Nama: Low Zhi Hwa Victor
Umur: 12 tahun
Kelas: 6 Mercury
Nama Guru Sejarah: Cikgu Noorazmiza
Beliau dilahirkan di No. 18, Lorong Kilang Ais, Seberang Perak,
Alor Setar, Kedah. Pada hari Jumaat tanggal 10 Julai 1925 dan
merupakan anak bongsu daripada 10 adik-beradik (5 lelaki, 5
perempuan) kepada pasangan Mohamed bin Iskandar dan
Wan Tempawan binti Wan Hanapi.Tarikh lahir beliau yang
didaftarkan pada 20 Disember 1925 (kesemua adik-beradik
beliau didaftarkan lahir pada Disember) oleh bapanya untuk
memudahkan urusan pendaftaran persekolahan.
Bapa Mahathir, Mohamad bin Iskandar berasal dari Pulau
Pinang, seorang Melayu dengan nenek moyang India dari
negeri selatan India Kerala, manakala ibunya Wan Tempawan,
berasal dari Kedah, masing-masing berketurunan Melayu.
Satu aspek kelahiran Mahathir telah membawanya: beliau
tidak dilahirkan ke dalam golongan bangsawan atau keluarga
agama atau politik yang menonjol, bapa Mahathir ialah
seorang pengetua sekolah rendah status sosio-ekonomi yang
bermakna anak-anak perempuannya tidak dapat mendaftar di
sekolah menengah, manakala Wan Tempawan hanya
mempunyai hubungan yang jauh dengan kerabat Kedah.
Kedua-dua ibu bapanya telah berkahwin sebelum ini;
Mahathir mempunyai empat orang adik-beradik tiri dan lima
orang adik-beradik kandung.
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Seberang Perak, Alor Setar, Kedah. Selepas lulus, beliau
kemudiannya melanjutkan pelajaran di Government
English School (GES) (kini Kolej Sultan Abdul Hamid), Alor
Setar pada tahun 1932.Sewaktu semua sekolah ditutup di
era Pendudukan Jepun di Tanah Melayu, beliau telah
membuka kedai kopi secara kecil-kecilan dan kemudiannya
berniaga pisang goreng. Selepas tamat Perang Dunia II,
beliau menyambung pelajarannya di sekolah yang sama
pada tahun 1945 sehingga peringkat Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM).
Pada dasarnya, Mahathir ingin melanjutkan pelajaran
dalam bidang undang-undang, namun beliau harus
melupakan hasratnya kerana tidak mendapat biasiswa
dalam bidang yang diminatinya. Sebaliknya, beliau
mendapat biasiswa untuk menyambung pelajaran dalam
bidang perubatan.
Beliau seterusnya menuntut di Kolej Perubatan King
Edward VII, Universiti Malaya, Singapura, dan
dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan
Pembedahan (MBBS) pada tahun 1953. Selepas mendapat
ijazah, beliau ditugaskan sebagai doktor pelatih di Hospital
Besar Pulau Pinang.
Pada tahun 1954, Dr. Mahathir berkhidmat sebagai
pegawai perubatan di Alor Setar, Jitra, Langkawi dan
Perlis sehingga tahun 1957. Beliau kemudian
melangsungkan perkahwinan dengan Dr. Siti Hasmah
Mohamad Ali pada 5 Ogos 1956 dan dikurniakan empat
orang cahaya mata, iaitu tiga orang lelaki dan seorang
perempuan manakala beliau mempunyai 3 orang anak
angkat.Anak-anak beliau ialah Marina, Mirzan, Mahathir,
Mokhzani, Mukhriz, Maizura dan Mazhar.
Pada tahun 1957, beliau berhenti daripada
perkhidmatan kerajaan untuk membuka kliniknya
sendiri iaitu MAHA Klinik yang terletak di Jalan Tunku
Ibrahim. Ketika itu, beliau merupakan anak Melayu
pertama yang membuka klinik persendirian di Alor
Setar yang pada ketika itu terdapat lima buah klinik
sahaja. Klinik ini kemudiannya berpindah ke 1587, Jalan
Sultan Badlishah, 05000 Alor Setar dan kekal sehingga
sekarang.Dr. Mahathir telah bergiat aktif dalam politik
sejak 1945 selepas tamatnya pendudukan Jepun di
Tanah Melayu yang mana beliau mengambil bahagian
dalam kempen menentang Malayan Union.
Apabila UMNO ditubuhkan pada 1946, beliau
merupakan salah seorang yang pertama mendaftarkan
diri sebagai ahli. Sebagai Pengerusi Parti Negeri Kedah,
dan Pengerusi Jawatankuasa Politik, beliau dengan
tidak sengajanya menimbulkan perasaan marah di
kalangan golongan yang mempunyai perkaitan dengan
Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman apabila beliau
membentangkan kriteria-kriteria kelayakan dalam
pemilihan calon untuk pilihan raya umum 1959.Berasa
sakit hati atas penuduhan bahawa beliau hendak
memilihkan calon-calon yang rapat dengannya, Dr
Mahathir enggan mengambil bahagian dalam pilihan
raya tersebut.
Pada Pilihan Raya Umum Ketiga dalam tahun 1964, Dr
Mahathir dipilih sebagai Ahli Parlimen Kota Setar
selepas menewaskan calon Parti Islam Se-Malaysia
(PAS) dengan majoriti sebanyak 60.2%. Beliau menjadi
ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 1965. Dalam
Pilihan Raya 1969, beliau ditewaskan oleh calon PAS,
Haji Yusoff Rawa, dengan cuma 989 undi sahaja,
selepas beliau mengumumkan bahawa beliau tidak
memerlukan undi-undi orang Cina untuk mencapai
kerusinya.Berikutan peristiwa 13 Mei 1969, Dr Mahathir
dipecat daripada keahliannya dalam Majlis Tertinggi
UMNO pada 12 Julai, selepas pengedaran umum
suratnya kepada Tunku Abdul Rahman.
Dalam suratnya, beliau telah mengkritik cara
pentadbiran Tunku. Pada 26 September 1969, Dr
Mahathir juga dipecat keahliannya dalam
UMNO.Semasa di luar parti, Tun Dr Mahathir
mengarang buku Dilema Melayu (The Malay Dilemma).
Buku kontroversi itu, yang mendedah dan menganalisis
perwatakan orang Melayu telah diharamkan pada
tahun 1970 dan pengharamannya hanya ditarik balik
selepas Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri 18
tahun kemudiannya.Apabila Tun Abdul Razak menjadi
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir masuk semula ke
dalam UMNO pada 7 Mac 1972 dan dilantik sebagai
senator pada tahun 1973.
Beliau bertanding di Kubang Pasu pada pilihan raya
umum 1974, yang mana beliau menang tanpa
bertanding. Selepas pilihan raya, Dr Mahathir dilantik
sebagai Menteri Pelajaran dalam kabinet Tun Abdul
Razak. Beliau memenangi salah satu daripada tiga
kerusi naib presiden UMNO pada tahun 1975. Pada
1976, Perdana Menteri Tun Abdul Razak meninggal
dunia secara mengejut dan penggantinya Datuk
Hussein Onn melantik Mahathir sebagai timbalannya,
sambil masih mengekalkan portfolio pendidikan yang
disandangnya.Tidak lama selepas itu Tun Dr Mahathir
menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian.
Pada pertengahan 1981, Perdana Menteri Malaysia
iaitu Datuk Hussein Onn mengumumkan persaraannya
dan menamakan Dr Mahathir sebagai penggantinya.
Pada 16 Julai 1981, Dr Mahathir menjadi Perdana
Menteri Malaysia yang keempat, dan lapan hari selepas
itu sebagai Menteri Pertahanan. Pada 31 Oktober 2003,
Dr. Mahathir bersara dan menamakan timbalannya,
Datuk Seri Abdullah Badawi sebagai
penggantinya.Mahathir mengisytiharkan keluar
daripada UMNO pada 19 Mei 2008 dalam satu
ceramah di Alor Setar, Kedah kerana hilang keyakinan
terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi.
Bagaimanapun dalam Perhimpunan Agung
UMNO 2008 pada Mac 2009, Dr Mahathir
menghadiri hari terakhir perhimpunan itu
sebagai jemputan. Dr Mahathir kembali
menyertai UMNO. Nombor ahli 0000001
dikekalkan.
1.mengadakan sistem kad perakam waktu, pengenalan
tag nama, sistem simpanan fail, urusan surat menyurat
dan pos, panduan dan penyelarasan dalam segala
urusan pejabat
2.memperkenalkan slogan di dalam pentadbiran awam
negara di antaranya Kepimpinan melalui Tauladan,
Dasar Pandang ke Timur dan Penerapan Nilai-Nilai Islam
di dalam pentadbiran
3.melancarkan usaha memerangi rasuah dengan slogan
“Bersih, Cekap dan Amanah” kepada semua pegawai dan
kakitangan kerajaan
4.berjaya menyelesaikan masalah krisis matawang
dengan menambat mata wang ringgit Malaysia kepada
Dollar Amerika
1.Letakkan bangsa sebelum anda.
2.Cipta peluang untuk orang ramai
Tun Dr Mahathir mempunyai aspirasi yang tinggi untuk
menyatukan setiap matlamat negara ke arah pembentukan
sebuah negara yang membangun. Beliau mempunyai
pandangan yang jauh untuk kesejahteraan dan kemakmuran,
dan menebus maruah bangsa, memajukan negara dan
meletakkannya di persada antarabangsa.
Latar Belakang Dan Keluarga-Kerjaya:Wikipedia Bahasa
Melayu
Sumbangan Dan Kesimpulan:UMNO Malaysia