan seekor anjing. Oleh itu, pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.
Parameswara memilih untuk mendirikan sebuah
kerajaan. Parameswara menamakan tempat itu Melaka
bersempena dengan nama pokok beliau berteduh.
3
PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL
Apabila membuka petempatan di Melaka, Parameswara menyediakan Dikatakan juga, Melaka dari tahun 1403 hingga ke tahun 1433
kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka muncul merupakan pelabuhan penting bagi Angkatan Laut Diraja Ming.
Melaka bertindak sebagai gudang atau tempat penyimpanan
sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1403, barang dagangan, sebelum barang-barang itu dibawa balik ke
seorang duta dari China telah tiba dari negara China, iaitu Yin Ching
yang membawa hadiah untuk Parameswara, Ini telah membuktikan negeri China apabila angkatan itu kembali dari lautan Hindi.
pengiktirafan negara China terhadap Melaka. Pada tahun 1405, utusan Disamping itu juga, Melaka menjadi pengkalan untuk membaiki
Wangkang(perahu besar). Walaupun begitu Raja-Raja Melaka
dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China. Lalu tidak dapat lagi menikmati tahap perdagangan seperti zaman
kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan
menjadi raja. Seterusnya, pada tahun 1409, Laksamana Cheng Ho telah srivijaya.
menghadiahkan alat-alat kebesaran diraja disamping sebuah prasasti
kepada Parameswara . Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat
perlindungan keselamatan melalui hubungan dengan China dan oleh
yang demikian kerana, Melaka terselamat daripada serangan Siam dan
Majapahit yang menjadi seteru ketika itu.
4
SISTEM PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang terkenal dan termasyhur di asia tenggara. Kerajaan ini diasaskan oleh seorang
Putera Srivijaya yang berasal dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah
sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan
sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Muzaffar Syah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu
abad sehingga lah apabila Kesultanan Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque yang meyerang Melaka pada
1511. Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka.Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II
menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.
SISTEM PEMBESAR EMPAT LIPATAN
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang tempoh kekuasaannya . Sistem ini dipanggil ‘
Sistem Pembesar Empat Lipatan ‘ .Sistem Pembesar Empat Lipatan diketuai oleh Pembesar 4 dan di ikut oleh Pembesar 8 , Pembesar 16 dan
Pembesar 32 . Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh empat orang pembesar utama ,
iaitu Bendahara , Penghulu Bendahari , Temenggung dan Laksamana . Terdapat lima cara pemerintahan iaitu SULTAN, BENDAHARA,
TEMENGGUNG, BENDAHARI DAN LAKSAMANA
5
TUGAS PEMBESAR
•Menjaga keamanan kawasan
•Mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah
•Membekalkan tenaga tentera ketika perang dan menyediakan tenaga buruh melalui sistem
kerah.
Pemerintahan Melaka mengurniakan kawasan khas kepada pembesar sebagai tanda untuk
mendapat sokongan pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang mantap.
•Kawasan yang dikurniakan kepada pembesar berempat dikenali sebagai kawasan pegangan.
6
SISTEM PERUNDANGAN
UNDANG-UNDANG LAUT HUKUM KANAN MELAKA ADAT TEMENGGUNG
Undang-undang ini ditulis semasa Hukum Kanun Melaka ditulis semasa Diasaskan oleh Datuk Temenggung
zaman Sultan Mahmud Shah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Berkaitan sistem pemerintahan,
pewarisan takhta, perkahwinan,
bertujuan menentukan peraturan (1446-1456) perwarisan harta dan
pelayaran dan perdagangan. perundangan.
Undang-undang ini mengandungi 44
Undang-undang yang mengandungi fasal yang berkaitan hak keistimewaan, Berkaitan sistem penggantian
25 fasal (peraturan di laut,tertib sultan, iaitu takhta kerajaan diwarisi
berniaga, tatacara jual beli, tanggungjawab raja dan pembesar.
tanggungjawab nakhoda, anak oleh anak lelaki yang sulung.
kapal, kiwi dan Hukum Islam berkaitan dengan
syahbandar. jenayah, urusan jual beli dan Mengamalkan sistem pemerintahan
beraja Membolehkan sistem
kekeluargaan. pewarisan takhta
7
PENGARUH ISLAM DALAM SISTEM PEMERINTAHAN
CARA PENYEBARAN AGAMA ISLAM
1) PENGISLAMAN PEMERINTAH
- Pengislaman Sultan Iskandar Shah pada tahun 1414
- Sultan Muzaffar Shah menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi pada zaman Kesultanan Melayu Melaka
2) PERKAHWINAN
- Perkahwinan puteri Sultan Mansur Shah dengan puteri Raja Siak
3) PERANAN ULAMA DAN MUBALIGH
- pemerintahan Melaka menghantar ulama dan mubaligh
- Ajaran tasawuf dan sufi dari timur tengah dan India
- Sultan Alauddin Riayat Syah menghantar ulama untuk mengajar raja Pahang, Kampar dan Inderagiri tentang ha
l ehwal agama
4) PEDAGANG
- Islam tersebar melalui pedagang Arab, India dan China yang datang ke Melaka
- Mereka juga menyebarkan Islam ke kawasan seperti Brunei, Filipina dan kepulauan Indonesia.
5) PELUASAN KUASA
- Kesultanan Melayu Melaka menyebarkan agama Islam melalui proses perluasan kuasa.
- Negeri naungan dan jajahan memeluk Islam sebagai tanda taat setia kepada pemerintah Melaka.
8
KESAN PENYEBARAN
1) TUMPUAN ULAMA
Melaka menjadi tumpuan para ulama dan pendakwah. Sultan Melaka mankadi penaung kepada aktiviti dakwah dan
perbincangan kitab agama seperri Darul Manzum
2) TEMPAT PEMBELAJARAN
- Pemerintahan Sultan Muzaffar Shah, madrasah, masjid dan surau menjadi tempat mempelajari Al-Quran dan ilmu tasawuf.
3) PERSURATAN
- Pengaruh Islam dari Arab dan Parsi seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah dan Hikayat Amir Hamzah
4) PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
- Undabg-undang Islam terkandung dalam Hukun Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka
9
PUSAT DAGANGAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Lokasi Melaka di Selat Melaka menjadikannya tempat yang strategik, iaitu terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat.
Pelabuhannya juga terlindung daripada tiupan angin monsun Barat Daya dan Timur Laut membolehkan kapal dagang belabuh dengan selamat.
Kerajaan Melaka mempunyai sistem dan pengurusan tersendiri yang tersusun dalam mengendalikan pelabuhannya. Kerajaan Melaka
mempunyai sistem pelabuhan perkapalan, sistem cukai, kemudahan prasarana, menjaga keselamatan para pedagang, kaedah-kaedah
perniagaan dan mata wang yang digunakan, sistem timbangan dan nilai mata wang,undang-undang dan peranan nakhoda.
Pelabuhan Melaka berperanan sebagai pusat entrepot yang menjadi tumpuan pedagang dari timur dan barat. Kesibukan di pelabuhan Melaka
dapat dilihat melalui catatan Tome Pires bahawa pelabuhan Melaka biasanya terdapat lapan puluh empat bahasa yang dituturkan dan setiap
pertuturan tersebut adalah berbeza.
10
PENGURUSAN PERDAGANGAN MATA WANG
1) Pengurusan mata wang telah melancarkan lagi
SYAHBANDAR urusan jual beli. Pada peringkat awal, digunakan
1) Memainkan peranan penting dalam tukaran nilaian seperti jongkong timah, serbuk emas
menjadikan Melaka sebagai pelabuhan entrepot. dan kulit siput (cowrie)
2) Menguruskan pasar dan gudang. manjaga 2) Mata wang timah yang digunakan dikenali sebagai
kebajikan serta keselamatan pedagang. Calains
3) Memeriksa alat timbang, sukat dan mata 3) Mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay
wang, menjadi hakim di pelabuhan,
menguruskan cukai dan menguatkuasakan ORANG LAUT
peraturan keluar masuk kapal. 1) Mereka merupakan pelayar dan penunjuk arah yang
cekap.
CUKAI PEDAGANG 2) Bertanggungjawab sebagai tentera untuk menjamin
1) Pengurusan cukai pelabuhan yang rendah keselamatan pedagang di perairan Melaka.
menarik minat
2) Cukai dan bayaran surat kebenaran 11
berniaga di pelabuhan menjadi sumber
pendapatan Kesultanan Melayu Melaka.
3) Terdapat dua jenis cukap yang dikenakan
* Cukai rasmi: cukai import yang dikenali
sebagai panduan
* Cukai tidak rasmi: dalam bentuk hadiah
KEJATUHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA
Faktor Dalaman Faktor Luaran
- Kelemahan pemerintah Melaka -Penemuan Tanjung Pengharapan aktiviti penjelajahan oleh
Sultan Mahmud Syah digambarkan sebagai seorang pemerintah masyarakat Eropah ke Timur dengan penemuan Tanjung
yang sering diabaikan doktrin keadilan dalam pemerintahannya. Pengharapan pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa barat
mula berminat dengan tapak-tapak pendagangan di timur.Keinginan
-Kelemahan sistem pertahanan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli
ketiadaan pahlawan terbilang seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah dagangan rempah,menyekat penguasaan dagagan pedagang-
telah melemahkan lagi aspek pertahanan kerajaan pedagang islam dan menyebarkan agama kristian
-Kurangnya perpaduan rakyat Melaka -Terdapat pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti
pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak,misalnya wujud puak Utimutiraja,seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan
tua(kumpulan Sultan Mahmud)dan puak muda(kumpulan Sultan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
Ahmad)yang tidak sefahaman
demikian juga wujud pertelingkahan antara kaum india-muslim -Perisikan dan intipan yang dilakukan oleh pihak Portugis sehingga
dengan kaum melayu. pelan pertahanan Kota Melaka dapat disalur keluar
12
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN
Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa
wilayah naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di
Bentam.
Tahun 1515 - 1519
Sultan Mahmud Shah melakukan tiga kali serangan untuk
mendapatkan semula Melaka.
Tahun 1526
Pusat Pemerintahan Sultan Mahmud Shah di Bentan telah
dimusnahkan oleh Portugis
Tahun 1528
Sultan Mahmud Shah berundur ke Kampar dan mangkat.
STRATEGI MELAKA MENGHADAPI SERANGAN PORTUGIS
Lancaran dan perahu berapi
Menggunakan tentera bergajah
Kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam.
Tembakan meriam bertalu-talu dari pantai
13
PENUTUP
kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada
kurun ke-15 bukan sahaja disebabkan
kepentingannya sebagai pusat perdagangan. Di
samping kegiatan perdagangan, terdapat
beberapa faktor lain yang berpengaruh dan
menyumbang kepada kegemilangan kerajaan
tersebut. Antaranya ialah faktor politik, faktor
ekonomi, dan faktor pendidikan. Faktor ini
merupakan tiga faktor utama yang merangkumi
kesemua faktor kegemilangan Melayu Melaka
seperti sistem pemerintahan dan pentadbiran
yang sistematik, hubungan antara kelas melayu
dengan orang laut, kekayaan hasil bumi,
penggunaan lingua franca, sistem masyarakat,
penyebaran agama Islam dan sebagainya.
Kesemua faktor tersebut amat bertetapan dalam
semua aspek yang diperlukan dalam membentuk
kerajaan Melaka seterusnya dijadikan asas dalam
mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.
14
SUMBER RUJUKAN
https://myreshinima.blogspot.com/2016/02/ke
sult anan-melayu-melaka_7.html
https://cgrohaida.blogspot.com/2011/04/bab-5-
kegemilangan-melaka.html
https://www.slideshare.net/RathnaaWayy/kes
ultanan-melayu-melaka-39038052
https://www.scribd.com/presentation/3848520
04/Kesultanan-Melayu-Melaka
http://kamipelajarustazah.blogspot.com/p/kes
impulan.html
15