The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 459-10-nabihah, 2023-07-19 05:16:15

AdelinaHannani_MPU3081_ TUGASAN2

AdelinaHannani_MPU3081_ TUGASAN2

Nama : WAN NABIHAH BINTI MOHD ZIHAN Angka Giliran : 2021212340058 Nombor Kad Pengenalan : 020917030112 Kumpulan/Unit : PISMP PENDIDIKAN ISLAM (C) Kod dan Nama Kursus : MPU3081 KOKURIKULUM (PERSATUAN) Nama Pensyarah : PUAN ADELINA HANNANI BINTI ABDULLAH Tarikh Hantar : 14 JULAI 2023 Tarikh Diterima : (Diisi Oleh Pensyarah) Pengakuan Pelajar Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya. Pengesahan Pelajar Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya fahami. Tandatangan Pelajar : Jumlah markah: Tarikh : 14 JULAI 2023 Catatan : Pastikan pensyarah telah memberi maklum balas di dalam tugasan kerja kursus pelajar. NAMA JABATAN / UNIT: JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN KOKURIKULUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA LEMBAH PANTAI, 59200 KUALA LUMPUR TUGASAN KERJA KURSUS (KUMPULAN) SEMESTER 1 / TAHUN 3 / /


PENGHARGAAN Pertama sekali saya titipkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi di atas rahmat yang sudi dicurahkan kepada hambaNya dan atas izinNya jua saya dapat menyiapkan kerja kursus projek bagi kursus Kokurikulum-Persatuan (MPU3081) untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dengan sempurna. Seterusnya jutaan terima kasih saya apresiasikan buat pensyarah kesayangan saya, Puan Adelina Hannani Binti Abdullah yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan. Terlalu banyak jasa puan dalam mencurahkan ilmu kepada kami dan khususnya kepada diri saya sendiri. Berkat tunjuk ajar dan nasihat tersebut dapat saya menyiapkan tugasan ini. Moga jasa baik puan akan diganjari dengan sebaik-baik ganjaran. Saya juga ingin dedikasikan ucapan penghargaan ini khas buat sahabat-sahabat seperjuangan yang tidak jemu membantu saya dalam memberikan cetusan idea yang bernas serta sokongan dan semangat yang tidak pernah putus asa bagi menyempurnakan tugasan ini. Sekalung penghargaan jua saya dedikasikan buat kedua ibu bapa tersayang yang sentiasa menyokong saya dari jauh, selalu mendoakan kejayaan anaknya dan sentiasa positif dalam setiap perkara terutamanya dalam menyiapkan tugasan ini. Sebagai penutup bicara, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak IPG Kampus Bahasa Antarabangsa khususnya Pusat Sumber IPGKBA yang merupakan gedung ilmu bagi saya mencari rujukan dan sumber ilham dalam menjayakan tugasan ini serta saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam penghasilan kerja kursus ini.


LAPORAN KAJIAN KES 1.0 PENGENALAN Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefenisikan Persatuan sebagai gabungan, ikatan atau kumpulan. Selain itu, persatuan didefenisikan sebagai sesuatu entiti kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan berkepimpinan. Pada peringkat sekolah persatuan ini dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat terhadap persatuan yang mereka akan sertai sebagai satu cara mereka menawarkan diri sebagai anggota dalam persatuan tersebut untuk saling bantu membantu, berkerjasama dalam menjayakan persatuan tersebut di sekolah dibawah pengurusan pihak sekolah. Justeru itu, bagi menyiapkan tugasan MPU3081 Kokurikulum Persatuan saya telah menjalankan laporan kajian kes berkenaan sejarah penubuhan, aktiviti yang dijalankan, strategi penjanaan sumber kewangan analisis SWOT Persatuan Pencinta Alam di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Penubuhan Persatuan Pencinta Alam di sekolah Kebangsaan Pasir Pekan ini merupakan satu inisiatif sekolah bagi melahirkan murid yang aktif bukan sahaja dalam bidang kurikulum malah dalam bidang kokurikulum selari dengan Falsafah Pendidikan kebangsaan (FPK).


2.0 SEJARAH PENUBUHAN Persatuan Pencinta Alam di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan telah ditubuhkan sebagai sebuah platform mendedahkan generasi muda terutamanya murid-murid untuk menghargai alam sekitar untuk dinikmati oleh generasi yang lebih baharu kelak di samping memupuk sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan murid selaras dengan kehendak dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Konsep penubuhan persatuan Pencinta Alam ini ialah untuk menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid hal ini kerana aktiviti yang berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk murid untuk menghargai alam. Bukan itu sahaja penubuhan persatuan Pencinta Alam Sekitar ini amatlah digalakkan lagi kepada murid-murid untuk mengisi masanya dengan perkara-perkara yang wujud dan boleh di eksplorasi bersama sama rakan rakan, bukannya murid-murid itu hanya dengan perkaraperkara yang melibatkan kepada penggunaan gadget semata-mata malah ia dapat mengurangkan nilai sosial sesama mereka yang boleh mewujudkan jurang diantara muridmurid. Dengan adanya penubuhan persatuan Pencinta Alam murid-murid akan terjebak dengan aktiviti-aktiviti yang melibatkan mereka untuk saling berkerjasama, membantu sesama mereka dan semangat berpasukan yang seimbang dengan perkembangan sahsiah murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). 3.0 VISI, MISI DAN MOTO 3.1 VISI Menjadikan murid SKPP mempunyai minat terhadap minat alam sekitar melalui aktiviti yang dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam 3.2 MISI Melahirkan murid yang sayangi dan cintai alam sekitar dengan bersungguh-sungguh. 3.3 MOTO "SAYANGI ALAMKU"


4.0 AKTIVITI ATAU PERKHIDMATAN YANG DIAMALKAN Pada hujung minggu yang lalu, Persatuan Pencinta Alam Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Keluang di Kuala Terengganu dengan kerjasama pihak sekolah yang melibatkan beberapa orang guru pengiring dan separuh daripada pelajar anggota persatuan tersebut. Aktiviti ini dijalankan pada waktu hujung minggu bagi mengelakkan daripada menggangu waktu pengajaran dan pembelajaran murid-murid di sekolah. Dengan sebarang kerjasama daripada pihak sekolah dan pentadbir sekolah aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Selain itu, motif pelaksanaan aktiviti mendaki ini ialah untuk mendedahkan kepada muridmurid Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan tentang keindahan alam yang wujud dikawasan sekitar bukit tersebut seperti flora fauna. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat mengetahui kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar di negara kita bagi menjaga aset dan khazanah negara supaya dapat dirasai dan dimanfaatkan oleh semua masyarakat akan datang. Gambar 1: aktiviti mendaki Bukit Keluang oleh murid SK Pasir Pekan


5.0 ANALISIS SWOT 5.1 KEKUATAN Terdapat beberapa kekuatan yang terdapat dalam persatuan yang boleh dikenal pasti. Antaranya ialah persatuan ini mempunyai komitmen yang baik dengan semua pihak pentadbir sekolah tersebut. Sebagai contohnya, guru besar Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan amat memberi kerjasama dan galakkan kepada guru-guru sekolahnya terutamanya guru Penasihat persatuan Pencinta Alam iaitu Puan Wan Ruslina Binti Wan Hassan untuk melaksanakan aktiviti yang melibatkan pelajar terutamanya aktiviti di luar sekolah baginya aktiviti di luar sekolah mampu membuka mata dan minda murid-murid untuk terus belajar perkara perkara baru dengan sendiri. Puan Wan Ruslina juga amat komited dan kreatif dalam menyusun dan merancang sebarang aktiviti untuk dilaksanakan dalam Persatuan Pencinta Alam bagi mengaktifkan lagi Persatuan yang dikendalikannya itu. Selain itu, kekuatan yang ada dalam Persatuan Pencinta Alam juga ialah dari segi bilangan ahli yang ramai dan aktif juga turut menjayakan sebarang aktiviti yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan hal ini kerana murid-murid akan menawarkan diri mereka untuk turut serta dalam apa apa aktiviti yang akan dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam. Justeru itu, guru guru Persatuan Pencinta Alam tidak usah bimbang sekiranya ingin melakukan aktiviti yang memerlukan gerak kerja yang ramai seperti aktiviti membersihkan kawasan pantai atau taman kerana murid murid akan menawarkan diri mereka untuk turut serta menjalankan aktiviti gotong royong tersebut. 5.2 KELEMAHAN Antara kelemahan yang wujud dalam Persatuan ini ialah tiada permohonan sumber kewangan daripada mana-mana pihak penaja yang dibuat oleh sekolah, memandangkan pihak sekolah tidak dapat menampung sepenuhnya kos untuk menjayakan sebarang aktiviti yang dilaksanakan di luar sekolah hal ini kerana ia memerlukan kos yang lebih banyak sedikit berbanding aktiviti yang dilaksanakan di sekitar kawasan sekolah sahaja. Justeru itu,bagi melangsungkan juga aktivitiaktiviti yang telah dirancang bersama-sama guru-guru perlu mencari inisiatif atau solusi lain untuk menjayakan juga aktiviti ini dengan mengutip yuran tambahan daripada murid murid bagi menampung kos pengangkutan seperti bas dan kos yang selebihnya akan ditampung oleh pihak sekolah memandangkan sekolah hanya memperuntukkan nilai yang sedikit sahaja untuk persatuan tersebut. Namun demikian, guru-guru juga perlu bijak dalam menguruskan wang yang diperuntukkan dengan sebaik mungkin agar kos kos yang digunakan tidak melebihi bajet yang diberikan oleh pihak sekolah.


5.3 PELUANG Kemudian antara peluang yang boleh saya perhatikan daripada Persatuan Pencinta Alam ini ialah kolaborasi yang boleh dibuat oleh guru guru di Sekolah Kebangsaan Pasir Pekan bersama ketua kampung bagi menjayakan program gotong-royong di kawasan taman perumahan berdekatan dengan sekolah tersebut, program murni ini akan menjadikan satu program yang melibatkan masyarakat di kawasan tersebut untuk sama-sama turut serta dalam menjayakan program gotong-royong itu. Kerjasama dan sokongan daripada aktiviti ini akan membolehkan Persatuan Pencinta Alam lebih aktif berbanding persatuan-persatuan lain di sekolah malah ia dapat mengharumkan nama sekolah lagi kerana terlibat dengan aktiviti kemasyarakatan. 5.4 ANCAMAN Antara ancaman yang wujud dalam Persatuan Pencinta Alam ini ialah penggunaan masa hujung minggu murid dan guru disebabkan aktiviti yang melibatkan luar kawasan sekolah tidak boleh dilaksanakan pada waktu sekolah justeru itu, guru-guru perlu menggunakan masa hujung minggu yang merupakan masa mereka untuk berehat dan meluangkan masa dengan keluarga turut dikorbankan untuk menjayakan aktiviti aktiviti tersebut. Sama juga dengan murid-murid mungkin tidak dapat mengikuti aktiviti yang dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam disebakan jadual hujung minggu bersama-sama keluarga masing-masing.


6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Sebagai cadangan penambahbaikan kepada kelemahan yang didapati dalam analisis SWOT, Persatuan Pencinta Alam ini juga diharapkan dapat menjana kewangan sendiri tanpa bergantung sepenuhnya kepada NGO luar bagi membolehkan murid mempelajari tatacara menjana kewangan kelab dengan baik. Guru-guru penasihat boleh membimbing murid-muridnya untuk berdikari menghasilkan apa-apa bentuk barangan atau perkhidmatan yang boleh mereka lakukan untuk memperoleh wang bagi menampung kos kos aktiviti yang akan datang justeru itu, mereka sudahpun mempunyai wang untuk menjalankan sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah. Wang-wang yang diperolehi oleh murid-murid tersebut boleh dijadikan wang tampungan untuk membeli kelengkapan persatuan itu juga selain memupuk nilai-nilai berdikari dalam diri mereka dan kreativiti dalam menghasilkan sesuatu barangan. 7.0 STRATEGI PENJANAAN SUMBER KEWANGAN Berdasarkan analisis SWOT yang telah dilaksanakan, saya dapat mengenal pasti beberapa strategi berkesan yang boleh dijalankan oleh Persatuan Pencinta Alam bagi mendapatkan modal dan dana yang mencukupi untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Persatuan pencinta Alam yang mempunyai kekuatan ahli yang ramai dan juga aktif ini mampu memberikan manfaat kepada persatuannya sekiranya dapat digunakan dengan sebaiknya. Justeru itu, dengan keahlian persatuan Pencinta Alam yang ramai ini guru boleh mencadangkan mereka untuk turut serta dalam aktiviti berniaga di sekolah bersempena dengan program yang diadakan di sekolah. Malah murid-murid boleh mengadakan perkidmatan membersihkan kawasan kejiranan rumah mereka masing-masing dengan ini mereka dapat menjana wang sedikit sebanyak bagi menampung persatuan mereka. Di samping itu, persatuan Pencinta Alam ini boleh juga menjana kewangan dengan menyertai sebarang pertandinagn yang menawarkan hadiah yang berupa wang ringgit kepada pemenangnya. Guru-guru penasihat boleh memastikan ahli-ahli persatuan yang berbakat untuk turut serta dalam pertandinagn yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. wang yang diperolehi daripada pertandinag itu boleh disalurkan kepada persatuan Pencinta Alam. Selain itu, pertandingan dalam bentuk kumpulan juga amat digalakkan oleh guru penasihat untuk mewakili ahli persatuannya untuk masuk pertandinag tersebut. Guru-guru penasihat boleh menghantar ahlinya untuk turut serta dalam pertandingan yang berbentuk inovasi sebagai satu peluang kepada mereka turut serta untuk memperoleh sumber kewangan persatuan. Guru-guru penasihat boleh menyarankan mereka untuk menghasilkan inovasi yang baharu dengan menggunakan bahan-bahan semula jadi ataupun barang-barang terpakai memandangkan ia merupakan penyertaan daripada persatuan Pencinta Alam.


8.0 PENUTUP Sebagai kesimpulan, keberhasilan sesuatu persatuan amat bergantung kepada usaha guru dan penglibatan murid-murid dalam menjayakan sebarang aktiviti atau program yang akan dilaksanakan oleh persatuan tersebut. Justeru itu, guru-guru penasihat perlu bijak menguruskan dan mengendalikan persatuan dengan membuat perancangan dan penambahbaikan terhadap aktiviti aktiviti persatuan itu bagi mempergiatkan dan mengaktifkan lagi program dibawah persatuan mereka itu.


RUJUKAN Bakhit, G. R. & Alamin, M. A. (2016)The Role of Financial Management in the Decision making of Business IOSR Journal of Business and Management, 18(6)111-116 Che Mas Saud & Zainal Abidin Saad. (2019) Teknik analisis swot dalam meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kokurikulum di sekolah. Jurnal IPDA, 1(26). 36-47. Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Modul Kokurikulum. http://www.ipbl.edu.my/intra/sistem/academic/Modul_PDPM_S1/3%20%20MODUL%20PDPM_ MPUD2081%20Persatuan.pdf Persatuan Pencinta Alam Malaysia,(2018). World Firefly Day. https://static1.squarespace.com/static/59028899b3db2bade49af818/t/5b44f012f950b7c65a4548 26/1531244563360/WffD_MediaRelease_PostEvent.pdf


Click to View FlipBook Version