e-Portfolio O L E H : A Y U L I A N A B I N T I S U D I N PSVK3453
Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan ataupun kerja seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turuntemurun. Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tangan tradisional dalam budaya tanaj air. kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. D e f i n i s i e Kraf Tradisional
Beliau turut berkemahiran membuat wau dan patung wayang kulit yang merupakan permainan tradisional rakyat Kelantan. Pada tahun 1989, Kraf tangan Malaysia telah melantik belia sebagai Adiguru Kraf Jebak Puyuh. Tokoh alat domestik jebak kayu Haji Che Mud bin Che Awang PENGENALAN Alat domestik ini amat penting untuk digunakan dalam kehidupan seharian. Pada masa kini, alat domestik dikomersialkan bagi tujuan pembangunan ekonomi negara. Selain mempunyai nilai estetikan tersendri, alat domestik ini juga dapat dijadikan barangan kegunaan harian. . ALAT DOMESTIK Tokoh alat domestik DEFINISI Alat domestik merupakan baranagn keperluan harian seperti perkakasan dapur yang digunakan bagi memudahkan urusan seharian.
HASIL KARYA cHE MUD Tokoh alat domestik Contoh-contoh gambar barangan domestik yang lain . Tudung saji Batu pengisar Kukur duduk Lesung batu
Proses peghasilan tudung saji Langkah 1: menyusun daun mengkuang Langkah2: melayur atas unggun api Langkah 4: Rendamkan dun Langkah 3: Gulungkan daun mengkuang mengkuang Langkah 5: Daun mengkuang dijemur Langkah 6: Mulakan anyaman pada peringkat puncak Langkah 7: Buat bingkai tudung daripada buluh Langkah 8: Anyam bingkai tudung bersama anyaman tudung Langkah 9: Tudung saji siap
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional dikenali sebagai permainan raakyta. Alat permainanAntara permainan tradisonal ialah: Congkak Wau Batu Seremban Sepak raga Gasingi
Cogkak Di Asia Tenggara, congkak berkembang dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan padawaktu dahulu. Nama “congkak” dipercayai berasal daripada perkataan Bahasa Melayu yang bermaksud pengiraan mental. Permainan ini dikenali dengan layan-layang. Permainan wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Peermainan ini dimainkan sejak kurun ke 15. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasa-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, kedah dan Perlis. Contoh congkak Wau
Beliau memperlajari pembuatan wau sejak tahun 1963 dan mewarisi kemahiran membuat wau daripada datuknya ke sawah untuk bermain permainan wau dan belajar cara untuk membuatnya. pencapaian beliau dalam seni pembuatan wau dan seni ukit telah membawa beliau menjelajah Malaysia dan memenangi banyak pertandingan. . Hasil karya wau Tokoh wau Semat bin Man
nBatu seremban juga dikenali sebagai permainan selambut atau serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara oindividu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga 4 orang ataupun lebih. Batu seremban Guli kaca, biji getah, ketulan batu keriki sederhana besar atau ketulan objek lain sebanyak lima biji.
Sepak raga Sepak rga merupakan sejenis permainan yang menggunakan bola rotan. Sepak raga telah wujud sejak 600 tahun dahulu pada Zaman Kesultanan Melaka pada abad ke-15 Masihi. Ia bertujuan untuk menguji kecekapan permainan untuk menyepak, menanduk, mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah. Pada masa kini, sepak raga diamainkan apbila ketiadaan jaring. Sepak raga dimainkan dalam bulatan, manakala sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahka oleh jaring seperti gelanggang badminton. Sepak raga juga boleh digantikan dengan bola lain sekiranya ketiadaan bola takraw, dikenali sebagai menimang bola dalam. 'Monalisa' Leonardo da Vincci
GASING Gasing merupakan sejenis permainan yang bpleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupkan permainan tradisional orang-orang Melayu sejak dahulu lagi.
PROSES PENGHASIAN GASING Potongan kayu diukir terus membentuk Gasing yang dikehendaki, Gasing Uri, Gasing Pemangkak dan Gasing Penahan. Setelah berbentuk gasing, kemudian dihaluskan. Kayu sepanjang 50 cm, biasanya dapat menghasilkan tiga buah gasing Kemudian bahagian tengah gasing diberi kawat atau paku supaya putaran tahan lama, dan kekal dan di “ balancing “ dengan cara memutar gasing di atas sebuah papan.
Alat pertahanan diri Definisi Alat pertahanan diri ini adalah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlis-majlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu. contoh-contoh alat pertahanan diri
proses penghasilan keris i. Proses Mencampurkan Besi. Bahan campuran yang terdiri daripada pelbagai jenis besi seperti besi waja, besi tawar dan besi melela diikat kemas sebelum dibakar untuk dimampatkan menjadi satu kempingan logam aloi. ii. Proses Menempa. Besi dibakar dan diketuk secara bertalu-talu sebelum dipotong. Setelah dipotong, mata besi itu dipanaskan semula dan diketuk berulang kali. Proses ini berterusan sehingga bentuk mata keris mula terbentuk. iii. Proses Membuat Lok Keris. Apabila mata keris telah terbentuk nyata, mata keris akan dibakar lagi dan seterusnya ditempa dengan cara mereng, hingga terbentuk seperti membengkok le bawah. Mata keris yang telah bengkok tadi seterusnya dipalingkan ke arah bertentangan dan ditempa lagi hingga ia membengkok ke bawah seperti tadi, kaedahnya sama, namun berbeza kedudukan dianjakkan sedikit ke atas bilah. Kaedah yang sama dilakukan berterusan dengan cara berselang-seli hingga habis hujung ke bilah. iv. Proses Membentuk Belalai Gajah. Membentuk ‘belalai gajah’ yang menyerupai belalai seekor gajah dengan kedudukan belalainya di bahagian atas. Belalai gajah ini diketuk selepas dibakar. Kemudian dibiarkan sejuk dan seterusnya dikikir. v. Proses Mengikir Proses ini dibuat dengan tujuan untuk melicinkan dan menajamkan mata keris. vi. Proses Menyepuh Keris yang telah siap ditempa akan dibakar sehingga menjadi merah dan dimasukkan sama ada secara melintang atau menegak ke tempat menyepuh yang mengandungi air. Proses ini akan dilakukan secara berulangkali. Tujuannya adalah untuk menghasilkan corak pamor. vii. Proses Menimbulkan Pamor Keris yang telah siap dikikir, direndam dalam larutan cuka getah dan air. Kemudian mata keris dicuci dengan air dan diberus menggunakan sabut kelapa.
Alat perhiasan diri Definisi contoh-contoh alat pertahanan diri Dokoh - ialah perhisan yang dipakai di leher mempunyai tiga atau lebih plat yang diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ianya sering dipadankan dengan pemakaian baju kebaya. Pending- ialah perhiasan yang dipakai di bahagian pinggang. Lazimnya diperbuat daripada logam (emas dan tembaga). Cucuk sanggul - Cucuk sanggul ialah hiasan yang dipakai untuk menghiasi sanggul supaya tampak lebih menarik. Anting-anting- Anting-anting ialah hiasan yang dipakai ditelinga. Ianya dipakai oleh kaum wanita.
Proses penghasilan subang Langkah 3: ketatkan dengan pelayar Langkah 4: Subang telah siap Langkah 1: Masukkan manik ke dalam keluli Langkah 2: Sambungkan cangkuk kepada keluli
Batik Sejarah Motif-motif batik Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.
proses penghasilan batik Langkah 1:Kain putih atau kain dasar dipotong mengikut ukuran yang diperlukan. Kain ini kemudiannya diregang dengan menyangkut kedua- dua hujung kain pada susunan paku yang terdapat pada alat pemidang mudah alih atau meja terap. Langkah 2:Corak batik yang telah dipilih perlulah dilukis di atas kain tersebut dengan menggunakan pensel. Motif yang diingini boleh dipilih bedasarkan motif tradisional, flora, fauna, geometri, organik atau abstrak. Langkah 4: bancuh warna dalam bekas yang berlainan agar tidak pencampuran warna Langkah 5:Mematikan warna. Sodium silikat digunakan sebagai bahan pemati warna. Proses ini dilakukan untuk memastikan warna yang dilukis tidak akan luntur apabila dibasuh. Seterusnya, rendamkan kain tersebut kedalam air selama empat jam. Setelah empat jam direndam, kain tersebut perlulah dibasuh dan direbus dengan air yang dicampur dengan soda ash. Proses mencanting dilakukan dengan menggunakan sejenis alat yang dipanggil canting. Campuran lilin cair dimasukkan ke dalam alat canting dan kemudian dilakar di atas permukaan kain dasar yang diregang di atas pemidang.
Tekat Sejarah Hasil karya Tokoh DEfinisi Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk bunga tekat. Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian mereka. Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana kepakaran dalam bidang tekat Beliau juga banyak menerima tempahan tekat antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor, Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan Agong.
@reallygreatsite Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipoyong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu. Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu, pakaian diraja dan sebagainya. Jenis-jenis tekat Glazing Tekat timbul bnga emas Tekat gubah
@reallygreatsite Proses penghasilan tekat
CSukar untuk melihat catatan untuk mengetahui sejarah awal ukiran kayu. Namun demikian catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin. Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai ‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya Ukiran kayu atau di seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Ianya dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat melayu terutamanya pada ukiran-ukuran yang terdapat pada rumah-rumah tradisional. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif ukiran hinggalah mengukir silat dengan menggunakan pemahat dan pisau wali. Pengenalan Sejarah perkembangan tokoh ukiran Ukiran Ayah chik zainal merupakan salah seorang penggiat seni ukiran kayu.Beliau berkebolehan menghasilkan ukiran-ukiran kayu,senjatasenjata melayu seperti keris, dan lain-lain.Beliau juga amat berkebolehan menghasilkan karya-karya lukisan pemandangan tradisional. Ayah Chik Zainal
Proses penghasilan ukiran kayu
Tenunan Tenunan adalah seni tekstil yang terkenal di tanah melayu. Ianya mempunyai keunikan tersendiri kerana proses pembuatannya memakan masa. Selain itu motif yang digunakan juga mempunyai keunikan tersendiri dan ekslusif.. Tenunan songket mula berkembang dibeberepa negeri terutama di negeri- negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di zaman silam, motif dan warna yang terdapat pada tenunan songket melambangkan strata atau kedudukan seseorang. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenun Melayu yang diwarisii zaman berzaman. Kemahiran dan kreativiti tukang tenun terserlah melalui pengolahan corak yang menarik. 1. 2. Motif merupakan ragam hias yang dipertahankan terutamanb dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian kain seperti kepala, kaki, dan badan kain. Motig kain songket berasaskan bungabungaan. Teknik menenun yang tersendiri, kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik. Motif-motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design). 1. 2. 3.
Jenis-jenis tenunan Susunan bunga penuh Susunan bunga tabur Susunan bercorak
proses menenun Melerai benang Menganeng benang Susunan bercorak Susunan bunga penuh Mencelup benang Menggulung benang Menyapuk benang Susunan bercorak
Definisi anyaman Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut. anyaman Seni anyaman ialah milik masyarakat Melayu yang masih dikagumi dan digemari sehingga hari ini. Kegiatan seni anyaman ini telah bermula sejak zaman dahulu lagi. Ini boleh dilihat pada rumah-rumah masyarakat zaman dahulu di mana dinding rumah mereka dianyam dengan buluh dan kehalusan seni anyaman itu masih bertahan sehingga ke hari ini. Rumah yang berdinding dan beratapkan nipah tidak panas kerana lapisan daun nipah yang tebal menebat pengaliran haba. Alat dan bahan Buluh Pohon mengkuang Rotan
CONTOH-CONTOH GAMBAR ANYAMAN . Tokoh anyaman Puan Aminah binti Ali Puan Aminah dilahirkan pada tahun 1944. Berasal dari Rusila Terengganu Darul Iman, iaitu tempat penghasilan kraftangan anyaman yang terkenal. Puan Aminah merupakan tokoh kraf anyaman yang telah dipilih oleh Lembaga Kraftangan Malaysia. Pada tahun 1982 beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Pertukangan tangan sezaman anjuran muzium Negara. Hingga kini beliau masih aktif sebagai seorang ahli kraftangan anyaman.
Proses anyaman Langkah 3: Hasil seperti di atas, dan hasilkan dengan jumlah yang secukupnya Langkah 4: Ambil 8 keping surat khabar yang telah dibentukkan dan susun surat khabar tersebut 4 secara melintang dan 4 secara menegak Langkah 2: Gulungkan surat khabar yang sudah digunting dengan menggunakan lidi Langkah 1: Bentukkan surat khabar seperti gambar di atas dan guntingkan
Proses anyaman Langkah 7: Teruskan anyaman sehingga siap Langkah 8: Catkan anyaman yang siap dengan syelek dan keringkan Langkah 5: Anyam surat khabar tersebut secara berselang seli Langkah 6: Sambungkan surat khabar untuk meneruskan anyaman dengan menggunakan ‘stapler’ Hasil karya
Pengenalan Pada zaman kini, tembikar digunakan untuk aksesori fesyen dan hiasan, ikon hiasan dalaman Pada zaman dahulu, tembikar digunakan untuk alat memasak, ritual atau keagamaan, candi , perhiasan diri Tembikar Tembikar merupakan salah satu hasil kraftangan tradisional yang diperbuat daripada tanah liat. Tembikar telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk tujuan keperluan harian, upacara kematian, dan keagamaan seperti yang diamalkan oleh masyarakat peribumi di Sarawak. Zaman Neolitik merupakan zaman bermulanya penggunaan dan perkembangan tembikar. Bukti penemuan bahan-bahan artifak ini telah dijumpai di Kedah, Perak, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Jenis-jenis tembikar Berfungsi sebagai tempat meletak bunga Saiznya boleh mencapai sehingga 0.6m-0.9m ( tinggi ) Bahagian badannya seperti labu yang ditingggikan seperti labu Jambangan Buyung Labu Bekas Perasapan/ Bekas Bara Geluk Pada asalnya diperbuat daripada tempurung dan berfungsi sebagai bekas air. Geluk mempunyai hias dari motif yang kecil dan ringkas Dibentuk tanpa bahagian kaki. • Buyung berkaki hanya diperoleh dari Sayong, Perak. • Umunya Buyung mempunyai bahagian leher dan badan. • Permukaannya dibiarkan licintanpa dihias. • Saiznya besar dan bahagian badan berbentuk bulat penuh diilhamkan daripada buah labu. § Bahagian pucuk berbentuk seperti kubah masjid. § Berfungsi sebagai bekas untuk mengambil air atau menyimpan air. § Corak hiasan labu berkonsepkan alam sekitar dan berbentuk geometri. digunakan untuk membakar kemenyan terutamanya dalam kepercayaan magis. §Digunakan dalam upacara pengubatan dan kematian masyarakat tertentu
Jenis-jenis motif Berunsurkan geometri trdiri daripada garisan, titik, bentuk yang berunsur garis Motif ragam hias Motif Geometri Motif Gayaan Organik Garisan berselang-seli Siku keluang Titik tahi lalat Bentuk potong wajik Garisan berkotak Garisan tulang ikan Pucunk rebung Sulur kakung Bunga cengkih Bunga pecah lapan Bunga lawang Tampuk manggis
Proses penghasilan tembikar labu Sayong Langkah 1: Tembikar dibentuk dengan menggunakan tanah liat Langkah 2: Tembikar diukirkan corak Langkah 3: Tembikar yang telah siap dipanaskan di atas bara api Langkah empat: Tembikar telah siap
Sumber rujukan Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh. (2017). Warisan seni bina Melayu, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Harleny Binti Abd Arif, Muhammad Zaffwan Bin Idris, Abdul Aziz Bin Zalay@Zali & Siti Rosni binnti Nik Mohd Zaid. (2018). Pendidikan Seni Visual tingkatan 3. Telaga Biru Sdn Bhd.. Mazlan Othman, Ruzitah Tapah & Hassan Mohd Ghazali. (2006). Teks lengkap Pendidikan Seni Visual tingkatan 3. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bha.… Mohd. Zainudin Haji Abdullah & Mohd. Shahrin Senik. (2007). Senjata warisan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Othman Bin Mond Nor. (2018). Penerapan seni bina lama Istana Seri Menanti dalam reka bentuk bangunan pejabar daerah seremban. Rahmat Salihon. (2006). Teks lengkap Pendidikan Seni Visual tinakatan 1. Setia Kawan Printers Sdn Bhd.
Biar penat berdiri, Jangan penat memberi. Biar lelah terduduk, Jangan lelah membentuk. Biar penat bercakap, Jangan penat berharap. SEKIAN, TERIMA KASIH