SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ISMAIL
KERJA LAPANGAN GEOGRAFI
AMALAN TEKNOLOGI HIJAU DI KAWASAN KAJIAN :
TAMAN BAYU SENIBONG
DISEDIAKAN OLEH:
LAU HEY KIEN
TINGKATAN:
2 EMERALD
GURU MATA PELAJARAN
PN HANIFAH BINTI JAMALUDDIN
TARIKH PENGHANTARAN:
22-12-2022
PERANCANGAN KERJA
Jadual Kerja
Bil. Tarikh Aktiviti
1. 4-12-2022 Menerima taklimat dan tugasan kerja lapangan
Geografi iaitu guru mata pelajaran iaitu Cikgu
2. 5-12-2022 Hanifah binti Jamaluddin
3. 8-12-2022
4. 9-12-2022 Berbincang dengan guru bentuk pelaksanaan yang
hendak dilakukan
5. 11-12-2022
Tajuk kerja lapangan-Amalan Teknologi Hijau di
6. 12-12-2022 Kawasan Kajian
7. 14-12-2022
8. 15-12-2022 i) Merangka perancangan dan jadual kerja
9. 17-12-2022 mengenai aktiviti yang hendak dilakukan
10. 18-12-2022
11. 19-12-2022 ii) Membuat catatan untuk kerja lapangan
12. 20-12-2022 dilaksanakan dengan betul
iii) Mencari maklumat tentang amalan
teknologi hijau dalam buku teks,buku-buku
rujukan Geografi dan melalui Internet.
Pergi ke kawasan kajian
-Membuat pemerhatian tentang amalan teknologi
hijau yang dilakukan
Merekodkan kajian
Menulis penghargaan dan pendahuluan
Membuat soal selidik dalam bentuk Google Form
Memberi soal selidik kepada penduduk kawasan
kajian
Menganalisis data yang diberikan oleh penduduk
melalui Google Form
Menulis hasil kajian yang diperoleh
Siap dan menghantar kepada guru
SENARAI KANDUNGAN
Bil. Kandungan Muka
surat
1. Penghargaan
1
2. Pandahuluan 2
3
3. Objektif Kajian
4
Kajian Kes 5
6-8
4. Kawasan Kajian
9
5. Kaedah Kajian 10
11-12
6. Hasil Kajian
i. Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi
Hijau
ii. Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi
Hijau yang terdapat di kawasan kajian Taman
Bayu Senibong, Johor Bahru
iii.Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
iv. Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
v. Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi
yang boleh dibuat bagi meningkatkan
penggunaan Teknologi Hijau yang sesuai
7. Rumusan
8. Rujukan
9. Lampiran
Lampiran - Soal Selidik
Penghargaan
Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada
guru mata pelajaran Geografi saya, Puan Hanifah
Binti Jamaluddin atas segala bimbangan,tunjuk
ajar dan nasihat yang amat berguna telah
membantu saya dan rakan-rakan menyempurnakan
projek ini. Terima kasih juga diucapkankepada Ibu
bapa saya, iaitu Encik Lau Yip Wah dan Puan
Chanel Chok Mei Woon kerana sering membantu
bersama dalam mencari maklumat untuk
menyiapkan kerja lapangan ini. Tidak lupa juga
kepada semua pihak yang terlibat dalam
membantu proses menyiapkan kerja lapangan ini
seperti rakan-rakan , penduduk di kawasan kajian
dan lain-lain.
Sekian, terima kasih.
1
Pendahuluan
Saya, Lau Hey Kien merupakan pelajar Tingkatan 2 di
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ismail. Tajuk
ini iaitu “Penggunaan Teknologi Hijau” memudahkan
saya untuk membuat pemerhatian dan tinjauan serta
membuat rujukan daripada laman web sesawang dan
juga buku-buku yang berkaitan. Kawasan kajian ialah
di Taman Bayu Senibong kerana ianya merupakan
kawasan tempat tinggal saya. Saya juga memberikan
cadangan tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan
untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau di
kawasan tempat tinggal saya.
2
Objektif Kajian
Saya telah menetapkan lima objektif kajian yang perlu
saya capai untuk melengkapkan kerja lapangan saya
iaitu :
Menjelaskan konsep dan definisi Teknologi Hijau
Mengenal pasti 3 jenis dan contoh Teknologi
Hijau yang terdapat di kawasan kajian Taman
Bayu Senibong, Johor Bahru
Menyenaraikan 4 kepentingan Teknologi Hijau
Menghuraikan 4 punca amalan Teknologi Hijau
tidak diterapkan dalam kehidupan seharian
Mencadangkan 4 langkah-langkah atau strategi
yang boleh dibuat bagi meningkatkan penggunaan
Teknologi Hijau yang sesuai
Saya menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah
pemerhatian, kaedah soal seldik dan kaedah naukan.
Saya mengambil masa selama tiga minggu untuk
menyiapkan kerja lapangan saya
3
Kawasan Kajian
Kawasan Kajian iaitu Taman Bayu Senibong merupakan
kawasan perumahan saya. Kawasan ini terdapat beberapa
sekolah antaranya SMK Permas Jaya 2 dan SK Permas Jaya 4.
Kawasan ini dekat dengan Kampung Plentong dan Kampung
Sambanthan. Kawasan ini sesuai untuk menjalankan kajian
teknologi hijau. Oleh itu , kawasan ini sesuai untuk menjadi
kawasan kajian kerja lapangan ini .
Peta kawasan kajian
4
Kaedah Kajian
Antara kaedah yang saya gunakan dalam menjalankan kajian
ini ialah:
Pemerhatian
Kaedah ini membantu saya membuat pemerhatian tentang petempatan
di kawasan kajan saya. Saya telah melawat kawasan kajan saya untuk
mengenal pasti jenis-jenis sisa domestik yang terdapat di sini. Oleh itu,
saya dapat mengumpul data yang tepat dengan mudah dan cepat.
Soal Selidik
Saya mengedarkan borang soal selidik menggunakan Google form
kepada penduduk setempat. Saya terlebih dahulu menyediakan borang
yang mengandungi maklumat yang diperlukan untuk kajan ini.
Dengan ini , penduduk setempat dapat mengisi borang atas talian
dengan mudah.
Rujukan
Saya membuat rujukan laman web, majalah, buku teks dan lain-lain.
Kaedah ini membantu saya untuk mendapat maklumat tentang kerja
lapangan ini.
Temubual
Saya berbual dengan penduduk di Kawasan kajian ini tentang
unaan teknologi hijau. KAedah ini dapat membantu saya untuk
dapat maklumat-maklumat yang berkaitan dengan penduduk Kawasan
kajian.
5
Hasil Kajian
i) Definisi dan Konsep Teknologi Hijau
-Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan pengaplikasian
produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan
alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan
negatif daripada aktiviti manusia.
-Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan
sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum
untuk menghasilkan sesuatu produk.
-Teknologi Hijau adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra
alam berbanding dengan teknologi sedia ada.
-Produk teknologi hijau selamat digunkandan menyediakan
persekitaran sihat dan lebih baik untuk semus hidupan selaras dengan
pembangunan lestari, iaitu pembangunan yang dilaksanakan perlu
memenuhi keperluan semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi
masa depan
ii) Contoh amalan teknologi hijau yang terdapat di kawasan
kajian
Antara contoh amalan yang terdapat ialah :
a) Perkongsian kendeeraan serta berjalan atau berbasikal untuk
perjalanan yang jarak pendek
b) Penduduk Taman Bayu Senibong sering berkongsi kereta untuk
pergi ke destinasi. Selain itu, murid-murid SMK Permas Jaya 2 sering
berjalan atau berbasikal ke sekolah. Hal ini akan menjimatkan kos dan
juga mengurangkan pelepasan asap yang mencemarkan udara seperti
gas karbon monoksida , gas karbon dioksida. Amalan ini baik dan
merupakan amalan berkonsep teknologi hijau yang efektif.
6
c) Amalan 5R merupakan amalan yang efektif dan senang untuk
semua lapisan masyarakat untuk melaksanakan. Amalan 5R termasuk
rethink (fikir semula), repair (baik pulih), reuse (guna semula),
recycle (kitar semula) dan reduce (kurangkan). Antara contoh amalan
5R ialah menggunakan tong kitar semula yang betul.
d) Penggunaan Paner Solar
Banyak penduduk menggunakan paner solar sebagai sumber tenaga
untuk rumah sendiri. Ini akan menjana kos elektrik dan
mengurangkan kadar pembebasan karbon oksida. Panel solar ini guna
tenaga yang diterima daripada matahari yang berubah kepada tenaga
elektrik.
iii)Kepentingan Teknologi Hijau
-Apabila masyarakat menggunakan teknologi hijau, kesan negatif
terhadap alam sekitar akan dikurangkan sepertimeningkatkan dan
melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup.
-Teknologi juga mempunyai potensi besar dalam memacu
pembangunan negara seperti mengurangkan kos operasi,
meningkatkan nilai aset dan keuntungan.
-Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung
teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk
masyarakat tempatan.
-Teknologi hijau juga dpat meningkatkan keselesaan dan kesihatan
masyarakat serta mengurangkan masalah infrastuktur tempatan.
Teknologi hijau terbukti lebih cekap kernana boleh menjana tenaga
dalam pelbagai keadaan dengan kos yang murah, selamat dan mesra
pengguna
7
iv) Punca amalan teknologi hijau tidak diterapkan dalam
kehidupan
-Kurangnya kesedaran dalam kalangan masyarakat dan industry
mengenai perkara ini
-Ramai beranggapan bahawa kos pelaburan permulaan untuk
teknologi hijau sangat tinggi.
-Kekurangan data dan maklumat menyebabkan pihak bank tempatan
beranggapan projek teknologi hijau berisiko tinggi.
-Pihak bank kebiasaanya lebih cenderung menguruskan pinjaman
tradisional seperti pinjaman perniagaan biasa, perumahan dan
sebagainya berbanding teknologi hijau.
v) Langkah-langkah atau strategi yang sesuai untuk dilakukan
untuk meningkatkan penggunaan Teknologi Hijau
-Melaksanakan program latihan atau pendidikan untuk mengajar
generasi muda supaya menggunakan Teknologi Hijau untuk
kehidupan yang lebih baik
-Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran untuk meningkatkan
kesedaran penduduk supaya menggunakan Teknologi Hijau
-Pihak kerajaan boleh bekerjasama dengan pihak swasta untuk
mempromosikan produk Teknologi Hijau
-Kecekapan dalam pentadbiran untuk mempromosikan produk
Teknologi Hijau
8
Rumusan
Rumusan dapat dibuat disini, kita mestilah kerjasama untuk
meningkatkan penggunaan teknologi hijau untuk menjaga alam
sekitar. Teknologi hijau dapat mengurangkan gas seperti karbon
monoksida dan karbon oksida yang akan memanaskan bumi. Kini,
ada bilangan orang yang telah mengamalkan sikap amalan teknologi
hijau tetapi masih banyak orang yang tidak diterapkan dalam
kehidupan. Puncanya adalah kos yang snagat mahal atau kurangnya
kesedaran dalam masyarakat. Oleh itu, kita mesti membuat tindakan
seperti mengadakan program berkaitan dengan teknologi hijau atau
mengasingkan sampah sarap dalam tong kitar semula masing-masing
untuk meningkatkan kesedaran teknologi hijau. Ibubapa juga
memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak untuk
mengamalkan sikpa teknologi hijau. Bak kata peribahasa melentur
buluh biarlah dari rebungnya. Saya akan berusaha untuk mencadang
cara-cara untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam
Kawasan saya. Kita boleh membeli tong kitar semula untuk
mengasingkan sampah-sarap supaya dapat menjaga alam sekitar.
Selain itu, kita boleh memasangkan panel solar pada bumbumg rumah
kita yang guna tenaga yang diperoleh matahari. Ini akan
mengurangkan kadar pembebasan gas rumah hijau. Menteri
Pendidikan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk
meningkatkan penggunaan teknologi hijau. Guru-guru haruslah
mengajar murid-murid supaya mengamalkan amalan teknologi hijau
di sekolah. Kita juga boleh berkongsi kenderaan atau menggunakan
kereta hybrid yang dapat menguragkan pembebasan gas rumah hijau.
Di samping itu, kita perlulah berjalan atau menunggang basikal jika
tempat yang hendak pergi adalah jarak yang pendek. Saya harap kitab
oleh berkerjasama untuk mengatasi masalah alam sekitar dan
meningkatkan penggunaan teknologi hijau.
9
Rujukan
Laman Web:
https://www.wikipedia.org
https://www.slideshare.net/VaayuPuttran/teknologi-hijau-
16461087-Info tentang Teknologi Hijau
https://anyflip.com
Buku Teks Geografi Tingkatan 2:
Bab 10: Teknologi Hijau
Konsep dan Definisi Teknologi Hi
10
Lampiran Soal Selidik
Analisis Soal Seleidik Atas Talian:
11
12