1
• TELEFON: 087-331444/331444 • FAKS: 087-331817
• Laman Web: ipgkk.moe.edu.my • E-Mel:
[email protected]
e-Portfolio
Nama penuh : AYULIANA BINTI
SUDIN
No. Matrik: P 21014656
PPISMP BAHASA MELAYU
AMBILAN JUN 2021
SEMESTER I
BMMB 1074
Sejarah Perkembangan Bahasa
Melayu .
SEMESTER SEPT 2021 – JAN 2022
2
BIODATA DIRI :
NAMA : AYULIANA BINTI SUDIN.
UMUR : 18 TAHUN.
TARIKH LAHIR : 14 OKTOBER 2003
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL DUCHESS OF KENT .
ASAL : SANDAKAN , SABAH .
WARNA KEGEMARAN : MERAH JAMBU .
CITA-CITA : GURU
HARAPAN : MENJADI SEORANG YANG BERGUNA KEPADA ORANG LAIN .
3
Isi kandungan .
BIL Isi kandungan No . muka surat
1.0 Bahagian 1 : Sejarah Perkembangan tulisan dalam bahasa 5
Melayu .
2.0 1.1. Sistem tulisan Pallawa . 5
1.2. Sistem tulisan Jawi . 6-7
1.3. Sistem tulisan kawi 8
1.4. Sistem tulisan Za’ba 9-10
1.5. Sistem ejaan rumi kongres . 11-12
1.6. Pedoman ejaan rumi bahasa Melayu . 13
Bahagiann ii eportfolio . 14
2.1. Sejarah perkembangan bahasa Melayu Pramerdeka 14
dan Pascamerdeka .
2.1.1. Bahasa Melayu zaman Pramerdeka . 14
2.1.2. Bahasa Melayu zaman Pascamerdeka . 15
2.2. Peranan pejabat karang mengarang 16-18
2.3. Peranan pakatan Belajar-Mengajar . pengetahuan 19
bahasa .
2.4. Perana ASAS 50 . 20
2.5. Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan Laporan 21-22
Barnes 1951 .
2.6. Bahasa Melayu dalam Laporan Fenn-Wu 1951. 23
2.7. Ordinan Pelajaran 1952. 24
2.8. Laporan Razak 1956 . 25-26
2.9. Peranan dewan Bahasa dan Pustaka . 27
3.0 Kerajasama seranntau dan pengantarabangsaan . 28
4.0 Bahagian iii eportfolio . 29
29
4.1. Cabaran dan mada epan bahasa Melayu . 30
4.2. Bidang pendidikan . 30
4.3. Bidang ekonomi . 31
4.4. Bidang pentadbiran . 32
4.4.1. Bagi urusan dalam Negara .
4
4.4.2. bagi urusan rasmi antarabangsa . 32
4.5. Kerancuanan Bahasa di Media social . 32
4.6. Pencampuran Kod . 33-34
4.7. Bahasa Slanga . 35
5.0 Rumusan 36
6.0 Sumber Rujukan 37-38
5
1 . 0. Bahagian 1 : Sejarah perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu .
1 . 1. Sistem Tulisan Pallawa .
Aksara Pallawa atau sering disebut dengan Pallava adalah salah satu jenis aksara yang berasal
dari India di bahagian Selatan . Banyak prasasti di Nusantara yang ditulis menggunakan aksara
Pallawa , sehingga aksara ini merupakan ibu daripada hamper- hampir kesemua aksara di daerah
Indonesia ( Wiwien., 2017 ) . Namun , tidak banyak yang mengetahui tentang aksara pallawa ini
. Berikut merupakan contoh bagi aksara pallawa :
Rajah 1 : Contoh tulisan aksara .
Pada abad ke-6 berkembang sebuah kerajaan iaitu kerajaan Sriwijaya yang kemudian menjadi
pusat bagi agama Buddha . Raja-raja Sriwijaya wangsa Syailendra dan beragam Buddha . Empat
buah batu bertulis ditemukan di Palembang Jambi dan Bangka . Semua ditulis dalam huruf
Pallawa di dalam bahasa Melayu tua becampur perkataan Sanskerta
( Ilma Fatimah., 2020 )
Tulisan Pallava ini ialah suatu sistem tulisan abjad suku kata berasal daripada tulisan brahmi dari
Indo-Aryan Lembah Indus-Kush . Tulisan ini juga dikenali sebagai “ tulisan bulat “ . Tulisan ini
merupakan tulisan yang paling awal digunakan dalam Bahasa Melayu Kuno . Tulisan ini turut
memperkenalkan symbol bagi gabungan bunyi seperti -au , -ai , pa , ya , kka , nca dan lain-lain .
6
1 . 2. Sistem tulisan jawi.
Tulisan Jawi ini bermula daripada tulisan Arab , iaitu tulisan yang telah masuk ke alam Melayu
bersama-sama dengan kedatangan agama Islam . Perkataan Jawi berasal daripada bahasa Arab
yang dijadikan adjektif “ Jawah “ ( Zurina et al., 2020 ) .
Pengenalan Tulisan Jawi :
Tulisan Jawi ini merupakan satu seni yang telah wujud di Nusantara yang juga sangat
berkait rapat dengan agama islam ,
Sistem ejaan yang digunakan berhuruf arab dalam bahasa Melayu ini dikenali sebagai
ejaan Jawi .
Tulisan Jawi berasal daripada huruf-huruf Arab.
Tulisan Jawi merupakan tulisan rasmi bagi Negara Brunei dan digunakan meluas di
Malaysia , Filipina dan Indonesia .
Tulisan Jawi ini juga berkait rapat dengan dengan penyebaran agama Islam daripada orang parsi
ke Kepulauan Melayu dan tulisan ini juga merupakan tahap pembinaan tamadun Melayu ,
khususnya pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , tulisan jawi ini bermula pada kepesatan
pengaruh agama islam pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-13 secara tidak
langsung yang telah mempengaruhi perkembangan bahasa Melayu dan juga sistem tulisan yang
digunakan . Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , tulisan jawi ini telah digunakan sebagai
tulisan utama dalam penulisan dokumen bagi pihak kerajaan samaada sebagai catatan dokumen
ataupun dokumen luaran untuk hubungan diplomatic antara kerajaan Melayu dengan kerajaan
luar . ( Noor et al., 2017 ) .
Penggunaan tulisan jawi ini dalam penulisan bahasa Melayu telah menjadikan tulisan jawi
sebahagian daripada identiti bagi masyarakat Melayu . Selain daripada itu juga, para pendakwah
islam telah mula menggunakan bahasa Melayu sebagai medium komunikasi dalam penyampaian
dakwah mereka di Tanah Melayu . Tulisan jawi ini juga berkait rapat dengan bahasa Arab atas
faktor agama islam . Istilah Jawi ini merujuk kepada huruf Arab dengan penambahan beberapa
huruf baru yang sesuai dugunakan bagi menulis dalam Bahasa Melayu , manakala tulisan jawi
bermaksud tulisan yang menggunakan huruf-huruf jawi . Sistem tulisan Jawi ini adalah sejenis
tulisan yang ditulis daripada kanan ke kiri selain ditambah dengan enam huruf yang tiada dalam
bahasa Arab iaitu ca , pa , ga , nga , va , dan nya .
7
Tulisan jawi ini adalah sejenis tulisan yang menggunakan abjad Arab yang telah disesuaikan
untuk menulis bahasa melayu .
Aksara Jawi ini telah berkembang sejak awal abad ke-13 hingga sekarang merupakan
peninggalan sejarah masyarakat Melayu yang harus dijaga keberadaannya . Peninggalan yang
begitu berharga ( Dwi., 2020 ) . Berikut merupakan contoh bagi susunan abjad Jawi :
Rajah 2 : Tulisan abjad Jawi
Berikut merupakan abjad Jawi yang dibaca daripada kanan ke kiri .
8
1 . 3. Sistem tulisan kawi .
Aksara Kawi ini berkembang di Nusantara sekitar abad ke-4 apabila masuknya budaya dari India
. Aksara Jawa Kawi merupakan tulisan Pallawa yang mengalami perubahan kosa kata yang
digunakan daripada hasil serapan bahasa Sanskrit .
Maksud aksara Kawi ini berasal dari bahasa Sanskrit “ Kvi “ yang bermaksud “ Puisi “ .
Penyebaran aksara Kawi ini digunakan sepanjang Jawa , Sumatra , Bali , Madura dan Sumbawa
( Hendra et al., 2021 ) . Berikut merupakan contoh bagi aksara Kawi :
Rajah 3 : Contoh Tulisan Kawi .
Huruf - huruf ditulis dari kiri ke kanan , dari bawah ke atas .
Huruf konsonan mempunyai vokal a yang melekat pada huruf konsonan dan boleh diubah
dengan tanda vokal lain .
Vokal a dapat dihilangkan dengan memberi tanda virama pada huruf konsonan .
9
1 . 4. Sistem tulisan Za’ba .
Sistem ejaan Za’ba ini juga merupakan sistem yang pertama dalam sistem ejaan rumi bahasa
Melayu yang disusun oleh orang berbangsa Melayu pada tahun 1993 iaitu sebelum Perang Dunia
Kedua dan telah tersiar dalam Sistem Ejaaan Melayu Jawi – Rumi 1949 .
Ejaan jawi Za’ba mewakili ejaan Jawi pertengahan abad ke-20 dan kini . Kaedah Pedoman
Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu berdasarkan Buku Daftar Kata Bahasa Melayu ( Rumi
Sebutan-Jawi ) merupakan tulisan yang diguna sekarang diadaptasikan daripada kaedah Za’ba
( 1931 ) selepas berlaku perubahan .
Mohd Hussein ( 2002 ) menyatakan bahawa kaedah ejaan Jawi Za’ba banyak kesamaan pada
sebutan dan memerlukan penambahan huruf vokal ( alif , waw, dan ya’ ) pada sesetengah
perkataan bagi menghilangkan kesamaran tersebut . Kaedah tulisan Jawi Za’ba ini telah diubah
mengikut kaedah phonologi dan bentuk perkataan bahasa Melayu yang telah dibahagikaan
kepada tiga bahagian iaitu perkataan Melayu asli , Perkataan Melayu yang dipinjam daripada
Bahasa Arab dan perkataan Melayu yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris . Ketiga-tiga kaedah
ini mempunyai kaedah ejaan yang berbeza . ( Halim , 2016 ) . Berikut merupakan “ Petua Ejaaan
Rumi “ yang disusun oleh Za’ba :
Asas 50-an Za’ba
missal mithal
pasal fasal
mesuara mashuarat
Rajah 4 : “ Pretua Ejaan Rumi “
Pada tahun 50-an lebih suka menyembunyikan perkataan-perkataan Melayu menurut sebutan
Melayu dengan menggunakan konsonan Melayu , berbeza dengan sesetengah ejaan Za’ba (
mithal , fasal , mashuarat manakala penulis-penulis 50-an menulisnya dengan ( missal , pasal ,
mesuara ) Namun terdapat juga penulis-penulis lain yang menulis mengikut dengan cara mereka
sendiri .
10
Antara pembaharuan yang dilakukan dalam Sistem Ejaan Za’ba iaitu :
Membahagikan huruf-huruf bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar .
Hurus saksi Huruf benar .
Huruf saksi merupakan vocal yang terdiri Huruf benar pula merupakan konsonan selain
daripada enam abjad iaitu , a , e , i , o , u daripada huruf vokal yang terdiri daripada 21
huruf , b , c , d , sehingga z
Rajah 5 : Perbezaan huruf saksi dan benar
11
1 . 5. Sistem ejaan rumi kongres .
Dalam Kongres Persuratan Melayu sa-Malaya yang pertama yang diadakan di Singapura pada
13 April 1952 , telah dibincangkan samaada persuratan Melayu akan terus menggunakan kedua-
dua jenis tulisan iaitu tulisan jawi dan rumi atau akan menggunakan salah satu daripada tulisan
tersebut , satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan proses pengundian telah diadakan antara
jawatankuasa tersebut , dan hasilnya adalah tulian rumi mendapat undian yang jauh lebih tinggi
berbanding tulisan jawi .
Pada Kongres Persuratan Melaya yang kedua telah dijalankan sebulat suara menerima
cadangan Kesatuan Guru-guru Melayu di Singapura dengan sokongan para sasterawan bahawa
tulisan rumi itu untuk dirasmikan bagi persuratan Melayu dengan tidak menghapuskan tulisan
jawi sehingga masa yang ditentukan penerimaan tulisan ini sebagai tulisan rasmi peruratan
Melayu menimbulkan masalah kepada sistem ejaan , kerana pada masa itu terdapat beberapa
kaedah ejaan yang digunakan oleh para penulis , guru dan murid sekolah .
Seterusnya , dalam Kongres Persuratan Melayu yang ketiga yang telah diadakan di Singapura
dan di Johor Bharu . Masalah ejaan itu dibincangkan dengan lebih meluas apabila Persatuan
Bahasa Melayu Universiti Malaya mengemukakan satu sistem ejaan Rumi untuk memperbaiki
ejaan-ejaan Za’ba dan asas’50 . Perbincangan ini semakin besar kerana terdapat juga wakil-wakil
dari Indonesia pada kongres kali ini . Indonesia juga merupakan pengguna tulisan Rumi sistem
Ejaan Soewandi ( perbaikan ejaan van Ophuysen ) . Kongres telah melantik satu jawatankuasa
untuk membuat penyiasatan lanjut tentang pelahiran satu sistem ejaan yang praktikal tetapi ilmiah
sambal bekerjasama dengan satu jawatankuasa ejaan Indonesia yang akan dilantik sendiri oleh
negara tersebut .
Risalah Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) bilangan 1 ( 1957 ) telah menyebarkan rumusan
kongres tentang “ kaedah Baharu Ejaan Rumi Bahasa Melayu “ yang dijadikan tapak berjejak
bagi ahli-ahli bahasa membincangkan sistem ejaan yang diperlukan . Apabila Singapura
mengambil keputusan untuk keluar dari Singapura pada 9 Ogos 1965 ,mereka telah mengadakan
kongres Bahasa Kebangsaan yang juga telah membuat cadangan tentang Rumi Melayu yang
banyak tidak diketahui ramai . Manakala perundingan antara Jawatankuasa Bahasa/ejaan
Melayu dengan Jawatankuasa Ejaan Malaysia kumpulan ahli bahasa KOTI yang telah diadakan
di Kuala Lumpur , yang pada kali ini tidak disertai oleh negara Singapura telah menandatangani
satu perjanjian yang baru tentang penyemaan sistem ejaan pada tahun 1967 sebaik sahaja
Indonesia membatalkan konfrontasinya terhadap Malaysia .
12
Ejaan Kongres ini menentukan dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf rumi seperti berikut
:
i. Ejaan di Tanah Melayu dan di Indonesia hendaklah disamakan dan disatukan .
ii. Peraturan ejaan hendaklah mudah makna system fonologi diterima sebagai sistem yang
lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonem hendaklah digambarkan dengan hanya
satu tanda huruf sahaja .
iii. Pengejaan hendaklah tetap dan sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam .
iv. Kata-kata bahasa asing hendaklah disesuaikan pengejaanya mengikut hukum-hukum
sistem fonologi Melayu .
Morfim yang terikat pada suku kata kedua harus menggunakan vokl-vokal e atau o jika
morfim suku kata awal menggunakan vokal-vokal e atau o .
Morfim ini terikat kepada suku kata kedua yang harus meggunakan vokal-vokal I
atau u jika morfim itu suku kata walnya menggunakan huruf selain vocal-vokal e
atau o .
Diftong-diftong digunakan untuk mengeja limaw , pulaw , guraw .
Ejaan kongres ini juga menyarankan supaya :
H terapit oleh dua vokal yang sama seperti leher , bahan , jika h terapit boleh
digugurkan seperti mahu menjadi mau .
H yang menjadi koda suku kata harus dikekalkan seperti lemah bukan lema .
Pergerakan dan perguguran h mempunyai erti yang berbeza seperti tahu (
makanan ) dan tau .
13
1 . 6. Pedoman ejaan rumi Bahasa melayu.
Berdasarkan buku Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu , setiap suku kata Bahasa Melayu
adalah ditandai dengan satu vokal . Vokal tersebut samaada didahului, diikuti atau diapiti oleh
konsonan . ( Noor et al ) . Sejarah perkembangan dan proses perubahan sistem Ejaan Bahasa
Melayu Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yang menyusun
aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad
ke-19 . Sistem transliterasi huruf Jawi kepada Rumi menurut kaedah Bahasa Inggeris yang
diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmi dalam urusan kerajaan Malaya pada
masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat yang dialksanakan pada tahun
1878 .
Terdapat dua jenis tulisan bagi Bahasa melayu iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi . Tulisan Jawi
ini berasaskan huruf alif-ba-ta dan tulisan Rumi pula berasaskan huruf Roman a-b-c . Aturan
ejaan bagi tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayu sekarang merupakan sistem ejaan
Jawi yang disempurnakan dan disahkan penggunaannya barmula pada tahun 1996 . Sistem
Ejaan Rumi baharu bahasa Melayu , sistem yang berasaskan aturan ejaan yang diru uskan oleh
Jawatankuasa Ejaan Rumi bersama pada tahun 1967 .
Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan bahasa Melayu
di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda . Sistem ejaan Rumi menjadi penting pada
awal abad ke-20 kerana ejaan Jawi ini tidak dapat menggambarkan sistem bunyi Bahasa Melayu
yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya . Ianya menjadi lebih penting apabila
bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah ataupun
sekolah menengah . Dasar penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah
diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu .
Sistem ejaan Rumi yang terkenal pada sebelum penggunaan sistem ejaan baru pada tahun 1972
ialah “ Sistem Ejaan Rumi Za’ba “ yang juga dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris ( SITC
).
14
2 . .0. Bahagian II eportfolio .
2 . .1 . Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka .
2 . . 1. 1. Bahasa Melayu zaman Pramerdeka .
Bermula dengan tertubuhnya ASAS 50 pada tahun 6 Ogos 1950 hingga kemerdekaan pada tahun
1957 . Berikut merupakan zaman yang memperjuangkan taraf atau status bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan . Bahasa Melayu ini masih digunakan sebelum perang dunia yang
ketiga untuk tujuan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan juga di jabatan polis di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu . Berikut merupakan tokoh tempatan pramerdeka :
Rajah 6 : Abdullah bin Abdul Kadir Munsy Rajah 7 : William Marsden .
Rajah 8 : R . J . Wilkinson Rajah 9 : Raja Ali Haji .
15
2 . .1 .2. Bahasa Melayu Pascamerdeka .
Perkembangan bahasa Melayu moden bermula semenjak negara kita masih belum mencapai
kemerdekaan . Terdapat tiga desakan untuk memperkasakan kedudukan bahasa Melayu muncul
dalam tiga kongres Bahasa dan persuratan Melayu pada tahun 1952, 1954 dan 1958 .
Seterusnya , Laporan Razak pada tahun 1956 juga turut mencadangkan supaya bahasa Melayu
ini dijadikan mata pelajaran yang wajib di peringkat Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah
bantuan kerajaan . Pada zaman ini kita dapat lihat tentang tergubalnya akta-akta yang menyentuh
kedudukan bahasa Melayu , malahan juga telah ditubuhkan institusi yang bertanggungjawab bagi
mengembangkan bahasa kebangsaan ini ke peringkat yang lebih tinggi . Berikut merupakan
tokoh Bahasa Zaman Pascamerdeka :
Rajah 10 : Prof . Emeritus Dato’ Nik Safiah binti Haji Abdul Karim
Rajah 11 : Prof . Emeritus Dr. Asmah Haji Omar .
Rajah 12 : Dato’ Dr Hassan Ahmad .
16
2 . .2 . Peranan Pejabat Karang Mengarang .
Rajah 13 : Za’ba
Nama penuh Za’ba ialah ZAINAL ABIDIN BIN AHMAD dilahirkan di Seremban . Memiliki Ijazah
Sarjana Muda Sastera dalam bahasa Melayu dan bahasa Arab dari university London pada tahun
1953 . Beliau pernah berkhidmat sebagai Guru Bahasa Melayu di English College , Johor Bahru
, sebagai penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar , Pejabat Pelajar Negeri-Negeri , dan
Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim dan juga sebagai Pensyarah Bahasa Melayu di
School of Oriental and African Studies di London . Beliau telah menyubang jasa yang banyak
dengan menubuhkan Pejabat Karang Mengarang di SITC bersama dengan pengetuanya iaitu
O.T Dussek pada tahun 1924 . Beliau juga pernah menjadi Penasihat Persaudaraan Sahabat
Pena ( PASPAM ) sehingga 1942 . Buku-buku yang menjadi rujukan utama beliau adalah Ilmu
Mengarang Melayu pada tahun 1934 dan juga hal karang-mengarang , gaya bahasa melayu dan
bukan melayu , pemindahan bahasa , ragam bahasa , peribahasa , puisi dan proses , kata-kata
daripada bahasa asing dan loghat daerah . Beliau juga menjadikan Pelita Bahasa Melayu penggal
1 , 2 dan 3 pada tahun 1940 . Pencapaian beliau selama berkhidmat adalah Doktor Persuratan
daripada Universiti Malaya ( 1959 ) dan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1973 .
Seterusnya , mendapat Bintang Panglima Magku Negara yang mendapat gelaran Tan Sri
daripada Yang di-Pertuan Agong .
17
Rajah 14 : Oman Theodore Dussek
Beliau dilahirkan di Surrey , England dan lebih dikenali dengan nama O .T . Dussek dan pernah
berkhidmat sebagai Guru di Allyne’s Grammar School , pembantu guru di Sekolah Tinggi Melaka
, Pengetua di Kolej Melayu Melaka dan juga sebagai Pengetua pertama di Sulta Idris Training
College ( SITC ) . Antara sumbangan beliaau dalam berkarya ialah menubuhkan Pejabat Karang
Mengarang di SITC Bersama dengan Za’ba dan dijadikan jabatan . Beliau juga sangat
mementingkan pemberian ilmu kepada orang Melayu dengan menerbitkan buku bacaan umum
melalui Pejabat Karang Mengrang , belia juga pernah mengarang buku tentang bahasa , Kitab
Pelita Mengarang Bersama dengan Mohd Hashim Haji Talib , antara buku bidang tulisannya ialah
Kitab Pedoman Guru Penggal 1 dan 2 ( 1926) , Kitab Hisab 1, 2, 3, dan 4 pada tahun yang sama
dan . Kitab hisab 1, 2, 3, dan 4 dan akhir sekali Melawat ke Eropah pada tahun 1936 .
18
Rajah 15 : R . O Winstedt
Beliau juga terlibat dalam penubuhan Pejabat Karang Mengarang bersama dengan Za;ba dan O
. T . Dussek .
Kegiatan penterjemah bermula dengan rasmi selepas penubuhan pejabat Karang Mengarang
Sultan Idris ( SITC ) , Tanjung Malim , Perak . Pada tahun 1924 , O.T Dusek telah memohon
kebenaran untuk menubuhkan “’ Badan Penterjemah “ yang ditukar nama menjadi Pejabat
Karang mengarang ( PKM ) . Peranan PKM ini pada awalnya iaitu menulis , menterjemah dan
menyuting buku pelajaran an novel serta men6yelenggara percetakan karya terjemahan . PKM
juga telah melaksanakan pelbagai aktiviti antaranya melatih penterjemah dan menggalakkan
kegiatan-kegiatan lain yang berkait dengan penterjemahan seperti penganjuran kursus
penyuntingan , seminar dan persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa , Badan ini
juga menterjemah perkara yang diperlukan pleh kerajaan . Za’ba yang telah memainkan peranan
yang cukup besar dalam bidang penterjemahan Bahasa Melayu Ketika bertugas di SITC telah
menyentuh tentang kepentingan bidang penterjemahan dalam memajukan Bahasa Melayu . (
Nur., 2015 )
19
2 . .3 . Peranan Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa .
Merupakan salah sebuah badan pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu yang telah
diasaskan sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan . Seterusnya , kerajaan Johor juga
mempunyai kesedaran tentang pentingnya pelajaran pada tahun 1850-an dan telah mencapai
kejayaan pesat dalam bidanag pelajaran pada tahun 1880-an .
Tujuan bagi penubuhan badan ini adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar
pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebarkan kepada orang oramai . Usaha yang
telah diperjuangkan oleh Abdul Rahman Andak Berjaya dalam melahirkan ramai bijak pandai
melalui perkembangan Pendidikan yang akhirnya membawa kepada masalah bagi pihak Inggeris
.
Nama Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa ( PBmPB ) ini ditukar kepada Pakatan
Bahasa Melayu dan Persuratan Buku-buku Diraja .
20
2. 4. Peranan ASAS 50 .
Angkatan Sasterawan 50 atau ASAS 50 melibatkan tokoh-tokoh yang terdiri daripada Usman
Awang , Abdul Samad ismail , Keris Mas , Jimy Asmara , Masuri SN , Mas dan Asraf . Peranan
ASAS 50 ini ditubuhkan adalah untuk memperluaskan dan meninggikan martabat
kesusasterawan dan kebudayaan Melayu , melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan
pengarangnya , membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan , mengadakan
pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama . Bahasa dan kesusasteraan
dijadikan alat untuk perpaduan kebangsaan dan perjuangan kemerdekaan , memajukan
pemikiran rakyat dan perpaduan kebangsaan menerusi bahasa dan kesusasteraan Melayu agar
masyarakat sedar bahawa bahasa dan kesusateraan Melayu adalah jambatan kea rah itu ,
seperti yang termaktub dalam Memoranda ASAS 50 . dan kesusasteraan harus mengubah nilai
yang using kepada yang baru , ini ditubuhkan adalah untuk memperluaskan dan meninggikan
martabat kesusasterawan dan kebudayaan Melayu , melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli
dan pengarangnya , membantu sasterawan dalam menajukan cita-cita dan kewangan , dan
mengadakan pembaharuan dalam sastera tanpa melenyapkan yang lama .
Tokoh ASAS 50 :
Rajah 16 : A . Samad Ismail . Rajah 17 : Keris Mas Rajah 18 : Tongkat Warrant
Rajah 19 : Masuri S. N . Rajah 20 : Asraf .
21
2 . 5 . Bahasa Melayu dalam sistem Pendidikan Laporan Barnes ( 1951 ) .
Laporan ini wujud selepas tamatnya Perang Dunia Kedua apabila munculya semangat
nasionalisme dalam kalangan Orang Melayu untuk memperjuangkan Pendidikan Melayu yang
mahukan kepentingan Pendidikan anak Melayu dan Bahasa Melayu tidak dipinggirkan , oleh yang
demikian , kerajaan British telah telah menubuhkan Jawatankuasa mengenai Pendidikan Melayu
yang terdiri daripada 13 orang iaitu 8 orang Melayu dan 5 orang British pada tahun 1950 yang
dipengerusikan oleh L . J . Barnes , iaitu Pengarah Latihan Sosial dari Oxford University , England
.
Jawatankuasa Barnes ini telah mengkaji beberapa sistem pelajaran sekolah-sekolah Melayu ,
antaranya , cara pemilihan penuntut-penuntut untuk memasuki Maktab Latihan Melayu ,
kandungan bidang pelajaran maktab-maktab Melayu , cara-cara yang diperlukan untuk
memajukan pelajaran murid-murid Melayu dalam Bahasa Inggeris .
Kedudukan bahasa Melayu pada laporan Barnes ini tidak mendapat hak yang sama rata , Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris digunakan dalam Pendidikan Sekolah rendah dan murid-murid
hanya boleh meneruskan pelajaran ke peringkat Sekolah menengah dengan menggunakan
Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan tidak ada dinyatakan secara khusus
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar atau diajar sebagai satu matapelajaran
yang mustahak atau wajib . Menurut pandangan Kesatuan Persekutuan Guru-guru Semwnajung
( KPGMS ) penggunaan bahasa Melayu di sekolah-sekolah tidak tersusun dan dan tidak
dijelmakan dalam sistem persekolah yang akan membantutkan perkembangan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah dan sebagai bahasa Kebangsaan untuk semua
masyarakat di Tanah Melayu . Sekolah Melayu juga lebih banyak ditubuhkan di kampung-
kampung yang dipenuhi oleh anak-anak orang melayu dengan kualiti pembelajaran yang rendah
, ini jelas meunujukkan KPGMS banyak mempersoalkan Laporan Barnes ini dan juga bersikap
amat kritikal dengan tidakan British yang juga tidak membantu dalam dalam memartabatkan
bahasa Melayu agar menjadi bahasa utama di Tanah Melayu .
Menerusi hasil Laporan barnes yang menimbulkan kemarahan kepada Kesatuan Guru-Guru
Melayu yang bersikap tegas bagi memastikan Bahasa Melayu ini diiktiraf kerana Bahasa Melayu
dan Bahasa Inggeris ini merupakan Bahasa rasmi persekutuan dan seharusnya mendapat taraf
dan layanan yang sama dengan Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan .
22
Cadangan Barnes yang menafikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama bermula
daripada peringkat sekolah rendah hingga ke Universiti tidak dipenuhi walaupun Perlembagaan
Persekutuan ada menjelaskan dengaan terperinci bahawa bahasa Melayu telah diangkaat
sebagai bahasa kebangsaan . ( Morni et al., 2019 )
23
2 . .6 . Bahasa Melayu dalam Laporan Fenn-Wu 1951 .
Diketuai oleh Dr. Fenn dari Setiausaha Kerja Bersekutu Negara Cina , serta Dr . Wu dari
pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu . Laporan ini berfokus kepada kaum Cina dan juga
diperkenalkan akibat ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat China . Mereka juga
mencadangkan usul sukatan pelajarannya hendaklah berasaskan kepada negara China dan
bukannya Tanah melayu agar tidak berlaku penghapusan budaya dan adat bangsa orang Cina .
Laporan ini juga ditubuhkan bagi mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak
masyarakat Cina yang meganggap laporan tersebut bertujuan mengahapuskan bahasa dan
budaya orang Cina . Kaum cina ini gusar akan budaya dan bahasa mereka akan hilang kerana
penggunaan Bahasa Melayu yang dominan . Hasil daripada perbicangan mereka , wujud
gabungan Fenn wu -1951 bagi memastikan bahasa ibunda orang cina terpelihara . Laporan Fenn
wu ini mencadangkan agar Sekolah menggunakan tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu , Bahasa
Inggeris dan Bahasa Cina namun idea mereka ini telah ditentang oleh United Malays National
Organisation ( UMNO ) ( Nor et al , 2019 ) .
Satu jawatankuasa telah ditubuhkan bagi menyelesaikan bagi mencari jalan tengah bagaimana
kerajaan dapat melaksanakan perakuan daripada laporan Laporan Barnes dan Fenn-Wu iaitu
Jawatankuasa Pusat Penasihat Pendidikan yang terdiri daripada 20 orang ahli pelajaran ,
pegawai pemerintah dan ahli luar yang terdiri daripada kaum Melayu , Cina dan India . Terdapat
beberapa pendapat bahawa murid-murid dari Sekolah rendah akan diajar Bahasa Melayu dan
Inggeris tetapi anak-anak Cinda dan india akan diberikan peluang untuk mempelajari bahasa Kuo
Yu dan Tamil . Selain itu juga bahasa pengantar di Sekolah-Sekolah pula hendaklan bahasa
Melayu atau bahasa Inggeris .
24
2 . .7 . Ordinan Pelajaran 1952 .
Ordinan Pelajaran ini merupakan laporan sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan oleh British
untuk mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu , Pada tanggan 21 November 1952 , Ordinan
Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan , dan Datuk E.E.C
Thuraisingam menyatakan penyata ini bertujuan untuk mengukuhkan asas perpaduan negara
dan menggambarkan sekolah “ Vernacular “ .
Matlamat Penyata Pelajaran 1952 ialah bagi membekalkan pengetahuan , kemahiran dan juga
perwatakan yang baik untuk setiap individu , membentuk warganegara yang bersatu walaupun
terdiri daripada berbilang kaum dan menggalakkan sesuatu kaum untuk menyesuaikan diri dalam
masyarakat berbilang kaum . Dalam usaha menyampaikan matlamat , terdapat banyak pekara
yang telah dilakukan antaranya mendirikan sekolah -sekolah yang menggunakan bahasa
perantara Cina atau Tamil jika terdapat 15 orang pelajar atau lebih sahaja dan ,menubuhkan
sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis : Sekolah aliran Inggeris dan mata
pelajaran Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib .
Usaha dalam menyampaikan matlamat :
Mendirikan sekolah -sekolah yang menggunakan bahasa perantara Cina atau Tamil jika
terdapat 15 orang pelajar atau lebih sahaja .
Menubuhkan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis : Sekolah aliran
Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Melayu dijadikan mata pelajaran wajib .
25
2 . .8 . Laporan Razak 1956 .
Jawatankuasa Razak telah dipengerusikan oleh Dato’ Abdul Razak bin Hussein sendiri selaku
Menteri Pendidikan pada masa itu .
Rajah 21 : Dato’ Abdul Razak bin Hussein .
Tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah menyatukan pelajar-pelajar darpada semua
bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan peraturan pelajaran yang meliputi semua
bangsa di dalam negeri ini dengan menggunakan bahasa kebansaan sebagai bahasa pengantar
yang besar .
Tujuan utama Jawatankuasa Razak ditubuhkan aalah untuk :
Membentuk Sistem Pendidikan Kebangsaan yang boeh menyatupadukan kanak-kanak
negara ini yang terdiri daripada pelbagai kaum .
Seterusnya adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di
samping menjamin perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum-kaum lain .
Jawatankuasa ini telah meminta saranan daripada orang ramai dan juga persatuan
tentang isu-isu pendidikan . Penyata Razak telah memberikan beberapa cadanan yang
dapat dijalankan dalam pendidikan rendah iaitu :
Sekolah rendah dibahagikan kepada dua jenis iaitu Sekolah rendah kebangsaan yang
menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar .
Sekolah rendah jenis kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris , bahasa Cina
atau Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar .
26
Laporan Razak sangat mementingkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
. Melayu kogres bahasa ke-3 di Johor Bahru mencadangkaan Bahasa melayu dan Bahasa
Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib di kedua-dua jenis sekolah .
Cadangan dalam Penyata Razak 1956 ialah Sekolah Rendah dengan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar akan ditubuhkan . Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan
profesional , Penubuhan satu jenis sekolah untuk semua jenis kaum , Sistem pendidikan sekolah
menengah adalah Sekolah Menengah Rendah ( SMR ) Sekolah Menengah Atas ( SMA ) dan Pra
Universiti , dan sukatan pelajaran yang sama bagi semua sekolah .
27
2 .9 . Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka .
Dewan Bahasa dan Pustaka ini telah ditubuhkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tanggal
22 Jun 1958 oleh kerajaan Malaysia dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu . Penubuhan
Dewan Bahasa dan Pustaka ini bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal
dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu , . DBP telah dinaik taraf sebagai sebuah badan
berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka dan diberikan kuasa autonomi untuk
menggubal dasar yang khusus, menyusun program pembinaan dan pengembangan bahasa dan
sastera , serta menjalankan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku secara kompetitif menurut
prinsip dan amalan prusahaan dan profesion penerbitan .
Dewan Bahasa dan Pustaka ini mempunyai peranan yang tersendiri iaitu memartabatkan maruah
dan kepentingan Bahasa Melayu yang semakin hari semakin lesu daripada perhatian pelbagai
pihak akibat daripada perkembangan era globalisasi yang hanya mementingkan penggunaan dan
penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dalam rutin harian setiap masyarakat . Misi bagi DBP
ini adalah “ memperkasakan Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu , Bahasa Intelektual dan
Bahasa Perpaduan dalam Mendukung Rangkaian Dasar Nasional untuk Membina Bangsa “ ,
selaras dengan peranan mereka untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam
semua bidang termasuk sains dan teknlogi . Pihak Dewan dan Pustaka telah berusaha dan
memainkan peranan untuk memperkaya bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Melayu supaya lebih
banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam bidag-bidang yang pesat
berkembang seperti bidang sains dan teknologi . Seterusnya , peranan mereka adalah untuk
mencetak dan menerbit atau membantu dalam percetakan dan penerbitan buku-buku , majalah-
majalah , risalah-risalah dan pelbagai bentuk kesusasteraan dalam bahasa kebangsaan dan
dalam bahasa-bahasa yang lain .
Mereka juga berperanan untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul untuk
menggalakkan penggunaan bahasa yang salah . .
28
3 .0 . Kerjasama serantau dan pengantarabangsaan .
Perkembangan bahasa Melayu yang merentasi dunia secara langsung berkaitan dengan bidang
pendidikan bahasa . Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa antarabangsa sangat
menyerlah dalam zaman bahasa Melayu Klasik dan juga pada abad-abad sebelumnya . Usaha
dalam mengantarabangsakan bahasa Melayu di beberapa benua negara . Pada peringkat
serantau dan juga peringkat antarabangsa melalui pelaksanaan Dewan Bahasa dan Pustaka (
DPB ) Malysia dengan pimpinan oleh Dato’Haji A . Azizi Deraman , DBP Brunei dibawah pimpinan
Dato’ Paduka Haji Alidin bin Haji Othman dan juga terlibat sama Pusat Bahasa Indonesia yang
diketuai oleh Dr Hassan Alwi .
Malaysia telah menubuhkan Kursi Pengajian Melayu di Eropah dengan menempatkan seorang
Profesor di Universiti Laiden yang merupakan pusat pengajian Melayu yang pertama ditubuhkan
di Belanda pada tahun 1876 . Penubuhan kursi ini bukan sahaja dapat mempertingkatkan kajian
sastera Melayu di Eropah yang juga sekaligus mengembangkan lagi bahasa . Kursi Pengajian
Melayu telah ditubuhkan di Universiti Victoria , Wellington di New Zealand pada tahun 1995 .
Penubuhan kursi ini ialh bagi menjalinkan dan melestarikan persefahaman budaya serta
merapatkan hubungan silaturrahim antara Dunia Melayu dan rantau Eropah . Selain daripada itu
juga , bagi merangsang minat para pengkaji , sarjana , pakar dan cendekiawan yang juga berinat
sama dalam bidang sastera yang dikaji . Perkembangan bahasa , sastera dan budaya Melayu
ke peringkat antarabangsa akan lebih jelas arahnya .
29
4 . 0 . Bahagian iii eportfolio .
4 . 1. Cabaran dan masa depan Bahasa Melayu .
Perkembangan zaman kemerdekaan dan zaman moden telah memberi cabaran kepada
perkembangan bahasa melayu . Cabaran –cabaran ini telah memperlihatkan bahawa bahasa
Melayu ini pada suatu ketika yang dahulu pernah menjadi bahasa antarabangsa sejak zaman
empayar Sriwijaya pada abad ke-7 masihi sehingga abad ke-9 iaitu apabila bahasa Melayu ini
telah menjadi Lingua Franca di rantau ini .
4 . 2 . Bidang Pendidikan .
Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu .
Terdapat beberapa kekurangan yang diperolehi dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu
, terdapat banyak guru yang tidak menerima kursus dalam bidang khusus mereka terutamanya
guru bahasa Melayu . Selain daripada itu juga , dapat kita lihat apabila guru pada masa kini hanya
bergantung kepada bekalan buku teks yang dibekalkan oleh pihak kerajaan . Perancangan taraf
bahasa Melayu telah memberikan aspek yang penting kepada baahsa Melayu , iaitu sebagai
bahasa erasmi , bahasa kebangsaan daan juga bahasa pendidikan . Taraf baahsa Melayu
sebagai bahasa pengantar pendidikan menyediakan ruang yang cukup luas bagi bahasa Melayu
ini berkemban sebagai bahasa ilmu . Antara cabaran yang dihadapi apabila bahasa ini digunakan
sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah , ini akan bercanggah dengan Dasar Pendidikan
Negara .
Kongres Bahasa dan persuratan Melayu pada 8 November 2006 yang lalu , telah meminta
kepada kerajaan untk tidak menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi
matapelajaran di Sekolh terutamanya subjek sains dan matematik .
30
4 . 3 . Bidang ekonomi .
Bahasa melayu dalam bidang perniagaan iaitu dalam dokumen perniagaan kerajaan swasta yang
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dan juga bahasa melayu sebagai bahasa
kedua bagi mereka . Bahasa Inggeris telah mendominasi 100% industri-industri yang lain seperti
industri perhotelan . Banyak graduan yang boleh memilih unutk menjadi seorang guru dengan
mengikuti kursus-kursus iktisas seperti PISMP , DPLI dan sebagainya .
Bagi bahasa Melayu dalam peluang pekerjaan pula , graduan boleh memilih kerjaya dalam
bidang perguruan atau pendidikan sebagai guru Bahasa Melayu dengan mengikuti kursus-kursus
iktisas seperti PISMP / DIPLI , Bachelor pendidikan dan sebagainya .
Graduan bahasa Melayu boleh memilih bidang penulisan kreatif , pengacaraan , editor dan juga
penterjemahan .
31
4 . 4. Bidang pentadbiran kerajaan .
4 . 4 . .1 . Bagi urusan rasmi dalam Negara .
o Surat rasmi dalam Negara oleh agensi kerajaan ini menggunakan Bahasa kebangsaan ,
dan jika terima surat selain daripada Bahasa kebangsaan , hendaklah dibalas berserta
dokumen lampiran dalam bahasa kebangsaan .
o Urusan surat menyurat melibatkan kehadiran warganegara Malaysia haruslah dalam
bahasa Kebangsaan .
o Dokumen perjanjian dalam Negara menggunakan Bahasa kebangsaan dan dokumen
tambahan boleh ditulis dalam bahasa Inggeris .
o Penganjuran majlis rasmi melibatkan kehadiran warganegara Malaysia menggunakan
bahasa Kebangsaan .
4 . 4 . 2 . Bagi urusan rasmi antarabangsa .
Surat rasmi antarabangsa oleh agensi kerajaan kepada pihak luar digalakkan
menggunakan bahasa kebangsaan berserta lampiran bahasa Inggeris .
Urusan mesyuarat yang melibatkan kehadiran bukan warganegara Malaysia , nota
pembentangan dalam bahasa Kebangsaan ataupun bahasa Inggeris .
Dokumen perjanjian antarabangsa oleh agensi kerajaan hendaklah menggunakan
bahasa Inggeris dan terjemahan dalam bahasa kebangsaan .
Penganjuran majlis rasmi melibtakan kehadiran bukan warganegara Malaysia , urusan
surat menyurat , minit mesyuarat , nota pembentangan haruslah dalam bahasa
kebangsaan dan bahasa Inggeris .
32
4 . 5 . Kerancunan Bahasa di media sosial .
Media massa ini merupakan satu media yang menjadi sumber bagi bahan bacaan bagi semua
lapisan masyarakat kerana ianya mempunyai segala maklumat yang diperlukan , kehadiran
media massa ini banyak mempengaruhi kehidupan masyarkat samaada melalui media cetak
ataupun media massa yang berjalan seiring dengan perkembangan dunia pada masa kini .
Media sosial ini memainkan peranan yang sangat penting dalam memartabatkan bahasa
Melayu . Namun begitu , terdapat sesetengah individu yang cuba untuk merosakkan bahasa
menggunakan kemudahan yang ada seperti Facebook , Instagram dan juga Twitter .
Rajah 22 : Facebook Rajah 23 Instagram Rajah 24 : Twitter
Berikut merupakan contoh bagi menghubungkan komunikasi dan juga berkongsi pelbagai
maklumat . Penggunaan bahasa yang mencemarkan bahasa Melayu ini seharusnya dipantau
dan dicegah bagi mengelakkan berlakunya kemerosotan kualiti dalam bahasa Melayu .
Antara faktor berlakunya kerancunan bahasa Melayu dalam media sosial :
Penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk antara bahasa Melayu dan juga
bahasa Inggeris . Selain daripada itu juga , pnggunaan bahasa rojak yang berleluasa .
Seterusnya , kita dapat lihat , pada bahagian ruang sembang yang teradpat dalam laman-
laman media sosial apabila orang ramai ini menggunakan bahasa yang disingkatkan ,
penggunaan simbol . Contoh penggunaan , “ gua ok jek ngan pendapat lu “ .
33
4 . 6 . Pencampuran kod .
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai etnik dan juga kumpulan-
kumpulan minoriti iaitu suku-suku kaum asli Temiar , Jakun , Semang dan Mah Meri di
Semenanjung Malaysia , ini menunjukkan terdapat banyak bahasa yang dipertuturkan . Setiap
kaum yang berlainan akan berhubung menggunakan bahasa masing-masing bagi tujuan
pertuturan .
Percampuran kod ini merupakan satu fenomena yang biasa dalam kalangan mereka yang boleh
berbahasa lebih daripada satu . Percampuran kod ini apabila mereka bertutur dan
mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu
dialek dengan dialek-dialek yang lain . Fenomena ini sangat biasa terjadi di Malaysia kerana
negara ini terdiri daripada berbilang kaum . Antaranya , kaum Melayu , Cina dan India :
Rajah 25 : Rakyat Malaysia yang berbilang kaum .
Penutur tersebut berbicara menggunakan dua atau lebih bahasa samaada bahasa yang utama
iaitu Melayu , Cina , India , Tamil , Inggeris ataupun dialek-dialek atau ideolek . Dwibahasaan
dikenali sebagai bilingualisme , di mana penutur ini menggunakan dua bahasa dalam kehidupan
harian . Penutur menggunakan bahasa tersebut secara berganti-ganti seperti sekejap Melayu
dan berselang seli bahasa Inggeris . Pencampuran kod ini mempunyai cabang-cabang yang tidak
boleh dilupakan antaranya istilah penukaran kod , perubahan kod , pencampuran bahasa dan
kadang-kadang perpindahan kod .
34
Pencampuran kod ini terjadi apabila terjadinya kahwin campur . Di Malaysia , dialek-dialek
empatan ini memainkan peranan yang penting daam poses pencampuran kod . Contoh yang
jelas merupakan kosa kata yang digunakan antara bahasa Melayu baku dengan dialek
Terengganu .
Rajah 26 : Penggantian konsonan ( m ) , ( n ) , ke ( ng ) .
Bahasa Melayu Baku Dialek Terengganu
Dalam Dalang
Ikan Ikang
Rajah 27 : Penghilangan konsonan
Bahasa Melayu Baku Dialek Terengganu
sampai sapa
bantal bata
Rajah 28 : Konsonan ( s ) , ( f ) di akhir diganti dengan ( h ) .
Bahasa Melayu Baku Dialek Teengganu
panas panah
maaf maah
Rajah 29 : Penghilangan diftong .
Bahasa Melayu Baku Dialek Terengganu
kedai koda
amboi ambo
Perbandingan Kosa kata Bahasa Melayu Baku dan Dialek Terengganu
35
4 . 7 . Bahasa Slanga .
“ Slanga “ ini berasal daripada perkataan Inggeris iaitu “ slang “ . Kamus Oxford memberikan
beberapa definisi slanga . Bahasa slang aini wujud dalam semua bahasa dan bangsa dan
dituturkan oleh semua orang yang mengetahuinya termasuklah mereka yang berpendidikan
tinggi . Menurut Kamus Dewan pula mendefinisikan slanga sebagai suatu kata-kata yang bukan
daripada perkataan baku atau standard . Kata-kata tersebut biasanya digunakan dalam
percakapan tidak formal dan tidak boleh digunakan dalam penulisan atau keadaan yang formal .
Penggunaan bahasa bahasa slanga ini bukan suatu fenomena baru yang melanda bahasa
Melayu , namun bahasa Slanga ini telah menjadi sebati dalam golongan remaja yang banyak
mempopularkan bahasa slanga yang memanipulasikan ungkapan dengan memberikan makna
yang baharu kepada perkataan tersebut . Contohnya , sekodeng , dan cun .
Bahasa slanga ini merupakan satu penggunaan bahasa yang tidak rasmi dan ungkapan-
ungkapan yang tidak lengkap sebagai bahasa standard dalam dialek atau bahasa . Dalam Kamus
Dewan Edisi Keempat , slanga ini merupakan kata-kata yang tidak tergolong dalam bahasa baku
dan biasanya digunakan dalam percakapan yang tidak rasmi .
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan pengaruh bahasa Slanga , antaranya keinginan
seseorang untuk meringkaskan perkataan tersebut dan rangkai kata yang digunakan dalam
komunikasi seharian . Bahasa slanga ini digunakan untuk tujuan gurauan , slogan , identiti
kumpulan dan juga bagi melahirkan perasaan dan bagi menimbulkan keakraban dalam sesebuah
kelompok masyarkat .
Bahasa Slanga ini dapat diatasi dengan mengadakan lebih banyak bengkel tentang penggunaan
bahasa dan juga pihak media massa hendaklah meberikan pendedahan dengan
memperkenalkan bahasa pertuturan sehari-hari yang betul . Bahasa Slanga ini mesti dibendung
agar tidak terus menjadi satu kebiasaan dalam percakapan seseorang .
36
5 . 0 . Rumusan .
Akhir sekali , apa yang dapat diperolehi ialah tulisan bahasa Melayu ini telah melewati pelbagai
zaman dan tetap masih kukuh walaupun melalui pelbagai perubahan akibat daripada pengaruh-
pengaruh yang diterima dari persekitarannya dan melambangkan kekuatan bahasa Melayu itu
sendiri . Selain daripada itu juga , tulisan bahasa Melayu ini juga penting kerana ianya merupakan
lambing bagi Nusantara lebih-lebih lagi bangsa Melayu itu sendiri . Ianya sangat penting dalam
sejarah Melayu yang terkenal pada masa kini . Bahasa melayu ini telah hadir sejak berabad-abad
yang lalu dan melewati zaman kegemilangan dan juga zaman keruntuhan yang hampir meragut
nilai bahasa itu sendiri . Oleh yang demikian , nilai bahasa Melayu itu perlu dijaga dengan baik
terutamanya zaman moden pada masa kini yang mempunyai banyak cabaran dalam meneruskan
perjuangan dalam memartabatkan bahasa Melayu ini .
Bahasa Melayu ini juga sangat penting dalam dimartabatkan agar generasi akan dating dapat
terus mempelajari dan mengenali bahasa ini dengan lebih mendalam lagi , ini juga
melambangkan identiti yang terdapat dalam diri mereka sebagai bangsa Melayu . Ini bukan
sahaja dapat kita kaitkan dengan bangsa Melayu itu sendiri tetapi juga dengan bangsa-bangsa
lain , bahasa Melayu ini juga dapat melambangkan kekuatan yang terdapat dalam bangsa Melayu
itu sendiri dan akan membuatkan orang luar akan memandang tinggi terhadap bahasa Melayu
yang telah diperjuangkan bermati-matian agar bahasa ini kukuh seiring dengan peredaran zaman
.
37
6 . .0 . Sumber Rujukan .
Dwi Essy Ramala ( 2020 .12. 01 ) . Jurnal Islamika . Aksara Jawi : Warisan budaya dan bahasa
masyarakat Alam Melayu dalam tinjauan sosiolingustik . 3 ( 2 ) 4-5 .
https://doi.org/10.37859/jsi.v3i2.2000
Hendro Nugroho , Maftahatul Hakimah , Taufan Augusta . ( n . d . ) . Prosiding Seminar
Nasional Sains dan Teknologi Terapan.: Pengenalan pola dengan penggunaan metode
ekestraksi fitur zernike moment pada citra aksara Jawa kontemporer dan aksara
Jawa Kawi . https://ejurnal.itats.ac.id/sntekpan/article/view/2254
Ilma Fatimah ( n . d. ) . Pendidikan IPS . https://osf.io/94w7c/download
Morni Hanim Salleh , Mohd Samsudin & Suffian Mansor . ( 2019 . 12. 10 ) . Journal of History
Department . Reaksi kesatuan persekutuan guru-guru Melayu Semenanjung dan
Dong Jiao Zong terhadap Laporan Barnes 1950 . 29 ( 1 ) . 61-63 .
http://mojem.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/view/18971
Nur Faezah binti Mohd Ayon . ( n . d . ) . Perbandingan antara terjemahan manusia dengan
terjemahan mesin dalam penyerjemahan teks teknikal . Universiti Putra Malaysia .
https://core.ac.uk/download/pdf/157778161.pdf
Nor Shela Saleh , Norizan Rameli , Muhaymin Hakim Abdullah & Riki Rahman ( 2019.11.02 ) .
Journal Of Techno Social 11 ( 2 ) . 48-49 . Integrasi etnik dalam ideologi Pendidikan .
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia , Johor , Malaysia .
https://doi.org/10.30880/jts
38
Noor Azam Abdul Rahman , Noraziah Mohd Amin , Wan Noorli Razali ( n . d . ) . Jurnal Sains
Insani : Persepsi pelajar Melayu UNITEN berkaitan kemahiran menggunakan tulisan
Jawi sebagai lambang identiti bangsa Melayu dan tulisan Jawi sebagai lambang identiti
bangsa Melayu beragama Islam 2 ( 1 ) . 43- 44
https://doi.org/10.33102/sainsinsani.vol2no1.49
Wiwien Widyastuti . ( n . d . ) . Media Teknika Jurnal Teknologi . Kinerji deep convolutional
network untuk pengenalan aksara Pallawa . 12 ( 2 ) . 115-116 .
https://doi.org/10.24071/mt.v12i2.1085
Zurina Abdullah , Adi Yasran Abdul Aziz . ( 2020 .12. 11 ) . JURNAL SULTAN ALAUDDIN
SULAIMAN SHAH . Peminggiran tulisan Jawi sebagai Lambang jati diri Melayu: satu
kajian tinjauan 7 ( 2 ) . 245 . http://jsass.kuis.edu.my/index.php/jsass/article/view/152