KAI60404
PENGLIBATAN KELUARGA, KOMUNITI DAN BUDAYA DALAM PENDIDIKAN
AWAL KANAK-KANAK
TUGASAN 2:
PENYEDIAAN MODUL PENGLIBATAN IBU BAPA DALAM AKTIVITI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(2 PROJEK)
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON
011-2625 4079
NAQIYAH BINTI ISHAK M20211001796 019-5204979
ZAINORA BINTI JAAFAR M20211002040
PENSYARAH:
DR. AZIZAH BINTI ZAIN
TARIKH SERAHAN:
26 JUN 2022
BIL PERKARA
1 Pengarang
2 Penghargaan
3 Apa itu Penglibatan Ibu Bapa?
4 Kepentingan Penglibatan Ibu Bapa
5 Panduan Pelaksanaan Aktiviti Projek
6 Aktiviti 1 : Projek Jus Lobak Merah
7 Bahan Bantu Mengajar
8 Penilaian
9 Senarai Semak
10 Aktiviti 2 : Projek Kapal Layar Span
11 Bahan Bantu Mengajar
12 Penilaian
13 Senarai Semak
14 Penutup
15 Catatan
Nama : Zainora binti Jaafar.
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian)
Pengalaman kerja Kajian Khidmat Sosial.
Tempat bertugas : Diploma Pendidikan KPLI.
: 15 Tahun.
: 1) Prasekolah Sek. Keb. Sungai Tiang Baroh,
Bagan Datoh, Perak.
2) Prasekolah Sek. Keb Rapat Setia, Ipoh, Perak.
3) Prasekolah Sek Keb Sungai Rokam, Ipoh, Perak.
Nama : Naqiyah binti Ishak.
Kelayakan : Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian).
Pengalaman kerja : 8 Tahun.
Tempat bertugas : 1) Genius Aulad Learning Center, Melaka.
2) Dzul Iman Smart Khalifah Kindergarten, Melaka.
3) The City School Kindergarten, Shah Alam.
4) Pusat Jagaan Villa Transit Khadijah, Melaka.
Setinggi-tinggi penghargaan serta sekalung ucapan tahniah buat kedua-dua rakan
pena atas usahasama dalam menyediakan Modul Aktiviti Projek Penglibatan
Keluarga, Komuniti Dan Budaya ini. Satu pengalaman berharga sepanjang proses
penyediaan modul menerusi diskusi serta perkongsian buah fikiran yang dilontarkan
bagi memastikan modul yang dihasilkan mampu menepati standard terbaik.
Jutaan terima kasih buat pensyarah pembimbing yang jauh lebih berpengalaman dan
pastinya menjadi kesayangan kami, Dr Azizah Binti Zain atas kesudian meluangkan
masa, membimbing serta memberi tunjuk ajar khasnya berkaitan Penglibatan Ibu
Bapa, Komuniti Dan Budaya Dalam Peringkat Pendidikan Prasekolah.
Penyediaan Modul penglibatan ibu bapa dalam aktiviti projek bagi memenuhi
kehendak tugasan kerja kursus untuk semesta kedua ini merupakan pengalaman
yang amat berharga buat kami.
Buat sidang pembaca, semoga Modul Aktiviti Projek Penglibatan Ibu Bapa ini dapat
memberi manfaat serta info khasnya buat pasangan ibu bapa mahupun barisan guru
yang terlibat sama dalam proses Pendidikan Awal Kanak-kanak. Akhir kalam,
terima kasih diucapkan buat semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung
atau pun secara tidak langsung sepanjang proses penghasilan Modul Penglibatan Ibu
Bapa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran ini.
Usaha sama atau saling membantu antara guru dan
ibu bapa. Sebagai ibu bapa, anda lebih mengenali
anak-anak anda sekaligus mempunyai hak untuk
terlibat secara aktif di dalam pengajaran dan
pembelajaran mereka bagi mencipta pengalaman
prasekolah yang bermakna.
Ibu bapa menjadi rakan kongsi dalam asuhan dan
didikan anak-anak di mana ibu bapa melibatkan diri
dalam semua aspek yang berkaitan dengan
perkembangan menyeluruh anak-anak di tadika.
Ibu bapa itu sendiri mengambil inisiatif untuk
melibatkan diri dalam segala hal dan urusan
perkembangan anak-anak di tadika. Ibu bapa
berusaha untuk terlibat dengan aktif dalam
memahami program-program yang diadakan dan
dijalankan oleh pihak tadika.
❖Ibu bapa dan guru-guru akan berasa selesa antara
satu sama lain kerana telah membina hubungan
silaturrahim yang baik.
❖Mewujudkan kesinambungan pembelajaran di
tadika dengan amalan di rumah. Ini kerana apa
yang anak-anak pelajari di tadika dapat
diteruskan di rumah dengan bantuan, galakan
dan dorongan daripada ibu bapa.
❖Ibu bapa dapat berkongsi idea, kebolehan dan
kepakaran dengan guru-guru sekaligus seluruh
warga tadika.
❖Ibu bapa dapat bersama-sama merancang
pembelajaran anak-anak di tadika dan di rumah.
Ibu bapa boleh berbincang dengan guru-guru bagi
mengenali masalah yang berkaitan dan cara-cara
untuk mengatasinya.
Bahan-bahan bagi menjalankan
aktiviti projek disediakan oleh guru.
Aktiviti boleh juga diubah suai
mengikut kreativiti ibu bapa.
Aktiviti dijalankan dengan
bimbingan serta pengawasan
ibu bapa.
Objektif 1. Anak dapat belajar membuat jus lobak merah dan menyatakan khasiat
memakan lobak merah.
Tunjang 2. Anak dapat mengenal bentuk dan warna lobak merah.
(Standard - Sains dan teknologi
kandungan &
pembelajaran) • SA 2.6 Berkomunikasi
• SA 2.6.1 Menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan
Pengenalan 1) Ibu bapa bersoal jawab dengan anak tentang jenis sayur-sayuran yang pernah
dilihat atau yang ada di dalam rumah.
Bahan bantu
mengajar 2) Ibu bapa bersoal jawab dengan anak mengenai nutrisi yang terdapat pada lobak
merah.
Bahan-bahan
3) Ibu bapa menerangkan kebaikan / khasiat memakan lobak merah kepada anak.
Langkah- 4) Ibu bapa dan anak menonton video penyediaan jus lobak merah di youtube.
langkah 5) Ibu bapa menyediakan bahan-bahan untuk membuat jus lobak merah sambil
penyediaan
dibantu oleh anak.
Gambar jenis sayur-sayuran
i) 1 batang Lobak merah
ii) 1 cawan Air
iii) Pengisar makanan / minuman
iv) Pisau dan papan pemotong
v) Sudu
vi) Susu segar
viii) Cawan plastik / kaca
x) Penyedut minuman
xi) Ais
1) Ibu bapa membantu anak untuk memotong lobak merah di atas papan pemotong yang
telah disediakan kepada saiz kecil dan dibersihkan.
2) Ibu Bapa menunjukkan cara-cara untuk memasukkan lobak merah yang telah di
bersihkan ke dalam mesin pengisar kepada anak dan memberi peluang k epada
anak untuk melakukannya. Kemudian, masukkan air.
3) Ibu bapa meminta anak utk menekan butang ‘on’ pada mesin pengisar. Biarkan
beberapa saat. Kemudian, tekan butang ‘off’ pada mesin pengisar.
4) Ibu bapa meminta anak untuk pastikan kesemua lobak merah yang dikisar telah
hancur dengan sempurna.
5) Ibu bapa membantu anak untuk menuang lobak merah yang dikisar tadi ke dalam
penapis untuk ditapis.
6) Ibu bapa memantau anak memasukkan susu segar secukupnya ke dalam cawan
yang berisi air lobak merah yang telah ditapis tadi. kemudian, kacau sehingga sebati.
7) Ibu bapa mengajar anak cara yang betul mengacau susu dan jus lobak merah supaya
tidak tumpah.
8) Ibu bapa meminta anak untuk masukkan ais ke dalam jus lobak merah yang disediakan
dan kemudian, letakkan penyedut minuman.
8) Jus lobak merah sedia untuk dihidang dan diminum.
TIRU MACAM SAYA
WARNAKAN
KOLAJ
TAHAP PENGUASAAN
BIL. KEMAHIRAN Telah Sedang Belum
Menguasai Menguasai Menguasai
(TM) (SM) (BM)
1. Murid mengenal
pelbagai jenis
sayuran
2. Murid mengenal
lobak merah
3. Murid mengetahui
kebaikan memakan
lobak merah
4. Murid mengetahui
cara membuat jus
lobak merah
5. Murid mengenal
peralatan dan bahan
untuk membuat jus
lobak merah
Objektif ❑ Murid dapat mengelaskan objek timbul dan tenggelam.
❑ Murid menyatakan ciri-ciri kenderaan air.
Tunjang
(Standard ❑ Sains dan teknologi
kandungan & • SA 2.6 Berkomunikasi
pembelajaran) • SA 2.6.1 Menyatakan pemerhatian melalui hasil kerja atau lisan
Bahan bantu ❑ Matematik Awal
mengajar • MA 6.3 Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti.
• MA 6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai bahan mengikut kreativiti
dan menceritakannya.
❑ Bahan maujud: objek yang timbul dan tenggelam.
❑ Besen / bekas air besar.
Pengenalan 1. Ibu bapa menerangkan ciri-ciri kenderaan air yang bersifat timbul di permukaan air
dan tidak beroda kepada anak.
2. Dengan menggunakan bahan maujud yang ada di rumah, ibu bapa bertanya kepada anak
apakah yang akan berlaku apabila objek tersebut dimasukkan ke dalam air? Tenggelam
atau timbul?
3. Ibu bapa mengulang langkah yang sama pada objek yang berbeza-beza.
4. Ibu bapa meminta anak memasukkan objek ke dalam besen sepertimana yang dilakukan
oleh ibu bapa sebentar tadi dan bertanya hasil pemerhatian mereka di akhir aktiviti.
Bahan-bahan 1) Span 2) lidi satay 3) Kertas warna 4) Gunting 5) Gam
Langkah - 1. Ibu bapa membantu anak menyediakan bahan-bahan yang diperlukan.
langkah 2. Ibu bapa menunjukkan cara membuat bentuk segitiga yang sesuai dengan
menerangkan langkah demi langkah.
3. Ibu bapa mengajar anak cara untuk menggunting kertas warna kepada bentuk
segitiga besar dan kecil bagi memhasilkan layar kapal.
4. Ibu bapa meminta anak menampal kertas warna segitiga kecil yang telah dipotong
tadi pda lidi satay supaya menjadi layar kecil.
5. Ibu bapa menunjukkan cara untuk menyucuk lidi satay pada kertas layar berbentuk
segitiga bersaiz besar.
6. Setelah selesai membina layar kapal, ibu bapa meminta anak untuk menyucukkan
lidi satay tadi pada span yang disediakan.
# Mohon ibu bapa membantu dan membimbing anak agar penghasilan aktiviti projek ini
adalah hasil daripada anak sendiri.
TIRU MACAM SAYA (WARNAKAN)
KOLAJ
TAHAP PENGUASAAN
BIL KEMAHIRAN Telah Sedang Belum
Menguasai Menguasai Menguasai
(TM) (SM) (BM)
1. Murid mendengar, memahami dan
mengikut arahan ibu bapa.
2. Murid mengenal jenis-jenis kenderaan
apabila disoal oleh ibu bapa.
3. Murid mengenal nama-nama kenderaan
air semasa disoal oleh ibu bapa.
4. Murid mengetahui fungsi setiap
kenderaan air apabila disoal oleh ibu
bapa.
5. Murid dapat mengecam dan mengenal
rupa bentuk kapal layar apabila ibu bapa
menunjukkan gambar kapal layar.
6. Murid mengenal peralatan dan bahan-
bahan untuk membina kapal layar span.
7. Murid dengan sukarela mahu melibatkan
diri dan mencuba menjalankan aktitivi
bersama ibu bapa.
8. Murid memberikan kerjasama yang baik
dalam aktiviti membina kapal layar span
dengan ibu bapa.
9. Murid menjawab segala soalan yang
diajukan oleh ibu/bapa semasa aktiviti
dijalankan.
10. Murid memberikan sepenuh perhatian
kepada penerangan yang disampaikan
oleh ibu bapa.
11. Murid aktif dalam membina kapal layar
span bersama-sama ibu bapa.
Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan
anak-anak dikatakan berlaku samada
apabila ibu bapa hadir dan terlibat secara
langsung dengan sekolah atau tadika atau
semasa ibu bapa berada di rumah dan
memberi kerjasama secara atas talian iaitu
alam maya. Dengan kerjasama dan
keperihatinan yang ditunjukkan oleh ibu bapa
kepada pembelajaran anak-anak di tadika
serta guru-guru maka ianya akan dapat
membantu anak-anak dalam
mempertingkatkan perkembangan dan
pencapaian sekaligus potensi yang ada dalam
diri mereka terhadap semua aspek.